. (SIRI 2) Bahan -bahan yang digunakan Rosli Bin … hijau. Pendapatan dalam penyata bank (bahagian...
-
Upload
nguyentuyen -
Category
Documents
-
view
247 -
download
0
Transcript of . (SIRI 2) Bahan -bahan yang digunakan Rosli Bin … hijau. Pendapatan dalam penyata bank (bahagian...
Inovasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Prinsip Perakaunan SPM
Penggunaan Teknik 4 Warna dalam tajuk Penyata Penyesuaian Bank
dengan mengemaskini buku tunai. (SIRI 2)
Disediakan Oleh:
Rosli Bin Hamid Guru Cemerlang Perakaunan, SMK Dato’ Jaafar Hassan, 02450 Bukit Keteri, Perlis.
Bahan-bahan:
a. 4 Batang Pen Penanda Berwarna (highlighter) kuning, hijau, merah dan biru.
b. Lembaran Kertas Soalan dan Kertas Jawapan.
c. Pena mata bulat.
d. Pembaris dan pemadam.
Bahan-bahan yang digunakan
Tajuk: 8. Perakaunan Untuk Tunai
Sub-tajuk: 8.2 Penyata Penyesuaian Bank
Objektif Am:
Pelajar dapat menyediakan Penyata Penyesuaian Bank dengan mengemaskini buku tunai.
Objektif Khusus:
Pada akhir pengajaran, para pelajar dapat:
i. Menjelaskan sebab menyediakan Penyata Penyesuaian Bank
ii. Mengelas item yang berbeza iaitu deposit belum dikreditkan, cek belum
dikemukakan, pendapatan dan perbelanjaan.
iii. Menyediakan Buku Tunai yang dikemaskini.
iv. Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank.
Penerapan Nilai
Ketelitian, ketekunan dan kegigihan.
Pengetahuan Sedia Ada
Pelajar telah diperkenalkan dengan Penyata Penyesuaian Bank dalam pelajaran yang
terdahulu.
Alat Bantu Mengajar
Komputer riba, Projektor Lutsina, Buku Teks dan Pen Penanda Berwarna.
Rujukan Guru
Buku Teks Prinsip Perakaunan Untuk Tingkatan Empat dan Lima.
Langkah Isi pelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan
Set Induksi
(5 minit)
Sebab Penyata Penyesuaian Bank disediakan.
Guru bertanya kepada pelajar tentang sebab Penyata Penyesuaian Bank perlu disediakan.
Pelajar menjawab
soalan secara
individu.
Teknik Empat
Warna
Langkah 1
(5 minit)
Proses mengelaskan item dengan menggunakan warna kuning, hijau, merah dan biru mengikut jenis item yang berbeza.
Guru memberikan panduan tentang penggunaan 4 warna.
Pelajar melihat
slaid yang
ditayangkan
kepada mereka.
Teknik Empat
Warna
Langkah 2
(10 minit)
Proses menanda: Deposit belum dikreditkan. Cek belum dikemukakan Pendapatan Perbelanjaan.
Guru meminta pelajar mengelaskan empat item yang hendak dicari dalam latihan Penyata Penyesuaian Bank (Tingkatan Lima) iaitu: Deposit belum dikreditkan (bahagian debit buku tunai dengan bahagian kredit penyata bank) dengan menggunakan warna kuning. Cek belum dikemukakan (bahagian kredit buku tunai dengan bahagian debit penyata bank) dengan menggunakan warna hijau. Pendapatan dalam penyata bank (bahagian kredit penyata bank) dengan menggunakan warna merah. Perbelanjaan dalam penyata bank (bahagian debit dalam penyata bank) dengan menggunakan warna biru.
Pelajar menanda
item-item yang
berbeza dalam
Buku tunai dan
Penyata Bank
dengan
menggunakan Pen
Penanda yang
berwarna kuning,
hijau, merah dan
biru.
Alat Bantu
Mengajar:
Pen Penanda
Berwarna
Kertas soalan
Kertas jawapan
Pembaris
Pen
Pensel
Pemadam
Langkah 3
(10 minit)
Mengemaskini Buku Tunai
Guru membimbing pelajar untuk memindahkan semua item yang telah ditandakan dengan warna merah dan biru ke dalam Buku Tunai (dikemaskini)
Pelajar
memindahkan
item yang telah
ditanda dengan
menulis dalam
Buku Tunai yang
telah dikemaskini.
Kalkulator
sehingga selesai.
Langkah 4
(10 minit)
Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank dengan baki debit di Buku Tunai
Guru membimbing pelajar untuk memindahkan semua item yang belum ditandakan dalam bahagian debit buku tunai ke dalam Penyata Penyesuaian Bank sebagai Deposit belum dikreditkan.
Pelajar
menyediakan
Penyata
Penyesuaian Bank.
Langkah 5
(10 minit)
Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank
Guru membimbing pelajar untuk memindahkan semua item yang belum ditandakan dalam bahagian kredit buku tunai ke dalam Penyata Penyesuaian Bank sebagai Cek belum dikemukakan
Langkah 6
(15 minit)
Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank
Setelah semua langkah 1 hingga 5 berjaya dilaksanakan, guru akan membantu pelajar untuk menyelesaikan latihan sehingga tamat. Untuk mengukuhkan lagi kefahaman pelajar, guru memberikan satu lagi latihan yang hampir sama dengan contoh soalan latihan yang telah dibincangkan.
Penutup (5 minit)
Kesimpulan isi-isi penting yang telah dipelajari.
Guru membuat kesimpulan dengan meminta pelajar menyenaraikan
aktiviti yang telah dilakukan. Guru juga meminta pelajar menghuraikan empat perkara yang diperolehi daripada buku tunai dan penyata bank.
Aktiviti:
Penerangan, tunjukcara dan latihan bertulis.
Refleksi:
Catatan guru:
Langkah
• Guru memberikan panduan tentang penggunaan 4 warna seperti berikut:
Menanda item pertama yang hendak dicari
Menanda item ketiga yang hendak dicari
Menanda item kedua yang hendak dicari
Menanda item keempat yang hendak dicari
1
Kuning Hijau Merah Biru
Langkah
• Guru meminta pelajar mengelaskan empat item
yang hendak dicari dalam latihan Penyata
Penyesuaian Bank (Tingkatan Lima) iaitu:
2
i. Deposit belum dikreditkan (bahagian debit buku tunai dengan
bahagian kredit penyata bank) dengan menggunakan warna
kuning.
ii. Cek belum dikemukakan (bahagian kredit buku tunai dengan
bahagian debit penyata bank) dengan menggunakan warna
hijau.
Penggunaan Warna Hijau
Hasil Penggunaan Warna Hijau
iii. Pendapatan dalam penyata bank (bahagian kredit penyata
bank) dengan menggunakan warna merah.
Hasil Penggunaan Warna Merah
iv. Belanja dalam penyata bank (bahagian debit dalam
penyata bank) dengan menggunakan warna biru.
Hasil Penggunaan Warna Biru
Langkah
• Guru membimbing pelajar untuk memindahkan semua item
yang telah ditandakan dengan warna merah dan biru ke
dalam Buku Tunai (dikemaskini) sehingga selesai.
3
Hasil Buku Tunai
Langkah
• Guru membimbing pelajar untuk
memindahkan semua item yang belum
ditandakan dalam bahagian debit
buku tunai ke dalam Penyata
Penyesuaian Bank sebagai Deposit
belum dikreditkan.
4
Hasil Deposit
Langkah
• Guru membimbing pelajar untuk
memindahkan semua item yang
belum ditandakan dalam
bahagian kredit buku tunai ke
dalam Penyata Penyesuaian Bank
sebagai Cek belum dikemukakan.
5
Hasil Cek yang belum dikemukakan
Langkah
i. Setelah semua langkah 1 hingga
5 berjaya dilaksanakan, guru
akan membantu pelajar untuk
menyelesaikan latihan sehingga
tamat.
ii. Guru bersedia memberikan
penerangan lengkap dan jelas di
samping menjawab sebarang
masalah yang berkaitan seperti
kesilapan dan cek tak laku.
iii. Untuk mengukuhkan lagi kefahaman pelajar, guru akan
memberikan satu lagi latihan yang hampir sama dengan contoh
soalan latihan yang telah dibincangkan
6
Lampiran 1:
1. Berikut ialah Buku Tunai dan Penyata Bank Perniagaan Bukit Keteri bagi bulan
Februari 2012.
Buku Tunai (ruangan bank sahaja)
Tarikh Butir RM Tarikh Butir No. Cek RM
2012 Feb. 2 4 7 10 13 23 25 26
Komisen Jualan Kedai Peter Top 10 Jualan Nurul Lori Lama Jualan
650
1 090 2 620 2 400 3 600 4 300
12 000 2 100
28 760 ======
2012 Feb. 1 3 8 11 15 19 24 29
Baki b/b Belian Maidin Santhana Samy Shop MZ Enterprise Belanja am Baki h/b
440011 440012 440013 440014 440015 440016
2 160 2 000 1 200 2 020 1 600 750 1 400
17 630
28 760 =======
Slip bank pada 7 Oktober menunjukkan simpanan sebanyak RM2 602.
Penyata Bank bagi 29 Februari 2012
Tarikh Butir No.Cek Debit Kredit Baki
2012 Feb. 1 2 3 4 5 6 8 9 13 15 16 17 19 20 25 29
Baki b/b Deposit Deposit (29 Jan) Cek Deposit Buku cek Deposit Cek Cek Cek Faedah simpanan Cek Perintah sedia ada Simpanan Deposit Cek Deposit Cek Cek Faedah Overdraf
440011 440009 440012 440013 440014 440010 440016
RM 2 000 25 3 640 1 200 2 020 1 600 250 5 000 1 400 150
RM
650 3 020
1 090
2 602
550
3 600 2 400
2 100
RM 3 460 4 110 7 130 5 130 6220
6 195 8 797 5 157 3 957 1 937 2 487 887 637 4 237 6 637 1 637 3 737 2 337 2 187
Maklumat tambahan:
(i) Cek dari Kedai Peter yang dibankkan berlaku pada 8 Februari telah disahkan
berlaku kesilapan catatan dalam Tunai.
Anda dikehendaki menyediakan:
(a) Mengemaskini Buku Tunai Perniagaan Bukit Keteri.
(b) Menyediakan Penyata Penyesuaian Bank pada 29 Februari 2012.
Jawapan:
1. Buku Tunai
2012 RM Feb.29 Baki b/b 17 630 Faedah simpanan 500 _____ 18 180 =====
2012 RM Feb.29 Kesilapan 18 Buku cek 25 Perintah sedia ada 250 Faedah overdraf 150 Baki h/b 17 737 ______ 18 180 ======
Perniagaan Bukit Keteri
Penyata Penyesuaian Bank Pada 29 Februari 2012
RM RM
Baki debit di Buku Tunai 17 737
Tambah: Cek belum dikemukakan:
MZ Enterprise 750
______
18 487
Tolak: Deposit belum dikreditkan:
Nurul 4 300
Lori Lama 12 000
_______
16 300
______
Baki kredit di Penyata Bank 2 187
=======
Kos Inovasi:
C. Kos bagi menghasilkan inovasi
No. Item Harga
1. 4 batang pen penanda berwarna X RM1.30 RM 5.20
2. 1 batang pembaris RM 0.80
3. 1 ketul pemadam RM 1.00
4. 1 set kertas jawapan RM 4.00
5. 1 batang pen RM 1.50
6. 1 batang pensel RM 0.80
Jumlah RM 13.30
Keberkesanan Inovasi:
D. Keberkesanan inovasi kepada pengajaran
dan pembelajaran (sertakan bukti)
i. Analisis Pemerhatian
• Perubahan sikap dan penerimaan pelajar
• Keseronokkan untuk melaksanakan aktiviti latihan
• Dapat diaplikasikan dalam hampir keseluruhan tajuk.
Potensi Inovasi:
E. Potensi untuk disebar luaskan kepada
pihak lain.
i. Mudah dilaksanakan kerana tidak memerlukan banyak
bahan dan alatan.
ii. Kesesuaian dari segi pelaksanaannya sama ada secara
individu dan berkumpulan
iii. Berpusatkan bahan yang menjadikan pelajar tidak terlalu
bergantung kepada guru dan rakan-rakan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlaku.
iv. Mudah diingat oleh pelajar kerana hanya empat warna
diperlukan untuk menanda dan warna-warna ini menarik
perhatian pelajar.
v. Murah dari segi penyediaan bahan iaitu hanya melihatkan
kos RM13.30 untuk seorang individu.
vi. Mudah disampaikan kepada guru mahupun pelajar walaupun
di sekolah lain dan pada kali pertama ia diperkenalkan.
vii. Menyeronokkan seolah-olah belajar sambil bermain warna.
Teknik ini juga mampu mengelakkan kebosanan pelajar yang
sudah amat biasa dengan kaedah “calk and talk” dalam
kebanyakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah.
Komen Pelajar:
Komen Pelajar 5 Bestari 2011.
• Anasz Rulan well done sir . you're the best teacher i ever had .
the way you teach us like no other teachers can do . you're not
teaching us account principle , yet teach us many way of life
though . i do thanks for both . kami semua pun sayang cikgu
Rosli
• Nur Faszeritin insyaallah, saya juga mengharapkn sebegitu..
saya tumpang gembira atas kejayaan cikgu .. teruskan usaha
cikgu untuk pembaharuan yang lebih efektif utk pelajar-
pelajar perakaunan pada masa depan.
Komen Guru:
Dina Mahyuddin Alhamdulillah, mmg berkesan hasil inovasi y diberi
oleh cg Rosli Bin Hamid... mesti kena cuba...:)
Syid Dah dah tgk.. tqvm cikgu Rosli Bin Hamid. Kreatif
Nor'Arifah Husin ya, kreatif & tq...
Songsengnim Dayah terima kasih..akan sy gunakan
sebaiknya..moga2 dpt diterima pelajar sy...harap2 ade lg kaedah yg mcm ini
tuk topik2 yg lain...:)
SEkuntum Mawar MeRah Ckg rosli, sy dh praktik penggunaan warna
nie wkt ajr pelajar bt akaun pengeluaran... Respon bdk, senng ckg...
Alhamdulillah... Sy blm ajr lg tjk kelab dlm kelas, tp nak try gn kaedah ckg
tuk bab ln... Nmpknyer mmg berkesan... Trima lsh bnyk2 atas perkongsian
ckg
Cikgu Sila scr peribadi sy suka dgn teknik dan nota yg cgu Rosli Bin
Hamid... mudah faham...
Narzuki Yaacob Tahniah dan Terima Kasih diucapkan kepada Cg
Rosli Bin Hamid. http://cgnarzuki.com/?p=2427
Cg Salwa Prinsip Akaun tqvm for sharing...very useful...Saya
memang wajibkan pelajar ada highlighter tu tp baru satu...lepas ni nak suruh
mereka beli 3 lagi...
Bantuan Teknikal dan Maklum balas
Sila hubungi saya melalui :
Sms: 012-5591893
Facebook: Rosli bin Hamid
Blog : http://cikguroslihamid.blogspot.com