Post on 15-Nov-2020
USRAHVERSITY
BAB 13
FUNGSI AL QURAN
USRAHREMAJA
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin
dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami
dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak
mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai
telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat);
mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi;
mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al-A'raaf 7:179)
Apakah fungsi Al Quran?
Mengapa Allah turunkan Al Quran?
Fungsi Al Quran, berdasarkan Al Quran
Wahai umat manusia!
Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat Pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi Penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah Petunjuk untuk keselamatan, serta membawa Rahmat bagi orang-orang yang beriman.
(Yunus 10:57)
Formula 3P + R. Boleh cari/kesan 3P dan 1R dari ayat di atas?
Bagaimana cara beriman dengan Al Quran?
Beriman dengan Al Quran
Baca / Dengar Memahami Beramal Sampaikan
Terus terang aku katakan:Tidak sama antara orang yang membaca Al Quran dan melupakannya!Tidak sama pula antara orang yang hanya membaca dengan orang yang benar-benar memahami Al Quran!Dan sungguh tidak sama orang yang mengamalkan ajaran Al Quran dengan orang yang memahami tetapi tidak beramal!Sesungguhnya, jadilah orang yang mengamalkan Al Quran. Dan setelah beramal, maka hendaklah disampaikan kepada yang lain.
Bacalah mesej dari Tuhan kamu!!
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).
Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha
Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa
yang tidak diketahuinya. (Al-'Alaq 96:1-5)
Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. “Barang siapa yang membaca satu huruf daripada Al
Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif, Lam,
Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”. (Hadis Riwayat Tirmizi, beliau
berkata hadis ini hasan sahih)
Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : “Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk
menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”. (Bukhari dan Muslim)
Fahami mesej Tuhanmu!
(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), Kitab
yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-
ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.
(Saad 38:29)
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran,
maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
(Al-Qamar 54:17)
Nota: Ayat ini diulangi 4 kali dalam surah tersebut
Amal dan laksanakan perintah Tuhan kamu!
Setelah datang kepadaku keterangan-keterangan yang jelas nyata dari Tuhanku; dan aku
diperintahkan supaya tunduk taat bulat-bulat kepada perintah Tuhan sekalian alam".
(Ghaafir 40:66)
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka
Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan
kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang
nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".
(At-Taubah 9:105)
Sampaikan kepada yang lain..
Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan
jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah
engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan)
manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.
(Al-Maaidah 5:67)
Sabda Rasulullah s.a.w: Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat.
(HR. Bukhari)
Berulang-ulang
Sungguh! Mempelajari Al Quran adalah proses seumur hidup!
Dan Al-Quran itu Kami bahagi-bahagikan
supaya engkau membacakannya kepada
manusia dengan lambat tenang; dan Kami
menurunkannya beransur-ansur.
(Al-Israa' 17:106)
Membaca
Memahami
Beramal
Sampaikan
Power!
Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan
sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya,
atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi
kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah
mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya,
maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat.
(Ar-Ra'd 13:31)
FUNGSI AL QURAN
RUMUSAN
Al Quran adalah pembawa Pengajaran, Penawar,
Petunjuk dan Rahmat.
Setiap muslim perlu baca Al Quran, selepas baca,
perlu faham, selepas faham perlu pula amalkan
dan akhirnya menyampaikan.