pracapaian.doc - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/1587/1/kamsiahac000214d04ttp.pdf · Besides, this...
Transcript of pracapaian.doc - ir.fsksm.utm.myir.fsksm.utm.my/1587/1/kamsiahac000214d04ttp.pdf · Besides, this...
PAGE
8
SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN
KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Komputer)
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER, 2004
DEDIKASI
Buat ayahanda, bonda dan ahli keluarga tercinta:
Zainal Abidin Bin Ahmad
Fauzilah Hanam Binti Mohd. Desa
Ahmad Zafiruddin Bin Zainal Abidin
Zuraidah Binti Zainal Abidin
Isma Khalil Bin Zainal Abidin
Zarina Binti Zainal Abidin
Azman Bin Zainal Abidin
Azlan Bin Zainal Abidin
Terima kasih di atas dorongan dan semangat yang kalian berikan. Tidak lupa juga buat Fatin, Farah dan juga Syikin yang disayangi dan dirindui selalu serta ahli keluarga yang lain .Terima kasih di atas segala-galanya.
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inaiyahNya serta kekuatan yang diberikanNya, dapat saya menyiapkan laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada Penyelia saya iaitu Puan Rozilawati Bt. Dollah @ Md Zain yang telah banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar, dorongan dan nasihat serta kerjasama yang baik kepada saya sepanjang projek ini dijalankan.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga serta ucapan jutaan terima kasih kepada Puan Noorhanita Binti Mohamad selaku Pengurus Pejabat Tempatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Encik Khalimi selaku Pegawai Eksekutif dan Encik Norazman yang memberi kerjasama yang baik semasa sesi temuramah dilakukan di Pejabat Tempatan PERKESO Cawangan Kuala Kangsar, Perak. Tidak dilupakan juga buat ayahanda dan bonda serta keluarga tersayang yang telah banyak memberi sokongan dan restu serta semangat kepada saya selama ini.
Tidak lupa buat rakan seperjuangan, jasa kalian tetap akan dikenang. Diharapkan projek ini akan dapat memberi manfaat kepada semua dan seterusnya mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T.
ABSTRAK
Sistem Maklumat Pengurusan Pendaftaran Majikan PERKESO secara atas talian atau SMPPMP adalah merupakan sistem yang dibangunkan bagi membantu memudahkan urusan pendaftaran majikan yang melibatkan majikan dan juga kakitangan PERKESO Cawangan Kuala Kangsar. Jika sebelum ini segala pendaftaran majikan dilakukan secara manual menggunakan borang dan penyimpanan maklumat masih tidak menggunakan pangkalan data, diharapkan SMPPMP akan dapat mengatasi masalah dan meringankan tanggungjawab pengguna sistem. Kepentingan sistem ini adalah bagi membantu fungsi 3 pihak utama yang menggunakan sistem iaitu majikan, kerani bahagian penguatkuasaan dan juga pegawai eksekutif PERKESO. Metodologi yang dipilih dalam pembangunan sistem adalah menggunakan pendekatan prototaip evolusi kerana sesuai dengan SMPPMP yang dibangunkan secara atas talian. Selain itu, projek ini juga menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver MX 2004 untuk antaramuka pengguna, MySQL untuk pangkalan data dan Hypertext Proccessor (PHP). Projek ini juga dibangunkan berasaskan web. Selain itu, konsep pelayan pelangan digunakan untuk melaksanakan projek pembangunan SMPPMP. SMPPMP yang dibangunkan diharapkan dapat memberi faedah kepada semua pihak yang terlibat dan dapat seterusnya meningkatkan prestasi sistem semasa.
ABSTRACT
The online Employer Registration Information Management System (ERIMS) of PERKESO is designed for the benefits of the employer as well as the staff at
PERKESO office, Kuala Kangsar branch. Previously, all the transactions especially regarding registration were done manually. By having this system, it possibly can help reducing problem and burden to the target users. The system will bring so much benefit to three main users that are; the employer, enforcement clerk and PERKESO executive officers. Methodology that has been selected is prototype evolution because it is the most suitable method for online system. Besides, this project also using Macromedia Dreamweaver MX 2004 to create user interface, My SQL for database and Hypertext Processor (PHP). This is a website based system. In fact, client server concept is used to implement the online ERIMS. Hopefully, the system can benefit to all related parties and improve the quality of the current system.
KANDUNGAN
BAB
PERKARA
HALAMAN
JUDUL
i
PENGAKUAN
ii
DEDIKASI
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
xiii
SENARAI RAJAH
xiv
SENARAI SINGKATAN
xv
SENARAI LAMPIRAN
xvi
BAB1
PENGENALAN
1
1.1 Pengenalan Projek
1
1.2 Latar Belakang Masalah
2
1.3 Pernyataan Masalah
4
1.4 Objektif Projek
5
1.5 Skop Projek
6
1.6 Kepentingan Sistem
7
1.7 Ringkasan
8
BABII
KAJIAN LITERATUR
9
2.1Pengenalan
9
2.2Organisasi Kajian
10
2.2.1 Latar Belakang Organisasi
10
2.2.2Misi/ Matlamat PERKESO
11
2.2.3Objektif Korporat
12
2.3 Unit-Unit Dalam PERKESO
12
2.3.1 Bahagian Pentadbiran
13
2.3.2 Bahagian Pembayaran
13
2.3.3Bahagian Penguatkuasaan
14
2.3.3.1 Mengemaskini Master record
14
2.3.3.2 Fail Majikan
15
2.3.3.3 Majikan
15
2.3.3.4 Sistem Fail Majikan
16
2.3.3.5 Pekerja
17
2.3.3.4 Caruman
18
2.3.4Bahagian Faedah
20
2.3.5Kaunter Urusan
21
2.3.5Pegawai Eksekutf
21
2.4 Kajian Sistem semasa
22
2.5Teknologi Internet
23
2.5.1 Internet
24
2.5.2Web
25
2.6Sistem Maklumat Pengurusan
27
2.6.1Definisi Sistem Maklumat Pengurusan
27
2.6.2Ciri-Ciri Sistem Maklumat Pengurusan
28
2.7Teknologi Pelayan Pelanggan
29
2.8Kajian Perdagangan Elektronik
30
2.8.1Electronic File Transfer (EFT)
31
2.9Ringkasan
31
BAB IIIPERANCANGAN KERJA
32
3.1Pengenalan
32
3.2Metodologi Projek
33
3.2.1Model Prototaip
33
3.2.2Prototaip Evolusi
34
3.2.2.1Fasa Perancangan
35
3.2.2.2Fasa Analisa
36
3.2.2.3Fasa Rekabentuk
37
3.2.2.4Fasa pembangunan Prototaip
37
3.2.2.5Fasa Pengujian Dan Penilaian Prototaip38
3.3Justifikasi Pemilihan Metodologi
38
3.4Keperluan Perkakasan dan Perisian
39
3.4.1Perkakasan
39
3.4.1.1Spesifikasi Perkakasan
40
3.4.1.2 Justifikasi Perkakasan
41
3.4.2Perisian
41
3.4.2.1Spesifikasi Perisian
42
3.4.2.2 Justifikasi Perisian
42
3.5Metodologi Projek Dan Perancangan Kerja
46
3.5.1Perlaksanaan Projek I
46
3.5.2Perlaksanaan Projek II
47
3.6Ringkasan
48
BAB IVANALISA DAN REKABENTUK SISTEM
49
4.1 Pengenalan
49
4.2 Rekabentuk Awal
50
4.2.1Rekabentuk Pangkalan Data
50
4.2.2Rekabentuk Sistem
51
4.2.2.1 Hirarki Antaramuka Sistem
52
4.3 Analisa Sistem
54
4.3.1Rajah Aliran Data
54
4.3.2Rajah Konteks
55
4.3.3Rajah Aliran Data Peringkat Sifar
55
4.3.4Rajah Aliran Data Peringkat Satu
55
4.4Rajah Entiti Hubungan
56
4.5Rekabentuk Antaramuka
56
4.5.1Modul Pendaftaran
57
4.5.2Modul Komen/Cadangan
57
4.5.3Modul Pentadbir
58
4.5.4Modul Bayaran Caruman
58
4.6Rekabentuk Pangkalan Data
59
4.7Senibina Sistem
60
4.8Spesifikasi Input
61
4.9Spesifikasi Output
62
4.10Ringkasan
63
BAB VPERLAKSANAAN SISTEM
64
5.1Pengenalan
64
5.2Persekitaran pembangunan
65
5.2.1Keperluan Perkakasan
65
5.2.2Pemasangan Perisian
65
5.2.2.1Macromedia Dreamweaver MX 200466
5.2.2.2Apache Web server
67
5.3Pembangunan Pangkalan Data Fizikal
67
5.4Pembangunan Antaramuka Sistem
68
5.5Penulisan Dan Pengekodan Aturcara
69
5.6Pembangunan Modul Sistem
69
5.6.1Modul Pendaftaran
70
5.6.2Modul Pembayaran
70
5.6.3Modul Komen/ Cadangan
71
5.6.4Modul Pentadbir
71
5.7Pengintegrasian Sistem
72
5.8Implementasi
73
5.9Ringkasan
74
BAB VIPENGUJIAN DAN PENILAIAN SISTEM
75
6.1Pengenalan
75
6.2Pengujian Unit
76
6.3Pengujian Integrasi
77
6.4Pengujian Sistem
78
6.5Ujian Penerimaan
78
6.6Kes Ujian
78
6.7Kesimpulan
81
BAB VIIPERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
82
7.1 Pengenalan
82
7.2Kelebihan Sistem
83
7.3Kelemahan Sistem
85
7.4Kekangan Sistem
85
7.5Andaian
86
7.6Cadangan
86
7.7Kesimpulan
87
RUJUKAN
88
LAMPIRAN
90-164
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
TAJUK
HALAMAN
2.1 Jumlah caruman yang perlu dibayar
19
oleh majikan
3.1 Perkakasan, Spesifikasi dan Justifikasi untuk
untuk komputer peribadi
40
3.2
Spesifikasi minima bagi Keperluan Perisian
42
4.1
Senarai Rekabentuk Pangkalan Data
51
6.1 Kes Ujian Bagi Fungsi Membuat Pendaftaran 79
6.2 Kes Ujian Bagi Fungsi Menyemak
79
Maklumat Majikan
6.3 Kes Ujian Bagi Fungsi Menghapus/
79
Mengemaskini Maklumat Pendaftaran Baru
6.4
Kes Ujian bagi Carian
80
6.5
Kes Ujian bagi Fungsi Jana Laporan
80
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH
TAJUK
HALAMAN
2.1
SPT dan SMP
29
3.1
Langkah Kerja Prototaip Evolusi
35
5.1
Keratan Aturcara untuk menghubungkan
Antaramuka dengan pangkalan data
67
SENARAI SINGKATAN
ASP
Active Server Pages
DFD
Data Flow Diagrams
ERD
Entity Relationship Diagram
HTML
HyperText Markup Language
PERKESOPertubuhan Keselamaatn Sosial
PC
Personal Computer
RAD
Rapid Application Development
SDLC
System Development Life Cycle
SMPPMPSistem Maklumat Pengurusan Pendaftaran Majikan PERKESO
TCP/IPTransmission Control Protocol / Internetworking Protocol
URL
uniform resource locator
www
world wide web
EFTElectronic File Transfer
PHPHypertext Processor
SMPSistem Maklumat Pengurusan
SPTSistem Pemprosesan Transaksi
RAMRandom Access Memory
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK
HALAMAN
A
Carta Gantt
90
Projek I
91
Projek II
92
B
Maklumat PERKESO
94
Soalan Temubual
95
Borang Daftar Majikan
97
Borang Daftar pekerja
98
C
Rajah Hirarki Skrin
106
D
Rekabentuk Sistem
108
Rajah Konteks
109
E
Rajah Aliran Data (DFD)
110
F
Rajah Hubungan Entiti (ERD)
121
G
Rekabentuk Pangkalan Data
123
H
Rajah Senibina Sistem
128
I
Panduan Pengguna
130
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan Projek
Kecanggihan teknologi pada masa kini secara tidak langsung telah menggalakkan penggunaan aplikasi dalam bidang teknologi. Salah satu daripada teknologi tersebut adalah teknologi internet. Internet adalah merupakan satu rangkaian global yang menghubungkan beribu-ribu sistem komputer di merata tempat dengan menggunakan bahasa yang sama dan membenarkan orang ramai mencapai maklumat dan perkhidmatannya. Dengan adanya teknologi internet, semua urusan dapat dilakukan dengan mudah dan cepat tanpa mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Oleh kerana teknologi yang semakin berkembang, kebanyakan organisasi juga tidak ketinggalan menggunakan aplikasi tersebut dalam urusan syarikat.
Sistem Maklumat Pengurusan Pendaftaran Majikan PERKESO Kuala Kangsar secara atas talian (SMPPMP) dibangunkan bertujuan untuk membantu pengguna-pengguna iaitu kakitangan PERKESO bahagian penguatkuasaan untuk menguruskan maklumat berkaitan majikan yang mencarum di PERKESO Cawangan Kuala Kangsar. Berbanding sebelum ini semua maklumat majikan disimpan dan diuruskan secara manual di dalam fail majikan. Ini merumitkan kerani untuk
menyemak dan membuat carian maklumat majikan yang dikehendaki apabila diperlukan. Justeru itu, peranan utama sistem ini adalah untuk membantu pegawai dan kerani khususnya bahagian penguatkuasaan di dalam menguruskan data dan maklumat majikan yang mencarum dengan PERKESO Cawangan Kuala Kangsar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Organisasi kajian yang dipilih bagi perlaksanaan projek ini adalah Pejabat Tempatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang terletak di Kuala Kangsar, Perak. Sistem fail majikan yang sedia ada di PERKESO Cawangan Kuala Kangsar adalah dilakukan secara manual. Majikan yang ingin membuat pendaftaran pekerja dan pendaftaran syarikat dengan PERKESO perlu datang ke Pejabat PERKESO Kuala Kangsar serta mengisi borang pendaftaran majikan dan kemudian menghantar semua borang pendaftaran majikan atau pekerja secepat mungkin atau selewat-lewatnya 30 hari selepas borang diserahkan. Ini menyukarkan majikan untuk berulang alik dari pejabat mereka ke Pejabat PERKESO.
Terdapat banyak kelemahan tentang sistem pengurusan maklumat majikan yang dilaksanakan pada masa kini. Masalah pengurusan maklumat majikan yang mencarum dengan PERKESO bukan sahaja melibatkan kerani bahagian penguatkuasaan sahaja malahan turut membabitkan bahagian pengurusan kerana semua data majikan dan pekerja perlu disemak dengan cara manual.
Daripada analisa awalan dan kajian yang telah dibuat, terdapat beberapa kelemahan yang diperolehi. Sistem manual yang digunakan sekarang menyimpan semua maklumat majikan di dalam fail kertas. Kelemahan utama pada kaedah penyimpanan fail tersebut adalah sistem penyimpanan maklumat majikan masih dilakukan secara manual. Ini membolehkan sesiapa sahaja untuk mencapai fail maklumat majikan tersebut tanpa sebarang masalah dan ini boleh menimbulkan masalah misalnya masalah kerosakan, kehilangan atau pertukaran data dan kebocoran rahsia yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Di antara masalah utama yang timbul dengan penggunaan sistem semasa ini adalah masalah kelewatan proses pengurusan fail-fail majikan yang menyukarkan kerani kerana apabila sesebuah fail diperlukan, kerani tersebut terpaksa mencari fail tersebut satu persatu di dalam bilik fail. Selain itu, pengumpulan fail-fail tersebut adalah tidak setempat yang mana terdapat fail yang terletak di dalam bilik fail dan ada juga yang berada dengan pegawai atau pengurus untuk tujuan tertentu seperti lawatan pemeriksaan dan semakan oleh pegawai dan pengesahan oleh pengurus.
Masalah lain yang timbul adalah aliran fail yang tidak diketahui oleh kerani. Terdapat fail yang tidak diketahui kedudukannya contohnya terdapat fail yang berada di bilik fail, bilik pegawai, pegurus dan juga terdapat juga fail yang berada pada kerani. Selain itu, masalah kehilangan fail juga sering berlaku. Ini kerana sesiapa sahaja boleh mengambil fail majikan tersebut kerana tiada kawalan daripada sesiapa atau pihak tertentu.
Pada masa ini, majikan yang ingin membuat pendaftaran dengan PERKESO perlu datang ke mana-mana cawangan pejabat PERKESO untuk membuat pendaftaran majikan. Ini menimbulkan masalah kepada majikan kerana masa yang terhad untuk berurusan. Selain daripada itu, majikan mempunyai perusahaan yang terletak jauh daripada pejabat PERKESO terpaksa berulang alik untuk mendaftar dengan PERKESO. Ini kerana setiap majikan yang ingin mendaftar perlu mengisi borang pendaftaran majikan dan melengkapkan borang tersebut sebelum borang tersebut dihantar semula ke pejabat PERKESO. Sistem manual ini mengambil masa yang lama untuk memproses borang pendaftaran majikan baru kerana proses yang dilakukan secara manual. Di antaranya ialah menghantar maklumat majikan ke ibu pejabat yang terletak di Kuala Lumpur, kemudian pihak ibu pejabat akan menghantar pengesahan majikan serta memberi nombor kod majikan dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan.
Di samping itu juga, terdapat masalah kelewatan penerimaan maklumat oleh majikan seperti borang caruman bulanan, borang pendaftaran pekerja dan lain-lain borang yang diperlukan oleh majikan. Terdapat juga majikan yang terpaksa datang ke pejabat semata-mata untuk mendapatkan borang-borang berkaitan dan ini secara tidak langsung membazirkan masa dan tenaga mereka.
Berdasarkan masalah yang terdapat di dalam sistem manual yang sedia ada, Sistem Maklumat Pengurusan Pendaftaran Majikan PERKESO Kuala Kangsar secara atas talian (SMPPMP) yang akan dibangunkan diharapkan dapat mengatasi masalah sistem semasa yang wujud.
1.3 Pernyataan Masalah
Merujuk kepada beberapa masalah yang telah dibincangkan di dalam seksyen 1.2, persoalan utama yang wujud ialah Bolehkah SMPPMP ini dibangunkan secara atas talian serta dapat mengatasi masalah sistem semasa yang wujud ? Selain daripada persoalan utama , terdapat beberapa persoalan lain yang perlu dititikberatkan. Di antara persoalan tersebut :
i. Adakah dengan wujudnya sistem ini segala maklumat majikan akan dapat disimpan dengan selamat dan tidak timbul masalah kehilangan data?
ii. Sejauhmanakah sistem ini dapat membantu kerani bahagian penguatkuasaan membuat semakan dan penyimpanan maklumat majikan?
iii. Adakah sistem ini dapat memudahkan majikan untuk mendaftar maklumat majikan dan pekerja secara atas talian?
iv. Sejauh manakah tahap penerimaan pengguna sistem terhadap sistem yang dibangunkan?
v. Bolehkan sistem yang dibangunkan dapat mengurangkan proses-proses yang melibatkan majikan dan serta memudahkan tugas kerani penguatkuasaan?
vi. Bolehkah sistem ini diuruskan dengan cekap dan berkesan?
1.4 Objektif Projek
Objektif pembangunan SMPPMP adalah seperti berikut :-
i. Membantu majikan baru untuk mendaftar dengan PERKESO secara atas talian.
ii. Membantu pegawai dan kerani bahagian penguatkuasaan menguruskan maklumat berkaitan majikan dengan lebih cekap dan sistematik.
iii. Mewujudkan sistem pengurusan fail majikan yang lebih bersistematik, cekap dan mudah untuk diselenggara.
iv. Memudahkan kerani dan pegawai bahagian penguatkuasaan PERKESO menyemak maklumat majikan atau yang mendaftar dengan PERKESO.
v. Menyediakan satu sistem yang boleh menjana laporan rekod pendaftaran majikan bagi sesuatu jangkamasa yang tertentu.
1.5 Skop Projek
Bagi memudahkan pemahaman, pengendalian projek serta bagi memastikan objektif-objektif yang dinyatakan dapat dicapai, beberapa skop telah dikenalpasti. Antara skop projek adalah seperti berikut :
i. Sistem ini melibatkan 3 pihak pengguna iaitu majikan yang ingin mencarum dengan PERKESO, pegawai eksekutif dan juga kerani bahagian penguatkuasaan di PERKESO.
ii. Sistem yang dibangunkan adalah berasaskan web.
iii. Kajian organisasi bagi pembangunan sistem ini ialah Pejabat Tempatan PERKESO Cawangan Kuala Kangsar.
iv. Sistem ini hanya boleh digunakan oleh pihak PERKESO untuk menguruskan data pekerja dan majikan untuk mendaftar dengan PERKESO.
1.6Kepentingan Sistem
SMPPMP yang akan dibangunkan ini diharapkan dapat memudahkan pihak yang terlibat iaitu majikan yang ingin mencarum dengan PERKESO, pegawai eksekutif dan juga kerani bahagian penguatkuasaan di PERKESO. Ini bermakna dengan adanya sistem ini, ia dapat membantu mengurangkan masalah pengurusan pendaftaran maklumat majikan dan pekerja yang mendaftar dengan PERKESO yang dilakukan secara manual juga masalah penyimpanan maklumat pendafttaran yang dihadapi dengan hanya menggunakan fail kertas dan cara manual. Dengan ini, prestasi kerja dapat dipertingkatkan dan sistem ini memainkan peranan yang penting kepada pihak majikan untuk melaksanakan urusan pendaftaran majikan dengan PERKESO.
Selain itu, sistem ini juga dijangka mampu untuk kemudahan pendaftaran secara atas talian kepada pengguna sistem iaitu majikan yang mencarum dengan PERKESO.
Sistem ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada tiga pihak pengguna iaitu majikan, pegawai eksekutif dan juga kerani bahagian penguatkuasaan. Sistem ini akan dapat memudahkan majikan untuk mendaftarkan syarikat mereka dengan PERKESO dan membuat pendaftaran maklumat pekerja yang mencarum dengan PERKESO. Selain itu, pegawai yang bertindak untuk membuat pemeriksaan terhadap syarikat yang mendaftar akan dapat membuat semakan terhadap maklumat majikan dengan lebih cepat dan tepat . Sistem ini juga akan dapat memudahkan kerani bahagian penguatkuasaan mendapatkan maklumat majikan untuk tujuan semakan dan arahan-arahan yang perlu dilaksanakan terhadap sesuatu premis atau perniagaan.
1.7Ringkasan
Amnya, Bab I menerangkan tentang pengenalan kepada projek dan kajian permasalahan yang ada pada sistem semasa. Di samping itu, skop dan objektif projek turut dinyatakan dengan terperinci supaya dapat gambaran yang jelas tentang sistem yang akan dibangunkan. Kepentingan sistem juga turut diterangkan di dalam bab 1 ini.
Secara keseluruhanya sistem yang dibangunkan ini memudahkan komunikasi antara majikan yang mencarum dengan PERKESO, kerani bahagian penguatkuasaan dan juga Pegawai Eksekutif PERKESO. Selain daripada itu juga sistem ini berkeupayaan dalam menangani masalah sistem semasa yang wujud menggunakan kaedah manual. Kecanggihan teknologi yang boleh menjadikan maklumat dan komunikasi dapat saling berhubung dan tiada wujud sempadan diantaranya, membolehkan teknologi diaplikasikan di dalam Sistem Maklumat Pengurusan Pendaftaran Majikan PERKESO Kuala Kangsar (SMPPMP) agar oraganisasi ini dapat beroperasi dengan lebih efisyen dan efektif.
PAGE
Kamsiah Zainal Abidinpracapaian.doc
SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN PENDAFTARAN MAJIKAN
PERKESO KUALA KANGSAR SECARA ATAS TALIAN
KAMSIAH BINTI ZAINAL ABIDIN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Komputer)
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
Universiti Teknologi Malaysia
OKTOBER, 2004
ii
iii
DEDIKASI
Buat ayahanda, bonda dan ahli keluarga tercinta:
Zainal Abidin Bin Ahmad
Fauzilah Hanam Binti Mohd. Desa
Ahmad Zafiruddin Bin Zainal Abidin
Zuraidah Binti Zainal Abidin
Isma Khalil Bin Zainal Abidin
Zarina Binti Zainal Abidin
Azman Bin Zainal Abidin
Azlan Bin Zainal Abidin
Terima kasih di atas dorongan dan semangat yang kalian berikan. Tidak lupa
juga buat Fatin, Farah dan juga Syikin yang disayangi dan dirindui selalu serta ahli
keluarga yang lain .Terima kasih di atas segala-galanya.
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
kurnia dan inaiyahNya serta kekuatan yang diberikanNya, dapat saya menyiapkan
laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada Penyelia
saya iaitu Puan Rozilawati Bt. Dollah @ Md Zain yang telah banyak memberi
bimbingan, tunjuk ajar, dorongan dan nasihat serta kerjasama yang baik kepada saya
sepanjang projek ini dijalankan.
Saya juga ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga serta ucapan
jutaan terima kasih kepada Puan Noorhanita Binti Mohamad selaku Pengurus Pejabat
Tempatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Encik Khalimi selaku Pegawai
Eksekutif dan Encik Norazman yang memberi kerjasama yang baik semasa sesi
temuramah dilakukan di Pejabat Tempatan PERKESO Cawangan Kuala Kangsar, Perak.
Tidak dilupakan juga buat ayahanda dan bonda serta keluarga tersayang yang telah
banyak memberi sokongan dan restu serta semangat kepada saya selama ini.
Tidak lupa buat rakan seperjuangan, jasa kalian tetap akan dikenang. Diharapkan
projek ini akan dapat memberi manfaat kepada semua dan seterusnya mendapat
keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T.
v
ABSTRAK
Sistem Maklumat Pengurusan Pendaftaran Majikan PERKESO secara atas talian
atau SMPPMP adalah merupakan sistem yang dibangunkan bagi membantu
memudahkan urusan pendaftaran majikan yang melibatkan majikan dan juga kakitangan
PERKESO Cawangan Kuala Kangsar. Jika sebelum ini segala pendaftaran majikan
dilakukan secara manual menggunakan borang dan penyimpanan maklumat masih tidak
menggunakan pangkalan data, diharapkan SMPPMP akan dapat mengatasi masalah dan
meringankan tanggungjawab pengguna sistem. Kepentingan sistem ini adalah bagi
membantu fungsi 3 pihak utama yang menggunakan sistem iaitu majikan, kerani
bahagian penguatkuasaan dan juga pegawai eksekutif PERKESO. Metodologi yang
dipilih dalam pembangunan sistem adalah menggunakan pendekatan prototaip evolusi
kerana sesuai dengan SMPPMP yang dibangunkan secara atas talian. Selain itu, projek
ini juga menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver MX 2004 untuk antaramuka
pengguna, MySQL untuk pangkalan data dan Hypertext Proccessor (PHP). Projek ini
juga dibangunkan berasaskan web. Selain itu, konsep pelayan pelangan digunakan untuk
melaksanakan projek pembangunan SMPPMP. SMPPMP yang dibangunkan diharapkan
dapat memberi faedah kepada semua pihak yang terlibat dan dapat seterusnya
meningkatkan prestasi sistem semasa.
vi
ABSTRACT
The online Employer Registration Information Management System (ERIMS)
of PERKESO is designed for the benefits of the employer as well as the staff at
PERKESO office, Kuala Kangsar branch. Previously, all the transactions especially
regarding registration were done manually. By having this system, it possibly can help
reducing problem and burden to the target users. The system will bring so much benefit
to three main users that are; the employer, enforcement clerk and PERKESO executive
officers. Methodology that has been selected is prototype evolution because it is the
most suitable method for online system. Besides, this project also using Macromedia
Dreamweaver MX 2004 to create user interface, My SQL for database and Hypertext
Processor (PHP). This is a website based system. In fact, client server concept is used to
implement the online ERIMS. Hopefully, the system can benefit to all related parties and
improve the quality of the current system.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB1 PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan Projek 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Projek 5
1.5 Skop Projek 6
viii
1.6 Kepentingan Sistem 7
1.7 Ringkasan 8
BABII KAJIAN LITERATUR 9
2.1 Pengenalan 9
2.2 Organisasi Kajian 10
2.2.1 Latar Belakang Organisasi 10
2.2.2 Misi/ Matlamat PERKESO 11
2.2.3 Objektif Korporat 12
2.3 Unit-Unit Dalam PERKESO 12
2.3.1 Bahagian Pentadbiran 13
2.3.2 Bahagian Pembayaran 13
2.3.3 Bahagian Penguatkuasaan 14
2.3.3.1 Mengemaskini Master record 14
2.3.3.2 Fail Majikan 15
2.3.3.3 Majikan 15
2.3.3.4 Sistem Fail Majikan 16
2.3.3.5 Pekerja 17
2.3.3.4 Caruman 18
2.3.4 Bahagian Faedah 20
2.3.5 Kaunter Urusan 21
2.3.5 Pegawai Eksekutf 21
2.4 Kajian Sistem semasa 22
2.5 Teknologi Internet 23
2.5.1 Internet 24
2.5.2 Web 25
2.6 Sistem Maklumat Pengurusan 27
2.6.1 Definisi Sistem Maklumat Pengurusan 27
2.6.2 Ciri-Ciri Sistem Maklumat Pengurusan 28
ix
2.7 Teknologi Pelayan Pelanggan 29
2.8 Kajian Perdagangan Elektronik 30
2.8.1 Electronic File Transfer (EFT) 31
2.9 Ringkasan 31
BAB III PERANCANGAN KERJA 32
3.1 Pengenalan 32
3.2 Metodologi Projek 33
3.2.1 Model Prototaip 33
3.2.2 Prototaip Evolusi 34
3.2.2.1 Fasa Perancangan 35
3.2.2.2 Fasa Analisa 36
3.2.2.3 Fasa Rekabentuk 37
3.2.2.4 Fasa pembangunan Prototaip 37
3.2.2.5 Fasa Pengujian Dan Penilaian Prototaip 38
3.3 Justifikasi Pemilihan Metodologi 38
3.4 Keperluan Perkakasan dan Perisian 39
3.4.1 Perkakasan 39
3.4.1.1 Spesifikasi Perkakasan 40
3.4.1.2 Justifikasi Perkakasan 41
3.4.2 Perisian 41
3.4.2.1 Spesifikasi Perisian 42
3.4.2.2 Justifikasi Perisian 42
3.5 Metodologi Projek Dan Perancangan Kerja 46
3.5.1 Perlaksanaan Projek I 46
3.5.2 Perlaksanaan Projek II 47
3.6 Ringkasan 48
x
BAB IV ANALISA DAN REKABENTUK SISTEM 49
4.1 Pengenalan 49
4.2 Rekabentuk Awal 50
4.2.1 Rekabentuk Pangkalan Data 50
4.2.2 Rekabentuk Sistem 51
4.2.2.1 Hirarki Antaramuka Sistem 52
4.3 Analisa Sistem 54
4.3.1 Rajah Aliran Data 54
4.3.2 Rajah Konteks 55
4.3.3 Rajah Aliran Data Peringkat Sifar 55
4.3.4 Rajah Aliran Data Peringkat Satu 55
4.4 Rajah Entiti Hubungan 56
4.5 Rekabentuk Antaramuka 56
4.5.1 Modul Pendaftaran 57
4.5.2 Modul Komen/Cadangan 57
4.5.3 Modul Pentadbir 58
4.5.4 Modul Bayaran Caruman 58
4.6 Rekabentuk Pangkalan Data 59
4.7 Senibina Sistem 60
4.8 Spesifikasi Input 61
4.9 Spesifikasi Output 62
4.10 Ringkasan 63
BAB V PERLAKSANAAN SISTEM 64
5.1 Pengenalan 64
5.2 Persekitaran pembangunan 65
5.2.1 Keperluan Perkakasan 65
5.2.2 Pemasangan Perisian 65
xi
5.2.2.1 Macromedia Dreamweaver MX 2004 66
5.2.2.2 Apache Web server 67
5.3 Pembangunan Pangkalan Data Fizikal 67
5.4 Pembangunan Antaramuka Sistem 68
5.5 Penulisan Dan Pengekodan Aturcara 69
5.6 Pembangunan Modul Sistem 69
5.6.1 Modul Pendaftaran 70
5.6.2 Modul Pembayaran 70
5.6.3 Modul Komen/ Cadangan 71
5.6.4 Modul Pentadbir 71
5.7 Pengintegrasian Sistem 72
5.8 Implementasi 73
5.9 Ringkasan 74
BAB VI PENGUJIAN DAN PENILAIAN SISTEM 75
6.1 Pengenalan 75
6.2 Pengujian Unit 76
6.3 Pengujian Integrasi 77
6.4 Pengujian Sistem 78
6.5 Ujian Penerimaan 78
6.6 Kes Ujian 78
6.7 Kesimpulan 81
BAB VII PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 82
7.1 Pengenalan 82
7.2 Kelebihan Sistem 83
7.3 Kelemahan Sistem 85
xii
7.4 Kekangan Sistem 85
7.5 Andaian 86
7.6 Cadangan 86
7.7 Kesimpulan 87
RUJUKAN 88
LAMPIRAN 90-164
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Jumlah caruman yang perlu dibayar 19
oleh majikan
3.1 Perkakasan, Spesifikasi dan Justifikasi untuk
untuk komputer peribadi 40
3.2 Spesifikasi minima bagi Keperluan Perisian 42
4.1 Senarai Rekabentuk Pangkalan Data 51
6.1 Kes Ujian Bagi Fungsi Membuat Pendaftaran 79
6.2 Kes Ujian Bagi Fungsi Menyemak 79
Maklumat Majikan
6.3 Kes Ujian Bagi Fungsi Menghapus/ 79
Mengemaskini Maklumat Pendaftaran Baru
6.4 Kes Ujian bagi Carian 80
6.5 Kes Ujian bagi Fungsi Jana Laporan 80
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 SPT dan SMP 29
3.1 Langkah Kerja Prototaip Evolusi 35
5.1 Keratan Aturcara untuk menghubungkan
Antaramuka dengan pangkalan data 67
xv
SENARAI SINGKATAN
ASP Active Server Pages
DFD Data Flow Diagrams
ERD Entity Relationship Diagram
HTML HyperText Markup Language
PERKESO Pertubuhan Keselamaatn Sosial
PC Personal Computer
RAD Rapid Application Development
SDLC System Development Life Cycle
SMPPMP Sistem Maklumat Pengurusan Pendaftaran Majikan
PERKESO
TCP/IP Transmission Control Protocol / Internetworking
Protocol
URL uniform resource locator
www world wide web
EFT Electronic File Transfer
PHP Hypertext Processor
SMP Sistem Maklumat Pengurusan
SPT Sistem Pemprosesan Transaksi
RAM Random Access Memory
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Carta Gantt 90
Projek I 91
Projek II 92
B Maklumat PERKESO 94
Soalan Temubual 95
Borang Daftar Majikan 97
Borang Daftar pekerja 98
C Rajah Hirarki Skrin 106
D Rekabentuk Sistem 108
Rajah Konteks 109
E Rajah Aliran Data (DFD) 110
F Rajah Hubungan Entiti (ERD) 121
G Rekabentuk Pangkalan Data 123
H Rajah Senibina Sistem 128
I Panduan Pengguna 130
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan Projek
Kecanggihan teknologi pada masa kini secara tidak langsung telah
menggalakkan penggunaan aplikasi dalam bidang teknologi. Salah satu daripada
teknologi tersebut adalah teknologi internet. Internet adalah merupakan satu rangkaian
global yang menghubungkan beribu-ribu sistem komputer di merata tempat dengan
menggunakan bahasa yang sama dan membenarkan orang ramai mencapai maklumat
dan perkhidmatannya. Dengan adanya teknologi internet, semua urusan dapat dilakukan
dengan mudah dan cepat tanpa mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Oleh
kerana teknologi yang semakin berkembang, kebanyakan organisasi juga tidak
ketinggalan menggunakan aplikasi tersebut dalam urusan syarikat.
Sistem Maklumat Pengurusan Pendaftaran Majikan PERKESO Kuala Kangsar
secara atas talian (SMPPMP) dibangunkan bertujuan untuk membantu pengguna-
pengguna iaitu kakitangan PERKESO bahagian penguatkuasaan untuk menguruskan
maklumat berkaitan majikan yang mencarum di PERKESO Cawangan Kuala Kangsar.
Berbanding sebelum ini semua maklumat majikan disimpan dan diuruskan secara
manual di dalam fail majikan. Ini merumitkan kerani untuk
2
menyemak dan membuat carian maklumat majikan yang dikehendaki apabila diperlukan.
Justeru itu, peranan utama sistem ini adalah untuk membantu pegawai dan kerani
khususnya bahagian penguatkuasaan di dalam menguruskan data dan maklumat majikan
yang mencarum dengan PERKESO Cawangan Kuala Kangsar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Organisasi kajian yang dipilih bagi perlaksanaan projek ini adalah Pejabat
Tempatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang terletak di Kuala Kangsar,
Perak. Sistem fail majikan yang sedia ada di PERKESO Cawangan Kuala Kangsar
adalah dilakukan secara manual. Majikan yang ingin membuat pendaftaran pekerja dan
pendaftaran syarikat dengan PERKESO perlu datang ke Pejabat PERKESO Kuala
Kangsar serta mengisi borang pendaftaran majikan dan kemudian menghantar semua
borang pendaftaran majikan atau pekerja secepat mungkin atau selewat-lewatnya 30 hari
selepas borang diserahkan. Ini menyukarkan majikan untuk berulang alik dari pejabat
mereka ke Pejabat PERKESO.
Terdapat banyak kelemahan tentang sistem pengurusan maklumat majikan yang
dilaksanakan pada masa kini. Masalah pengurusan maklumat majikan yang mencarum
dengan PERKESO bukan sahaja melibatkan kerani bahagian penguatkuasaan sahaja
malahan turut membabitkan bahagian pengurusan kerana semua data majikan dan pekerja
perlu disemak dengan cara manual.
Daripada analisa awalan dan kajian yang telah dibuat, terdapat beberapa
kelemahan yang diperolehi. Sistem manual yang digunakan sekarang menyimpan semua
maklumat majikan di dalam fail kertas. Kelemahan utama pada kaedah penyimpanan fail
3
tersebut adalah sistem penyimpanan maklumat majikan masih dilakukan secara manual.
Ini membolehkan sesiapa sahaja untuk mencapai fail maklumat majikan tersebut tanpa
sebarang masalah dan ini boleh menimbulkan masalah misalnya masalah kerosakan,
kehilangan atau pertukaran data dan kebocoran rahsia yang dilakukan oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab.
Di antara masalah utama yang timbul dengan penggunaan sistem semasa ini
adalah masalah kelewatan proses pengurusan fail-fail majikan yang menyukarkan kerani
kerana apabila sesebuah fail diperlukan, kerani tersebut terpaksa mencari fail tersebut
satu persatu di dalam bilik fail. Selain itu, pengumpulan fail-fail tersebut adalah tidak
setempat yang mana terdapat fail yang terletak di dalam bilik fail dan ada juga yang
berada dengan pegawai atau pengurus untuk tujuan tertentu seperti lawatan pemeriksaan
dan semakan oleh pegawai dan pengesahan oleh pengurus.
Masalah lain yang timbul adalah aliran fail yang tidak diketahui oleh kerani.
Terdapat fail yang tidak diketahui kedudukannya contohnya terdapat fail yang berada di
bilik fail, bilik pegawai, pegurus dan juga terdapat juga fail yang berada pada kerani.
Selain itu, masalah kehilangan fail juga sering berlaku. Ini kerana sesiapa sahaja boleh
mengambil fail majikan tersebut kerana tiada kawalan daripada sesiapa atau pihak
tertentu.
Pada masa ini, majikan yang ingin membuat pendaftaran dengan PERKESO perlu
datang ke mana-mana cawangan pejabat PERKESO untuk membuat pendaftaran
majikan. Ini menimbulkan masalah kepada majikan kerana masa yang terhad untuk
berurusan. Selain daripada itu, majikan mempunyai perusahaan yang terletak jauh
daripada pejabat PERKESO terpaksa berulang alik untuk mendaftar dengan PERKESO.
Ini kerana setiap majikan yang ingin mendaftar perlu mengisi borang pendaftaran
majikan dan melengkapkan borang tersebut sebelum borang tersebut dihantar semula ke
pejabat PERKESO. Sistem manual ini mengambil masa yang lama untuk memproses
borang pendaftaran majikan baru kerana proses yang dilakukan secara manual. Di
antaranya ialah menghantar maklumat majikan ke ibu pejabat yang terletak di Kuala
4
Lumpur, kemudian pihak ibu pejabat akan menghantar pengesahan majikan serta
memberi nombor kod majikan dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan.
Di samping itu juga, terdapat masalah kelewatan penerimaan maklumat oleh
majikan seperti borang caruman bulanan, borang pendaftaran pekerja dan lain-lain
borang yang diperlukan oleh majikan. Terdapat juga majikan yang terpaksa datang ke
pejabat semata-mata untuk mendapatkan borang-borang berkaitan dan ini secara tidak
langsung membazirkan masa dan tenaga mereka.
Berdasarkan masalah yang terdapat di dalam sistem manual yang sedia ada,
Sistem Maklumat Pengurusan Pendaftaran Majikan PERKESO Kuala Kangsar secara
atas talian (SMPPMP) yang akan dibangunkan diharapkan dapat mengatasi masalah
sistem semasa yang wujud.
1.3 Pernyataan Masalah
Merujuk kepada beberapa masalah yang telah dibincangkan di dalam seksyen 1.2,
persoalan utama yang wujud ialah Bolehkah SMPPMP ini dibangunkan secara atas
talian serta dapat mengatasi masalah sistem semasa yang wujud ? Selain daripada
persoalan utama , terdapat beberapa persoalan lain yang perlu dititikberatkan. Di antara
persoalan tersebut :
i. Adakah dengan wujudnya sistem ini segala maklumat majikan akan dapat
disimpan dengan selamat dan tidak timbul masalah kehilangan data?
5
ii. Sejauhmanakah sistem ini dapat membantu kerani bahagian
penguatkuasaan membuat semakan dan penyimpanan maklumat majikan?
iii. Adakah sistem ini dapat memudahkan majikan untuk mendaftar maklumat
majikan dan pekerja secara atas talian?
iv. Sejauh manakah tahap penerimaan pengguna sistem terhadap sistem yang
dibangunkan?
v. Bolehkan sistem yang dibangunkan dapat mengurangkan proses-proses
yang melibatkan majikan dan serta memudahkan tugas kerani
penguatkuasaan?
vi. Bolehkah sistem ini diuruskan dengan cekap dan berkesan?
1.4 Objektif Projek
Objektif pembangunan SMPPMP adalah seperti berikut :-
i. Membantu majikan baru untuk mendaftar dengan PERKESO secara atas
talian.
ii. Membantu pegawai dan kerani bahagian penguatkuasaan menguruskan
maklumat berkaitan majikan dengan lebih cekap dan sistematik.
iii. Mewujudkan sistem pengurusan fail majikan yang lebih bersistematik,
cekap dan mudah untuk diselenggara.
6
iv. Memudahkan kerani dan pegawai bahagian penguatkuasaan PERKESO
menyemak maklumat majikan atau yang mendaftar dengan PERKESO.
v. Menyediakan satu sistem yang boleh menjana laporan rekod pendaftaran
majikan bagi sesuatu jangkamasa yang tertentu.
1.5 Skop Projek
Bagi memudahkan pemahaman, pengendalian projek serta bagi memastikan
objektif-objektif yang dinyatakan dapat dicapai, beberapa skop telah dikenalpasti. Antara
skop projek adalah seperti berikut :
i. Sistem ini melibatkan 3 pihak pengguna iaitu majikan yang ingin
mencarum dengan PERKESO, pegawai eksekutif dan juga kerani
bahagian penguatkuasaan di PERKESO.
ii. Sistem yang dibangunkan adalah berasaskan web.
iii. Kajian organisasi bagi pembangunan sistem ini ialah Pejabat Tempatan
PERKESO Cawangan Kuala Kangsar.
iv. Sistem ini hanya boleh digunakan oleh pihak PERKESO untuk
menguruskan data pekerja dan majikan untuk mendaftar dengan
PERKESO.
7
1.6 Kepentingan Sistem
SMPPMP yang akan dibangunkan ini diharapkan dapat memudahkan pihak yang
terlibat iaitu majikan yang ingin mencarum dengan PERKESO, pegawai eksekutif dan
juga kerani bahagian penguatkuasaan di PERKESO. Ini bermakna dengan adanya sistem
ini, ia dapat membantu mengurangkan masalah pengurusan pendaftaran maklumat
majikan dan pekerja yang mendaftar dengan PERKESO yang dilakukan secara manual
juga masalah penyimpanan maklumat pendafttaran yang dihadapi dengan hanya
menggunakan fail kertas dan cara manual. Dengan ini, prestasi kerja dapat
dipertingkatkan dan sistem ini memainkan peranan yang penting kepada pihak majikan
untuk melaksanakan urusan pendaftaran majikan dengan PERKESO.
Selain itu, sistem ini juga dijangka mampu untuk kemudahan pendaftaran secara
atas talian kepada pengguna sistem iaitu majikan yang mencarum dengan PERKESO.
Sistem ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada tiga pihak pengguna
iaitu majikan, pegawai eksekutif dan juga kerani bahagian penguatkuasaan. Sistem ini
akan dapat memudahkan majikan untuk mendaftarkan syarikat mereka dengan
PERKESO dan membuat pendaftaran maklumat pekerja yang mencarum dengan
PERKESO. Selain itu, pegawai yang bertindak untuk membuat pemeriksaan terhadap
syarikat yang mendaftar akan dapat membuat semakan terhadap maklumat majikan
dengan lebih cepat dan tepat . Sistem ini juga akan dapat memudahkan kerani bahagian
penguatkuasaan mendapatkan maklumat majikan untuk tujuan semakan dan arahan-
arahan yang perlu dilaksanakan terhadap sesuatu premis atau perniagaan.
8
1.7 Ringkasan
Amnya, Bab I menerangkan tentang pengenalan kepada projek dan kajian
permasalahan yang ada pada sistem semasa. Di samping itu, skop dan objektif projek
turut dinyatakan dengan terperinci supaya dapat gambaran yang jelas tentang sistem yang
akan dibangunkan. Kepentingan sistem juga turut diterangkan di dalam bab 1 ini.
Secara keseluruhanya sistem yang dibangunkan ini memudahkan komunikasi antara
majikan yang mencarum dengan PERKESO, kerani bahagian penguatkuasaan dan juga
Pegawai Eksekutif PERKESO. Selain daripada itu juga sistem ini berkeupayaan dalam
menangani masalah sistem semasa yang wujud menggunakan kaedah manual.
Kecanggihan teknologi yang boleh menjadikan maklumat dan komunikasi dapat saling
berhubung dan tiada wujud sempadan diantaranya, membolehkan teknologi diaplikasikan
di dalam Sistem Maklumat Pengurusan Pendaftaran Majikan PERKESO Kuala Kangsar
(SMPPMP) agar oraganisasi ini dapat beroperasi dengan lebih efisyen dan efektif.