Post on 02-Jul-2015
THE SALAMANCASTATEMENT
ANDFRAMEWORKFOR ACTION
ON SPECIAL NEEDS EDUCATION
KENYATAAN DAN KERANGKA KERJA SALAMANCA UNTUK
TINDAKAN BAGI PENDIDIKAN KHAS ( 1994 )
AKMAZAMIRA BINTI ABDULLAH
NURUL AKMA SYAFINAH BT HAMIZAT
HAZERANABILA BINTI OTHMAN
NUR FAIZAH BT MOHAMED
SITI SARAH BT ABDUL MALEK
A)
Sejarah Kenyataan
Salamanca
Bahagian I
Bahagian II
Bahagian III
Implikasi Kenyataan SalamancaSebelum Selepas
Penilaian
SEJARAH KENYATAAN SALAMANCA
Nama “ Salamanca ” diperolehi sempena perjumpaan persidangannya yang diadakan di Salamanca, Sepanyol.
Diadakan pada 7 hingga 10 Jun 1994
Persidangan ini dihadiri oleh 300 orang peserta yang mewakili : • 92 buah kerajaan • 25 organisasi antarabangsa.
Tujuannya untuk meneruskan matlamat pendidikan untuk semua memandangkan berlakunya perubahan dasar.
Dianjurkan oleh kerajaan Sepanyol dengan
kerjasama daripada UNESCO ( United Nation Educational Scientific and Cultural Organization ).
Ahli – ahli yang terlibat :-
• Kerajaan
• Pertubuhan - pertubuhan antarabangsa• Organisasi bukan antarabangsa
● Agensi-agensi kerajaan
Terbentuk adalah hasil daripada desakan daripada para persidang kepada kerajaan Sepanyol bagi mendapatkan hak pendidikan untuk setiap individu.
Kesamarataan mendapatkan peluang pendidikan khusus kepada mereka yang kurang upaya dalam sistem pendidikan.
Hak pendidikan bagi setiap individu seperti yang dinyatakan dalam Deklarasi Universal 1948.
SEJARAH TERBENTUK KENYATAAN SALAMANCA
Persidangan diadakan dengan kerjasama :-
• UNESCO ( United Nation Educational Scientific and Cultural
Organization ) • UNICEF ( United Nations Children’s Fund ) • UNDP ( United Nations Development
Programme ) • Bank Dunia, • ILO ( International Labour Office ) • WHO ( World Health Organization )
• Setiap kanak-kanak mempunyai hak asasi untuk mendapatkan pendidikan.
• Setiap kanak-kanak mempunyai perwatakan unik, menarik, berkeupayaan dan memerlukan pembelajaran.
• Sistem pendidikan harus direka dan program pendidikan perlu dilaksanakan.
• Pendidikan khas mesti mempunyai kemudahan seperti di sekolah-sekolah biasa.
• Sekolah biasa yang mempunyai program Inklusif adalah amat berkesan iaitu mampu melawan sikap diskriminasi, mewujudkan kaum ramah dan pencapaian pendidikan untuk semua.
KENYATAAN SALAMANCA
PEMIKIRAN-PEMIKIRAN BARU DALAM PENDIDIKAN KHAS
• Pembentukkan sekolah Inklusif.
• Diperkenalkan untuk meningkatkan tahap pendidikan murid berkeperluan khas.
• Melalui sekolah inklusif, murid – murid berkeperluan khas akan mendapat pelbagai bantuan untuk pendidikan yang lebih efektif.
BAHAGIAN I
• Program pendidikan integrasi ditubuhkan adalah untuk penyertaan semua individu tanpa memberi sebarang pengecualian kepada mereka yang ingin menyertainya
• Setiap program Inklusif yang terdapat disetiap sekolah harus menyediakan pelbagai keperluan yang berbeza berdasarkan kecacatan murid berkeperluan khas.
• Menggabungan pelbagai strategi-strategi dan proses pembelajaran yang berkesan
GARIS PANDUAN TINDAKAN DI PERINGKAT
KEBANGSAAN
BAHAGIAN II
POLISI DAN ORGANISASI
Program integrasi merupakan satu program yang direka bagi menyokong pendidikan khas iaitu menerangkan tentang persamaan taraf di antara murid kurang upaya dan murid normal melalui program pendidikan Inklusif.
Pembentukan undang-undang mengenai persamaan hak dalam pendidikan bagi kanak-kanak dan remaja
dalam pendidikan telah diwujudkan.
Pembentukan undang-undang yang dilihat dari aspek latihan dan vokasional turut memberi kesan kepada program berkenaan.
Program ini menetapkan bahawa kanak-kanak yang mempunyai kecacatan seharusnya belajar bersama dengan murid normal atau di aliran perdana.
Galakkan pendidikan di peringkat sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi.
Peraturan pendidikan mewajidkan mereka yang mempunyai masalah pekak untuk mendapat pembelajaran dalam bahasa isyarat.
Peranan PDK (Pusat Dalam Komuniti) memainkan peranan dalam menyokong program integrasi.
Bantuan kewangan.
Kerjasama dari semua badan seperti pusat kesihatan, pejabat pendidikan, majikan dan masyarakat haruslah diperkukuh untuk mencapai objektif program tersebut.
Jabatan pendidikan memainkan peranan yang besar dalam menjamin kejayaan program ini.
Membangunkan sekolah Inklusif sama ada di bandar atau luar bandar.
Penetapan dasar yang jelas dan tegas mengenai Inklusif iaitu penyediaan bantuan dana yang mencukupi.
Program orientasi yang intensif dan latihan kakitangan.
Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :-
Fleksibiliti Kurikulum
Pengurusan Sekolah
Maklumat dan Penyelidikan
FAKTOR SEKOLAH
Fleksibiliti kurikulum Kurikulum perlu disesuaikan untuk keperluan kanak-
kanak.
Sekolah perlu menyediakan peluang-peluang
ko-kurikulum yang bersesuaian dengan keupayaan murid.
Kanak-kanak keperluan khas perlu menerima sokongan pendidikan tambahan dalam bentuk kurikulum biasa
tetapi bukan satu kurikulum yang berbeza.
Pengurusan sekolah
Pihak pentadbir dan guru besar atau pengetua sekolah memainkan peranan penting dalam meningkatkan sikap positif di seluruh masyarakat sekolah.
Mengatur kerjasama yang efektif antara guru kelas dan staff sokongan dalam menentukan kejayaan murid-murid.
Maklumat dan penyelidikan
Pendidikan keperluan khas sepatutnya disepadukan ke dalam penyelidikan dan pusat-pusat pembangunan kurikulum.
Tumpuan khusus diberikan kepada strategi pendidikan dalam bilik darjah yang berfokus kepada proses P&P yang Inklusif.
PENGAMBILAN DAN LATIHAN KEPADA PENDIDIKAN INDIVIDU
• Persediaan bagi semua pendidikan individu yang bersesuaian merupakan antara faktor dalam mempercepatkan lagi kemajuan ke arah melaksanakan sekolah Inklusif.
• Pengambilan guru - guru khas terlatih daripada Maktab Perguruan dan Universiti.
• Pengetahuan dan kemahiran amat diperlukan.• Persediaan kepada semua guru.
• Kaedah pengajaran yang fleksibel• Latihan dan kursus tambahan kepada guru.• Peranan Universiti dalam penghasilan tenaga
pengajar
(guru khas).
• Seminar bagi pihak pentadbir, penyelia, guru besar dan guru – guru berpengalaman harus diadakan untuk melatih guru – guru yang kurang berpengalaman
Dari pihak sekolah
beri kemudahan/beri peruntukkan untuk membina sekolah, membeli peralatan seperti Braille, kerusi roda dan sebagainya.
Sumbangan badan- badan swasta
seperti pakar fisioterapi, pakar kaunseling, klinik-klinik berdekata, pakar psikologi, dan lain-lain lagi bagi membantu murid berkeperluan khas.
Penglibatan semua masyarakat.
SOKONGAN LUAR
Terbahagi kepada 4 item :-
i. Pendidikan awal kanak-kanak.
ii. Pendidikan bagi kanak-kanak
perempuan.
iii. Persediaan bagi kehidupan dewasa.
iv. Dewasa dan Pendidikan yang berterusan.
BIDANG – BIDANG KEUTAMAAN
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK Melalui pendedahan awal, penilaian dan rangsangan bagi
kanak dengan keperluan khas.
Penjagaan awal kanak-kanak dan program pembelajaran bagi
kanak-kanak hingga umur 6 tahun harus dikembangkan, dan
diubahsuai.
Program ini mempunyai nilai ekonominya sendiri terhadap
individu itu sendiri, keluarga, dan masyarakat.
Program yang direka bentuk pada tahap ini adalah untuk
mengenalpasti prinsipal penyertaan kemasukan semua faktor/
penglibatan semua pihak dan dibentuk dalam bentuk
komprehensif dengan menggabungkan aktiviti pra-sekolah
dengan penjagaan kesihatan awal kanak-kanak. Kebanyakan negara telah menggunakan polisi yang menekankan pendidikan awal kanak-kanak.
PENDIDIKAN BAGI KANAK-KANAK PEREMPUAN
Kanak-kanak perempuan yang mempunyai kekurangan selalunya disisihkan.
Tumpuan yang khas diperlukan bagi menyediakan latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak perempuan dengan keperluan pendidikan khas.
Sebagai tambahan, kanak-kanak harus dibekalkan dengan maklumat dan bimbingan selain model yang boleh membantu mereka menjadi lebih realistik dalam membuat pilihan dan mempersiapkan mereka pada masa hadapan sebagai seorang wanita
PERSEDIAAN BAGI KEHIDUPAN DEWASA Generasi muda berkeperluan khas harus dibantu
dalam membuat perubahan yang efektif dari sekolah pada suasana
pekerjaan.
Sekolah menyediakan mereka dengan kemahiran yang diperlukan
dalam kehidupan harian.
Kurikulum bagi murid bekeperluan khas pada tahap kelas senior
harus mengambil kira program transisi yang khusus, sokongan untuk
memasuki pusat pengajian tinggi dan juga latihan vokasional bagi
mempersiapkan diri daripada bergantung pada orang lain.
Aktiviti ini dijalankan dengan penglibatan aktif pihak-pihak yang
terlibat.
DEWASA DENGAN PENDIDIKAN YANG BERTERUSAN.
Diberi tumpuan yang khusus.
Diiberikan kepentingan dalam mendapatkan maklumat terhadap program yang tertentu.
Khusus yang istimewa dibentuk untuk disesuaikan dengan keperluan dan keadaan kumpulan orang dewasa dengan kekurangan yang pelbagai.
PERSPEKTIF MASYARAKAT
• Sokongan ibu bapa
Sikap positif ibu bapa penting dalam untuk keberkesanan program Integrasi. Ibu bapa berhak untuk memilih jenis pendidikan yang diperlukan oleh anak-anak mereka mengikut kesesuian
Sebagai pendorong utama kepada anak-anak untuk belajar,selain mengawasi anak-anak mereka di rumah.
• Penglibatan masyarakat
Pengagihan kuasa di semua peringkat di dalam masyarakat akan menjadi lebih berkesan dengan penglibatan masyarakat di dalam program ini untuk menyokong mereka yang terlibat dalam pendidikan khas.
Pemantauan daripada jabatan pendidikan, pegawai kesihatan amat diperlukan.
Penglibatan masyarakat secara aktif dalam membantu kegiatan luarsekolah seperti dalam melakukan kerja rumah.
• Peranan organisasi sosial
Pertubuhan sukarelawan dan badan bukan kerajaan menpunyai lebih banyak kebebasan untuk bersuara.Badan ini akan menyokong dan mengembangkan idea-idea terbaik untuk pendidikan khas. Bertindak sebagai penyampai maklumat kepada masyarakat.
• Orang Awam
• Media MassaMedia dapat membuka minda majikan terhadap kemampuan pekerja kurang upaya.
Media berguna dalam memberi penerangan kepada masyrakat tentang pendekatan baru dalam pendidikan,khususnya dalam pendidikan khas dan integrasi melalui kejayaan yang telah di capai.
SUMBER YANG DIPERLUKAN
Komitmen politik, di kedua-dua negara dan peringkat komuniti, amat diperlukan untuk mendapatkan sumber tambahan. Pengagihan sumber ke sekolah-sekolah harus mengambil kira perbezaan dalam perbelanjaan yang diperlukan bagi menyediakan pendidikan sesuai untuk semua kanak-kanak, mengawasi tingkah laku dan keadaan-keadaan mereka. Sumber perlu juga perlu diperuntukkan untuk perkhidmatan sokongan untuk latihan guru-guru aliran utama, untuk peruntukan pusat-pusat sumber dan untuk guru-guru pendidikan khas.
Penggemblengan manusia, institusi, logistik, kebendaan, sumber kewangan dari pelbagai jabatan menteri (Pendidikan, Kesihatan, Kebajikan Masyarakat, Belia dan sebagainya) wilayah dan pihak berkuasa tempatan, dan institusi-institusi khusus yang lain adalah satu cara yang berkesan untuk memaksimumkan keberkesanan mereka. Pergabungan pendidikan dan pendekatan sosial dalam pendidikan khas akan memerlukan struktur pengurusan yang berkesan membolehkan pelbagai perkhidmatan bekerjasama pada peringkat kebangsaan dan peringkat tempatan serta membenarkan pihak berkuasa awam dan persekutuan badan-badan bersekutu untuk menyertainya.
GARIS PANDUAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA
Bantuan teknikal seharusnya dituju secara langsung dan terus untuk memperoleh kesan yang lebih maksimum.
Peratus tetinggi kecacatan ini adalah berlaku disebabkan oleh kekurangan maklumat, kemiskinan dan masalah kesihatan yang berleluasa.
Mengalakkan kerjasama antara jabatan-jabatan Universiti dan institusi latihan di negara lain.
Bahagian III
~ Kerjasama antara kerajaan dan bukan kerajaan, setempat dan
bukan setempat.
~ Organisasi ini memainkan peranan penting dalam menyokong
pergerakan ke arah sekolah inklusif.
~ Mereka boleh bergabung dalam melaksanakan pendekatan
strategik seperti pembantu/pekerja teknikal harus terlibat dalam
penglibatan strategik dengan kesan yang pelbagai, terutamanya
perkembangan sesuatu tempat/kawasan.
~ Salah satu perkara yang penting bagi kerjasama antarabangsa ialah
menyokong projek percubaan yang bertujuan mencuba pendekatan
baru.
~ Kerangka tindakan ini telah di ubahsuai selepas perbincangan pada 10 Jun 1994.
Tujuan;
~bagi membantu ‘ member states ’ dan badan kerajaan
dan bukan kerajaan dengan pelaksanaan ‘ salamanca
statement on principles, policy and practise in speacial
needs education ‘.
IMPLIKASI KENYATAAN SALAMANCA
SEBELUM SELEPAS
IMPLIKASI SEBELUM
1. Belum wujudnya program- program bagi pendidikan khas
4. Kurang kerjasama daripada pelbagai pihak.
2. Diskriminasi pendidikan terhadap kanak-kanak kurang upaya
3. Guru kurang terlatih
1. Belum wujudnya program- program pendidikan khas
• Program-program khas yang dimaksudkan adalah seperti pendidikan integrasi dan pendidikan Inklusif
• Program-program ini hanya wujud selepas adanya Akta Pendidikan 1996.
2. Diskriminasi pendidikan terhadap kanak- kanak kurang upaya
• Iaitu dari aspek kanak-kanak normal dengan kanak-kanak kurang upaya.
• Kanak-kanak kurang upaya tidak diberikan peluang untuk mendapatkan pendidikan secara formal seperti kanaka-kanak normal.
3. Guru yang kurang terlatih dalam Pendidikan Khas
• Guru-guru pendidikan khas yang ada pada masa itu adalah guru yang belum benar-benar mendapat pendidikan dalam bidang pendidikan khas.
• Guru tersebut juga kurang berpengalaman serta belum sepenuhnya bersedia dalam mengajar pendidikan khas
4. Kurang kerjasama daripada pelbagai pihak.
• Penglibatan badan-badan tertentu dalam membela nasib kanak-kanak berkeperluan khas masih kurang
IMPLIKASI SELEPAS
1. Program Inklusif mula diperkenalkan
2. Kurikulum yang fleksibal
3. Peluang sama rata dalam mendapatakan pendidikan
4. Penyediaan guru terlatih dalam pendidikan khas
1. Program Inklusif mula diperkenalkan
• Program Inklusif diperkenalkan mulai penggal persekolahan 1994/1995.
• Terdapat 2 jenis program Inklusif iaitu:-
• Inklusif sepenuh masa
• Inklusif separa masa
• Inklusif sepenuh masa
Murid Pendidikan Khas mengikuti sepenuhnya dalam kelas biasa dengan bantuan guru pembantu atau guru
khas.
• Inklusif separa masa
Murid Pendidikan Khas mengikuti kelas biasa tidak sepenuhnya berdasarkan mata pelajaran atau aktiviti tertentu.
2. Kurikulum yang fleksibal
Guru pendidikan dikehendaki merujuk kurikulum pendidikan khas
Kurikulum pendidikan khas ini bersifat fleksibel dan guru boleh menyesuaikannya dengan kebolehan murid
Bergantung atas guru untuk menyesuaikan dengan keperluan semasa
3. Peluang sama rata dalam mendapatkan pendidikan
Terbukti dengan adanya program pendidikan inklusifiaitu tidak meminggirkan kanak-kanak berkeperluan khas untuk mendapatkan pendidikan
Kanak-kanak berkeperluan khas belajar dalam kelas biasa dan belajar bersama-sama murid biasa yang seusia dengannya
Mengikut kurikulum biasa serta mendapat bimbingan sama rata oleh guru biasa dengan dibantu oleh guru Pendidikan Khas.
Turut mendapat alat sokongan-menikmati pendidikan dengan selesa
4. Penyediaan guru terlatih dalam pendidikan khas
Kementerian Pelajaran lebih menekankan penyediaan guru yang mempunyai latar belakang dan pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan khas
Pelbagai program, kursus dan latihan diperkenalkan kepada guru dan bakal guru
PENILAIAN
• Terdapat sekolah yang menjalankan program pendidikan Inklusif sama ada di bandar atau luar bandar.
• Pendidikan yang sama rata tanpa adanya diskriminasi terhadap kanak-kanak berkeperluan khas.
• Kurikulum yang bersesuaian• Terdapatnya kerjasama daripada badan-badan
tertentu bagi membela orang kurang upaya
KESIMPULAN
Kenyataan salamanca merupakan pencetus pelaksanaan pendidikan inklusif bagi kanak-kanak berkeperluan khas melalui prinsip-prinsip yang diterapkan dalam dasar pemerintahan.
Malah kenyataan salamanca telah mewujudkan satu garis panduan pelaksanaan pendidikan inklusif peringkat antarabangsa.