-minit-mesy-PBPPP

6
SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK 21400 MARANG, TERENGGANU MINIT MESYUARAT TAKLIMAT PELAKSANAAN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)2015 TARIKH : 20 MEI 2015 (RABU) MASA : 11.00 am TEMPAT : BILIK GURU BESAR KEHADIRAN: 1. En.Md Zin bin Sulaiman Guru Besar 2. En.Maliki bin Mamat GPK Pentadbiran 3. En.Mohd Rosli bin Mamat GPK Hem 4. En.Mohd Adnan bin Ramli GPK Kokurikulum AGENDA 1. PERUTUSAN PENGERUSI 2.PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 3.PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 4.PERKARA-PERKARA SEMASA 5.HAL-HAL LAIN 6.PENUTUP

description

pbppp

Transcript of -minit-mesy-PBPPP

SJK (C) KWONG MAN, BATU KURAU, PERAK

SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK21400 MARANG, TERENGGANU

MINIT MESYUARAT TAKLIMAT PELAKSANAAN PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)2015

TARIKH : 20 MEI 2015 (RABU)MASA : 11.00 am TEMPAT : BILIK GURU BESAR

KEHADIRAN:

1. En.Md Zin bin Sulaiman Guru Besar2. En.Maliki bin Mamat GPK Pentadbiran3. En.Mohd Rosli bin MamatGPK Hem4. En.Mohd Adnan bin RamliGPK Kokurikulum

AGENDA1. PERUTUSAN PENGERUSI2.PENGESAHAN MINIT MESYUARAT3.PERKARA-PERKARA BERBANGKIT4.PERKARA-PERKARA SEMASA5.HAL-HAL LAIN6.PENUTUP

1.0 UCAPAN PENGERUSI / GURU BESAR

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan membaca surah Al- Fatihah dan mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru.1.2 Menjelaskan tujuan mesyuarat mengenai penilaian yang bakal dijalankan kepada semua guru untuk meningkatkan prestasi guru.2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Tiada

3.0 PERKARA BERBANGKIT

Tiada

4.0 PERKARA-PERKARA SEMASA

4.1Taklimat Pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Kementerian Pendidikan Malaysia rujuk slide

4.1.1Memberi penerangan tentang latar belakang PBPPP. PTK digantikan dengan penilaian baru yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan Kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan.Bagi tahun 2015, Pelaksaan PBPPP sepenuhnya melibatkan kumpulan guru dan kepimpinan sekolah di bawah kawalan KPM dan semua pihak yang berkenaan diwajibkan melaksanakan PBPPP ini bermula bulan April 2015 Tindakan semua guru

4.1.2Memberi penerangan tentang komponen penilaian (PdP) dan Komponen Penilaian Bersepadu (Kepimpinan Sekolah) Tindakan semua guru

4.2.Penerangan tentang proses penilaian PBPPP guru rujuk slide 4.2.1 Penilaian PBPPP guru Penilaian terbahagi kepada Kompetensi 90% dan Keberhasilan murid 10%. Guru diukur merujuk kepada Kompetensi Guru dan Keberhasilan Murid sebagai penunjuk kepada kualiti guru dan akauntabiliti guru terhadap profesion keguruan mereka. Tindakan semua guru

4.2.2 Penerangan tentang pelaksanaan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Tindakan semua guru

4.2.3 Penubuhan Jawatankuasa Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (JKPBPPP) 2015 adalah seperti berikut :

Jawatankuasa Penilaian Bersepadu Pegawai PerkhidmatanPendidikan (JKPBPPP) 2015

Guru Besar sebagai Ketua Organisasi

En. Md Zin bin Sulaiman

Guru Penolong Kanan Pentadbiran sebagai Setiausaha

En. Maliki bin Mamat

Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Guru Penolong Kanan atau Ketua Bidang1. En.Mohd Rosli bin Mamat2. En.Mohd Adnan bin Ramli3.En.Azarul Razamin b. Mat said

Anggota Khidmat Sokongan (pekeranian/Urusetia)

Pn.Nora bt Mohamad

4.2.4 Kriteria Pegawai yang dinilai adalah semua guru dan pemimpin sekolah seluruh Malaysia akan dinilai pada tahun 2015. Pelantikan penilai berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh Panel Penilaian seperti berikut:

-Rujuk Lampiran Bercetak-

4.2.5 Pengurusan penilaian PBPPP adalah secara dalam talian melalui Laman web. PBPPP akan dilaksanakan sepenuhnya bermula pada tahun 2015.

Tindakan semua guru

4.2.6 Instrumen Penilaian Kompetensi bagi kumpulan Guru Akademik , Guru Bimbingan dan Kaunseling serta Jurulatih . Kaedah Penilaian adalah melalui Semakan Bahan, Temu bual , Pencerapan dan Pemerhatian. Menilai hasil kerja guru dalam tempoh satu tahun terhadap murid yang di bawah tanggungjawabnya. Tindakan semua guru 4.2.7 Penerangan tentang Deskriptor Aras Pencapaian dalam PBPPP. Deskriptor Aras Pencapaian dalam PBPPP adalah terbahagi kepada lemah, memuaskan, baik dan cemerlang.

Tindakan semua guru

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Ucapan oleh GPK Pentadbiran Penilaian akan dilaksanakan secara manual dan kemudian akan di masukkan ke dalam sistem laman web yang berkenaan.

6.0 PENUTUP

4.1 Mesyuarat ini ditangguhkan pada pukul 12.30 p.m.

Disediakan oleh:

(MALIKI BIN MAMAT) Setiausaha.

Disemak oleh:

(MD ZIN BIN SULAIMAN)Guru Besar.