· Web viewVLOOKUP, HLOOKUP dan lain-lain. Fungsi LOOKUP adalah untuk mencari maklumat tertentu...
Transcript of · Web viewVLOOKUP, HLOOKUP dan lain-lain. Fungsi LOOKUP adalah untuk mencari maklumat tertentu...
Microsoft Excel 2007
BAB 3
MICROSOFT EXCEL
Objektif Bab:
Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:
Mengenal pasti tugas-tugas utama perisian hamparan kerja. Menyenaraikan satu persatu kemudahan utama di bar
menu perisian. Meningkatkan pengetahuan dan latihan praktikal
penggunaan perisian ini. Mengaplikasikan penggunaan perisian ini dalam aspek
kehidupan harian.
3.1 Pengenalan
Microsoft excel 2007 merupakan satu aplikasi spreadsheet (lembaran kerja) yang paling popular digunakan untuk membantu
134
Microsoft Excel 2007
dalam pengiraan biasa, pengiraan berformula, menganalisa data dan mudah mengolah data dalam bentuk graf.
Secara asasnya, excel mempunyai 3 lembaran kerja (worksheet) yang diwakili oleh tab lembaran kerja di bawah tetingkap. Excel mempunyai kolum menegak dan baris melintang. Kolum menegak di wakili dengan abjad A,B,C dan seterusnya. Manakala baris melintang diwakili dengan nombor 1,2,3 dan seterusnya. Ruang pertindihan antara kolum dan jalur dikenali sebagai sel.
Microsoft excel juga mempunyai butang Office yang sama seperti Microsoft Word. Bahagian ini telah diterangkan di dalam Bab 1. Perbezaan antara lain adalah di bahagian Ribbon nya.
3.1.1 Ribbon
Ribbon adalah merupakan panel yang berada di bahagian atas dokumen. Terdapat 7 tab kesemuanya iaitu Home, Insert, Page Layouts, Formulas, Data, Review dan View. Setiap tab mempunyai beberapa kumpulan. Ciri-ciri kumpulan yang terdapat dalam Excel adalah seperti dibawah:
Home: Clipboard, Fonts, Alignment, Number, Styles, Cells, Editing
Insert: Tables, Illustrations, Charts, Links, Text Page Layouts: Themes, Page Setup, Scale to Fit, Sheet
Options, Arrange
135
Microsoft Excel 2007
Formulas: Function Library, Defined Names, Formula Auditing, Calculation
Data: Get External Data, Connections, Sort & Filter, Data Tools, Outline
Review: Proofing, Comments, Changes View: Workbook Views, Show/Hide, Zoom, Window, Macros
Rajah 3.1: Lembaran Kerja Microsoft excel
3.1.2 Bar Formula
Bar Formula adalah dimana tempat untuk memasukkan formula atau tempat untuk mengedit maklumat yang sudah dimaskkan ke dalam sel.
136
Cell
Formula bar Bar
Name Box
Column
Row
Ribbon
Group
Worksheet
Microsoft Excel 2007
Selain daripada formula yang anda janakan sendiri, anda boleh juga menggunakan formula yang telah terdapat dalam formula bar
tersebut dengan mengklik sekali butang .
Kategori kumpulan yang ada dalam bar formula : Financial Date and Time Math & Trig Statistical Lookup & Reference Database Text Information Engineering Cube
Carta 3.2: Kategori-kategori dalam Formula
137
Microsoft Excel 2007
3.1.3 Sel Aktif
Anda akan kelihatan sel yang terdapat antara lajur dan baris seperti rajah 3.1 diatas. Nama bagi sel yang anda gunakan boleh diketahui pada ruangan Name Box. Itu menunjukkan sel aktif yang sedang anda gunakan.
Rajah 3.3: Contoh bagi sel aktif
3.2 Operasi Asas dalam Pembinaan Sebuah Hamparan Elektronik
Di dalam langkah kerja ini, anda akan didedahkan dengan cara untuk membina satu fail baru di dalam Microsoft Excel dan bagaimana hendak menyimpan fail tersebut di dalam komputer.
3.2.1 Mencipta Dokumen Baru dalam Microsoft Excel
138
Microsoft Excel 2007
Langkah-langkah untuk membuka dokumen baru adalah seperti dibawah:
i) Klik pada butang Officeii) Klik Newiii) Pilih Blank Workbookiv) Klik pada butang Create
Carta 3.4: Mencipta lembaran baru kerja
3.2.3 Menyimpan fail hamparan yang dibina
Untuk menyimpan fail yang telah anda cipta, anda mempunyai 2 pilihan iaitu Save atau Save As.
139
Microsoft Excel 2007
Untuk simpan lembaran kerja anda dalam fail office excel 2007, langkah-langkah adalah seperti dibawah:
i) Klik pada butang Officeii) Klik Save iii) Namakan fail di dalam kotak Fail Name iv) Format bagi Microsoft Excel 2007 adalah *.xlsx
Jika anda ingin menyimpannya dalam format yang lain, contohnya menukar ke Microsoft Excel 2003 anda perlu klik pada Save As.
i) Klik pada butang Office ii) Klik Save Asiii) Namakan fail di dalam kotak Fail Name iv) Pastikan dalam Save as Type Box, anda memilih
Excel 97-2003 workbookv) Format bagi Microsoft Excel 97-2003 adalah *.xls
140
Microsoft Excel 2007
Rajah 3.5: Simpan Lembar Kerja
Rajah 3.6: Menyimpan dokumen ke dalam direktori
141
Microsoft Excel 2007
3.2.4 Membuka fail yang sedia ada
Langkah-langkah untuk membuka fail yang sedia ada di dalam komputer atau di dalam storan anda adalah seperti dibawah:
i) Klik pada butang Officeii) Klik Openiii) Cari fail yang anda kehendaki iv) Klik pada fail tersebutv) Klik Open
142
Microsoft Excel 2007
Rajah 3.7: Membuka Fail yang sedia ada
3.2.5 Memasukkan data ke dalam fail
Untuk memasukkan data ke dalam sel, anda perlulah terlebih dahulu mengaktifkan sel yang anda mahu.
i) Klik pada sel yang dikehendaki (Contoh sel A2)ii) Mulakan menaip iii) Jika terdapat perubahan pada data di sel A2, klik
pada bar Formula dan baiki perkataan anda disitu.
Rajah 3.8: Memasukkan data ke dalam sel
3.2.6 Mencetak fail hamparan
Untuk mencetak sebarang fail Excel, anda boleh menggunakan arahan Print pada butang Office.
i) Klik pada butang Officeii) Klik Print, satu tetingkap print akan munculiii) Klik pada pencetak mana yang bersambung dengan
komputer anda pada kotak Printer Name
143
Microsoft Excel 2007
iv) Klik pada butang pilihan ALL diruangan Print Range jikalau hendak mencetak keseluruhan fail; atau
v) Klik pada butang pilihan Page(s) di ruangan Print Range jikalau hendak mencetak muka surat tertentu sahaja
Rajah 3.9: Tetingkap untuk mencetak fail hamparan
Menerusi tetingkap diatas juga, anda boleh menentukan kualiti dan saiz kertas yang hendak dicetak;
i) Klik pada butang Properties pada tetingkap Rajah 3.10
ii) Klik pada tab Layout untuk menentukan orientasi kertas, arahan pencetakan dan juga jumlah helaian yang dicetak dalam satu mukasurat.
144
Microsoft Excel 2007
Rajah 3.10: Tetingkap untuk menentukan saiz dan jenis cetakan
3.3 Manipulasi Data dalam Hamparan
3.3.1 Copy dan Paste data
Langkah-langkah untuk copy data dan pastekan di halaman lain adalah seperti dibawah:
i) Pilih sel yang mengandungi data yang ingin disalin
145
Microsoft Excel 2007
Rajah 3.11 : Copy dan Paste data
ii) Di kumpulan Clipboard di dalam tab Home, klik Copy
Rajah 3.12 : Ikon Copy
iii) Pilih sel lain yang ingin disalinkan data tersebutiv) Di kumpulan Clipboard di dalam tab Home, klik
Paste
Rajah 3.13 : Ikon Paste
3.3.2 Cut dan Paste Data
Perbezaan antara cut dan copy adalah jika anda memotong data, data yang asal pada sel anda cut akan hilang. Berbeza jika anda
146
Microsoft Excel 2007
menggunakan copy, data asal yang anda salin masih ada di sel asal iaitu anda mengekalkan data asal di sel tersebut.
i) Pilih sel yang ingin disalinii) Di kumpulan Clipboard pada tab Home, klik Cutiii) Pilih sel yang ingin disalinkaniv) Di kumpulam Clipboard pada tab Home, klik Paste
Rajah 3.14 : Ikon Cut
3.3.3 Kemasukan Data secara automatik
Jika anda mempunyai data yang sama yang ingin dimasukkan, anda hanya perlu mengisi data pada satu sel sahaja. Yang selebihnya boleh menggunakan auto fill yang disediakan oleh excel.Ataupun jika anda mempunyai siri data yang sama jujukannya, anda hanya perlu mengisi 2 sel yang julatnya sama, pilih kedua-dua sel tersebut dan seretkan dan berhenti sehingga data yang ingin dimasukkan mencukupi.
i) Isikan satu data ke dalam selii) Klik pada sel tersebut
147
Microsoft Excel 2007
iii) Klik pada tanda + pada bawah kanan pada sel yang anda klik tadi
Rajah 3.15 : Kemasukan data secara automatik
iv) Seretkan sehingga ruang sel yang dikehendaki
Rajah 3.16 : Seretan sel untuk mendapatkan data secara
automatik
3.4 Manipulasi Lembar Kerja
3.4.1 Mengubah saiz lebar jalur
Langkah-langkah untuk mengubah saiz lebar jalur adalah seperti dibawah:
i) Klik pada kepada jalur dan hitamkan sehingga jalur yang hendak di ubah saiznya.
148
Microsoft Excel 2007
ii) Klik kanan pada tetikus andaiii) Klik pada Column Widthiv) Masukkan nilai kedalam kotak Column Widthv) Klik butang OK
Rajah 3.17: Mengubah saiz kelebaran kolum
Rajah 3.18: Kemasukan nilai kelebaran kolum
3.4.2 Mengubah saiz ketinggian baris
149
Microsoft Excel 2007
Langkah-langkah untuk mengubah saiz ketinggian baris adalah seperti dibawah:
i) Klik pada kepala baris dan hitamkan sehingga baris yang hendak di ubah ketinggiannya
ii) Klik kanan pada tetikus andaiii) Klik pada Row Heightiv) Masukkan nilai ke dalam kotak Row Heightv) Klik butang OK
Rajah 3.19: Mengubah saiz ketinggian baris
Rajah 3.20: Kemasukan nilai ketinggian baris
150
Microsoft Excel 2007
3.4.3 Menambah sel, lajur dan baris pada excel
Anda boleh menambah sel, lajur dan baris pada lembaran kerja yang telah dilakukan.
Langkah-langkah untuk menambah sel, lajur, dan baris adalah seperti dibawah:
i) Pastikan kursor anda diletakkan pada baris jika anda mahu menambah baris yang baru, atau pada lajur jika ingin menambah pada lajur yang baru.
ii) Klik kumpulan Cell di tab Home, klik Insertiii) Klik pada pilihan yang dikehendaki : Cell, Row, atau
Columniv) Sel, lajur atau baris yang baru akan ditambah pada
bahagian yang anda klik tadi.
Rajah 3.21 : Untuk menambah sel, lajur dan baris dalam sel
3.4.4 Menghapuskan sel, lajur, dan baris
Anda boleh menghapuskan sel, lajur dan baris pada lembaran kerja yang telah dibina.
151
Microsoft Excel 2007
Langkah-langkah untuk menghapuskan sel, lajur, dan baris adalah seperti dibawah:
i) Pastikan kursor anda diletakkan pada sel, baris, atau lajur yang ingin dihapuskan
ii) Klik pada butang Delete di tab Homeiii) Klik pada pilihan yang dikehendaki : Cell, Row, atau
Column
Rajah 3.22: Untuk menghapuskan sel, lajur dan baris dalam sel
3.4.5 Menambah bingkai sesuatu jadual
Sel-sel yang terdapat dalam Excel sebenarnya merupakan sel yang tidak mempunyai bingkai walaupun ianya kelihatan seolah-olah mempunyai bingkai. Maka anda perlulah meletakkan bingkai pada sel yang dikehendaki supaya kelihatan seperti jadual yang berbingkai.
i) Buka satu fail data yang telah diisikan data-data kedalam sel
152
Microsoft Excel 2007
Rajah 3.23: Membingkaikan jadual dalam fail excel
ii) Klik butang Officeiii) Klik Print dan Print Previewiv) Paparan seperti dibawah akan kelihatanv) Klik pada butang Zoom untuk kelihatan lebih jelas
Rajah 3.24: Paparan jadual tanpa bingkai
153
Microsoft Excel 2007
vi) Klik Close Print Preview untuk keluar dari paparan tersebut
vii) Kembali pada data tadi, letakkan kursor anda pada sel B4 dan hitamkan pada keseluruhan data pada kesemua data
Rajah 3.25: Cara membina bingkai jadual
viii) Di kumpulan Font pada tab Home, Klik butang
ix) Klik All Borders untuk memastikan bingkai pada setiap sel
154
Microsoft Excel 2007
Rajah 3.26: Jenis-jenis bingkai
Rajah 3.27: Jadual yang telah dibina bingkai di keseluruhan sel
155
Microsoft Excel 2007
3.5 Menggunakan formula dan Fungsi Asas
Formula digunakan untuk memberi arahan dalam pengiraan yang akan digunakan dalam excel. Setiap formula yang dicipta mestilah bermula dengan simbol =.
Rajah 3.3.28 : Pengiraan dalam excel
Terdapat beberapa elemen yang boleh digunakan dalam excel. References: sel-sel yang hendak dijadikan rujukan untuk
pengiraan Operators: simbol (+, -, *, /, dll) yang menentukan
pengiraan dilakukan Constants: Nombor atau nilai teks yang tidak akan
berubah Functions: penentuan semia formula dalam excel
Predefined formulas in Excel
Untuk mencipta formula asas dalam excel:i) Pilih sel untuk dimasukkan formula
156
Microsoft Excel 2007
ii) Taip = dan masukkan formula iii) Pilih ruang sel yang hendal dipilihiv) Tekan [Enter]
Rajah 3.29 : Memasukkan formula asas ke dalam excel
3.5.1 Pustaka Functions
Pustaka Function adalah mengandungi banyak fungsi yang berada di tab Formula. Fungsi yang terdapat didalamnya adalah seperti:
AutoSum: mudah untuk pengiraan jumlah sesuatu nilai dalan ruangan yang dipilih
Recently Used: Kesemua fungsi terkini yang digunakan Financial: perolehan faedah, kadar pulangan aliran
tunaidan pelbagai fungsian kewangan Logical: And, If, True, False, dan lain-lain Text: Fungsi berdasarkan teks Date & Time: Fungsi pengiraan berdasarkan masa dan
tarikh Math & Trig: Fungsi Matematik
Jadual 3.1: Senarai ralat yang mungkin berlaku apabila
menggunakan formula157
Microsoft Excel 2007
Ralat Penyebab ralat###### Lajur tidak cukup untuk memaparkan
keputusan pengiraan#VALUE Kemasukan data yang tidak betul#DIV/O! Percubaan untuk bahagi nilai ke kosong#N/A Nilai tidak tersedia untuk dipaparkan
#NUM! Nilai nombor yang tidak sah#REF! Sel rujukan yang tidak sah#NULL Penggunaan operator yang tidak betul
3.5.2 Fungsi Autosum
Langkah-langkah untuk menggunakan fungsi AutoSum adalah seperti dibawah:
i) Bina satu fail seperti rajah dibawah
158
Microsoft Excel 2007
Rajah 3.30: Fungsi Autosum
iii) Letakkan kursor anda pada sel E16iv) Klik pada tab Formulas
v) Di kumpulan Funstion Library, klik dan klik Sum
Rajah 3.31: Butang AutoSum
Rajah 3.32: Hasil yang diperolehi
159
Microsoft Excel 2007
3.5.3 Fungsi Date & Time
Di antara fungsi tarikh dan masa yang akan dibincangkan di dalam bahagian ini antaranya melibatkan TODAY, NOW, MINUTE, HOUR, DATE, DAY, MONTH dan YEAR.
Fungsi TODAY sesuai dignakan untuk memaparkan tarikh hari semasa mengikut waktu pada sistem kompter yang sedang digunakan.
i) Buka satu fail dan sediakan satu sel khusus untuk tarikh
Rajah 3.33: Hamparan tanpa Formula Today
ii) Klik pada sel C3iii) Klik pada tab Formulas
iv) Pada kumpulan Function Library, klik dan klik pada TODAY
160
Microsoft Excel 2007
Rajah 3.34: Jenis-jenis yang ada dalam fungsi Date & Time
v) Pada sel C3 akan diisi tarikh mengikut sistem komputer anda
161
Microsoft Excel 2007
Rajah 3.35: Hasil penggunaan fungsi Today
3.5.4 Fungsi Logical
Microsoft Excel juga menyediakan fungsi logik seperti IF, AND, OR, NOT dan sebagainya. Fungsi ini dikenali sebagai operator logik yang digunakan untuk mendapatkan nilai bagi situasi tertentu yang telah ditetapkan.
Antara yang biasa digunakan dalam fungsi Logical adalah fungsi IF. Fungsi IF ditulis dalam bentuk berikut:
=IF(logical_test, value)if_true,value_if_false)
Contoh: =IF (K5>40, “lulus”,”gagal”)
Untuk mendapatkan nilai tersebut, langkah-langkah untuk menggunakan Fungsi IF adalah seperti berikut:
i) Bina satu fail seperti dibawah
162
Microsoft Excel 2007
Rajah 3.36: Fail tanpa pengiraan Gred
ii) Aktifkan sel K5 dengan mengklik pada sel tersebutiii) Klik pada Bar Formulaiv) Taipkan formula dibawah yang dimulakan dengan
simbol “=”
=IF(J5>75, "A", IF(J5>50, "B", IF(J5>25, "C", IF(J5>5, "D", "E"))))v) Setelah mendapat jawapan pada sel K5, seretkan
pada sel berikutnya sehinggalah semua ruangan telah disi menggunakan formula yang sama.
163
Microsoft Excel 2007
Rajah 3.37: Hasil setelah menggunakan fungsi IF
3.5.5 Fungsi pencarian dan rujukan
Antara di dalam fungsi carian adalah fungsi LOOKUP. Di dalam fungsi ini, selain LOOKUP terdapatnya fungsi ADDRESS, CHOOSE, HYPERLINK, MATCH, VLOOKUP, HLOOKUP dan lain-lain.
Fungsi LOOKUP adalah untuk mencari maklumat tertentu secara melintang dan menegak dari jadual. Terdapat dua jenis ungkapan fungsi LOOKUP iaitu dalam bentuk vektor ataupun dalam bentuk array.
Formula dalam bentuk ventor:
=LOOKUP(lookup_value, lookup_vector, result_vector)
Formula dalam bentuk array:
=LOOKUP(lokkup_value,array)
Langkah-langkah untuk menggunakan fungsi LOOKUP:i) Bina satu fail seperti datadibawah di hamparan1
yang bernama Mark
164
Microsoft Excel 2007
Raah 3.38: Fail tanpa pengiraan gred
ii) Di fail yang sama, bina satu jadual di hamparan kedua dan namakan sebagai Gred
Rajah 3.39: Jadual bagi gred yang akan dirujuk
165
Microsoft Excel 2007
Untuk menggunakan fngsi LOOKUP, senarai nombor atau maklumat yang dirujuk di dalam lajur pertama jadual mestilah ditulis dalam susunan menaik.
iii) Di lampiran pertama, pastikan kursor anda berapa pada sel G5
iv) Di kumpulan Function Library yang berada di tab
Formulas, klik pada ikon v) Klik anak panah yang berada di hujung ikon dan pilih
LOOKUP
166
Microsoft Excel 2007
Rajah 3.40: Jenis-jeis yang ada dalam fungsi Lookup & Reference
vi) Akan keluar satu tetingkap kecil seperti rajah dibawah, klik pada pilihan yang pertama
167
Microsoft Excel 2007
Rajah 3.41: Tetingkap LOOKUP
vii) Isikan data-data seperti tetingkap dibawah
Rajah 3.42: Tetingkap yang akan dipaparkan setelah klik pilihan pertama
viii) Data B+ akan terisi di dalam sel G5ix) Baiki formula anda dengan menetapkan simbol $
pada formula Lookup_vektor dan Result_vector pada bar formula=LOOKUP(F5,Gred!$B$4:$C$13,Gred!$A$4:$A$13)
168
Microsoft Excel 2007
x) Seretkan kepada sel-sel seterusnya untuk mendapatkan gred pada sel yang berikutnya dengan menggunakan formula yang sama.
Rajah 3.43: Gred akan disi secara automatik
3.5.6 Rujukan sel mutlak dan campuran
Ada kalanya sel-sel tertentu yang hendak dijadikan rujukan tidak mau ditukar secara automatik apabila formula ditukar ke sel lain. Dalam situasi ini, rujukan sel mutlak digunakan. Ianya dengan menggunakan simbol $ yang dimasukkan di depan bagi sel yang dijadikan rujukan tersebut. Oleh itu, apabila formula disalin ke sel lain, sel yang telah disalin tidak akan berubah.
169
Microsoft Excel 2007
Rajah 3.44 : Penggunaan sel mutlak dalam excel
3.5.7 Pautan Lembar Kerja
Kadang-kadang data yang disediakan dalan lembar kerja 1 digunakan sebagai rujukan pada lembar kerja 2. Oleh itu, kita menggunakan format ”nama_lembar_kerja!nama_sel”. Contohnya data yang hendak digunakan berada dalam sel A2 yang berada dalam lembar kerja sheet2 dan data A2:B5 dari lembar kerja sheet1. Maka formula yang akan digunakan adalah ”=A1+sum(Sheet!A2:B5)”.
170
Microsoft Excel 2007
Rajah 3.3.45 : Penggunaan pautan lembar kerja
3.6 Isihan dan PenapisPenyusunan dan penapisan membenarkan anda untuk manipulasi data dalam lembaran berdasarkan criteria yang telah ditentukan.
3.6.1 Isihan asas
Untuk melaksanakan susunan secara menaik atau menurun dalan satu lajur:
i) pilih sel yang hendak diisihii) Klik pada butang Sort & Filter pada tab Homeiii) Klik pada butang Sort Ascending (A-Z) atau butang
Sort Descending (Z-A)
171
Microsoft Excel 2007
Rajah 3.46 : Ikon Isihan
3.6.2 Isihan terpilih
Untuk susunan ini yang memerlukan lebih dari satu criteria pilihan susunan:
i) Klik butang Sort & Filter di tab Homeii) Pilih baris yang hendak disusun dahuluiii) Klik Add Leveliv) Pilih baris berikutnya yang hendak disusunv) Klik OK
172
Microsoft Excel 2007
Rajah 3.47 : Menambahkan Kriteria isihan dalam excel
3.7 Filter
Filter membenarkan anda untuk mempamerkan hanya data-data yang memenuhi kriteria yang telah ditetapkan sahaja. Untuk membuat tapisan:
i. Klik baris yang mengandungi data yang hendak ditapis
ii. Pada tab Home, klik pada Sort & Filteriii. Klik butang Filteriv. Klik anak panah dibawah sel yang pertamav. Klik pada Text Filtervi. Klik pada perkataan yang anda hendak tapis
173
Microsoft Excel 2007
Rajah 3.48 : Penggunaan Filter dalam excel
iv) Untuk menghapuskan Filter yang telah dilakukan tadi, klik butang Sort & Filter
v) Klik Clear
174
Microsoft Excel 2007
Rajah 3.49 : Ikon Tapisan
3.8 CartaCarta membenarkan anda untuk menyampaikan maklumat dan bentuk garfik. Excel telah menyediakan pelbagai jenis carta termasuklah: Column, Line, Bar, Area, Scatter dan banyak lagi. Untuk melihat carta-carta yang disediakan, klik tab Insert pada Ribbon.
3.8.1 Membina Carta
Langkah-langkah untuk membina cartaadalah seperti dibawah:i) Pilih sel yang mengandungi data yang hendak
digunakan dalam cartaii) Klik pada tab Insert pada Ribboniii) Klik pada carta yang hendak dibina
Rakah 3.50 : Jenis-jeis carta dalam excel
3.8.2 Membaiki Carta
175
Microsoft Excel 2007
Setelah carta telah dibina, pembaikian carta boleh dilakukan dengan langkah dibawah.
Untuk memindahkan cartai) Klik Chart dan tarikkan ke lokasi lain dalam lembar
kerja yang sama, atauii) Klik butang Move Chart pada tab Designiii) Pilih lokasi yang ingin dimasukkan (samada dalam
lembar kerja yang baru atau lembar kerja yang lembar kerja yang telah sedia ada dalam workbook).
Rajah 3.51 : Format Carta
Untuk menukar data yang terkandung dalam carta:i) Klik Chartii) Klik butang Select Data pada tab Design
176
Microsoft Excel 2007
Rajah 3.52 : Mengedit data-data dalam carta
Untuk menyonsangkan data mana yang akan dipamerkan sebagai baris dan lajur.
i) Klik Chartii) Klik butang Switch Row/Column pada tab Design
Rajah 3.53 : Penukaran jalur dan baris
Untuk menukar label dan tajuk:
177
Microsoft Excel 2007
i) Klik Chartii) Pada tab Layout, klik butang Chart Title atau Data
Labelsiii) Tukarkan tajuk dan tekan [Enter]
Rajah 3.54 : Format yang ada pada carta
3.8.3 Perkakas Carta
Perkakas carta muncul pada Ribbon apabila anda klik pada carta. Perkakas ini ditempatkan pada tiga tab iaitu : Design, Layout dan Format.
Di dalam tab Design, anda boleh mengawal jenis carta, stail dan lokasinya.
Rajah 3.55 : tab Design
Di dalam tab Layout, anda boleh mengawal kemasukan gambar, kotak teks, label, latar belakang dan analisa.
178
Microsoft Excel 2007
Rajah 3.56 : tab Layout
Didalam tab Format, anda boleh menukar stail bentuk, stail dan saiz huruf bagi carta tersebut.
Rajah 3.57 : tab Format
3.8.4 Salin Carta ke Microsoft Word
Langkah-langkah untuk menyalin carta ke Microsoft Word adalah seperti dibawah:
i) Pilih carta yang hendak disalinii) Klik Copy pada tab Homeiii) Pegi ke dokumen word dimana anda mahu
meletakkan carta tersebutiv) Klik Paste pada tab Home
3.9 Grafik
3.9.1 Memasukkan Gambar
179
Microsoft Excel 2007
Untuk memasukkan gambar:i) Klik tab Insertii) Klik butang Pictureiii) Cari gambar yang hendak dimasukkan iv) Klik pada gambar tersebutv) Klik Insertvi) Untuk memindahkan gambar tersebut, klik gambar
dan tarik ke lokasi yang dimahukan
Rajah 3.58 : Pencarian gambar dalam direktori
3.9.2 Memasukkan Clip Art
180
Microsoft Excel 2007
Untuk memasukkan Clip Art:i) Klik tab Insertii) Klik butang Clip Artiii) Cari clip art menggunakan kotak dialog Clip Artiv) Klik pada imej Clip Art yang anda sukav) Untuk memindahkan Clip Art tersebut, klik sekali
padanya dan tarik ke lokasi yang anda mahukan
Rajah 3.59 : Memasukkan Clip Art dalam dokumen
3.9.2 Mengedit Gambar dan Clip Art
Apabila anda menambah garfik ke dalam lembar kerja, akan wujudnya tab tambahan ke dalam Ribbon. Tab Format ini akan
181
Microsoft Excel 2007
membenarkan anda untuk mengedit gambar dan grafik. Tab ini mempunyai 4 kumpulan iaitu:
Adjust: Mengawal kecerahan, kontras dan warna gambar, Picture Style: Membenarkan anda untuk meletakkan
rangka pada tepi gambar dan menambah kesan Arrange: Mengawal alignment dan rotation pada gambar Size: Memotong dan mesaizkan semula gambar
Rajah 3.60: Tab Format bagi imej yang aktif
3.9.3 Menambah bentuk rajah (shapes)
Untuk Menambah bentuk rajah:i) Klik pada tab Insertii) Klik butang Shapesiii) Klik pada rajah bentuk yang anda mahu
182
Microsoft Excel 2007
Rajah 3.61: Bentuk-bentuk yang adalam dalam ikon Shapes
iv) Klik pada Worksheetv) Seret kursor untuk membesarkan rajah bentuk
183
Microsoft Excel 2007
Rajah 3.62: Imej yang telah dipilih akan dimasukkan ke dalam fail
Untuk menformat rajah ebntuk tersebut:i) Klik Shapeii) Klik tab Format
Rajah 3.63: Format bagi shape yang aktif
3.9.4 Menambah SmartArt
SmartArt adalah cirri di dalam Microsoft Office 2007 yang membenarkan anda untuk memilih pelbagai jenis grafik termasuklah List, Process, Cycle, Relationship, matrix, Pyramid dan Hierachy.
Untuk Menambah SmartArt:i) Klik tab Insertii) Klik butang SmartArtiii) Klik pada kategori SmartArt yang anda mahu iv) Pilih SmartArtv) Seretkan ke dalam lokasi yang anda mahukan dalam
lembar kerja
184
Microsoft Excel 2007
Rajah 3.64: Kategori-kategori bagi SmartArt
Untuk format SmartArt:i) Pilih SmartArtii) Klik samada tab Design atau tab Formatiii) Klik SmartArt dan tambahkan teks dan gambar
Rajah 3.65: Format bagi SmartArt yang aktif
185
Microsoft Excel 2007
LATIHAN PENGUKUHAN
1. Namakan setiap label dan fungsi (jika ada) dalam gambarajah di bawah:
186