jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya...
-
Upload
phungduong -
Category
Documents
-
view
248 -
download
0
Transcript of jpnperak.moe.gov.myjpnperak.moe.gov.my/ppdkinta/attachments/article/6857... · Web viewSekiranya...
KSGPI 2017 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
PERATURAN AM&
SYARAT PERTANDINGAN
KARNIVAL SUKANGURU PENDIDIKAN ISLAM
(KSGPI) KPM – PEKDIS
1
17 – 19 OGOS 2018( TERENGGANU DARUL IMAN )
KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
PERATURAN AM
1. PENGUASAAN
Semua acara yang dipertandingkan dalam Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam
(KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018 hendaklah mengikut
PERATURAN-PERATURAN AM ini kecuali yang akan dinyatakan kemudiannya.
2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Undang-undang dan Peraturan Antarabangsa bagi satu-satu permainan yang
sedang berkuatkuasa sekarang akan digunakan melainkan sekiranya ada undang-
undang khas yang menguasai pertandingan permainan di Karnival Sukan Guru
Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018.
3. KELAYAKANPemain yang layak menyertai Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam ini adalah:
3.1. Warganegara Malaysia
3.2. Guru Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia .
3.3. Ahli PEKDIS yang berdaftar pada tahun semasa sebelum pengesahan
pendaftaran dibuat oleh negeri.
4. JAWATANKUASA PENGELOLA PERMAINAN
4.1.Jawatankuasa Teknikal Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) dengan
kerjasama PEKDIS Cawangan Terengganu akan mengelolakan Karnival Sukan
Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018.
4.2.Pengelola Karnival akan membentuk jawatankuasa kecil lain untuk menjalankan
tugas-tugas pengelolaan karnival tersebut
5. PERMAINAN DIPERTANDINGKAN DAN JUMLAH PESERTA
Jumlah permainan yang dipertandingkan pada tahun ini ialah sebanyak acara iaitu;
5.1. Futsal
5.2.Bola Jaring
5.3.Tenpin Bowling
5.4.Badminton
5.5.Memanah
5.6.PingPong
5.7 Sepak Takraw * ( Sukan Tambahan Negeri Terengganu )
2
KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
ACARA KATEGORI
JUMLAH PESERTA
KESE
LURU
HAN
PEM
AIN
SIM
PAN
AN
JURU
LATI
H
PEN
GURU
S
5.1 FUTSAL BERPASUKAN LELAKI ( 5 SEBELAH ) 5 3 1 1 10
5.2 BOLA JARING BERPASUKAN WANITA 7 5 1 1 14
5.3 TENPIN BOWLING
BERPASUKAN LELAKI4 4
INDIVIDU LELAKI
BERPASUKAN WANITA4 4
INDIVIDU WANITA
BERPASUKAN VIP (3L, 2W) ( BPI, JPN, PPD,PGB SMKA/SABK ) 5 5
5.4 BADMINTONBERPASUKAN LELAKI ( 2-2-2 ) 6 1 1 8
BERGU WANITA 4 1 1 6
5.5 MEMANAH
INDIVIDU LELAKI BOW RECURVE DAN BOW TRADISIONAL 6 1
1 13INDIVIDU WANITA BOW RECURVE DAN BOW TRADISIONAL 4 1
BERPASUKAN CAMPURAN RECURVE ( 2L, 1P ) 0
BERPASUKAN CAMPURAN TRADISIONAL ( 2L,1P ) 0
5.6 PING PONG
BERPASUKAN LELAKI 7 1 1 9
INDIVIDU WANITA 2 1 1 8
BERGU WANITA 4
5.7 SEPAK TAKRAW ANTARA REGU 3 1 1 5
JUMLAH 61 8 9 8 86
3
KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
6. PENDAFTARAN
6.1.Setiap JPN dikehendaki menghantar penyertaan kepada jawatankuasa
pengelola selewat-lewatnya pada 01 JUN 2018. Makluman penyertaan melalui
telefon tidak dibenarkan.
6.2.Setiap JPN dikehendaki mendaftar nama pegawai dan pemain dalam borang
yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola (mengikut jenis permainan) yang
mengandungi.
6.2.1. Nama Penuh (mengikut Kad Pengenalan)
6.2.2. No. Kad Pengenalan
6.2.3. Nama Sekolah / Pejabat
6.2.4. No. Telefon
6.2.5. No Keahlian PEKDIS
6.3 Borang Pendaftaran tersebut hendaklah diisi dengan lengkap. Jawatankuasa
Pengelola berhak menolak mana-mana borang pendaftaran yang tidak lengkap
seperti para 6.2
6.4 Seorang ahli PEKDIS hanya boleh mewakili satu (1) permainan sahaja.
6.5 Semua borang pendaftaran peserta hendaklah disahkan oleh Ketua Sektor
Pendidikan Islam JPN masing-masing.
6.6 Sumbangan penyertaan telah ditetapkan mengikut penyertaan pemain dan
pemain simpanan. Sumbangan hendaklah dijelaskan oleh negeri masing-masing
selewatnya pada 4 Ogos 2018.
6.7 Pihak Pengelola akan menyediakan penginapan untuk semua kontinjen.
Walaubagaimanapun Pengangkutan, Makan Minum dan Pakaian Rasmi hendaklah diuruskan oleh negeri masing-masing.
7. PAKAIAN PEMAIN7.1.Semua pemain dikehendaki memakai pakaian yang mematuhi Syariat Islam
7.2.Tiap-tiap pasukan dikehendaki memakai pakaian yang seragam sesuai dengan
jenis permainan yang telah ditetapkan
7.3.Nombor-nombor pada jersi hendaklah sama dengan nombor yang didaftarkan
dalam senarai pendaftaran
4
KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
8. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN JOHAN KESELURUHAN
8.1 Penentuan akan dibuat berdasarkan kepada jumlah MATA yang terbanyak diperolehi oleh pasukan tersebut.
8.2 Sekiranya masih seri juga, hendaklah ditentukan mengikut jumlah JOHAN dan
seterusnya.
9. MENARIK DIRI DAN MENANG TANPA BERTANDING
9.1. Mana-mana pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari pertandingan setelah
mendaftar dan diterima menyertai pertandingan tersebut.
9.2. Sekiranya mana-mana pasukan menarik diri daripada perlawanan, semua
keputusan perlawanan pasukan tersebut akan dibatalkan. Pasukan berkenaan
juga tidak akan dibenarkan menyertai sebarang perlawanan seterusnya.
9.3. Sekiranya ada pasukan yang menarik diri. Pasukan lawan boleh dikira menang
tanpa bertanding atau pihak pengelola boleh menyusun semula jadual
perlawanan mengikut kesesuaian munasabah.
10. PENGADILAN
10.1. Semua pengadil yang dilantik adalah terdiri daripada mereka yang bertugas
dengan Kementerian Pendidikan Malaysia atau mereka yang mempunyai
tauliah / pengiktirafan oleh badan - badan sukan yang diiktiraf di Malaysia.
10.2. Jawatankuasa Pengelola akan melantik Ketua Pengadil dan pengadil-pengadil
lain dalam pertandingan kelolaannya.
11. BANTAHAN
11.1. Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pegawai pasukan
hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa Pengelola atau
wakilnya tidak lebih dari setengah jam (30 minit) selepas perlawanan
berkenaan berakhir melainkan dinyatakan lain di dalam undang-undang
permainan tersebut.
11.2. Tiap-tiap satu bantahan hendaklah disertakan dengan bayaran RM300.00 bagi
acara berpasukan dan RM200.00 bagi acara individu yang tidak akan
dkembalikan jika sekiranya bantahan tersebut tidak berasas.
5
KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
12. LEMBAGA JURI RAYUANJawatankuasa Pengelola akan menubuhkan satu badan lembaga Juri Rayuan yang
terdiri daripada :
12.1 Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya
12.2 Ahli Jawatankuasa : 5 orang
12.2.1 Pengerusi Jawatankuasa Permainan berkenaan
12.2.2 Setiausaha Jawatankuasa Pengelola sebagai ex-officio
12.2.3 Tiga (3) orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat
12.3 Keputusan Lembaga Juri Rayuan adalah muktamad
13. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKANSemua perkara yang tidak dinyatakan di dalam undang-undang dan peraturan ini
akan dirujuk dan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pengelola mengikut undang-
undang dan peraturan-peraturan yang meliputi tiap-tiap satu pertandingan
permainan yang sedang berkuatkuasa dan pihak Jawatankuasa Pengelola berhak
meminda atau menambah mana-mana yang bersesuaian.
6
KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
FUTSAL
1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Pertandingan Futsal
yang diguna pakai semasa sebagaimana yang diperuntukan oleh FIFA serta telah
diterima oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan PERATURAN AM Karnival
Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018
yang sedang berkuatkuasa.
2. PEMBENTUKAN PASUKAN
Setiap pasukan akan mengandungi:
2.1 Lapan (8) orang pemain lelaki
2.2 Seorang (1) Pengurus Pasukan
2.3 Seorang (1) Jurulatih
3. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN
3.1 Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan 10 orang sahaja termasuk Pengurus
Pasukan dan Jurulatih (Pengurus dan Jurulatih boleh bermain @ dianggap
sebagai pemain simpanan).
3.2 Tiada ketetapan had umur bagi penyertaan ini
3.3 Lain-lain syarat Pendaftaran dan Kelayakan hendaklah mematuhi PERATURAN
AM yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan Guru
Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018.
4. MAKLUMAT PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan ini akan diadakan di Gelanggang Sport Planet, Gong Badak,
Terengganu.
4.2 Pertandingan ini akan diadakan pada 18 Ogos 2018 (Sabtu) jam 8.00 pagi
hingga 6.00 ptg
5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan akan dijalankan secara liga mengikut kumpulan yang akan diundi
oleh Pengelola.
5.2 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan ke pusingan seterusnya.
5.3 Undian akan dibuat sekali lagi bagi penentuan kumpulan pusingan seterusnya
tanpa mengambil kira pencapaian dalam kejohanan sebelum ini.
7
KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
5.4 Sistem kiraan mata yang digunakan bagi menentukan pemenang kumpulan
adalah seperti berikut;
Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
5.5 Sekiranya setelah semua perlawanan liga selesai, 2 pasukan atau lebih
didapati memperoleh jumlah mata yang sama, maka susunan penentuan
berikut akan dikira:
5.5.1 Pasukan yang mendapat perbezaan gol terbanyak akan dikira
menang.
5.5.2 Jika perbezaan masih seri, pasukan yang mendapat bilangan jaringan gol
terbanyak akan dikira menang.
5.5.3 Jika masih seri, Pasukan yang bolos terendah akan dikira menang.
5.5.4 Jika masih seri, penentuan pemenang ditentukan menerusi sepakan
penalti
5.6 Masa perlawanan adalah seperti berikut :
5.6.1 Peringkat kumpulan - 7 minit X 1 X 7 minit
5.6.2 Pusingan kedua - 7 minit X 1 X 7 minit
5.6.3 Peringkat Akhir - 10 minit X 1 X 10 minit
(Masa rehat yang diperuntukan adalah tidak melebihi 1 minit kecuali dengan
izin pengadil) Masa perlawanan akan mengikut sistem “Running Time”.
5.7 Pasukan berhak meminta satu perhentian masa (“time out”) selama satu (1)
minit di tiap-tiap separuh masa dengan peraturan berikut:
5.7.1 Jurulatih pasukan boleh meminta satu perhentian masa (“time out”) satu
(1) minit dari penjaga masa. Permintaan boleh dibuat pada bila-bila
masa (satu di setiap separuh masa) tetapi hanya boleh berbuat
demikian apabila bola dibawah kawalan pasukannya;
5.7.2 Penjaga masa / pengadil akan memberi syarat kebenaran perhentian
masa ketika bola berada diluar permainan;
5.7.3 Bila perhentian masa diberi, pemain-pemain boleh berkumpul di dalam
gelanggang. Jika mereka hendak menerima arahan daripada jurulatih
pasukan, ia hendaklah dilakukan di garisan tepi gelanggang
berhadapan dengan bangku simpanan pasukan. Pasukan yang tidak
meminta perhentian masa yang boleh di separuh masa pertama, tidak
boleh membawanya ke hadapan dalam separuh masa kedua.
8
KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
5.8. Untuk peringkat akhir, sekiranya perlawanan berkesudahan dengan keputusan
seri, masa tambahan akan dijalankan selama 3 minit setiap separuh masa.
Jika keputusan masih lagi seri maka lima (5) tendangan penalti setiap pasukan
akan diadakan dan jika masih tidak berubah “Sudden Death“ penalti akan
diadakan sehingga ada pemenang;
5.9. Pemain yang menerima dua (2) Kad Kuning di dalam pertandingan ini secara
automatik akan digantung satu perlawanan berikutnya;
5.10. Pemain yang menerima Kad Merah secara terus akan dikenakan perintah
buang padang dan tidak dibenarkan bermain untuk dua perlawanan berikutnya
dan penyertaan pemain tersebut seterusnya dalam pertandingan ini akan
diputuskan oleh Lembaga Tatatertib kejohanan
5.11. Pemain yang menerima dua (2) Kad Kuning dan diikuti dengan Kad Merah
dalam satu perlawanan secara automatik akan digantung satu perlawanan
berikutnya.
5.12. Pengumpulan kad (kuning atau merah) hanya sah digunapakai diperingkat liga
kumpulan sahaja dan akan terbatal sekiranya pasukannya layak ke peringkat
kalah mati.
5.13 Pasukan yang terlibat dalam pergaduhan boleh disingkirkan daripada
pertandingan.
6. PERTUKARAN PEMAIN
6.1 Sebelum pertandingan dimulakan, Ketua Pasukan hendaklah mengemukakan
senarai nama pemain-pemain kepada pengadil pertandingan di dalam borang
yang disediakan;
6.2 Bilangan gantian pemain semasa permainan adalah tidak terhad. Seseorang
pemain yang telah diganti boleh masuk semula bermain sebagai pengganti
kepada pemain lain menggunakan Sistem Pertukaran “Flying Substitution”.
6.3 Pemain simpanan yang masuk membuat gantian mestilah berada dikawasan
yang disediakan terlebih dahulu.
9
KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
7. PAKAIAN PEMAIN
7.1 Tiap – tiap pemain hendaklah memakai jersi yang bernombor seperti yang
didaftarkan di dalam borang pendaftaran.
7.2 Ketua pasukan mestilah memakai lilitan lengan dan sekiranya diganti, lilitan
lengan itu hendaklah diberikan kepada pemain yang mengambil alih tugasnya.
8. KELEWATAN, MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH
8.1 Tiap – tiap pasukan hendaklah berada dipadang permainan 15 minit sebelum
perlawanan dimulakan.
8.2 Masa 10 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat. Jika selepas 10
minit pasukan berkenaan masih belum tiba atau belum bersedia, pihak
lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan 3 mata dan jaringan
3 – 0.
8.3 Sekurang – kurangnya mesti ada 4 orang pemain bagi satu – satu pasukan
berada digelanggang permainan sebelum sesuatu perlawanan dimulakan. Jika
kurang daripada 4 orang pemain, pasukan tersebut dikira menarik diri.
8.4 Pasukan yang mendapat kemenangan percuma akan diberi 3 mata dengan
keputusan jaringan 3 – 0 atau jaringan semasa yang mana lebih tinggi.
9. BANTAHAN
9.1 Sebarang bantahan sila rujuk syarat bantahan pada PERATURAN AM Karnival
Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan
2018.
10. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
10.1 Bagi perkara-perkara yang tidak dibekalkan atau tidak dinyatakan dalam
Undang-Undang dan Peraturan Am Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam
(KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018, Jawatankuasa Pengelola
adalah berhak membuat keputusan dan segala keputusannya adalah
muktamad.
10
11
KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
BOLA JARING
1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Permainan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Gabungan Persekutuan
Bola Jaring Antarabangsa (IKNA) dan PERATURAN AM Karnival Sukan Guru
Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018 yang sedang
berkuatkuasa.
2. PEMBENTUKAN PASUKAN
Setiap pasukan akan mengandungi
2.1 Dua belas (12 ) orang pemain wanita
2.2 Seorang (1) Pengurus Pasukan**
2.3 Seorang (1) Jurulatih**
**Pengurus Pasukan dan Jurulatih BUKAN dalam kalangan pemain.
3. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN
3.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 14 orang sahaja termasuk pengurus dan
jurulatih.
3.2 Tiada ketetapan had umur bagi penyertaan ini
3.3 Lain-lain syarat Pendaftaran dan Kelayakan hendaklah mematuhi Peraturan Am
yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan Guru Pendidikan
Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018.
4. SISTEM PERTANDINGAN4.1 Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan / atau kalah mati
4.2 Undian akan dijalankan oleh Pengelola.
4.3 Cara Liga Tiga Kumpulan
4.3.1 Pusingan Pertama
Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian, maka mereka hendaklah
dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B, dan C. Pertandingan akan dijalankan
secara liga.
4.3.2 Pusingan Kedua
i. Johan dan Naib Johan dalam kumpulan A, B dan C adalah layak memasuki
Pusingan Kedua yang juga akan dijalankan secara LIGA dalam dua kumpulan
iaitu X dan Y.
12
KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
ii. Johan setiap kumpulan akan diundi untuk ditempatkan di kumpulan-
kumpulan tersebut. Satu akan ditempatkan ke kumpulan X dan 2 ditempatkan
ke kumpulan Y.
iii. Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari Johan
kumpulannya.
4.3.3 Tempat ke-3 dan ke-4
Naib johan kumpulan X akan bermain dengan naib johan kumpulan Y
4.3.4 Peringkat Akhir
Johan kumpulan X akan bermain dengan pasukan johan kumpulan Y.
5. CARA MEMBUAT KEPUTUSAN5.1 Cara memberi mata :
Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 markah
5.2 Kemenangan bagi pertandingan secara LIGA ditentukan dari jumlah mata
terbanyak tetapi jika berlaku seri pada jumlah mata, keputusan akan
ditentukan melalui;
i. Jika kedua-dua pasukan seri atau lebih daripada dua pasukan mempunyai
jumlah mata yang sama di akhir perlawanan, purata gol akan menentukan
kedudukan (iaitu jumlah jaringan gol dibahagi dengan jumlah gol yang kena).
ii. Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol akan digunapakai (iaitu
jumlah gol tolak jumlah jaringan gol yang kena)
iii. Jika kedudukan masih lagi seri, maka pasukan yang menjaringkan gol terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.
iv. Jika keputusan masih sama, keputusan akan ditentukan secara mengambil kira keputusan perlawanan di antara kedua dua pasukan berkenaan
sebelumnya
13
KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
5.3 Seri pada Pusingan Kedua, Separuh Akhir dan Akhir
i. Pasukan hendaklah diberi masa rehat (2) minit di akhir masa perlawanan.
ii. Masa tambahan selama dua (2) X tiga (3) minit setiap bahagian akan
dimainkan.
iii. Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh
pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya.
iv. Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa.
v. Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran
Tengah berikutnya.
vi. Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan, permainan akan
diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.
6. PENANGGUHAN PERMAINAN
6.1. Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan
seperti hujan lebat, petir dan kilat, keadaan padang yang becak, cuaca gelap
dan sebagainya, maka Pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa
Pertandingan dan Teknikal berhak menangguhkan perlawanan.
6.2. Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut:
6.2.1 Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka
perlawanan akan disambung mengikut baki masa yang tinggal.
6.2.2 Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain, maka
perlawanan hendaklah dimainkan semula.
6.2.3 Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguhkan
atau mengubahkan sesuatu jadual atau tempat pertandingan dengan
terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan secara serta-merta.
7. PAKAIAN
7.1. Pemain-pemain diwajibkan memakai bib yang berlainan warna mengikut
peraturan Gabungan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (FINA).
7.2. Setiap pasukan dikehendaki membawa dua set bib yang berlainan warna.
7.3. Jika kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, maka lambungan duit
syiling akan diadakan untuk menentukan pasukan yang akan menukar bib.
7.4. Semua pemain mesti berkasut yang diperbuat daripada bahan ringan. Kasut
yang berstud keras/tajam tidak dibenarkan.
14
KSGPI 2017 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
8. GELANGGANG/ ALATAN8.1. Rujuk kepada Undang-undang Rasmi Bola Jaring (IFNA)
8.2. Tinggi tiang gol untuk 3.05 meter atau 10 kaki.
8.3. Saiz bola ialah saiz 5.
9. MASA BERMAIN
9.1. Masa bermain adalah 20 minit. Masa bagi separuh masa pertama ialah 10
minit dengan masa rehat tidak lebih 3 minit selepasnya. Pasukan akan
bertukar kawasan gol pada waktu rehat separuh masa.
10. KELEWATAN
10.1 Sepuluh (10) minit diberikan untuk masa kelewatan. Jika selepas itu, sesebuah
pasukan yang tidak dapat hadir dengan sekurang-kurangnya lima (5) pemain,
pasukan itu dikira menyerah kalah dengan sengaja.
11. MENARIK DIRI
11.1.Menarik diri tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan dianggap
menarik diri daripada keseluruhan pertandingan dan pasukan berkenaan tidak
dibenarkan lagi menyertai perlawanan seterusnya.
11.2. Pemain tidak dibenarkan keluar gelanggang semasa berlaku pemberhentian.
Jika ianya berlaku, pasukan berkenaan akan dikira kalah dan dianggap
menarik diri daripada keseluruhan pertandingan.
11.3. Pasukan yang melakukan kesalahan di para 11.1 dan 11.2 dianggap tidak
menyertai pertandingan dan semua jaringan atau mata yang telah diperolehi
dibatalkan.
12. PERTUKARAN DAN PENGGANTIAN
12.1.Sekiranya pemain tidak boleh meneruskan permainan kerana kecederaan atau
kecemasan, maka pemain tersebut boleh diganti.
12.2.Penggantian atau pertukaran mestilah mematuhi Peraturan Permainan oleh
IFNA .
13. PENGADILANKeputusan Pengadil adalah MUKTAMAD.
15
KSGPI 2017 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
14. BANTAHAN DAN RAYUAN
14.1. Semua bantahan dan rayuan hendaklah dikemukakan oleh Pengurus Pasukan secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan sebelum tiga puluh (30) minit selepas sesuatu perlawanan itu
tamat.
14.2. Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang bantahan sebanyak RM
100.00 tunai. Wang pertaruhan akan luput, jika bantahan atau rayuan yang
dikemukakan itu didapati tidak wajar.
14.3. Juri Rayuan akan bermesyuarat dan keputusan yang dicapai oleh mereka
akan diberitahu secepat mungkin bagi melicinkan pertandingan.
14.4. Keputusan Juri Rayuan adalah MUKTAMAD.
15. JURI RAYUAN15.1 Juri Rayuan terdiri daripada:
a. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
b. Setiausaha Jawatankuasa Pengelola.
c. Pengerusi Jawatankuasa Pengadil
d. Penyelaras Teknik dan Pembangunan Bola Jaring .
19. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
19.1 Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan, Jawatankuasa Pengelola berhak
membuat pertimbangan dan keputusan adalah MUKTAMAD.
16
KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
TENPIN BOWLING
1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
1.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Peraturan
Pertandingan Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC) dan PERATURAN
AM Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat
Kebangsaan 2018 yang sedang berkuatkuasa.
2. PEMBENTUKAN PASUKAN2.1 Setiap pasukan akan mengandungi 13 orang pemain seperti berikut
a. Empat (4) orang pemain lelaki
b. Empat (4) orang pemain wanita
c. Lima (5) orang pemain VIP terdiri dari;
i. Tiga (3) Pemain VIP Lelaki
ii. Dua (2) Pemain VIP Wanita
3. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN
3.1 Setiap pasukan hendaklah mendaftarkan 13 orang sahaja termasuk Pengurus
Pasukan dan Jurulatih ( Pengurus dan Jurulatih adalah pemain ).
3.2 Tiada ketetapan had Umur bagi penyertaan ini
3.3 Lain-lain syarat Pendaftaran dan Kelayakan hendaklah mematuhi Peraturan
Am yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan Guru
Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018.
3.4 Pemain VIP adalah dalam kalangan pemain seperti di bawah ;
i. Pegawai / Penyelia Bahagian Pendidikan Islam, KPM
ii. Pegawai / Penyelia Jabatan Pendidikan Negeri – Negeri
iii. Pegawai / Penyelia Pejabat Pelajaran Daerah
iv. Pengetua / Guru Besar SMKA atau SABK
**Kesemua pemain hendaklah menepati syarat kelayakan ahli PEKDIS**
4. MAKLUMAT PERTANDINGAN4.1 Pertandingan ini akan diadakan di Coral Crown Bowling, Paya Bunga
Sentral, Terengganu.
4.2 Pertandingan ini akan diadakan pada 18 Ogos 2018 (Sabtu) - 8.00 pagi hingga 10.00 malam
17
KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan dijalankan secara Berpasukan Berempat dan masters bagi acara
Individu
5.2 Setiap pasukan dibenarkan menghantar ;
a. satu (1) pasukan berempat lelaki
b. satu (1) pasukan berempat wanita
c. satu (1) pasukan berlima VIP (2 lelaki & 2 perempuan)
5.3 Pemain-pemain (selain VIP) diwajibkan bermain empat (4) games. Pasukan
dengan jumlah jatuhan pin keseluruhan tertinggi akan diisytiharkan sebagai
pemenang pasukan dan 15 peserta bagi kategori lelaki dan perempuan
dengan jumlah jatuhan pin keseluruhan tertinggi. layak untuk bermain dalam
acara master iaitu sebanyak 4 games
5.4 Pemain dalam acara masters yang membuat jatuhan pin tertinggi sebanyak 4
permainan akan dikira pemenang dalam acara individu.
5.5 Pemain bagi acara VIP akan bermain sebanyak 3 games. Pasukan yang
membuat jatuhan pin tertinggi akan dikira pemenang.
6. CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN
6.1 Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemain untuk mengesahkan keputusan
perlawanan dalam skor yang disediakan.
6.2 Keputusan yang telah disahkan hanya boleh diubah dengan kebenaran
Pengerusi Teknik Pertandingan atau wakilnya.
6.3 Pasukan yang membuat jatuhan pin terbanyak dikira sebagai pemenang.
6.4 Sekiranya seri, maka keputusan ditentukan berdasarkan umlah jatuhan pin
permainan terakhir.
6.5 Jika masih seri jumlah jatuhan pin permainan kedua terakhir diambil kira dan
seterusnya.
6.6 Pemain yang mencatat jatuhan pin tertinggi dalam acara masters akan dikira
sebagai pemenang individu dan seterusnya hingga tempat ketiga.
7. PAKAIAN PEMAIN7.1 Semua pasukan dan pemain mesti memakai pakaian seragam pasukannya.
7.2 Pemain-pemain dikehendaki memakai seluar panjang slack (jeans tidak
dibenarkan), baju berkolar (tuck-in) dan kemas untuk setiap pasukan masing-
masing.
7.3 Baju dan seluar pasukan mestilah warna yang seragam.
7.4 Semua pemain hendaklah memakai kasut boling sendiri atau disewa di pusat boling atas tanggungan sendiri.
18
19
KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
8. KELEWATAN, MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH
8.1 Semua pemain mesti melapor diri selewat-lewatnya 15 minit sebelum sesuatu
acara bermula. Pemain yang lewat akan kehilangan kelayakan dalam sesuatu
acara itu.
8.2 Pihak penganjur mempunyai kuasa untuk melantik seorang “Pacer” sekiranya
ada “Walk Over” dalam sesuatu acara atau bilangan pemain dalam sesuatu
acara itu tidak mencukupi.
9. GANGGUAN PERMAINAN
9.1 Pengerusi Teknik Pertandingan mempunyai kuasa muktamad untuk membuat
arahan permainan yang terganggu disambung pada sepasang lorong baru
sekiranya lorong di mana permainan itu berlangsung ditimpa kerosakan mesin.
9.2 Permainan (frame) yang terganggu itu mestilah disambung dari frame di mana
gangguan itu berlaku.
10. BERMAIN DI ATAS LORONG YANG SALAH
10.1 Bila seseorang pemain bermain di atas lorong yang salah dan kesalahan ini
disedari sebelum pemain lain membuat balingannya, maka balingan itu
dianggap sebagai ”Bola Mati” (Dead Ball) dan pemain tersebut dikehendaki
bermain frame yang kemudiannya pada lorong yang salah tadi.
10.2 Sekiranya kesalahan itu hanya disedari selepas pemain kemudian membaling
bolanya, maka mata yang diperoleh itu akan diambil kira dan pemain tersebut
dikehendaki bermain semula frame yang kemudiannya pada lorong yang salah
tadi.
10.3 Sekiranya kesalahan itu hanya disedari sebelum pemain kedua membaling,
skor akan dibatalkan dan pemain tersebut dikehendaki membaling semula
pada lorong yang sebenar.
11. MEMPERLAHANKAN PERMAINAN
11.1 Seseorang pemain yang bersedia untuk membaling bolanya harus mengetahui
tentang hak dan obligasinya seperti berikut:
a. Seseorang pemain untuk bermain terlebih dahulu (right of way) terhadap
pemain yang berada di atas lorong sebelah kirinya. Mereka harus memberi
laluan kepada pemain yang berada di atas lorong sebelah kanannya.
b. Semua pemain harus bersedia untuk bermain apabila sampai gilirannya dan
tidak boleh melambatkan permainan itu.
20
KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
c. Sekiranya didapati ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas, pemain
akan diberi amaran dengan isyarat Kad Putih untuk kesalahan pertama (tiada
penalti), dan Kad Kuning atas kesalahan kedua (tiada penalti). Untuk
kesalahan ketiga dan berikutnya dalam sesuatu blok permainan, pemain
tersebut akan diberi Kad Merah dan sifar (0) mata untuk frame tersebut.
12. KEHILANGAN SKOR SEMASA GANGGUAN ELEKTRIK
12.1 Sekiranya berlaku ”black out” dalam tv monitor dan skor sesuatu permainan
yang sedang berlangsung itu hilang dan tidak dapat dipulihkan, maka pemain-
pemain yang berkenaan dikehendaki bermain semula game tersebut.
Sekiranya skor telah dicatatkan, maka permainan akan bersambung dari frame
di mana permainan tersebut berhenti sebelum ini.
12.2 Game yang mana skornya telah direkodkan itu akan dikekalkan.
12.3 Pasukan tidak boleh mengambil kesempatan ini untuk meminta sesuatu
permainan itu dibatalkan atau dimainkan semula pada waktu ”black out”.
13. NOMBOR KOD DAN PERUNTUKAN LORONG13.1 Semua pemain akan diberikan nombor kod mengikut negeri masing-masing.
13.2 Semua pemain mesti mempamerkan kodnya di bahagian belakang baju.
Pemain tanpa nombor ini tidak akan dibenarkan umtuk mengambil bahagian.
13.3 Peruntukan lorong akan ditetapkan terlebih dahulu secara undian
14. LARANGAN (PROHIBITION)
14.1 Pemain-pemain adalah dilarang daripada merokok, minum minuman keras
atau di bawah pengaruh alkohol semasa pertandingan.
14.2 Sekiranya didapati ada pemain yang melanggar peraturan ini, pemain tersebut
akan dibatalkan penyertaannya daripada kejohanan ini.
14.3 Sekiranya berlaku perkara seperti ini, Pengerusi Teknik Pertandingan harus
membawa kes ini kepada Jawatankuasa Teknikal supaya pemain ini digantung
daripada seluruh pertandingan. Pemain juga akan dikenakan tindakan disiplin
lain yang dianggap sesuai.
14.4 Minuman, tepung dan sebagainya tidak boleh ditinggalkan di meja console.
15. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
15.1 Bagi perkara-perkara yang tidak dibekalkan / dinyatakan dalam Undang-
Undang dan Peraturan Am Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam KPM-
PEKDIS Peringkat Kebangsaaan 2018, Jawatankuasa Pengelola adalah
berhak untuk membuat pertimbangan. Segala keputusan adalah muktamad.
21
KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
BADMINTON
1. Undang-undang Permainan
1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Permainan Dan
Peraturan Badminton Malaysia ( BAM ) dan Persekutuan Badminton
Antarabangsa (IBF) serta PERATURAN AM Karnival Sukan Guru Pendidikan
Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018 yang sedang
berkuasa.
2. Pembentukan Pasukan
2.1. Pasukan lelaki
Setiap pasukan mempunyai 8 orang pemain iaitu:
a. Beregu - 3 (6 pemain).( 2 REGU SENIOR & 1 REGU VETERAN )
b. Seorang Pengurus Pasukan.**
c. Seorang jurulatih**
* Pengurus pasukan dan jurulatih adalah merupakan pemain simpanan
bagi setiap pasukan.
2.2. Individu Wanita – 6 pemain iaitu :
a. Beregu – 2 ( 4 pemain)
b. Seorang Pengurus Pasukan.**
d. Seorang jurulatih**
* Pengurus pasukan dan jurulatih adalah merupakan pemain simpanan
bagi setiap pasukan.
Pertandingan kategori perempuan akan dijalankan secara berasingan.
(Bukan berpasukan)
3. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN.
3.1 Penyertaan lelaki (berpasukan) hendaklah mendaftarkan 8 orang sahaja
termasuk seorang pengurus pasukan dan seorang jurulatih.
3.2 Penyertaan perempuan (individu) hendaklah mendaftarkan 6 orang sahaja
termasuk seorang pengurus pasukan dan seorang jurulatih.
3.3 Regu veteran mestilah berumur 40 tahun dan ke atas.
22
KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
3.4 Lain-lain syarat Pendaftaran dan Kelayakan hendaklah mematuhi
PERATURAN AM yang dikeluarkan Jawatankuasa Pengelola Karnival Sukan
Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018.
4. MAKLUMAT PERTANDINGAN4.1 Pertandingan ini akan diadakan di Dewan Gemilang, Universiti Sultan Zainal
Abidin ( UNiSZA ), Gong Badak bagi kategori lelaki dan Dewan SMK Bukit Tunggal nagi kategori perempuan.
4.2 Pertandingan ini akan diadakan pada 18 Ogos 2018 ( Sabtu) 8.30 pagi hingga
selesai.
5. SISTEM PERTANDINGAN5.1 Undian akan dijalankan bagi menentukan kumpulan dalam pertandingan.
5.2 Turutan dan susunan regu dan perseorangan bagi semua perlawanan pula
adalah seperti berikut :
5.2.1 Regu pertama - senior
5.2.2 Regu kedua - veteran ( 40 tahun ke atas )
5.2.3 Regu ketiga - senior
5.3 Sistem kiraan mata 30 tanpa mata tambahan akan diguna pakai dalam
pertandingan ini. ( Regu/perseorangan yang mendapat kiraan mata 30 akan
dikira pemenang dalam peringkat liga).
5.4 Peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir kiraan mata adalah 21.
5.5 Pertandingan bagi kategori lelaki akan dijalankan secara liga kumpulan.
Pertandingan kategori perempuan akan dijalankan secara liga individu.
5.6 Pertandingan set penentuan “rubber set” akan dijalankan sekiranya kedudukan
1-1 di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir.
5.7 Pasukan yang menang akan mendapat 3 mata, manakala yang kalah ialah 0.
5.8 Kemenangan ditentukan berdasarkan turutan berikut ;
5.7.1. Jumlah pungutan mata.
5.7.2. Perbezaan bilangan kemenangan.
5.7.3. Perbezaan bilangan set menang/kalah.
5.7.4. Perbezaan jumlah kiraan mata keseluruhan.
6. Kelewatan
6.1 Setiap pasukan mestilah melaporkan diri kepada urusetia pertandingan 30
minit sebelum masa yang ditetapkan bagi perlawanan tersebut dan
menghantar senarai nama pemain 15 minit sebelum perlawanan dimulakan..
23
7. PAKAIAN PEMAIN.
7.1 Sebarang jenis pakaian sukan dibenarkan tetapi tertakluk kepada syarat-syarat
pengiklanan mengikut Undang-Undang Persekutuan Badminton dunia (IBF).
8. ALATAN
8.1. Pertandingan akan menggunakan jenama bulu tangkis yang diakui oleh
BAM/IBF.( RCL Titanium 77 )
9. REFERI KEHORMAT/ PENGADIL / PENJAGA GARISAN.9.1 Seorang Referi Kehormat akan dilantik oleh pengelola.
9.2. Keputusan Referi Kehormat terhadap undang-undang permainan badminton
adalah muktamad.
9.3 Pengadil akan disediakan oleh pihak pengelola.
9.4 Penjaga garisan adalah terdiri daripada pegawai yang dilantik
10. BANTAHAN.
10.1. Sebarang bantahan perlu dilakukan secara bertulis berserta wang tunai RM
300.00. Bantahan perlu diserahkan dalam masa 15 minit selepas perlawanan.
Sebarang keputusan pihak pengelola adalah muktamad.
10.2. Senarai Jawatankuasa bantahan adalah merujuk PERATURAN AM Karnival
Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan
2018.
11. PENANGGUHAN PERMAINAN.
11.1 Jika permainan yang sedang dijalankan terpaksa ditangguhkan atas sebab-
sebab yang tidak dapat dielakkan, permainan itu akan disambung sekiranya
dapat dijanankan pada hari yang sama.
11.2 Jika sekiranya terpaksa ditunda kepada hari berikutnya, permainan itu dikira
bermain semula dengan kiraan mata 0-0.
11.3 Pengelola berhak menukar tempat, mengubah masa dan lain-lain perkara jika
difikirkan perlu bagi melancarkan kejohanan ini.
12. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN.
12.1 Bagi perkara-perkara yang tidak dibekalkan/dinyatakan dalam undang-undang
dan PERATUAN AM Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-
PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018. Jawatankuasa Pengelola adalah berhak
membuat keputusan dan segala keputusannya adalah muktamad.
24
KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
25
KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
MEMANAH
1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
1.1 Selain daripada peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan
mengikut undang-undang World Archery Federation’( WA ) dan peraturan-
peraturan AM Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS
Peringkat Kebangsaan 2018 yang berkuatkuasa.
2. JENIS PERTANDINGAN
2.1 Pertandingan akan dijalankan secara Pusingan Kelayakan Individu dan
Pusingan Olimpik Berpasukan Campuran (kalah mati) dalam jangka masa
satu (1) hari termasuk hari latihan rasmi (sighters).
2.2 Kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut;
a. Individu Lelaki dan Perempuan Bow Recurve
b. Individu Lelaki dan Perempuan Bow Tradisional
c. Berpasukan Campuran Bow Recurve ( 2L dan 1W )
d. Berpasukan Campuran Bow Tradisionanl ( 2L dan 1W )
2.3 Jarak bagi setiap kategori di atas adalah sama iaitu 40 meter.
3. SISTEM PERTANDINGAN3.1 PUSINGAN KELAYAKAN
Setiap peserta diwajibkan memanah SATU jarak ikut kategori masing-masing
sebanyak tiga puluh enam (36) anak panah. Peserta/Pasukan yang mendapat
mata tertinggi akan dikira pemenang.
26
KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
4. PENDAFTARAN PASUKAN 4.1 Setiap negeri hanya dibenarkan mendaftar jumlah penyertaan seperti
a. Seorang (1) pengurus
b. Dua (2) orang jurulatih
c. Tidak lebih dari sepuluh (10) orang peserta.
4.2 Pasukan lelaki terdiri daripada tujuh (7) orang seperti berikut ;
a. Tiga (3) peserta bow recurve
b. Tiga (3) peserta bow tradisional
c. Seorang (1) Jurulatih
4.3 Pasukan wanita terdiri daripada lima (5) orang seperti berikut ;
a. Dua (2) peserta bow recurve
b. Dua (2) peserta bow tradisional
c. Seorang (1) Jurulatih
4.4 Bagi acara pusingan kelayakan, Setiap pasukan hanya boleh mendaftarkan
satu (1) pasukan lelaki dan satu (1) pasukan perempuan sahaja.
4.5 Pasukan yang menghantar kurang daripada DUA (2) peserta tidak layak untuk
dikira bagi menentukan pemenang acara berpasukan.
5. GELANGGANG / ALATAN 5.1 Kategori Bow Recurve – Lelaki & Perempuan
Peralatan yang digunakan bagi acara Kategori Bow Recurve adalah mengikut
undang-undang World Archery (WA) (Article 7.3.1.1)
5.2 Kategori Bow TradisionalBow / busur tradisional : tanpa window & arrow rest
Anak Panah : bebas
6. MASA MELAPORKAN DIRI 6.1 Setiap pasukan dikehendaki melaporkan diri kepada Ketua Hakim Kejohanan
untuk pemeriksaan peralatan pertandingan pada hari latihan rasmi (sighter).
6.2 Setiap peserta yang mengambil bahagian MESTI diiringi pengurus pasukan
negeri masing-masing sepanjang kejohanan.
6.3 Setiap pengurus pasukan DIKEHENDAKI berada di tempat pertandingan
selama 30 minit selepas keputusan rasmi pertandingan dipamerkan.
27
KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
7. BANTAHAN
7.1 Setiap pasukan boleh membuat bantahan. Hanya Pengurus Pasukan sahaja
dibenarkan membuat bantahan. Bantahan mestilah dibuat secara bertulis
beserta wang bantahan sebanyak RM 200.00 (Dua Ratus Ringgit Sahaja ) dan
diberi kepada Pengelola Pertandingan dalam masa tiga puluh minit (30) minit
selepas keputusan rasmi pertandingan dipamerkan.
7.2 Wang bantahan akan luput sekiranya bantahan yang dikemukakan didapati
tidak wajar.
8. JURI RAYUAN
8.1 Terdiri daripada Pengerusi Teknik, Ketua Hakim dan tiga (3) orang yang dilantik
oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan.
9. PENTAFSIRAN UNDANG-UNDANG
9.1 Jawatankuasa Pengelola berhak membuat tafsiran segala perkara yang tidak
disiarkan di dalam undang-undang pertandingan ini dan keputusan yang
dibuat adalah muktamad.
28
KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
PING PONG
1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
1.1 Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang Peraturan
Pertandingan Pertandingan International Table Tennis Federation (ITTF) yang
diterima pakai oleh Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM) dan PERATURAN
AM Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat
Kebangsaan 2018 yang sedang berkuatkuasa.
2. ACARA DIPERTANDINGKANi. Berpasukan lelaki
ii. Individu Wanita
iii. Bergu Wanita
3. KELAYAKAN PESERTA
3.1 Peserta hendaklan menepati syarat kelayakan yang dinyatakan dalam
PERATURAN AM Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-
PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018.
4. PEMBENTUKAN PASUKAN4.1 Setiap Negeri hanya boleh menghantar penyertaan seperti berikut;
a. PASUKAN LELAKI yang terdiri daripada 9 orang
i. Tiga (3) pemain perseorangan
ii. Dua (2) pemain bergu ( 2 regu )
iii. Seorang (1) Jurulatih**
iv. Seorang (1) Pengurus**
b. IMDIVIDU DAN BERGU WANITA yang terdiri daripada 8 orang
i. Dua (2) pemain perseorangan
ii. Dua (2) pemain bergu ( regu )
iii. Seorang ( 1 ) Jurulatih**
iv. Seorang (1) Pengurus**
**Pengurus dan Jurulatih boleh bermain dan merupakan pemain simpanan bagi
pasukan.
29
KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan akan dijalankan di Dewan Seri Bakong, SMK Batu Rakit pada 18
Ogos 2018 (Sabtu) bermula pukul 8.30 pagi.
5.2 Pertandingan Berpasukan Lelaki akan dijalankan mengikut sususan pemain
seperti berikut :
. Perlawanan Acara
Perlawanan 1 Perseorangan
Perlawanan 2 Bergu
Perlawanan 3 Perseorangan
Perlawanan 4 Bergu
Perlawanan 5 Perseorangan
5.3 Setiap pasukan mesti menghabiskan liga di dalam kumpulan.
5.4 Bagi acara wanita, format pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
5.5 Setiap perlawanan yang dipertandingkan adalah berdasarkan 5 set terbaik
“best of five”.
6. ALATAN DAN PAKAIAN
6.1 Penggunaan getah pimple adalah DIBENARKAN, namun sebarang
pengubahsuaian getah adalah DILARANG sama sekali.
6.2 Sebarang pelanggaran syarat boleh menyebabkan pemain dibatalkan
penyertaan dan tidak dibenarkan meneruskan perlawanan seterusnya.
6.3 Setiap pemain tidak dibenarkan memakai pakaian (t-shirt/jersi) yang sama
dengan warna bola iaitu warna putih.
6.4 Pertandingan akan menggunakan bola DHS 3 Stars 40mm + berwarna putih.
KSGPI
7. BANTAHAN
7.1 Sebarang bantahan sila rujuk syarat bantahan pada PERATURAN AM Karnival
Sukan Guru Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan 2018.
8. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
8.1 Bagi perkara-perkara yang tidak dibekalkan atau tidak dinyatakan dalam
Undang-Undang dan Peraturan Am Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam
(KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018, Jawatankuasa Pengelola
adalah berhak membuat keputusan dan segala keputusannya adalah
muktamad.
30
KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
SEPAK TAKRAW
1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) dan telah diterima oleh Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM). dan PERATURAN AM Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018 yang sedang berkuatkuasa.
2. ACARA DIPERTANDINGKAN
1. Beregu
3. KELAYAKAN PESERTA
3.1 Peserta hendaklah menepati syarat kelayakan yang dinyatakan dalam
PERATURAN AM Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-
PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018.
4. PEMBENTUKAN PASUKAN4.1 Setiap Negeri hanya boleh menghantar penyertaan seperti berikut;
1. Tiga ( 3 ) pemain
2. Seorang ( 1 ) Jurulatih**
3. Seorang ( 1 ) Pengurus**
**Pengurus dan Jurulatih boleh bermain dan merupakan pemain simpanan bagi
pasukan.
31
KSGPI 2018 [KARNIVAL SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM KPM-PEKDIS KEBANGSAAN]
5. SISTEM PERTANDINGAN
5.1 Pertandingan akan dijalankan di Dewan Sekolah Sukan Malaysia Gong Badak
pada 18 Ogos 2018 (Sabtu).
5.2 Sistem kiraan mata dengan 3 servis secara berturut-turut akan diguna pakai,
pusingan ke-3 kiraan mata 15 mata digunakan.
5.3 Pengurus pasukan dikehendaki menyerahkan senarai nama pemain dan
susunan regu masing-masing 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.
5.4 Dijalankan secara liga kumpulan dalam peringkat awal dan kalah singkir
dalam pusingan seterusnya.
5.5 Pemenang akan layak ke pusingan seterusnya.
6. ALATAN DAN PAKAIAN
6.1 Setiap pemain diwajibkan memakai jersi yang seragam dan bernombor
dibahagian depan dan belakang mengikut nombor yang telah didaftarkan di
dalam borang pendaftaran .
6.2 Pemain dibenarkan memakai seluar trek panjang ( track botton ).
6.3 Ketua pasukan mestilah memakai lilitan lengan ( armband ) dan sekiranya
diganti, lilitan lengan itu hendaklah diberikan kepada pemain yang mengambil
alih tugasnya.
7. BANTAHAN
7.1 Sebarang bantahan sila rujuk syarat bantahan pada PERATURAN AM
Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan 2018.
8. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
8.1 Bagi perkara-perkara yang tidak dibekalkan atau tidak dinyatakan dalam
PERATURAN AM Karnival Sukan Guru Pendidikan Islam (KSGPI) KPM-
PEKDIS Peringkat Kebangsaan 2018, Jawatankuasa Pengelola adalah berhak
membuat keputusan dan segala keputusannya adalah muktamad.
32