-pemulihan-jawi
Transcript of -pemulihan-jawi
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
TUGASAN TAKSIRAN
Sebagai seorang guru yang prihatin anda dikehendaki mengenalpasti masalah
membaca dan menulis yang dihadapi murid dalam pembelajaran jawi dalam
kelas anda dan.menghuraikan langkah-langkah untuk melaksanakan aktiviti
pemulihan dan pengayaan untuk meningkatkan pembelajaran mereka.
Menulis satu esei pendek (2500-3000 patah perkataan) untuk menghuraikan
masalah membaca dan menulis dalam pembelajaran jawi dan langkah-
langkah pemulihan dan pengayaan.
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
PENDAHULUAN
Sepanjang saya melaksanakan peranan sebagai guru j-Qaf di sek.keb.
Jalan Paya Besar,Lunas; program Pemulihan Jawi adalah menjadi
tanggungjawab kepada guru j-QAF untuk dilaksanakan seperti mana yang telah
direncanakan di dalam buku panduan ’Perlaksanaan Model-Model pengajaran
dan Pembelajaran dan Ko-kurikulum’. Dalam seminggu hanya 2 waktu atau satu
jam diperuntukkan untuk kelas pemulihan jawi.
Sepanjang tempoh satu jam, murid j-Qaf telah dipisahkan daripada murid
yang lain untuk belajar dengan menggunakan silibus j-Qaf. Semasa aktiviti j-Qaf
berlangsung, murid-murid memberikan tindak balas yang positif dengan
memberikan kerjasama sepanjang aktiviti dilangsungkan.
Kumpulan yang terpilih akan diberikan tumpuan dan mereka adalah dalam
kelompok kecil yang benar-benar bermasalah dan perlu kepada kelas pemulihan
jawi!
ISU
Dalam pelajaran Jawi, menguasai setiap kemahiran mengenal huruf jawi
amatlah perlu dilalui oleh setiap murid apatah lagi kepada murid-murid yang
lemah, terutama dalam mengenal huruf jawi tunggal. Melalui pemerhatian yang
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
saya jalankan ke atas murid-murid kelas pemulihan jawi ini, didapati mereka
mengalami masalah dalam banyak perkara.
Antara masalah-masalahnya mereka seringkali sukar mengingat kembali
apa yang telah diajar, terutama mereka keliru dengan bunyi dan bentuk-bentuk
huruf jawi tunggal. Sehubungan dengan itu teknik dan metodologi yang berkesan
perlu diajar supaya murid-murid ini dapat menguasai setiap kemahiran jawi yang
menjadi sebahagian daripada mata pelajaran pendidikan islam.
MASALAH
Secara umumnya, murid-murid yang sentiasa menghadapi masalah
pembelajaran adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai I.Q yang
rendah. Konsep pendidikan pemulihan di dalam KBSR dan KBSM tertumpu
kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira. Justeru itu, sebelum
melaksanakan aktiviti pemulihan, seseorang guru itu harus mengenal pasti
apakah masalah penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira yang
seringkali dihadapi oleh murid-murid. (Mok Soon Sang, 2003)
Di sini fokus utama dalam masalah penguasaan membaca jawi bagi mata
pelajaran pendidikan Islam. Contoh-contoh masalah penguasaan kemahiran
membaca ialah :
1. Masalah mengenal huruf tunggal yang diimlakkan.
Murid-murid sering kali keliru dengan huruf yang hampir sama,
Contoh: س ش ح خ ص ض
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
2. Masalah membaca suku kata terbuka daripada huruf-huruf.
Sukar menyebut suku kata terbuka yang diimlakkan
Contoh: سو دو كا بي شي
ضي ضو
3. Masalah membaca suku kata tertutup yang diakhiri dengan huruf.
Sukar membaca suku kata tertutup yang diakhiri dengan huruf
Contoh:
�ق ��غ دق ف��وغ ب��غ ت� بي
قه يق كوغ
4. Masalah membaca perkataan-perkataan mudah dari suku kata
terbuka dan tertutup.
Sukar menyebut perkataan-perkataan dari suku kata terbuka dan
tertutup.
Contoh: الم���ق م��مقه لوب��ه س� كاج
ماكن مينوم فافن توكغ
5. Masalah menyebut perkataan dengan betul dan lancar.
Murid seringkali sukar membunyikan huruf-huruf yang diimlakkan
dengan tepat dan lancar
Contoh: كوجيغ سيفوت مولوت كودا
بيرو ثلجي مات
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
Beberapa masalah yang wujud berkaitan kemahiran menulis jawi di
kalangan murid-murid pemulihan jawi ialah seperti berikut:
Tulisan yang terlalu buruk sehingga sukar untuk dibaca atau tidak boleh
dibaca langsung.
Mengubah bentuk huruf dengan menambahkan garis-garis tertentu pada
huruf.Contoh: ذ ditambah ekor dihujung huruf tersebut menjadi ذ
Menulis dengan cara terbalik iaitu memulai dengan huruf terakhir ke huruf
terawal, atau dari kiri ke kanan.Contoh: اعوذ .Murid menulis huruf ذ
terlebih dahulu kemudian diikuti dengan huruf ع .ا danو
Tulisan tanpa ketentuan dan ketetapan jarak huruf atau perkataan seperti
menulis satu huruf dalam perkataan lebih jauh daripada huruf-huruf yang
lain.Contoh: اعوذ ditulis ذ اعو
Tulisan tanpa ketetapan bentuk dan condong huruf seperti tulisan
semakin lama semakin mengecil, atau semakin lama semakin membesar,
atau terlalu condong ke bawah atau terlalu condong ke atas.
Tulisan yang menaik dan menurun dan tidak selari dengan garisan yang
ditentukan.
Tidak boleh membezakan bentuk huruf jawi ketika menulis huruf tunggal
yang serupa.
Sukar menulis bentuk huruf jawi tunggal kerana keliru dengan cara
penulisan jawi dari kanan ke kiri.
Sukar menulis bentuk huruf jawi bercantum dan keliru ketika
menyambungnya sama ada di awal, di tengah dan di akhir perkataan.
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
Murid tidak dapat membezakan matapelajaran jawi dan iqra’. Murid-murid
keliru dengan bentuk huruf yang sama dan bunyi yang hampir serupa.
Murid-murid juga sukar mengingat huruf-huruf jawi yang terlalu banyak.
PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
Bagi memastikan pencapaian murid terus meningkatkan prestasi maka
perlu diadakan program pemulihan dan pengayaan. Kelemahan murid yang telah
dikenalpasti perlu diatasi melalui pemulihan dan kekuatannya perlu ditingkatkan
melalui aktiviti pengayaan (Ahmad Mohd Salleh, 2008).
Ahmad Mohd Salleh (2008) menekankan bahawa aktiviti pemulihan
adalah tindakan khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang
menghadapi masalah pembelajaran tertentu. Selain itu, aktiviti pemulihan
membantu murid mengubah sikap daripada negatif kepada positif serta sikap
yakin diri dan minat terhadap pelajaran.
Manakala aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan dari masa ke semasa
melalui aktiviti pelbagai atau tugasan tambahan yang diberikan kepada murid
untuk diselesaikan secara individu atau kelompok bagi membantu meningkatkan
kemahiran, meluaskan pengetahuan dan pengalaman.Melalui aktiviti pengayaan
murid akan dapat mengembangkan minat, daya kreatif, sifat ingin tahu, sikap
berdikari dan bakat kepimpinan mereka.
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
Untuk mendapatkan maklumat mengenai apa itu pemulihan dan
pengayaan serta mengetahui terperinci jenis-jenis aktivitinya, maka dijelaskan
seperti;
PEMULIHAN JAWI
Dalam hal pemulihan jawi, Ia dilaksanakan dengan satu penyusunan
jadual mengajar dengan mengikut jadual mengajar sedia ada, kanak-kanak
pemulihan meninggalkan kelas Jawi dalam kumpulan yang tidak melebihi 10
murid untuk mendapatkan perkhidmatan khas pemulihan dalam sebuah bilik
yang disediakan khas (Lampiran A).
Seorang guru pemulihan khas di tugaskan mengelola dan mengurus kelas
bimbingan khas pemulihan ini .Apabila cukup waktunya, iaitu dalam lingkungan
tempoh 45 minit , murid-murid pemulihan tadi akan pulang ke kelas biasa
masing-masing.( Ahmad Mohd Salleh, 2008)
BAGAIMANA MENGESAN MURID PERLU PEMULIHAN JAWI
Menurut Mok Soon Sang (2003), strategi pengesanan masalah
pembelajaran murid haruslah menitikberatkan perkara-perkara berikut yang
mana sama caranya mengesan murid bermasalah dalam jawi.Iaitu;
1. Mengenal pasti masalah pembelajaran murid dalam penguasaan
kemahiran membaca dan menulis dengan menggunakan cara-cara berikut:
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
A) PEMERHATIAN
Melalui pemerhatian, guru boleh mengesan masalah pembelajaran yang
dihadapi oleh murid-murid. Murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran
dalam kemahiran membaca akan menunjukkan tanda-tanda berikut;
Tidak boleh langsung membaca satu-satu huruf, perkataan atau ayat.
Tidak boleh menyebut bunyi huruf atau perkataan dengan tepat.
Tidak boleh membaca ayat dengan lancar.
Membaca sesuatu perenggan terlalu lama.
Menggerakkan bibir semasa membaca apabila membaca berkumpulan.
Menggunakan jari untuk menunjukkan setiap perkataan semasa
membaca.
Menggerakkan kepala dari kiri ke kanan, kemudian kanan ke kiri semasa
membaca.
Membaca dengan bunyi terlalu perlahan.
Menutup muka dengan buku semasa membaca.
Manakala murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran dalam
kemahiran menulis boleh diperhatikan dengan cara memegang alatulis, gaya
anggota semasa menulis dan bentuk tulisan. Secara am, kelemahan-kelemahan
penguasaan kemahiran menulis adalah seperti berikut;
Bentuk huruf tidak ditulis tepat.
Huruf-huruf dalam perkataan ditulis tinggi rendah atau terlalu jauh.
Perkataan-perkataan dalam ayat terlalu rapat, kecil atau condong.
Jarak di antara perkataan-perkataan dalam ayat terlalu jauh.
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
Ejaan perkataan seringkali salah.
B) PENTAFSIRAN REKOD PRESTASI
Rekod prestasi merupakan satu bentuk senarai semak yang digunakan
untuk mengesan murid dalam sesuatu unit pembelajaran. Borang rekod prestasi
ini mengandungi kemahiran-kemahiran dan catatan atau tindakan yang disusun
di bahagian atas dan senarai nama murid-murid yang disusun dari atas ke
bawah di sebelah kiri seperti dalam jadual 1(Lampiran B).
Melalui rekod tersebut, mana-mana murid bermasalah akan dipantau
sama ada boleh menguasai setiap satu kemahiran berdasarkan sukatan yang
disediakan untuk program j-QAF. Penilaian dibuat berdasarkan tahap
penguasaan iaitu menguasai cemerlang, sederhana dan belum menguasai.
C) UJIAN KERTAS DAN PENSIL/ LATIHAN HARIAN
Selain pemerhatian dan pentafsiran rekod prestasi, guru juga boleh
mengesan masalah pembelajaran murid melalui pemeriksaan dan keputusan
ujian murid atau latihan harian bertulis. Hasilnya akan memberi gambaran yang
jelas tentang kelemahan penguasaan kemahiran menulis seseorang murid.
D) KUIZ ATAU SOAL JAWAB
Soal jawab atau kuiz merupakan cara yang paling cepat untuk mengesan
masalah pembelajaran yang dihadapi oleh seseorang murid. Melalui aktiviti soal
jawab yang merupakan penilaian formatif di dalam kelas, bidang kelemahan
penguasaan kemahiran membaca dapat dikesan dengan serta merta.Dengan
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
cara ini guru dapat membetulkan kesilapan murid dan memberi aktiviti
pengukuhan bagi kemahiran pembacaan di kalangan murid.
2. Senaraikan semua masalah pembelajaran yang dikenal pasti.
3. Mengesan punca masalah dengan menggunakan ujian diagnostik.
PROSEDUR DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN JAWI
Rajah A
Mok Soon Sang (2003) menyatakan bahawa peranan guru dalam
merealisasikan aktiviti pemulihan dimulakan dengan langkah-langkah seperti
yang tertera pada rajah A.
Di dalam proses pengelolaan sesi pemulihan guru perlu mengenalpasti
murid yang menghadapi masalah pembelajaran dengan memerhatikan murid-
murid belajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, berkomunikasi dengan
murid selepas pengajaran guru dan melihat hasil kerja rumah mereka.
Pengenalpastian murid.
Penganalisian masalah.
Perancangan dan Penyediaan Bahan.
Ujian dan Penilaian Tindakan SusulanPengajaran dan Pembelajaran
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
Menganalisis masalah-masalah pembelajaran melalui ujian diagnostik.
Selalunya ujian diagnostik bertulis sama ada secara objektif dan subjektif
(Lampiran C).
Seterusnya rancangan program pemulihan dibuat antaranya aktiviti
pengajaran dan pembelajaran harus ditumpukan kepada bidang kelemahan
murid, penyampaian daripada konkrit kepada abstrak atau mudah kepada susah
mengikut kebolehan dan bahan bantu mengajar digunakan secara berkesan.
Pelaksanaan pengajaran pemulihan seperti yang dirancang dengan
memberi tumpuan kepada pengajaran satu kemahiran yang tertentu.
Guru melakukan penilaian setiap kali kelas dijalankan. Penilaian
hedaklah menguji kemahiran mengenal , membaca dan menulis huruf-huruf dan
suku kata yang dipelajari. Hasil penilaian hendaklah direkodkan dalam borang
penilaian kelas pemulihan Jawi (Lampiran D).
Berdasarkan hasil penilaian dan analisis yang dibuat, guru boleh
merancang tindakan susulan yang seterusnya melalui aktiviti pemulihan yang
lebih berkesan.
STRATEGI PENGAJARAN – PEMBELAJARAN PEMULIHAN
Mok Soon Sang (2003) menambah yang aktiviti pemulihan mempunyai
strategi-strategi berikut;.
a) Strategi pengajaran-pembelajaran pemulihan secara
berkumpulan.
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
Aktiviti dijalankan apabila terdapat sekumpulan murid yang
menghadapi masalah pembelajaran yang sama. Murid-murid yang
dapat menguasai kemahiran yang diajar akan diberikan aktiviti
pengayaan semasa guru mengelolakan aktiviti pemulihan.
b) Strategi pengajaran-pembelajaran secara individu.
Aktiviti dijalankan apabila terdapat sekumpulan kecil murid yang
menghadapi masalah pembelajaran yang berlainan. Guru boleh
memantau atau membetulkan murid-murid secara bergilir-gilir.
c) Strategi bimbingan rakan sebaya
Murid yang dapat menguasai kemahiran boleh membantu murid
yang lemah.
d) Strategi untuk murid-murid yang mempunyai kecergasan
fizikal yang lemah.
Guru mesti memastikan yang bahan-bahan permainan/alatan
mengajar adalah cukup besar supaya murid-murid boleh
memegang atau memanipulasinya dengan mudah.
e) Strategi untuk murid-murid yang mempunyai masalah
keupayaan visual yang kurang.
Bahan-bahan pemulihan mesti menarik dan berwarna-warni
supaya dapat menarik perhatian murid-murid. Guru juga perlu
menggunakan tulisan yang bersaiz besar supaya murid dapat
membaca arahan–arahan yang disediakan oleh guru dengan
mudah.
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
f) Strategi untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan
mendengar yang lemah.
Guru mesti memberi penerangan dengan suara yang kuat, terang
dan jelas serta pastikan apa yang hendak disampaikan itu dapat di
terima oleh murid-murid.
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Menurut Ahmad Mohd Salleh (2008), bagi memastikan keberkesanan
kelas pemulihan Jawi dan kesesuaiannya dengan kemampuan murid, guru
dicadangkan banyak menggunakan kaedah yang sesuai dan memenuhi
keperluan murid-murid. Antara kaedahnya adalah:
A) KAEDAH PERMAINAN
Diambil daripada kata Musa Daia (1992), Ahmad Mohd Salleh
mengatakan permainan merupakan satu cara melatih murid sebagai manusia
dan ia satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih
menarik dan praktis. Apatah lagi permainan adalah sesuai dengan naluri kanak-
kanak.
Sekiranya konsep main ini dicantumkan dengan belajar, maka istilah
disebut main sambil belajar. Faedah bermain bukan sahaja murid akan berasa
seronok tetapi mereka juga dapat membina perbendaharaan kata, bekerjasama,
bertolak ansur serta berupaya menerima kekalahan.
Antara bentuk-bentuk permainan yang dicadangkan dalam model kelas
pemulihan jawi adalah;
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
a) Permainan Bagi Huruf Tunggal:
Boling
Tenteng
Main kad
Keretapi
Main layang - layang
Ahli Astronomi
b) Permainan Bagi Kemahiran Suku Kata :
Sahiba
Pancing ikan
Harta karun
Rumah merpati
Tanda arah
Cabutan misteri
B) KAEDAH NYANYIAN
Salah satu cara gabung jalin seni dalam pendidikan ialah melalui lagu
atau nyanyian. Irama lagu dapat menarik minat murid-murid untuk ikut sama
dengan aktiviti dan menjadi mudah mengingati sesuatu kemahiran.Antara jenis
nyanyian yang dicadangkan ialah (Lampiran E);
Eja dan baca
Rasa Sayang Jawi
Vokal dan suku kata
Irama lagu tanya sama hati
Irama lagu aci-aci buka pintu
Irama lagu wau bulan
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
C) KAEDAH PANDANG DENGAR ( AUDIO VISUAL)
Penggunaan sebarang jenis audio visual seharusnya menjelaskan
maksud yang hendak disampaikan. Alat audio visual seharusnya digunakan
untuk mempamirkan imej huruf jawi dan menbunyikan sebutan yang betul. Dan
lebih penting suara dan objek dan apa sahaja adalah berkaitan dengan tajuk
atau masalah yang dipelajari. Ini bertujuan supaya segala yang dapat dilihat dan
didengar boleh memberi kefahaman yang jelas kepada pelajar.
D) KAEDAH DEMONSTRASI DAN TUNJUK AJAR
Kaedah ini menuntut pemerhatian murid terhadap perlakuan guru dan
kemudian murid akan mengikuti gerak laku guru. Cara ini dapat menarik minat
kerana mereka turut serta mencuba sesuatu langkah pengajaran bersama-sama.
E) KAEDAH LATIH TUBI .
Dalam Islam kaedah latih tubi mempunyai sejarah yang panjang. Malaikat
Jibril sendiri telah menggunakan kaedah ini sewaktu mengajar Rasul Allah
membaca ayat yang pertama turun ( اقراء ' ) . Baginda diajar membaca berulang
kali. membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam latih tubi.
Latih tubi adalah satu cara penyampaian pengajaran yang mengulang-
ulang fakta atau perlakuan untuk mendapatkan kemahiran. Cara ini adalah
berdasarkan pengajaran cara deduktif di mana murid- murid diberikan satu-satu
rumusan, penyeluruhan atau aturan dan mereka diminta menghafalnya secara
berulang-ulang untuk mengingat perkara-perkara yang diajarkan itu dan untuk
digunakan pada situasi-situasi yang sesuai.
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
F) KAEDAH SOAL JAWAB
Tujuan kaedah ini adalah untuk meransang pemikiran. Ia sebagai interaksi
pengajaran-pembelajaran antara guru dengan murid. Ahmad Mohd Salleh (2008)
menerangkan bahawa Rashidi Azizan dan Abd.Razak Habib (1995) berpendapat
kaedah menyoal boleh digunakan dalam bentuk bacaan dan tulisan.
Diambil dari kata Salihan Sias (1993) pula, kaedah menyoal dapat
membangkitkan kecerdasan dan menggalakkan berfikir.Kaedah ini akan
membuatkan murid menumpukan perhatian dan fikiran terhadap apa yang
sedang diingati.Ia juga dapat mengelakkan daripada memikirkan perkara lain.
G) IMLAK
Kaedah imlak berlaku selepas kertas dan tulisan dihasilkan, iaitu selepas
kaedah hafalan diutamakan . Kaedah ini memerlukan murid-murid menulis apa
yang direncanakan oleh guru yang mengatur setiap kata-kata yang diungkapkan
dan murid-murid mencatat setiap kata-kata yang didengari.
H) KAEDAH PENERANGAN DAN PEMAHAMAN.
Guru terlebih dahulu menerangkan pembelajaran kepada pelajar, kemudian
guru mengadakan mengadakan sesi soal jawab di dalam kelas Ini adalah untuk
mengetahui sejauh manakah kefahaman para pelajar. Persoalan akan diajukan
kepada pelajar secara rawak, kemudian pelajar yang dapat menjawab akan
diletakkan dalam kumpulan berasingan daripada kumpulan yang masih belum
memahami. Ini akan membantu guru untuk memberi kefahaman yang lebih
kepada pelajar yang kurang faham.
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
BAHAN BANTU MENGAJAR SEBAGAI BAHAN PEMULIHAN
Bahan bantu mengajar mesti menarik dan jelas dilihat oleh murid. Sebagai
contoh penggunaan warna bagi membezakan suku kata. Bagi pelajaran konsep,
guru boleh menggunakan benda-benda maujud yang boleh disentuh, dipegang
atau dimainkan oleh murid. (Mok Soon Sang,2003). Berikut adalah contoh-
contoh bahan pemulihan bagi pelajaran jawi:
1. Kad Huruf Tunggal
2. Kad Huruf Tunggal dengan Ejaan.
3. Kad Suku Kata dan Perkataan
4. Kad Gambar
د ي
ف
ج
ش جو ي
دادا باجو
دDal
فFa
جJim
لLam
جاري
ش
جاون جاكوغجم
ورناكن حروف ق
ف م ق ت ق ف
ل ن ف ق ت ق
ق ط ق م ق ف
ق ق ف ت ق ب
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
5. Kad Permainan
6. Lembaran Kerja
"بولتكن حروف " ق
س ي ف ق ج ح ل ق ج ت
غ ن ق س ف ي ق ط ل ت ق ل
ت ب
جاري
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
LANGKAH-LANGKAH AKTIVITI PEMULIHAN:
Ahmad Mohd Salleh (2008) telah mencadangkan langkah-langkah
pemulihan seperti berikut;
MENULIS: MAIN KAD HURUF
Aplikasi yang digunakan ialah secara:
1) Penerangan
2) Soal jawab permainan
Bidang : Pemulihan Jawi
Tajuk : Menulis dan membaca huruf س dan ش
Masalah : Murid keliru dengan bentuk dan bunyi huruf س dan ش
Punca Masalah : Murid tidak dapat membezakan bunyi huruf س dan ش
Kemahiran : Menulis dengan betul huruf tunggal jawi.
Kaedah : Penerangan, soal jawab dan permainan.
Penyerapan : Bahasa melayu
Aktiviti:
1. Guru menunjukkan kad huruf kepada murid-murid. Guru
membunyikan huruf itu dan diikuti oleh murid.
2. Ulang langkah 1 dengan kad huruf .
س
ش
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
3. Imbaskan kad dan satu persatu dengan murid
membunyikan sendiri huruf-huruf tersebut. Ulang aktiviti ini beberapa kali.
4. Guru menjelaskan cara dan kaedah penulisan huruf yang betul.
5. Guru meminta murid melakar huruf tersebut di angin dan di belakang
rakan.
6. Guru menyuruh murid mengenalpasti bunyi huruf dengan menunjukkan
kad gambar yang mengandungi perkataan yang bermula dengan س dan
.ش
6. Guru menyuruh murid memberikan perkataan-perkataan yang bermula
dengan huruf س dan ش.
4. Guru mengedarkan lembaran kerja. Kemudian guru meminta murid
menulis huruf jawi sebagaimana yang ada pada lembaran tersebut.
س ش س ش ش ش س س ش ش
س ش
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
Berdasarkan aktiviti contoh 1, murid-murid yang menghadapi masalah
pembelajaran menulis dan membaca jawi, aktiviti pemulihan yang sesuai
dilaksanakan ialah dengan permainan kad huruf, supaya murid-murid boleh
mengenal dan paling penting menulis huruf-huruf jawi tunggal. Di samping itu
juga murid-murid akan merasa seronok untuk belajar membaca jawi.
Cadangan Aktiviti Penulisan Secara Terperinci
Aktiviti-aktiviti pemulihan melalui dua peringkat pemulihan iaitu :-
Pemulihan pratulisan (Persediaan).
Pemulihan mekanis (Mendirikan asas).
1. Cadangan aktiviti-aktiviti pemulihan pratulisan
a) Melakukan latihan-latihan khusus bagi perkembangan otot-otot jari dan tangan
seperti:
Senaman tangan dan jari
Memerah span
Memasukkan air ke dalam botol
Menguli tanah liat
Mengoyak kertas
Menggunting kertas.
Memasukkan manik ke dalam tali
Menyusun blok dan bongkah mainan.
Menampal kolaj.
Membaling dan menangkap objek.
b) Latihan menguasai gerak tangan yang bebas seperti:
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
Cara duduk yangbetul.
Menulis di awan.
Cara memegang pensil
Aktiviti mengacau adunan kuih.
Latihan membuat garisan-garisan seperti lurus, lengkung, panjang,
pendek tegak, condong dan sebagainya.
Latihan membuat bentuk asas seperti bulat, bujur, segiempat dan
sebagainya.
Menekap huruf.
Mengikut acuan (stensel plate).
Mewarna.
c) Latihan-latihan pergerakan mata seperti:-
Mengerling ke kiri dan ke kanan, atas dan bawah.
Mata mengikut arah yang ditunjuki oleh guru.
d) Aktiviti keselarasan (koordinasi) mata dan tangan seperti:-
Menyambung garisan putus-putus lurus dan bengkok dari kanan ke kiri,
atas ke bawah dan membentuk bulatan.
Mengecam bentuk huruf
Mewarnai huruf yang sama bentuk.
Membuat urutan
Melakar perjalanan arnab untuk menyelamatkan dirinya daripada dimakan
ular.
Stensilan
Menggunting
Menekap
2. Cadangan aktiviti pemulihan mekanis (mendirikan asas)
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
a) Menekap dan menulis mengikut huruf yang ditekap.
b) Menulis huruf mengikut acuan-acuan huruf yang disediakan guru.
c) Melukis bentuk-bentuk yang mirip kepada bentuk-bentuk huruf mengikut teknik
yang betul seperti:-
Melukis bentuk bulat mengikut arah pusingan jam.
Melukis garisan menegak dari atas ke bawah.
Melukis garis melintang dari kanan ke kiri.
Campuran garisan menegak dan melintang.
d) Melukis gambar-gambar yang mirip kepada bentuk huruf seperti:-
Gambar tiang bendera bagi huruf ا.
Gambar mangkuk bagi huruf ث ت ن dan ب
Gambar mata kail bagi huruf ل-Gambar itik bagi huruf ي
e) Latih tubi menulis huruf yang dicontohkan.
f) Menyalin urutuan-urutan huruf yang bersambung menjadi sukukata terbuka
dan tertutup, dan seterusnya menyalin perkataan dan ayat
MEMBACA : MAIN PANCING IKAN
Aplikasi yang digunakan ialah secara:
1) Latih tubi
2) Bermain
3) Soal jawab
Bidang : Pemulihan Jawi
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
Tajuk : Mengenal dan mengeja suku kata terbuka daripada
م .dan ل
Masalah : Murid keliru dengan bunyi huruf konsonan yang
bersambung dengan huruf vokal.
Punca Masalah : Murid tidak dapat mengenal huruf tunggal apabila
bersambung.
Kemahiran : Mengenal dan mengeja suku kata terbuka.
Kaedah : Latih tubi, bermain dan soal jawab.
Penyerapan : Bahasa melayu
Aktiviti:
1. Guru menyebut dan mengeja satu suku kata terbuka berpandukan kad
suku kata terbuka.
2. Carta kad - madu (ejaan jawi), laju (ejaan jawi), mula (ejaan jawi) dan
laci (ejaan jawi).
3. Latih tubi menyebut dan mengeja suku kata terbuka tersebut dengan
murid mengikut bacaan sehingga tamat berulang kali.
4. Guru sekali lagi memaparkan carta kad dengan;
a) Murid membaca dan mengeja beramai-ramai (bacaan kuat)
b) Murid membaca dan mengeja secara kumpulan (bacaan kuat)
c) Murid membaca dan mengeja secara individu.
5. Bermain permainan “Pancing Ikan” untuk menguji kemahiran murid.
Alatan yang diperlukan;
a) Objek ikat dikerat dua.
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
b) Batang pancing
c) Kad suku kata terbuka
d) Lembaran kerja.
6. Cara permainan;
a) Permainan dijalankan secara berkumpulan/individu.
b) Cantumkan kepala ikan dan ekor ikan bagi membentuk perkataan.
c) Kumpulan yang berjaya memancing dan menyusun suku kata menjadi
perkataan dengan pantas dikira pemenang.
d) Kumpulan yang mendapat markah paling tinggi diberi hadiah.
7. Guru bersoal jawab dengan murid tentang cara menulis suku kata
terbuka.
8. Guru memberi lembaran kerja.
Berdasarkan aktiviti pancing ikan, murid yang menghadapi masalah
membaca suku kata terbuka akan lebih tertarik untuk mencuba membaca huruf-
huruf jawi yang bersambung dan seterusnya merasa seronok untuk mempelajari
bacaan jawi yang lebih sukar.
Apabila murid telah menguasai kemahiran yang ditetapkan dalam sesi
pemulihan, maka murid-murid ini akan diberikan aktiviti sokongan, aktiviti
pengayaan atau aktiviti pengukuhan.
PENGAYAAN
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
Aktiviti pengayaan adalah berlainan daripada aktiviti pembelajaran
kemahiran asas. Biasanya, aktiviti pengayaan diberikan kepada murid selepas
murid berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran tertentu. Dengan
menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai, pengayaan dapat
memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat
mereka.(Mok Soon Sang, 2003)
Rasionalnya aktiviti pengayaan kerana setiap orang murid dalam suatu
kelas adalah berbeza pada keupayaan dan perkembangan mental dan biasanya
di dalam satu-satu kelas, murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan; iaitu
kumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat. Kumpulan
cerdas dan sederhana mungkin menghadapi masalah apabila dipaksa untuk
belajar dan melakukan aktiviti-aktiviti yang sama dengan kumpulan lambat
sehubungan dengan itu, murid-murid kumpulan lambat seharusnya melalui
proses pemulihan dan diberi aktiviti pengayaan yang sesuai dengan kebolehan
mereka. Melalui program pengayaan ini, mereka akan sama-sama berpeluang
menikmati pelbagai pengalaman, seterusnya menimbulkan minat mereka dalam
aktiviti pembelajaran.
Dengan adanya program pengayaan, adalah diharapkan setiap murid
bukan sahaja dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih menarik dan
mengembirakan, tetapi juga mengembangkan aspek fizikal, emosi, minat,
kebolehan, daya cipta dan bakat individu secara menyeluruh.
OBJEKTIF AKTIVITI PENGAYAAN
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
Eh Ah Meng (1998) menyatakan bahawa pengayaan bertujuan untuk:
Membolehkan murid menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang lebih
mencabar.
Memperluas lagi pengalaman dan pengetahuan mereka.
Menggunakan masa lapang dengan bijaksana.
Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan pelbagai
bahan / sumber.
Memupuk daya cipta dan semangat belajar sendiri.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN MURID
MELALUI PENGAYAAN.
Menurut Mok Soon Sang (2003), biasanya aktiviti pengayaan juga
terdapat dalam buku teks sebagai aktiviti pengukuhan selepas guru sudah
mengajar kemahiran asas. Begitupun untuk memastikan konsep pengayaan
mampu mencapai objektifnya maka beberapa langkah perlu dititikberatkan iaitu;
Seorang guru mestilah membuat perancangan yang rapi sebelum
menjalankan aktiviti pengayaan.
Aktiviti-aktiviti pengayaan mesti sejajar dengan keperluan kognitif
murid-murid.
Setelah pelajar menguasai sesuatu kemahiran atau sekumpulan
kemahiran.
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
Setelah menguasai keseluruhan kemahiran dalam satu unit
pembelajaran.
Ahmad Mohd Salleh (2008) memperjelaskan saranan Mook Soon Sang
(2002) bahawa pengayaan juga boleh dikendalikan secara informal. Guru
berperanan sebagai penggalak dan pendorong. Guru memberikan bimbingan
kepada murid-murid yang lemah. Murid-murid cerdas dan sederhana
memerlukan sedikit bimbingan guru.Pengajaran rakan sebaya digalakkan. Murid-
murid cerdas akan akan mengajar murid-murid yang lemah. Ini memupuk sifat
kerjasama serta bakat kepimpinan dan akhir sekali penghargaan diberikan
kepada hasil-hasil kerja murid
CONTOH-CONTOH AKTIVITI PENGAYAAN JAWI
Mok Soon Sang (2003) menyatakan bahawa aktiviti pengayaan mengikut
konteks KBSR dan KBSM biasanya ditumpukan kepada;
1) Bacaan (Membaca)
2) Tulisan (Menulis)
3) Kiraan (Mengira)
Namun di dalam matapelajaran jawi, pengayaan ditumpukan kepada
aspek bacaan dan tulisan. Masalah utama murid-murid pemulihan jawi adalah
dari aspek mengenal huruf jawi, seterusnya membaca dan menulis huruf jawi
yang telah bersambung. Justeru pendekatannya adalah;
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
1) AKTIVITI PENGAYAAN BACAAN (MEMBACA).
A tAktiviti - aktiviti Pemulihan ktiviti- ktiiti-aktiviKAktuk aktivitintuk
Aktiviti - aktiviti Pengayaan
1. Membunyikan huruf yang ditunjukkan.
1. Memadankan kad gambar yang ejaannya bermula dengan huruf yang ditunjukkan.
2. Membunyikan suku kata yang ditunjukkan.
2. Menyesuaikan suku kata dengan gambar yang diberi.
3. Membaca perkataan yang ditunjukkan.
3. Memadankan gambar dengan perkataan yang diberi.
Padankan Gambar-Gambar di Bawah
كريتا
بوغا
باتو
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
Bacaan tambahan
Sumber-sumber bahan bacaan jawi terdiri daripada kad-kad bacaan,
buku-buku cerita, majalah-majalah berunsur pendidikan. Kad-kad bacaan boleh
diperolehi daripada pasaran atau disediakan oleh guru sendiri. Kad-kad bacaan
mengandungi tajuk atau tema yang pelbagai. Bentuk bacaan yang sesuai ialah
bentuk rencana, pantun, teka-teki, dialog, cerita, iklan dan berita.
Contoh Pantun
هاري , دفاكي تيغكي تربغن هيلغ بوروغككداي ,فركي
, امق بليكن ماتي دداهن سبنتر هيغكفبنغ ,سكولوغ
, سوده كاالو ديري سومبوغ ساللو كاالوفنداي منجادي
. كامو هيدوفله ممبنجي اكن اورغ سمواسنغ .دالم
Contoh Petikan Cerita (Lampiran F )
اير
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
2) AKTIVITI PENGAYAAN TULISAN (MENULIS)
Aktiviti pengayaan untuk tulisan biasanya disediakan dalam bentuk lembaran
kerja. Untuk menarik minat murid-murid mengeja dan menulis perkataan, aktiviti
pengayaan ini disediakan dalam;
Menulis huruf
Contoh : Menulis tunggal bersambung dan perkataan.(Lampiran H1 & H2 )
Uji minda bentuk silang kata.
Contoh : Silang kata Suku Kata Terbuka dan Tertutup.(Lampiran G1 )
3. AKTIVITI PENGAYAAN GABUNGAN BACAAN DAN TULISAN (MEMBACA
DAN MENULIS)
Permainan dan rekreasi
Aktiviti yang mengandungi permainan dan rekreasi mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Aktiviti ini boleh menjadikan
murid berfikir bagaimana hendak menyelesaikan beberapa masalah yang timbul
daripada sesuatu permainan dengan menggunakan pelbagai cara dan
strategi.Aktiviti ini boleh dimainkan secara berkumpulan, perseorangan dan
berpasangan mengikut kesesuaian seperti;
a) Menyambungkan titik untuk membentuk huruf.
b) Mencari tajuk sesuatu gambar ataupun cerita yang diberi.
c) Teka-teki
d) Sahiba.
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
Contoh Teka-teki:
I
Aktiviti pengayaan adalah variasi yang mana murid-murid berpeluang
didedahkan kepada cabang ilmu pengetahuan yang pelbagai. Contohnya
serapan ilmu Bahasa Melayu seperti pantun, teka-teki dan sebagainya manakala
Pendidikan Seni seperti mewarna dan sebagainya. Begitu juga lembaran kerja
dan aktiviti pengayaan adalah cenderung kepada membina fikiran murid-murid
supaya lebih kreatif dan kritis seperti uji minda silang kata. Aktiviti permainan dan
rekreasi bagus untuk meransang minda dan membentuk semangat juang untuk
menang contohnya permainan sahibba. Semangat setiakawan dan membantu
orang yang lemah juga dipupuk di dalam aktiviti berkumpulan.
, تورون الغيت دري دداهن اتاو دتانه منجالر , الم, سوده دديسا اتاو هوتن ددالم كبومي
بربقتي ,اي
, كقد قنتيغ ساغت كاسيهن تياد دتلن مغسا ,كامي
. سموان اي تنقا بربيسا امت قون سكجيلن .ماتي
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
REFLEKSI
Melalui pengalaman saya sendiri sebagai guru dalam latihan ( j-Qaf),
pemulihan jawi amat berkesan dilaksanakan dengan menggunakan kaedah
bersesuaian sebagaimana yang terkandung di dalam “Buku Panduan
Pelaksanaan j-Qaf; Model Pemulihan Jawi. Semua aktiviti yang dicadangkan
untuk setiap kemahiran yang ada di dalam sukatan pelajaran jawi amatlah
membantu bagi mengendalikan aktiviti pemulihan.
Sewaktu saya mengendalikan kelas pemulihan tahun 1 Cempaka,
didapati murid-murid ini gemar kepada aktiviti belajar sambil bermain. Malah
kaedah latih tubi berulang kali dengan cara menunjukkan carta huruf dan
bergambar dapat meransang minat mereka agar lebih cepat mengingat dan
menguasai kemahiran mengenal dan membaca huruf jawi tunggal. Simulasi
gambar dan huruf dapat menarik minat mereka untuk lebih fokus.
Manakala kaedah tunjukcara atau demonstrasi saya lakukan dengan cara
melakar huruf di udara atau di belakang rakan mampu memberi keseronokkan
dan belajar pada masa yang sama.
Di samping itu, murid-murid pemulihan ini saya dedahkan dengan aktiviti
yang melibatkan latihan di dalam kumpulan. Sebagai contoh di dalam kemahiran
mengenal dan membaca suku kata terbuka, saya berikan aktiviti pancing ikan
yang mana 10 orang murid tadi dibahagikan menjadi 2 kumpulan. Kumpulan ini
akan berlumba untuk menyusun suku kata daripada badan ikan dan
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
membacanya.Mana-mana kumpulan yang pantas menyusun dan membaca suku
kata paling banyak akan dikira menang.
Setiap aktiviti yang saya lakukan terhadap murid akan saya sudahkan
dengan pemberian hadiah sebagai memotivasikan usaha dan inisiatif mereka di
dalam menguasai setiap kemahiran.
Sebagai peneguhan dan pengayaan, saya berikan aktiviti yang pelbagai
agar mereka dapat menambahkan pengetahuan ke aras yang lebih tinggi di atas
satu-satu kemahiran. Lembaran kerja diberikan dengan bentuk yang kritis
supaya mereka menjadi lebih kreatif untuk menyelesaikan latihan.
KEBAIKAN PROSES PEMULIHAN DAN PENGAYAAN JAWI
Pelajar dapat mengenal dan menyebut huruf-huruf jawi tunggal.
Pelajar yang tercicir daripada mengikuti pelajaran jawi akan dapat
mengenal dan menyebut huruf jawi mengikut tahap penguasaan mereka.
Pelajar dapat menyebut huruf-huruf jawi dengan makhraj yang betul.
Pelajar juga diberi penekanan dari aspek sebutan. Pelajar diajar menyebut huruf
jawi dengan betul seterusnya akan dapat membantu mereka dalam
mengaplikasikannya ketika bacaan al-Quran dan pembelajaran bahasa arab.
Kesan positif ini seharusnya dijadikan satu panduan dalam membantu usaha
untuk memantapkan lagi panulisan jawi.
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
Pelajar juga dapat menulis huruf-huruf jawi mengikut arah yang betul
serta dapat membezakan bentuk-bentuk huruf jawi.
Pelajar dapat menulis huruf jawi seperti yang diajar. Penulisan yang betul iaitu
daripada kanan ke kiri adalah sangat penting dalam penulisan jawi. Hal ini juga
akan membolehkan pelajar membezakan bentuk huruf-huruf jawi yang dipelajari
seterusnya memantapkan lagi ingatan dan pengenalan terhadap huruf tersebut.
Memberi pededahan kepada pelajar mengenai suku kata terbuka dan
tertutup seterusnya membina perkataan-perkataan mudah.
Pelajar akan dapat membaca suku kata terbuka dan tertutup dengan cara
mengeja. Pendedahan awal ini bertujuan menarik minat pelajar untuk
mempelajari kemahiran jawi seterusnya membaca bahan penulisan jawi.
Daripada perkataan kepada ayat pendek dan seterusnya kepada klausa yang
membentuk satu petikan.
Mengurangkan bebanan guru pendidikan Islam di sekolah dalam
mencapai objektif pelajaran.
Guru mata pelajaran Menghadkan 6 hingga 10 orang pelajar bagi seorang guru
pemulihan jawi (j-QAF) akan dapat memberi penumpuan yang lebih terhadap
pelajar-pelajar yang lemah terutama dalam penguasaan huruf-huruf jawi. Ini
kerana program tersebut memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajar yang
terlibat sehingga mereka mampu mengenal, menyebut dan membaca seperti
pelajar-pelajar lain.
KELEMAHAN PROSES PEMULIHAN DAN PENGAYAAN
Kaedah belajar sambil bermain
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
Memerlukan perancangan yang rapi dan tersusun sebelum dilaksanakan.
Kebanyakan murid mengutamakan permainan yang dijalankan tanpa menghayati
pelajaran yang cuba disampaikan. Oleh itu guru perlu merancang aktiviti yang
menepati konsep ‘ belajar sambil bermain' bukan ' bermain sambil belajar '.
Maksudnya pelajaran ialah matlamat manakala permainan pola cara untuk
mencapai matlamat.
Tempat belajar yang terhad
Perlaksanaan kelas pemulihan jawi yang dijalankan di bilik j-QAF yang terhad.
Bilik pemulihan yang ada diletakkan di tempat yang tidak strategik apabila
lokasinya ada kalanya terlalu jauh di hujung bangunan di tingkat paling atas.
Begitu juga dengan saiz bilik yang kecil. Tanpa penyediaan tempat yang
kondunsif dan sesuai akan menyukarkan program pemulihan.
Bahan bantu Mengajar dan Pengalaman
Kekurangan bahan bantu mengajar sedikit sebanyak melemahkan usaha
pemulihan dan menjadi faktor kepada wujudnya suasana pembelajaran
membosankan. Sebaliknya, apabila bahan bantu mengajar mencukupi tetapi
guru pula tiada pengalaman dalam menggunakan bahan tersebut juga tidak
memberi kesan terhadap pengajaran. Hal ini pastinya mengundang
pemasalahan yang sama.
Penyerahan tugas sepenuhnya kepada guru j-QAF
Masalah guru mata pelajaran menyerahkan tugas pengajaran kepada guru j-
QAF. Bilangan murid yang ramai sudah tentu menyukarkan guru untuk memberi
perhatian sepenuhnya kepada pelajar yang lemah dan memerlukan bimbingan
walaupun mengikut giliran.. Kehadiran guru j-QAF telah diambil kesempatan oleh
guru mata pelajaran dalam konteks ini.
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Tumpuan yang khusus
Memberi tumpuan yang lebih untuk setiap orang murid. Semoga dengan cara
ini, murid lebih mengambil berat dengan matapelajaran jawi dan dapat
mengingati dengan lebih cepat.
Waktu Tambahan
Menambah waktu untuk kelas pemulihan jawi, ini kerana peruntukan 2 waktu
seminggu adalah tidak mencukup. Ini kerana silibus jawi hanya ditekankan pada
6 bulan pertama, manakala semester berikutnya matapelajaran jawi akan
dikurangkan kepada 1 waktu dan akan ditambah dengan pendidikan syariah
islam. Hal ini agak menyukarkan murid dan masih ramai murid yang tidak dapat
menguasai jawi dalam masa 6 bulan.
Pelbagaikan kaedah dan teknik
Aplikasikan pelbagai kaedah dan teknik supaya murid tidak bosan dengan
pembelajaran dan pengajaran. Justeru, guru pemulihan dimestikan kreatif dan
mempunyai inisiatif yang luar biasa berbanding guru kelas murid yang pandai
dan pengayaan perlu disesuaikan dengan tahap murid pemulihan.
Kerjasama antara guru j-QAF dan guru mata pelajaran
Kerjasama erat supaya proses pemulihan dan pengayaan mencapai objektif. Di
harap guru mata pelajaran dapat bersama memantau pelajar lemah dan juga
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
memberi tumpuan kepada pelajar lemah yang masih menunggu giliran untuk
mengikuti kelas pemulihan.
Tempat yang strategik dan kondusif
Pihak pentadbir sekolah dapat menyediakan satu tempat pemulihan yang lebih
strategik mengikut fizikal sekolah supaya kelas pemulihan berjaya. Tempat yang
luas dan kondusif member peluang agar aktiviti pemulihan berjalan lancar dan
lebih ramai guru mampu melaksanakan kelas serentak.
RUMUSAN
Kemampuan dan kecerdasan setiap murid adalah berbeza, justeru
adalah perkara biasa apabila proses pengajaran dan pembelajaran akan
terganggu kelancarannya.
Fokus utama tugasan ini adalah mengenai masalah kemahiran membaca
dan menulis dalam pelajaran jawi. Biasanya murid-murid bermasalah ini terdiri
daripada mereka yang mempunyai IQ yang rendah. Keadaan ini berhubung
rapat dengan punca-punca masalah pembelajaran sepertimana yang telah
dikenalpasti.
Setiap masalah ada penyelesaiannya, oleh itu pendidikan pemulihan dan
pengayaan perlu dilaksanaan oleh guru secara jitu. Tujuan utama pendidikan
pemulihan ialah untuk membantu murid-murid dalam mengembangkan diri dan
menunjukkan potensi diri. Untuk menangani masalah pembelajaran membaca
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
dan menulis ini, menjadi tanggungjawab guru dalam mengendalikan aktiviti
pemulihan agar lebih berkesan dan dapat memberi perubahan yang positif
kepada murid-murid, di samping melahirkan murid yang berkemahiran dan minat
untuk mencari ilmu pengetahuan.
Aktiviti pengayaan diberikan kepada semua kategori murid agar mereka dapat
mengaplikasikan kemahiran yang sedia ada ke aras yang lebih tinggi. Pada erti
kata lain, andai aras 1 dikuasai oleh semua murid,dan aras 2 mampu dicapai
lebih separuh jumlah murid maka aras 3 yang kurang daripada separuh perlulah
didedahkan kepada murid lemah sebagai peneguhan setelah menguasai
sesuatu kemahiran
Secara keseluruhannya, program pemulihan jawi dan pengayaan berjaya
dilaksanakan, akan tetapi ia masih perlu diperbaiki agar murid lebih mantap dari
segi perolehan ilmu jawi itu sendiri.Kerjasama semua pihak sama ada guru,
murid itu sendiri, ibu bapa dan pihak pentadbir mampu merealisasikan usaha ini!.
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
BIBLIOGRAFI
Ahmad bin Mohd Salleh (2008) Pengajian Agama Islam j-QAF, Metadologi dan
Pedagogi Pendidikan. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti.
Ee Ah Meng (2002) Pedagogi IV, Siri Diploma Perguruan.. Shah Alam. Penerbit
Fajar Bakti.
Buku Panduan Perlaksanaan Model-model Pengajaran dan Pembelajaran Dan
Kokurikulum j-QAF Tahun 1.
Mok Soon Sang (2003).Ilmu Pendidikan untuk KPLI: Psikologi Pendidikan &
Pedagogi.Subang Jaya.Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
http://sesinarsuria.blogspot.com/2009_03_01_archive.html
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
PERMAINAN SAHIBA
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
BALING TIN
PANCING IKAN
JAW
I : P
EMU
LIH
AN &
PEN
GAY
AAN
ILMU PENDIDIKAN
MARNI SUNWANTI BT YUSOF/KPLI-J-QAF
KERETAPI
TENTENG