Post on 11-Jul-2016
description
1
DOKUMENTASI LATIHAN INDUSTRI 2016
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA : SHARMILA A/P RAJENDRAN
NO. MATRIKS : E20141008930
PERINGKAT PENGAJIAN : DIPLOMA SAINS MATEMTIK
DISELIA OLEH:
PENYELIA INDUSTRI : PN. NORSAIDATUL NADIAH BINTI MOHD
SAIDI
PENSYARAH PENYELIA : DR. PHOOG SEUK YEN
LATIHAN INDUSTRI DI :
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KINTA SELATAN
28 MAC 2016 HINGGA 20 MEI 2016
JABATAN MATEMATIK, FAKULTI SAINS DAN MATEMATIK,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,
TANJUNG MALIM, PERAK
2
KANDUNGAN (sila susun ikut ini)
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
TUGASAN KHUSUS LATIHAN INDUSTRI
HAL-HAL LAIN (mc, laporan penyelia industri jika ada)
3
LAPORAN AKHIR
LATIHAN INDUSTRI 2016
4
PENGHARGAAN
Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa
tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dan
latihan industri saya di Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan (PPDKS) dengan
jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada
pensyarah tercinta saya, Dr.Phoong Seuk Yen kerana dengan tunjuk ajar serta
bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan
suksesnya.
Tidak lupa juga kepada Puan Ellya yang telah menyelia saya di PPDKS dan
telah membantu saya untuk mengikuti dan menimba seberapa ilmu sepanjang latihan
industri.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja
kursus ini.Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral
yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan sekerja yang
banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka
membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada
mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara lansung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini.Terima kasih.
5
1.0 PENGENALAN
Saya, Sharmila A/P Rajendran, pelajar dari Diploma Sains Matematik di UPSI.
Saya telah menjalani latihan industri saya di Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Selatan
(PPDKS). Tujuan latihan industri ini disediakan adalah sebagai panduan dan
bimbingan kepada pelajar yang akan menempuhi alam pekerjaan sebenar.
Objektif Latihan Industri
Antara objektif Latihan Industri dijalankan ialah:-
1) Memberi pendedahan alam pekerjaan kepada pelajar.
2) Meluaskan lagi pengetahuan teknikal pelajar dalam kos yang diambil.
3) Melatih pelajar menangani masalah atau konflik ketika melalukan apa-apa pekerjaan
untuk mereka bakal hadapinya pada masa depan di alam pekerjaan.
4) Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang dipelajari ketika dalam kuliah
dengan praktikal yang dilakukan.
5) Dapat membekalkan pelajar dengan pengetahuan yang diperolehi ketika praktikal dan
dapat memberikan manfaat kepada mereka ketika mereka memulakan alam pekerjaan.
Objektif Laporan
Pelajar yang melalui latihan industri perlu menyediakan laporan mengenai latihan
industri yang dijalankan sepanjang semester itu.. Laporan ini mengenai catatan latihan
teknikal yang dilakukan oleh pelajar, latar belakang syarikat, kepentingan latihan
industri, dan sebagainya. Disini saya ingin menjelaskan beberapa objektif laporan
latihan industri:-
1) Menerangkan secara terperinci setiap langkah yang dilakukan ketika teknikal.
2) Selain itu, objektif Buku laporan harian latihan industri ini juga untuk membantu
pegawai organisasi menilai setiap latihan pelajar yang menjalani latihan industri
ditempat mereka.
3) Laporan latihan industri ini juga dapat memudahkan pensyarah kerja atau aktiviti
pelajar semasa menilai pelajar selepas menjalani latihan industri.
6
7
2.0 LATAR BELAKANG SYARIKAT (tidak lebih dari 4 m/s)
Syarikat yang telah mejalani latihan industri saya iala Pejabat Pelajaran Daerah
Kinta Selatan. PPD Kinta Selatan telah diwartakan oleh agensi pusat sebagai Pejabat
Pelajaran Daerah yang baru pada tarikh 01 Februari 2007. PPD Kinta Selatan mula
beroperasi pada 01 Jun 2007 yang diketuai oleh YM Haji Raja Abdul Rahman Bin
Raja Amran dengan kekuatan pegawai dan staf seramai 24 orang. Majlis pelancaran
PPD Kinta Selatan telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Hussein Bin Harun, Pengarah
Pelajaran Negeri Perak pada 06 November 2007.
PPD Kinta Selatan beroperasi dengan mengambil satu blok bangunan sekolah
SMK Kampar yang diubahsuai menjadi pejabat pentadbiran, bilik-bilik pegawai dan
staf sokongan serta sebuah bilik mesyuarat. Pada Tahun 2008, sebuah bangunan satu
tingkat telah dibina bersebelahan dengan bangunan induk bagi menempatkan Unit
Kewangan, Unit Buku Rekod Perkhidmatan, 3 bilik pegawai dan bilik operasi atau
bilik mesyuarat kecil. Bangunan ini mula digunakan pada akhir tahun 2008. Pada
tahun 2012, sebuah bangunan pasang siap (kabin) telah dibina bagi menampung
pertambahan pegawai di PPDKS. Bangunan ini mula digunakan pada 11 Februari
2013.
Kawasan tadbir urus PPD Kinta Selatan merangkumi kawasan seluas 109.65 KM
persegi meliputi Kampar, Gopeng, Batu Gajah, Malim Nawar, Tanjung Tualang dan
Tronoh. Tadbir urus PPD Kinta Selatan meliputi 80 buah sekolah yang terdiri
daripada 15 sekolah menengah dan 65 sekolah rendah.
Kini, PPD Kinta Selatan mempunyai 45 orang pegawai dan 21 orang staf
sokongan dalam mengendalikan operasi di Daerah Kinta Selatan.
Operasi dan fungsi Pejabat Pelajaran Daerah
Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan (PPDKS) mempunyai pelbagai jenis fungi dan
operasi. PPDKS mengendalikan pertukaran murid dari suatu kawasan ke suatu
kawasan atau dari suatu sekolah ke suatu sekolah. PPDKS juga mengendalikan
permohonan belajar semula murid warganegara di sekolah kerajaan dan bantuan
kerajaan. PPDKS akan memastikan setiap murid mendapat buku teks. Satu meja dan
8
satu kerusi pada hari pertama dan memastikan semua kanak-kanak mengikut kohort
umur yang ditetapkan mendapat tempat belajar pada hari pertama sesi persekolahan
bermula. Proses penempatan guru , proses pertukaran guru dan pembayaran bil dan
invois sekolah – sekolah rendah di dearah kinta selatan dikendalikan oleh PPDKS.
Visi
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
Misi
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
Logo
KETERANGAN LOGO
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mula ditubuhkan pada tahun 1982. Idea mereka
bentuk logo PPD dihasilkan sepuluh tahun berikutnya. Antara lain, logo ini
mengandungi tiga gabungan unsur yang melibatkan aksara, warna dan rupa. Setiap
unsur tersebut memberikan pengertian dan makna yang berfokuskan tanggungjawab
dan peranan PPD/PPG di Malaysia.
PENGERTIAN RUPA
i. Buku dan Kalam Kedua-dua peralatan ini menjadi instrumen utama dalam
melaksanakan program pendidikan Negara.
9
ii. Jalur empat berserta anak panah Jalur ini menggambarkan kesepaduan empat kaum
utama iaitu Melayu,Cina, India dan kaum-kaum lain dalam memainkan peranan ke
arah kecemerlangan pendidikan. Setiap PPD atau PPG mempunyai kesepakatan dalam
memartabatkan pendidikan demi kesejahteraan warganegara Malaysia.
iii. Bulan dan Pecahan 14 Bintang Lambang ini menggambarkan 14 buah negeri di
Malaysia dan agama Islam sebagai agama rasmi.
PENGERTIAN WARNA
i. Warna Biru Tua ( berjalur empat ) Setiap warganegara Malaysia seharusnya
menanam sikap cinta akan ilmu.
ii. Warna Biru Muda ( rupa buku ) Pendidikan berkesan lazimnya bermula pada usia
yang masih muda atau sejak zaman kanak-kanak lagi.
iii. Warna kuning ( bulan dan bintang ) Negara Malaysia yang berdaulat
PENGERTIAN AKSARA
* PPD : Pejabat Pendidikan Daerah
* PPG : Pejabat Pendidikan Gabungan ( Sabah & Sarawak )
* Nama PPD : Diperjelaskan di bawah logo mengikut PPD masing-masing.
10
3.0 TUGASAN UTAMA (5-10 poin)
(Nyatakan tugasan yang diberikan kepada anda sepanjang LI (mengikut keutamaan).
Senaraikan ikut poin. Bagi setiap poin, beri ulasan tugasan-tugasan anda)
i. Minit fail
ii. ...
iii. ...
11
4.0 TUGASAN DAN HASIL
TUGASAN TARIKH PERINCIAN HASIL
Menanam pokok 22 dan 29
Februari 2016
Pokok karas dan
pokok bunga kertas
ditanam. Kedua-dua
pokok adalah dilabel
dan data penanaman
pokok adalah
direkod.
Kedua-dua pokok
subur sehingga ke
penghujung tarikh
latihan industri.
Mempelajari
mengenai akaun
debit dan kredit
syarikat.
Sepanjang latihan
industri.
Data pembelian dan
perolehan syarikat
Yusri & Co. adalah
diakses dan
pengiraan akaun
debit dan kredit
syarikat telah
dipelajari dari Puan
Halina Hassan.
Mengetahui cara
mengira perolehan
debit dan kredit
syarikat.
12
5.0 MASALAH YANG DIHADAPI (Tidak lebih 1 m/s)
(Nyatakan masalah yang dihadapi dan perincikan setiap masalah)
i. Kesukaran untuk edit buku.
Pelatih diberikan beberapa buah buku yang sedang dalam proses editing.
Namun, pelatih menghadapi kesukaran tentang apa perlu diedit dan bagaimana
untuk edit buku-buku yang agak tebal.
ii. ...
CARA MENGATASI MASALAH (Tidak lebih 1 m/s)
i. Kesukaran untuk edit buku.
Bertanya kepada penyelia mengenai cara edit buku dengan betul. Cara edit
yang selalu digunapakai adalah...
ii. ...
Selaraskan masalah (i) dan cara mengatasi (i)
Jika masalah itu no. (ii), cara mengatasi no. (ii) juga.
13
6.0 PENGALAMAN LATIHAN INDUSTRI (Tidak lebih 1 m/s)
Apa yang diperhatikan di syarikat LI? Budaya kerja? Staf, suasana?
Berikan komen berdasarkan kesesuaian penempatan dan kesesuaian tugasan/kerja
yang diberikan di syarikat ini dengan bidang pengajian anda. Ceritakan pengalaman
anda.
14
7.0 KAITAN HASIL INDUSTRI DAN PEMBELAJARAN KURSUS DI UPSI
(Tidak lebih 2 m/s)
Pelatih diminta untuk membina poster dan brosur bagi memasarkan produk penghawa
dingin baru keluaran syarikat Aimy Cooler Enterprise. Pelatih menggunakan
kemahiran menggunakan Adobe Photoshop yang dipelajari dalam subjek XXX ketika
di semester ketiga pengajian.
Pelatih diminta untuk mencari kaedah bagaimana untuk meningkatkan hasil jualan di
syarikat Tekstil Zabedah. Pelatih telah memberi cadangan menggunakan model goal
programming yang dipelajari dalam subjek Multi-objectives Models yang dipelajari
ketika semester keenam pengajian. Model tersebut adalah…
15
8.0 KESIMPULAN (Tidak lebih 1 m/s)
Nyatakan kesimpulan keseluruhan laporan akhir.
16
9.0 LAMPIRAN
Lampirkan gambar syarikat dan aktiviti-aktiviti di syarikat. Tak lebih 3 m/s.
*penting untuk laporan akhir:
Jangan ubah format .doc ini.
Justify untuk semua teks.
Untuk hasil akhir, padam arahan ini yang mana tak berkenaan.
Asingkan setiap seksyen (lain-lain m/s)
muka depan
penghargaan
pengenalan
tugasan utama
tugasan dan hasil
masalah yang dihadapi dan cara mengatasi masalah
pengalaman latihan industri
kaitan hasil industri pembelajaran
kesimpulan
17
TUGASAN KHUSUS LATIHAN INDUSTRI 20XX
TAIP TAJUK DI SINI
18
1.0 Pengenalan (Introduction) (Tidak lebih 1 m/s)
Pengenalan mengenai tugasan khusus anda.
19
1.1 Objektif Kajian (Research Objectives) (Tidak lebih 1 m/s)
Nyatakan tujuan kajian dilakukan di sini. Tujuan kajian paling sedikit tiga paling
banyak lima.
Buat dalam bentuk poin. Contoh:
i. Melihat tren penjualan tekstil bulanan pada tahun 2014.
ii. Mengkaji jenis material kain yang kerap dibeli oleh pelanggan S.E.S Pesona
Sdn. Bhd.
20
1.2 Sumbangan Kajian (Research Contributions) (Tidak lebih 1 m/s)
Nyatakan sumbangan kajian. Sumbangan paling sedikit tiga paling banyak lima. Buat
dalam bentuk poin. Contoh:
i. Dengan adanya kajian mengenai jenis pokok yang cepat mati, pihak FRIM
boleh mengambil langkah yang sewajarnya bagi memanjangkan hayat pokok-
pokok tersebut.
ii. ...
21
2.0 Populasi/Bahan/Data (Population/ material/ data) (Tidak lebih 1
m/s)
Nyatakan bahan yang digunakan. Jika buku, beri nama tajuk, pengarang, tahun terbit
dll. Jika data jualan bulanan nyatakan data dalam bentuk jadual. Jika jenis pokok,
terangkan pokok apa, nama apa dsb.
22
3.0 Kaedah Kajian (Research Methods) (Tidak lebih 2 m/s)
Nyatakan prosedur yang anda lakukan.
Contoh:
Pelatih meminta khidmat nasihat penyelia industri...... Setelah beberapa sesi
perbincangan.... Buku yang dipilih adalah.... kerana...
Contoh: Oleh kerana kekangan masa, data jualan bulanan adalah diambil dari
bahagian jualan dan pemasaran...
Ceritakan anda buat apa nak dapatkan data. Kemudian cerita apa anda buat ke atas
data.
Contoh: Peratusan pokok mati dan hidup adalah dibentangkan dalam bentuk carta
pai. ... Ulas lah lagi.
Guna perkataan pelatih, bukan bahasa diri ‘saya’.
23
4.0 Keputusan dan Perbincangan (Results and Discussion) (Tidak
lebih 4 m/s)
Hasil kajian, letak di sini. Termasuk jadual, graf, dll.
Ceritalah apa hasil yang diperoleh berdasarkan objektif. Jangan lari dari objektif.
Dapat keputusan begitu, kenapa? Terangkan. Pastikan ada elemen matematik.
Dan pastikan keputusan/dapatan boleh difahami dan dihargai/ berguna kepada
organisasi LI/ masyarakat/ negara dll.
Namakan graf atau jadual. Ikut abjad A, B,.. Letak jadual/graf di tengah dan bawah
sekali selepas teks. Selesai cerita baru letak jadual/graf.
Jadual A Bilangan kemasukan pendatang asing ke Malaysia
Bulan Bilangan orang Lelaki Perempuan
Januari 4,000 2888 1112
Februari 3,000
Mac ...
April ...
Mei ...
Jun ....
24
5.0 Kesimpulan (Conclusion) (Tidak lebih 2 m/s)
Di sini, jawab semula objektif kajian. Buat dalam bentuk poin.
i. Tren penjualan tektils di S.E.S Pesona Sdn. Bhd. adalah diperhatikan.
Didapati, jualan melonjak pada bulan Januari 2014. Ini adalah kerana.....
ii. ....
pastikan taily kesimpulan dan objektif. Kesimpulan (i) menjawab objektif kajian (i)
dalam Bahagian 1.1.
25
Letakkan gambar yang berkenaan kajian di sini. Tak lebih 5 m/s. Jika tiada. Tak perlu.
26
HAL-HAL LAIN
Selitkan MC (jika ada)
Nota penting untuk tugasan khusus
Untuk hasil akhir, padam arahan yang mana tak berkenaan.
Jangan tukar setting.
Ketika print set kepada A4.
Font yang dibenarkan untuk teks TNR 12 1.5 spacing.
Muka depan ikut font yang telah di set
Ikut urutan format yang diberi.
Markah akan ditolak jika format/setting tak betul.
You may write in English.
SEMUA INI, GABUNG DAN COMB BINDING.
GOOD LUCK.