Post on 25-Jul-2019
Page 1 of 5
SURAT TAWARAN
No. Ruj. Bank :
Tarikh :
Kepada : _______________________
: _____________________
: _____________________
Tuan/Puan,
PER : Permohonan untuk kemudahan [FacilityAlternateDescription]
Kami dengan sukacitanya ingin menawarkan kepada anda Kemudahan Overdraf ("Kemudahan") yang
tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat berikut:-
1. Had Prinsipal
Ringgit Malaysia (RM) [ApprovedTotalFinancingAmount] sahaja. Pengeluaran wang berlebihan
atau melebihi had tidak dibenarkan sama sekali.
2. Tujuan
Untuk penggunaan peribadi / pelaburan persendirian.
3. Pembayaran Balik
Semua jumlah Kemudahan yang belum dijelaskan (sama ada principal, faedah atau sebarang wang
lain yang terhutang kepada Bank) perlu dibayar balik pada bila-bila masa dengan serta-merta
apabila dituntut.
4. Tempoh
a) Kemudahan adalah tertakluk kepada semakan semula secara berkala menurut budi bicara
tunggal dan mutlak Bank tanpa sebarang kewajipan, sama ada dari segi undang-undang atau
ekuiti, untuk memberikan apa-apa sebab untuknya dan sama ada sebarang Peristiwa
Keingkaran telah berlaku atau tidak. Tiada apa-apa pun jua yang terkandung dalam surat
tawaran ini akan dianggap mengenakan sebarang obligasi ke atas Bank sama ada dari segi
undang-undang atau ekuiti, untuk menyediakan atau terus menyediakan Kemudahan.
b) Tanpa prejudis terhadap hak kami untuk menuntut pembayaran balik sepertimana dibentangkan
dalam Fasal 3 di atas dan meskipun apa-apa perkara yang menyatakan sebaliknya yang
terkandung dalam Surat Tawaran ini, Bank merizab hak mutlak untuk menggantung, menarik
balik, membatalkan atau menamatkan Kemudahan atau mana-mana bahagian daripadanya
secara satu pihak pada bila-bila masa yang dianggapnya wajar tanpa perlu memberikan
sebarang sebab untuknya melalui notis bertulis. Sekiranya Kemudahan ditarik balik, dibatalkan
atau ditamatkan, keseluruhan keterhutangan atau mana-mana bahagian daripadanya yang
Page 2 of 5
ditentukan oleh Bank hendaklah kena dan perlu dibayar dengan serta-merta tanpa notis atau
tuntutan lanjut selepas tujuh (7) hari kalendar dari notis Bank yang tersebut.
5. Kadar Faedah
Faedah yang dikenakan ke atas jumlah yang terlebih keluar akan dikira atas dasar baki harian pada
Kadar Asas (KA) Bank yang terpakai tambah [ApprovedSpreadWithoutSign]% setahun (Kadar
Faedah Terpakai) dan faedah tersebut hendaklah dibayar setiap bulan secara tunggakan. Kadar Asas
(KA) semasa Bank adalah [LatestEffectiveBRRate]% setahun dan Kadar Faedah Terpakai di atas
adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Bank menurut budi bicaranya.
6. Faedah Had Lebihan / Kadar Faedah apabila Kemudahan Ditukar
(a) Anda hendaklah membayar faedah pada kadar 6.35% melebihi KA atau sebarang kadar lain
yang boleh ditentukan oleh Bank melebihi KA setahun tertakluk kepada jumlah minimum
sebanyak Ringgit Malaysia Lima (RM5.00) sahaja ("Kadar Had Lebihan") ke atas sebarang
jumlah yang melebihi Had Prinsipal anda pada hari berikutnya selepas tarikh kena dibayar pada
dasar baki harian.
(b) Bank berhak menukar Kemudahan kepada Pinjaman Bertempoh pada bila-bila masa
berdasarkan sebarang terma dan syarat yang dianggap wajar oleh Bank setelah memberikan
notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar (termasuk menetapkan bilangan ansuran
dan jumlah setiap ansuran yang perlu dibayar) menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya.
Sekiranya Kemudahan ditukar kepada Pinjaman Bertempoh, faedah yang dikenakan ke atas
Pinjaman Bertempoh adalah KA + 4.1% setahun atas dasar kiraan bulanan atau pada sebarang
kadar atau kadar-kadar lain atau sebarang dasar lain yang dianggap wajar oleh Bank menurut
budi bicara tunggal dan mutlaknya.
7. Fi Komitmen
Fi komitmen sebanyak satu peratus (1%) setahun ke atas bahagian Kemudahan yang tidak
digunakan perlu dibayar jika had agregat kemudahan overdraf yang diberikan kepada anda di
bawah Kemudahan ini dan di bawah mana-mana kemudahan overdraf lain yang diberikan oleh
Bank sebelum ini atau pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa di masa hadapan melebihi
RM250,000.00.
8. Fi Dokumentasi
Di mana Kemudahan ini dicagarkan terhadap Unit Amanah Saham Bumiputera, Unit Amanah
Saham Wawasan 2020 atau Unit Amanah Saham Nasional, fi dokumentasi sebanyak RM106.00
(termasuk cukai barangan dan perkhidmatan) perlulah dibayar dan tidak boleh dikembalikan. Bank
merizab hak untuk mendebit akaun Kemudahan anda bersabit dengan bayaran tersebut setelah
ketersediaan Kemudahan ini.
9. Cagaran
a) Cagaran dan dokumen cagaran yang dibentangkan dalam LAMPIRAN pada Surat Tawaran ini
("Cagaran") hendaklah digadai dan / atau diserah hak dan / atau digadai janji dan / atau
disandar dan / atau dideposit dengan Bank melalui gadaian tetap pertama untuk menjamin
pembayaran balik Kemudahan.
Page 3 of 5
b) Sekiranye cagaran yang disediakan adalah oleh pihak ketiga, anda hendaklah mendapatkan
pihak ketiga tersebut untuk melaksanakan dan menyampaikan kepada Bank, Memorandum
Deposit Pihak Ketiga atau sebarang dokumen cagaran yang mungkin diperlukan oleh Bank
bersabit daripadanya dan dalam bentuk dan bahan yang telah ditetapkan oleh Bank.
c) Anda hendaklah pada semua masa memastikan bahawa baki belum dijelaskan yang kena
dibayar tidak melebihi suatu peratusan daripada jumlah keseluruhan nilai cagaran yang
disediakan yang boleh ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa ("Margin Pembiayaan").
Sekiranya Bank pada bila-bila masa menentukan bahawa baki belum dijelaskan melebihi
Margin Pembiayaan, di samping dan tanpa memudaratkan sebarang hak dan remedi Bank, anda
hendaklah atas kos dan perbelanjaan anda sendiri dengan serta merta dan, dalam apa jua
keadaan dalam jumlah hari yang telah dinyatakan didalam notis Bank secara bertulis untuk
anda membaiki kekurangan dengan menyediakan (atau menyebabkan penyediaan) kepada Bank
cagaran tambahan yang boleh diterima oleh Bank dan hendaklah menyempurnakan dan
menyerahkan (atau menyebabkan penyempurnaan dan penyerahan) kepada Bank semua
instrumen cagaran berkenaan memihak kepada Bank sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank
berkaitan dengannya, dalam bentuk dan berdasarkan terma yang dikehendaki oleh Bank. Nilai
cagaran yang disediakan atau dicadangkan yang akan disediakan akan ditetapkan oleh Bank
menurut budi bicara tunggal mutlaknya dari semasa ke semasa. Sebarang penentuan oleh Bank
tentang nilai cagaran yang diberikan (atau dicadangkan agar diberikan) adalah konklusif jika
tiada kesilapan yang nyata.
10. Ketersediaan Kemudahan
Kemudahan ini akan tersedia untuk penggunaan tertakluk pada terma-terma dan syarat-syarat Surat
Tawaran ini selepas:-
(a) anda mengembalikan kepada kami salinan Pendua Surat Tawaran ini yang telah
disempurnakan dan diterima dengan sewajarnya dalam masa yang ditetapkan; dan
(b) semua syarat terdahulu yang ditetapkan dalam "Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi
Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB" kami yang standard yang dilampirkan kepada Surat
Tawaran ini telah dipenuhi. Dalam hal ini syarat-syarat terdahulu tersebut harus dipenuhi
pada atau sebelum enam (6) bulan dari tarikh Surat Tawaran ini dan jika tidak, Kemudahan
akan ditarik balik dan tawaran akan dibatalkan kecuali jika sebaliknya dipersetujui secara
bertulis oleh Bank.
11. Penerapan Terma-terma dan Syarat-syarat Bagi Kemudahan Overdraft Bercagar CIMB
Kemudahan yang diberikan seterusnya dengan nyata tertakluk kepada "Terma-terma dan Syarat-
syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB" yang dilampirkan bersama ini dan turut
tertakluk kepada penyediaan, penyempurnaan dan penyerahan dokumen cagaran yang relevan
dalam bentuk dan kandungan yang boleh diterima oleh kami. Kecuali konteks menghendaki
sebaliknya, perkataan yang ditulis dengan huruf besar yang digunakan di dalam ini yang tidak
ditakrifkan hendaklah membawa maksud yang sama seperti yang ditakrifkan dalam Terma-terma
dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB.
Page 4 of 5
12. Pengendalian Aduan
Sekiranya wujud sebarang aduan tentang apa-apa perkara di dalam ini, anda boleh menghubungi
Customer Resolution Unit Bank di alamat, nombor telefon, nombor faks dan alamat e-mel berikut
(atau di sebarang alamat, nombor telefon, nombor faks dan alamat e-mel lain yang boleh diubah
oleh Bank dengan memaklumkan anda):-
Customer Resolution Unit
Tingkat 19, Menara Bumiputra Commerce
11, Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur
Telephone: +603 6204 7788 | Facsimile: +603 2691 3248
Email: cru@cimb.com
Jika terma-terma dan syarat-syarat di dalam Surat Tawaran ini boleh diterima oleh anda, sila nyatakan
penerimaan anda terhadap tawaran Kemudahan ini dengan menandatangani dan memulangkan kepada
kami salinan Pendua surat ini pada atau sebelum [DocDatedGracePeriodBM] dan jika tidak, tawaran ini
akan dianggap luput dan batal, melainkan ditentukan sebaliknya oleh kami.
Terima kasih.
Yang benar,
Untuk dan bagi pihak
CIMB Bank Berhad
……………………………… …………………………………
PFC / RM BM
Page 5 of 5
Saya/Kami, [ListCustomersName] (No. K/P. [ListCustomersIdno]) menerima tawaran Kemudahan di atas
oleh anda menurut terma-terma dan syarat-syarat di dalam Surat Tawaran ini dan di dalam Terma-terma
dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB dan bersetuju untuk terikat olehnya.
Saya/Kami dengan ini memberi kuasa kepada Bank untuk mendebit akaun Kemudahan
No................................. saya/kami dengan Bank bagi tujuan membayar semua caj/ duti setem/ fi
dokumentasi/faedah dan/atau apa-apa kos dan perbelanjaan lain berkaitan dengan Kemudahan.
Nama NRIC/No. Passport Tandatangan Tarikh
Sila hubungi [LatestSalesName] di cawangan [LatestSalesBranchDescription],
[LatestSalesBranchAddress], [LatestSalesBranchPostcode] [LatestSalesBranchTownDescription],
[LatestSalesBranchState], [LatestSalesBranchCountry] kami di talian [LatestSalesBranchTelNumber]
atau faks [LatestSalesBranchFaxNumber] untuk bantuan.
Saya ............................................................* seorang Pegawai Bank yang diberi kuasa/seorang
Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya/Sabah dan Sarawak yang mengamal di
......................................................................................................... dengan ini memperakui bahawa
tandatangan Peminjam di atas telah diturunkan di hadapan saya pada .......... haribulan ......................
20....... dan menurut pengetahuan peribadi saya, adalah tandatangan sebenar [ListCustomersName] (No.
K/P atau No. Passport [ListCustomersIdno]) yang mengaku kepada saya bahawa beliau adalah seorang
yang cukup umur dan bahawa beliau telah menyempurnakan instrumen ini secara sukarela.
Disaksikan oleh saya,
...........................................................
Nama:
No. Pekerja:
Tarikh:
Page 1 of 1
LAMPIRAN
(Cagaran yang diperlukan dan dirujuk dalam Klausa 8 Surat Tawaran)
Bil. Cagaran/Dokumen Cagaran Tanda Di mana
Berkenaan
No.
Sijil/ No
Penyata
Tanda di sini jika
Cagaran disediakan
oleh Pihak Ketiga
(Memorandum
Deposit Pihak
Ketiga perlu
disempurnakan)
Nilai yang
ditetapkan
bagi
Cagaran
(RM)
1.
Deposit Tetap
- Sijil asal FD (jika ada )
Deposit Terma
- Sijil asal (jika ada)
- ‘Notice of Assignment
and Charge’ kepada
CIMB Islamic Bank
Berhad
[FDAccountNo]
RM[FDAmount]
Deposit Tetap
Berserta
Pengeluaran
Faedah dalam
Ringgit diletakkan
di CIMB Bank
Berhad
Deposit Tetap
Tanpa
Pengeluaran
Faedah dalam
Ringgit diletakkan
di CIMB Bank
Berhad
Deposit Terma
Berserta
Pengeluaran
Keuntungan dalam
Ringgit diletakkan
di CIMB Islamic
Bank Berhad
Deposit Terma
Tanpa
Pengeluaran
Keuntungan dalam
Ringgit diletakkan
di CIMB Islamic
Bank Berhad
2.
Unit Amanah daripada
Amanah Saham Nasional
Berhad
- Sijil asal Amanah Saham
Nasional Berhad
- Borang Jualan Balik yang
telah ditandatangani
[AllCertificatesNo]
Unit Amanah
Saham
Bumiputera
Unit Amanah
Saham Nasional
Unit Amanah
Saham Wawasan
2020
Jumlah Sijil:
Jumlah Unit:
Page 1 of 24
Terma-terma dan Syarat-syarat Utama
Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB
1. SYARAT-SYARAT TERDAHULU BAGI KETERSEDIAAN KEMUDAHAN
Kemudahan (termasuk sepertimana disemak semula atau ditambah dari semasa ke semasa oleh
Bank) sedia digunakan oleh Peminjam setelah semua syarat terdahulu berikut dipenuhi:-
(a) dokumen cagaran relevan yang perlu disempurnakan oleh Peminjam atau penyedia cagaran
pihak ketiga dan sebarang dokumen lain yang perlu disempurnakan sepertimana dikehendaki
oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya telah disempurnakan dan dikembalikan kepada
Bank.
(b) cagaran relevan yang perlu disediakan oleh Peminjam atau penyedia cagaran pihak ketiga telah
disediakan kepada dan diterima oleh Bank (termasuk kebenaran yang diperlukan, jika
berkenaan);
(c) setelah membuka akaun semasa atau mengekalkan akaun semasa oleh Peminjam dengan Bank;
(d) sebarang dokumen yang diperlukan oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya telah
disempurnakan dan/atau didaftarkan dan/atau sebaliknya diisi dengan wajar;
(e) pematuhan dengan undang-undang/ peraturan kawal selia seperti yang dinyatakan dalam Fasal
15 Terma-terma dan Syarat-syarat Utama;
(f) anda atau mana-mana pihak cagaran tidak melakukan sebarang Peristiwa Keingkaran yang
dinyatakan dalam Fasal13 Terma-terma dan Syarat-syarat Utama;
(g) Bank berpuas hati (keputusan Bank adalah muktamad dalam hal ini melainkan jika terdapat
kesilapan yang nyata) bahawa tiada perubahan material telah berlaku terhadap keadaan
kewangan Peminjam (dan/atau penjamin atau mana-mana pihak cagaran, jika berkenaan) yang
menjejaskan atau mungkin menjejaskan cagaran Bank.
Syarat-syarat terdahulu bagi penyediaan kemudahan yang dibentangkan di dalam ini adalah untuk
manfaat tunggal Bank dan boleh diketepikan oleh Bank, sama ada secara keseluruhan atau
sebahagian, tanpa memudaratkan sebarang hak Bank untuk menegaskannya secara keseluruhan atau
sebahagian untuk penggunaan Kemudahan yang seterusnya.
2. CAGARAN
2.A DEPOSIT TETAP/ DEPOSIT TERMA SEBAGAI CAGARAN
(a) Jika deposit tetap/ deposit terma dinyatakan dalam LAMPIRAN pada Surat Tawaran sebagai
cagaran yang diperlukan, Peminjan (dan/atau mana-mana pihak cagaran, jika berkenaan)
melalui cagaran berterusan dengan ini menggadai dan/atau menyerahhakkan secara mutlak
kepada Bank melalui gadaian tetap pertama semua wang dalam kredit dalam Deposit Tetap
yang dirujuk di dalam LAMPIRAN pada Surat Tawaran (selepas ini dirujuk sebagai "FD")
sebagai cagaran berterusan untuk membayar balik, apabila dituntut, semua/atau mana-mana
liabiliti Peminjam dengan Bank sama ada terhutang pada masa ini atau selepas ini termasuk
faedah dan/atau keuntungan dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran.
Page 2 of 24
(b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui FD bersama-sama dengan faedah
dan/atau keuntungan ke atasnya (melainkan faedah/keuntungan yang tersebut adalah
dibenarkan untuk dikeluarkan oleh terma penempatan) pada tarikh matang mengikut sebarang
terma yang dianggap wajar olehnya dan gadaian/ penyerahan hak FD hendaklah termasuk
semua faedah dan/atau keuntungan yang diperolehi terhadap deposit tersebut dan Bank berhak
menyimpan deposit tersebut bersama-sama faedah dan/atau keuntungan yang terakru sehingga
keseluruhan liabiliti Peminjam dengan Bank telah dibayar balik.
(c) Di samping hak Bank sebagai pemegang gadaian/pemegang serah hak, Bank mempunyai budi
bicara mutlak dan kebebasan pada sebarang masa atau dari semasa ke semasa dan walau
tempoh bagi FD atau mana-mana bahagiannye yang telah ditempatkan mungkin telah tamat
tempoh, dengan memberikan notis terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar kepada Peminjam
(atau mana-mana pihak cagaran, jika berkenaan) untuk melaksanakan hak untuk menolak FD
(termasuk sebarang faedah dan/atau keuntungan yang terakru) terhadap sebarang liabiliti
Peminjam dengan Bank. Sementara menunggu pihak Bank melaksanakan hak untuk menolak
yang tersebut, pihak Bank berhak untuk menahan dan atau menggantung bayaran untuk
sebarang wang dari FD tersebut (termasuk apa-apa faedah dan/atau keuntungan yang
terkumpul). Semasa melaksanakan sebarang budi bicara dan haknya, Bank tidak mempunyai
liabiliti atau bertanggungjawab untuk sebarang kerugian kepada Peminjam atau pihak cagaran
termasuk kerugian faedah/keuntungan melainkan ianya disebabkan secara langsung oleh
kecuaian Bank atau kelalain yang sengaja.
(d) Sepanjang tempoh Kemudahan ini berkuat kuasa dan selepas itu sehingga keseluruhan
Kemudahan dijelaskan dengan sepenuhnya, FD dan sebarang faedah dan/atau keuntungan yang
terakru tidak boleh dikeluarkan atau diserah hak atau dipindahkan atau diwujudkan sebarang
amanah terhadapnya atau diwujudkan sebarang hak memihak kepada atau diberikan kepada
mana-mana pihak.
(e) Bank boleh menurut budi bicara mutlaknya menghendaki Peminjam (dan/atau pihak cagaran,
jika berkenaan) untuk melakukan apa-apa tindakan atau perkara atau melaksanakan apa-apa
dokumen, notis, pengendorsan bagi tujuan menyempurnakan cagaran Bank dan/atau
penyerahan hak mutlak terhadap FD dan Peminjam (dan/atau pihak cagaran, jika berkenaan)
hendaklah bertindak/melakukan perkara yang dikehendaki dalam tempoh yang ditetapkan oleh
Bank.
2.B UNIT AMANAH SAHAM BUMIPUTERA, UNIT AMANAH SAHAM WAWASAN 2020
DAN UNIT AMANAH SAHAM NASIONAL OLEH AMANAH SAHAM NASIONAL
BERHAD DAN CAGARAN LAIN YANG BOLEH DITERIMA KEPADA BANK
(a) Jika ditetapkan dalam LAMPIRAN pada Surat Tawaran ini sebagai cagaran yang diperlukan,
Peminjam dengan ini secara mutlak menyerah hak, dan/atau mendeposit dengan Bank melalui
gadaian tetap pertama Unit Amanah Saham Bumiputera, Unit Amanah Saham Wawasan 2020
dan Unit Amanah Saham Nasional oleh Amanah Saham Nasional Berhad yang dimiliki oleh
Peminjam (dan/atau mana-mana pihak cagaran, jika berkenaan) dan cagaran lain yang boleh
diterima oleh Bank (selepas ini dirujuk sebagai "Unit ASB") sebagai cagaran berterusan untuk
pembayaran balik, apabila dituntut, semua dan/atau sebarang liabiliti Peminjam dengan Bank
sama ada terhutang pada masa ini atau selepas ini termasuk faedah dan semua cagaran lain
sehingga tarikh pembayaran.
(b) Bank boleh mengikut budi bicara mutlaknya memerlukan Peminjam melakukan apa-apa
tindakan atau perkara atau melaksanakan sebarang borang atau dokumen, notis, sokongan bagi
Page 3 of 24
tujuan menyempurnakan penyerahan hak Bank keatas Unit ASB, dan Peminjam hendaklah
bertindak/lakukan sebagaimana yang dikehendaki dalam tempoh yang ditetapkan oleh Bank.
(c) Sebarang Unit ASB yang disediakan oleh Peminjam kepada Bank hendaklah, kecuali
dipersetujui sebaliknya oleh Bank, berbayar sepenuhnya atau dikreditkan sebagai berbayar
sepenuhnya. Pelaburan juga hendaklah bebas daripada semua tuntutan atau bebanan daripada
mana-mana pihak.
(d) Setelah Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini, Peminjam hendaklah
(kecuali telah melakukannya sebelum ini): -
(i) menyerahkan atau menyebabkan penyerahan semua sijil-sijil dan/atau bukti jubin
dokumentari lain yang berkaitan kepada Bank atau pemilikan kepada Unit ASB
sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank mengikut budi bicara mutlaknya,
(ii) menyempurnakan sebarang borang atau dokumen yang dikehendaki oleh Bank dari
semasa ke semasa bagi penyerahan hak, sandaran, gadaian terhadap sebarang sijil atau
sebarang cagaran yang dipegang oleh mana-mana pihak dalam akaun Peminjam untuk
memenuhi obligasi Peminjam di dalam ini.
(e) Sepanjang tempoh Kemudahan berkuat kuasa dan selepas itu sehingga keseluruhan Kemudahan
dijelaskan dengan sepenuhnya, Unit ASB tidak boleh dikeluarkan atau diserah hak atau
dipindahkan tidak juga diwujudkan amanah terhadapnya tidak juga sebarang hak terhadapnya
diwujudkan bagi pihak atau diberikan kepada mana-mana pihak.
(f) Peminjam hendaklah pada semua masa tidak mengambil atau abai mengambil apa-apa
tindakan, yang mana tindakan atau peninggalan tersebut boleh menjejaskan secara material dan
mudarat atau boleh mengurangkan nilai sebarang Unit ASB atau yang boleh mengubah atau
menjejaskan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang hak
yang diwujudkan disini.
(g) Peminjam hendaklah pada semua masa memastikan bahawa Margin Pembiayaan tidak
dilampaui sama ada dengan mendeposit dengan atau menyediakan kepada Bank cagaran
tambahan yang diluluskan oleh Bank dan dengan itu cagaran tambahan tersebut akan menjadi
sebahagian daripada Unit ASB di sini atau dengan membayar kepada Bank atau penamanya
secara tunai sebarang jumlah dan berdasarkan sebarang terma yang dikehendaki oleh Bank.
(h) Cagaran yang diwujudkan di dalam ini akan menjadi boleh dikuat kuasa dan kuasa penjualan
dan sebarang kuasa lain yang diberikan oleh undang-undang, Surat Tawaran, Terma-terma dan
Syarat-syarat Utama ini akan menjadi boleh dilaksana, menurut budi bicara Bank, selepas notis
terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar diberikan, jika Peminjam gagal membayar atau
menjelaskan mana-mana bahagian Kemudahan apabila kena dibayar atau selepas Bank
menuntut pembayaran sama ada keseluruhan atau sebahagian daripada liabiliti Peminjam atau
jika Peminjam melanggar sebarang obligasi kepada Bank di bawah Kemudahan ini.
(i) Bank merizabkan hak untuk memusnahkan secara serta merta, membubarkan atau menjual Unit
ASB tersebut yang disandarkan atau dicagarkan kepada Bank, yang difikirkan patut melalui
ejen yang dilantiknya atau mana-mana syarikat dalam Kumpulan CIMB Group Holding
Berhad, syarikat induk muktamad Bank, sekiranya Peminjam lalai dalam bayaran balik
Kemudahan Peminjam atau apabila berlakunya apa-apa kejadian yang melanggar perjanjian
seperti yang dinyatakan di sini atau pelanggaran Peminjam terhadap apa-apa obligasi kepada
Bank di bawah Kemudahan ini. Hasil jualan ini akan dikreditkan kearah memulihkan dan/atau
Page 4 of 24
menyelesaikan liabiliti Peminjam dengan Bank. Apa-apa kekurangan dalam akaun itu akan
diselesaikan oleh Peminjam. Di samping itu dan tanpa menjejaskan sebarang peruntukan di
dalam ini, kuasa Bank termasuk (tetapi tidak terhad kepada) kuasa untuk:-
(i) mengambil milikan, memungut dan mendapatkan Unit ASBatau mana-mana bahagian
daripadanya;
(ii) menjual, bertukar, menukar kepada wang atau melupuskan atau merealisasikan atau
bersetuju menjual, bertukar, menukar kepada wang atau melupuskan atau merealisasikan
Unit ASB atau mana-mana bahagian daripadanya yang dianggap wajar oleh Bank sama
ada melalui tawaran awam atau triti persendirian dan untuk sebarang balasan atau nilai
dan berdasarkan sebarang terma yang diputuskan oleh Bank menurut budi bicaranya
(bagi sebarang Pelaburan yang tidak boleh dipindahkan, lantas menyebabkan ianya tidak
dapat dijual, Bank berhak melaksanakan penebusan awalnya selaras dengan terma-terma
di sini dan hasilnya boleh digunakan untuk membayar balik liabiliti Peminjam terhadap
Bank);
(iii) melaksanakan atau menyebabkan atau membenarkan pelaksanakan semua kuasa atau hak
sampingan dengan pemilikan Unit ASBatau mana-mana bahagian daripadanya;
(iv) menjelaskan, melaraskan, mengkompromi dan menyusun sebarang
tuntutan/penyelesaian, akaun, pertikaian, persoalan dan tuntutan yang berkaitan dalam
apa cara jua dengan Unit ASBatau mana-mana bahagian daripadanya;
(v) membawa, mendakwa, menguatkuasakan, membela dan/atau menggugurkan sebarang
tindakan, guaman atau prosiding terhadap apa-apa perkara atau terhadap mana-mana
pihak yang berkaitan dengannya yang dianggap wajar dan perlu oleh Bank; dan
(vi) mengambil semua tindakan dan/atau perkara yang perlu atau wajar atau sesuai untuk
merealisasikan Unit ASBdan penjelaskan penuh semua liabiliti yang kena dibayar kepada
Bank.
Peminjam hendaklah menanggung rugi Bank terhadap semua tindakan, kerugian, tuntutan,
prosiding, kos, tuntutan dan liabiliti yang ditanggung oleh Bank (jika ada) untuk melaksanakan
atau cuba melaksanakan sebarang hak, kuasa, remedi atau budi bicara yang diletak hak pada
Bank.
(j) Sebarang dividen, faedah, wang dan/atau sebarang bentuk manfaat lain yang diterima daripada
atau berpunca daripada Pelaburan, sama ada dibayar atau diberikan kepada Peminjam atau
sebaliknya, dari permulaan Kemudahan sehingga semua liabiliti dibayar balik sepenuhnya
kepada Bank, hendaklah pada semua masa dipegang dalam amanah untuk Bank dan dibayar
kepada Bank apabila dituntut melainkan jika ianya timbul dari dan disebabkan secara langsung
oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja.
(k) Bank (termasuk wakilnya dan sub-wakilnya) tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa
keadaan pun jua atau atas apa-apa sebab pun jua terhadap Peminjam atau mana-mana pihak lain
atas sebarang kerugian atau kerosakan atau pengurangan harga/nilai yang disebabkan oleh
Bank merealisasikan keseluruhan atau sebahagian daripada Unit ASB atau atas sebarang
keingkaran atau peninggalan oleh Bank berkaitan dengan Unit ASB atau kerana Bank
melaksanakan atau tidak melaksanakan sebarang kuasa atau budi bicara yang diletak hak
padanya melainkan jika ianya timbul dari dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank
atau kelalaian yang sengaja.
Page 5 of 24
2C. CAGARAN BERTERUSAN
Sebarang cagaran yang diambil oleh Bank atau diwujudkan dibawah ini adalah cagaran yang
berterusan bagi tujuan pembayaran semua wang yang terhutang pada masa ini atau selepas ini
kepada Bank oleh Peminjam dan/atau setiap pihak cagaran dari semasa ke semasa, meskipun:
(a) Peminjam atau mana-mana pihak cagaran tidak lagi berhutang kepada Bank untuk suatu
jangka masa;
(b) sebarang akaun Peminjam dan/atau pihak cagaran dengan Bank atas sebarang sebab pun
jua tidak lagi aktif dan meskipun sebarang penjelasan akaun atau sebaliknya;
(c) sebarang perubahan melalui penggabungan, penyatuan atau sebaliknya yang mungkin
dibuat pada susunan mana-mana pihak cagaran (yang merupakan sebuah pertubuhan
perbadanan) atau Bank; atau
(d) kebankrapan Peminjam atau kebankrapan mana-mana pihak cagaran, sama ada secara
sukarela atau paksa.
2D. LIEN DAN HAK LAIN
(a) Di samping dan tanpa prejudis terhadap sebarang remedi, kepentingan atau cagaran lain di
pihak Bank, Bank akan, selagi Kemudahan masih berkuat kuasa atau sebarang wang masih
boleh dipinjamkan atau perlu dibayar oleh Peminjam dan/atau pihak cagaran, mempunyai
lien am terhadap semua sekuriti dan aset lain Peminjam dan/atau pihak cagaran yang kini
atau mungkin dari semasa ke semasa selepas ini dideposit dengan atau dalam atau menjadi
milik, dijaga atau dikawal atau dipegang dalam nama atau atas perintah atau untuk Bank
dan/atau penama Bank sama ada untuk simpanan selamat atau cagaran atau sebaliknya atau
untuk sebarang tujuan khusus atau secara amnya.
(b) Tiada apa-apa pun jua yang terkandung di dalam Perjanjian ini akan memudaratkan atau
menjejaskan hak dan remedi atau sebarang cagaran lain yang menjadi hak Bank dari
semasa ke semasa atau yang mungkin dipegang oleh Bank untuk atau bagi jumlah prinsipal
yang belum dijelaskan dari semasa ke semasa di bawah Kemudahan atau sebarang wang
lain yang terhutang oleh Peminjam kepada Bank dan tiada apa-apa yang terkandung di
dalam ini akan memudaratkan atau menjejaskan sebarang bil, nota, jaminan, gadaian atau
cagaran lain yang mungkin dipunyai atau dipegang oleh Bank pada masa itu untuk
sebarang wang yang dipinjamkan atau didahulukan, faedah ke atasnya dan wang lain yang
disebut sebelum ini atau sebarang hak atau remedi Bank di bawah bil, nota, jaminan,
gadaian atau cagaran lain tersebut.
2E. WA'D UNTUK MENYEDIAKAN CAGARAN LANJUT
Peminjam hendaklah, jika dan apabila dikehendaki oleh Bank, menyempurnakan memihak
kepada Bank atau sepertimana yang diarahkan oleh Bank, sebarang instrumen undang-undang atau instrumen cagaran, bebanan atau perjanjian lain atau sepertimana yang dikehendaki oleh Bank terhadap sebarang aset Peminjam. Instrumen cagaran, bebanan atau perjanjian tersebut hendaklah disediakan oleh atau bagi Bank dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh Peminjam dan hendaklah mengandungi semua terma dan syarat untuk manfaat Bank sepertimana dikehendaki oleh Bank.
Page 6 of 24
3. PENETAPAN TENTANG FAEDAH, FI, CAJ, KOS DAN KOMISYEN
(a) Peminjam hendaklah membayar faedah pada Kadar Faedah Semasa atau Kadar Had
Lebihan (mengikut keadaan), komisyen, fi komitmen, caj bank, fi dan sebarang caj lain
terhadap Kemudahan pada sebarang kadar dan dalam cara yang ditetapkan oleh Bank di
dalam Surat Tawaran.
(b) Faedah ke atas Kemudahan akan dikira atas dasar baki harian seperti yang dinyatakan
dalam Surat Tawaran dan dikira berdasarkan bilangan hari sebenar yang berlalu dan 365
hari setahun (366 hari pada tahun lompat) dan akan didebit kepada akaun Kemudahan
Peminjam setiap bulan kecuali dinyatakan atau dipersetujui sebaliknya oleh Bank.
(c) Kadar faedah (termasuk faedah pada Kadar Had Lebihan, faedah tambahan dan faedah
dimodalkan), adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Bank menurut
budi bicaranya. Perubahan tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada mengubah asas
bagaimana Bank menentukan Kadar Faedah Semasa, daripada tanda aras Kadar Asas Bank,
spread kuantum yang perlu dibayar melebihi Kadar Asas, atau peratusan faedah itu sendiri
sekiranya kadar faedah tidak dikira terhadap Kadar Asas Bank dan asas yang telah diubah
untuk mengira Kadar Faedah dan/atau kadar faedah baru akan berkuat kuasa dari tarikh
yang ditetapkan oleh Bank.
(d) Berhubung dengan perubahan pada komisyen, fi komitmen, caj bank, fi terhadap
Kemudahan dan perubahan pada sebarang kadar faedah yang diperuntukkan di dalam ini
berbangkit daripada perubahan pada profil risiko anda, Bank berhak mengubah komisyen,
fi komitmen, caj bank, fi dan/atau kadar faedah yang terpakai yang terkandung di dalam ini
dengan memberikan notis terdahulu sekurang-kurangnya 21 hari kalendar kepada
Peminjam.
(e) Faedah yang dicaj dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen berkaitan dengan Kemudahan
perlu dibayar setiap bulan secara tertunggak dan Bank boleh, pada bila-bila masa selepas
tarikh kena dibayar berhak mendebit faedah dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen
berkaitan dengan Kemudahan kepada akaun Kemudahan Peminjam dan hendaklah dicagar
dan dibayar sewajarnya.
"Kadar Faedah" bermaksud kadar faedah berkenaan yang terpakai pada Kemudahan sepertimana
dinyatakan dalam Surat Tawaran atau sebarang kadar lain yang mungkin dari semasa ke semasa
ditetapkan oleh Bank.
4. FAEDAH PERLU DIBAYAR SEBELUM DAN SELEPAS PENGHAKIMAN
MAHKAMAH
Semua faedah ke atas sebarang jumlah yang didahulukan selaras dengan Kemudahan yang pada
masa itu dicagar dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen berkaitan dengannya (termasuk faedah
pada Kadar Had Lebihan, faedah yang diubah dan faedah dimodalkan) perlu dibayar sebelum dan
selepas penghakiman mahkamah dan sebelum dan selepas tuntutan dibuat untuk pembayaran
terhadap Peminjam dan semua wa'd dan syarat yang terkandung di dalam atau dibayangkan
secara tersirat oleh Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan semua kuasa dan remedi yang
diberikan oleh undang-undang atau melalui Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan semua
peraturan daripada undang-undang atau ekuiti berkaitan dengan jumlah prinsipal dan faedah
hendaklah dengan sama-rata kena kepada faedah yang dimodalkan dan meskipun perhubungan
jurubank dan pelanggan antara Bank dan Peminjam telah terhenti atas apa-apa sebab pun jua.
Page 7 of 24
Bagi tujuan memastikan sama ada had prinsipal di bawah Kemudahan telah dilampaui atau tidak,
semua faedah yang didebitkan dan faedah yang telah dimodalkan hendaklah disifatkan sebagai
faedah dan bukan had prinsipal.
5. HAK UNTUK MENYEMAK SEMULA DAN MENGUBAH TERMA-TERMA DAN
SYARAT-SYARAT
Meskipun terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam Surat Tawaran, Terma-terma
dan Syarat-syarat Utama ini atau di dalam sebarang dokumen cagaran lain, Bank berhak untuk
menyemak semula Kemudahan pada bila-bila masa yang dianggap wajar oleh Bank menurut budi
bicara mutlaknya, setelah memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar,
tanpa sebarang obligasi sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti, untuk memberi sebarang
sebab untuknya dan sama ada peristiwa yang dibentangkan di dalam fasal 13 di dalam ini telah
berlaku atau tidak, dan untuk mengubah dan/atau meminda pada bila-bila masa dan dari semasa
ke semasa dan dalam sebarang cara pun jua;-
(a) had Kemudahan (yang termasuk tetapi tidak terhad kepada menurunkan atau menambah
had Kemudahan pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa);
(b) cara Kemudahan disediakan;
(c) sebarang terma dan syarat lain Kemudahan; dan/atau
(d) sebarang dokumen cagaran berkaitan dengan Kemudahan.
Tertakluk kepada Bank memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar
kepada Peminjam dan atau pihak cagaran (jika berkenaan), sebarang perubahan dan/atau pindaan
(sama ada dengan menambah, meminda atau memadamkan terma-terma dan syarat-syarat
Kemudahan dan/atau mengurangkan, memadamkan, membatalkan, memodifikasi, meminda,
menukar, mengganti Kemudahan atau sebaliknya) hendaklah dianggap berkuat kuasa dari tarikh
yang ditetapkan oleh Bank dan tidak akan dalam apa cara pun jua menjejaskan hak dan remedi
Bank yang terkandung di dalam ini dan/atau sebarang dokumen cagaran lain atau kesahan
cagaran, liabiliti dan obligasi yang diwujudkan di dalam ini atau di dalam sebarang dokumen
cagaran lain. Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan sekiranya
sebarang cek atau nota yang dibayar atau bil yang diterima oleh Peminjam tidak dilayan
disebabkan tindakan yang disebut sebelum ini oleh Bank melainkan jika ianya timbul dari dan
disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja.
5A. KOMUNIKASI TENTANG PERUBAHAN DAN PINDAAN
Peminjam dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak untuk mengambil mana-mana satu atau lebih
daripada satu cara atau kaedah komunikasi berikut berkaitan dengan variasi, pindaan dan/atau
perubahan pada Kemudahan, sebarang terma dan syarat berkenaan dengannya dan sebarang
faedah yang dicaj dan sebarang caj, kos dan komisyen berkaitan dengannya termasuk tarikh
apabila perubahan demikian mula berkuat kuasa:-
(a) dengan menampal notis di premis Bank menyatakan perubahan demikian dan tarikh apabila
perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh
atau dimaklumkan kepada Peminjam pada tarikh notis tersebut ditampal di premis Bank;
dan/atau
(b) dengan menerbitkan dalam satu atau lebih daripada satu akhbar yang dipilih oleh Bank,
notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan
Page 8 of 24
notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam
pada tarikh penerbitan pertama dalam mana-mana akhbar yang dipilih oleh Bank; dan/atau
(c) dengan memasukkan ke dalam penyata akaun Bank notis tentang perubahan tersebut dan
tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap sebagai
diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam tiga (3) hari kalendar selepas tarikh
pengeposan penyata akaun Bank kepada Peminjam; dan/atau
(d) dengan menghantar melalui pos biasa atau pos berdaftar kepada Peminjam notis tentang
perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut
akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam tiga (3) hari
kalendar selepas tarikh pengeposan notis tersebut kepada Peminjam melalui pos biasa atau
pos berdaftar; dan/atau
(e) dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut
berkuat kuasa melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau mel elektronik kepada Peminjam
atau dengan meletakkan notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan
tersebut berkuat kuasa di laman web Bank dan notis tersebut akan dianggap sebagai
diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam pada tarikh apabila notis tentang
perubahan tersebut dihantar melalui SMS atau mel elektronik kepada Peminjam atau tarikh
apabila notis tentang perubahan tersebut diletakkan di laman web Bank, mengikut keadaan.
6. PEMBAYARAN BALIK
(a) Meskipun sebarang peruntukan yang terkandung di dalam ini dan di dalam Surat Tawaran,
segala jumlah belum dijelaskan di bawah Kemudahan (sama ada prinsipal, faedah atau
sebarang wang lain yang terhutang kepada Bank) hendaklah perlu dibayar apabila dituntut.
(b) Peminjam bertanggungjawab untuk membayar kepada Bank sebarang jumlah yang
dibentangkan di dalam Surat Tawaran atau yang dimaklumkan oleh Bank sebagai jumlah
yang terhutang dan perlu dibayar kepada Bank (melainkan ada terdapat kesilapan yang
nyata di dalam pemberitahuan Bank tentang jumlah yang terhutang itu) dalam masa tujuh
(7) hari kalendar.
(c) Semua pembayaran yang akan dibuat kepada Bank hendaklah pembayaran penuh tanpa
tolakan atau tuntutan balas, bebas dan bersih dan tanpa potongan sebarang cukai, levi,
impos, duti, caj, fi, potongan, penahanan, sekatan atau syarat tidak kira jenisnya.
(d) Jika undang-undang menghendaki sebarang potongan daripada sebarang pembayaran,
Peminjam hendaklah memastikan bahawa jumlah bersih yang diterima oleh Bank adalah
bersamaan dengan jumlah penuh yang akan diterima oleh Bank, jika potongan tersebut
tidak dibuat.
7. REPRESENTASI DAN JAMINAN
Dengan menerima Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini, Peminjam
membuat representasi dan menjamin kepada Bank bahawa:
(a) Peminjam mempunyai kapasiti untuk menyempurnakan, memenuhi dan melaksanakan
terma-terma di dalam Surat Tawaran dan di dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Utama
ini;
Page 9 of 24
(b) baik Peminjam mahupun mana-mana pihak cagaran tidak mengingkari sebarang perjanjian
(sama ada berkenaan dengan pembayaran, pelaksanaan atau sebaliknya) yang mana
Peminjam atau mana-mana pihak cagaran adalah pihak padanya atau yang mengikat
Peminjam atau mana-mana pihak cagaran;
(c) tiada litigasi, timbang tara atau pertikaian sama ada sebenar, belum diputuskan atau
diancam terhadap Peminjam atau mana-mana pihak cagaran;
(d) semua penyata kewangan yang diterima atau akan diterima oleh Bank berkenaan dengan
Peminjam memberikan gambaran yang benar dan tepat tentang kedudukan kewangan
Peminjam;
(e) tiada perubahan material yang buruk berlaku pada keadaan kewangan Peminjam atau
keadaan kewangan pihak cagaran, dan jika berkenaan, persekitaran operasi atau pengurusan
perniagaan Peminjam atau perniagaan mana-mana pihak cagaran yang akan menjejaskan
secara material keupayaan Peminjam atau keupayaan pihak cagaran untuk melaksanakan
obligasi Peminjam/mereka di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama
ini dan/atau dokumen cagaran;
(f) Peminjam dan jika berkenaan dan setiap pihak cagaran adalah pemilik undang-undang dan
benefisial sebarang aset atau harta yang ditawarkan sebagai cagaran kepada Bank
berhubung dengan Kemudahan, Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini
dan dokumen cagaran;
(g) penerimaan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini merupakan
obligasi yang sah dan boleh dikuat kuasa dan tidak atau tidak akan melanggar peruntukan
mana-mana undang-undang, peraturan, kaedah, perintah, writ, injunksi atau dekri mana-
mana mahkamah, badan pentadbiran atau badan kawal selia yang mempunyai kuasa
terhadap Peminjam, dan tidak melanggar sebarang perjanjian lain yang mana Peminjam
adalah pihak padanya atau akujanji yang mengikat Peminjam atau asetnya;
(h) Peminjam telah mendedahkan kepada Bank dengan sepenuhnya dan secara bertulis semua
fakta berkaitan dengan Peminjam dan pihak cagaran yang diketahui atau secara munasabah
sepatutnya diketahui oleh Peminjam dan yang wajar didedahkan kepada Bank dalam
konteks Kemudahan;
(i) semua pengisytiharan yang dibuat kepada Bank dan maklumat yang diberikan oleh
Peminjam dan jika berkenaan, setiap pihak cagaran berhubung dengan Kemudahan tidak
mengandungi sebarang kenyataan yang tidak benar atau tidak menyatakan sebarang fakta
dan semua ungkapan tentang jangkaan, niat, kepercayaan dan pendapat semua unjuran yang
terkandung di dalamnya dibuat dengan jujur dan berdasarkan alasan munasabah selepas
pertanyaan yang wajar dan berhati-hati;
(j) Peminjam dan setiap pihak cagaran adalah tertakluk kepada undang-undang sivil dan
perdagangan berhubung dengan setiap obligasi Peminjam/ mereka di bawah Kemudahan
dan penyempurnaan, penyerahan dan pelaksanaan obligasi yang diwujudkan di bawah ini
merupakan tindakan peribadi dan perdagangan dan bukan tindakan kerajaan atau awam dan
Peminjam, pihak cagaran mahupun mana-mana harta/Cagaran tidak menikmati sebarang
kekebalan atas alasan kedaulatan atau sebaliknya berhubung dengan obligasi mereka
berbangkit daripada Kemudahan;
Page 10 of 24
(k) tiada prosiding kebankrapan telah dimulakan terhadap Peminjam dan/atau mana-mana
pihak cagaran;
(l) Jumlah peminjaman Peminjam daripada semua sumber dalam Malaysia, termasuk
kemudahan ini (tidak termasuk kemudahan untuk pembiayaan/pembiayaan semula bagi
pembelian atau pembinaan harta tak alih dan pembelian tanah) tidak melebihi RM10 juta
secara agregat atau sebarang had maksimum lain yang mungkin dikenakan oleh pihak
berkuasa yang mengawal dari semasa ke semasa. (Hanya terpakai kepada warga asing)
(m) Peminjam dan setiap pihak cagaran telah memperolehi semua kebenaran, lesen,
pengecualian, kelulusan atau pemberikuasaan yang perlu yang mungkin dikehendaki di
bawah sebarang undang-undang, peraturan atau arahan yang terpakai berkaitan dengan
penyempurnaan, pelaksanaan, kesahan atau kebolehkuatkuasaan terma-terma yang
dibayangkan oleh Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini, dan jika
berkenaan dan dokumen cagaran dan pelaksanaan setiap perniagaan Peminjam atau mana-
mana pihak cagaran; dan
(n) semua tindakan, syarat dan perkara yang perlu diambil, dipenuhi dan dilakukan (termasuk
memperolehi semua Kebenaran untuk Penyerahan Hak yang dikehendaki daripada pihak
berkaitan, jika berkenaan) telah dipenuhi dan dilakukan untuk membolehkan Peminjam:
(i) memasuki, melaksanakan hak, menjalankan dan mematuhi obligasi di dalam Surat
Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dengan sah;
(ii) memastikan bahawa obligasi dan penyerahan hak, sandaran, cagaran adalah sah,
mengikat dan boleh dikuat kuasa; dan
(iii) menjadikan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini boleh
diterima sebagai keterangan dalam Mahkamah Undang-undang di Malaysia; dan
(o) Terdapat tiada pelanggaran mana-mana peruntukan yang terkandung dalam Akta
Perkhidmatan Kewangan 2013 atau mana-mana undang-undang atau keperluan peraturan
atau arahan atau garis panduan yang dikeluarkan atau yang dari semasa ke semasa boleh
dikeluarkan atau dipinda oleh Bank Negara Malaysia berkaitan dengan pemberian
Kemudahan secara amnya atau kepada orang-orang yang berkaitan dengan pihak Bank
('Undang-Undang atau Garis Panduan').
Setiap representasi dan jaminan yang dinyatakan di atas akan kekal berkuat kuasa selepas Surat
Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini ditandatangani dan diserahkan dan
Peminjam akan dianggap membuat reprentasi dan jaminan kepada Bank bahawa representasi dan
jaminan di atas adalah benar dan tepat dalam semua segi dan diulang setiap hari.
8. KOS, PERBELANJAAN DAN FI
Meskipun Kemudahan mungkin dibatalkan atau dibantutkan atas apa-apa sebab pun jua:
(a) Semua kos dan perbelanjaan pun jua termasuk kos pembantutan, pencetakan,
perbelanjaan tunai langsung dan semua kos lain berkaitan dengan Kemudahan yang
ditanggung oleh Bank berhubung dengan rundingan, persediaan atau pennyiapan
Kemudahan atau langkah mendapatkannya kembali atau penebusan akaun Kemudahan
Peminjam atau berkaitan dengan apa-apa akaun atau aset Peminjam perlu dibayar oleh
Page 11 of 24
Peminjam selepas Bank memberikan notis terdahulu kepada Peminjam selama tujuh (7)
hari kalendar, atas dasar tanggung rugi penuh.
(b) Jika berkenaan, dokumen cagaran berkenaan dengan Kemudahan akan disediakan oleh
peguamcara dalam panel Bank dan Peminjam bersetuju untuk membayar kepada
peguamcara tersebut semua fi undang-undang dan kos sampingan berkaitan dengan
langkah menyediakan, selepas Bank memberikan notis terdahulu kepada Peminjam
selama tujuh (7) hari kalendar (termasuk lain-lain duti dan cukai yang sama dan mana-
mana denda atasnya dan 'upstamping') dan mendaftarkan apa-apa dokumen cagaran yang
diperlukan oleh Bank di bawah ini walaupun dokumen tersebut tidak disempurnakan oleh
Peminjam.
(c) Jika sebarang wang yang perlu dibayar di bawah Kemudahan perlu didapatkan kembali
melalui proses undang-undang atau sebarang proses lain, atau diserahkan kepada
peguamcara untuk pungutan, Peminjam bertanggungjawab untuk membayar fi kepada
peguamcara Bank (atas dasar peguamcara-anakguam) dan sebarang pembayaran dan
perbelanjaan yang ditanggung berkaitan dengan pungutan tersebut. Peminjam
bertanggungjawab membayar semua duti setem, fi penilaian, caj jurulelong, bayaran
pungutan hutang dan fi profesional lain yang mungkin ditanggung oleh Bank berhubung
dengan langkah mendapatkan kembali wang tersebut dan/atau penguatkuasaannya
dan/atau dalam menjalankan mana-mana haknya dan remedi di bawah Surat Tawaran ini,
Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau dokumen-dokumen cagaran
berhubung dengan Kemudahan ini. Peminjam juga hendaklah menanggung rugi Bank
terhadap sebarang liabiliti berkaitan dengan atau disebabkan sebarang kelewatan untuk
membayar atau kegagalan untuk membayar sebarang duti atau cukai, melainkan jika
ianya timbul dari dan disebabkan secara langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang
sengaja.
(d) Bank berhak mendebit akaun Kemudahan Peminjam pada bila-bila masa untuk
komisyen, caj, fi, duti setem, duti, penalti dan semua wang berbangkit daripada
Kemudahan termasuk kos yang disebut dalam Fasal 8(c) di atas. Jumlah yang didebit
tersebut akan dikenakan faedah pada kadar semasa atau Kadar Faedah Semasa, dan boleh
tertakluk kepada sebarang faedah tambahan pada Kadar Had Lebihan dan boleh
dimodalkan di bawah peruntukan di dalam ini pada akhir setiap bulan kalendar.
(e) Tanpa prejudis terhadap mana-mana peruntukan di bawah ini, Peminjam adalah
bertanggungjawab ke atas apa-apa cukai barangan dan perkhidmatan yang berhubungan
dengan atau berikutan daripada perjanjian ini atau kemudahan atau apa-apa perkhidmatan
yang berhubungan dengannya. Peminjam hendaklah menanggung rugi Bank dan dengan
tak boleh batal memberi kuasa kepada Bank untuk mendebit akaun Kemudahan
Peminjam bagi sebarang jumlah yang diperlukan untuk membayar cukai barangan dan
perkhidmatan.
9. BUDI BICARA BANK TERHADAP PENGGUNAAN/PEMINDAHAN WANG
Jika sebarang jumlah yang diterima atau didapatkan kembali berkaitan dengan liabiliti Peminjam
adalah kurang daripada jumlah yang terhutang kepada Bank, Bank tertakluk pada mana-mana
garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dari semasa ke semasa boleh
menggunakan jumlah tersebut untuk membayar faedah, fi, jumlah prinsipal atau sebarang jumlah
lain yang kena dibayar menurut sebarang kadar dan turutan dan secara amnya mengikut sebarang
cara yang difikirkan wajar oleh Bank atau boleh mengkredit atau memindahkan sebarang jumlah
Page 12 of 24
wang yang diterima atau digantikan dalam kredit akaun bank Peminjam tidak kira jenisnya dan di
mana jua lokasinya untuk menjelaskan jumlah yang kena dibayar kepada Bank kepada akaun
gantungan tanpa faedah buat sebarang tempoh yang difikirkan wajar oleh Bank tanpa sebarang
obligasi sementara itu untuk menggunakannya atau mana-mana bahagian daripadanya untuk atau
bagi tujuan menjelaskan sebarang wang atau liabiliti yang kena dibayar atau yang ditanggung
oleh Peminjam kepada Bank.
10. PENDEDAHAN
Tertakluk kepada peruntukan di bawah yang (i) melarang pendedahan maklumat kepada Syarikat-
syarikat Kumpulan jika dibantah oleh Peminjam; dan (ii) menghendaki kebenaran nyata daripada
Peminjam bagi pendedahan maklumat kepada pihak ketiga untuk tujuan yang dinyatakan,
Peminjam dengan ini bersetuju dan memberi kuasa kepada Bank untuk mendedahkan sebarang
maklumat berhubung dengan Peminjam dan/atau urusan atau akaun Peminjam dan/atau
perhubungan akaun atau perhubungan urusan Peminjam dengan Bank termasuk tetapi tidak
terhad kepada butir-butir Kemudahan, sebarang cagaran yang diberikan, transaksi yang
dilaksanakan dan/atau baki dan/atau kedudukan dengan Bank:
(a) kepada ejen, penyedia perkhidmatan, juruaudit, peguam, penasihat profesional Bank yang
lain dan kepada mana-mana orang di dalam atau di luar Malaysia yang menyediakan
cagaran atau jaminan dan/atau adalah pihak pada mana-mana perjanjian yang mungkin
merupakan atau membentuk asas untuk cagaran atau jaminan tersebut;
(b) kepada Biro Kredit Pusat, Biro Maklumat Cek atau pihak berkuasa relevan lain kepada
mana Bank dikehendaki membuat pendedahan sedemikian dan/atau kepada mana-mana
pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa terhadap Bank;
(c) kepada mana-mana institusi kewangan yang berurusan atau bakal berurusan dengan
Peminjam;
(d) kepada mana-mana syarikat insurans yang dianggap wajar oleh Bank berhubung dengan
sebarang polisi insurans yang ingin diambil oleh Bank selaras dengan terma-terma
Perjanjian ini;
(e) kepada syarikat yang kini atau di masa hadapan mungkin menjadi syarikat di dalam
kumpulan Bank serta syarikat di dalam kumpulan CIMB Group Holdings Berhad,
syarikat induk muktamad Bank ("Syarikat-syarikat Kumpulan") sama ada Syarikat-
syarikat Kumpulan tersebut bermastautin, menjalankan perniagaan, diperbadankan atau
ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia;
Untuk memudahkan perniagaan, operasi, kemudahan dan perkhidmatan oleh atau yang diberikan
atau disediakan oleh Bank dan/atau Syarikat-syarikat Kumpulan kepada pelanggan mereka atau
seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau selaras dengan sebarang sepina atau perintah
mahkamah.
Pendedahan kepada Syarikat-syarikat Kumpulan hendaklah bagi tujuan memudahkan operasi,
perniagaan, penjualan silang dan tujuan lain di pihak Bank dan/ atau Syarikat-syarikat Kumpulan
dengan syarat sentiasa bahawa pendedahan bagi tujuan penjualan silang tidak akan
dilaksanakan jika pendedahan tersebut dibantah oleh Peminjam dengan menghubungi Bank
di nombor telefon atau alamat berikut (yang boleh diubah oleh Bank dari semasa ke semasa
Page 13 of 24
melalui notis kepada Peminjam): Tingkat 19, Menara Bumiputra Commerce, 11 Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur, No. Tel.: +603 6204 7788
Selanjutnya, jika Bank bercadang untuk berkongsi maklumat Peminjam (tidak termasuk
maklumat berkaitan dengan urusan atau akaun Peminjam) dengan pihak ketiga untuk tujuan
perikatan strategik, pemasaran dan promosi, Bank hendaklah memastikan bahawa kebenaran
daripada Peminjam telah diperolehi.
Peminjam dengan ini secara nyata membenarkan pendedahan tersebut dan dengan ini
mengesahkan bahawa Bank, pegawai dan ejennya tidak akan menanggung sebarang liabiliti pun
jua kerana memberikan maklumat tersebut sama ada disebabkan sebarang salah nyata, kesilapan,
ketinggalan, kelewatan atau apa-apa perkara berhubung dengannya pun jua dan sama ada
sebelum pada atau selepas tarikh Surat Tawaran melainkan jika ianya timbul dari dan disebabkan
secara langsung oleh kecuaian Bank atau kelalaian yang sengaja.
11. FASAL PRIVASI
(a) Peminjam mengesahkan bahawa Peminjam telah membaca, memahami dan bersetuju
untuk terikat dengan Notis Privasi Kumpulan CIMB (yang boleh didapati di
www.cimbbank.com.my atau www.cimbislamic.com ) dan fasal-fasal di dalam ini, yang
berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadi Peminjam. Bagi mengelakkan
keraguan, Peminjam bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut hendaklah disifatkan
sebagai terkandung di dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini secara rujukan.
(b) Sekiranya Peminjam memberikan maklumat peribadi dan kewangan yang berkaitan
dengan pihak ketiga, termasuk maklumat yang berkaitan dengan waris seterusnya dan
tanggungan (di mana Peminjam seorang individu ) atau maklumat yang berhubungan
dengan pengarah, pemegang saham, pegawai, penjamin individu dan pemberi jaminan
Peminjam (di mana Peminjam sebuah perbadanan), untuk tujuan membuka atau
mengendalikan akaun / kemudahan Peminjam dengan Bank atau sebaliknya melanggan
produk dan perkhidmatan Bank, Peminjam (a) mengesahkan bahawa Peminjam telah
mendapatkan persetujuan mereka atau sebaliknya berhak untuk memberikan maklumat
ini kepada Bank dan untuk Bank menggunakannya mengikut Terma-terma dan Syarat-
syarat Utama ini; (b) bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat peribadi dan
kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat; (c) bersetuju untuk memberi kemas kini
kepada Bank secara bertulis sekiranya ada apa-apa perubahan yang material kepada
maklumat peribadi dan kewangan tersebut; dan (d) bersetuju akan hak Bank untuk
menamatkan perjanjian dan Kemudahan ini, sekiranya persetujuan dari mana mana pihak
ketiga tersebut ditarik balik.
(c) Di mana Peminjam mengarahkan Bank untuk melaksanakan sebarang bentuk transaksi
rentas sempadan (termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran), butiran yang
berkenaan dengan transaksi merentas sempadan tersebut (termasuk maklumat yang
berkaitan dengan sesiapa yang terlibat di dalam urusniaga tersebut) boleh diterima dari
atau dihantar ke luar negara, di mana ia mungkin boleh diakses(sama ada secara langsung
atau tidak langsung) oleh pengawal selia dan pihak berkuasa luar negara berkaitan
dengan kewajipannya yang sah (contohnya, pencegahan jenayah). Dalam mengarahkan
Bank dan/atau ejen-ejen Bank untuk memasuki apa-apa transaksi rentas sempadan bagi
pihak Peminjam, Peminjam bersetuju akan pendedahan tersebut di atas bagi pihak diri
sendiri dan orang lain yang terlibat dalam urus niaga rentas sempadan tersebut.
Page 14 of 24
(d) Bank mungkin pada sebarang masa dan dari semasa ke semasa sekarang dan/atau di masa
hadapan melakukan pemeriksaan rujukan yang perlu termasuk tetapi tidak terhad kepada
laporan kredit/rujukan pemeriksaan dengan agensi pelaporan / agensi rujukan termasuk
tetapi tidak terhad kepada CCRIS, Perkhidmatan Maklumat Kewangan (FIS) dan/atau
sebarang agensi-agensi lain dan/atau dari sebarang institusi kewangan bagi membolehkan
Bank untuk menentukan status Peminjam sebagaimana yang dikehendaki untuk
membantu membuat keputusan, contohnya apabila Bank perlu (a) memeriksa butiran
mengenai permohonan kredit, berkaitan dengan kredit atau permohonan kemudahan lain;
(b) menguruskan akaun atau kemudahan kredit atau berkaitan dengan kredit, termasuk
menjalankan semakan portfolio-portfolio Peminjam; mendapatkan semula hutang
dan/atau sebarang tujuan berkait dengan atau berhubung dengan Kemudahan ini.
Peminjam akan dihubungkan oleh agensi pelaporan/rujukan kredit kepada mana-mana
nama lain yang Peminjam gunakan atau telah gunakan, dan mana-mana pemohon
bersama dan berasingan. Bank juga boleh berkongsi maklumat tentang Peminjam dan
bagaimana Peminjam menguruskan akaun/kemudahan Peminjam dengan agensi-agensi
laporan/rujukan kredit yang berkenaan.
(e) Selepas Peminjam memberi maklumat Peminjam kepada Bank, Peminjam masih
mempunyai pilihan untuk menarik balik kebenaran yang diberikan sebelum ini. Dalam
keadaan itu, Bank mempunyai hak untuk tidak memberi atau memberhentikan
penyediaan mana-mana produk, perkhidmatan, akaun dan/atau kemudahan yang
berhubung dengan maklumat tersebut.
(f) Bank menyimpan hak untuk meminda fasal ini dari masa ke semasa mengikut budi bicara
mutlak Bank dan akan memberi notis terdahulu dua puluh satu (21) hari kalendar secara
bertulis kepada Peminjam dan meletakkan pindaan tersebut di dalam laman web dan/atau
meletak notis-notis di dewan perbankan atau di ruang utama di dalam cawangan-
cawangan Bank.
(g) Untuk tujuan fasal ini, Kumpulan CIMB terdiri daripada CIMB Group Holdings Berhad
dan semua syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya sebagaimana yang ditakrifkan di
dalam Seksyen 6, Akta Syarikat 1965 dan syarikat-syarikat dikawal bersama yang
menyediakan perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan lain yang dikawal selia, yang
tidak termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan bentuk kehadiran lain yang beroperasi di
luar Malaysia, dan penggunaan perkataan "Bank" hendaklah dibaca sebagai merujuk
kepada Kumpulan CIMB.
(h) Peminjam selanjutnya bersetuju bahawa Bank tidak akan pada mana-mana peristiwa
untuk bertanggungjawab keatas mana-mana tuntutan, kerugian, kerosakan (kewangan
atau sebaliknya), kecederaan, rasa malu atau liabiliti walau secara mana pun ia terjadi,
sama ada di dalam perjanjian, tort, kecuaian, liabiliti keras atau sebarang asas (termasuk
secara langsung atau bukan secara langsung, istimewa, bersampingan, berbangkit atau
ganti rugi punitiva atau kerugian atas keuntungan atau simpanan), daripada sebarang
ketidaktepatan atau kerugian, penghapusan atau pengubahsuaian maklumat atau sebarang
alasan-alasan lain apa jua yang berkaitan kepada mana-mana informasi yang
dikemukakan oleh Bank kepada laporan kredit/agensi rujukan tersebut dan/atau pihak
lain yang tersebut, sebagaimana kes itu mungkin akan, atau berhubung dengan mana-
mana akses atau guna, atau ketidakupayaan untuk akses atau guna oleh laporan
kredit/agensi rujukan tersebut dan/atau pihak lain yang tersebut atau sekutu pada
informasi yang terkandung di dalamnya, sama ada disebabkan oleh sebarang teknikal,
perkakasan, atau kegagalan perisian yang sebagainya, gangguan, kesilapan, peninggalan,
Page 15 of 24
penundaan, virus atau bagaimana jua pun selainnya, melainkan punca yang sama adalah
disebabkan oleh kecuaian melampau secara langsung oleh Bank atau kesilapan yang
sengaja.
(i) Fasal ini adalah tanpa prejudis kepada fasal-fasal lain di dalam Perjanjian ini yang
berkaitan dengan pendedahan maklumat
12. PENYATA OLEH BANK
Penyata atau notis oleh pengurus atau mana-mana pegawai atau ejenBank yang diberi kuasa pada
masa itu atau notis daripada Bank yang dihasilkan oleh komputer yang tidak memerlukan
tandatangan, yang diberikan setiap bulan, berkaitan dengan jumlah baki dan liabiliti yang
ditanggung oleh atau kena dibayar kepada Bank atau tentang kadar faedah atau jumlah faedah
yang perlu dibayar akan tersimpan sebagai kesilapan yang nyata, menjadi bukti konklusif untuk
segala tujuan (termasuk tetapi tidak terhad kepada prosiding undang-undang). Di samping itu,
jika Peminjam gagal melaporkan kepada Bank tentang apa-apa kesilapan di dalamnya dalam
empat belas (14) hari kalendar dari tarikh penyata dan notis Bank, penyata atau notis tersebut
akan menjadi bukti konklusif tentang liabiliti Peminjam kepada Bank dalam jumlah yang
dinyatakan di dalamnya.
13. PERISTIWA KEINGKARAN
Meskipun obligasi keseluruhan Peminjam untuk membayar balik semua jumlah yang belum
dijelaskan apabila dituntut oleh Bank, Kemudahan atau mana-mana bahagian daripadanya yang
pada masa itu belum dijelaskan dan tidak dibayar bersama-sama dengan faedah ke atasnya dan
semua wang lain yang dijamin oleh apa-apa cagaran hendaklah, melalui notis bertulis oleh Bank
kepada Peminjam, menjadi kena dan perlu dibayar dan cagaran memihak kepada Bank selepas
tujuh (7) hari kalendar dari notis bertulis Bank tersebut akan menjadi dengan serta-merta boleh
dikuat kuasa dan boleh dilaksanakan oleh Bank, dan Kemudahan akan dibatalkan dan
pengeluaran lanjut atau ketersediaan Kemudahan tidak akan dibenarkan, apabila berlaku satu atau
lebih daripada satu peristiwa berikut (tidak kira sama ada peristiwa tersebut berlanjutan):
(a) Jika Peminjam, mana-mana pihak cagaran gagal membayar kepada Bank (i) sebarang
wang terhadap Kemudahan, apabila dituntut atau (ii) sebarang wang yang terlebih
keluar/wang berlebihan, dalam masa yang ditetapkan, atau (iii) sebarang wang yang perlu
dibayar yang disebut di dalam Surat Tawaran atau di bawah sebarang perjanjian atau
pengaturan dengan Bank, pada tarikh kena dibayar.
(b) Jika Peminjam, mana-mana pihak cagaran melanggar atau mengancam untuk
memungkiri sebarang waad, akujanji, terma, syarat atau peruntukan dalam Surat Tawaran
atau Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini atau dalam dokumen yang diserahkan
selaras dengan Kemudahan atau dokumen cagaran dan gagal meremedi kemungkiran
tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari kalendar selepas notis daripada Bank atau sebarang
tempoh lain yang ditetapkan oleh Bank.
(c) Jika Peminjam, mana-mana pihak cagaran atau mana-mana syarikat di mana Peminjam
dianggap oleh Bank sebagai mempunyai kepentingan mengawal (sama ada melalui
pemegangan saham, atau sama ada syarikat tersebut lazimnya atau mempunyai obligasi
untuk bertindak mengikut arahan, kepentingan atau hajat Peminjam) gagal membayar
pada tarikh kena dibayar sebarang wang yang perlu dibayar oleh Peminjam di bawah
Kemudahan ini.
Page 16 of 24
(d) Jika suatu distres atau pelaksanaan dikenakan ke atas atau dikeluarkan terhadap sebarang
harta atau aset Peminjam atau pihak cagaran dan tidak dibayar atau dilepaskan dalam
tempoh lima (5) hari kalendar daripada tarikh permulaan distres atau pelaksanaan
tersebut.
(e) Jika prosiding undang-undang guaman atau tindakan tidak kira jenisnya (sivil atau
jenayah) diambil terhadap Peminjam atau mana-mana pihak cagaran.
(f) Jika Peminjam atau mana-mana pihak cagaran dihukum bankrap atau melakukan
tindakan kebankrapan (atau peristiwa serupa) atau jika Peminjam, mana-mana pihak
cagaran menjadi tidak waras atau meninggal dunia.
(g) Jika Peminjam, mana-mana pihak cagaran memasuki persetujuan, moratorium atau
pengaturan atau membuat penyerahan hak secara umum untuk manfaat
Peminjam/pemiutangnya.
(h) Jika berlaku sebarang persitiwa atau berbangkit hal keadaan termasuk perubahan pada
keadaan kewangan Peminjam atau keadaan kewangan mana-mana pihak cagaran yang
menurut pendapat Bank akan memudaratkan keupayaan Peminjam atau pihak cagaran
untuk melaksanakan obligasi Peminjam atau pihak cagaran yang terkandung di dalam ini
atau di bawah sebarang dokumen cagaran.
(i) Jika notis atau cadangan untuk pengambilan paksa mana-mana aset Peminjam atau, jika
berkenaan, aset mana-mana pihak cagaran atau mana-mana bahagian daripadanya
dikeluarkan atau dibuat di bawah atau menurut Akta Parlimen atau undang-undang.
(j) Jika Bank berpendapat bahawa cagaran memihak kepadanya selaras dengan dokumen
cagaran terancam.
(k) Jika Peminjam disenaraikan sebagai pesalah cek 'tendang' oleh DCHEQS yang
ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia.
(l) Jika Peminjam dan/atau mana-mana pihak cagaran gagal untuk mengendalikan akaun
Peminjam/mereka di sini dengan Bank dalam cara yang memuaskan.
(m) Dalam situasi di mana Peminjam atau pihak cagaran adalah tuan punya tunggal atau
perkongsian, berlaku sebarang peristiwa yang membawa kesan buruk yang material
terhadap pemilikan tunggal/perniagaan tersebut.
(n) Jika Peminjam atau pihak cagaran (sebagai tuan punya tunggal, perkongsian) berhenti
atau mengancam untuk berhenti menjalankan keseluruhan atau sebahagian besar daripada
perniagaan Peminjam/perniagaannya.
(o) Jika mana-mana bahagian perniagaan Peminjam atau perniagaan mana-mana pihak
cagaran (sebagai peniaga tunggal/perkongsian) terancam.
(p) Jika sebarang pengisytiharaan, representasi atau jaminan yang dibuat atau dibayangkan
secara tersirat kepada Bank adalah tidak benar atau mengelirukan pada tarikh representasi
atau jaminan tersebut dibuat.
Page 17 of 24
(q) Jika pelaksanaan obligasi Bank atau Peminjam di bawah ini menjadi mustahil atau
menyalahi undang-undang.
(r) Jika berlaku sebarang peristiwa lain yang, menurut pendapat tunggal Bank, boleh atau
mungkin menjejaskan atau memudaratkan keupayaan atau kesanggupan Peminjam (atau
keupayaan atau kesanggupan mana-mana pihak cagaran) untuk mematuhi semua atau
mana-mana obligasi Peminjam di bawah Surat Tawaran atau Terma-Terma atau Syarat-
Syarat Utama ini atau obligasi pihak cagaran di bawah dokumen cagaran.
(s) Jika Peminjam atau dan/atau mana-mana Peminjam bersama (iaitu apabila Peminjam
terdiri daripada lebih daripada seorang) dan/atau mana-mana pihak cagaran telah
meninggal dunia atau menjadi tidak waras.
(t) Sekiranya terdapat pelanggaran atau menyalahi mana-mana undang-undang atau garis
panduan oleh Peminjam.
Bagi tujuan fasal ini, dalam keadaan di mana Peminjam adalah dalam perkongsian, rujukan
terhadap "Peminjam" hendaklah termasuk rujukan kepada mana-mana rakan kongsi Peminjam,
tidak kira sama ada orang tersebut telah menyediakan sebarang cagaran kepada Bank.
14. TOLAKAN/CAGARAN BAGI KETERHUTANGAN MASA KINI DAN MASA
HADAPAN
Keterhutangan anda kepada Bank di dalam ini yang termasuk keterhutangan masa kini dan masa
hadapan yang mungkin ditanggung oleh anda pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa
sama ada sebagai peminjam dan atau penjamin dan atau pihak cagaran hendaklah dijamin oleh
cagaran yang diwujudkan di dalam ini atau dari semasa ke semasa oleh anda memihak kepada
Bank. Tanpa menjejaskan perkara yang disebut sebelum ini, dengan ini selanjutnya
diperuntukkan bahawa Bank berhak menahan, menggabungkan atau menyatukan semua atau
mana-mana akaun sedia ada Peminjam dan pihak cagaran (sama ada akaun semasa, deposit,
pinjaman atau sebarang sifat lain pun jua dan sama ada dalam Ringgit Malaysia atau sebarang
mata wang lain) di mana jua letaknya (Akaun-akaun tersebut) dan menolak atau memindahkan
sebarang baki yang ada atau sebarang jumlah kredit dalam mana-mana satu atau lebih daripada
satu akaun tersebut untuk atau bagi tujuan menjelaskan sebarang keterhutangan Peminjam dan
pihak cagaran setelah Bank memberikan notis terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar kepada
Peminjam dan pihak cagaran. Sementara menunggu Bank melaksanakan tolakan tersebut, Bank
berhak menahan dan atau menggantung pembayaran apa-apa wang daripada baki kredit dalam
Akaun.
15. PEMATUHAN UNDANG-UNDANG/KEPERLUAN KAWAL SELIA / AKTA
PERKHIDMATAN KEWANGAN 2013
(a) Tawaran dan ketersediaan Kemudahan di dalam Surat Tawaran ini adalah tertakluk
kepada tiada perlanggaran dilakukan terhadap sebarang undang-undang berkaitan
dengannya.
(b) Tanpa menjejaskan sifat am perkara yang disebut sebelum ini, tawaran dan ketersediaan
Kemudahan di dalam Surat Tawaran ini adalah tertakluk kepada representasi dan akujanji
oleh Peminjam bahawa pembiayaan oleh Bank di dalam ini dan persetujuannya untuk
memberi atau membuat atau menyediakan Kemudahan secara berterusan kepada
Page 18 of 24
Peminjam tidak akan melanggar atau memungkiri sebarang undang-undang sedia ada
atau keperluan kawal selia atau terma-terma dan syarat-syarat atau peruntukan ditetapkan
oleh atau dinyatakan dalam arahan atau garis panduan yang dikeluarkan atau dari semasa
ke semasa akan dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia ("BNM") dan/atau mana-mana
orang atau badan yang mempunyai bidang kuasa atau bidang kuasa ke atas Bank
("Undang-Undang dan Peraturan Yang Terpakai"). Undang-Undang dan Peraturan
Yang Terpakai yang mengawal Kemudahan ini termasuk tetapi tidak terhad kepada (i)
semua peruntukan yang berkuat kuasa di dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan
semua garis panduan dan arahan oleh BNM yang dikeluarkan terhadapnya dan semua
garis panduan BNM tentang atau yang terpakai bagi pemberian kemudahan kepada
orang-orang yang mempunyai kaitan dengan Bank, dan (ii) sebarang had atau sekatan
peminjaman yang boleh dikenakan ke atas Bank dari semasa ke semasa oleh BNM atau
mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang lain.
(c) Peminjam hendaklah dengan serta-merta memaklumkan Bank secara bertulis jika mana-
mana Undang-undang dan Peraturan Yang Terpakai atau mana-mana terma dan syarat di
dalam Surat Tawaran ini tidak dipenuhi atau didapati tidak dipenuhi.
(d) Dengan memberikan deklarasi tentang apa-apa perkara yang disebut sebelum ini atau
mana-mana terma dan syarat di dalam Surat Tawaran ini seperti yang dikehendaki oleh
dan mengikut terma-terma yang ditetapkan oleh Bank, Peminjam akan dianggap sebagai
membuat representasi dan menjamin kepada Bank bahawa kandungan di dalamnya
adalah benar dan tepat dalam semua segi selagi Kemudahan masih tersedia atau sebarang
jumlah masih perlu dibayar.
16. GARIS PANDUAN SISTEM MAKLUMAT CEK TENDANG (DCHEQS)
Operasi akaun semasa anda antara lainnya turut tertakluk kepada peruntukan yang ditetapkan oleh
Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah Garis Panduan BNM mengenai DCHEQS, di mana
Bank merizab hak untuk menutup akaun Peminjam apabila berlaku tiga (3) kejadian cek tendang
dalam tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh kejadian pertama dan selepas itu satu laporan akan
dihantar kepada Biro Kredit BNM mengenai penutupan akaun tersebut.
17. PEMINDAHAN/ JUALAN/ PENYERAHAN HAK
Bank berhak pada bila-bila masa untuk memindahkan, menjual, atau menyerahhakkan semua atau
mana-mana bahagian hak, hakmilik, kepentingan, manfaat dan obligasinya di bawah Surat
Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau mana-mana dokumen cagaran
kepada mana-mana pihak lain dengan memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari
kalendar kepada Peminjam. Peminjam tidak boleh memindahkan atau menyerahhakkan sebarang
hak, manfaat dan obligasi Peminjam di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat
Utama ini dan /atau sebarang dokumen cagaran tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada
Bank dan setiap penyerahan hak yang dikatakan tanpa kebenaran sedemikian adalah batal dan
tidak sah.
18. UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL
Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini akan ditafsirkan mengikut dan
tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan Peminjam dengan ini berserah kepada bidang
Page 19 of 24
kuasa Mahkamah Malaysia. Penyampaian sebarang writ atau saman atau sebarang proses undang-
undang terhadap sebarang tindakan atau prosiding boleh dilaksanakan oleh Peminjam dengan
menghantar sesalinan writ atau saman atau pernyataan tuntutan atau proses undang-undang lain
melaui pos pra-bayar (atau sebarang kaedah lain yang dibenarkan oleh undang-undang) ke alamat
Peminjam yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran atau alamat terakhir Peminjam yang
diketahui. Sekiranya diserahkan melalui pos, writ atau saman atau pernyataan tuntutan atau
sebarang proses undang-undang lain tersebut akan dianggap sebagai disampaikan kepada
Peminjam dua (2) hari selepas tarikh pengeposan meskipun notis atau tuntutan tersebut mungkin
dikembalikan melalui pejabat pos tanpa diserahkan atas apa-apa sebab pun jua.
19. CARIAN KEBANKRAPAN
Bank boleh tetapi tidak mempunyai obligasi untuk membuat carian kebankrapan ke atas
Peminjam/mana-mana pihak cagaran sebelum pelepasan Kemudahan dan pada bila-bila masa dan
dari semasa ke semasa selepas itu. Semua kos yang ditanggung berhubung dengan carian
kebankrapan hendaklah ditanggung oleh Peminjam.
20. TERMA-TERMA YANG DIKENAKAN OLEH BANK NEGARA MALAYSIA
Kemudahan hendaklah dikawal pada setiap masa oleh peraturan dan/atau arahan (sama ada
mempunyai kuasa undang-undang atau tidak) yang dikehendaki atau dikenakan ke atas Bank dari
semasa ke semasa dan pada bila-bila masa oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak
berkuasa yang mempunyai bidang kuasa terhadap Bank.
21. NOTIS
(a) Sebarang tuntutan, permintaan, notis atau komunikasi lain (secara kolektif dirujuk sebagai
"Notis") oleh atau bagi pihak Bank atau Peminjam hendaklah dibuat secara bertulis.
(b) Notis boleh diberikan atau dibuat melalui pos, telegram, faks, penyerahan kediri atau
kaedah lain yang dibenarkan oleh Bank. Notis hendaklah dikeluarkan oleh atau bagi Bank
(termasuk notis/penyata yang dihasilkan oleh komputer yang tidak perlu ditandatangani)
kepada Peminjam di alamat, nombor faks atau alamat e-mel Peminjam yang dinyatakan di
dalam Surat Tawaran atau alamat, nombor faks atau alamat e-mel yang terakhir diketahui
yang dimaklumkan oleh Peminjam secara bertulis. Peminjam hendaklah memaklumkan
Bank dengan segera tentang sebarang perubahan pada alamat dan/atau butir-butir hubungan
Peminjam. Notis akan dianggap telah dihantar kepada Peminjam;-
(i) sekiranya melalui pos, tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan meskipun Notis
tersebut dikembalikan kerana tidak diserahkan atau tidak dituntut;
(ii) sekiranya melalui telegram, pada hari perniagaan selepas tarikh penghantaran;
(iii) sekiranya melalui faks, pada hari penghantaran;
(iv) sekiranya melalui e-mel, pada hari penghantaran dengan syarat Bank tidak menerima
mesej kegagalan penghantaran atau penghantaran tidak diterima daripada penyedia host
penerima pada hari penghantaran.
(v) sekiranya melalui penyerahan kediri, pada masa penyerahan.
(c) Notis oleh Peminjam kepada Bank hendaklah ditandatangani sewajarnya oleh Peminjam
atau jika dibenarkan oleh Bank, oleh penandatangan yang diberi kuasa oleh Peminjam dan
diserahkan kepada Bank di alamat atau nombor faks yang dimaklumkan secara bertulis
oleh Bank dari semasa ke semasa. Notis akan dianggap diterima oleh Bank apabila
Page 20 of 24
sebenarnya diterima kecuali sekiranya Bank menganggapnya perlu untuk menentusahkan
identiti Peminjam atau sumber Notis tersebut, Peminjam mungkin dikehendaki
menyerahkan, seperti yang dikehendaki oleh Bank, sebarang bukti dokumen (termasuk
Notis sebenar atau Notis asal) kepada Bank dengan kos ditanggung oleh Peminjan. Jika
penentusahan dikehendaki oleh Bank, Notis akan dianggap diterima oleh Bank hanya
apabila Bank menerima bukti berdokumen tambahan yang diminta oleh Bank.
(d) Peminjam bersetuju bahawa Bank boleh, menurut budi bicara tunggalnya, merakamkan dan
memantau semua komunikasi lisan dan bertulis dengan Peminjam mengikut sebarang cara
dan pada sebarang masa yang dianggap wajar oleh Bank.
22. PERTUKARAN ATAU PENGGANTIAN KEMUDAHAN
Untuk memperluaskan dan di samping hak Bank di bawah Fasal 5 dan meskipun sebarang
peruntukan lain yang terkandung di dalam Perjanjian ini atau dokumen lain, Bank berhak selepas
memberikan notis terdahulu selama empat belas (14) hari kalendar dan tanpa menjejaskan
cagaran yang diwujudkan selaras dengan Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama
ini atau mana-mana dokumen cagaran, untuk memberikan kemudahan lanjut, mengubah,
menukar atau menggantikan mana-mana Kemudahan dengan kemudahan perbankan lain yang
akan diberikan kepada Peminjam (termasuk hak untuk mengganti atau menukar Kemudahan
menjadi Pinjaman Bertempoh) dan selepas itu Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat
Utama ini atau sebarang dokumen cagaran akan menjamin kemudahan lanjut atau kemudahan
yang ditukar atau digantikan tersebut. Bank mempunyai hak untuk memberikan nombor akaun
baru atau untuk memindahkan dan/atau menyatukan akaun-akaun sedia ada Peminjam dengan
Bank kepada akaun baru apabila perubahan, penukaran atau penggantian tersebut dilakukan,
tanpa menjejaskan hak Bank di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini
atau sebarang dokumen cagaran.
23. MODIFIKASI DAN KELONGGARAN
Bank boleh pada bila-bila masa dan tanpa dalam apa cara jua menjejaskan hak, kuasa dan remedi
yang diberikan kepada Bank dibawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini
dan/atau dokumen cagaran, untuk;-
(a) memberikan kepada Peminjam atau mana-mana pihak cagaran sebarang tempoh masa
atau kelonggaran atau penepian atau kebenaran atau pelepasan;
(b) berurusan dengan, menukar, melepaskan atau memodifikasi atau menahan diri daripada
menyempurnakan atau menguatkuasakan sebarang cagaran atau hak lain yang dipunyai
oleh Bank pada masa ini atau pada bila-bila masa selepas ini atau dari semasa ke semasa
daripada atau terhadap Peminjam mana-mana pihak cagaran;
(c) melepaskan atau mencapai persetujuan atau memasuki sebarang suratikatan atau
persetujuan dengan Peminjam atau mana-mana pihak cagaran;
(d) memperbaharui sebarang bil atau sekuriti boleh niaga; atau
(e) memberikan atau terus memberikan atau memperbaharui sebarang kemudahan sedia ada
atau tambahan atau baru atau kemudahan perbankan atau kredit lain atau Kemudahan
kepada anda dan/atau mengubah atau menyusun semula sebarang kemudahan sedia ada
yang telah diberikan kepada anda dengan cara (tetapi tidak terhad kepada) penggantian,
Page 21 of 24
penambahan, kenaikan atau pengurangan pun jua atau sebaliknya menurut terma-terma
masing-masing.
24. OBLIGASI PEMBAYARAN BEBAS
Peminjam dengan ini secara nyata bersetuju dan mengisytiharkan bahawa setiap obligasi
Peminjam untuk membuat pembayaran atau pembayaran balik di bawah mana-mana peruntukan
Surat Tawaran dan Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini, atau jika berkenaan, sebarang
dokumen cagaran terdiri daripada obligasi yang berasingan dan bebas, akan membangkitkan
kausa tindakan yang berasingan dan bebas, akan terpakai tidak kira sama ada sebarang penepian
atau kelonggaran diberikan oleh Bank terhadap sebarang obligasi lain, akan kekal berkuat kuasa
dan berkesan meskipun sebarang penghakiman, perintah, tuntutan atau bukti bagi jumlah tertentu
terhadap kewajipan lain dan boleh disandarkan dan dikuat kuasa oleh Bank secara berasingan
atau serentak, dengan atau tanpa perlu memulakan sebarang tindakan lain di bawah obligasi
tersebut atau di bawah sebarang dokumen cagaran atau tanpa perlu terlebih dahulu menghabiskan
sebarang remedi atau terlebih dahulu menolak, menjual atau melupuskan sebarang aset atau
Cagaran, harta atau perusahaan yang mungkin disediakan sebagai cagaran kepada Bank dari
semasa ke semasa.
25. PEMINJAM BERSAMA
Jika Kemudahan ditawarkan kepada dua atau lebih daripada dua peminjam, Peminjam dengan ini
bersetuju bahawa:
(a) semua perjanjian, waad, terma, penepatan dan akujanji yang dinyatakan sebagai dibuat
oleh dan bagi pihak Peminjam hendaklah dianggap dibuat oleh atau mengikat ke atas
semua peminjam secara bersama dan berasingan;
(b) semua wang yang perlu dibayar atau yang dipersetujui sebagai perlu dibayar (termasuk
liabiliti kontingen) oleh setiap peminjam bersama-sama dengan faedah dan sebarang
jumlah lain yang belum dijelaskan terhadapnya akan menjadi kena dibayar dan dengan
serta-merta perlu dibayar atas dasar liabiliti bersama dan berasingan sama ada apabila
dituntut atau apabila berlakunya peristiwa keingkaran yang melibatkan mana-mana
peminjam.
26. KENAIKAN KOS
Peminjam hendaklah selepas memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari
kalendar membayar dengan segera kepada Bank, sebarang jumlah yang boleh ditetapkan oleh
Bank mengikut budi bicara mutlaknya dan menanggung rugi Bank terhadap sebarang kos atau
kenaikan kos jika Bank menetapkan bahawa pengenalan atau perubahan sebarang undang-
undang, perintah, peraturan atau arahan rasmi (sama ada mempunyai kuasa undang-undang atau
tidak) daripada mana-mana pihak berkuasa relevan yang, bersama-sama dengan obligasi Bank di
bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau apa-apa dokumen cagaran
yang dimasuki:-
(a) menyebabkan Bank menanggung kos; atau
(b) menambah kos kepada Bank untuk membiayai atau meneruskan obligasinya di bawah
Surat Tawaran atau Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini atau sebarang dokumen
cagaran.
Page 22 of 24
27. MAKLUMAN
Peminjam hendaklah memberikan notis bertulis kepada Bank jika berlaku sebarang peristiwa
keingkaran di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang
dokumen cagaran dalam tempoh tiga (3) hari kalendar perniagaan apabila kejadiannya diketahui
oleh Peminjam.
28. KESAN MENGIKAT
Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang dokumen cagaran
hendaklah mengikat waris, wakil diri, pengganti hakmilik dan penerima serah hak Peminjam
yang dibenarkan dan pengganti hakmilik dan penerima serah hak Bank.
29. TANGGUNG RUGI
Tanpa memudaratkan terma-terma dan peruntukan yang disebut di atas dan di samping dan tanpa
menjejaskan kuasa, hak dan remedi lain yang dipunyai oleh Bank, Peminjam hendaklah
menanggung rugi Bank dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan terhadap dan atas
sebarang kerugian, kerosakan dan perbelanjaan pun jua, sama ada di sisi undang-undang atau
sebaliknya, (termasuk tetapi tidak terhad kepada semua kos undang-undang yang ditanggung oleh
Bank atas dasar peguamcara-anakguam) yang mungkin ditanggung atau dialami oleh Bank akibat
sebarang keingkaran untuk membuat pembayaran di bawah Kemudahan tersebut dan faedah ke
atasnya atau mana-mana bahagian daripadanya atau sebarang jumlah lain yang perlu dibayar di
bawahnya atau di bawah dokumen cagaran, atau disebabkan ketidakpatuhan terhadap semua atau
mana-mana terma penetapan perjanjian dan peruntukan oleh Peminjam atau oleh pihak cagaran
yang terkandung di dalam ini atau di bawah dokumen cagaran, dan kerugian, kerosakan dan
perbelanjaan tersebut hendaklah termasuk tetapi tidak terhad kepada jumlah yang diperakui oleh
Bank (perakuan tersebut hendaklah disertai dengan asas dan pengiraan jumlah tersebut dan
menjadi konklusif dan mengikat Peminjam kecuali jika berlaku kesilapan nyata). Kewajipan
untuk menanggung-rugi Bank bagi segala kerugian dan kerosakan dan perbelanjaan, apa jua pun,
di bawah fasal ini tidak akan terpakai sekiranya ia timbul daripada dan disebabkan secara
langsung oleh kecuaian Bank atau kesilapan yang sengaja.
30. MASA
Masa di mana jua disebut adalah menjadi asas.
31. AKUJANJI
Peminjam dan/atau pihak cagaran dengan tak boleh batal dan tanpa bersyarat memberi kuasa
kepada Bank untuk mengeluarkan akujanji pada sebarang masa dan mengikut sebarang cara dan
untuk sebarang jumlah dan berdasarkan sebarang kontingensi dan syarat yang difikirkan wajar
oleh Bank mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya memihak kepada mana-mana orang dan
juga untuk membuat pembayaran di bawah Kemudahan secara terus kepada orang tersebut selaras
dengan akujanji tersebut. Bank pada semua masa berhak membuat sebarang pembayaran dan/atau
melaksanakan sebarang obligasi yang dikenakan di bawah akujanji tersebut tanpa perlu
menjalankan penyiasatan atau membuat pertanyaan. Peminjam dan/atau pihak cagaran tidak
berhak sama ada di sisi undang-undang atau ekuiti untuk melarang atau menuntut agar Bank
menahan sebarang pembayaran atau menahan daripada melaksanakan sebarang obligasi yang
dikehendaki selaras dengan akujanji tersebut, tidak kiralah sama ada Peminjam dan/atau pihak
Page 23 of 24
cagaran mungkin mempunyai apa-apa tuntutan, tuntutan balas atau hak tolakan terhadap
penerima akujanji tersebut. Meskipun peruntukan di dalam ini, Bank mempunyai budi bicara
tunggal dan mutlak untuk mengubah, meminda, membatalkan, menarik balik, menggantikan,
menggantung dan/atau untuk meminta pelepasan akujanji tersebut tanpa menjejaskan atau
memudaratkan obligasi Peminjam dan/atau pihak cagaran kepada Bank.
32. PERWAKILAN
Bank boleh, menurut budi bicara mutlaknya, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa
melalui surat kuasa wakil atau melalui sebarang kaedah lain yang tersedia, mewakilkan kepada
mana-mana orang atau badan orang yang berubah-ubah, semua atau sebarang kuasa dan budi
bicara yang diletak hak kepada Bank di bawah Surat Tawaran dan Terma-Terma dan Syarat-
Syarat Utama ini berkenaan dengan Cagaran atau mana-mana bahagian daripadanya dan sebarang
perwakilan tersebut (termasuk sub-perwakilan) boleh berdasarkan sebarang terma dan syarat yang
dianggap wajar oleh Bank dan Bank tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan atas
sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh Peminjam berbangkit daripada sebarang
tindakan, keingkaran, peninggalan, salah laku atau kecuaian oleh wakil atau sub-wakil tersebut.
33. SURAT KUASA WAKIL
Peminjam sebagai jaminan dengan ini melantik Bank dan setiap wakil atau sub-wakilnya (jika
ada) yang ditetapkan oleh Bank sebagai Wakil Peminjam dalam nama Peminjam atau sebaliknya
dengan kuasa penggantian yang penuh untuk melaksanakan dan melakukan semua jaminan,
tindakan dan perkara yang seharusnya dibuat oleh Peminjam di bawah peruntukan Surat Tawaran
dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini untuk menyempurnakan dan menyiapkan sebarang
pemindahan atau dokumen yang diperlukan oleh Bank untuk menyempurnakan hakmiliknya atau
untuk meletak hak Cagaran kepada atau dalam nama Bank atau penamanya dan/atau untuk
mendapatkan kembali dan/atau menerima daripada mana-mana pihak yang terlibat, semua jumlah
yang kena dibayar kepada Peminjam terhadap Cagaran dan/atau untuk menguatkuasakan
sebarang hak berkenaan dengannya dan untuk memberi resit sah dan/atau untuk memulakan
sebarang prosiding dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh Peminjam, sama ada melalui
tindakan, distres atau sebaliknya sebagaimana dianggap sesuai dan wajar oleh Bank mengikut
budi bicara mutlaknya dan/atau untuk menguatkuasakan sebarang hak yang disebut sebelum ini
dan Peminjam dengan ini meratifikasi dan mengesahkan semua tindakan dan perbuatan Wakil
atau Wakil-wakil yang dilaksanakan secara sah olehnya/oleh mereka di bawah Surat Kuasa Wakil
ini.
34. PIHAK CAGARAN DAN PEMINJAM ADALAH PIHAK BERLAINAN
(a) Jika pihak cagaran dan Peminjam adalah pihak yang berlainan, pihak cagaran dengan tak
bersyarat dan tanpa boleh batal secara bersama dan berasingan menjamin pembayaran
kepada Bank terhadap liabiliti Peminjam kepada Bank bagi Kemudahan sama ada dalam
Ringgit Malaysia atau mana-mana mata wang lain, yang adalah kena dibayar atau terakru
kepada Bank sama ada liabiliti tersebut adalah atau mungkin adalah bersama atau
berasingan atau utama atau sampingan atau kontingen. Jika sebarang pembayaran adalah
tertakluk kepada apa-apa cukai atau jika pihak cagaran dikehendaki membuat potongan
atau penahanan, pihak cagaran hendaklah membayar cukai tersebut, hendaklah
memastikan pembayaran, potongan atau penahanan tersebut tidak melebihi liabiliti
undang-undang minimum untuknya dan hendaklah dengan serentak membayar kepada
Bank sebarang jumlah tambahan yang diperlukan untuk membolehkan Bank menerima,
setelah semua pembayaran, potongan dan penahanan tersebut, jumlah bersih yang
Page 24 of 24
bersamaan dengan jumlah penuh yang perlu dibayar di bawah Surat Tawaran ini dan
Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama.
(b) Jika terdapat dua (2) atau lebih daripada dua orang yang dirangkum atau termasuk di
dalam ungkapan "pihak cagaran" semua persetujuan, waad, obligasi, penetapan dan
akujanji yang dinyatakan sebagai dibuat oleh dan bagi pihak cagaran hendaklah dianggap
sebagai dibuat oleh atau mengikat orang-orang tersebut secara bersama dan berasingan.
(c) Pihak cagaran bersetuju secara bersama dan berasingan dengan Peminjam untuk
membayar atau membayar balik kpeada Bank duti setem (termasuk ‘upstamping’) dan
kos, caj dan perbelanjaan Bank untuk menguatkuasakan semua hak Bank di dalam ini
termasuk, tanpa had, kos dan perbelanjaan undang-undang atas dasar tanggung rugi
penuh.
35. HAK UNTUK MENYUMBERLUARKAN PUNGUTAN HUTANG
Jika sebarang wang yang perlu dibayar di bawah Kemudahan perlu didapatkan kembali daripada
Peminjam, Bank berhak selepas memberikan notis terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar
kepada Peminjam untuk menyumberluarkan pungutan hutang kepada agensi luar yang dipilih
oleh Bank menurut budi bicara tunggalnya dan Peminjam bertanggungjawab bagi fi pungutan
hutang, fi penilaian, fi jurulelong, fi profesional lain dan caj dan kos lain yang ditanggung untuk
mendapatkannya kembali dan/atau untuk menguatkuasakannya. Bank akan memaklumkan
Peminjam kesan ke atas hak-hak Peminjam dan obligasi selepas pelantikan sedemikian atau di
mana hutang itu telah dijual kepada pihak ketiga. Di bawah keadaan yang khusus di mana
Peminjam tidak boleh dihubungi, Bank adalah dianggap telah memenuhi kewajipan itu jika notis
tersebut telah dihantar ke alamat terakhir Peminjam yang diketahui sekurang-kurangnya tujuh (7)
hari kalendar terlebih dahulu. Bank akan menyediakan kepada Peminjam nama dan butiran
kenalan yang telah dilantik sebagai ejen pihak ketiga atau pihak ketiga yang mana Bank telah
salurkan untuk pungutan semula semuanya dan sebarang jumlah yang terhutang oleh Peminjam
kepada Bank.
36. KEBOLEHASINGAN
Sebarang terma, syarat, penetapan, peruntukan waad atau akujanji dalam Surat Tawaran atau
Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini yang menyalahi undang-undang, dilarang, atau tidak
boleh dikuat kuasa tidak membawa kesan setakat kepenyalahan undang-undang, keterbatalan,
larangan atau ketidakbolehkuatkuasaan sahaja tanpa membatalkan peruntukan lain.
37. PENTAFSIRAN
Kecuali konteks menghendaki sebaliknya, perkataan yang ditulis dengan huruf besar yang
digunakan di dalam ini yang tidak ditafsirkan akan membawa maksud yang sama seperti yang
ditakrifkan di dalam Surat Tawaran. Jika terdapat sebarang perkara yang tidak konsisten, konflik,
kesamaran atau percanggahan antara teks Bahasa Inggeris atau sebarang versi lain bagi terma-
terma dan syarat-syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara
yang disebut sebelum ini, sekiranya anda meminta versi terma-terma dan syarat-syarat di dalam
ini dalam Bahasa Malaysia, Bank hendaklah menyediakannya kepada Peminjam dan jika
perjanjian dimasuki atas dasar ini, maka versi terma-terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa
Malaysia akan mengatasi yang lain.
************************************