Post on 25-Jan-2016
description
JOHN DEWEY
a) LATAR BELAKANG
John Dewey merupakan seorang ahli falsafah, ahli psikologi Amerika Syarikat.
Beliau amat berpengaruh dalam bidang pendidikan dan pemulihan sosial
bersama-sama Charles anders dan William James.
Beliau bersama dua orang rakanya merupakan pengasas falsafah pragmatisme.
Beliau amat berpengaruh dalam bidang falsafah untuk persekolahan semasa
separuh masa pertama dalam abad ke-20 di Amerika Syarikat.
Walaupun John Dewey banyak menghasilkan buku berkenaan pendidikan, namun
beliau juga banyak menulis mengenai topik lain.
Dalam memperjuangkan demokrasi, beliau telah mementingkan dua elemen
utama iaitu sekolah dan masyarakat umum.
Menurut beliau, elemen ini penting untuk mewujudkan kemakmuran dan
keamanan.
Dewey telah dilahirkan di Burlington Amerika Syarikat pada 20.Okhtober.1859
dan meninggal dunia di New York pada1.Julai 1952 pada usia 92 tahun.
John Dewey telah mengikut jejak langkah abangnya iaitu Davis Rich Dewey
dengan melanjutkan pelajaranya ke University Of Vermont pada 1879
Setelah tiga tahun mengajar di Sekolah Tinggi Oil City, pennsylvania, beliau telah
mendapati beliau tidak sesuai untuk pengajian dalam pendidikan rendah dan
menegah.
Setelah bekerja di G Stanley Hall, dan bekerja di Makmal Psikologi Amerika
Syarikat, beliau telah menerima PHD daripada Fakulti Pendidikan Seni.
Pada 1899, Dewey telah dipilih untuk menjadi presiden kepada persatuan
America psychological Association.
Bermula daripada tahun 1904 hingga 1952 Dewey merupakan tenaga pengajar
di Universiti Colombia dan Maktab Perguruan Universiti Colombia.
Dewey merupakan seorang daripada ahli tetap Persatuan Keguruan Amerika
Syarikat.
Bersama-sama Charles Bread, Thorstein Veblan dan James Harvey Robinson,
mereka mengasaskan The New School.
Penulisan Dewey yang paling penting adalah berkaitan konsep arka refleks
dalam psikologi (1896).
Selain itu, ialah Demokrasi dalam pendidikan (1916) berkaitan dengan
pendidikan progresif.
Karya Sifat manusia dan menjalakanya (1922), satu kajian mengenai fungsi
tabiat dalam tingkah laku manusia.
Karya lain Dewey adalah “Public And Problem (1927), ‘The Phantom Public
(1925)”,dan karya yang lain lagi.
Dewey mempunyai kehidupan profesional yang sangat sistematik kerana berjaya
menghasilkan 700 artikel dalam 140 jurnal, dan kira-kira 40 buah buku.
Dewey telah berkahwin sebanyak 2 kali. Perkahwinan pertama Dewey bersama
Alice Chipman dan perkongsian ini mereka mendapat enam orang anak.
Perkahwinan kedua Dewey bersama Roberta Lowitz Grant.
Pegangan penting dalam penghasilan kerja Dewey adalah kepercayaan Dewey
yang mendalam terhadap demokrasi dalam bidang politik, kewartawanan,
dan pendidikan.
Dewey berucap “ Demokrasi dan satu, keunggulan yang muktamad,
beretika manusia adalah untuk fikiran saya” di Universiti Michigan pada 1888.
Menurut Dewey pendidikan merupakan satu kehidupan. Dewey menghasilkan
sebuah buku iaitu “education and democracy 1916” mengenai satu pengenalan
kepada falsafah pendidikan.
Penglibatan aktif Dewey dalam penyediaan institusi pendidikan seperti Univesity
of Chicago Labotary School (1896) dan The New School untuk penyelidikan
sosial(1919).
Dalam How We Think, Dewey telah menyatakan:
The older type of instruction tended to treat the teacher as a dictatorial
ruler. Thenewer type sometimes treats the teacher as a negligible factor,
almost as an evil, though a necessary one. In reality, the teacher is the
intellectual leader of a social group, He is a leader, not in virtue of official
position, but because of wider and deeper knowledge and matured
experience. The supposition that the teacher must abdicateits leadership is
merely silly.
Terdapat ramai penyelidik menjadikan Dewey sebagai seorang berpengaruh
untuk Project Based Learning (PBL).
Teori Dewey telah mempengaruhi ramai sarjana cina termasuklah Hu Shih,
Zhangboling dan Tao Xingzhi dan mereka yang belajar di bawahnya dalam
UniversitiColumbia.
Dewey telah menyertai aktiviti-aktiviti penganut humanisme bermula dari tahun
1930-an kepada 1950-an, Penasihat Charles Francis Potter First Humanist
Society New York dan dilantik menjadi ahli kehormat Humanist Press Association
(1936).
Pendapatnya terhadap humanisme boleh dipetik dari kata Dewey daripada
sebuahartikel bertajuk "Apa Cara Humanisme untuk Saya", diterbitkan pada Jun
1930dalam Thinker edisi kedua.
“What Humanism means to me is an expansion, not a contraction, of
humanlife, an expansion in which nature and the science of nature are
made thewilling servants of human good." — John Dewey.
b) SUMBANGAN DALAM PENDIDIKAN
Pengaruh Pertama
Dewey telah melahirkan konsep baru mengenai sosial pendidikan.
Pendidikan memiliki fungsi sosial seperti yang telah dinyatakan
oleh Plato di dalam bukunya.
Menurut Dewey, pendidikan merupakan alat potensi yang tidak hanya
untuk kegunaan masyarakat tetapi untuk pembaharuan di masa hadapan.
Selanjutnya, hubungan yang erat di antara pendidikan dan masyarakat
menjadikan pendidikan harus dijadikan tunjang untuk
memotivasikan masyarakat.
konsep pendidikan merupakan suatu proses sosial berkait erat dengan
kehidupan masyarakat secara luas di luar sekolah dan sebaliknya.
Pengaruh Kedua
Dewey memberikan bentuk dan bahan baharu terhadap konsep
pendidikan berpusatkan kepada anak ( child-centredness )
D e w e y t e l a h m e m b u a t d a s a r k o s n s e p b e r p u s a t k a n
a n a k p a d a landasan falsafah sehingga pengruh tersebut telah
menular dengan lebih kuat berbanding ahli falsafah yang terdahulu.
Pengaruh Ketiga
Penghasilan projek dan penyelesaian masalah daripada konsep Dewey
mengenai pengalaman telah diterima sebagai sebahagian
daripada teknik pembelajaran di dalam kelas.
Walaupuan Dewey bukanlah pencetus konsep tersebut namun Dewey
telah membangunkan alat pembelajaran yang lebih sempurna dan
memberikan kerangka teoratik.
c) PEMIKIRAN TENTANG PENDIDIKAN
Aliran Pragmatisme
Al i ran in i leb ih menjurus kepada cara prakt ika l ia i tu u j ika j i
untuk meye lesa ikan masalah.
Menurut Dewey, konsep harus dibentuk oleh pengalaman sebenar dan
pengetahuan sedia ada.
Memperkena lkan s i s tem pend id ikan yang member i fokus
kepada penye lesa ian masalah, ianya akan membantu murid menjadi
seorang yang aktif serta mengunakan semua teknik yang dipelajarinya.
Menurut Dewey, individu haruslah membuktikan sesuatu
berdasarkan pengalaman sebenar dan pengetahuan sedia ada.
Peranan Aliran Pragmatisme Dalam Bidang Pendidikan
Apresiasi dan sumbangan pemikiran pendidikan John Dewey
bukan sahaja kepada Amerika Syarikat namun ianya turut memberi
impak kepada dunia.
Di Amerika Syarikat, Dewey merupakan orang yang membawa
perubahan kepada sistem pendidikan di sana pada tiga dekad
yang lalu.
Dalam semua peringkat pengaruh Dewey telah memberikan rujukan
terhadap sistem persekolahan dari bersifat formal dengan pembelajaran
penuh gaya paksaan kepada konsep pembelajaran lebih selesa.
Pemikiran Dewey telah memberi rujukan tentang pusat dalam
pembelajaran anak dan berproses dalam pengalamannya.
Garis besar pemikiran pendidikan yang selalu dikaitkan dengan
Dewey dan telah banyak memberikan keberkesanan terhadap konsep-
konsep pendidikan.
Menurut Dewey, pendidikan merupakan satu elemen atau proses yang
mewujudkan keadaan kondusif dan selesa agar mampu memudahkan
individu menyesuaikan diri dengan persekitaran dan moral individu
terbabit.
Pendidikan masa kini bukan sahaj dianggap sebagai satu ketetapan dan
muktamad,
keperluan pendidikan bergantung kepada negara masing-masing
jadi pendidikanhanya berkesan untuk kawasan dan masa terbabit
sahaja.
Matlamat pendidikan adalah untuk membantu individu mencapai potensi
diri mereka demi kepentingan masayarakat kerana setiap individu
mempunyai potensi yang unik berdasarkan ciri-ciri fizikal dan
psikologi.
Menyumbangkan idea yang menggariskan pandangan dalam buku
Education Of Democracy.
Kaedah pengajaran yang dilaksanakan tidak boleh diasingkan
daripada kandungan mata pelajaran kerana ianya saling
bergantung. Pendidik berupaya untuk mengaitkan kandungan
dengan keperluan, kehendak, minat, bersesuaian dengan konteks
fizikal, sosial dan politik.
Pendidikan tidak tamat hanya untuk tahap persekolahan
sahaja namun ianya harus diteruskan sepanjang hayat.
Pemikiran pendidikan
Pemikiran Dewey memberi rujukan mengenai pusat
dalam pembelajaran anak-anak dan proses pengalamanya.
Konsep Dewey menyatakan proses pendidikan mestilah diwarnai dengan
pertumbuhan, perkembangan, evolusi, kemajuan dan pembaikan daripada
elemen-elemen untuk menghasilkan pendidikan yang progresif.
Menurut Garforth (1966) terdapat tiga pengaruh pemikiran Dewey dalam
pendidikan yang dirasakan sangat kuat mempengaruhi sehingga hari ini.