Post on 06-Sep-2018
TERENGGANU DARUL IMAN
TAMBAHAN PERUNDANGAN
AKTA KERAJAAN TEMPATAN, 1976
Tr. P.U. 1/94 UNDANG-UNDANG KECIL TRED, PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN (MAJLIS
DAERAH SETIU) 1989 Tarikh penyiaran : 6 Januari 1994 Tarikh mula berkuatkuasa : 1 Ogos 1989
_________________________________
SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL _________________________________
Mukadimah Undang-undang kecil 1.Nama, pemakaian dan mula berkuatkuasa. Undang-undang kecil 2. Tafsiran. Undang-undang kecil 3. Lesen Undang-undang kecil 4. Permohonan untuk mendapatkan lesen. Undang-undang kecil 5. Bentuk lesen. Undang-undang kecil 6. Sahnya lesen. Undang-undang kecil 7. Pindahmilik lesen. Undang-undang kecil 8. Kebersihan. Undang-undang kecil 9. Mengadakan tong sampah. Undang-undang kecil 10. Sampah pepejal basah. Undang-undang kecil 11. Pembuangan sampah sarap. Undang-undang kecil 12. Menumpahkan bahan menggangu. Undang-undang kecil 13. Bekalan air. Undang-undang kecil 14. Jamban pam dan tempat buang air kecil. Undang-undang kecil 15. Pencahayaan.
Undang-undang kecil 16. Ganti udara. Undang-undang kecil 17. Bersesak-sesak tidak dibenarkan. Undang-undang kecil 18. peruntukan bilik mes, dsb. Undang-undang kecil 19. Pencegahan kebakaran. Undang-undang kecil 20. Bahan-bahan mudah terbakar. Undang-undang kecil 21. Stor. Undang-undang kecil 22. Pembakaran. Undang-undang kecil 23. Penyebaran abuk, dsb. Undang-undang kecil 24. Bising. Undang-undang kecil 25. Waktu menjalankan pernigaan, dsb. Undang-undang kecil 26. Kuasa untuk memeriksa. Undang-undang kecil 27. Penalti. Undang-undang kecil 28. Pemansuhan. JADUAL
Mukadimah PADA menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 102 (s) dan seksyen 102A Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], Majlis Daerah setiu membuat, dan menurut seksyen 103 Akta tersebut Pihak berkuasa Negeri mengesahkan undang-undang kecil yang berikut: 1. Nama, pemakaian dan mula berkuatkuasa. Undang-undang kecil ini bolehlah dinamakan Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan Peribdustrian (Majlis Daerah Setiu) 1989 dan hendaklah dipakai untuk kawasan Majlis Daerah Setiu dan hendaklah berkuatkuasa pada 1 haribulan Ogos, 1989. 2. Tafsiran. Dalam undang-undang kecil ini, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain:- “industri” ertinya apa-apa perniagaan, tred, pengusahaan, pengilangan atau pekerjaan majikan dan termasuk apa-apa pekerjaan, perkhidmatan, penggajian, pertukangan tangan atau pekerjaan industrian atau vokasion pekerja dan termasuk perusahaan di rumah dan kilang-kilang; “lesen” ertinya apa-apa lesen yang dikeluarkan di bawah undang-undang kecil ini mengenai apa-apa bentuk tred, perniagaan dan perindustrian dari jenis yang memudaratkan atau yang boleh menjadi punca kacau ganggu kepada orang awam atau sesuatu kelas orang awam seperti yang dinyatakan dalam Jadual; “pemegang lesen” ertinya orang yang kepadanya dikeluarkan lesen di bawah undang-undang kecil ini; “perniagaan” termasuklah apa-apa bentuk, tred, perdagangan, pekerjaan tanganm kepandaian, profesion atau lain-lain aktiviti yang dijalankan bagi maksud keuntungan; “premis” termasuklah mesuaj, rumah, bangunan, tanah, tenement, ismen dan hereditamen dari apa-apa pemegangan, sama ada terbuka atau terkepung, sama ada dibina atasnya atau tidak, sama ada awam atau persendirian, dan sama ada disenggara atau tidak oleh Pihak Berkuasa Berkanun; “tred” ertinya apa-apa jenis aktiviti perdagangan yang dinyatakan dalam Jadual;
“Yang Dipertua” ertinya Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu dan termasuk Timbalan Yang Dipertua. 3. Lesen. (1) Tiada seseorang pun boleh menjalankan apa-apa bentuk tred, perniagaan dan perindustrian di mana-mana tempat atau premis dalam kawasan Majlis Daerah Setiu melainkan ia dilesenkan untuk berbuat demikian oleh Yang Dipertua. (2) Fee yang dikenakaan bagi sesuatu lesen di bawah undang-undang kecil ini hendaklah seperti yang ditetapkan di bawah dalam Jadual. 4. Permohonan untuk mendapatkan lesen. (1) Tiap-tiap permohonan bagi sesuatu lesen hendaklah dibuat secara bertulis kepada Yang Dipertua dalam borang yang ditetapkan oleh Yang Dipertua. (2) Yang Dipertua boleh menghendaki mana-mana pemohon bagi pengeluaran atau pembaharuan sesuatu lesen supaya hadir sendiri atau, bagi sesuatu perbadanan atau firma seorang wakil yang diberi kuasa oleh perbadanan atau firma tersebut suapaya hadir, semasa lesen tersebut dikeluarkan atau dibaharui. 5. Bentuk lesen. Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah undang-undang kecil ini hendaklah dalam bentuk yang ditetapkan oleh Yang Dipertua dari semasa ke semasa. 6. Sahnya lesen. Sesuatu lesen jika tidak digantung atau dibatalkan terlebih awal oleh Yang Dipertua akan berkuatkuasa selama setahun mulai dari 1 haribulan Januari dan tamat pada 31 haribulan Disember tiap-tiap tahun.
7. Pindahmilik lesen. (1) Sepanjang tempoh sahnya sesuatu lesen Yang Dipertua boleh, di atas permohonan pemegangnya, membenarkan pemindahan milik lesen tersebut kepada orang lain. (2) Fee yang kena dibayar bagi pindahmilik hendaklah sebanyak dua puluh peratus daripada bayaran lesen dalam Jadual undang-undang kecil ini. 8. Kebersihan. Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah menjaga dan menyenggara tempat atau premis yang dilesenkan supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih. 9. Mengadakan tong sampah. Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah mengadakan tong atau bekas sampah yang cukup sebagaimana perlu untuk meletakkan sampah. 10. Sampah pepejal basah. Semua sampah sarap hendaklah dibubuh dalam karung plastic atau lain-lain bekas yang sesuai sebelum dimasukkan ke dalam tong sampah atau bekas sampah. 11. Pembuangan sampah sarap. Semua sampah sarap dalam tong sampah atau bekas sampah hendaklah dibuang dengan cara sebagaimana diarahkan oleh Yang Dipertua dari semasa ke semasa.
12. Menumpahkan bahan mengganggu. Tiada seorang pun pemegang lesen boleh menyebabkan atau membenarkan darah, air masin, cecair kotor atau lain-lain bahan mengganggu dilonggokkan, ditumpahkan atau diserakkan ke dalam longkang atau lain-lain tempat awam atau persendirian. 13. Bekalan air. Di tempat atau premis yang dilesenkan hendaklah diadakan bekalan air dari paip yang disambungkan ke sesalur utama air dari bekalan air awam. 14. Jamban pam dan tempat buang air kecil. Pemegang lesen hendaklah mengadakan dan menyenggara dalam keadaan baik dan bilangan yang mencukupi bilik mandi, jamban pam, tempat buang air kecil dan besen mencuci tangan hingga memuaskan hati Yang Dipertua. 15. Pencahayaan. Pemegang lesen hendaklah mengambil langkah untuk mempastikan bahawa pencahayaan yang cukup diadakan hingga memuaskan hati Yang Dipertua. 16. Ganti udara. Pemegang lesen hendaklah mengambil langkah untuk mempastikan terdapatnya pengudaraan yang cukup di tempat dan premis yang dilesenkan itu hingga memuaskan Yang Dipertua dan hendaklah menyebabkan tiap-tiap cara pengudaraan itu dijaga dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
17. Bersesak-sesak tidak dibenarkan. Pemegang lesen hendaklah mengambil langkah yang cukup untuk mempastikan tidak ada kesesakan di dalam tempat atau premis yang dilesenkan. 18. Peruntukan bilik mes, dsb. Yang Dipertua boleh dengan notis bertulis menghendaki mana-mana pemegang lesen supaya menyediakan bagi pekerja-pekerja kemudahan-kemudahan yang sesuai dan mencukupi seperti bilik mes, bilik rehat, kantin, bilik salin pakaian dan gerobok dan memperbaiki yang sama jika Yang Dipertua berpendapat bahawa kemudahan-kemudahan yang telah sedia ada itu tidak mencukupi. 19. Pencegahan kebakaran. Pemegang lesen hendaklah mempastikan di dalam tempat atau premis yang dilesenkan, perkara-perkara berikut:-
(a) bahawa kelengkapan melawan kebakaran yang cukup di pasang hingga memuaskan hati Yang Dipertua; (b) bahawa tangga dan jalan keluar yang cukup disediakan dan disenggarakan; dan (c) bahawa semua tangga, laluan, pelantar dan jalan keluar bebas daripada segala halangan dn tiap-tiap pintu di dalamnya dibuat dan dipasang sedemikian cara supaya dapat dibuka dengan mudah.
20. Bahan-bahan mudah terbakar. (1) Simen atau larutan yang mudah terbakar hendaklah disimpan dalam bekas bertudung tutup sendiri yang rekabentuknya telah diluluskan. (2) Di mana pelarut, larutan atau simen yang mempunyai takat kilat 22.8 °C disimpan dalan kuantiti yang melebihi 45.5 liter, stor yang tidak mudah terbakar hendaklah dibina mengikut kehendak Yang Dipertua.
21. Stor. Semua bahan-bahan hendaklah distor mengikut cara dan keadaan yang dapat mencegah merebaknya bahan-bahan berbahayadan mengganggu darinya. 22. Pembakaran. Pemegang lesen hendaklah jangan membakar atau menyebabkan dibakar bahan-bahan pembakar atau sampah-sarap melainkan mengikut cara dan di tempat yang diluluskan oleh Yang Dipertua. 23. Penyebaran abuk, dsb. Pemegang lesen hendaklah jangan menyebabkan, membiarkan, membenarkan atau mengizikan penyebaran abuk, wap asap, wap, haba gas, pancaran, bau, hiduan, getaran, asap atau jelaga dari tempat atau premis yang dilesenkan yang mana jumlahnya pada pendapat Yang Dipertua adalah suatu kacau ganggu atau pencemaran udara. 24. Bising. Pemegang lesen semasa menjalankan trednya hendaklah jangan membuat atau menyebabkan bising yang merupakn kacau ganggu. 25. Waktu menjalankan perniagaan, dsb. Yang Dipertua boleh mengarahkan bahawa sesuatu tred, perniagaan atau perindustrian tidak boleh dijalankan di suatu tempat atau premis yang dilesenkan melainkan pada masa dan jam yang ditetapkan atau dikenakan oleh Yang Dipertua dan pemegang lesen hendaklah mematuhi mana-mana arahan sedemikian.
26. Kuasa untuk memeriksa. Yang Dipertua atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya boleh:
(a) memasuki dan memeriksa mana-mana tempat atau premis yang digunakan atau Yang Dipertua atau pegawainya percaya dengan munasabahnya digunakan bagi maksud tred, perniagaan atau perindustrian yang mana lesen adalah dikehendaki di bawah Undang-undang kecil ini; (b) meminta daripada pemegang lesen tred, perniagaan atau peridustrian, apa-apa maklumat berkenaan dengan pengurusan tred, perniagaan atau perindustrian itu dan pemegang lesen atau perindustrian itu dan pemegang lesen atau pekerjanya hendaklah memberi apa-ap maklumat yang dikehendaki daripadanya.
27. Penalti. Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan undang-undang kecil ini adalah melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan dikenakan denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya sekali dan denda tambahan tidak lebih daripada dua ratus ringgit bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan selepas disabitkan. 28. Pemansuhan. Perkara q (ii) dan x (vi) yang dinyatakan di dalam Jadual Undang-undang Kecil Kawalan dan Penyediaan Tempat-tempat Perniagaan Makanan (Majlis Daerah Setiu) 1987 adalah dengan ini dimansuhkan.
JADUAL
(Undang-undang kecil 3 (2))
FEE LESEN TAHUNAN
Bil Jenis Tred, Perniagaan & Perindustrian
Bayaran Lesen (RM)
1. Menyimpan, menjual atau memasang alat ganti atau
alat tambah kenderaan atau jentera :
(a) keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
2. Menyimpan atau menjual alat ganti kenderaan atau jentera terpakai :
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
3. Menjual, memasang atau membaiki penyaman udara kenderaan:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
4. Stesen Servis kenderaan:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
5. Menyimpan dan menjual kenderaan atau jentera:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
150
250
350
6. (a) Membaiki, menservis atau mengecat motosikal (b) Menjual dan menyimpan motosikal sahaja
60
70
7. Membaiki atau mengecat kenderaan bermotor atau jentera (tidak termasuk motosikal):
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
8. Membuat, menjual, membaiki atau memasang ekzos kenderaan bermotor.
100
9. Kerja-kerja kimpalan:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
10. Menjual atau membaiki basikal:
(a) keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi (d) Membaiki basikal sahaja
50
100
150
25
11. Membaiki, mengecas, menyimpan atau menjual bateri:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi
100
200
tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
300
12. Menyimpan, menjual, mengimbang atau penjajaran tayar:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
13. Stesen mengisi petrol, diesel atau LPG:
(a) Pump Pertama (b) Setiap pump tambahan
100
25
14. Servis kenderaan di stesen petrol / diesel sahaja
80
15. Menjual, menyimpan atau membaiki penyaman udara, ketuhar, peti sejuk atau barang-barang elektrik yang lain:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
16. Menyimpan atau menjual asitilin, oksigen, LPG atau lain-lain gas:
(a) 150 kilogram ke bawah (b) 151 – 2500 kilogram (c) 2501 – 4500 kilogram (d) 4501 kilogram ke atas
12
100
200
300
17. Menyimpan atau menjual asid, alkali, pelarut, racun makhluk perosak dammar, pelekat, baja, racun serangga, racun rumpai, umpan kimia atau kimia lain:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi
100
200
tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
300
18. Menyimpan atau menjual baja binatang / ikan:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
19. Menyimpan atau menjual spirit bermetil: (a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
20. Menyimpan atau menjual ikan reput atau ikan busuk:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
21. Cecair lemak binatang, membuat gam (glu) atau lilin
50
22. Menyiat kulit atau mengeluarkan isi perut binatang
50
23. Memproses, menyimpan atau menjual offal, darah atau tulang yang direbus:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
24. Tempat penetasan atau pembiakan haiwan:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi
100
200
(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
300
25. Kedai gunting peliharaan:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
26. Tempat menternak binatang atau ikan:
50
27. Rumah sembelihan binatang:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
28. Menyimpan atau menjual makanan haiwan:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
50
100
150
29. Tapak semaian tumbuh-tumbuhan:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
80
160
240
30. Kedai bunga atau pokok dalam pasu (florist)
100
31. Membuat, menyimpan pinggan-mangkuk atau lain-lain barang dari tembikar atau kaca:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
32. Menjual pinggan-mangkuk atau lain-lain barang dari
tembikar atau kaca
50
33. Percetakan:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
150
280
350
34. Menjual atau menyewakan rekod, pita rakaman, filem atau cakra
50
35. Menyimpan atau menjual aloi, amalgam atau olahan logam-logam lain:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
36. Menyimpan atau menjual barang-barang dari aluminium, timah keluli atau logam-logam lain:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
37. Kedai barang-barang besi atau logam:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
38. Mengumpul atau menyimpan besi buruk:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi
100
200
(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
300
39. Menyimpan atau menjual kontena:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
40. Menyimpan atau menjual simen secara borong:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
41. Pertukangan simen, batu, besi, tembga atau ayan
30
42. Membuat pendua kunci
40
43. Mencelup atau mencetak batik atau fabrik
100
44. Menyulam atau mengait:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
45. Kedai jahit:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
30
100
200
46. Menyimpan atau menjual pakaian atau kasut (footwear):
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi
50
100
tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
150
47. Kedai dobi
60
48. Menyimpan atau memproses rotan
100
49. Menyimpan atau menjual kayu bergergaji atau papan lapis
100
50. Menyimpan atau menjual alat-alat kelengkapan rumahtangga atau perabot:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
51. Membuat, menyimpan atau menjual arang batu, arang kayu atau lain-lain barang mudah terbakar
25
52. Menyimpan atau menjual mancis:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
53. Mengumpul atau menyimpan suratkhabar lama, tin-tion kosong, botol-botol, tulang-tulang, guni-guni, buku-buku, tong-tongatau barang-barang buruk:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
54. Menyimpan atau menjual senjata api atau peluru
200
55. Menyimpan atau menjual getah:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi
100
200
tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
300
56. Menjual, menyimpan atau membuat colok-colok sembahyang, kertas-kertas sembahyang atau barang-barang lain yang berkaitan:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
57. Menyimpan atau menjual barang-barang kraftangan:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
50
100
150
58. Kilang padi:
(a) Kurang daripada 10 kuasa kuda (b) 10 hingga 50 kuasa kuda (c) 51 hingga 100 kuasa kuda (d) 101 hingga 500 kuasa kuda (e) Lebih daripada 500 kuasa kuda
20
30
50
100
300
59. Sports toto, empat nombor ekor atau sebagainya
2,000
60. Kedai ubat:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
61. Kedai cermin termasuk membuat bingkai gambar:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi
50
(b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
150
62. Gudang atau stor:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
63. Menyimpan atau menjual benda-benda lain yang tidak terdapat dalam undang-undang kecil ini:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
Tidak melebihi <200
Tidak melebihi
<320
Tidak melebihi <480
64. Mengilang asitilin, oksigen atau gas-gas lain
5,000
65. Mengilang asid, alkali, pelarut, dammar, pelekat, baja, racun serangga, racun makhluk perosak, racun rumpai, umpan kimia atau kimia lain
5,000
66. Membuat penyaman udara, ketuhar, peti sejuk, televisyen, perakan video atau lain-lain barangan elektrik
5,000
67. Kilang besi atau keluli
5,000
68. Membuat aloi, amalgam atau olahan logam lain:
(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi
500
1,000
69. Membuat barang-barang dari aluminium, timah, keluli atau logam-logam lain:
(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi
500
1,000
70. Membuat kawat duri, kawat jarring atau pagar
berangkai:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
50
300
600
71. Membuat kabel atau wayar:
(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi
500
1,000
72. Membina badan kenderaan motor
3,000
73. Membuat alatganti kenderaan motor dan jentera
3,000
74. Membuat basikal
2,000
75. Pemasangan atau pembuatan motosikal, kereta, traktor atau jentera berat lain
3,000
76. Membuat barang-barang dari emas, tembaga, perak, pewter atau barang-barang lain yang serupa:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
50
250
350
77. Membuat pam atau penapis:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
200
300
500
78. Kilang minyak sawit
3,000
79. Kilang gula
3,000
80. Kilang rokok
3,000
81. Kilang tepung
1,000
82. Kilang air batu
200
83. Membuat atau menyimpan kopra
50
84. Pengawitan daun tembakau:
(a) Tidak melebihi 5 ban tembakau (b) Setiap tambahan ban tembakau
200
50
85. Membuat botol-botol:
(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi
(b) Keluasan melebihi 280 meter persegi
400
800
86. Membuat serabut sintatik:
(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi
400
800
87. Membuat barang-barang dari kaca gantian:
(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi
300
600
88. Membuat barang-barang dari kaca:
(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi
300
600
89. Membuat kaca
2,000
90. Membuat bekas air panas:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
200
300
500
91. Membuat makanan haiwan:
(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi
400
800
92. Membuat cat
5,000
93. Membuat titanium, toksida
5,000
94. Membuat barang-barang berasaskan petroleum atau minyak pelincir
3,000
95. Membuat bahan-bahan pengilap:
(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi
500
1,000
96. Membuat papan lapis:
(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi
1,000
2,000
97. Membuat atau menjual keranda
50
98. Membuat barang perhiasan dari kayu:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
99. Kilang papan:
(a) Tidak melebihi 2 mesin (b) Tiap-tiap satu mesin tambahan
500
500
100. Kilang perabot:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
101. Membuat bot dan limbungan
400
102. Sipway
100
103. Membuat perahu
100
104. Kilang simen
5,000
105. Membuat barang-barang dari simen:
(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi
400
800
106. Mengisar simen
600
107. Kerja-kerja pecah batu (quary)
1,000
108. Membuat batu jubin, marmar atau lain-lain barang seumpamanya
3,000
109. Membuat batu bata
300
110. Membuat bahan-bahan bangunan pasang-siap:
(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi
300
600
111. Kilang tekstil
3,000
112. Membuat permaidani
2,000
113. Membuat kusyen:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
114. Membuat sarung tangan atau topi:
(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi
300
600
115. Membuat tirai atau hiasan dalaman:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
116. Membuat tayar atau tiub
3,000
117. Mencelup tayar atau kerja-kerja penvulkanan:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
118. Membuat barang-barang dari getah:
150
119. Membuat alat-alatulis:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
200
300
500
120. Membuat baja binatang atau ikan:
(a) Keluasan tida melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi
300
800
121. Membuat bateri:
(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi
300
600
122. Membuat kalsium karbaid
2,000
123. Mengilang ubatan atau lain-lain keluaran farmasi:
(a) Keluasan tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluasan melebihi 280 meter persegi
300
600
124. Membuat barang-barang perancang keluarga:
(a) Keluaran tidak melebihi 280 meter persegi (b) Keluaran melebihi 280 meter persegi
300
600
125. Membuat mercun, bahan letupan atau bunga api
5,000
126. Kilang kertas 3,000
127. Mengisi gas di dalam balang
4,000
128. Memproses bulu burung
200
129. Kilang kulit:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
130. Membuat kasut (footwear)
2,000
131. Membuat paying:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi
100
200
300
132. Membuat zip:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
250
350
133. Kilang menggiling atau mengisar:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
200
300
134. Membuat papan tanda atau iklan
100
135. Membuat gabus puncak atau penutup botol
120
136. Membuat alat solek atau alat keperluan bersuci
2,000
137. Membuat, menyimpan atau menjual bahan pencuci:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
100
250
350
138. Kilang mancis
400
139. Membuat ubat nyamuk:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi
(c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
200
300
500
140. Kilang plastic atau membuat barang-barang plastic:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
200
350
1,000
141. Membuat barang-barang permainan kanak-kanak:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
200
350
1,000
142. Menyimpan dan merawat getah
3,000
143. Membuat apa-ap keluaran yang tidak dinyatakan dalam undang-undang kecil ini:
(a) Keluasan tidak melebihi 140 meter persegi (b) Keluasan melebihi 140 meter persegi tetapi tidak melebihi 280 meter persegi (c) Keluasan melebihi 280 meter persegi
Tidak melebihi <200
Tidak melebihi
<400
Tidak melebihi <5,000
Diperbuat oleh Majlis Daerah Setiu dalam mesyuaratnya pada 13 haribulan Ogos, 1989. [MDS. 01/2-43-(23).]
DATO’ HAJI TENGKU MAHMUD BIN MANSOR, Yang Dipertua,
Majlis Daerah Setiu Disahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri di dalam mesyuaratnya pada 24 November, 1993. [SUK. TR. 1200/346/1/SK. B; PUN. TR. 70 Bhg.4.]
OSMAN BIN MUDA, Setiausaha,
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Terengganu
Copyrights Reserved © All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, stored in retrieval system or transmitted in any form or by any means electronic, mechanical, photocopying, recording and/or otherwise without the prior permission of Lawnet. _______________________________________________________________________________________________________________
PRODUCED BY LAWNET PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD