MARI BELAJAR PANTUN
description
Transcript of MARI BELAJAR PANTUN
MARI BELAJAR PANTUN
PANTUN EMPAT KERAT(MUAFAKAT)
Rangkap 1
Indah sungguh warna pelangi,Tidak luput hingga senja;
Ke lurah sama diharungi,Usaha bersama membawa bahagia.
(Maksud Rangkap 1: Suatu perkara yang dilakukan bersama-sama akan membawa kejayaan)
Rangkap 2
Buah salak di dalam kantung,Kulitnya keras isinya kelat;
Bulat air kerana pembetung,Bulat manusia kerana muafakat.
(Maksud Rangkap 2: Manusia akan bersatu padu apabila bermuafakat)
Rangkap 3
Turun ke paya memetik kangkung,Hati-hati terkena getahnya;
Bergotong-royong penduduk sekampung,Hidup muafakat hidup bahagia.
(Maksud Rangkap 3: Kerjasama antara penduduk akan melahirkan kehidupan yang bahagia)
Rangkap 4
Beras segantang sudah disukat,Lalu disimpan di atas para;
Andai seluruh masyarakat muafakat,Negara damai rakyat sejahtera.
(Maksud Rangkap 4: Apabila rakyat bermuafakat lahirlah negara yang aman dan sejahtera)
Rangkap 5
Sawah padi luas terbentang,Kuning keemasan indahnya maya;
Percaya-mempercayai asas berpegang,Barulah muafakat kekal selamanya.
(Maksud Rangkap 5: Sikap saling mempercayai adalah asas untuk melahirkan permuafakatan yang berkekalan)
Rangkap 6
Harum sungguh bunga melati,Hiasan sanggul amat memikat;
Bertolak ansur, hormat-menghormati,Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.
(Maksud Rangkap 6: Sikap toleransi dan saling menghormati amat penting untuk mengukuhkan perpaduan)
TEMA
Hidup bermuafakat menjamin kesejahteraan
PERSOALAN
1. Kepentingan amalan bergotong-royongContoh:Bergotong-royong penduduk sekampung,
Hidup muafakat, hidup bahagia
2. Sikap saling mempercayai asas permuafakatanContoh:Percaya-mempercayai asas berpegang,
Barulah muafakat kekal selamanya.
3. Sikap toleransi mengukuhkan perpaduanContoh:Bertolak-ansur hormat-menghormati,
Mengukuh perpaduan, ikatan muafakat.
BENTUK PANTUN→Mempunyai 6 rangkap→Mempuyai 4 baris bagi setiap rangkap→Dua baris di atas merupakan pembayang dan
dua baris di bawah merupakan maksud→Jumlah perkataan antara 3 hingga 4 perkataan
sebaris.Contoh: Ke lurah sama diharungi
(3 perkataan-Rangkap 1)Contoh: Indah sungguh warna pelangi
(4 perkataan-Rangkap 1)
→Terdiri daripada 9 hingga 13 suku kata sebarisContoh: ke/lu/rah sa/ma di/ha/ru/ngi
(9 suku kata-Rangkap 1)Contoh: per/ca/ya mem/per/ca/ya/I a/sas
ber/pe/gang (13 suku kata-Rangkap 5)
→Rima akhir: abab
GAYA BAHASA
1) AsonansiContoh: Usaha bersama membawa bahagia
(pengulangan vokal “a”)2) Aliterasi
Contoh: Kulitnya keras isinya kelat (pengulangan konsonan “k”)
3) AnaforaContoh: Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat(pengulangan perkataan bulat
pada awal baris)4) PeribahasaContoh: Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
5) Repitisi Contoh: Hidup muafakat hidup bahagia
(pengulangan perkataan hidup dalam satu baris)
6) Inversi (pembalikan kata)Contoh: Bergotong-royong penduduk sekampung sepatutnya Penduduk sekampung bergotong-royong
7) Unsur alamContoh: Tumbuhan – kangkung, bunga melati
Alam – paya, sawah padi
paya Sawah padi
kangkung Bunga melati
NILAI
1) Nilai bekerjasama→ Amalan bermuafakat dan bekerjasama dalam
kalangan penduduk kampung melahirkan kehidupan yang sejahtera
Contoh: Andai seluruh masyarakat muafakat, Negara damai, rakyat sejahtera.
2) Nilai semangat bermasyarakat→ Masyarakat yang percaya-mempercayai akan
dapat mengukuhkan perpaduan.Contoh: Percaya-mempercayai asas berpegang,
Barulah muafakat kekal selamanya.
3) Nilai hormat-menghormati→ Masyarakat yang saling menghormati dapat
memperkukuh perpaduanContoh: Bertolak ansur hormat-menghormati,
Mengukuh perpaduan, ikatan muafakat.
PENGAJARAN
1) Kita haruslah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaanContoh: Ke lurah sama diharungi,
Usaha bersama membawa bahagia.
2) Kita hendaklah saling mempercayai antara satu sama lain
Contoh: Percaya-mempercayai asas berpegang, Barulah muafakat kekal selamanya.
3) Kita perlulah saling menghormati dalam kalangan masyarakat
Contoh: Bertolak ansur hormat menghormati, Mengukuh perpaduan, ikatan
muafakat.