Post on 07-Dec-2015
description
Sejarah dan Perkembangan Semasa : Permainan Softball
MUHAMMAD SYAFIQ BIN MARZUKY
MUHAMMAD AKMAL DANIAL BIN HAZANI
NUR ALIAH BINTI JUHARI
Sejarah Dunia
• Olahraga softball berasal dari Amerika Syarikat diciptakan oleh George Hancock pada tahun 1887 di Chicago . (Nur Atikah, 2002.)
• Berkembang dari Amerika ke Kanada,dan seterusnya ke seluruh dunia.
• Kemudian terbentuknya pertubuhan softball seluruh dunia dan lahirlah peraturan-peraturan permainan.
Sejarah Dunia
• Pertandingan Sofbol mula dipertandingkan pada peringkat dunia pada tahun 1993 yang diwujudkan oleh Pertubuhan Internasional Sofbol.
• Peraturan permainan dibuat oleh Lewis Robert pada tahun 1906 dan pada 1916 diperbaiki oleh Matthew.
• Pada tahun 1930, ada perubahan permainan dari indoor ke outdoor oleh H. Ficher dan M.J Ponley
Sejarah Dunia
• Pada tahun 1968, permainan softball diperkenalkan di Asia, khususnya pada kejuaraan pertandingan di Manila.
Sejarah di Malaysia
• Permainan ini telah diperkenalkan oleh warga Amerika pada tahun 1939 di ACS Kampar, Perak.
• Apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua, perkembangan permainan sofbol telah tergendala.
• Pada tahun 1960, Jack Robinson telah mengadakan klinik sofbol di seluruh Tanah Melayu bagi menghidupkan semula permainan ini.
Sejarah di Malaysia
• Permainan ini mula terkenal dan disenaraikan dalam program MSSM.
• Pada akhir tahun 60-an permainan ini dipopularkan lagi di negeri Perak, Selangor dan Pulau Pinang.
• Pada tahun 1972, wakil-wakil dari negeri Perak, Pulau Pinang dan Selangor telah mengadakan satu perjumpaan di kediaman Menteri Besar Perak untuk menubuhkan Persatuan Sofbol Malaysia (S.A.M).
Sejarah di Malaysia
• Dato’Sri Hj Kamaruddin bin Hj. Mohd Isa (Menteri Besar Perak) ketika itu diberi mandat untuk menjadi pengerusi S.A.M telah didaftarkan pada 16 Mac 1973.
• Ogos 1974, Kejohanan Sofbol Kebangsaan pertama telah diadakan serentak dengan Kejohanan Sofbol Jemputan Perak di Ipoh, Perak.
• Hasilnya, menjadikan beberapa buah negeri dan pertubuhan lain turut berminat untuk menganggotai S.A.M termasuk RAAF.
Sejarah di Malaysia
• Oktober 1976, Kejohanan Sofbol ASEAN yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur.
• Kejohanan yang disertai oleh lima buah pasukan ini menyaksikan Malaysia memperolehi tempat ketiga.
• Pada tahun 1977, Malaysia telah menghantar pasukan sofbol buat pertama kalinya ke luar negara dengan menyertai Kejohanan Sofbol ASEAN di Manila, Filipina.
Sejarah di Malaysia
• Pada tahun yang sama, kategori wanita juga dipertandingkan untuk pertama kalinya.
• 1979, permainan sofbol telah dimasukkan ke dalam Sukan SEA.
• Malaysia mengambil bahagian dalam kategori lelaki dan berjaya menduduki tempat ketiga.
Sejarah di Malaysia
• 1982, pasukan sofbol wanita Malaysia telah menyertai Kejohanan Sofbol Wanita Dunia Kelima yang diadakan di Taipei.
Perkembangan Di Malaysia
• Di peringkat sekolah, MSSM memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sukan sofbol di Malaysia.
• 1968, Kejohanan Sofbol MSSM yang pertama telah diadakan di Kampung Pandan, Selangor.
• Perak menjuarai Kejohanan Sofbol MSSM untuk kali pertamanya pada tahun 1977 di Pulau Pinang.
Perkembangan Di Malaysia
• Pada tahun 2003, untuk pertama kali Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mengambil bahagian di dalam kejohanan di Selangor.
• Kejohanan untuk peringkat umur 12 tahun dan ke bawah diperkenalkan dalam kalendar MSSM di Perak pada tahun 2004.
Perkembangan Di Malaysia
• Dalam kejohanan MSSM yang diadakan di Kuantan pada tahun 2005, pertandingan untuk peringkat umur 15 tahun dan ke bawah pula diperkenalkan.
• Permainan sofbol terus berkembang di seluruh pelusuk tanah air sehingga kini.
Sekian, Terima Kasih
Rujukan
• http://zul66.wordpress.com/2009/08/20/sejarah-perkembangan-permainan-sofbol/- http://asas-sofbol.blogspot.com/
• http://ms.wikipedia.org/wiki/Sofbol- http://asas-sofbol.blogspot.com/
• http://www.slideshare.net/erdawaty/permainan-sofbol