- AJK Kebajikan

2
LAPORAN AJK KEBAJIKAN KURSUS BINA INSAN GURU FASA 1 SIRI 4, IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, KUALA LIPIS Terdapat dua orang AJK Kebajikan dalam Kursus BIG Siri 4 ini, iaitu Sankari a/p Paramasivam dan Low Fan You. Kami telah berusaha untuk menjalankan tugas dengan sempurna. Sebelum menjalani Kursus BIG, kami telah membuat persediaan dengan mengemukakan permohonan untuk mendapatkan peti pertolongan cemas dari Unit GERKO melalui pensyarah iaitu En. Sarudin bin Md Amin. Peti pertolongan cemas ini sebagai persediaan untuk guru pelatih yang memerlukan rawatan secara kecilan semasa menjalani Kursus BIG. Dalam peti pertolongan cemas tersebut, terdapat pelbagai jenis ubat seperti Plaster, Iodine, Dettol, Counterpain dan sebagainya. Bagi memantau penggunaan peti pertolongan cemas ini secara betul, kami telah mencatat bilangan bahan-bahan yang ada didalamnya terlebih dahulu sebelum digunakan semasa kursus. Pada hari pertama, ketika berada di tapak perkhemahan, dua orang guru pelatih telah digigit pacat. Saya telah menggunakan garam untuk ditabur pada pacat tersebut supaya ia melepaskan gigitan. Kemudian, Low telah mencuci luka tersebut and meletakkan Iodine bagi mengelakkan pendarahan seara berterusan. Pada hari kedua, saya telah mengikuti aktiviti darat, manakala Low telah mengikuti aktiviti air. Bahan-bahan yang berada dalam peti pertolongan cemas terpaksa di bahagi kepada dua bahagian kerana kami hanya menyediakan satu peti kecemasan sahaja. Sebahagian diberikan kepada saya manakala sebahagian lagi diberikan kepada Low untuk dibawa sepanjang aktiviti luar dari tapak perkhemahan dijalankan. Begitu  juga pada hari ketiga. Yang berbeza adalah saya telah mengikuti aktiviti air manakala Low telah mengikuti aktiviti darat. Cara pembahagian yang sama telah dilakukan berhubung dengan masalah yang tidak dapat dielakkan. Sepanjang Kursus BIG ini, secara keseluruhannya, tiada siapa yang mengalami kecederaan yang serius. Namun, terdapat seorang peserta lelaki yang mengalami

Transcript of - AJK Kebajikan

Page 1: - AJK Kebajikan

7/31/2019 - AJK Kebajikan

http://slidepdf.com/reader/full/-ajk-kebajikan 1/2

Page 2: - AJK Kebajikan

7/31/2019 - AJK Kebajikan

http://slidepdf.com/reader/full/-ajk-kebajikan 2/2

kekejangan otot pada tangan semasa menjalani aktiviti air. Sebagai AJK Kebajikan,

Low telah menyapu ubat counterpain pada tangannya. Manakala bagi beberapa

peserta semasa membuat rakit, segelintir guru pelatih telah disengat lebah. Saya telah

menyapu ubat pada luka mereka untuk menghilangkan rasa sakit.

Selain itu, semasa semua peserta menjalani Latihan Dalam Kumpulan, ramai

guru pelatih yang digigit serangga dan menyebabkan bintik-bintik merah di kulit. Kami

telah memberi Caremel lotion bagi guru pelatih yang rasa gatal pada kulit.

 Akhirnya, walaupun hanya satu peti pertolongan cemas dapat disediakan,

namun ubat- ubatan yang ada telah mencukupi untuk memenuhi keperluan guru

pelatih yang menyertai kursus Bina Insan Guru Siri 4 ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

.........................

(Sankari a/p Paramasivam)

Ketua AJK Kebajikan,

Kursus Bina Insan Guru

Fasa 1 Siri 4.