· Web viewNota Sejarah STPM Penggal 1 - BAB 1 MASYARAKAT . Bab ini membincangkan bentuk...

96
Nota Sejarah STPM Penggal 1 - BAB 1 MASYARAKAT Bab ini membincangkan bentuk masyarakat dan proses perubahan yang bermula dari masyarakat feudal sehingga masyarakat industri.Antara topik yang dibincangkan termasuklah masyarakat feudal , masyarakat agraria , masyarakat maritim dan masyarakat industri. 1.1 MASYARAKAT FEUDAL Pengenalan Masyarakat boleh ditakrifkan sebagai : Kumpulan manusia yang hidup bersama-sama dari sesuatu tempat dengan aturan & cara tertentu atau pergaulan hidup. Dari segi bahasa : komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu. Dari segi istilah : masyarakat merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup & keseluruhan hubungan sosial. Masyarakat juga dapat menggambarkan rakyat dalam sesebuah negara. Pengertian Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan politik tempatan yang ditadbir oleh individu-individu tertentu & bukan wakil leh kerajaan pusat. Feudalisme mengikut KAMUS DEWAN bermaksud susunan masyarakat yang berperingkat-peringkat (hierarki) Struktur masyarakat feudal terbahagi kepada dua bahagian iaitu golongan yang MEMERINTAH dan golongan yang DIPERINTAH. Masyarakat Feudal mempunyai timbal balik dua hala antara kedua lapisan ini. Masyarakat Feudal terdapat dalam sejarah England , Asia Tenggara , Jepun dan China. Faktor kemunculan sistem Feudal di Eropah 1)Keperluan mendapatkan perlindungan. Pada Zaman Pertengahan Awal , kehidupan masyarakat sukar kerana berlakunya serangan dan rompakan oleh orang Gasar. Serangan ini menyebabkan tidak wujud satu pemerintahan pusat yang berkesan. Maka, hubungan masyarakat dengan dunia luar terputus. Apabila masyarakat diserang oleh raja-raja orang Gasar , mereka :

Transcript of  · Web viewNota Sejarah STPM Penggal 1 - BAB 1 MASYARAKAT . Bab ini membincangkan bentuk...

Nota Sejarah STPM Penggal 1 - BAB 1 MASYARAKAT

Bab ini membincangkan bentuk masyarakat dan proses perubahan yang bermula dari masyarakat feudal sehingga masyarakat industri.Antara topik yang dibincangkan termasuklah masyarakat feudal , masyarakat agraria , masyarakat maritim dan masyarakat industri.

1.1 MASYARAKAT FEUDAL

Pengenalan

Masyarakat boleh ditakrifkan sebagai :Kumpulan manusia yang hidup bersama-sama dari sesuatu tempat     dengan aturan & cara tertentu atau pergaulan hidup.

Dari segi bahasa : komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di suatu tempat dengan cara dan ukuran tertentu.

Dari segi istilah : masyarakat merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup & keseluruhan hubungan sosial.

Masyarakat juga dapat menggambarkan rakyat dalam sesebuah negara.

Pengertian  

Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan politik       tempatan yang ditadbir oleh individu-individu tertentu & bukan wakil leh kerajaan pusat.

Feudalisme mengikut KAMUS DEWAN bermaksud susunan masyarakat yang berperingkat-peringkat (hierarki)

Struktur masyarakat feudal terbahagi kepada dua bahagian iaitu golongan yang MEMERINTAH dan golongan yang DIPERINTAH.

Masyarakat Feudal mempunyai timbal balik dua hala antara kedua lapisan ini. Masyarakat Feudal terdapat dalam sejarah England , Asia Tenggara , Jepun dan China.

Faktor kemunculan sistem Feudal di Eropah

1)Keperluan mendapatkan perlindungan.

Pada Zaman Pertengahan Awal , kehidupan masyarakat sukar kerana berlakunya serangan dan rompakan oleh orang Gasar.

Serangan ini menyebabkan tidak wujud satu pemerintahan pusat yang berkesan. Maka, hubungan masyarakat dengan dunia luar terputus. Apabila masyarakat diserang oleh raja-raja orang Gasar , mereka : 

-sukarela memberi penghormatan kepada wakil raja-raja     orang Gasar kerana mereka mendapat perlindungan daripada musuh & dapat meneruskan kehidupan.

Sebagai balasan kepada perlindungan yang diberi :-Rakyat menyerahkan tanah & diri mereka kepada lords.-Rakyat berjanji akan menyerahkan sebahagian tanaman & menjadi tenaga tentera kepada lords.

Dalam masa yang sama , tuan-tuan tanah mempunyai musuh dengan tuan-tuan tanah yang lain . Maka mereka :-Memerlukan perlindungan.-Mereka(tuan-tuan tanah) mahukan golongan bangsawan berkuasa ke atas tanah anak-anak buah dan hamba-hambanya.

Bagi tuan-tuan tanah yg memiliki tanah-tanah daripada raja atau duke disebut sebagai tenants in chief(ketua penyewa).Mereka :-memberikan sebahagian tanah kepada orang lain untuk disewakan & diusahakan.-Mereka akan menerima kesetiaan daripada penyewa tersebut.

2) Pengaruh Rom

Pada akhir pemerintahan empayar Rom , ramai golongan bangsawan yang berpengaruh telah mengambil alih pentadbiran tempatan.

golongan bangsawan ini akan menjalankan pentadbiran , perundangan , dan mengutip cukai. Para petani terpaksa membayar cukai yang tinggi hanya untuk mendapatkan keselamatan. Maka, ramai petani yang memberikan tanah-tanah merka kepada tuan-tuan utama(magnates) Tanah-tanah ini disatukan menjadi estet. Sebagai ganti rugi, lord akan membenarkan petani menggunakan tanah mereka seumur hidup.Perjanjian ini

dikenali sebagai precarium. Pajakan precarium ini lebih rendah bebannya berbanding dengan cukai yang dikenakan oleh Rom. Satu lagi amalan masyarakat Rom yang menyumbang kepada feudalisme ialah amalan patrocinium.

Berdasarkan amalan ini :- Masyarakat/rakyat miskin dibenarkan bekerja untuk golongan bangsawan yang berpengaruh bagi menyara kehidupan mereka.-Tentera-tentera persendirian mula terbentuk bagi menjaga keselamatan golongan bangsawan & petani.

Petani-petani yang mengusahakan estet-estet Rom mula bersatu dengan petani yang memegang pajakan patrocinium. Perubahan masa telah menyebabkan kedua-dua kumpulan ini menjadi serf.

3)Pengaruh Jerman

Kebanjiran puak Jerman di Eropah pada Zaman Pertengahan Awal turut sama membawa amalan yang mereka amalkan di Jerman :-Mereka membawa sistem lord/vassal yang dipanggil comitatus.-Sistem ini adalah sama dengan amalan patrocinium & pemerintah Jerman atau herzog telah menyediakan makanan dan senjata kepada orangnya.

Tentera-tentera Jerman ini memberi naungan kepada patron-patron Rom & membentuk tentera persendirian besar yang dipanggil bucellarians. Hubungan yang wujud disebut feudal.

Ciri-ciri masyarakat Feudal

1. Susunan masyarakat secara berperingkat- Susunan terbahagi kepada PEMERINTAH dan yang DIPERINTAH.- ENGLAND : kedudukan paling atas ialah raja diikuti golongan    bangsawan/tuan tanah(baron), ahli agama dan petani(serf)- JEPUN : terdapat raja , shogun , daimyo , samurai , petani,tukang dan pedagang .

2. Hubungan dua hala(timbal balas)- Terdapat hubungan dua hala antara raja & bangsawan.- Raja memberi perlindungan kepada pengikutnya(vassal) & pengikut memberi kestiaan & khidmat kepada raja.- Contoh : ketika raja memerlukan bantuan ketenteraan maka golongan bangsawan akan membekalkan tentera. Begitu juga dengan cukai/ufti diberikan oleh golongan penduduk kepada raja.

3. Hubungan petani dengan tuan tanah- Apabila empayar Rom runtuh , kuasa pusat yang boleh mentadbir wilayah musnah .- Dalam keadaan tidak selamat , petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah.- Sebagai tukaran , petani terpaksa membayar cukai yang tinggi kepada tuan tanah.- Golongan petani yang tidak berkemampuan terpaksa menyerah tanah kepada tuan tanah dan menjadi hamba kepada tuan tanah.- Jika tuan tanah berperang dengan tuan tanah yang lain , petani akan menjadi askar membantu tuan tanah mereka.

4. Kuasa RajaENGLAND :- Kuasa politik raja terhad kerana terpaksa kongsi kuasa dengan bangsawan.- Kuasa golongan bangsawan bergantung pada pengaruhnya di wilayah yang dikuasai .- Pertentangan sering berlaku antara raja dengan golongan bangsawan , apabila raja mahu mengurangkan kuasa golongan bangsawan .

JEPUN :- Maharaja tidak mempunyai kuasa politik .- Maharaja ditempatkan di Kyoto . (pusat pentadbiran terletak di Edo )- Maharaja ditempatkan di Kyoto.- Pemegang kuasa sebenar ialah Shogun yang tinggal di Edo.- Shogun memerintah secara langsung melalui daimyo & mengamalkan dasar pecah perintah.- Daimyo ada 3 tau iaitu : DAIMYO FUDAI , DAIMYO SHIMPAN , DAIMYO TOZAMA .

5. Tentera/PeperanganENGLAND :- Peperangan kerap berlaku antara bangsawan yang melibatkan wilayah berbeza.- Petani menjadi tentera membantu bangsawan wilayah mereka.-Jika raja memerlukan tentera, bangsawan akan membekalkan petani(serf) kepada raja.

JEPUN :-Samurai adalah golongan yang membantu daimyo yang menaungi mereka .- Mereka menjadi tentera kerajaan.- Tidak dibenarkan kerja lain semasa keamanan.

6. Kedudukan lapisan bawah

ENGLAND :- Petani pada kedudukan rendah di England- Ada yang menjadi tukang , menghasilkan alatan perang & perabot.

JEPUN :- Petani pada kedudukan yang paling dipandang mulia kerana menghasilkan makanan- Membayar hasil 40-50% kepada daimyo.- Petani lebih tinggi status daripada artisan & pedagang kerana Jepun negara pertanian & mengamalkan dasar tutup pintu.

 

KONSEP DAN CIRI-CIRI UTAMA MASYARAKAT AGRARIA

Pengenalan / Definisi Masyarakat Agraria

Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang bergantung kepada kegiatan ekonomi berasaskan kepada pertanian iaitu bercucuk tanam dan menternak binatang sebagai sumber kehidupan mereka. Jenis-jenis tanaman utama ialah padi sawah, padi huma, ubi taro, dan keladi; tanaman bijirin pula ialah gandum, barli, oat, kubis, kekacang dan sebagainya.

Mereka tinggal menetap di kawasan tanah pertanian yang subur dan sesuai untuk menjalankan kegiatan pertanian seperti menetap di sekitar kawasan lembah sungai yang mempunyai mendapan tanah lanar yang subur.

Selain itu, masyarakat juga menjalankan aktiviti berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan di kawasan sungai ataupun tasik-tasik. Mereka juga mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri dengan mengamalkan pertanian pindah sehingga mengusahakan pertanian tetap. Pada masa yang sama masyarakat agraria mempunyai hubungan dengan masyarakat maritim dan saling bergantungan.

Masyarakat agraria di Belanda berkembang sejurus berlakunya Revolusi Pertanian di England pada abad ke-17 di mana revolusi ini telah tersebar ke kawasan-kawasan lain di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat. Perkembangan ini telah menyebabkan bilangan masyarakat yang terlibat dengan akviti pertanian semakin meningkat. Masyarakat agraria menjadi lebih berdikari dan melalui penggunaan jentera moden, kegiatan pertanian lebih menjurus kepada pertanian ladang dan dalam skala yang besar.

Manakala masyarakat agraria di China terbentuk disebabkan sebahagian besar kawasan negara tersebut mempunyai tanah yang subur, disaliri oleh Sungai Hwang Ho dan diselaputi oleh iklim yang bersesuaian menjadikan negara berkenaan sesuai ditanam dengan pelbagai jenis tanaman. Namun demikian pada peringkat awal kemunculan masyarakat agraria di China, kegiatan mereka dikawal oleh golongan pemerintah dan menggunakan peralatan tradisional.

Secara umumnya ciri-ciri masyarakat agraria di kedua-dua negara boleh dilihat berdasarkan kepada 5 aspek iaitu kegiatan yang berasaskan pertanian, lokasi aktiviti di kawasan tanah yang subur dan iklim yang sesuai, hasil tanaman utama, sistem pengairan dan saliran serta kegiatan lain seperti berburu, menternak binatang, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan.

CIRI-CIRI UTAMA MASYARAKAT AGRARIA.

Masyarakat agraria di negara Belanda dan China boleh dihuraikan dalam beberapa aspek utama seperti kegiatan ekonomi yang dijalankan, kawasan penempatan mereka, sistem pengairan, kesuburan tanah petanian, dan penggunaan teknologi dalam bidang pertanian.

1. Kegiatan Ekonomi Yang Dijalankan

Kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat agraria adalah berasaskan kepada kegiatan pertanian dan penternakan. Di samping itu mereka juga menjalan kegiatan sampingan yang lain seperti memunggut hasil hutan.

Kegiatan pertanian yang dijalankan secara kecil-kecilan dalam bentuk sara diri iaitu sekadar untuk menampung keperluan harian sahaja. Mereka akan menanam sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin seperti barli, gandum dan oat.

Silain itu, masyarakat agraria juga menjalankan kegiatan penternakan sebagai sumber keperluan protien yang mencukupi untuk mereka. Binatang yang diternak oleh mereka seperti lembu, kambing, ayam dan biri-biri.

2. Kawasan Petempatan

Petempatan masyarakat agraria adalah terletak di kawasan yang subur untuk menjalankan kegiatan pertanian seperti di lembah sungai dan delta sungai. Kawasan ini menjadi tumpuan mereka kerana kawasan ini terdapat mendapan tanah lanar yang subur. Contohnya, masayarakat agraria di China membuka petempatan di sekitar lembah Sungai Kuning.

3. Sistem Pengairan

Masyarakat agraria juga mempunyai kemahiran atau pengetahuan dalam membina sistem pengairan bagi tujuan mengairi kawasan pertanian mereka. Mereka mempunyai kemahiran dalam membina terusan, kolam takungan air dan tali air.

Terbinanya sistem pengairan ini telah mendorong berlakunya pertambahan keluasan kawasan pertanian kerana kawasan yang jauh dari sumber air juga dapat diusahakan dengan adanya terusan. Selain itu, kegiatan pertanian dapat dijalankan secara intensif atau lebih giat dengan adanya sistem pengairan ini.

Masyarakat agraria di China, telah membina terusan untuk mengairan kawasam pertanian mereka. Manakala di Belanda pula, mereka menggunakan kaedah kincir angin untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian.

4. Kesuburan Tanah

Oleh kerana memerlukan tahap kesuburan tanah yang tinggi bagi membolehkan kegiatan pertanian dijalankan, maka masyarakat agraria telah berusaha untuk mengetahui bagaimana cara-cara dalam memelihara kesuburan tanah pertanian ini. Mereka telah mencipta pelbagai teknik dan kaedah untuk meningkatkan tahap kesuburan tanah pertanian.

Di Belanda, masyarakat agrarianya menggunakan baja asli (najis binatang) yang diperolehi daripada kawasan penternakan untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian.

Selain itu, mereka juga menggunakan teknik memugar tanah pertanian dan mengamalkan sistem tanaman giliran untuk mengekalkan tahap kesuburan tanah.

5. Peningkatan Penggunaan Teknologi

Masyarakat agraria juga mempunyai kemahiran dalam mencipta peralatan-peralatan baru bagi menjalankan kegiatan pertanian secara besar-besaran. Penggunaan teknologi atau peralatan baru turut meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Masyarakat di Belanda telah menggunakan mencipta tugal dan tenggala beroda untuk memugar dan membajak tanah pertanian.

Masyarakat agraria juga memperkenalkan kaedah dan teknik pertanian untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian seperti memperkenalkan sistem tanaman giliran.

SEJARAH TAMADUN DUNIA (PENGGAL 1) TEMA 1: MASYARAKAT Maksud dan Ciri-Ciri Masyarakat Agraria Masyarakat Agraria Di Belanda Masyarakat Agraria Di China Masyarakat Feudal Di England dan Jepun Masyarakat Industri Di Jerman Masyarakat Industria Di England Masyarakat Maritim Di Jepun Masyarakat Maritim Di Portugal Modul Sejarah Dunia (1500-1955) Sistem Feudal di Eropah (England) Struktur Masyarakat Feudal Jepun

TEMA 2: PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN

Kerajaan Kesatuan Perancis Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat Penyatuan Itali Penyatuan Jerman Raja Berkuasa Mutlak dan Berperlembagaan di England Raja Berkuasa Mutlak dan Berperlembagaan di Perancis Sistem Beraja Di Rusia Sistem Bermaharaja Di China Sistem Pembesar Di China Sistem Pembesar Di Rusia Usaha Penyatuan Penduduk Jerman Oleh Bismarck Selepas tahun 1871

TEMA 3: KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN

Ekonomi Feudalisme Di China Ekonomi Feudalisme Di Jerman Ekonomi Feudalisme Di Perancis Faktor Perkembangan Sistem Ekonomi Kapitalisme Di England

TEMA 4: NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

Perang Dunia Pertama

SEJARAH ISLAM PENGGAL KE-2

Ciri-Ciri Seni Bina Islam Di India Etika Dan Strategi Peperangan Dalam Islam Etika Dan Strategi Peperangan Dalam Islam (MicrosoftWord) Hijrah Nabi Muhammad SAW Kepimpinan Nabi Muhammad SAW Nabi Muhammad Sebagai Seorang Negarawan Pelaksanaan Baitulmal Di Zaman Khulafa' al-Rasyidin Pembaharuan Khalifah Umar al-Khattab Perkembangan Pendidikan Di Acheh Dan Mesir Sumbangan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq Sumbangan Khalifah Umar Abdul Aziz Sumbangan Oleh Ibnu Khaldum

: MASYARAKAT AGRARIA : DEFINISI/MAKSUD MASYARAKAT AGRARIA DI CHINA MASYARAKAT AGRARIA DI BELANDA MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND MASYARAKAT MARITIM DI PORTUGAL

PERKEMBANGAN MASYARAKAT AGRARIA DI BELANDA

Perkembangan Masyarakat Agraria di Belanda

Mengikut pengembara Eropah, masyarakat agraria di Belanda mula mengalami perkembangan yang pesat dalam bidang pertanian pada abad ke-16 dan ke-17 M. Perkembangan ini dapat dilihat melalui penggunaan kaedah dan teknik pertanian yang lebih maju berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain, pengenalan pelbagai jenis tanaman baru dan turut menjadi pembekal produk tenusu ke negara-negara lain.

Perkembangan masyarakat agraria di Belanda dapat dilihat melalui perkembangan pertanian, penternakan, hortikultur, kegiatan menebus tanah, dan penggunaan teknologi berkaitan dengan teknik serta kaedah pertanian.

1. Perkembangan kegiatan pertanian

Kegiatan pertanian telah dijalankan secara lebih giat pada abad ke-17, akibat berlakunya pertambahan penduduk yang pesat terutama di kawasan bandar negara Belanda. Masyarakat petani terutama disebelah utara Belanda telah mengusahakan kegiatan pertanian secara kecil kecilan dan secara sistem pertanian padang terbuka. Hasil pertanian ini untuk pasaran tempatan di bandar-bandar negara Belanda sahaja.

Antara tanaman yang ditanam ialah sayur-sayuran seperti bawang, biji kol, ketumbar, lobak dan teasel. Mengikut KHD Halley, masyarakat Belanda merupakan masyarakat yang paling banyak makan sayur-sayuran di Eropah.

Selain itu, masyarakat Belanda juga turut menanam tanaman lain seperti barli, gandum, semanggi, kekacang, biji kol, mader dan hem.

Barli merupakan tanaman dominan di Belanda, namun pengeluarannya semakin merosot menjelang abad ke-16 dan ke-17 M. Selepas itu, gandum telah menjadi penting menjelang abad ke-17 M. Gandum telah ditanam oleh petani secara intensif dan lebihan hasil akan dijual. Tanaman semanggi pula ditanam dibahagian utara Belanda pada tahun 1644 M untuk dijadikan sebagai makanan binatang ternakan terutama lembu. Tanaman kekacang seperti beans dan kacang peas merupakan tanaman penting di Belanda.

Manakala biji kol pula ditanam oleh petani dibahagian utara Belanda dan diproses untuk menghasilkan minyak. Hampasnya pula telah dijadikan makanan binatang ternakan pada musim sejuk. Tanaman ini mula berkembang dan ditanam di Zeeland, Bogaurden, Friesland, Artois, Rhineland, Schleswig dan Holstien.

Tanaman mader pula ditanam secara meluas pada abad ke-13 dan ke-14 M apabila industri tekstil mula muncul di Leiden dan bandar-bandar lain di Belanda di mana tanaman ini telah dijadikan sebuk pewarna dalam industri tekstil. Tanaman ini ditanam secara meluas di bahagian barat daya Belanda, Flanders, dan Brabant Barat. Tanaman Mader telah dieksport ke pelabuhan di bahagian selatan dan timur England. Pulau Schouwen telah menjadi pusat tanaman mader yang penting menjelang tahun 1580-an hingga pertengahan abad ke-17 M. Menjelang akhir abad ke-17 M, telah terdapat 50 kilang memproses mader dan ini telah menjadikan Rotterdam muncul sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran mader di Belanda.

Penanaman hem pula ditanam dengan meluas di wilayah-wilayah Holland, Utrecht, Alblasserwaard, Lopikerwaard dan Krimpenerwaard pada abad ke-16 M. Tanaman ini digunakan untuk membuat barangan daripada kanvas, jala dan tali kapal.

2. Perkembangan Bidang Penternakan

Pada abad ke-17 M, aktiviti penternakan lembu juga dijalankan secara giat di bahagian timur Belanda seperti sekitar bandar-bandar Hertogenbosch, Lier dan Diest. Perkembangan bidang penternakan didorong oleh berlakunya pertambahan penduduk di Belanda dan seterusnya menyebabkan meningkatnya permintaan untuk bekalan daging lembu pada abad ke-16 M dan abad ke-17 M. Ini telah menyebabkan petani-petani di Holland dan Friesland memberi tumpuan kepada sektor penternakan.

Bilangan ternakan telah meningkat dari 14 ekor pada akhir abad ke-16 M kepada 24 ekor pada pertengahan abad ke-17 M. Lembu-lembu tenusu yang diternak di Belanda daripada baka lembu tenusu yang terbaik di Eropah. Penternakan lembu bertambah maju dengan adanya penanaman rumput berkualiti dan pengenalan tanaman bergilir.

Pertambahan penduduk di bandar telah mendorong peningkatan permintaan susu lembu di Belanda iaitu 2000 liter susu setahun sekitar tahun 1570. Pada tahun 1660, kandang-kandang lembu telah dilengkapi dengan peralatan bagi memproses susu lembu terutama di daerah Amstelland.

Penternakan kambing juga dijalankan di kawasan sekitar Pulau Taxel dan Wieringan dan Pulau Grind. Penternakan ini dijalankan untuk menghasilkan bekalan keju kepada penduduk di bandar-bandar dan luar bandar.

Belanda telah menjadi sebuah negara industri berasaskan tenusu dalam menghasilkan keju dan mentega yang terbesar di dunia serta berkualiti tinggi sejak abad ke-16 M dan abad ke-17 M terutama di Holland dan Friesland. Produk ini akan dieksport ke England, Perancis, Sepanyol dan kawasan pedalaman Jerman. Keju yang dihasilkan dengan menggunakan teknologi yang lebih maju dan tinggi. Hasil keju ini memberi sumbangan pendapatan tahunan kepada Belanda sebanyak 6.4 juta pound. Manakala mentega pula telah dihasilkan di daerah Rijnland dan Delfland. Bandar Leidin telah menjadi pusat pusat pengeluaran mentega yang bermutu tinggi di Belanda.

3. Perkembangan Bidang Hortikultur

Bidang ini telah berkembang kesan daripada berlakunya pertambahan penduduk, peningkatan taraf hidup dan kemajuan dalam sistem pengangkutan air. Pusat-pusat hortikultur telah muncul di bandar-bandar seperti Leiden, Delft, De Langedijk dan Enkhuizen. Bidang ini meliputi penanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga.

Sayur-sayuran seperti bawang, lobak, ketumbar, lobak merah, parsnip dan biji sawi telah ditanam secara meluas di daerah De Langedijk. Tanaman kubis dan lobak ditanam secara bergilir-gilir dengan sayuran lain di kawasan De Streek di daerah Enkuizen. Buah-buahan pula telah ditanam di kawasan Aalsmeer dan Boskoop seperti strawberi. Sayur-sayuran dan buah-buahan ini telah dihantar ke Amsterdam dan Leiden melalui pengangkutan air.

Pada abad ke-17 M, tanaman bunga telah dijalankan seperti tulip dan hop. Bunga tulip telah mendapat permintaan yang tinggi dan ini telah mendorong peningkatan harganya. Bunga hop pula telah ditanam dengan meluas di kawasan sepanjang sungai Maas. Bunga hop telah digunakan dalam industri penghasilan minuman keras (beer) di bandar-bandar Haarlem, Delft dan Gouda. Terdapat 21 buah kilang minuman keras di Amsterdam dan Rotterdam antara tahun 1600-1621 M.

4. Perkembangan Kegiatan Menebus Guna Tanah

Perkembangan aktiviti pertanian di Belanda mempunyai pertalian yang rapat dengan kegiatan menebus guna tanah kerana sebahagian besar tanah pertanian yang subur berada di bawah paras laut. Ini telah menyebabkan kawasan pertanian yang terletak di pinggir laut ditenggelami air laut. Keluasan tanah yang ditebus guna untuk pertanian di negara Belanda telah dijalankan dari tahun 1545 sehingga tahun 1814. Muara Sungai Middeizee ditambak bagi tujuan menebus guna tanah tersebut untuk tujuan pertanian.

Menjelang pertengahan abad ke-17 M, sebahagian besar tanah di wilayah Zeeland di tebus guna untuk tujuan pertanian. Di seluruh wilayah Zeeland, tanah yang ditebus guna meningkat kepada 49%, iaitu daripada 85 000 hektar kepada 127 000 hektar menjelang tahun 1600 dan 1680. Usaha penambakan tanah dilakukan di Oud-Beijerland (1557) dan Nieuw-Beijerland (1582) menyebabkan tanah seluas 2300 hektar ditebus guna.

5. Perkembangan Teknologi Pertanian

Kegiatan pertanian semakin berkembang kerana berlakunya kemajuan yang pesat dalam teknik dan kaedah pertanian di Belanda menjelang abad ke-16 M dan ke-17 M berbanding dengan negara-negara Eropah yang lain. Antara perkembangan yang berlaku dalam bidang teknologi pertanian ini adalah kajian mengenai sistem pertanian Belanda, pengenalan sistem tanaman bergilir, sistem penanaman rumput ternakan, sistem batas, sistem penanaman deretan, teknik memelihara kesuburan tanah dan penciptaan peralatan pertanian.

Kajian Mengenai Sistem Pertanian Belanda telah dijalankan terutama mengenai teknik dan kaedah pertanian yang di perkenalkan oleh masyarakat Belanda dijalankan oleh sarjana-sarjana dari England seperti Sir Richard Weston, Lord Townshend, Bakewell, Sir John Sinclair, Thomas Radcliff, Andrew Fletcher of Saltoun, James Meikle, Bartholomew Rocque, Patrick Neill dan William Speechley. Hasil kajian mereka, menunjukkan petani-petani di Belanda telah memperkenalkan sistem tanaman giliran, sistem penanaman rumput seperti Clover, Lucerne, Burnet, Timothy Grass dan Turnip dan mencipta peralatan seperti tenggala dan mesin menampi.

Petani-petani Belanda merupakan perintis dalam memperkenalkan sistem penggiliran tanaman. Dalam sistem penggiliran yang diamalkan di Belanda, penanaman secara intensif telah dijalankan di mana tanah rang telah ditanam dengan kacang tanah, ubi-ubian, jagung dan bijirin seperti gandum, barli, oat yang menjadi sumber utama Belanda.

Sistem penggiliran ini melibatkan penanaman jagung musim sejuk (satu tahun), jagung musim panas (satu tahun), tanah rang (satu tahun) dan penanaman rumput (3 atau 6 tahun) diamalkan. Sistem penggiliran ini telah diamalkan di bandar Ghent (1323), St. Pieters ter Aalst (1368) dan Lede yang terletak di Alost pada tahun 1372. Sistem penggiliran tanaman juga diamalkan secara meluas di wilayah Waes (Belanda) pada tahun 1644. Sistem tanaman ini masih dipraktikkan di ladang-ladang yang terletak di selatan Edegem di wilayah Brabant pada tahun 1800. Kaedah ini akan mengembalikan kesuburan tanah dan  meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian.

Petani-petani Belanda juga memperkenakan sistem penanaman rumput ternakan untuk ternakan pada tanah rang. Tanaman rumput seperti turnip ditanam di kawasan tanah rang selepas jagung dituai. Terdapat bukti mengenai penanaman tanaman rumput di tanah rang pada pertengahan abad ke-15 M iaitu pada tahun 1498 di Louvain.

Petani-petani di Belanda juga memperkenalkan sistem menanam dengan membuat batas. Melalui sistem ini, saliran yang baik dapat diwujudkan bagi memastikan tanaman tumbuh dengan subur. Bagi memelihara kesuburan tanah, kedudukan batas diubah setiap tahun. Sistem penanaman di atas batas menyebabkan penanaman dalam deretan atau jajaran di perkenalkan. Sistem Penanaman Deretan diamalkan bagi tanaman seperti jagung, mader, hop, biji kol dan tembakau. Sistem penanaman dalam deretan bagi tanaman komersial digunakan sejak abad ke-14 M.

Petani-petani Belanda juga mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam memelihara kesuburan tanah. Mereka mengekalkan kesuburan tanah pertanian dengan melakukan aktiviti berikut melakukan pemugaran tanah pertanian, menggunakan baja asli dan membuang rumput dan tanaman perosak. Petani-petani mengekalkan kesuburan tanah dengan menggunakan baja asli yang terdiri daripada najis ternakan yang diperolehi daripada kawasan-kawasan penternakan lembu.

Petani-petani di Belanda juga memberi sumbangan dalam penciptaan peralatan pertanian. Antara peralatan yang dicipta termasuklah sejenis tenggala baru yang digunakan oleh petani di Gelderland, mencipta tenggala beroda dan mesin untuk menampi bijirin.PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) PRA U

Cara Menulis Nota Kaki atau Nota Akhir Kriteria Penulisan Jawapan Yang Baik Menulis Bibliografi Esei Ilmiah Panduan Menulis Esei Ilmiah Panduan Menyediakan Cadangan Penyelidikan atau Proposal Esei Ilmiah

Anda mungkin juga meminati: MASYARAKAT FEUDALISME DI JEPUN KERAJAAN PERSEKUTUAN AMERIKA SYARIKAT MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND DAN JEPUN MASYARAKAT FEUDAL DI ENGLAND MODUL SEJARAH DUNIA (1500-1955)

RUJUKAN UTAMA SEJARAH DUNIA PENGGAL 1

MASYARAKAT AGRARIA DI CHINA

Sebelum campur tangan kuasa-kuasa Barat, sistem feudal diamalkan di China. Masyarakat China mengamalkan kegiatan ekonomi feudal seperti bercucuk tanam secara kecil-kecilan dan berbentuk secara sara diri. Di samping itu, masyarakat petani China juga menghasilkan barangan kraf tangan yang amat diperlukan.

Negara China mempunyai keluasan hampir 9.6 juta km persegi tetapi tanah yang sesuai untuk kegiatan pertanian hanyalah 15% sahaja. Kawasan lain terdiri daripada pergunungan dan gurun di sebelah barat dan utara China. Negara China juga sebahagian besarnya berada dalam kawasan hawa sederhana mengalami perubahan iklim dari kawasan tropika ke kawasan sejuk. Walaupun berkeadaan demikian, negara China masih lagi mampu mengeluarkan makanan daripada pelbagai jenis tanaman untuk kegunaan masyarakat dan untuk dieksport ke negara luar.

Terdapat beberapa faktor yang telah mendorong perkembangan pertanian di negara China menjelang abad ke-16 M dan abad ke-17 M seperti kegiatan ekonomi sara diri, sistem pengairan, pertanian komersial, kemajuan dalam teknologi pertanian dan pengenalan kaedah baru pertanian.

1. Kegiatan Ekonomi Sara Diri / Tanaman Utama

Sistem ekonomi yang diamalkan pada abad ke-16 M dan ke-17 M adalah bercorak sara diri. Sebahagian besar daripada penduduk China terlibat dalam aktiviti bercucuk tanam. Pada zaman pemerintahan Dinasti Ming dan Qing, negara China masih dipanggil masyarakat agraria iaitu meliputi 85% daripada keseluruhan penduduk dan tinggal di desa.

Tanaman utama yang diusahakan oleh masyarakat agraria di China ialah padi sawah yang banyak ditanam di kawasan selatan China iaitu di hilir lembah Sungai Yangtze dan Sungai Kuning. Penanaman padi jenis baru telah diperkenalkan dari selatan Vietnam yang boleh ditanam dua kali setahun dan tidak memerlukan air yang banyak. Ini telah memboleh padi ini di tanam di kawasan tanah tinggi yang kekurangan air.

Tanaman baru yang lain turut diperkenalkan seperti tanaman kekacang, ubi kentang manis, barli, jagung, kapas, tebu, teh, gandum, barli, sekoi, milet, kaoliang, barli, dan oat. Tanaman baru ini telah meningkatkan lagi hasil pengeluaran pertanian masyarakat agraria. Masyarakat China yang tinggal di tanah tinggi Utara China, mereka menanam padi huma, sekoi dan kekacang terutama di sekitar Sungai Heilongjiang.

Gandum merupakan tanaman makanan utama di bahagian dataran tinggi di utara China. Tanaman gandum ditanam secara meluas di wilayah Shantung, Kansu, Shensi dan bahagian utara Anhui dan Hupeh.

Milet ditanam secara meluas di bahagian utara khususnya di wilayah Kansu, Shensi dan Shansi. Koaling merupakan tanaman yang ditanam secara meluas di bahagian timur laut China. Selain itu, tanaman bijirin lain seperti barli dan oat juga ditanam di bahagian-bahagian tertentu di negara

China.

Sejak zaman awal pemerintahan beraja, tanah pertanian di negara China dimiliki oleh maharaja dan dikurniakan kepada golongan bangsawan atau pembesar (tuan tanah). Tanah merupakan satu aset yang amat berharga yang dapat menentukan status sosial seseorang itu. Tuan-tuan tanah ini akan memberikan kepada golongan rakyat masyarakat agraria untuk diusahakan. Penguasaan tanah pertanian oleh golongan tuan tanah menyebabkan petani menjadi penyewa dan serf

2. Petempatan

Masyarakat agraria China tertumpu di kawasan timur laut China dengan Mongolia. Kawasan ini mempunyai dataran loes yang subur di sepanjang Sungai Kuning. Di sebelah selatan pula terdapat pula Sungai Yangtze (sungai terbesar di China) yang banyak memberi sumbangan kepada masyarakat agraria di China.

3. Pengetahuan Menjaga Kesuburan Tanah

Perkembangan masyarakat agraria di China dalam bidang petanian juga adalah disebabakan mereka mempunyai pengetahuan dalam menjaga dan memelihara tahap kesuburan tanah. Untuk menjaga kesuburan tanah, mereka menggunakan sistem penggiliran tanaman dan menggunakan baja asli yang diperolehi daripada najis ternakan.

4. Sistem Pengairan

Perkembangan pertanian di negara China mempunyai kaitan yang rapat dengan kemajuan dalam teknologi pengairan. Petani-petani di China mempunyai kemahiran dalam membina terusan dan mengawal aliran air sungai. Terusan dibina untuk menyalurkan air ke kawasan pertanian, mengelakkan banjir dan untuk mengangkut hasil pertanian ke bandar-bandar.

Petani-petani China juga mempunyai kemahiran dalam membina teres di lereng-lereng bukit bagi membolehkan penanaman padi dijalankan. Bekalan air disalurkan ke kawasan pertanian daripada terusan dan kolam takungan air dengan menggunakan kaedah mengepam air. Pam ini digerakkan dengan menggunakan tenaga binatang ataupun manusia.

Bagi mengairi kawasan pertanian yang jauh daripada sumber air, maka kaedah empangan telah digunakan. Selain itu, tambak juga dibina untuk mengelakkan banjir memusnahkan kawasan pertanian. Projek-projek pengairan juga dijalankan oleh pemerintah untuk mengairi kawasan pertanian seperti projek pengairan di Sichuan mengairi kawasan tanah pertanian seluas 2 juta hektar.

5. Pertanian Komersial

Menjelang abad ke- 16 M dan 17 M, kegiatan ekonomi kapitalisme mula bertapak di China dan mula berkembang pesat terutama semasa pemerintahan Maharaja Chien-Lung pada abad ke-18 M. Perkembangan ini menyebabkan sistem penanaman komersial mula diperkenalkan seperti tembakau, kapas, mulberi dan tebu.

Tanaman tembakau ditanam secara besar-besaran di wilayah Kwangsi dan Fukien. Tanaman kapas ditanam secara meluas di wilayah Kiangsu, Sungkiang, Tai-tsang dan Tung-chou. Kapas telah mendapat permintaan yang tinggi dalam pasaran. Tanaman tebu pula dikeluarkan di daerah Kwangtung, Fukien dan Szechwan.

Penanaman pohon mulberi diusahakan di wilayah Kwangtung. Daun mulberi telah dijadikan makanan ulat sutera.

6. Kemajuan Dalam Teknologi Pertanian

Penciptaan dan penggunaan peralatan baru telah membawa kepada kemajuan yang pesat dalam aktiviti pertanian di negara China, antaranya tenggala penabur benih, penyisir tanah, penggiling, kolar kuda dan kereta sorong beroda dua.

Tenggala penabur benih digunakan untuk membina alur, parit atau lekuk memanjang di permukaan tanah. Selain itu, alat ini juga digunakan untuk menabur benih dalam barisan yang lurus dan sekata.

Selain tenggala kayu, mereka turut mencipta peralatan lain seperti penyisir tanah, penggiling dan kolar kuda. Kereta sorong beroda dua telah dicipta untuk memudahkan pengangkutan barang-barang atau hasil pertanian. Peralatan-peralatan ini menyebabkan berlaku peningkatan yang amat ketara dalam pengeluaran basil pertanian.

7. Pengenalan Kaedah Baru Pertanian

Peningkatan hasil pertanian juga berlaku kesan daripada pengenalan kaedah baru dalam bidang pertanian, antaranya pengenalan sistem penanaman bergilir. Sistem ini telah diamalkan di China sejak zaman Han lagi. Menerusi sistem penanaman bergilir, kesuburan tanah pertanian dapat dipelihara.

Di samping itu, kaedah pertanian yang lebih baik seperti tanaman dua pusingan dan pengkhususan dalam tanaman juga diamalkan. Penggunaan kaedah-kaedah baru menyebabkan pembukaan tanah-tanah baru untuk pertanian.

Pengenalan/Definisi Masyarakat Feudal

        masyarakat yang tinggal dalam sesuatu komuniti dan terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau pemerintah ke atas golongan diperintah/bawahan. Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis yang ditetapkan berdasarkan keturunan dan hubungan di antara keduanya berasaskan saling memerlukan antara satu sama lain.

        masyarakat feudal di England memperlihatkan raja mempunyai kuasa mutlak dan berada pada kedudukan teratas, diikuti oleh count (bangsawan), lord (tuan tanah), manor dan serf (petani)

        manakala masyarakat feudal di Jepun meletakkan maharaja pada kedudukan tertinggi dan mempunyai kuasa yang tidak terbatas ke atas segala aspek dalam pemerintahan termasuklah tanah. Namun demikian, maharaja telah mewakilkan kuasa baginda kepada keluarga syogun dan dibantu oleh daimyo serta samurai.

Ciri-ciri Masyarakat Feudal di England

1.     Setiap serf (rakyat bawahan biasanya petani) memberi   sumpah kesetiaan kepada golongan yang lebih tinggi  daripada mereka.   Golongan yang lebih tinggi ini ialah knight (pahlawan), bangsawan (baron,  duke , lord) dan akhir sekali ialah Raja.

2.     Golongan bangsawan mempunyai hubungan secara langsung dengan Raja. Punca kekayaan golongan ini ialah tanah yang dianugerahkan oleh Raja.

3.     Hubungan bertimbal balas (vassalage) yang dibuat melalui persetiaan seseorang hulubalang sebagai pengikut (vassal) kepada seseorang hulubalang lain yang diangkat sebagai tuan (lord) kepada vassal tersebut.

4.     Harta feudal (fief), kebiasaannya berupa tanah yang menjadi punca kekayaan kepada tuan tanah iaitu raja dan golongan bangsawan. Tanah dikurniakan oleh raja kepada seseorang lord kemudian lord pula akan memberikan tanah kepada vassalnya bertujuan untuk mengikat persetiaan.

5.     Dalam aspek ketenteraan, wujud kelas-kelas hulubalang dan perlaksanaan khidmat-khidmat ketenteraan persendirian oleh vassal kepada lord sebagai penerimaan fief.

6.     Kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan persendirian yang dimiliki dan dilaksanakan oleh lord terhadap vassalnya serta ke atas rakyat yang berada di atas tanah-tanah kepunyaan lord. Selain menguasai tanah, seseorang lord juga turut berkuasa ke atas sumber ekonomi, pentadbiran, pelaksanaan undang-undang, mengutip cukai, mengawal institusi ketenteraan dan institusi kewangannya.

                                                     Susun lapis masyarakat feudal di England

1.     Masyarakat di England atau Eropah terbahagi kepada dua golongan iaitu pemimpin dan yang dipimpin. Golongan pemimpin terdiri daripada raja dan bangsawan. Susunan masyarakat feudalnya berbentuk piramid iaitu raja atau pemimpin utama terletak di lapisan paling tinggi. Di bawahnya terdapat beberapa lapisan para bangsawan yang menjadi pengikut raja atau vassal yang memberi kesetiaan kepada raja. Golongan bangsawan ini terbahagi kepada dua iaitu lapisan pertama dan kedua.

2.     Golongan Bangsawan lapisan pertama yang memiliki tanah (fief) secara langsung daripada raja dikenali sebagai tenants-in-chief. Bangsawan lapisan pertama pula membahagikan fief mereka kepada bangsawan lapisan kedua. Proses ini dikenali sebagai subinfeudation . Bangsawan lapisan ke dua seterusnya membahagikan fief mereka kepada bangsawan yang lebih rendah daripadanya  atau golongan petani. Setiap bangsawan (Vassal) berkuasa ke atas petani yang menentap difiefnya. Hampir kesemua petani terdiri daripada serf yang bertaraf antara orang bebas dengan hamba.

3.     Golongan yang dipimpin pula merupakan golongan rakyat biasa yang menetap di wilayah kekuasaan golongan bangsawan. Rakyat biasa ini dikenali sebagai serf iaitu golongan bukan hamba tetapi tidak bebas sepenuhnya. Mereka terikat kepada pemimpin atau tuan mereka dan tidak bebas bergerak atau berpindah dari satu tempat ke tempat lain.Mereka bergantung kepada golongan bangsawan untuk mendapatkan mata pencarian. Terdapat juga petani bebas yang menyewa tanah daripada golongan bangsawan.

4.     Selain itu terdapat golongan paderi yang merupakan satu kelas yang berasingan. Sebilangan besar daripada mereka terdiri daripada  daripada golongan  bangsawan yang mempunyai tanah sebagai Vassal dalam sistem feudal. .Menurut Ferguson dan Brunn, pada abad ke-12 dan ke-13, hampir 1/3 daripada tanah yang boleh digunakan di Eropah      barat di kawal oleh greja. Bishop, abot dan pegawai-pegawai yang memegang jawatan penting dalam gereja biasanya adalah golongan bangsawan.Justeru itu mereka sering campur tangan dalam pemilihan jawatan bishop dan jawatan-jawatan lain untuk salah seorang dari ahli keluarga mereka. Akibatnya pegawai-pegawai gereja terdiri daripada golongan yang mementingkan meterial dan mempunyai dua tanggungjawab

Ciri-ciri Masyarakat Feudal di Jepun

1.     Sistem feudal juga dapat dilihat dengan jelas di Jepun, iaitu maharaja yang berada di kemuncak  struktur pemerintahan mempunyai kuasa yang tidak  terhad ke atas segala aspek di bawah pemerintahannya termasuklah tanah.  Hakikat ini dapat dilihat  pada zaman Kamakura antara abad ke-12 dan 14, di mana keluarga   Minamoto menjadi keluarga yang penting di Jepun.  Keluarga ini mampu    membekalkan keperluan keselamatan yang diperlukan  oleh maharaja dan  mereka turut menguasai tanah dan segala penghasilannya.

2.     Sebagai ketua kepada keluarga Minamoto, Yoritomo misalnya telah melantik mereka yang setia kepadanya mewarisi jawatan jito atau pengurus  tanah

dan bertanggungjawab mengutip cukai. Shugo merupakan pegawai   yang bertanggungjawab memastikan agar semua cukai di bayar walaupun kekerasan terpaksa digunakan. Sistem sebegini terus kekal sehingga zaman Meiji apabila beberapa perubahan besar dilakukan.

3.     Menurut Abdullah Zakaria Ghazali, dalam usaha  melihat sejarah sistem Feudal di Jepun, maka zaman Kamakura tidak harus ditinggalkan kerana zaman ini merupakan akar kepada keberlangsungan sistem feudal  yang hanya tamat pada pertengahan abad ke-19. Menurutnya lagi, sistem feudal tumbuh subur di Jepun kerana kewujudan estate persendirian yang dikenali sebagai syo atau syoen. Pertumbuhan estet-estet persendirian ini telah dipercepatkan oleh kemerosotan golongan aristokrat dan kebangkitan golongan perwira  (buke).Golongan ini memberi taat setia kepada Kamakura dan hasil   daripada ketaatsetiaan ini  menyebabkan mereka mendominasi jawatan  jito serta shugo. Gabungan organisasi inilah yang menjadi asas kepada  kemunculan sistem feudal di Jepun.

4.     Sehubungan itu kita dapat melihat sistem feudal di Jepun telah melahirkan dua golongan yang saling bergantung  antara satu sama lain, iaitu golongan birokrasi pemerintahan dan golongan tentera. Golongan birokrasi   pemerintahan  termasuklah tuan-tuan tanah atau daimyo yang bertanggungjawab  menyumbangkan sebahagian daripada hasil tanah kepada maharaja.

5.     Selain itu perjalanan sistem feudal di Jepun agak unik dan berbeza dengan negara lain. Ini disebabkan wujud keterikatan yang kuat antara golongan daimyo dengan tentera dan petani , manakala maharaja tidak mempunyai  sebarang peranan. Kemunculan golongan tentera khusus (profesional) di Jepun begitu berpengaruh dalam menentukan hala tuju pemerintahan.   Golongan  daimyo merupakan kelompok yang sangat berkuasa di Jepun dan kuasanya dikatakan mengalahkan kuasa maharaja.

6.     Golongan tentera mempunyai   kebolehan yang besar dalam peperangan dan digunakan oleh golongan bangsawan sama ada untuk mempertahankan hak milik mereka    atau menjaga   keselamatan   tuan-tuan mereka.   Kekuatan ketenteraan  ini menjadi tulang belakang kepada kebangkitan daimyo di Jepun sehingga maharaja tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya.

 Susun lapis masyarakat feudal di Jepun

1.     Struktur sistem feudal di Jepun berbentuk piramid yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah adalah Maharaja, Shogun, Daimyo dan Samurai. Golongan diperintah terdiri   daripada  petani, tukang  dan saudagar. Sistem ini dapat dilihat dengan jelas semasa pemerintahan Shogun Tokugawa.

2.     Dalam hierarki pemerintahan di Jepun Maharaja menduduki lapisan teratas. Namun semasa pemerintahan Shogun Tokugawa Maharaja Jepun tidak mempunyai kuasa untuk mentadbir. Baginda hanya menjadi lambang perpaduan rakyat. Kuasa pemerintah terletak kepada Shogun Tokugawa.  Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan  perintah. Hal

ini dilakukan supaya kuasa dan kedudukan Shogun  terjamin. Shogun telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan  golongan  bangsawan atau Daimyo yang penyokong dan menentangnya. Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi tanah manakala bangsawan yang menentangnya ditempatkan di  kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa.

3.     Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran Tokugawa. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli keluarga Shogun Tokugawa dan telah dikurniakan tanah  yang berhampiran kediaman Shogun. Daimyo Shimpan terdiri   daripada pelbagai cabang keluarga Tokugawa. Mereka diberi tanah tidak jauh   daripada Shogun. Daimyo Tozama terdiri daripada mereka yang   memusuhi Shogun. Mereka telah ditempatkan jauh  daripada Shogun   untuk mengelak ancaman daripada mereka.

4.     Samurai merupakan kelas panglima. Mereka mempunyai kedudukan istimewa. Mereka berfungsi sebagai penjaga keamanan negara dan Daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain.

5.     Dalam kalangan rakyat biasa,petani (nomin) menduduki tempat yang tertinggi. Hal ini kerana mereka merupakan pengeluar beras yang menjadi bahan makan rakyat Jepun dan sebagai balasan mereka diberi upah hanya secukup makan sahaja kerana hasil beras untuk negara. Jepun telah menjalankan dasar tutup pintu ini menyebabkan rakyat hanya bergantung kepada beras yang dikeluarkan oleh petani sahaja.

6.     Kelas tukang-tukang mahir (artisan) berada dibawah petani. Mereka mahir dalam pembuatan pedang dan alat-alat lain yang berguna. Mereka diberi gaji yang baik dan diberi rumah yang baik. Mereka dibenarkan menggunakan pedang.

7.     Kelas pedagang (chonin) terletak dibawah artisan. Mereka dipandang rendah dan tidak dibenarkan berlaku mobiliti sosial. Namun keadaan aman telah menyebabkan ekonomi berkembang dan para pedagang telah berjaya mengumpul harta yang banyak. Mereka kemudian telah memperbaiki status diri mereka.

Perbandingan ciri-ciri masyarakat feudal di England dan Jepun          Persamaan:

1.     Konsep masyarakat feudal yang berasaskan saling memerlukan antara golongan pemerintah dan golongan diperintah dan berbentuk piramid

2.     Pembentukan masyarakat adalah berdasarkan keturunan dan sistem kelas3.     Kurang perubahan status atau mobiliti sosial4.     Peperangan adalah fenomena biasa dalam kalangan masyarakat5.     Peralatan peperangan adalah bersifat tradisional iaitu menggunakan kuda,

pedang dan baju perisai

Perbezaan:

1.     Masyarakat feudal di England menekankan hak, undang-undang dan kewajipan manakala di Jepun menekankan aspek moral, kesetiaan dan dipengaruhi oleh etika Confucius

2.     Pembinaan istana di England menggunakan batu manakala di Jepun menggunakan kayu

3.     Kuasa pemerintahan dikongsi dalam badan perwakilan di England tetapi di Jepun 4.     kuasa dan kesetiaan adalah sesuatu yang mutlak5.     Di  England, sesiapa boleh memiliki tanah asalkan berjasa kepada pemerintah

(Knight)  tetapi di Jepun golongan samurai tidak berhak untuk mempunyai tanah6.     Di  England, penyatuan rakyat dijalankan oleh Raja tetapi di Jepun ia

dilaksanakan oleh ketua tentera

Soalan-soalan Perbincangan:

1. Huraikan konsep dan ciri-ciri feudalisme di England dan Jepun.2. Bincangkan susun lapis masyarakat feudal di England dan Jepun3. Bandingkan ciri-ciri feudalisme di England dan Jepun

MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND

Pengenalan

Pada umumnya, revolusi perindustrian bermaksud proses perubahan sebuah ekonomi yang mudah kepada satu ekonomi yang kompleks. Revolusi perindustrian berlaku dalam 2 tahap iaitu tahap pertama berlaku di England pada tahun 1760 hingga tahun 1860. Manakala tahap kedua pula revolusi perindustrian telah berkembang ke bahagian barat benua Eropah, Amerika Syarikat, Rusia dan Jepun antara tahun 1860-an hingga tahun 1914.

Revolusi perindustrian  mempunyai beberapa maksud seperti perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian. Ia juga mempunyai pengertian lain iaitu melibatkan proses perubahan dalam industri, dalam bidang penggunaan sumber tenaga, bidang sosial dan intelektual. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada penggunaan mesin pengeluaran dan proses kimia.

Menurut Straubhaar dan LaRose , masyarakat industri wujud  selepas berlakunya Revolusi Industri yang dikaitkan dengan penemuan mesin wap di Eropah (Britain) pada tahun 1712. Masyarakat industri mengalami perubahan yang pesat dalam bidang ekonomi iaitu dari kegiatan ekonomi agraria  kepada ekonomi industri yang penggunaan mesin dalam memproses bahan mentah menjadi barangan siap atau barangan kilang.

Perkembangan revolusi ini telah mencetuskan sistem ekonomi kapitalisme iaitu satu sistem ekonomi yang berasaskan pemilikan secara persendirian ke atas aset-aset kilang yang dianggap sebagai modal. Revolusi Perindustrian juga memperlihatkan England berubah daripada negara agraria (pertanian) kepada negara perindustrian serta menyebabkan berlakunya pertumbuhan kadar urbanisasi yang pesat dan pertambahan penduduk yang tinggi.

Revolusi Perindustrian yang berlaku juga membawa kepada pengenalan kuasa jentera, sistem kilang dengan pengeluaran yang berlibat ganda, pengumpulan modal yang memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi dan berlakunya pertambahan bilangan kelas pekerja serta kelas pertengahan baru yang terdiri daripada pemilik kilang, saudagar, peniaga, ahli-ahli bank, doktor, peguam dan jurutera.

Faktor-Faktor Yang Mendorong Tercetusnya Revolusi Perindustrian di England.

1.      Berlakunya perkembangan pesat dalam sektor pertanian telah menambahkan pengeluaran makanan di England.

2.      Perkembangan industri tekstil yang merupakan perusahaan tertua di England telah mendorong pengambilan beribu-ribu tenaga kerja untuk menghasilkan barangan tekstil.

3.      Revolusi ini juga berlaku kerana England mempunyai modal yang banyak yang dipusatkan di Bank England dan juga mempunyai bahan mentah yang banyak seperti arang batu dan bijih timah.  Bekalan bahan mentah ini juga dibekalkan oleh empayar England di luar negara.

4.      Di England juga berlaku pertambahan penduduk turut menyumbang kepada bekalan tenaga buruh yang tinggi untuk kilang dan pasaran yang tersedia sama ada dalam negara dan empayar luar England.

5.      England juga mempelopori perindustrian di Eropah kerana mempunyai hasil kekayaan yang dikumpul daripada pengamalan dasar mekantilisme. England juga muncul sebagai negara yang pertama berlaku revolusi perindustrian kerana tidak mendapat persaingan daripada negara-negara Eropah yang lain seperti Perancis dan Jerman.

6.      Pada abad ke-18, England mengamalkan satu bentuk sistem aristokrat yang terbuka iaitu golongan aristokrat (bangsawan) diberi keistimewa yang banyak, memiliki kekayaan dan pengaruh politik. Di bawah sistem terbuka ini golongan pedagang diterima secara terbuka dan mempunyai hubungan yang rapat antara kedua-duanya.

7.      Golongan puritan merupakan sebahagian kecil golongan agama bermazhab protestan yang tidak berpuas hati  dengan gereja Anglican (gereja kebangsaan di England) terhadap pengekalan amalan dan sifat gereja tradisional Kristian. Golongan ini turut membantu perkembangan rovolusi perindustrian di England dengan melabur sejumlah wang dalam industri. Mereka juga memperkenalkan kemajuan sains dan teknologi dalam bidang industri.

8.      Penciptaan baharu dalam revolusi pertanian seperti mesin menyemai benih, mesin pembajak Rotterham, jentera berkuasa wap dan mesin memukul yang menggunakan kuasa wap telah mendorong berlakunya revolusi perindustrian di England. Penciptaan mesin-mesin ini telah dapat mengurangkan penggunaan tenaga manusia dan meningkatkan hasil pertanian seterusnya hasil yang berlebihan ini dijadikan sebagai sumber bahan mentah dalam sektor industri.

Ciri-Ciri Masyarakat Industri di England

1. Kemajuan dalam sistem pertanian-   Sistem pertanian yang berkonsepkan pemagaran tanah untuk

mengasingkan kawasan tanah yang dimiliki di antara individu. Kesannya antara tahun 1761 hingga 1793, hampir 5 juta ekar tanah telah dipagar melalui Akta Pemagaran Tanah.

-   Sistem Tanaman Bergilir Norfolk telah diperkenalkan pada akhir abad ke-18. Dalam sistem ini tanah pertanian akan digunakan sepanjang tahun melalui penanaman secara bergilir-gilir dengan jenis tanaman yang berlainan seperti lobak, gandum, barli dan rumput. Kaedah ini dapat megekalkan kandungan nitrogen dalam tanah dan mengekalkan kesuburan tanah setiap masa

-   Petani juga turut memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak biri-biri serta menanam rumput dalam kawasan yang sama.

-   Pengenalan teknik penanaman baru dan jentera seperti alat penggali dan penabur benih yang dicipta oleh Jethro Tull

-   Pengenalan baja kimia-   Coke of Holkham memperkenalkan sistem pengurusan ladang yang lebih

moden dan tebus guna tanah secara heavy manuring

2. Masyarakat yang berasaskan kepada perindustrian-   Perkembangan industri tekstil membawa kepada penciptaan mesin

pemintal dan mesin tenun yang menggunakan kuasa air.-   Perindustrian besi telah membawa kepada kemajuan peleburan besi dengan

menggunakan arang bagi menghasilkan besi tempa-   Pada akhir abad ke-18, kuasa wap tealah digunakan untuk mengendalikan

jentera

3. Kemajuan dalam sistem pengangkutan-        Masyarakat industri juga menikmati kemajuan dalam bidang pengangkutan

seperti perkapalan, jalan raya, jalan keretapi dan terusan/sungai.

-        Pembinaan kapal menggunakan rangka besi pada 1787 dan penggunakan enjin berkuasa wap pada 1802 menjadikan industri pembuatan kapal semakin berkembang

-        Pembinaan lokomotif pada 1801 dan penggunaan minyak tar untuk menurap jalan menjadikan sistem pengangkutan lebih lancar.

-        Landasan kereta api yang moden dibina pada 1825 yang menghubungkan lombong arang batu Durham di Stockton dengan Darlington merancakkan perindustrian di England

4. Penghijrahan dan pertambahan penduduk-        Masyarakat industri menyumbang kepada pertambahan penduduk.

Penduduk England telah meningkat dengan mendadak antara tahun 1800 hingga 1850 dan lebih separuh populasi tinggal di bandar-bandar terutamanya London

-        Selain itu kemajuan infrastruktur telah menyumbang kepada penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar. Antara kawasan yang mengalami pertambahan penduduk yang pesat ialah Lancashire, Yorkshire dan Nottinghamshire

-        Penghijrahan penduduk dari Ireland juga memajukan industri tekstil di England

-        Kehidupan penduduk yang semakin berkualiti juga menyebabkan peningkatan jumlah penduduk yang ketara di negara berkenaan.

5. Perluasan perdagangan antarabangsa-        Masyarakat industri juga terlibat dalam perdagangan antarabangsa apabila

berlaku pertambahan penghasilan barangan dalam industri pembuatan. Kemajuan dalam industi tekstil telah menyebabkan pengeksportan kain kapas dari Manchester dan Leeds.

-        Demi untuk meningkatkan perdagangan antarabangsa, England telah memansuhkan tarif import bahan mentah bagi membolehkan barang-barang dieksport ke luar negara.

6. Perubahan gaya hidup-   Kehidupan bebas masyarakat di bandar membawa kepada pelbagai masalah

sosial yang kritikal seperti keruntuhan moral, kegiatan pelacuran dan perlakuan jenayah dan sebagainya.

-   Justeru masyarakat yang tinggal di bandar harus menyesuaikan cara hidup yang penuh mencabar dan berlandaskan material dengan lebih berdikari, berilmu pengetahuan dan mengejar kekayaan.

7.  Masalah pencemaran dan kesihatan-   Industri perkilangan menyebabkan berlakunya pencemaran yang

menjejaskan kesihatan masyarakat-   Pencemaran air menyebabkan merebaknya pelbagai penyakit dan

bertambahnya kematian di kawasan bandar-   Akta kesihatan awam telah ditubuhkan pada 1875 untuk mengurang dan

memperbaiki keadaan kesihatan masyarakat

8.  Kemunculan kelas baharu masyarakat

-   Selain kelas pekerja wujud golongan kelas pertengahan yang terdiri daripada pemilik kilang, peniaga, ahli perbankan, peguam dan jurutera.

-   Pertumbuhan ekonomi yang pesat menyebabkan berlakunya peningkatan dalam kedudukan dan pendapatan kelas pertengahan.

-   Golongan ini mempunyai kuasa politik yang berjuang mendapatkan perwakilan di parlimen untuk menyuarakan kepentingan mereka dalam bidang perdagangan dan ekonomi.

9. Kemunculan golongan proletariat-        Kesan daripada akta Pemagaran Tanah menyebabkan hampir 85% tanah

pertanian dikuasai oleh pemajak-pemajak yang mempunyai modal manakala golongan petani yang tidak memiliki tanah menjadi buruh untuk mendapat upah di ladang atau berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang-kilang dan dikenali sebagai golongan proletariat.

-        Pekerja-pekerja ini terdiri daripada pelbagai golongan termasuk wanita dan kanak-kanak yang dibayar upah minimum dan dipaksa bekerja dalam tempoh yang panjang iaitu 12 jam sehari

-        Kebajikan pekerja yang tidak terbela menyebabkan golongan yang tidak berpuas hati dengan majikan telah mengadakan rusuhan pada tahun 1800 dan masyarakat pekerja dibenarkan untuk menubuhkan Kesatuan sekerja.

-        Sehubungan dengan itu beberapa akta telah digubal antaranya Akta Kilang 1833 dan Akta Lombong 1842.

10. Kelahiran idea-idea baru-        Masyarakat industri maju dalam pemikiran apabila melahirkan idea-idea

baru yang berupaya menyumbang kepada keadilan dalam bidang ekonomi dan sosial

-        Hasilnya lahirlah pemikir sosialis awal seperti Claude Henri de Saint-Simon yang menyeru kerajaan agar memiliknegarakan semua kilang, merancang perkembangan ekonomi dan meningkatkan kebajikan rakyat.

-        Manakala pemikir terkenal Robert Owen pula mengatakan bahawa kapitalisme harus bersifat kemanusiaan dalam mengejar keuntungan. Majikan perlu membayar upah yang tinggi, mementingkan kebajikan pekerja dan masa bekerja tidak lebih 10 jam sehari.

Anda mungkin juga meminati: MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMAN MASYARAKAT MARITIM DI PORTUGAL MASYARAKAT AGRARIA DI CHINA MASYARAKAT MARITIM DI JEPUN MASYARAKAT FEUDALISME DI JEPUN

MASYARAKAT INDUSTRI DI JERMAN

PengenalanMasyarakat industri di Jerman lahir kesan daripada ledakan revolusi industri selepas di England pada 1860-an hingga 1914. Kesan daripada revolusi ini, kerajaan telah memberi tumpuan untuk memajukan kemudahan infrastruktur seperti sistem pengangkutan dan komunikasi. Kerajaan juga mewujudkan lebih banyak kilang bagi menjana pertumbuhan ekonomi.

Pertambahan penduduk juga telah mewujudkan masyarakat yang berorientasikan industri seperti di kawasan Ruhr, Saxony, Silesia dan Berlin. Bilangan penduduk yang semakin ramai  telah membawa pertambahan dalam peluang pekerjaan di kawasan industri.

Longgokan sumber bahan mentah yang banyak juga menyumbang kepada perkembangan perindustrian di Jerman seperti arang batu, bijih besi, dan  bijih timah di Ruhr, Lorraine dan Silesia pada abad ke19.

Ciri-ciri masyarakat industri di Jerman

1.     Kemajuan dalam sistem pertanian

-      Kemajuan teknologi telah meningkatkan mekanisme dalam kegiatan pertanian seperti masalah pembajakan tanah dapat diatasi apabila traktor dicipta bagi menggantikan penggunaan kuda.

-      Kemajuan dalam pertanian juga menghasilkan kajian saintifik tentang tanah, misalnya melalui penemuan Humphry Davy (1802) tentang sumbangan ilmu kimia dalam mengatasi masalah kesuburan tanah dan tanaman. Pada tahun 1840 pula, saintis Jerman, Justus von Leibig telah menemui formula untuk menghasilkan baja tiruan (kimia)

-      Selain itu petani juga turut memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak lembu dengan diselangi oleh penanaman bijirin khasnya jagung dan ubi kentang.

2.     Perkembangan perindustrian

-      Pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di Saxony dan Silesia telah mendorong kepada kewujudan masyarakat industri.

-      Kemajuan dalam industri kulit melahirkan perubahan dalam gaya hidup

-      Kemajuan dalam industri tekstil khususnya di Berlin

-      Ciptaan-ciptaan baru mencetuskan inovasi baru dalam teknologi di Jerman seperti industri kimia dan elektrik.

3.     Kemajuan dalam sistem pengangkutan

-      Masyarakat industri di Jerman juga maju dalam sistem pengangkutan.

-      Kemajuan yang pesat dalam industri besi dan keluli telah membawa perkembangan dalam sektor pengangkutan khususnya dalam pembinaan jalan kereta api.

-      Borsig telah muncul sebagai pengeluar utama kereta api dan kemudian diikuti oleh pembinaan jalan kereta api ke bandar-bandar lain di Jerman.

4.     Perdagangan antarabangsa

-      Pada tahun 1870an berlaku perkembangan pesat dalam perindustrian di Jerman yang menyebabkan pertambahan dalam eksport sehingga mencetuskan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan lebih banyak sumber bahan mentah.

-      Daripada perkembangan tersebut, perluasan wilayah perlu dilakukan untuk meluaskan perdagangan dan berusaha mendapatkan tanah jajahan.

-      Pada tahun 1897, Jerman mempunyai hubungan perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu serta membina pengkalan tentera di sana.

5.     Kemajuan dalam sistem kewangan

-      Pada tahun 1840an, Bank of Prussia menjalankan perniagaan perbankan sebagai join stock dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital.

-      Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan empat buah bank utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto Gesellschaft of Stuttgart (1851), Deutsche Bank (1870), Darmstadter Bank (1870) dan Dresdener Bank (1872)

-      Melalui sistem perbankan, membawa kemunculan kelas pengusaha industri baru pada abad ke 18 kerana mereka mendapat bantuan modal daripada bank.

-      Penyaluran modal tersebut membolehkan pihak bank mempunyai kuasa mengawal perusahaan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat industri.

-      Selain itu penubuhan kartel di Jerman juga membantu perkembangan industri apabila menguasai bekalan dan harga jualan bagi produk-produk.

6.     Dasar kerajaan

-      Kewujudan masyarakat industri di Jerman juga dirangsang oleh dasar kerajaan Jerman yang menubuhkan sekolah pertukangan dan teknikal untuk melahirkan ramai tenaga mahir.

-      Undang-undang insurans sosial juga dikuatkuasakan pada tahun 1883

-      Selain itu banyak pusat-pusat kesihatan dibina yang mana kos pembiayaan 2/3 ditanggung oleh oleh pekerja dan selebihnya oleh majikan

-      Kerajaan juga memanipulasi pengeluaran akhbar sebagai satu langkah mengawal pemikiran rakyat

-      Seterusnya kerajaan Jerman mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel dan bank-bank

  -      Kerajaan Jerman fokus kepada kilang pengeluaran peralatan tentera dan

senjata di Eropah.

Soalan-soalan Perbincangan :

1.      Bandingkan definisi dan ciri-ciri masyarakat industri di negara England dan Jerman antara abad ke-18 hingga abad ke-19

*Hasil Usaha Cg. Nazri, SMK Sri Aman

MASYARAKAT MARITIM DI JEPUN Maksud Masyarakat Maritim

Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini mempunyai pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan. Pelabuhan ini akan dilengkapi dengan berbagai-bagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli. Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang tinggal di

pesisir pantai, menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan mengutip hasil laut. Penduduk peribumi Jepun dikenali sebagai Ainu manakala yang lainnya adalah pendatang dari Tanah Besar Asia yang menetap di pesisir pantai membentuk masyarakat maritim.

Bagi negara Jepun, dasar pemerintahan yang dijalankan hanya menumpukan

aktiviti perdagangan dengan negara China dan negara-negara Asia Tenggara bagi mengawal rakyatnya serta daimyo-daimyo di bawah kekuasaan shogun. Abad ke 16 Oda Nabunaga (1534-1582) telah berjaya menyatukan Jepun dan menyedari kepentingan mengadakan hubungan dengan Barat dan ini telah merancakkan perdagangan Jepun. Jepun juga membuka pintu negaranya kepada negara barat tetapi mengadakan perdagangan secara terhad dengan pelbagai peraturan tertentu. Abad ke 16, pedagang-pedagang dan mubaligh dari Eropah telah datang dan mula bertapak di Jepun. Abad ke17, Jepun mengamalkan dasar tutup pintu iaitu hubungan dengan Barat dijalankan secara terhad, penganut Kristian mula ditindas dan orang-orang Jepun dilarang ke luar negara.

Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Jepun. 1.     Kegiatan Ekonomi Berasaskan Kelautan. Masyarakat Jepun terlibat dengan kegiatan penangkapan ikan. Harold M.

Vinacke mengatakan makanan orang yang sama penting dengan nasi ialah ikan, mengutip hasil laut seperti mutiara, perdagangan, membaiki dan membuat kapal. Perikanan merupakan pekerjaan utama penduduk Jepun kerana makanan kedua selepas nasi bagi masyarakat Jepun ialah ikan. Nelayan Jepun juga adalah penyelam mutiara yang handal.

2.     Lokasi Petempatan Di Pesisir Pantai. Lebih kurang 97% wilayah daratan Jepun berada di keempat-empat pulau

terbesarnya iaitu Hokkaido, Honshu (pulau terbesar), Shikoku, dan Kyushu. Sebanyak 72% pulau-pulau di Jepun bergunung-gunung, dan sebahagian di antaranya merupakan gunung berapi. Masyarakat maritim Jepun tinggal di pesisir pantai seperti di perkampungan nelayan di Yokohama dan menetap di kawasan-kawasan bandar-bandar pelabuhan seperti di Nagasaki, Nagoya, Hiroshima dan lain-lain bandar pelabuhan.

3.     Masyarakat pelbagai Budaya. Jalinan perhubungan dengan masyarakat antarabangsa menyebabkan

masyarakat Jepun menerima pelbagai pengaruh budaya luar seperti pengaruh agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh-mubaligh Kristian Portugis, agama Buddha dan Confucius dari China serta Shinto yang merupakan kepercayaan tempatan. Dibandar-bandar pelabuhan pula terdapat pedagang-pedagang Portugis, Sepanyol dan China. Sebelum pengamalan dasar tutup pintu, mubaligh Kristian dibenarkan menjalankan aktiviti penyebaran agama Kristian dan mendirikan gereja bagi menjalankan kegiatan agama mereka.

4.     Menguasai Ilmu Kelautan Dan Pelayaran. Masyarakat maritim Jepun menguasai ilmu pelayaran mereka belayar hingga

ke Australia, Asia Tenggara, Amerika Selatan, Korea dan China. Mereka mampu membina kapal besar meredah lautan. Kapal mohor merah

(Shuinsen) adalah kapal layar bersenjata pedagang Jepun yang berlayar dalam perdagangannya ke pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara, di awal pemerintahan Keshogunan Tokugawa. Antara 1600 dan 1635, lebih dari 350 kapal Jepun melakukan pelayaran dagang ke luar negeri.

5.     Pelabuhan Entreport. Masyarakat Jepun mengendalikan perdagangan melalui pelabuhan  entreport

Kyushu, Shimoda, Hokodate dan Nagasaki. Para pedagang Jepun pada abad ke-16, telah mengeksport perak, berlian, tembaga, pedang, dan barang-barang lainnya. Jepun juga telah mengimport sutera Cina dan produk-produk Asia Tenggara (seperti gula dan kulit rusa). Lada dan rempah-rempah jarang diimport oleh Jepun kerana masyarakatnya tidak banyak makan daging. Pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara menjadi tempat pertemuan antara kapal-kapal Jepun dan China.

6.     Menerima Pengaruh Luar. Sebelum dasar tutup pintu abad-17, masyarakat maritim Jepun mudah

menerima pengaruh luar seperi agama Buddha, Confucius dan agama Kristian. Para pedagang dan mubaligh Jesuit dari Portugal pertama kali tiba di Jepun, lalu memulakan kegiatan pertukaran perniagaan dan kebudayaan antara Jepun dan Dunia Barat (Perdagangan dengan Nanban). Penganut Kristian bebas menjalankan aktiviti mereka dan mubaligh juga bebas berdakwah. Malah tulisan Jepun berasal dari huruf China dan kosa kata Bahasa Jepun juga menerima pengaruh bahasa Portugis. Orang Jepun ketika itu menggelar orang asing dari Dunia Barat sebagai namban yang bererti kaum gasar dari selatan.

Perkembangan Masyarakat Maritim Di Jepun. 1.           Di zaman pemerintahan Ashikaga, masyarakat Jepun telah mengalami perubahan

ekonomi seperti perdagangan, pembuatan kertas, pengeluaran kain, barangan logam, tenunan dan sebagainya yang sedang berkembang maju.

2.           Pada abad ke-16, masyarakat Jepun telah mengadakan hubungan perdagangan dengan

perdagang Portugal. Menjelang tahun 1550, ramai pedagang Portugal memasuki Jepun dan menjalankan aktiviti perdagangan. Hubungan yang terjalin turut membawa masuk teknologi barat seperti teknologi kapal, teknik perang, persenjataan, kesenian dan berlaku penyebaran agama Kristian.

3.           Pada tahun 1570, Shogun Ashikaga telah menanda tangani satu perjanjian perdagangan

dengan pedagang Portugal. Melalui perjanjian ini, pedagang Portugal dibenarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki dan perkara ini telah mendorong berlaku peningkatan perdagangan dengan dunia luar dan menjadi pintu keluar bagi pedagang Jepun untuk ke luar negara.

4.           Perkembangan ekonomi ini telah menyebabkan beberapa buah bandar semakin

berkembang sebagai pusat ekonomi seperti Kyoto, Osaka, Seto dan Edo. Bandar diraja Kyoto telah menjadi pengeluaran barangan kraf tangan dan kekal sebagai bandar raya terbesar di Jepun. Bandar Osaka pula telah menjadi bandar perdagangan dan perindustrian. Manakala bandar Seto di wilayah Owari telah menjadi pusat pengeluaran barangan tembikar di Jepun.

Kemudian muncul pula bandar Edo sebagai bandar baru dan berjaya mengatasi bandar-bandar lama.

5.           Masyarakat Jepun telah mengimport barangan tropikal dari Asia Tenggara, barangan

sutera, tembikar, buku, lukisan dan wang tembaga daripada China. Menjelang abad ke-15 dan 16, Jepun telah mengeksport sejumlah barangan siap ke China dan negara-negara lain seperti pedang, kipas berlibat dan pemidang. Kipas berlipat dan pemindang mendapat permintaan yang tinggi di China.

6.           Pada zaman pemerintahan Shogun Ieyasu, Jepun mengamalkan dasar terbuka

dalam perdagangan dengan negara luar dengan harapan Jepun akan memperolehi keuntungan daripada persaingan Barat dalam perdagangan. Shogun Ieyasu mengharapkan bantuan teknikal dan perdagangan dengan Sepanyol di Filipina dalam kepakaran perlombongan dan pembinaan kapal. Oleh itu Ieyasu telah mengutuskan surat kepada Sepanyol tetapi malangnya gabenor Sepanyol di Filipina lambat memberi jawapannya dan hal ini telah menyebabkan Ieyasu marah. Perkara ini telah mendorong Shogun Ieyasu memberi perhatian pula kepada kedatangan pedagang British dan Belanda.

7.           Walaupun Jepun mengadakan hubungan perdagangan dengan negara barat,  tetapi

hubungan yang terjalin adalah secara terhad. Perkembangan perdagangan di Jepun dengan negara luar seperti dengan Portugal, British, Belanda dan Sepanyol pada abad ke-16 dan 17 telah menggalakkan penggunaan mata wang perak bagi mengantikan penggunaan beras dan kain sebagai tukaran di Jepun. Penggunaaan mata wang perak ini telah menggalakkan lagi aktiviti perlombongan perak, perak dan emas.

8.           Perkembangan ekonomi wang telah mempercepatkan kemajuan perdagangan tempatan

dan luar negara terutamanya dengan China. Namum hubungan perdagangan antara Jepun dengan China terputus akibat serangan lanun Jepun ke atas China. Oleh kerana Jepun mahukan barangan sutera dan mewah China manakala China pula memerlukan barangan perak Jepun maka mereka menjadikan pedagang Portugal di Macau sebagai orang tengah dalam hubungan perdagangan.

9.           Perkembangan ekonomi ini juga telah membawa kepada pengkhususan

pekerjaan dan telah membawa pertambahan jumlah bilangan golongan tukang (artisan) dan saudagar. Persatuan mula muncul terutama persatuan kewangan (mujinko).

10.       Perubahan pesat ekonomi perdagangan di Jepun telah membawa

perubahan dalam kehidupan golongan samurai. Sebelum ini golongan samurai bergantung hidup dengan menerima pendapatan berbentuk berguni-guni beras daripada shogun dan daimyo telah menjualnya kepada golongan saudagar di Osaka. Perkara ini telah menyebabkan golongan saudagar menjadi semakin kaya di Jepun walaupun dalam sistem feudalnya berada tahap paling rendah.

11.       Pada abad ke-17, muncul ramai golongan pedagang yang cekap dan

berpengalaman serta golongan peminjam wang di bandar seperti Mitsui yang mempunyai syarikat persendirian.

12.       Di Jepun juga telah berlaku perkembangan dalam penghasilan barangan

tembikar yang halus dan barangan porselin yang cantik. Teknik pembuatan tembikar telah diperolehi daripada pembuat tembikar Korea dan telah

menjadi industri penting di Jepun. Industri tekstil turut berkembang pesat di Jepun terutama dalam penghasilan broked sutera yang cantik. Jepun juga menghasilkan secara besar-besaran barangan laker yang bermutu dan mempunyai hiasan yang indah.

13.       Walaubagaimanapun perkembangan perdagangan di Jepun terhenti

apabila Shogun Tokogawa telah mengubah dasar pemerintahan Jepun daripada dasar buka pintu kepada dasar pemencilan secara relatif dari dunia luar pada tahun 1638 kerana timbulnya perasaan syak wasangka terhadap orang barat.

14.       Segala aktiviti perdagangan telah diharamkan dan semua orang asing

atau pedagang asing di halau keluar dari Jepun. Ini terdapat dalam arahan larangan yang dikeluarkan pada tahun 1633, 1635 dan 1639. Antara larangan yang dibuat ialah melarang kapal-kapal Jepun meninggalkan negara, rakyat Jepun juga dilarang meninggalkan negara dan mengharamkan kapal-kapal asing masuk ke Jepun.

MASYARAKAT MARITIM DI PORTUGAL

Pengenalan

Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini mempunyai pelabuhan-pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli. Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, kepulauan dan di lembah sungai bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan mengutip hasil laut.

Semasa pemerintahan Putera Henry (Henry The Navigator), kerajaan Portugal telah menjadi kuasa maritim yang terunggul di Eropah pada abad ke-15. Putera Henry bersungguh-sungguh mempromosi kegiatan penjelajahan melalui penubuhan Akademi Laut di Sagres. Melalui akademi ini beliau telah mengundang ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi dan astronomi dari luar negara untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal. Usaha Putera Henry ini telah memunculkan ramai kelasi atau pelayar Portugal telah menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai barat benua Afrika.

Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Portugal

1.     Lokasi di pesisiran pantai

Portugal merupakan kerajaan pertama di Eropah mula menjalankan penerokaan tanah baru yang serius melalui aktiviti pelayaran ke dunia luar. Hal ini berlaku kerana Portugal mempunyai geografi tempatan di Lautan Atlantik, mempunyai pantai yang panjang dan memiliki pelabuhan yang baik seperti Lisbon. Selain daripada itu, Portugal tidak menghadapi persaingan dengan negara-negara Eropah yang lain seperti Sepanyol yang masih belum teguh dan bersatu padu, Itali pula masih tidak bersatu, Belanda menghadapi masalah dalam negara, manakala negara England dan Perancis terlibat dalam Perang 100 Tahun. Keadaan ini telah memberi peluang kepada Portugal untuk muncul sebagai negara maritim yang terunggul ketika itu.

2.     Terdapat pelabuhan pembekal

Portugal mempunyai pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang Eropah iaitu pelabuhan Lisbon dan Antwerp. Portugal menjadikan pelabuhan-pelabuhan ini sebagai pusat pengeksportan dan pengeluaran barangan dagangan Portugal. Dalam masa 30 tahun, Portugal berjaya menembusi pasaran rempah-ratus yang dikuasai oleh pedagang Venice di Itali. Portugal berhasrat untuk menguasai perdagangan rempah kerana pada abad ke-15, pedagang Islam telah menjual barangan dari Timur kepada pedagang di Venice dengan harga yang tinggi. Pedagang di Venice pula bertindak sebagai orang tengah pula telah menjual barangan tersebut kepada pedagang Eropah yang lain dengan harga yang lebih tinggi. Oleh itu, dengan menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi akan membawa kepada penguasaan perdagangan rempah-ratus dan boleh mengambil alih peranan pedagang Venice sebagai orang tengah.

3.     Memiliki pelabuhan entrepot

Menjelang abad ke-16, kapal-kapal Portugal sentiasa belayar ke Timur Jauh menggunakan Tanjung Pengharapan dan membawa pulang rempah-ratus, lada hitam, sutera dan batu permata. Mereka juga berjaya membawa hasil hutan seperti kayu kayan dan bahan pencelup dari Brazil. Portugal juga telah membuka ladang tebu, menjalankan penanaman tembakau, menternak lembu dan kuda untuk diperdagangkan. Ini semua telah memberikan keuntungan kepada masyarakat Portugal. Pelabuhan Lisbon juga telah menjadi pusat agihan rempah-ratus kepada pedagang-pedagang Eropah yang lain bagi menggantikan pelabuhan Venice di Itali.

4.     Mampu membuat perahu dan kapal layar

Masyarakat maritim Portugal mempunyai teknologi membuat kapal walaupun kapal yang dibina lebih kecil daripada kapal buatan China. Kapal orang Portugal yang dibina mempunyai dasar yang lebih dalam dan badan kapal yang agak bulat sesuai untuk perjalanan di Lautan Atlantik.

5.     Mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran dan mencari jalan ke Timur

Masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran hasil usaha Putera Henry. Beliau mahu orang Portugal mahir dalam bidang pelayaran untuk menguasai kekayaan di Afrika. Tujuan lain ialah mencari Prester John yang menjadi raja sebuah kerajaan Kristian di Afrika bagi mendapatkan bantuannya untuk menguasai kerajaan Islam di Maghribi.

Usaha Putera Henry ini telah berjaya melahirkan ramai pelayar Portugal seperti Bartholomew Diaz, Vasco da Gama dan Alfonso de Albuquerque. Mereka telah berjaya menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai Barat benua Afrika. Bartholomew Diaz telah belayar dan sampai ke Cape of Good Hope iaitu bahagian paling selatan di Afrika pada tahun 1487. Vasco da Gama pula berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan pada tahun 1497 dan seterusnya telah sampai di Malindi (1487) dan seterusnya beliau telah belayar ke Kalikat (1499). Selepas itu beliau telah kembali ke Lisbon dengan membawa penuh muatan barangan daripada Timur.

Pada tahun 1511, Lopez de Sequeire telah berjaya menguasai Melaka dan ini membolehkan Portugal menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi. Pada tahun 1542, orang Portugal berjaya memasuki negara Jepun melalui pelabuhan Kyushu. Pada tahun 1570, satu perjanjian telah ditandatangani antara pedagang Portugal dengan Shogun Ashikaga iaitu mereka dibenarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki.  Seterusnya pedagang Portugal telah sampai ke pelabuhan Canton di China pada tahun 1517.

6.     KEMAJUAN TEKNOLOGI PELAYARAN

Masyarakat maritim Portugal juga mempunyai teknologi pelayaran yang diambil daripada negara lain seperti penemuan baru seperti peta Benua Eropah (kartografi), kompas magnetik, reka bentuk kapal, memiliki teknologi senapang dan meriam, dan astrolab.

Pelayar Portugal mempunyai catatan wilayah baru di atas peta dan seni catatan peta yang tepat dalam peta gaya baru. Mereka juga mempunyai teknologi kompas yang diambil daripada orang Cina. Kompas ini menunjukkan utara iaitu satu petunjuk penting bagi kapal-kapal yang belayar dari timur ke barat. Orang Portugal juga mempunyai teknologi membina kapal yang baik sesuai untuk belayar di Lautan Atlantik dan memiliki astrolab hasil ciptaan orang Arab yang membenarkan seorang kapten kapal laut mengagak kedudukan kapal mereka sejauh mana dari garisan Khatulistiwa. Masyarakat maritim Portugal juga memiliki teknologi senjata api seperti senapang dan meriam. Mereka menggunakan bahan letupan daripada China dan kemudian diubah suai dengan ciptaan senjata api mereka. Senjata api digunakan semasa pelayaran untuk menakutkan dan mengalahkan musuh-musuh yang ditentang.

Kesimpulan

Masyarakat Portugal berjaya membina sebuah empayar perdagangan serta menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi selama lebih daripada satu kurun.Masyarakat Portugal berjaya menjadi perintis dan meluaskan kekuasaan kerana tidak perlu bersaing dengan pihak lain di Eropah pada masa tersebut .Pusat perdagangan hanya didirikan di kawasan pantai sahaja bukannya kawasan pedalaman.

MODUL SEJARAH DUNIA (1500-1955)

Dalam Modul ini yang berlangsung dalam Penggal 1 mengandungi 4 tema utama iaitu:

1.     Masyarakat.2.     Pemerintahan dan Pentadbiran.3.     Kemajuan dan Pembangunan.4.     Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa.

 Tema 1: Masyarakat

1.1  Masyarakat Feudal (England dan Jepun).1.2  Masyarakat Agraria (Belanda dan China).1.3  Masyarakat Maritim (Portugal dan Jepun).1.4  Masyarakat Industri (England dan Jerman).

Tema 2: Pemerintahan dan Pentadbiran

2.1     Institusi Pemerintahan:

          2.1.1  Raja atau Maharaja (China dan Rusia).          2.1.2  Pembesar (China dan Rusia).

2.2     Negara Bangsa:

          2.2.1  Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan (Englan dan Perancis).          2.2.2  Negara Kesatuan dan Negara Persekutuan (Perancis dan Amerika).          2.2.3  Penyatuan Negara Bangsa (Itali dan Jerman).

Tema 3: Kemajuan dan Pembangunan

3.1     Sistem Ekonomi.

3.1.1   Feudalisme dan Kapitalisme (Jepun, China, Jerman, Perancis, England, Amerika. 

3.1.2   Perkembangan Ekonomi.            3.1.2.1  Perdagagan dan Perniagaan (Portugal & Belanda).            3.1.2.2  Pertanian (Belanda & England).            3.1.2.3  Perindustrian (Jerman & Jepun).

3.2      Intelektual.

          3.2.1  Perkembangan Ilmu (England & Perancis).          3.2.2  Sumbangan Tokoh (England & Perancis).

3.3     Kemajuan Pendidikan (Perancis & Jerman).

Tema 4: Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa

4.1     Reaksi masyarakat tempatan terhadap peluasan kuasa Barat & kesan penjajahan Barat (China & India).

4.2     Konflik Antarabangsa.          4.2.1  Perang Dunia Pertama (1914-1918) - (Jerman & Rusia).          4.2.2  Perang Dunia Kedua (1942-1945) - (Jepun & Amerika Syarikat).          4.2.3  Perang Dingin (1945-1955) - (Rusia & Amerika Syarikat).

4.3     Dekolonialisasi dan Pengembalian Kedaulatan (China & India).

4.4     Perhubungan Luar.          -  Soviet Union & Amerika Syarikat. -PBB.          -  United kingdom & India. -Komanwel.          -  United Kingdom & Amerika Syarikat. -NATO.

KERAJAAN KESATUAN PERANCIS

Pengenalan

Di negara Barat terdapat dua jenis bentuk kerajaan yang diamalkan iaitu negara kesatuan dan negara persekutuan. Pelaksanaan mana-mana bentuk kerajaan ini akan mempengaruhi keharmonian kerajaan pusat dan tempatan di negara masing-masing.

Kerajaan kesatuan merupakan sebuah kerajaan yang memberi kuasa yang luas kepada kerajaan pusat dan menghadkan kuasa kepada kerajaan tempatan (local government). Manakala kerajaan persekutuan pula merupakan sebuah negara yang mengamalkan pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri (kerajaan tempatan).

Bentuk kerajaan kesatuan telah diamalkan di negara Perancis manakala kerajaan persekutuan telah diamalkan di negara Amerika Syarikat.

Kerajaan Kesatuan Di Perancis

Di negara Perancis, kerajaan pusat mempunyai kuasa dalam semua aspek pemerintahan, boleh mengubah sempadan dan kuasa, dan juga boleh membatalkan perundangan yang telah diluluskan oleh peringkat negeri/wilayah. Negara kesatuan Perancis mempunyai beberapa ciri iaitu:

1.     Kerajaan pusat mempunyai kuasa penuh untuk menguruskan seluruh pemerintahan di negara Perancis.

2.     Untuk memudahkan pentadbiran maka kerajaan kesatuan telah membahagikan negara kepada beberapa wilayah atau cawangan dan diberi kuasa untuk mentadbir. Pentadbiran wilayah ini merupakan ejen kerajaan pusat. Walau bagaimanapun kuasa ini boleh ditarik balik oleh kerajaan pusat. Bentuk seperti ini adalah merupakan sistem sentralisasi iaitu pemerintah pusat  memiliki kedaulatan penuh untuk menyelenggara urusan dari pusat ke daerah/wilayah. Pemerintah wilayah hanya melaksana ketetapan pusat.

Terdapat kelebihan jika mengamalkan kerajaan kesatuan iaitu tidak akan berlaku masalah pertindihan kerana sebarang percanggahan antara pengubal dengan pelaksana dasar dapat dielakkan. Hal ini kerana segala keputusan akan dibuat oleh kerajaan pusat dan dengan ini pemerintahan akan dapat dijalankan dengan mudah, teratur dan berkesan.

Namum kerajaan kesatuan juga mempunyai kelemahannya tetapi dengan segera dapat diatasi oleh kerajaan pusat dengan menyesuaikan pentadbiran dengan keperluan semasa.

Kerajaan kesatuan sesuai dilaksanakan bagi sebuah negara seperti Perancis kerana mempunyai keluasan geografinya tidak luas atau besar dan mempunyai jumlah penduduk tidak terlalu ramai. Pengaruh geografi yang tidak begitu luas lebih memudahkan komunikasi dua hala dan sebarang keputusan boleh dilaksanakan secepat mungkin tanpa berlakunya amalan red tape.

Setelah revolusi Perancis berlaku pada tahun 1789, telah banyak berlaku perubahan di Perancis iaitu sistem pemerintahan beraja telah dimansuhkan, sistem feudal dihapuskan, hak istimewa golongan bangsawan telah ditamatkan dan berkembangnya semangat nasionalisme di Perancis.

Setelah sistem pemerintahan beraja dan sistem feudal dihapuskan di Perancis, pada tahun 1790 pentadbiran baru telah dibentuk iaitu negara Perancis telah dibahagikan kepada 83 department (wilayah) dan setiap wilayah dibahagi pula kepada cantons (daerah) dan daerah pula dipecahkan kepada commune.

Pentadbiran department akan diketuai oleh Prefet yang dilantik oleh kerajaan pusat. Prefet bertanggungjwab secara langsung kepada Menteri Dalam Negeri dan berperanan untuk menguruskan perkhidmatan di kawasan tempatan.

Disetiap department telah ditubuhkan sebuah majlis iaitu General Council. Ahli-ahlinya dilantik oleh pemerintah peringkat pusat. Majlis ini merupakan institusi tempatan yang menghubungkan penduduk tempatan dengan kerajaan pusat.

Commune pula berperanan untuk mentadbir kawasan bandar yang diketuai oleh Datuk Bandar (Mayor) sebagai ketua eksekutif. Datuk Bandar pula akan dibantu oleh Majlis Bandaran (Municipal Council). Institusi commune berperanan mengendalikan perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran bandar seperti meluluskan permit bangunan, menjaga keselamatan penduduk, dan menguruskan pendaftaran perkahwinan. Datuk Bandar akan menjadi wakil kerajaan pusat di kawasan bandar. Datuk Bandar berperanan untuk menguatkuasakan undang-undang tempatan, mendaftar jurutera awam, menguruskan pekerja dikawasannya dan sebagainya. Walau bagaimanapun segala keputusan yang dibuat oleh Datuk Bandar boleh dipinda, diubah atau dibatalkan oleh kerajaan pusat.

Commune merupakan institusi yang dibentuk bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk tempatan seperti pejabat pendaftaran, mahkamah rendah, jabatan kerja raya, polis tempatan dan sebagainya.

RAJA MUTLAK DAN BERPERLEMBAGAAN DI PERANCIS     EKONOMI FEUDALISME DI PERANCIS     SISTEM PEMBESAR DI RUSIA     SISTEM PEMBESAR DI CHINA     PENYATUAN JERMAN    

Contoh Esei Tema 2: Pemerintahan dan Pentadbiran Soalan: Huraikan peralihan sistem pemerintahan beraja mutlak kepada raja berperlembagaan

di Perancis.        Perancis merupakan antara negara di Eropah yang mengamalkan sistem pemerintahan 

beraja mutlak. Walau bagaimanapun, kepincangan dan ketidakstabilan politik serta kebangkitan rakyat menyebabkan sistem ini dihapuskan dan digantik dengan sistem pemerintahan raja berperlembagaan.

      Di bawah sistem raja berkuasa mutlak yang diamalkan di Perancis, pemerintahan Perancis terletak di tangan Raja, Majlis Diraja dan intendant. Kuasa raja mengatasi semua undang-undang. Raja berkuasa memenjarakan individu yang ingkar atau menyakiti hati golongan berpengaruh. Tindakan ini dipanggil lettre de cachet. Majlis Diraja dianggotai kerabat diraja yg berpengaruh. Mereka berperanan membuat keputusan penting dalam semua bidang. Di peringkat wilayah, intendant diamanahkan untuk  menguruskan hal pentadbiran dan cukai sekaligus mengurangkan kuasa politik golongan bangsawan.

       Golongan  paderi atasan dan golongan bangsawan turut diberi keistimewaan. Golongan bourjois iaitu  golongan kelas menengah seperti professional, guru, peguam dan  pedagang turut diberikan keistimewaan seperti pengecualian cukai. Walau bagaimanapun, golongan ini tidak berpuas hati kerana tidak berpeluang naik pangkat dalam pegawai tentera dan berkhidmat dalam pentadbiran. Golongan petani pula  terbeban dengan pelbagai cukai seperti cukai tanah, garam, harta dan cukai feudal. 

       Parlimen Perancis pula terbahagi kepada tiga estet iaitu estet pertama  yang terdiri daripada golongan paderi, estet kedua dianggotai oleh golongan bangsawan dan estet ketiga pula terdiri daripada golongan borjouis dan petani. Estet pertama dan kedua diberi keistimewaan manakala estet ketiga seolah-olah terpinggir. Estet ketiga tidak mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan penting. Tuntutan estet ketiga untuk mendapatkan persamaan hak tidak diendahkan oleh Raja Loui XVI. Estet ketiga akhirnya mengisytiharkan diri sebagai Perhimpunan Kebangsaan atau Parlimen Negara. Tindakan estet ketiga ini menandakan bermulanya Revolusi Perancis. Perjuangan Estet Ketiga mendapat sokongan golongan miskin.

       Perjuangan estet ketiga membuahkan hasil apabila mereka berjaya menawan bangunan Bastille. Kemuncak perjuangan estet ketiga ialah apabila berlakunya peristiwa yang dipanggi ‘Hari Ogos’: Peristiwa ini menandakan penghapusan sistem feudal. Ahli parlimen dan golongan feudal menyerahkan hak  feudal mereka manakala golongan paderi menyerahkan hak gereja. Pada 26 Ogos 1789 , parlimen meluluskan Perisytiharan Hak-Hak Manusia dan Warganegara. Pentadbiran Perancis  dibahagikan kepada 83 kawasan [department] dan setiap department ini dibahagi kepada daerah [cantons] dan commune. Kerajaan tempatan dipilih oleh rakyat tempatan dan berkuasa di kawasan masing.

       Menjelang tahun 1791  Majlis Perhimpunan Kebangsaan menyiapkan perlembagaan baru.  Dengan mengambil idea berdasarkan teori pengasingan kuasa  Montesquieu, kerajaan Perancis 

dibahagikan kepada badan legislative, badan eksekutif dan badan judisiari. Bermulalah era pemerintahan raja berperlembagaan di Perancis. Walau bagaimanapun, pemerintahan raja berperlembagaan berlangsung selama setahun sebelum bertukar kepada republik. Akibat pergeseran antara golongan revolusi dengan golongan menyokong raja, Raja Louis XVI dan isterinya Marie Antoinnette telah dihukum pancung dengan gilotin.

       Perubahan sistem pemerintahan beraja mutlak kepada raja berperlembagaan menyaksikan pergolakkan politik di Perancis. Kacau-bilau yang berlakunya di Perancis hanya  tamat bila Napoleon Bobaparte mengambil alih pemerintahan [1799].

Contoh Esei Tema 2: Pemerintahan dan PentadbiranSoalan: Huraikan peralihan sistem pemerintahan beraja mutlak kepada raja berperlembagaan di England.

       Pemerintahan beraja mutlak di England bermula sejak penghujung abad ke-15. Sistem ini diasaskan oleh oleh Raja Henry VII iaitu pemerintah Dinasti Tudor. Sistem pemerintahan raja mutlak berpegang kepada prinsip dan  kepercayaan bahawa raja dilantik oleh Tuhan. Raja berkuasa dalam segala hal mengatasi undang-undang.

        Selepas Perang Bunga Ros berakhir, majoriti masyarakat England bersetuju sistem pemerintahan raja berkuasa mutlak sebagai penyelesai keadaan huru-hara. Pemerintahan raja berkuasa mutlak yang diamalkan semasa Zaman Dinasti Tudor [1485 – 1603] mendapat sokongan rakyat. Hal ini kerana raja-raja Tudor menghormati prinsip perbatasan pemerintah yang terkandung dalam Magna Carta. Parlimen England ketika itu terdiri daripada House of Lord dan House of Commons. House of Lord yang dianggotai oleh tuan tanah yg kaya, bishop dan kerabat diraja lebih berkuasa berbanding House of Commons yang dianggotai oleh golongan knight, orang kaya dan peguam.

        Menjelang  abad ke-17, berlaku perubahan dalam masyarakat England. Di luar Bandar, muncul golongan gentry yang memiliki tanah dan kekayaan melebihi golongan bangsawan. Di Bandar pula, muncul golongan bourjois iaitu saudagar yang kaya ber pendidikan dan berpengetahuan dalam bidang ekonomi. Golongan gentry dan bourjois yang banyak menganggotai House of Commons berani mempertikaikan House of Lord yang didominasi oleh golongan aristokrat. Pada masa yang sama berlaku pergeseran mahzab gereja. Penganut mahzab Protestan marah dengan tindakan  gereja kebangsaan England iaitu Anglican yg masih mengamalkan sifat gereja  Katolik . Golongan puritan ini bermatlamat membersihkan amalan gereja di England daripada pengaruh gereja Katolik Rom.

        Kemangkatan Ratu Elizabeth I menandakan berakhirnya pemerintahan  Dinasti Tudor di England. Sepupu Ratu Elizabeth I iaitu Raja James I dari Scotland telah ditabalkan menjadi raja England. Perlantikan ini menandakan bermulanya pemerintahan Dinasti Stuart. Raja James I berpegang teguh kepada doktrin kuasa suci raja yang menganggap kedudukan raja mengatasi segala undang-undang. Hal ini tidak disenangi  oleh golongan gentry dan bourjois  yang  ingin memisahkan gereja dari pemerintahan. Sikap pilih kasih dalam urusan perdagangan dan  tindakan raja membelakangkan parlimen dalam isu cukai menyebabkan golongan saudagar marah.

        Keadaan bertambah celaru bila Raja Charles I menggantikan ayahandanya sehingga parlimen mengeluarkan Petition of Right. Petisyen ini bertujuan mengutuk raja yang bersikap autokratik. Golongan puritan semakin marah bila Bishop Besar William Laud yang dilantik oleh Raja Charles I melarang golongan puritan melakukan aktiviti keagamaan mereka. Pada tahun 1645, berlaku perang dan tentera parlimen yang dipimpin Oliver Cromwell berjaya mengalahkan tentera Raja Charles I. Oliver 

Cromwell juga menyingkirkan ahli parlimen yang proraja. Beliau kemudian mengisytiharkan England sebagai  negara republik dan dia sendiri sebagai ketua.

       Walaupun berjaya menubuhkan pemerintahan raja berperlembagaan, Oliver Cromwell tetap menerima tentangan daripada  golongan levelers  dan golongan diggers menuntut setiap rakyat England berhak mengundi dan persamaan hak dalam pemilikan harta. Oliver Cromwell  telah membubarkan parlimen dan membentuk kerajaan baru iaitu Protectorate dan melantik dirinya sebagai Lord Protectorate. Walaupun memerintah mengikut perlembagaan, tetapi beliau pemerintahan bercorak diktaktor ketenteraan. 

Contoh Esei

Tema 4: Konflik AntarabangsaSoalan: Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Perang Dingin selepas Perang Dunia Kedua.      

       Perang Dingin merujuk kepada konflik antara dua buah kuasa besar iaitu  blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan blok komunis yang diketuai oleh Soviet Union @ Rusia setelah Perang Dunia Kedua [PD2] berakhir. Perang Dingin tidak melibatkan pertempuran bersenjata  sebaliknya kedua-dua kuasa terbabit biasanya menjadi penyokong atau dalang  kepada negara2 yang berkonflik. 

Perbezaan Ideologi   kapitalisme dengan komunisme menjadi punca berlakunya Perang Dingin. Pendukung  kapitalisme merupakan negara demokratik yang meletakkan kuasa di  tangan rakyat. Hal ini berbeza dengan ideologi  komunisme yang di perintah oleh diktator  dan hanya mengiktiraf Parti Komunis. Sistem kapitalisme mendukung prinsip pasaran bebas yang banyak menguntungkan pelabur-pelabur besar. Hal ini bertentangan dengan ideologi  komunisme yang menganggap pemerintah wajar  mengawal  ekonomi bagi memastikan kepentingan pelabur kecil terbela. Perbezaan ideologi ini mendorong kedua-dua kuasa ini  berusaha  meluaskan pengaruh masing-masing.

Selain itu, kegagalan beberapa siri rundingan juga mennyebabkan berlakunya Perang Dingin. Pada 1943,  pemimpin Kuasa Berikat iaitu Amerika Syarikat [AS], Rusia, Perancis dan Britain mengadakan pertemuan untuk membincangkan keadaan politik di Eropah. Perbincangan ini menyangkut hal konsesi Rusia di Eropah Tengah, pembahagian negara Jerman kepada 4 zon tentera, penguasaan Rusia ke atas Poland dan isu penguasaan ke atas Eropah Timur dan Eropah Tengah. Walau bagaimanapun, 3 siri perbincangan di Teheran, Yalta dan Postdam ini tidak mencapai kata putus. Keadaan ini menyebabkan keretakan hubungan negara-negara terbabit sehingga mencetuskan bibit-bibit Perang Dingin. Lebih mengeruhkan keadaan, rakan dalam Kuasa Berikat curiga dengan Rusia yang dikuasai oleh komunis

 Kemerosotan ekonomi di Eropah juga dikatakan menjadi faktor berlakunya Perang Dingin. Ekonomi negara-negara seperti  Britain, Perancis, Jerman, Itali dan Belanda terjejas teruk  berikutan pendapatan negara diperuntukan membiayai PD2.  AS menggunakan peluang ini dengan menawarkan dana bantuan dan sokongan bagi menghalang perluasan ideologi komunis. AS  kemudian menubuhkan Rancangan Marshall bagi membangunkan semula ekonomi Eropah Barat selain mengekang pengaruh komunis. Rusia menolak Rancangan Marshall kerana beranggapan bahawa ia adalah salah satu bentuk campur tangan AS. Rusia kemudian cuba mempengaruhi negara-negara di Eropah Timur agar tidak menerima bantuan AS dan  bertindak menubuhkan satu pertubuhan ekonomi untuk mengimbangi pertubuhan ekonomi yang dianjurkan oleh AS. 

Di samping itu, kebimbangan Rusia terhadap ancaman Jerman juga menjadi faktor penyebab Perang Dingin. Kebimbangan ini menyebabkan  Rusia bercadang menguasai negara-negara  di Eropah timur untuk dijadikan sebagai ‘Zon Penampan’. Joseph Stalin iaitu pemerintah Rusia ketika itu bimbang sejarah 

Peristiwa Operasi Barbarossa berulang iaitu Adolf Hitler memimpin serangan besar-besaran selama 900 hari dan menggugurkan lebih 600 000 bom ke atas Rusia. Rusia berusaha melemahkan Jerman  dengan menghalang Jerman bersatu di bawah kerajaan kapitalis. Akibatnya, negara  Jerman terbahagi kepada dua  iaitu Jerman Timur [Komunis] dan Jerman Barat [kapitalis].

Jelas sekali bahawa Perang Dingin berpunca daripada usaha kedua-dua kuasa besar  iaitu Amerika Syarikat dan Rusia yang berusaha mengembangkan pengaruh ideolog masing-masing. Perang Dingin ini telah mengakibatkan negara-negara di dunia terpecah kepada dua dua blok iaitu blok kapitalis dan blok komunis.

Contoh Esei

Tema 4: Konflik AntarabangsaSoalan: Huraikan faktor berlakunya Perang Dunia Kedua di Asia

Perang Dunia Kedua yang tercetus pada tahun 1938 meninggalkan impak yang besar kerana bukan sahaja melibatkan negara-negara di Eropah tetapi termasuk negara-negara di Asia dan Afrika. Jepun merupakan salah sebuah negara Asia yang terlibat secara langsung dalam Perang Dunia Kedua. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya Perang Dunia Kedua di Asia.

Salah satu daripada faktor berlakunya Perang Dunia Kedua di Asia ialah wujudnya gerakan nasionalisme yang melampau di Jepun. Kita Ikki merupakan seorang pelampau yang mempelopori aliran baharu nasionalisme di Jepun. Beliau berpendapat pembentukan semula negara Jepun oleh tentera atas nama maharaja perlu dilakukan. Beliau menolak amalan demokrasi Barat dan Parlimen Jepun yang mudah terjebak dalam amalan rasuah. Aliran ini menyebabkan berlakunya pergeseran antara parti pemerintah dengan golongan tentera. Kejayaan golongan tentera mengambil alih tampuk pemerintahan Jepun membolehkan mereka mengukuhkan kekuatan tenteranya bagi menghadapi kuasa Barat.

 Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929 turut mendorong kepada meletusnya Perang Dunia Kedua. Krisis ekonomi dunia ini telah menyebabkan golongan petani dan rakyat Jepun dibebani kemiskinan. Petani yang tidak berpuas hati dengan pemerintah akhirnya telah menyatakan sokongan kepada tentera. Pada tahun 1936, golongan tentera memberontak dan berjaya menguasai kerajaan. Kerajaan Jepun kemudiannya berusaha mempersiapkan diri untuk menghadapi peperangan.

 Kepentingan ekonomi Jepun juga mendorong kepada kancah Perang Dunia Kedua. Dasar Pemodenan Meiji berjaya memacu ekonomi Jepun sehingga menjadi negara industri yang kuat. Kepesatan ekonomi Jepun turut meningkatkan permintaan ke atas bekalan bahan mentah bagi memenuhi keperluan industri. Bagi mendapatkan bekalan bahan mentah dan pasaran, Jepun telah melaksanakan dasar imperialisme. China dan Manchuria yang kaya dengan arang batu, kapas dan sutera telah menjadi sasaran Jepun. Belanda, Britain, AS dan Perancis bimbang dasar imperialisme Jepun ke kawasan lain seperti Indo-China dan Asia Tenggara menjejaskan kepentingan mereka.

Selain itu, isu keselamatan negara Jepun juga menjadi faktor meletusnya Perang Dunia Kedua. Pada penghujung abad ke-19, Jepun bangkit sebagai kuasa yang kuat di Asia. Yoshida Shoin, tokoh intelek Jepun menegaskan bahawa Jepun perlu memperkukuhkan pertahanannya. Yamagata Aritomo, salah seorang pemimpin kerajaan Meiji telah mengetengahkan konsep garis kepentingan negara. Konsep ini merujuk kepada kawasan bersempadanan atau berhampiran

dengan Jepun dianggap mempengaruhi keselamatan Jepun. Oleh itu, garis kepentingan negara ini wajar diperkukuhkan. Penekanan ke atas konsep ini menyaksikan Jepun cuba meluaskan garis kepentingan negara dengan menyerang Rusia [1905], Korea [1910], China [1895 & 1937], Manchuria [1932], Indo-China dan Asia Tenggara [1941].

Jelas sekali dasar pemodenan Meiji berjaya menjadikan Jepun sebagai sebuah kuasa yang kuat di rantau Asia. Dasar imperalisme dan ancaman kuasa Barat telah mendorong Jepun bertindak memperkuatkan pertahanan negaranya. Kekuatan Jepun menjadikan negara tersebut bersedia berdepan dengan kuasa Barat dan juga sebarang kemungkinan peperangan.

Contoh Esei

Tema 4: Konflik AntarabangsaSoalan: Huraikan / jelaskan faktor yang dijadikan alasan oleh Barat untuk menduduki China

Menjelang abad ke-19, ekonomi China berkembang dengan baik. Kekayaan sumber bahan mentah menyebabkan kuasa Barat mulai berminat untuk menduduki China. Ekonomi Eropah berkembang pesat ekoran Revolusi Industri menyebabkan kuasa Barat berusaha mengembangkan pengaruh ke China untuk mendapatkan bekalan bahan mentah dan juga pasaran yang luas.

Antara alasan yang digunakan oleh kuasa Barat iaitu British untuk menguasai China ialah perdagangan yang berat sebelah. Dasar tutup pintu atau pemencilan yang diamalkan dan pelbagai syarat yang dikenakan oleh kerajaan China menyebabkan kuasa Barat kerugian. Sebagai contoh, pedagang Barat hanya dibenarkan berdagang di pelabuhan Canton dan urusan perniagaan hanya boleh dijalankan melalui orang tengah iaitu Co-hong. Selain itu, pedagang Barat juga hanya dibenarkan berurus niaga dengan menggunakan wang emas atau perak sahaja. Factor inilah yang dijadikan alasan oleh kuasa Barat untuk menduduki China.

Percanggahan dalam soal perundangan juga dijadikan sebagai alasan oleh kuasa British untuk menguasai China. Kerajaan China berpegang kepada prinsip “ seseorang yg dituduh melakukan jenayah dianggap bersalah sehinggalah kebenaran dapat dibuktikan”. Hal ini bertentangan dengan prinsip keadilan Barat yang menekankan ” seseorang yg dituduh melakukan kesalahan dianggap tidak bersalah sehinggalah kesalahan dapat dibuktikan dengan jelas”. Situasi ini diburukkan lagi oleh percanggahan falsafah undang-undang kedua-dua kuasa tersebut. Falsafah undang-undang China menetapkan hukuman adalah “tanggungjawab berkumpulan” manakala falsafah Undang-undang Barat menekankan hukuman adalah “ tanggungjawab individu”.

Soal pengharaman perdagangan candu oleh kerajaan China juga menyemarakan lagi keinginan British untuk menduduki China. Syarat perdagangan yang ketat oleh kerajaan China menyebabkan perdagangan tekstil British gagal menembusi pasaran China sekaligus menyebabkan British gagal mendapatkan bekalan teh dan sutera yang mendapat permintaan tinggi di Eropah. Kegagalan ini menyebabkan British membawa masuk candu sehingga akhirnya mendapat permintaan tinggi di China. Kemasukan candu menyebabkan pengaliran keluar wang China sehingga memaksa Maharaja Tao Kuang mengharamkan perniagaan candu. Hal ini telah dijadikan alasan oleh British untuk menyerang China.

Selain itu, isu penyebaran agama Kristian turut dijadikan alasan oleh British untuk menduduki China. China tidak berpuas hati dengan mubaligh kristian yang berjaya menyebarkan agama Kristian dalam kalangan masyarakat China. Perkembangan agama Kristian dianggap mengancam kebudayaan dan tradisi nenek moyang, ajaran Confucius dan Taoisme oleh China. China kemudian bertindak membunuh paderi, rahib dan pegawai Barat di Tientsin serta membakar gereja. British marah dengan tindakan China yang dianggap kejam. Mereka menjadikan isu ini sebagai salah satu cara untuk menguasai China.

Tekanan daripada British dan kekalahan dalam Perang Candu I dan Perang Candu II menyebabkan China terpaksa menandatangani Perjanjian Nanking [1842] dan Perjanjian Tientsin [1858]. Perjanjian ini telah membawa kepada pembukaan pelabuhan-pelabuhan di China kepada pedagangan Barat. Akhirnya, Barat Berjaya menguasai perdagangan di China.

Masyarakat Agraria di Belanda

Pengenalan    

          Pada abad ke-16, kawasan utara Belanda terkenal sebagai kawasan pertanian dan perikanan. Pertanian dijalankan secara kecil-kecilan. Hasil pertanian ini dijual di pasar tempatan dan bandar2 lain. Mereka mengamalkan sistem pertanian padang terbuka. Dalam sistem ini tanah dibahagikan kepada 3 bidang. Setiap bidang terdapat lajur-lajur yg dibahagi secara memanjang. Setiap musim pula, petani hanya mengusahakan 2/3 bidang tanah. Sebidang lagi dibiarkan sebagai tanah rang utk memulihkan kesuburan tanah. Najis binatang pula dijadikan sebagai baja.

          Pada abad ke-17, berlaku Revolusi Pertanian di desa.  Jumlah tanah pertanian, jumlah petani dan jumlah penggunaan kuda bertambah mendadak. 

Sistem pertanian padang terbuka [Tanah dibahagikan kepada 3 bidang] yang diamalkan oleh petani Belanda.

Ciri-Ciri Masyarakat Agraria di Belanda: Pertanian

1.       Hasil pertanian bertambah.

2.       Pengeluaran makanan turut bertambah sekaligus meningkatkan jumlah      simpanan makanan bertambah. Peningkatan hasil pertanian ini menguntungkan petani.

3.       Teknologi kincir air digunakan bagi memudahkan pengairan kawasan pertanian.

4.       Guna kaedah tanaman bergilir bagi mengekalkan kesuburan tanah [tanam sengkuang & kekacang bergilir dengan bijirin].

5.       Tanaman utama ialah bijirin [gandum, barli, oat]. Selain itu, kobis, kekacang, bunga dan jagung turut diusahakan.

6.       Petani di Belanda turut menternak binatang seperti lembu [tenusu dan daging bagi tujuan eksport ke selatan Belanda.

7.       Industri tekstil turut berkembang.       Masyarakat desa mengeluarkan pakaian bersasakan kain linen & bulu manakala masyarakat bandar mengguna mesin untuk warnakan kain tersebut. Hasil industri tekstil ini kemudiannya dieksport ke Mediterranean.

      Industri tekstil semakin berkembang sehingga Leiden muncul sebagai pusat industri kain berasaskan kain woolen, says, fustians dan camlets. Haarlem pula muncul sebagai bandar utama pengeluar industri linen.

Ciri-Ciri Masyarakat Agraria di Belanda: Perikanan

       Perairan Holland dan Zeeland kaya dengan ikan. Hampir 1/5 penduduk terlibat dalam perikanan sehingga berjaya merebut pasaran Baltik dari Jerman. Belanda mengeksport ikan herring, garam, arak dan pakaian untuk dapatkan bijirin dari Baltik. 

      Nelayan-nelayan Belanda menggunakan kapal besar turun menangkap ikan. Mereka akan berada di laut untuk beberapa minggu. Ikan yang ditangkap akan digaram supaya tahan lama. Ikan herring merupakan tangkapan utama kerana berkualiti tinggi dan harga pasaran yang mahal.

  Orang Belanda mahir dalam membina kapal. Kapal buatan mereka dikatakan berkualiti   tinggi, tahan lasak dan mampu membawa muatan yang banyak. Kapal mereka juga dianggap terbaik di Eropah sehingga turut diguna oleh pedagang England, Perancis dan Sepanyol untuk membawa gandum dan galian ke Eropah.

Institusi Pemerintahan

BULAN MG TARIKH TEMA/TAJUK CATATANJUN 1 11.6 –

15.6TEMA 1 MASYARAKAT1.1  Masyarakat Feudal

(England dan Jepun)-definisi-Ciri-ciri-susun lapis-perbandingan Eropah dan Asia

1.2  Masyarakat Agraria(Belanda dan China)

-definisi-Ciri-ciri

2 18.6-22.6 1.3  Masyarakat maritim(Portugal dan Jepun)

-definisi-Ciri-ciri

1.4  Masyarakat Industri(England dan Jerman)

-definisi-Ciri-ciri

3 25.6-29.6 TEMA 2 PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN2.1 Institusi pemerintahan2.1.1 Raja/Maharaja(China dan Rusia)-kedudukan-peranan2.1.2 Pembesar(China dan Rusia)-membandingkan peranan

4 2.7-.6.7 2.2 Negara Bangsa2.2.1 Raja Mutlak dan raja berperlembagaan(England dan Perancis)-perbandingan sistem beraja2.2.2 Negara Kesatuan dan Negara Persekutuan(Perancis dan Amerika Syarikat)-sistem Republik-sistem Persekutuan

JULAI 5 9.7-13.7 2.2.3 Penyatuan Negara BangsaItali dan Jerman)-proses penyatuan

TEMA 3 KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN

3.1 Sistem Ekonomi

3.1.1 Feudalisme dan Kapitalisme(Jepun dan China)

-sistem ekonomi di Asia

6 16.7-.20.7 3.1.1 Feudalisme dan Kapitalisme(Jerman dan Perancis)

-sistem ekonomi feudalisme

3.1.1 Feudalisme dan Kapitalisme

(England dan Amerika Syarikat)

-sistem ekonomi kapitalis

7 23.7-27.7 3.1.2 Perkembangan ekonomi 3.1.2.1 Perdagagan dan Perniagaan(Portugal dan Belanda)

-perubahan orientasi

3.1.2.2 Pertanian(Belanda dan England)

-perubahan

8 30.7-.3.8 3.1.2.2 Pertanian(Belanda dan England)-perubahan

3.1.2.3 Perindustrian(Jerman dan Jepun)-perindustrian

OGOS 9 6.8-.10.8 3.2 Intelektual(England dan Perancis)

3.3.1 Perkembangan Ilmu

-proses perubahan pemikiran dan kemajuan ilmu kesan daripada Renaisans, Refomasi, Protestan, Revolusu Sains, Gerakan Pencerahan

3.3.2 Sumbangan Tokoh(England dan Perancis)

-          Menilai idea dan sumbangan tokoh:Charles Louis MontesquieuAdam SmithJean Jacques Rousseau

10 13.8-.17.8 3.3 Kemajuan Pendidikan(Perancis dan Jerman)

-perubahan sistem pendidikan tradisional kepada pendidikan moden

CUTI PERTENGAHAN PENGGAL(18.8- 26.8)

11 27.8-.31.8 TEMA 4 NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

4.1 Reaksi Masyarakat Tempatan Terhadap Perluasan Kuasa Barat dan Kesan Penjajahan Barat(China dan India)

-          Analisis reaksi-transformasi sosial, ekonomi, dan kemunculan intelektual tempatan

CUTI HARI KEMERDEKAAN(31.8)

12 3.9.-.7.9 4.2 Konflik Antarabangsa

4.2.1 Perang Dunia Pertama (1914-1918)(Jerman dan Rusia)

-sebab dan kesan

SEPT 13 10.9.-14.9 Perang Dunia Kedua(1942-1945)(Jepun dan Amerika Syarikat)

-sebab dan kesan

4.2.3 Perang Dingin(1945-1955)(Rusia dan Amerika Syarikat)

-menganalisis sebab dan kesan

14 17.9-.21.9 4.2.3 Perang Dingin(1945-1955)(Rusia dan Amerika Syarikat)

-menganalisis sebab dan kesan

4.3 Dekolonisasi dan pengembalian kedaulatan(China dan India)

-langkah-langkah mendapatkan kedaulatan dan dekolonisasi oleh orang tempatan

15 24.9-28.9

4.4 Perhubungan Luar(Soviet union dan Amerika Syarikat)

-kerjasama Negara dalam organisasi antarabangsa selepas Perang Dunia Kedua-I) PBB

OKT 16 1.10.-5.10

4.4 Perhubungan Luar(United Kingdom dan India)

-ii) Komanwel

4.4 Perhubungan Luar(United Kingdom dan Amerika Syarikat)

iii)NATO17 8.10.-

12.10ULANGKAJI

18 15.10-19.10

ULANGKAJI

19 22.10-26.10

ULANGKAJI HARI RAYA HAJI(26.10)

20 29.10-2.11

ULANGKAJI

NOV 21 5.11- 8.11 PEPERIKSAAN AKHIR

Soalan dan skema sejarah dunia ( Penggal 1)

Tema 1MASYARAKAT FEUDAL

Dengan merujuk kepada contoh-contoh yang sesuai, bincangkan ciri-ciri feudalisme di Eropah PengenalanFeudalisme merujuk kepada sistempemerintahan yang muncul ekoran ketiadaan sistem pemerintahan pusat yang berkesan. Feudalisme dapat dilihat daripada segi ciri-ciri peribadi, ekonomi dan ketenteraan.

a)    Peribadi-          Ciri peribadi dapat dikesan apabila tuan tanah bertaraf rendah mendapatkan perlindungan  daripada

tuan tanah yang lebih berpengaruh.-          Contoh seorang lord ( tuan tanah yang betaraf rendah ) mendapatkan perlindungan daripada Count

(tuan tanah bertaraf tinggi)-          Dengan demikian, seorang bangsawan menjadi pengikut kepada bangsawan yang lebih kuat-          Ciri ini dapat dilihat dalam kerajaan Rom apabila mereka yang lemah mendapatkan perlindungan

daripada bangsawan yang kayab)   Ketenteraan

-          Elemen ketenteraan bermaksud pemberian tugas ketenteraan kepada tuan tanah-          Ciri ini wujud dalam kerajaan Rom dan kerajaan orang gasar Frank yang dipanggil Comitatus.-          Mengikut sistem ini seorang pahlawan sebagai pengikut kepada seorang bangsawan harus memberi

tiga jaminan iaitu :1.    Memberikan kesetiaan2.    Menjadi askar dalam tentera kecil bangsawan3.    Melibatkan diri dalam mahkamah pimpinan golongan bangsawan4.    Dalam kerajaan Rom pemilik tanah menubuhkan tentera persendirian untuk mengawal estet

c)    Ekonomi-  Ciri ini dapat dilihat apabila tuan tanah dan petani menyerahkan tanah kepada tuan tanah yang lebih besar-  Tujuan mereka adalah untuk mendapatkan perlindungan-  Sebagai balasan petani akan memberikan bantuan ketenteraan, makanan dan bantuan lain-  Ciri feudalisme ini dapat dikesan dalam empayar Rom sebelum ia tumbang dan menjadi nyata pada abad

ke-9-  Ia menyumbang kepada kelahiran pemilik estet besar ( bangsawan) yang bebas daripada kawalan

kerajaan pusat.-     Asas ekonomi golongan bangsawan ialah manor.

PenutupSistem feudalisme di Eropah jelas melambangkan ciri peribadi, ekonomi dan ketenteraan

Huraikan struktur susun lapis masyarakat dalam sistem feudal yang diamalkan di England  

PengenalanSistem feudalisme yang muncul di England mempunyai ciri yang tersendiri. Dalam sistem feudal jelas terdapat hubungan saling bergantung antara raja, bangsawan, petani dan golongan hamba. Setiap lapisan masyarakat mempunyai tanggungjawab dan peranan masing2.

a)    Raja-   Kedudukan tertinggi dalam sistem feudalisme di England  ialah raja-    Raja menyatukan penduduk dibawahnya dan memberikan jaminan keselamatan dan perkhidmatan lain-    Di bawah raja terdapat tenant in chief iaitu mereka yang memiliki tanah secara langsung daripada raja-   Raja bergantung kepada tenant in chief tetapi ada kalanya mereka menjadi terlalu berkuasa dan

mencabar autoriti rajab)   Bangsawan

-          Di bawah raja terdapat baron iaitu golongan bangsawan

-          Golongan bangsawan besar menjadi tenant in chief-          Mereka memiliki tuan tanah yang berkhidmat untuk baron di sebahagian besar negara-          Di bawah tenant in chief ialah tenant iaitu golongan bangsawan bertaraf rendah

c)    Petani-          Petani berada dibawah golongan bangsawan-          Petani terdiri daripada petani bebas dan separuh bebas-          Golongan petani mewakili sebahagian besar penduduk England-          Petani  juga dikenali sebagai freeman, villein, skomen, bordar dan cottar-          Golongan petani memiliki tanah dan keluasan tanah yang dimiliki mereka berbeza-          Golongan petani tidak dibenarkan meninggalkan daerah mereka tanpa kebenaran tuan tanah

d)    Hamba-          Kedudukan hamba dibawah petani-          Golongan hamba mewakili satu persepuluh penduduk Englang-          Golongan hamba tidak memiliki tanah dan mempunyai hak perundangan yang terhad.

PenutupMasyarakat feudal di England mempunyai susun lapis yang tersendiri. Setiap lapisan masyarakat mempunyai hubungan saling bergantung antara satu sama lain.

Bincangkan faktor-faktor yang mendorongkan kemunculan masyarakat feudal di Jepun

PengenalanFeudalisme di jepun dapat dikesan dengan jelas pada zaman pemerintahan Kamakura hingga zaman sengoku Jidai. Feudalisme Jepun telah mencapai kematangan pada era pemerintahan Shogun Tokugawa.

a)    Kemerosotan kuasa maharaja-          Salah satu faktor yang menyebabkan kemunculan feudalisme adalah kemerosotan kuasa maharaja-          Kemerosotan kuasa maharaja memberi peluang kepada kemunculan daimyo (tuan tanah)-          Tuan tanah tersebut memiliki ladang persendirian dikenali sebagai Syo atau Syoen

b)   Golongan tuan tanah berpengaruh- Kemunculan feudalisme disebabkan oleh kebangkitan golongan tuan tanah (daimyo) Keadaan geografi negara jepun bergunung ganang menyebabkan raja menghadapi masalah untuk

mengawal tuan tanah Perkembangan ini menyebabkan golongan tuan tanah menjadi lebih berkuasa berbanding dengan maharaja

c)    Kelemahan golongan bangsawan-  Golongan ini dilantik oleh maharaja sebagai gebenor  di wilayah untuk mengawal tuan tanah-   Golongan bangsawan ternyata lemah dan tidak berupaya mengawal tuan tanah-  Selain itu, golongan bangsawan juga tinggal di ibu kota dan menikmati kemewahan -  Mereka tidak menjalankan tugas dan mengawal kedudukan maharaja  di wilayah yang berada di bawah

kekuasaan mereka.d)   Perebutan kuasa ketu-ketua suku

-  Kelemahan gabenor yang dilantik oleh maharaja menyebabkan kuasa di wilayah beralih kepada ketua suku kaum

-   Perkembangan ini menyebabkan petani mengubah taat setia mereka kepada ketua suku kaum-   Malah mereka membayar cukai berupa harta benda dan perkhidmatan kepada ketu-ketua suku-   Perkembangan ini telah menyebabkan pengaruh dan kuasa maharaja mula merosot

e)    Kemunculan pemerintahan Kamakura-  Perebutan kuasa antara ketu suku dan maharaja menyebabkan ketua keluarga Miramoto Yoritomo

membentuk kerajaan bersifat ketenteraan pertama di Jepun.-          Kerajaan bersifat ketenteraan ini dikenali sebagai Bakufu ditubuhkan di Kamakura-          Kerajaan ini ditubuhkan untuk mengawal hal ehwal ketenteraan dan golongan bangsawan-          Pemerintahan kamakura menyaksikan permulaan sistem feudalisme di negara Jepun.

PenutupTerdapat beberapa faktor yang menyebabkan muncul sistem feudalisme di jepun. Kemerosotan kuasa maharaja dan kebangkitan golongan tuan tanah merupakan faktor utama yang menyebabkan berlakunya sistem feudalisme di jepun.

Bandingkan ciri-ciri feudalisme yang diamalkan di Eropah dengan Jepun pada abad ke -16 hingga ke-17

Pendahuluan

Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan bukan wakil kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki.Persamaanya, feudal dilihat sebagai satu gabungan yang istimewa antara konsep pemusatan undang-undang diraja dan tradisi semulajadi sebuah organisasi dengan ikatan peribadi kesetiaan.Di Eropah, elemen ini datang dari empayar Rom dan latar belakang orang jerman di Eropah Utara. Di Jepun, berakar umbi sejak zaman kamakura.    Persamaan

-          Masyarakat dibina atas dasar keturunan atau sistem kelas. Golongan bangsawan berada diatas diikuti oleh tentera dan petani.

-          Kurangnya perubahan status dalam masyarakat feudal atau kekurangan mobiliti sosial .-          Misalnya, jika dilahirkan sebagai anak petani maka dibesarkan sebagai petani, sedangkan

anak-anak bangsawan akan tetap menjadi anak bangsawan.-          Zaman feudal di Eropah dan Jepun  sering dilanda peperangan.-          Keadaan ini menyebabkan golongan knight di Eropah dan samurai di Jepun mempunyai

peranan yang penting pada zaman feudal. Kedua-dua ini berkhidmat dengan golongan bangsawan dan terikat dengan undang-undang feudal. Knight terikat dengan konsep chivalry, manakala samurai terikat dengan konsep bushido di Jepun.

-          Peralatan peperang yang digunakan oleh knight dan samurai ialah kuda, pedang dan baju perisai. Baju perisai di Eropah diperbuat daripada besi atau disadur dengan besi. Baju perisai di Jepun pula diperbuat daripada logam atau sutera atau saduran logam. Knight memerlukan bantuan untuk menaiki kuda kerana baju perisai yang berat tetapi samurai tidak memerlukan bantuan.

Perbezaan

-          Di Eropah pembinaan istana daripada batu bagi melindungi knigh dan vassal daripada serangan. Du Jepun, istana daimyo diperbuat daripada kayu.

-          Evolusi yang berlaku dalam institusi feudal Jepun perlahan berbanding Eropah. -          Eropah menghadapi zaman pengukuhan negara bangsa kerana kecekapan kuasa pusat

dan raja-raja Tudor di England.-          Jepun telah disatukan dan keamanan diwujudkan tetapi tidak ada raja melainkan jeneral

tentera yang menjadi perancang kesatuan.-          Konsep undang-undang Rom menekankan hak, undang-undang dan kewajipan iaitu

hubungan antara mereka yang lahir peribadi zaman feudal digunakan di Eropah. Zaman feudal Jepun dibayangi oleh penekanan etika China yang melebihi undang-undang dan lebihkan menekankan aspek moral berbanding undang-undang. Ini bermakna kekuasaan dan kesetiaan menjadi sesuatu yang mutlak.

-          Perbezaan ketara ialah dalam pemilikan tanah. Knight di eropah mendapat tanah sebagai bayaran memberi perkhidmatan ketenteraan. Knight juga mengawal golongan petani yang bekerja di tanah-tanah mereka.

-          Samurai tidak mempunyai tanah kerana daimyo mengenakan cukai ke atas petani untuk membayar gaji samurai dalam bentuk beras.

Penutup  

Terdapat persamaan dan perbezaan dalam pengamalan sistem feudal di eropah dan di Jepun.

Bincangkan sistem feudal yang diamalkan di Jepun pada abad ke-16 hingga ke-17

Pengenalan-          Sistem beraja dibantu oleh pembesar dalam menjalankan urusan pemerintahan dan

pentadbiran . masyarakat feudal di jepun terbahagi kepada dua lapisan masyarakat.-          Masyarakat pemerintah dan masyarakat diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada

maharaja, pembesar, daimyo. Golongan diperintah pula ialah semurai, petani, tukang mahir dan saudagar.

Sistem feudal di Jepun -          Sistem pemerintahan diketuai oleh maharaja . Secara teorinya maharaja dianggap sebagai

pemerintah keduniaan dan kerohanian.-          Maharaja di Jepun dikaitkan dengan unsur ketuhanan yang bertujuan untuk meningkatkan

dan menguatkan kedudukan maharaja serta menanamkan kesetiaan rakyat kepada maharaja.

-          Maharaja berperanan sebagai ketua agama dan ketua negara. Tetapi maharaja tiada kuasa pemerintahan kerana pemerintahan di bawah Shogun Tokugawa. Maharaja tinggal terpencil dan terpisah Kyoto dengan dikelilingi oleh pegawai istana. Ini bermakna sistem ekonomi juga dipegang oleh Shogun Tokugawa dan para pembesar yang akan mengutip cukai.

-          Daimyo terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai merupakan ahli keluarga Tokugawa dan sekutunya. Mereka membantu Tokugawa menguasai pemerintahan dan dikurniakan tanah dibahagian tengah dan Utara Honshu. Daimyo Shimpan dikenali sebagai rumah bersaudara yang terdiri daripada saudara-mara keluarga Tokugawa. Keluarga Tokgawa yang utama dikenali sebagai Go-sankemilik anak leyasu yang terletak didaerah Owari, Kii dan Mito. Daimyo Tuzama pula dikenali sebagai damyo luar dimana mereka merupakan musuh Shogun Tokugawa yang terdiri daripada suku-suku Barat seperti Kato, Ikeda, Asano dan Shimasu. Tindak tanduk mereka sentiasa diawasi oleh Shogun. Selain itu, mereka juga dilarang mengumpul kekayaan demi menggelakkan mereka menjadi terlalu kuat dan mengancam kedudukan Shogun.

-          Petanai atau nomin mendapat kedudukan istimewa diantara kalangan rakyat biasa. Amalan tutup pintu yang diamalkan oleh Jepun menyebabkan mereka tiada hubungan dengan dunia luar. Oleh itu petani mengeluarkan beras untuk rakyat Jepun dan membayar sebahagian besar cukai. Mereka hanya diberi secukup makan sebagai balasan kerana hasil yang dikeluarkan hanya untuk negara.

-          Artisan terdiri daripada tukang yang mahir adalah dibawah petani, dimana merekan membuat pedang serta peralatan lain yang berguna. Mereka diberi penghormatan atas sumbangan terhadap masyarakat dan diberi gaji serta rumah yang baik. Tukang kayu turut diberi layanan yang sama dan diberikan gaji senayak 500 koku serta dibenarkan memakai sebilah pedang.

-          Pedagang (cochin) berada di bawah tukang mahir, mengikut tradisi Jepun golong pedagang dipandang rendah oleh masyarakat feudal kerana dianggap pekerjaan hina dan tidak menguntungkan. Namun keadaan yang aman menjadikan ekonomi semakin berkembang dan para pedagang berjaya mengumpulkan wang dan harta yang banyak. Mereka berjaya membaiki status kehidupan dengan mengikat bangsawan melalui hutang. Mereka telah memperkenalkan cara pengurusan baru yang akhirnya diwarisi syarikat moden Jepun. Antara keluarga saudagar terkenal ialah Mitsui dan Naraya Mozaemon.

Penutup -          Masyarakat feudal Jepun lebih ketat kerana pembahagian masyarakatnya dibuat

berdasarkan pekerjaan yang diwarisi.-          Kedudukan maharaja Jepun diperkukuhkan semasa pemerintahan Meiji dan dianggap

sebagai raja berpelembagaan. Maharaja dihormati dan sistem ini kekal sehingga hari ini.

Huraikan masyarakat agraria di China pada abad ke-16 hingga ke-17

Pendahuluan-          Masyarakat agraria adalah masyarakat yang berasaskan pertanian, penternakan, dan

pemungutan hasil hutan dan sungai. -          Kebiasaanya penempatan terbentuk di sekitar kawasan persekitaran yang subur, misalnya

dilembah sungai, kawasan berbukit, serta kawasan yang yang bersaliran baik.Masyarakat agraria di China

-          Masyarakat agraria di China hampir 85% dan tinggal didesa.-          Tumpuan masyarakat agraria antara kawasan timur laut China dengan Mongolia iaitu

didataran Loes yang subur yang dilalui oleh Sungai kuning. Di sebelah selatan Sungai Kuning terletak kawasan tengah yang luas dan terdapat sungai Yangtze iaitu sungai yang terbesar di China.

-          Mengamalkan pemilikan tanah yang diterajui oleh golongan pembesar atau dimiliki oleh tuan tanah. Tanah menjadi lambang sosial dan merupakan aset berharga kepada masyarakat China.

-          Penambahan dalam pengluaran pertanian di tanah-tanah yang diusahakan akan menambahkan lagi pendapatan golongan pembesar dan tuan-tuan tanah dan meningkatkan lagi pendapatan cukai maharaja China.

-          Masyarakat petani menjalankan kegiatan pertanian secara bersama dan tidak melakukan secara individu. Tanah pertanian ini diusahakan dari satu generasi ke satu generasi.

-          Aktiviti penanaman menggunakan peralatan lama, namun boleh menghasilkan hasil yang banyak.

-          Masyarakat agraria di China sudah biasa menghadapi kebuluran dan penderitaan . mereka akan meneruskan kehidupan dengan melakukan pekerjaan mencari hasil hutan atau menjual anak perempuan untuk dijadikan hamba.

-          Rumah petani berdidndingkan tanah liat, berbumbungkan rumput di dalamnya tiada tempat berdiang  ( alat pemanas) , pakaian diperbuat daripada kain benang kapas dan makanan hanya secukup hidup sahaja.

-          Masa lapang dipenuhi dengan mengadakan jamuan dan berjudi.-          Tanaman utama adalah padi sawah yang ditanam di lembah sungai Yangtze dan sungai

Kuning. Tanaman lain ialah kapas,tebu, teh, gandum, barli, sekoi dan lain-lain bijirin.-          Dinasti Ming memperkenalkan pelbagai pembaharuan untuk meningkatkan hasil pertanian,

antaranya meningkatkan penggunaan sistem pengairan, pertanian selingan antara musim-musim tanaman dan penggunaan peralatan pertanian yang moden.

-          Kapas di tanam di utara dan selatan China menjadi bahan utama membuat pakaian. Selain itu mereka melakukan aktiviti penternakan seperti ayam, itik dan lembu.

-          Masyarakat China yang tinggal dikawasan yang tinggi sperti di utara China menanam padi huma, sekoi dan kekacang. Gandum ditanam di Manchurian dan menjadi tanam utama di utara china.

-          Kerajaan China mendapat sumber pendapatan utama daripada cukai tanah, perdagangan garam, dan bahan galian. Perdagangan garam dimonopoli oleh kerabat diraja China.

-          China juga kaya dengan arang batu, besi, tembaga, bijih timah, bijih hitam, antinomi dan perak.

-          Pusat bandar yang besar seperti Nanjing menyumbangkan pertumbuhan industri swasta. Khususnya industri berskala kecil seperti pengeluaran barang-barang kertas, sutera, kapas, dan porselin.

-          Pentadbiran kerajaan memainkan peranan utama dengan dibantu oleh golongan bangsawan sebagai penguasa kawasan luar bandar dan para petani.

-          Pengkhususan dalam pengeluaran barangan mengikut daerah atau kawasan. Misalnya pengeluaran tebu ( Kwangtung, Fukien dan Szechwan) teh dan daun mulberi ( Chekiang dan selatan Kiangsu), kapas (Kiangsu), perlombongan (di Yunan) dan hasil hutan ( di Manchuria).

-          Aktiviti perusahaan pertukangan dijalankan secara perkongsian antara dua orang atau lebih dan kebanyakan antara mereka tidak mengetahui perkongsian modal bersama atau joint stock.   

-          Pengangkutan utama ialah jalan air dan kurang jalan raya.-          Mereka menjalankan aktiviti perdagangan dengan negara luar seperti Portugal, Sepanyol,

Belanda dan British.Penutup   Masyaraat agraria China masih tertakluk kepada pemerintah yang mengamalkan sistem feudal.Pengamalan sistem feudal telah menyebabkan perlaksanaan ekonomi yang tertutup dan menyukarkan perdagangan bebas dijalankan dengan kuasa Barat.

Huraikan masyarakat industri England pada abad ke-18 hingga ke-19

Pendahuluan-          Revolusi ini diertikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan

selain pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada menggunakan mesin dan proses kimia.

-          Negara England mengalami revolusi perindustrian yang memperlihatkan ciri-ciri masyarakat industri seperti penggunaan sains, pengkhususan dalam bidang ekonomi, perpindahan penduduk dari pendalaman ke bandar, penggunaan sumber-sumber modal secara pesat dan kemunculan kelas sosial baru.

Masyarakat industri di England   -          Pada zaman perindustrian masyarakat petani di england telah memulakan sistem tanah

berpagar untuk menggantikan tanah lapang.-          Parlimen England telah mengeluarkan akta berhubung dengan proses pembahagian

tanah awam kepada pemilikan secara perseorangan.-          Melalui akta ini, tanah awam yang hendak dijadikan hak persendirian perlu mendapatkan

kelulusan parlimen. Buktinya antara tahun 1761-1792, hampir 5 000 000 ekar tanah dipagar.-          Meninggalkan kesan terhadap petani uang memiliki tanah yang kecil.-          Sistem tanaman bergilir Norfolk dan tanaman baru telah diperkenalkan. Kesannya,

mengekalkan kesuburan tanah serta meningkatkan produktiviti ladang.-          Bagi menyuburkan tanah, kemajuan sains berjaya memperkenalkan baja tiruan kepada

masyarakat petani.-          Cara menebus guna tanah, menggunakan sistem guna tanah secara heavy manuring,

iaitu menjadikan kawasan tanah berpasir sebagai tempat penanaman gandung yang subur.Masyarakat perindustrian   

-          Perindustrian tekstil dan besi berkembang pesat.-          Penggunaan kuasa wap dalam industri untuk mengendalikan jentera.-          Beberapa kaedah baru ditemui seperti menghasilkan keluli yang murah dan cepat

daripada besi belum tempa .Kemajuan sistem pengangkutan

-          Kemajuan dalambidang perkapalan, jalanraya, kereta api dan terusan.-          Terusan worsley yang pertama dibina pada tahun 1761 digunakan untuk membawa arang

batu.-          Penciptaan lokomotif atau jentera wap untuk menarik gerabak.-          Landasan kereta api moden pertama dibina di England pada 1825 yang menghubungkan

lombong arang batu Durham di Stockton dengan Darlingston. Pada tahun 1806-1859, London- Bristol-South Wales dan 1875 London dengan Birmingham.

-           Penghijrahan penduduk dan pertambahan penduduk

-          Menyumbangkan kepada pertambahan penduduk yang meningkat dua kali ganda di England tahun 1800 dan 1850. Pada tahun 1850 lebih separuh populasi England tinggal di pekan dan di bandar.

-          Pada tahun 1851, penduduk dari Ireland telah berhijrah beramai-ramai ke England.

-          Kawasan yang mengalami penduduk ialah Lancashire, West Riding di Yorkshire, Warwickshire, Nottinghamshire dan Staffordshire.

-          Penghijrahan ini telah membawa kepada penyertaan Ireland-England dan penduduk tertumpu kepada pekerjaan dalam industri tekstil.

-          Menggalakkan masyarakat England pada usia muda dan peroleh ramai anak.-          Kelahiran yang tinggi menyebabkan England menyumbangkan kepada penggunaan

tenaga buruh kanak-kanak dalam perlombongan arang batu.-          Pada abad ke-19 sahaja, kanak-kanak yang berusia 15 tahun adalah seramai 40%

daripada keseluruhan penduduk England.Perluasan perdagangan antarabangsa

-          Kilang-kilang kapas Manchester dan Leeds mengeluarkan pasaran melebihi permintaan dalam pasaran tempatan dan membawa kepada pengeksportan kain kapas dari England dan berlaku peningkatan pada kadar 10% setiap tahun antara tahun 1783 hingga 1792 dan melebihi 17% antara 1792 hingga 1802

-          Masyarakat industri juga menerima permintaan yang tinggi terhadap kapas mentah.-          England telah memansuhkan takrif import bahan mentah bagi membolehkan negara luar

membeli barangan siapnya.-          England menjalankan dasar perdagangan yang lebih liberal.

Kerajaan dan perdagangan bebas-          Parlimen England telah meluluskan beberapa akta yang menghapuskan dasar ekonomi

yang boleh menyekat kebebasan .-          Antaranya ialah pemansuhan ekonomi perdagangan Syarikat Hindia Timur Inggeris

dengan China pada 1883. Seterusnya mengurangkan senarai barangan yang dikenakan duti import dan eksport serta meminda akta perkapalan pada 1825. Undang-undang jagung  (corn law) pada 1822 dilonggarkan.

Perubahan gaya hidup-          Kehidupan bebas dibandar membawa kepada masalah sosial yang kritikal iaitu pelacuran

dan jenayah semakin meningkat.Masalah pencemaran dan kesihatan

-          Masalah pencemaran dan kesihatan dengan penggunaan bahan bakar arang batu telah mencemar udara dan pekerja kilang.

-          Pei penyakit dan pencemaran air membawa kepada merebaknya pelbagai penyakit dan bilangan kematian di bandar.

-          Akta kesihatan awam 1875 telah diluluskan bagi memperbaiki  keadaan kesihatan masyarakat bandar.

Kemunculan kelas baharu-          Kelas individu dan pekerja tumbuh dengan pesat dari segi saiz dan kepentingan.

Golongan kelas pertengahan terdiri daripada pemilik kilang, peniaga, ahli perbankan, peguam dan jurutera.

-          Golongan kelas pertengahan menyertai politik dan berjuang untuk mendapatkan wakil dalam parlimen bagi menyuarakan kepentingan mereka.

-          Perjuangan mereka berjaya apabila pada pertengahan abad ke-18, parlimen England mempunyai 61 wakil parlimen yang terdiri daripada kelas menengah.

-          Kejayaan yang dicapai ialah pemansuhan monopoli syarikat hindia timur inggeris tahun 1813 dan pemansuhan akta Perancis tahun 1814. Akta yang mensyaratkan penggunakan binatang dalam pembuatan kasut pula dimansuhkan tahun 1824.

-          Ramai petani tidak memiliki tanah dan menjadi buruh untuk mendapatkan upah di ladang atau berhijrah ke kawasan bandar untuk bekerja disektor perindustrian.

-          Golongan petani berubah menjadi golongan proletariat dan bekerja dengan mengendalikan mesin menggunakan tangan tetapi mereka kemudian menjadi penganggur apabila kilang perindustrian pada abad ke-19 mengantikan tenaga manusia kepada tenaga mesin. 

Pekerja dan keadaan kerja di kilang

-          Tempoh bekerja yang panjang iaitu selama 12 jam sehari dan enam setengah hari bekerja seminggu. Upah yang dibayar secukup hidup sahaja. Pengusaha kilang lebih suka menggambil pekerja wanita dan kanak-kanak.

-          Pekerja kilang terpaksa menhirup udara tercemar dan dipaksa bekerja mengikut kelancaran mesin. Tempat tinggal juga tidak disediakan dengan baik oleh pengusaha kilang.

-          Rumah hanya dibina sederet , tiada tandas dan bekalan air disediakan tetapi kadar sewa yang tinggi dikenakan.

-          Keadaan yang tidak selesa dan kurang bersih telah mengundang pelbagai penyakit..-          Pekerja yang tidak berpuas hati telah mengadakan rusuhan. Pada 1830 terdapat

golongan pekerja membuat tuntutan masa bekerja dihadkan selama 10 jam sahaja.-          Pada 1832, kerajaan telah menubuhkan suruhanjaya diraja pengambilan buruh kanak-

kanak di kilang untuk meninjau keadaan kanak-kanak yang bekerja dikilang.-          Akta digubal untuk menjamin nasib pekerja kilang sperti akta lombong 1842 dan akta

sepuluh jam 1847.

Perubahan dalam pemikiran politik  -          Lebih kepada bakat dan keupayaan setiap individu.-          Masyarakat terbahagi kepada dua iaitu golongan kelas pertengahan yang terus

menambah kekayaan dan kekuasaan dan golongan proletariat yang terabai dari segi gaji, makan, minum dan kebajikan.

Penutup  -          Perkembangan perindustrian diEngland membawa kepada perkembangan masyarakat

industri-          Meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada masyarakat

Terangkan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke-18 hingga ke-19

Pendahuluan-          Revolusi ini diertikan sebagai perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan

selain pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan tangan kepada penggunaan mesin dan proses kimia.

-          Revolusi perindustrian di Jerman berlaku pada tahap kedua di eropah iaitu selepas revolusi perindustrian di England. Revolusi di Jerman bermula pada tahun 1860 hingga 1914.

-          Antara ciri-ciri masyarakat industri di Jerman ialah masyarakat pertanian, masyarakat industri, kemajuan sistem pengangkutan, perluasan perdagangan antarabangsa dan kemajuan sistem kewangan.

Ciri-ciri masyarakat industri di Jerman1.  masyarakat pertanian

-          Perkembangan revolusi perindustrian membawa perkembangan sektor pertanian. Kemajuan teknologi pada abad ke-18 dan ke-19 menyebabkan meningkatnya mekanisme dalam kegiatan pertanian, khususnya proses penanaman dan penuaian apabila terciptanya mesin.

-          Pengkajian saintifik tentang tanah misalnya, Humpray Davy telah menerbitkan buku mengenai ilmu kimia dengan fisiologi tumbuh-tumbuhan.

-          Mengadakan ujikaji untuk menghasilkan bahan kimia yang boleh digunakan untuk tanaman, contohnya tahun 1846 Justus Von Leibig telah menemui formula baru untuk menghasilkan baja tiruan dan baja kimia.

2. masyarakat perindustrian-   pertambahan pembukaan lombong arang batu dan besi di saxony dan      silesia barat Jerman -          Pengeluaran arang batu dan besi bertambah antara tahun1860-1670.

-          Muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred krupp yang mengeluarkan barangan alat ganti yang berkualiti tinggi dan peralatan besi.

-          Kemajuan industri kulit mengubah kehidupan mewah, pertambahan sistem komunikasi dan pengangkutan, kehidupan yang lebih sehat dan mementingkan pendidikan.

-          Pembangunan industri tekstil di Jerman bertumpu di wilayah Rhineland, Saxony dan Silesia.

-          Bandar Berlin pula mengeluarkan mesin-mesin yang meningkatkan industri tekstil di Jerman.

-          Ciptaan baru berkembang di Jerman, misalnya inovasi yang dihasilkan oleh Siemens dan Martina menyebabkan pengeluaran keluli meningkatpada tahun 1886 daripada 0.9 juta tan kepada 13.6 juta tan. Firmanya juga terkenal dengan kejuruteraan elektrik.

-          Pada peringkat awal syarikat kimia dan elektrik Jerman menjadi perintis dalam pembangunan perusahaan kimia. Membina makmal penyelidikan perindustrian yang dilengkapi dengan ahli kimia dan fizik yang terlatih di universiti, tempat penyiasatan serta ujikaji.

-          Jerman telah menyeragamkan ciptaan teknik dan kesannya, Jerman memimpin dunia dalam industri kimia dan elektrik.

3.  Kemajuan sistem pengangkutan   -    pembinaan jalan kereta api pada tahun 1870-    firma Jerman di Borsing menjadi pengeluaran utama kereta api di Jerman.4. Perluasan perdagangan antarabangsa-   pada tahun 1870 berlaku perkembangan pembangunan perindustrian di      Jerman yang menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga     menimbulkan masalah dalam memasarkan barangan dan mendapatkan     lebih banyak sumber bahan mentah. Perindustrian di Jerman berkembang     243.8% dari tahun1887 hingga tahun1912.

-          Perluasan empayar berlaku pada tahun 1884 apabila Jerman berjaya mengambil bahagian barat daya Afrika, Togoland dan Cameron dan seterusnya Jerman menguasai Tanganyika dan Afrika Timur.

-          Perluasan empayar dilakukan untuk meluaskan perdagangan dan berusaha mendapatkan tanah jajahan di kawasan Pasifik. Misalnya penguasaan sebahagian New Guinea dan pembelian kepulauan Carolina dari Sepanyol pada tahun1884.

-          Pada tahun 1897, Jerman meluaskan hubungan perdagangan dengan China bagi mendapatkan arang batu dan membina pengkalan tentera laut di pinggir laut China.

           5.  Kemajuan sistem kewangan -          Pada tahun1880-an Bnak of Prusia menjalankan perniagaan perbankan sebagai joint

stock dalam pengeluaran kredit dan pelaburan kapital.-          Sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank iaitu penggabungan empat buah

bank utama di Jerman yang terdiri daripada Disconto Gesellischaft of Stuttgart (1851) Deutshe bank (1870), darmstadter bank (1870), dan Dresdener Bank (1872).

-          Kemunculan kelas-kelas pengusaha industri yang baru di Jerman pada abad ke-18, menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu, besi, keluli, kapas dan kain bulu serta sistem pengangkutan darat dan laut.

-          Kartel di Jerman membantu perkembangan sektor perindustrian. Matlamat penubuhan Kartel adalah untuk menguasai bekalan dan harga jualan bagi barangan keluaran yang akan memaksimumkan keuntungan bagi industri secara keseluruhan dan meminimumkan turun naik harga dalam pasaran dan perkhidmatan perindustrian .

-          Jerman menyelaraskan takrif dan cukai kereta api tertentu bagi tujuan pertahanan.

           6.  Dasar kerajaan Jerman-   Menubuhkan sekolah pertukangandan teknikal yang menghasilkan ramai      tenaga mahir yang diiktiraf oleh negara lain.-          Undang-undang insurans sosial dikuatkuasa pada tahun1883 untuk menjaga

kebajikan pekerja jika timpa kemalangan semasa bekerja.-          Banyak pusat kesihatan didirikan didaerah dan kos pembiayaan ditanggung oleh

satu pertiga daripada pihak majikan dan dua pertiga daripada pekerja.-          Pada tahun 1884 Reichstag meluluskan undang-undang insurans kemalangan.-          Memanupulasi pengeluaran akhbar di Jerman sebagai langkah untuk mengawal

pemikiran rakyatnya.-          Pada tahun 1878 Bismarck membentangkan rang undang-undang anti-sosialis di

Reichstag yang membolehkan kerajaan menyekat atau mengharamkan persatuan, perjumpaan, penerbitan dan sesiapa melanggar undang-undang ini boleh disekat dari berada dalam daerah tertentu.

-          Malahan, kerajaan juga boleh menyekat kebebasan berpolitik didaerah yang boleh difikirkan terancam serta menarik balik lesen penerbitan, pencetakan dan pengedaran .

-          Seterusnya kerajaan mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel dan bank-bank Jerman.

-          Jerman turut dikenali sebagai kilang pengeluaran tentera dan senjata di Eropah.Penutup

-          Perkembangaan industri di Jerman membawa kepada perkembangan masyarakat industri.

-          Meninggalkan pelbagai kesan sosial dan ekonomi kepada masyarakat.

          

MASYARAKAT AGRARIABincangkan tanaman utama yang diusahakan oleh orang Belanda pada abad ke 16

PengenalanSektor pertanian mengalami perkembangan pesat di belanda pada abad ke-16 dan 17. Perkembangan dalam bidang pertanian berlaku di kawasan luar bandar. Masyarakat Belanda mengusahakan pelbagai jenis tanaman untuk kegunaan dalam negara dan dieksport ke negara Eropah yang lain.

a)    Sayur-sayuran-          Masyarakat belanda mengusahakan pelbagai jenis sayur untuk pasaran tempatan-          Antaranya ialah bawang, bijirin, kol, ketumbar, lobak  dan teasel

b)   Barli-          Merupakan tanaman penting pada peringkat awal-          Pengeluarannya merosot  menjelang abad ke-16 dan 17

c)    Gandum-          Merupakan tanaman penting pada abad ke-17-          Tanaman ini diusahakan secara intensif oleh petani-          Hasil gandum yang berlebihan dieksport ke luar-          Pada akhir abad ke-16 jumlah gandum yang dihasilkan antara 1150 kg – 1900 kg

d)   Semanggi-          Tanaman ini ditanam meluas di wilayah Wales tahun 1644-          Digunakan sebagai makanan untuk binatang terutamanya lembu

e)    Kekacang-          Tanaman kekacang seperti beans dan kacang peas merupakan tanaman penting

f)     Biji cole-          Diusahakan oleh petani di bahagian utara belanda pada abad ke-16-          Ianya diproses untuk hasilkan minyak dan hampasnya digunakan sebagai makanan

ternakan-          Ia ditanam di wilayah Friesland, Artois, Rhineland, schleswing dan Holstein

g)    Berikan contoh tanaman lain lagi.

PenutupMasyarakat Belanda menghasilkan pelbagai jenis tanaman pada abad ke-16 dan ke-17.Kegiatan pertanian dijalankan oleh penduduk luar bandar. Kajian menunjukkan negara belanda mengeksport tanaman berlebihannya ke negara Eropah yang lain.      

 

Huraikan kemajuan yang dicapai oleh Belanda dalam teknologi pertanian pada abad ke-16 dan ke-17.

PengenalanMenjelang abad ke-16 dan ke-17 berlaku kemajuan pesat dalam teknologi pertanian. Masyarakat Belanda memperkenalkan kaedah baru dalam bidang pertanian.

a)    Kajian mengenai sistem pertanian-          Kajian tentang teknik dan kaedah pertanian masyarakat belanda dilakukan olah

sarjana dari england-          Antara tokoh terkenal ialah sir richard Weston, Lord Townshend, sir John sinclair dan

Thomas  Radcliffb)   Sistem penggiliran tanaman

-          Petani belanda perkenalkan sistem giliran-          Dalam sistem ini tanah rang di dimansuhkan-          Sistem ini diamalkan meluas di wilayah wales tahun 1644

c)    Penanaman rumput tempatan-          Petani Belanda memperkenalkan sistem penanaman tanaman rumput ternakan-          Tanaman rumput seperti turnip ditanam dikawasan tanah rang selepas jagung dituai

d)   Sistem batas-          Petani di belanda memperkenalkan sistem penanaman dengan membuat batas-          Sistem ini menyebabkan wujud saliran yang baik dan tanaman tumbuh dengan subur

e)    Sistem penanaman deretan-          Penanaman dalam deretan diamalkan bagi tanaman seperti jagung, mader, hop, biji

kol dan tembakau-          Diamalkan pada akhir abad ke-16

f)     Teknik memelihara kesuburan tanah-          Petani Belanda mempunyai pengetahuan memelihara kesuburan tanah-          Mereka melakukan pemugaran tanah dan menggunakan baja asli untuk memelihara

kesuburan tanah-          Mereka juga mendapatkan baja daripada kawasan ternakan

g)   Penciptaan peralatan pertanian-          Petani belanda juga mencipta pelbagai jeis peralatan pertanian-          Anataranya ialah tenggala, dan alat membanting bijirin.

PenutupMasyarakat Belanda telah mencapai kemajuan pesat dalam teknologi pertanian. Teknologi pertanian yang dihasilkan oleh orang belanda tersebar ke kawasan lain di benua Eropah.

       

Huraikan faktor2 yangg menyebabkan berlakunya kemajuan yang pesat dalam sektor pertanian di China pada abad ke-16 dan ke-17        

         PengenalanMenjelang abad ke-16 dan ke-17, berlaku kemajuan yang pesat dalam bidang pertanian di negara China. Kemajuan yang pesat ini adalah disebabkan beberapa faktor.

a)    Sistem pentadbiran tanah pertanian-          Kemajuan dalam bidang pertanian disebabkan oleh sistem pentadbiran yang cekap-          Tanah pertanian ditadbir oleh jabatan Hal Ehwal Kerabat Diraja.

b)   Sistem percukaian-          Terdapat sistem percukaian yang sistematik dan teratu di negara China-          Petani yang tidak memilih tanah dikehendaki menyewa tanah daripada tuan tanah-          Petani dikehendaki membayar sejumlah wang sebagai sewa tanah kepada tuan

tanahc)    Sistem pengairan

-          Kemajuan dalam pertanian disebabkan oleh perkembangan teknologi pertanian-          Petani mempunyai kemahiran membina teres di lereng bukit untuk tanaman padi-          Petani mempunyai kemahiran membina terusan dan mengawal aliran sungai

d)   Kemajuan dalam teknologi pertanian-          Kemajuan dalam teknologi pertanian menyebabkan peralatan baru dicipta-          Tenggala penabur benih diperkenalkan untuk membina alur, parit atau lekuk

memanjang dipermukaan tanah-          Selain tenggala, peralatan lain seperti penyisir tanah, penggiling dan kolar kuda

diciptae)    Pengenalan kaedah baru pertanian

-          Menyebabkan peningkatan pengeluaran pertanian-          Sistem penanaman bergilir diamalkan sejak zaman Han-          Sistem penanaman pusingan dan pengkhususan pengeluaran diamalkan

PenutupMenjelang abad ke 16 dan ke-17Pertanian merupakan sumber ekonomi masyarakat china. Kemajian dalam teknologi pertanian dan pengenalan kaedah baru menyebabkan berlaku peningkatan pengeluaran

Masyarakat maritim

Bincangkan ciri-ciri masyarakat maritim.

PengenalanMasyarakat maritim merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada aktiviti berasaskan laut. Masyarakat ini terlibat dalam aktiviti seperti perdagangan, perikanan dan pengumpulan hasil laut.

a)    Kegiatan ekonomi-          Kegiatan ekonomi mereka ialah perdagangan-          Mereka juga terlibat dalam aktiviti menangkap ikan  dan mengumpul hasil laut

b)    Petempatan-          Masy maritim lazimnya tinggal berhampiran pesisiran pantai, lembah sungai dan

kepulauan-          Dari segi geografi petempatan masyarakat maritim terletak berhampiran laut

c)    Kemahiran membina kapal-          Mereka berkemahiran membina kapal-          Kapal yang dibina berkemampuan untuk berlayar di lautan luas-          Umpamanya orang portugis mempunyai kemahiran kapal jenis Caraval seberat 2000

tand)    Teknologi pelayaran

-       masyarakat maritim juga mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pelayaran-        Mereka mempunyai kemahiran menentukan arah pelayaran dengan menggunakan          kompas magnetik dan astrolab

e)    Kegiatan penjelajahan dan penerokaan-          Masyarakat maritim juga merupakan masyarakat yang terdedah kepada aktiviti

penerokaan dan penjelajahan-          Mereka mempunyai kemahiran merancang dan melancarkan ekspedisi penerokaan

dan penjelajahanf)     Sifat ingin tahu

-          Semangat ingin tahu merupakan ciri2 masyarakat maritim-          Semangat ini mendorong masyarakat maritim melakukan penerokaan dan

penjelajahan-          Mereka juga mempunyai keinginan mengetahui adat resam, budaya dan sejarah

masyarakat sesuatu tempatg)    Semangat keterbukaan

-          Masyarakat maritim juga merupakan masyarakat yang mempunyai sifat keterbukaan -          Semangat ini jelas ketara apabila mereka sanggup mengharungi lautan luas dan

belayar ke negara lainh)   Memiliki sifat berani

-          Masyarakat maritim memiliki sifat berani menghadapi cabaran-          Mereka mempunyai keberanian untuk menghadapi pelbagai cabaran semasa belayar

di lautan luasPenutupMasyarakat maritim memberi sumbangan kepada kemajuan dalam bidang perdagangan, penerokaan dan penjelajahan.

Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kemunculan masyarakat maritim di Portugal  

PengenalanKemunculan masyarakat maritim di portugal dapat dikesan sejak abad ke-15 dan ke- 16 . Terdapat  pelbagai faktor yang mendorong kemunculan masyarakat maritim di Portugal.

a)    Perkembangan kapitalisme dan merkantilisme-          Perkembangan ekonomi kapitalisme dan merkantilisme merupakan faktor utama

mendorong kemunculan masyarakat maritim-          Sistem ekonomi ini menggalakkan kegiatan pengumpulan modal, hak milik

persendirian dan persaingan dalam perniagaan-          Perkembangan ini menggalakkan raja-raja negara bangsa menaja pelayaran ke

seberang laut untuk tujuan tersebut-          Ini menyebabkan muncul masyarakat maritim yang terlibat dalam aktiviti penerokaan

dan penjelajahanb)    Perkembangan perdagangan

-          Faktor seterusnya yang mendorong kemunculan masyarakat maritim ialah aktiviti perdagangan

-          Pedagang Portugis belayar ke Timur untuk menguasai perdagangan rempah daripada orang Islam

c)    Pengaruh Renaisans-          Zaman ini menyemai ciri2 seperti humanisme, individualisme, sekularisme, sifat

kritikal dan rasionalisme-          Perkembangan ini melahirkan masyarakat yang menekankan kepentingan sains dan

teknologi-          Ini melahirkan semangat ingin tahu dalam kalangan masyarakat eropah untuk

meneroka kawasan barud)    Teknologi pelayaran

-          Pengetahuan dalam bidang geografi dan pelayaran menggalakkan penerokaan dan pelayaran

-          Penciptaan alat seperti kompas magnetik dan astrolab memudahkan pelayaran-          Masyarakat Portugal juga mampu membina kapal besar yang mampu belayar

dilautan luas-          Perkembangan ini turut mendorong kemunculan masyarakat maritim di Portugal

e)    Pengetahuan tentang dunia luar-          Pengetahuan ini mendorong kelahiran masyarakat maritim Portugal-          Pengetahuan tentang dunia luar diperolehi daripada orang islam pada zaman

pertengahan awal-          catatan Marco Polo yang mengembara negeri China mendorong orang portugis

melibatkan diri dalam kegiatan meritim-          perkembangan ini mendorong kemunculan masyarakat maritim di Portugal

PenutupMasyarakat maritim memberikan sumbangan dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial. Mereka memainkan peranan penting dalam menjadikan Portugal sebuag kuasa maritim yang unggul di Eropah.

Huraikan kesan kemunculan Jepun sebagai kuasa maritim dalam bidang ekonomi dan sosial

PendahuluanMenjelang abad ke-15 jepun muncul sebagai sebuah kuasa maritim . Kemunculan jepun sebagai kuasa meritim dapat dilihat daripada segi ekonomi dan sosial.

a)    Kesan ekonomiPerkembangan perdagangan asing

-          Golongan bangsawan terlibat dalam perdagangan asing-          Mereka menggalakkan kehadiran pedagang2 asing ke Jepun-          Mereka menggalakkan kehadiran pedagang2 Portugal di pelabuhan Kyushu

       Kemunculan ekonomi wang-          Kemajuan pesat dalam perdagangan menyebabkan berlaku pertumbuhan ekonomi

wang.-          Perkembangan ini menyebabkan mata wang syiling yang diperbuat daripada

tembaga digunakan-          Ekonomi wang meransang pertumbuhan pasar dan kemunculan bandar baru

       Kemunculan kelas perdagang-          Pertumbuhan ekonomi wang menyebabkan muncul kelas mayarakat seperti perwira,

petani dan tukang mahir-          Menjelang zaman kamakura muncul kelas perdagang-          Golongan pedagang terdiri daripada penjual berak, arak dan lain2.

       Persatuan pedagang-          Pedagang2 telah menubuhkan persatuan (guild) di pekan dan bandar besar-          Persatuan pedagang memainkan peranan menjaga hak golongan peniaga dan

mempertahankan kepentingan mereka       Industri perlombongan

-          Dalam bidang ekonomi menyaksikan pertumbuhan industri perlombongan-          Perkembangan ini menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran emas,

perak dan tembagab)    Kesan sosial

Penyebaran agama kristian-          Kehadiran bangsa asing membawa kepada penyebaran kristian-          Paderi kristian daripada pelbagai mazahab seperti Jesuit, Franciscan, dandominician

menyebarkan agama kristian di Jepun-          Penganut kristian dalam kalangan orang Jepun terdiri daripada petani dan golongan

bangsawanPenerimaan perkataan asing

-          Perkataan asing mula digunakan secara meluas dalam perbendaharaan kata Jepun-          Contohnya seperti pao (roti), bosan(butang) dan lain-lain meresap dalam bahasa

JepunBarangan luar digunakan secara meluas

-          Barangan luar seperti tembakau, jam, cermin mata, topi, seluar panjang dan roti digunakan secara meluas oleh penduduk Jepun.

PenutupKemunculan Jepun Jepun sebagai kuasa maritim meninggalkan kesan dalam aspek ekonomi dan sosial. 

Masyarakat Maritim Di PortugalPengenalan :

Masyarakat maritim bermaksud masyarakat yang memberikan tumpuan utama terhadap perdagangan dan kegiatan yang berkaitan dengan laut. Masyarakat ini mempunyai pelabuhan-pelabuhan sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan perdagangan atau kegiatan kelautan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bekalan air, tempat tinggal, tempat menyimpan barang dan kawasan untuk berjual beli. Masyarakat maritim merupakan masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, kepulauan dan di lembah sungai bagi memudahkan mereka menjalankan aktiviti perdagangan, membuat kapal, menangkap ikan dan mengutip hasil laut.

Semasa pemerintahan Putera Henry (Henry The Navigator), kerajaan Portugal telah menjadi kuasa maritim yang terunggul di Eropah pada abad ke-15. Putera Henry bersungguh-sungguh mempromosi kegiatan penjelajahan melalui penubuhan Akademi Laut di Sagres. Melalui akademi ini beliau telah mengundang ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi dan astronomi dari luar negara untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal. Usaha Putera Henry ini telah memunculkan ramai kelasi atau pelayar Portugal telah menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai barat benua Afrika.

Ciri-Ciri Masyarakat Maritim Portugal :Lokasi Di Pesisiran Pantai :o    Portugal merupakan kerajaan pertama di Eropah mula menjalankan penerokaan tanah baru

yang serius melalui aktiviti pelayaran ke dunia luar. Hal ini berlaku kerana Portugal mempunyai geografi tempatan di Lautan Atlantik, mempunyai pantai yang panjang dan memiliki pelabuhan yang baik seperti Lisbon. Selain daripada itu, Portugal tidak menghadapi persaingan dengan negara-negara Eropah yang lain seperti Sepanyol yang masih belum teguh dan bersatu padu, Itali pula masih tidak bersatu, Belanda menghadapi masalah dalam negara, manakala negara England dan Perancis terlibat dalam Perang 100 Tahun. Keadaan ini telah memberi peluang kepada Portugal untuk muncul sebagai negara maritim yang terunggul ketika itu.

Terdapat Pelabuhan Pembekal : Portugal mempunyai pelabuhan yang menjadi tumpuan pedagang-pedagang Eropah

iaitu pelabuhan Lisbon dan Antwerp. Portugal menjadikan pelabuhan-pelabuhan ini sebagai pusat pengeksportan dan pengeluaran barangan dagangan Portugal. Dalam masa 30 tahun, Portugal berjaya menembusi pasaran rempah-ratus yang dikuasai oleh pedagang Venice di Itali. Portugal berhasrat untuk menguasai perdagangan rempah kerana pada abad ke-15, pedagang Islam telah menjual barangan dari Timur kepada pedagang di Venice dengan harga yang tinggi. Pedagang di Venice pula bertindak sebagai orang tengah pula telah menjual barangan tersebut kepada pedagang Eropah yang lain dengan harga yang lebih tinggi. Oleh itu, dengan menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi akan membawa kepada penguasaan perdagangan rempah-ratus dan boleh mengambil alih peranan pedagang Venice sebagai orang tengah.

Memiliki Pelabuhan Entrepot :o    Menjelang abad ke-16, kapal-kapal Portugal sentiasa belayar ke Timur Jauh menggunakan Tanjung

Pengharapan dan membawa pulang rempah-ratus, lada hitam, sutera dan batu permata. Mereka juga berjaya membawa hasil hutan seperti kayu kayan dan bahan pencelup dari Brazil. Portugal juga telah membuka ladang tebu, menjalankan penanaman tembakau, menternak lembu dan kuda untuk diperdagangkan. Ini semua telah memberikan keuntungan kepada masyarakat Portugal. Pelabuhan Lisbon juga telah menjadi pusat agihan rempah-ratus kepada pedagang-pedagang Eropah yang lain bagi menggantikan pelabuhan Venice di Itali.

Mampu Membuat Perahu dan Kapal Layar :o    Masyarakat maritim Portugal mempunyai teknologi membuat kapal walaupun kapal yang dibina

lebih kecil daripada kapal buatan China. Kapal orang Portugal yang dibina mempunyai dasar yang lebih dalam dan badan kapal yang agak bulat sesuai untuk perjalanan di Lautan Atlantik.

Mempunyai Kemahiran Dalam Ilmu Pelayaran dan Mencari Jalan ke Timur :o    Masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran dalam ilmu pelayaran hasil usaha Putera

Henry. Beliau mahu orang Portugal mahir dalam bidang pelayaran untuk menguasai kekayaan di Afrika. Tujuan lain ialah mencari Prester John yang menjadi raja sebuah kerajaan Kristian di Afrika bagi mendapatkan bantuannya untuk menguasai kerajaan Islam di Maghribi.

o    Usaha Putera Henry ini telah berjaya melahirkan ramai pelayar Portugal seperti Bartholomew Diaz, Vasco da Gama dan Alfonso de Albuquerque. Mereka telah berjaya menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai Barat benua Afrika. Bartholomew Diaz telah belayar dan sampai ke Cape of Good Hope iaitu bahagian paling selatan di Afrika pada tahun 1487. Vasco da Gama pula berjaya mengelilingi Tanjung Pengharapan pada tahun 1497 dan seterusnya telah sampai di Malindi (1487) dan seterusnya beliau telah belayar ke Kalikat (1499). Selepas itu beliau telah kembali ke Lisbon dengan membawa penuh muatan barangan daripada Timur.

o    Pada tahun 1511, Lopez de Sequeire telah berjaya menguasai Melaka dan ini membolehkan Portugal menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi. Pada tahun 1542, orang Portugal berjaya memasuki negara Jepun melalui pelabuhan Kyushu. Pada tahun 1570, satu perjanjian telah ditandatangani antara pedagang Portugal dengan Shogun Ashikaga iaitu mereka dibenarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki. 

o    Seterusnya pedagang Portugal telah sampai ke pelabuhan Canton di China pada tahun 1517.

Kemajuan Teknologi Pelayaran :o    Masyarakat maritim Portugal juga mempunyai teknologi pelayaran yang diambil daripada negara

lain seperti penemuan baru seperti peta Benua Eropah (kartografi), kompas magnetik, reka bentuk kapal, memiliki teknologi senapang dan meriam, dan astrolab.

o    Pelayar Portugal mempunyai catatan wilayah baru di atas peta dan seni catatan peta yang tepat dalam peta gaya baru. Mereka juga mempunyai teknologi kompas yang diambil daripada orang Cina. Kompas ini menunjukkan utara iaitu satu petunjuk penting bagi kapal-kapal yang belayar dari timur ke barat. Orang Portugal juga mempunyai teknologi membina kapal yang baik sesuai untuk belayar di Lautan Atlantik dan memiliki astrolab hasil ciptaan orang Arab yang membenarkan seorang kapten kapal laut mengagak kedudukan kapal mereka sejauh mana dari garisan Khatulistiwa. Masyarakat maritim Portugal juga memiliki teknologi senjata api seperti senapang dan meriam. Mereka menggunakan bahan letupan daripada China dan kemudian diubah suai dengan ciptaan senjata api mereka. Senjata api digunakan semasa pelayaran untuk menakutkan dan mengalahkan musuh-musuh yang ditentang.

Kesimpulan :

Masyarakat Portugal berjaya membina sebuah empayar perdagangan serta menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi selama lebih daripada satu kurun. Masyarakat Portugal berjaya menjadi perintis dan meluaskan kekuasaan kerana tidak perlu bersaing dengan pihak lain di Eropah pada masa tersebut. Pusat perdagangan hanya didirikan di kawasan pantai sahaja bukannya kawasan pedalaman

Huraikan ciri-ciri masyarakat maritim di Portugal pada abad ke-16 hingga ke-17

Pendahuluan-          Penjelajahan dan penerokaan adalah satu unsur yang penting dalam kehidupan

manusia yang bertamadun. Penjelajahan dan penerokaan orang eropah ke dunia luar bermula sejak abad ke-15 dan awal abad ke-16.

-          Sasaran pelayaran mereka adalah ke benua Afrika, Asia, dan Amerika .Negara Eropah yang mula-mula belayar ialah Portugal dan diikuti Sepanyol,Perancis dan britain. 

-          Antara faktor yang mendorong Portugal muncul sebagai kuasa Eropah yang mempelopori kegiatan penjelajahan dan penerokaan pada abad ke-15 ialah kedudukan geografi, peranan Putera Henry, kemajuan dan penemuan baru dan sebagainya.

-          Masyarakat maritim Portugal membawa kekayaan kepada raja, kemasyuran raja dan negara, serta penyebaran agama kristian.

Ciri-ciri masyarakat maritaim Portugal  1.    Peranan pemerintah

-          Putera Henry mendirikan sebuah sekolah bagi ahli pelayaran yang dinamakan Akademi Laut di Sagres.

-          Beliau berjaya menarik minat kelasi Itali yang mahir dan ahli ilmu alam yang bijak ke sekolah tersebut. Putera Henry memberi hadiah dan gelaran sebagai insentif kepada para peneroka.

-          Raja-raja Portugal keturunan Avis merupakan pemimpin yang berkelibar. Mereka amat menggalakkan aktiviti perdagangan dan perkapalan. Contohnya Raja Manuel menyokong aktiviti pelayaran melalui bantuan kewangan atau modal. Keadaan politik Portugal juga agak stabil berbanding negara Eropah yang lain.

2.    Kedudukan geografi yang stratejik-          Portugal terletakn di sebuah tanjung yang menghadap dua laut utama dunia iaitu

Laut Meditettanean dan Lautan Pasirik. Keadaan ini melahirkan rakyat Portugal yang biasa dan mahir dengan ilmu kelautan,

-          Mereka lahir sebagai perenang yang handal, tukang kapal yang mahir, bijak menentukan pasang surut laut dan sebagainya.

-          Laut Portugal dalam, terlindung dan sesuai untuk kapal-kapal berlabuh. Dermaga yang hebat dan akademi perkapalan turut dibina.

3.    Kemajuan dan penemuan baru-          Portugal muncul sebagai kuasa pelayar yang unggul kerana terdapat kemajuan dan

penemuan baru dalam bidang perkapalan, kelautan dan pelayaran.-          Alatan seperti peta yang baik, teknik kartografi yang moden, reka cipta kompas yang

lebih yang tepat, kompas magnetik, kaedah astrolab, dan kapal Caravel yang boleh memuatkan seberat 2000 tan barangan pada satu-satu masa.

4.    Semangat inkuiri-          Pelayar Portugal banyak mendapat maklumat atau cerita tentang dunia luar daripada

pelayar seperti Marco Polo. Sumber maklumat juga didapati daripada orang Islam dan Arab pada Zaman Pertengahan Awal. Banyak pengalaman pelayar-pelayar telah dibukukan.

5.    Perkembangan kapitalisme dan institusi kewangan-          Perkembangan ekonomi kapitalis menggalakkan pengumpulan modal, kebebasan

ekonomi, hak milik persendirian, kebebasan pasaran dan perniagaan untuk keuntungan . Institusi bank turut berubah.

-          Pengusaha bank di Portugal mengeluarkan pinjaman bagi menggalakan pelayaran ke seberang laut mengumpul kekayaan dan menjamin kuasa politik.

-          Tambahanpula kejatuhan kerajaan Mongol dan kemunculan kerajaan  Turki Othmaniyah menyebabkan bandar-bandar di Itali  merosot dan pedagang-pedagang Eropah sukar mendapatkan barangan dari Timur.

-          Oleh sebab perkembangan perbankan dan kapitalisme di Portugal menyebabkan keperluan untuk pasaran dan bekalan bahan mentah kepada kuasa Eropah lain dari Timur amat diperlukan.

6.    Mencari kekayaan-          Motif penguasaan rempah menyebabkan Portugal sampai ke Melaka pada 1509.

Akhir berjaya menguasai Melaka pada 1511.Kejayaan ini membolehkan Portugal menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi.

-          Seterusnya, pedagang portugal telah mendirikan pangkalan di Cyclon, Maluku, Sumatera, Jawa atau di kenali sebagai kepulauan rempah.

-          Di Brazil Portugal dapat membawa hasil hutan seperti kayu-kayan dan bahan pencelup. Selain itu Portugal membuka ladang tebu, menjalankan penanaman tembakau serta menternak lembu dan kuda.

-          Mereka juga ke Timur jauh melaluinTanjung Pengharapan .Kapal-kapal Portugal ini membawa pulang rempah ratus, lada, sutera dan batu permata.

7.    Pelabuhan-          Antwerp menjadi pusat pengekspotan barangan Portugal . dalam masa 30 tahun

Portugal berjaya menembusi pasaran rempah yang dikuasai oleh pedagang Venice, Itali.

-          Portugal juga berjaya memasuki Jepun, pada tahun 1543 mereka berjaya memasuki pelabuhan Kyushu. Pada 1517 pedagang Portugal telah membuat perjanjian dengan Shogun Ashikaga yang membenarka Potugal berdagang di pelabuhan Nagasaki.

-          Tahun 1517pedagang Portugal sampai ke Canton, sterusnya ke Macau dan menjadi orang tengah dalam urusan perdagangan antara China , jepun dan EropahPortugal juga mendirikan pengkalan perdagangan di pantai Afrika terutamanya di Mozambique pada 1520, ianya dijadikan tempat perhentian untuk  mengisi muatan dalam pelayaran mereka antara Eropah dan Asia serta menjalankan perdagangan emas, gading dan perhambaan.

Penutup Dapat dirumuskan bahawa Portugal sebagaikuasa kelautan eropah yang pertama mempelopori kegiatan penjelajahan penerokaan pada abad ke-15. Hal ini membawa kepada perkembangan masyarakat maritim di portugal. Perkembangan ini membawa kekayaan kepada masyarakat dan pemerintah Portugal.

MASYARAKAT INDUSTRITerangkan maksud masyarakat industri dan ciri-ciri masyarakat industri    

PendahuluanMasyarakat industri bermula selepas tercetus revolusi perindustrian di England pada abad ke-18. Masyarakat industri menggantikan masyarakat agraria yang muncul pada zaman pra-industri.

a)    Pengertian masyarakat industri  -          Merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor perindustrian -          Masyarakat industri terlibat dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan dengan

menggunakan mesin-          Masyarakat industri dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada

pengeluaran secara besar-besaran.b)    Ciri-ciri masyarakat industri

Kegiatan ekonomi-          Masyarakat industri tertumpu kepada pengeluaran barangan secara besaran-          Mereka bergantung kepada sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan dan

punca pendapatan bagi menyara hidupPengkususan kerja-          Penggunaan mesin secara meluas menyebabkan berlaku pengkhususan kerja-          Pekerja perlu melakukan sebahagian daripada kerja bagi menghasilkan sesuatu

baranganMobiliti sosial-          Perkembangan dalam sektor perindustrian menyebabkan taraf hidup golongan

pekerja meningkat-          Peningkatan dalam pengeluaran menyebabkan mereka menerima pendapatan yang

tinggi-          Perkembangan ini melahirkan  golongan kelas menengah dalam masyarakatKemunculan kelas-          Masyarakat industri tergolong kepada dua kelas iaitu kelas kapitalis dan kelas

pekerja-          Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah dan pengusaha lombong-          Kelas pekerja terdiri daripada buruh dan pekerja di kilang peindustrianUbanisasi -          Masyarakat industri merupakan masyarakat yang tinggal di bandar perindustrian-          Mereka terlibat dalam kegiatan perindustrian sebagai buruh kilang atau pengusaha

kilang-          Kebanyakan penduduk luar bandar berhijrah ke bandar selepas tercetus Revolusi

perindustrian-          Perkembangan ini melahirkan proses perbandaran terutamanya di bandar2

perindustrianMasyarakat listerasi-          Masyarakat industri merupakan masyarakat yang berilmu pengetahuan dan

berpendidikan -          Mereka terdedah kepada unsur2 demokrasi dalam kehidupan mereka -          Mereka mempunyai kebolehan merancang dan menjalankan aktiviti sosial dengan

sistematikPenutupKemunculan masyarakat industri mempunyai pertalian rapat dengan Revolusi perindustrian di England. Masayarakat industri mempunyai ciri2 tersendiri yang berbeza dengan masyarakat agraria.

Bincangkan faktor2 yang mendorong kemunculan masyarakat industri di England

Pendahuluan  Revolusi  perindustrian bermula di England pada abad ke-18. Kemunculan revolusi perindustrian menyebabkan muncul masyarakat industri di England. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlaku masyarakat industri di England.

a)    Pertambahan penduduk-          Pertambahan penduduk menyebabkan bekalan tenaga buruh yang mencukupi untuk

bekerja di sektor perkilangan-          Pertambahan penduduk menyebabkan wujud pasaran bagi barangan keluaran

kilang2 perindustrianb)    Kekayan bahan mentah

-          Terdapat bekalan bahan mentah yang banyak seperti arang batu dan biji besi di England

-          Penguasaan tanah jajahan turut menjamin bekalan arang batu yang mencukupi untuk kilang di England

c)    Kemajuan dalam sistem pengangkutan-          Kemajuan dalam pengangkutan membantu pengagihan barangan ke seluruh negara-          Penggunakan jentera berkuasa wap membantu perkembangan sistem pengangkutan

seperti kereta api dan kapal lautd)    Perkembangan mekantalisme

-          Menjelang abad ke-16 dan ke-17 muncul kegiatan ekonomi mekantilisme di England-          Perkembangan ekonomi ini menyediakan kekayaan dan modal yang mencukupi

untuk mempelopori Revolusi perindustrian-          Penekanan diberikan kepada latihan kemahiran untuk pekerja menerusi dasar

Apprenticee)    Modal mencukupi

-          Terdapat modal yang mencukupi untuk pelaburan dalam sektor perindustrian-          Kerajaan memeiliki modal yang mencukupi yang dipusatkan di bank of England-          Kemunculan Revolusi pertanian menyebabkan muncul peladang2 yang menjadi kaya-          Peladang2 ini sanggup melaburkan lebihan modal dalam sektor perindustrian

f)     Iklim yang sesuai-          Keadaan iklim di England sesuai untuk perkembangan dalam bidang perindustrian-          Perkembangaan perusahaan kapas di Lancashire disebabkan oleh keadaan iklim

yang sesuai di England-          Iklim yang lembab sesuai untuk menjalankan kegiatan memintal dan menenun kain-

kain kapasg)    Kemajuan sains dan teknologi

-          Kemajuan dalam sains dan teknologi menyebabkan perkembangan Revolusi Perindustrian

-          Perkembangaan pesat dalam bidang sains dan teknologi menyebabkan beberapa rekaan dan ciptaan baru ditemui

-          Penemuan ini menggalakkan perkembangan kegiatan perindustrian di EnglandPenutup Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan munculnya masyarakat industri di England. Kemunculan masyarakat industri mempunyai kaitan dengan perkembangan Revolusi Perindustrian di England.

Bincangkan kesan Revolusi Perindustrian yang tercetus di Jerman dalam bidang politik dan sosial

Pengenalan

Revolusi perindustrian tahap kedua tercetus di Jerman pada akhir abad ke-19 . Revolusi ini telah menyebabkan perkembangan pesat dalam aspek teknologi, kewangan dan kejuruteraan manusia. Revolusi perindustrian di Jerman telah meninggalkan kean mendalam dalam aspek politik dan sosial.

a)    Kesan politiki.              Kemunculan golongan proletariat-          Perkembangan industria melahirkan golongan pekerja atau proletariat-          Golongan ini telah menubuhkan kesatuan sekerja untuk melindungi hak pekerjaii.            Kemunculan pertubuhan politik-          Revolusi perindustrian meletakkan asas kepada perkembangan parti-parti politik-          Pekerja-pekerja di Jerman terdedah kepada dua aliran politik utama iaitu aliran Karl Marx

dan Parti sosialis-          Kedua-dua aliran ini bersatu dalam satu pertubuhan yang dikenali sebagai Social

Democratic Party-          Parti poltik ini ditubuhkan bagi menjaga kepentingan golongan tersebutiii.           Kemunculan golongan national liberal-          Revolusi perindustrian menyebabkan muncul golongan peniaga, ahli-ahli bank doktor dan

golongan professional yang lain-          Golongan ini telah menubuhkan sebuah parti politik yang dikenali sebagai national liberal

party.-          Parti ini ditubuhkan untuk menjaga kepentingan golongan tersebut.iv. Dasar kerajaan Bismarck-          Kerajaan di bawah Bismarck tidak senang dengan idea demokrasi dan sosialisme yang

berkembang di jerman.-          Bismarck menyokong dasar dan perjuangan National liberal party untuk mendapat

sokongan golongan tersebut.-          Beliau mengurangkan tarif dan berpura-pura menyokong dasar perdagangan bebas-          Selain itu, Bismarck juga bertindak mengawal gereja bagi mengukuhkan kedudukan

kerajaan pusat.        b) Kesan sosial             i.       pengangguran

-          Revolusi perindustrian turut membawa kesan negatif pada golongan pekerja.-          Pengeluaran produk yang berlebihan menyebabkan banyak industri terpaksa ditutup.-          Perkembangan ini menyebabkan ramai pekerja hilang pekerjaan ekoran tindakan kilang

membuang pekerja.     ii. kemelesetan ekonomi

-          Kemelesetan ekonomi menyebabkan ramai pekerja mengalami kesukaran hidup-          Tambahan pula berlaku keadaan inflasi yang menyebabkan pekerja tidak dapat membeli

barang keperluan seharian mereka.     iii. Masalah tanah jajahan

-          Negara-negara sedang membangun turut mengalami kemelesetan ekonomi -          Negara-negara membangun bergantung kepada negara industri untuk menjual barang-

barang mentah.-          Apabila negara industri tidak membeli bahan –bahan mentah, negara-negara tersebut

mengalami kemelesetan ekonomi.

PenutupRevolusi perindustrian tahap kedua di Jerman meninggalkan kesan dalam aspek politikd dan sosial . revolusi ini telah menyebabkan lahir parti-parti politik berasaskan aliran Karl Marx dan sosialis. Revolusi perindustrian juga menyebabkan masalah kemelesetan dan inflasi dalam kalangan rakyat.      

Tema 2

(Pemerintahan dan pentadbiran)

Bincangkan peranan maharaja dalam sistem pentadbiran pada zaman dinasti Ching?Pada zaman Ching, lahir sistem pemerintahan bercorak autokrasi yang diperintah oleh raja berkuasa mutlak. Maharaja mempunyai kuasa mutlak dalam bidang eksekutif, perundangan dan kehakiman. Dalam menjalankan pentadbiran, maharaja dibantu oleh kakitangan awam yang terdiri daripada golongan bangsawan.

a)    Peranan dalam bidang eksekutif-          memutuskan dasar kerajaan -          melantik pegawai2 kerajaan-          melucutkan jawatan pegawai kerajaan-          meluluskan kenaikan pangkat-          mengurniakan gelaran dan darjah kebesaran kepada pembesar-          mengetuai angkatan tentera-          menandatangani perjanjian dengan kuasa asing

b)   Peranan dalam bidang kehakiman-          Mengisytiharkan undang2-          Mengendalikan kes rayuan-          Memberikan pengampunan

c)    Peranan dalam bidang keagamaan -          Berperanan sebagai ketua agama-          Mengetuai upacara keagamaan

d)   Peranan dalam bidang intelektual-          Berperanan sebagai penaung dalam bidang pembelajaran-          Memberikan bantuan kewangan bagi menyelenggarakan dan menerbitkan kitab2

dan ensiklopedia-          Mengarahkan pengendalian peperiksaan awam diperingkat daerah dan bandar-          Terlibat dalam pengendalian peperiksaan awam di istana maharaja-          Terlibat dalam pemilihan calon terbaik dalam peperiksaan awam di peringkat

kebangsaan-          Memberi ceramah kepada penuntut kolej imperial

penutup        Menjelang zaman Ching terdapat sistem pemerintahan yang teratur dan           sistematik.Sistem ini telah melahirkan kestabilan dalam bidang politik dan         ekonomi.

Huraikan peranan enam lembaga dalam sistem pentadbiran pusat pada zaman dinasti Ching?Menjelang zaman Ching terdapat sistem pentadbiran pusat yang sistematik dan teratur. Salah satu badan pentadbiran utama pada peringkat pusat ialah Enam Lembaga. Setiap lembaga diterajui oleh dua orang presiden dan empat orang naib presiden.setiap lembaga mempunyai biro-biro yang mempunyai peranan masing2.

a)    Lembaga pentadbiran awam-          Mengurus perlantikan kakitangan awam-          Mengendalikan peperiksaan awam -          Menguruskan kenaikan pangkat

b)    Lembaga hasil dalam negara-          Mengutip cukai daripada penduduk-          Mengendalikan urusan pendaftaran tanah

c)    Lembaga peperangan-          Menguruskan halehwal ketenteraan-          Menetapkan polisi ketenteraan-          Menguruskan perlantikan dan pemecatan pegawai tentera-          Mengawal komunakasi antara kerajaan pusat dengan provansi

d)    Lembaga upacara-          Mengendalikan upacara ritual seperti upacara diraja, korban, majlis perkahwinan dan

kematian-          Menguruskan sistem pendidikan -          Menguruskan peperiksaan awam diperingkat daerah, provinsi dan bandar raya-          Memberikan jawatan penting dalam kerajaan kepada calon2 yang lulus dalam

peperiksaan awame)    Lembaga keadilan

-      mengendalikan hal ehwal berkaitan undang2-      mempunyai kuasa dalam menjatuhkan hukuman-      mengampunkan orang yang melakukan kesalahan-      membicarakan kes2 rayuan         f)   Lembaga kerja awam            -      menguruskan kerja2 pembinaan bangunan awam             -      membaiki bangunan awam            -      membeli dan menjual harta kerajaan            -      membaiki jalan dan sistem perparitan            -      membaiki tambak sungai, empangan, dan pengairanPenutupKewujudan enam lembaga menunjukkan terdapat sistem pentadbiran yang bercorak birokratik. Sistem pentadbiran yang cekap mengukuhkan kedudukan raja serta melahirkan keadaan politik yang stabil.

         

 Jelaskan sistem pentadbiran yang diamalkan di wilayah pada zaman dinasti Ching?

Menjelang zaman Ching, wilayah dibahagikan kepada provinci, circuit, prefecture, dan daerah. Pegawai dilantik di setiap unit dan bahagian bagi melicinkan sistem pentadbiran.

a)    Pentadbiran provincii)             Gabenor jeneral/jeneral

-          Pentadbiran peringkat provensi diketuai oleh gabenor jeneral dan gabenor-          Menjelang zaman maharaja Chien-lung, terdapat lapan orang gabenor jeneral dan

15 orang gabenorii)            Persuruhjaya

-          Persuruhjaya dilantik oleh maharaja-          Persuruhjaya menguruskan garam, pemungutan cukai, pengedaran bijirin dan laluan

sungaiiii)           Komander

-          Menguruskan hal ehwal ketenteraan di peringkat wilayahb)    Pentadbiran circuit/prefecture

Pegawai dilantik bagi menguruskan circuit/prefecturec)    Pentadbiran daerah

i)             Majistret daerah-          Berperanan mengutip cukai, menyelesaikan pertikaian dalam kalangan penduduk

dan menjaga keamanan.-          Dibantu oleh penduduk yang mengetuai hal ehwal masyarakat setempat.

ii)            Perkhidmatan awam daerah-          Terdiri daripada bahagian pentadbiran, sivil, percukaian dan banci, protokol dan

upacara, ketenteraan kerja awam dan pencegahan jenayah.-          Pegawai ini dibenarkan mengutip surcaj.  

iii)           Unit pentadbiran lain-          Iaitu jabatan (Chou) dan subprefecture (Ting)-          Terdapat pentadbiran yg lebih kecil seperti kampung, bandar, pekan dan petempatan

luar bandar.PenutupPentadbiran wilayah yang kukuh dan teratur melahirkan kestabilan di peringkat pusat.

Bincangkan ciri-ciri pemerintahan maharaja China pada abad ke-16 hingga ke -18

PengenalanSistem pemerintahan yang diamalkan berbentuk feudal. Raja menduduki hierarki teratas dalam sistem feudal dan berkuasa dalam pemerintahan dan pentadbiran.Sistem beraja dibantu oleh pembesar dalam menjalankan urusan pemerintahan dan pentadbiran.

Sistem pemerintahan maharaja di China.

Kedudukan politik maharaja di china berdasarkan konsep mandate of heaven.Konsep ini menerangkan maharaja sebagai wakil dari syurga atau anak syurga dan memberi kuasa spiritual yang tidak terhingga kepada maharaja. Konsep ini anugerahkan maharaja satu kuasa untuk memerintah dan boleh menarik balik kuasa tersebut, tiada kuasa lain yang boleh mendakwa baginda atas segala tindakkannya.

Maharaja diberi mandat menjamin kemakmuran dan menentukan kehidupan rakyatnya berada dalam keadaan teratur dan makmur. Ini menyebabkan maharaja mendapat penghormatan dari rakyat. Sekiranya berlaku malapetaka, ini menjadi petunjuk bahawa maharaja gagal mendapat mandat dari syurga.

Maharaja mengamalkan ajaran confucius, ajaran ini menekankan kesetiaan sebagai puncak kebahagian dan menyatakan bahawa kerajaan yang baik harus memiliki ciri pemerintahan yang baik, raja mesti taat pada tuhan dan rakyat pula harus taat dan setia pada raja.

Tugas maharaja ialah mengetuai kerajaan dan melindungi rakyat, ajaran ini menekankan konsep taat setia kepada raja yang membawa kemakmuran.

Maharaja juga menguasai ekonomi negara, segala ekonomi negara seperti  pungutan cukai , hasil pertanian, hasil bumi, perdagangan, penduduk, ufti barangan dagangan, kepakaran akan dikuasai oleh maharaja. Maharaja akan melantik pembesar untuk menjalankan urusan ekonomi. Penambahan dalam pengeluaran pertanian akan menambahkan keuntungan golongan pembesar dan tuan tanah serta meningkatkan pendapatan cukai maharaja.

Maharaja China berperanan menjadi ketua tentera, urusan mempertahankan negara dari serangan luar dan meluaskan empayar memperlihatkan tanggungjawab maharaja. Hal ini dapat dilihat pada awal kemunculan dinasti Ming. Maharaja Huang-wu menjalankan usaha penyatuan semula empayar china yang berpecah dan usahanya diteruskan oleh pengantinya. Sebahagian besar wilayah Manchuria telah berjaya ditakluki oleh tentera Ming dan beberapa wilayah lain seperti korea dan Ryukyu telah menjadi naugan dinasti Ming. Beberapa utusan dari luar datang ke China seperti Siam, Burma dan Melaka yang memperkukuhkan kewibawaan pemerintahan Ming serta mengiktiraf kekuatan ketenteraan China.

Maharaja juga memainkan peranan penting dalam urusan dasar luar negara. Dasar pemerintahan maharaja China ini membawa perluasan perdagangan dan perkembangan ilmu Barat di China. Ini dapat dilihat pada dasar keterbukaan maharaja china terhadap Barat pada zaman Dinasti Ming.

Pemerintahan maharaja membawa kemakmuran kepada China sebelum pertengahan abad ke-19. Kekalahan dalam perang Candu 1 memaksa maharaja china membuka pintu negaranya kepada kuas-kuasa barat.

Terangkan peranan pembesar di China pada abad ke-16 hingga ke-20

PengenalanPembesar merujuk kepada pegawai kerajaan yang dilantik oleh raja untuk menjawat jawatan tertentu dan melaksanakan tugasnya dalam bidang kuasa yang diberikan.Pembesar melaksanakan tugas pemerintahan. Merupakan orang kedua penting dan berada pada paras kedua selepas kedudukan raja.Pembesar China terdiri daripada pembesar pusat dan wilayah. Didominasikan oleh golongan cerdik pandai dan golongan bangsawan.Pembesar golongan sarjana merupakan pegawai mandarin yang dilantik oleh maharaja berdasarkan kelulusan yang dicapai dalam sistem peperiksaan awam. Pembesar wilayah dilantik oleh maharaja daripada kalangan bangsawan dan pemimpin tentera yang berjasa kepada maharaja.Pembesar di Cina pada abad ke-16 hingga ke-20Maharaja China memecahkan pentadbiran kepada beberapa unit atau institusi iaitu sekretariat agung, majlis tertinggi (enam badan menteri) dan censorate atau lembaga penapis.Tugas Sekretariat agung ialah membantu maharaja dalam menyelia dan menyelaras enam badan kementerian dalam pentadbiran pusat. Mereka akan memaklumkan kepada maharaja segala perjalanan dalam enam badan kementerian.Majlis Tertinggi menjadi badan penasihat yang penting kepada maharaja. Melalui majlis ini, sebenarnya pemerintahan dan pentadbiran China dijalankan. Majlis ini dibahagikan kepada enam kementerian. Setiap kementerian akan dikawal oleh pegawai kanan atau dikenali sebagai shangschu. Shangschu pula akan dibantu oleh beberapa pegawai rendah dalam setiap urusan berdasarkan kementeriannya. Enam kementerian tersebut ialah kementerian personal,kewangan,adat,perang,keadilan dan kerja raya.Lembaga penapis/ Censorate menjadi mata dan telinga maharaja, iaitu memaklumkan segala aktiviti pembesar China kepada maharaja untuk diambil tindakan sewajarnya.Golongan terpelajar mempunyai darjat yang tinggi. Golongan ini dipilih sebagai pegawai kerajaan berdasarkan tahap peperiksaan awam yang mereka lulus. Peperiksaan ini bertujuan untuk memilih golongan srjana yang layak memegang jawatan pegawai dalam perkhidmatan kerajaan. Lulus peperiksaan awam bermakna kunci kekayaan dan pangkat rasmi yang penting.Mereka akan ditempatkan di kementerian penting yang melibatkan penggubalan dasar iaitu menanggotai  imperial cancelory yang bertanggungjawab dalam meminda sesuatu dasar.Dasar yang digubalkan dilaksanakan diperingkat wilayah oleh pembesar bawahan dalam jabatan hal ehwal negara. Mereka akan berperanan mengikut fungsi enam jabatan yang dibentuk dibawahnya. Iaitu jabatan kakitangan, jabatan upacara, jabatan tentera, jabatan kehakiman dan jabatan kerja awam.Pembesar wilayah dibantu oleh pembesar tempatan iaitu gentry.Pembesar wilayah bukan daripada golongan sarjanamemiliki angkatan tentera sendiri. Mereka bertanggungjawab menyediakan bantuan ketenteraan kepada pusat di samping menjaga wilayah sendiri. Pentadbiran wilayah juga diuruskan oleh pegawai pengawas kerajaan . Antara tugas utama ialah mengawasi aktiviti semua peringkat pentadbiran dan mendakwa pegawai yang menyeleweng serta mencadangkan perubahan dalam operasi kerajaan.Semasa dinasti Ch’ing gabenor dilantik sebagai pentadbiran wilayah, menjaga  keamanan dan ketenteraan serta mengutip cukai untuk dihantar kepada pemerintahan pusat. Kuasa gabenor tertakluk kepada adat istiadat dan tradisi wilayah yang telah ditetapkan dalam dikri diraja. Gabenor harus bertanggungjawab dan berhubung secara langsung dengan pusat. Gabenor dibantu oleh pegawai daerah yang dilantik oleh maharaja seperti bendahari dan hakim.KesimpulanKemerosotan nilai etika dan moral ajaran confucius dalam sistem pembesar semasa pemerintahan dinasti Ch’ing telah membawa kepada kemerosotan tanggungjawab pembesar.Keruntuhan dinasti Ch’ing turut sama mengakhiri sistem pembesar di China.