Post on 01-Mar-2018
Un t u k S i a r a n Se r t a - m e r t a Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Boon Siew Honda Head Office, 04-2613422 John Woo / 012-4870043 / cywoo@bswhonda.com.my JIREH CONSULT, 03-7710 8122 Debbie Koh / 012-206 1961 / dkoh@jirehconsult.com Sheau Huey / 012-580 2517 / shtoh@jirehconsult.com
Boon Siew Honda Perkenalkan Dua Model Bertransmisi Automatik yang Menjadi Ikutan – Spacy dan PCX Serba Baru
• Spacy yang menyeronokkan dan praktikal menawarkan aspek utiliti, kapasiti, kestabilan
serta keselamatan • PCX menawarkan pelbagai ciri mewah dan kemudahan terkini dalam satu pakej enjin
penuh prestasi
Petaling Jaya, 31 Oktober 2012 – Boon Siew Honda Sdn Bhd mencetuskan trend dari
aspek tunggangan yang menyeronokkan dan mudah menerusi pengenalan model Spacy
dan PCX serba baru pada hari ini. Kedua-dua model global Transmisi Automatik ini telah
memberi impak yang bagus di pasaran Eropah, Amerika dan sekitar Asia. Kini, ia boleh
didapati di Malaysia dengan menampilkan aspek keselamatan termaju, dimensi yang
ditambah baik dan gayaan selesa.
Menjadikan aspek seperti mudah ditunggang, selamat dan jimat bahan api sebagai ciri
utama, Spacy dan PCX juga padat dengan teknologi serta inovasi termaju. Kedua-dua
model bertransmisi automatik itu direka agar lebih bergaya dan mudah dikendalikan, sekali
gus menjadikan tunggangan semakin menyeronokkan.
Berucap pada majlis pelancaran, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon
Siew Honda, Satoshi Okada berkata, “Di Boon Siew Honda, kami percaya bahawa pasti
ada sebuah motosikal untuk semua orang, bagi setiap acara dan apa jua jenis gaya hidup.
Dalam perniagaan yang melibatkan semua jenis motosikal, pasti ada ruangan untuk model-
model bertransmisi automatik yang mudah ditunggang dan diselenggara. Hari ini, kami
membawakan rangkaian produk sebegini ke satu tahap baru melalui model Spacy dan PCX,
dua model bertransmisi automatik dengan ciri-ciri baru yang menarik.”
Honda Spacy Serba Baru
Funky dan Menyeronokkan yang hadir bersama aspek Kefungsian
Spacy direka untuk keseronokan bersama ciri kegunaan yang tinggi dan kapasiti besar. Ia
luas dalam semua segi, daripada kebuk utiliti (Kebuk-U) bersaiz XL dengan kapasiti 18 liter
yang mampu memuatkan sebuah topi keledar muka penuh (full-face helmet) hinggalah
tangki minyak berkapasiti 5.2 liter yang tidak memerlukan penunggang kerap mengisi
minyak. Dengan ruang menjadi tema utamanya, panel kaki juga dibina agar lebih luas.
Selain tempat duduk lebih luas dan kotak hadapan yang boleh memuatkan botol bersaiz 500
liter dan barangan kecil lain. Spacy mempunyai gaya dan kegunaan secara sepenuhnya.
Ciri-ciri mengagumkan itu dihasilkan untuk memberikan kualiti tunggangan yang lebih
menyeronokkan buat penunggang dan pembonceng!
Aspek keselamatan dan kestabilan juga diutamakan pada Spacy baru menerusi fungsi tuas
pengunci brek dan tayar tanpa tiub. Fungsi tuas pengunci brek boleh diaktifkan dengan
mudah melalui satu klik yang senyap, sekali gus memberi kelegaan kepada penunggang
untuk mengelakkan mereka daripada memulas pendikit minyak ketika sedang melahu
secara tidak sengaja. Membrek dengan brek cakera hadapan pula menawarkan kawalan
terbaik walaupun di atas jalan yang licin.
Tayar tanpa tiub merupakan alternatif lebih baik berbanding tayar konvensional. Tayar
Tanpa Tiub Spacy yang tahan lasak memastikan angin tidak keluar sekaligus ketika ia
pancit. Menambah aspek keselamatannya, Spacy memiliki ciri Suis Tongkat Sisi (Side
Stand Switch) yang mematikan enjin secara automatik apabila tongkat sisi diturunkan, satu
rekaan yang menambahkan ciri-ciri keselamatan.
Kejelasan pandangan untuk penunggang dan pengguna jalan raya yang lain sememangnya
kritikal. Spacy hadir bersama lampu hadapan besar yang pantas menyuluh ke arah selekoh.
Bahagian belakang pula mempunyai rekaan yang elegan dengan lampu isyarat membelok
yang besar dan lampu kabus memberikan penglihatan lebih jelas pada waktu malam. Ini
meningkatkan keselamatan apabila menunggang pada malam hari, hujan atau keadaan
berkabus. Lampu belakang pula mempunyai rekaan yang mempesona dengan lampu
isyarat membelok dipisahkan bagi memudahkan ia dilihat oleh motosikal yang berada di
belakangnya.
Honda Spacy menggunakan penyejuk kipas, enjin OHC silinder tunggal bersesaran 110cc
empat lejang yang dikuasakan oleh Teknologi Honda V-Matic. Enjin itu cukup ekonomikal
dan cekap bahan api dengan catatan 41.5km untuk setiap liter petrol, selain menepati
standard emisi Euro II, berdasarkan ujian Mod ECE40. Penutup kuncinya bercahaya ketika
gelap dan dilengkapi sistem kunci bermagnet yang mudah digunakan serta mengurangkan
risiko kecurian.
Boleh didapati dalam Hitam Megalanik, Merah Euforia Metalik dan Putih Mutiara Metaloid,
Spacy ditawarkan pada harga di atas jalan (OTR) RM4,999.00 dengan insurans
penunggang tunggal yang komprehensif, selama jaminan selama 2 tahun atau perbatuan
sejauh 20,000km (yang mana tiba dahulu). Spacy juga boleh didapati dalam warna Oren
Berluminositi bermula pada Mac 2013.
Honda PCX Serba Baru
Model Transmisi Automatik mewah dan berprestasi yang sarat dengan ciri dan kemudahan
Honda menggabungkan tunggangan yang selesa dan mudah dengan rekabentuk yang
bergaya sukan dan berprestasi tinggi dengan pelancaran All-New Honda PCX yang serba
mewah. Model Transmisi Automatik ini dibina sebagai sedan selesa peribadi (Personal
Comfort Sedan) yang juga mesra alam.
Buat pertama kalinya, sistem Programmed Fuel Injection (PGM-FI) Honda digunakan pada
rangkaian model transmisi automatik PCX. PGM-FI menawarkan halaju pembakaran dan
prestasi penyejukan yang optimum. Enjin SOHC empat lejang bersesaran 153cc bersama
sistem penyejukan cecair dan enhanced Smart Power (eSP) direka untuk ketahanan, jimat
bahan api, selain menyediakan kuasa serta tork. Ia juga beroperasi dengan senyap dan
menawarkan penjimatan bahan api yang mengagumkan iaitu 50.2 kilometer bagi setiap liter
petrol, berdasarkan ujian Mod ECE40.
Menambah ciri penjimatan bahan api mengagumkan itu adalah sistem Idling Stop baharu
yang akan mematikan enjin secara automatik apabila ia melahu selepas tiga saat. Sistem
Idling Stop turut meliputi penghidup ACG yang membolehkan enjin dihidupkan dengan
lancar serta menghilangkan bunyi bising yang biasanya timbul apabila gear penghidup enjin
dimasukkan. Enjin kemudian akan dihidupkan secara automatik apabila trotel minyak
dipulas. Hasilnya, bahan api mampu dijimatkan sebanyak 7% berdasarkan ujian Mod ECE
R40.
Untuk memperoleh proses membrek yang lebih lancar dan berkesan, sistem brek kombinasi
(Combined Brake System, CBS) beroperasi di antara brek cakera hadapan atau angkup tiga
omboh dan deram belakang bagi menyeimbangkan tekanan membrek.
PCX menggunakan roda aluminium 14 inci bersama tayar tanpa tiub yang meningkatkan
kestabilan dan keselamatannya. Satu lagi ciri keselamatan yang ada pada PCX ialah
enjinnya akan dimatikan secara automatik apabila tongkat sisi digunakan, disebabkan
kepada Suis Tongkat Sisi yang digunakannya.
Menambah gaya penampilan luarannya, PCX hadir bersama lampu belakang dengan lampu
signal berasingan. Ini memberikannya gaya sporty dan pada masa yang sama membuatkan
penunggang lebih mudah dilihat oleh motosikal di belakangnya. Lampu hadapan dwi besar
bersama lampu posisi bukan sahaja nampak elegan. Malah lampu yang besar dan lampu
kabus itu memberikan pencahayaan lebih baik pada waktu malam. Meter laju elektronik
membolehkan maklumat tunggangan dilihat dengan jelas, manakala skrin LCD memaparkan
tolok bahan api dan penunjuk Hidup / Henti Automatik.
Untuk perjalanan lebih jauh, tempat duduk yang selesa dan ruang penyimpanan luas
sememangnya amat penting. PCX menyelesaikan masalah ini dengan tempat duduk luas
bersama ciri posisi tunggangan Sit-in. Sementara satu kotak konsol untuk meletakkan
barangan peribadi seperti cermin mata hitam, sarung tangan dan Kebuk-U bersaiz XL
berkapasiti 25 liter yang boleh menempatkan sebuah topi keledar muka penuh turut
disediakan.
Mengisi minyak ke dalam tangki berkapasiti 5.9 liter menjadi lebih mudah menerusi ciri
Pembuka Pop-up. PCX yang sarat dengan pelbagai ciri sememangnya memberikan para
penunggang tahap keselesaan terbaik dan ketenangan minda sewaktu menunggang, sekali
gus menjadikannya kenderaan harian yang sempurna.
PCX hadir dalam dua varian. Varian Deluxe tampil dengan warna Putih Mutiara Metaloid
dan ditawarkan pada harga RM10,888.00. Sementara varian standard boleh didapati dalam
Hitam Magelanik dan Kelabu Metalik Berkilau dengan harga RM10,688.00. Kedua-dua
varian itu hadir bersama insurans penunggang tunggal yang komprehensif, selama jaminan
selama 2 tahun atau perbatuan sejauh 20,000km (yang mana tiba dahulu).
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: www.boonsiewhonda.com.my atau hubungi
nombor Tol Percuma Boon Siew Honda Toll Free di talian 1800-88-3993 (Isnin hingga
Jumaat, 9am – 5pm, kecuali cuti umum).
# # #