Post on 15-Feb-2015
1. Pengenalan
Gimnastik adalah satu sukan yang melibatkan prestasi pergerakan yang berulang-
ulang, malah ia memerlukan kekuatan fizikal, kebolehlenturan (flexibility), kesedaran
kinestetik, ketepatan lakuan dan keseimbangan yang tinggi. Sukan ini juga dianggap
sukan yang berbahaya kerana gaya akrobatik yang ditunjukkan di atas peralatan yang
berada tinggi daripada lantai menyebabkan seseorang atlet itu akan menghadapi risiko
kecederaan yang teruk.
Gimnastik Artistik sering dianggap sebagai aktiviti pendidikan yang bertujuan untuk
memperbaiki kualiti pergerakan supaya lebih baik dan sempurna di kalangan murid
sekolah. Terdapat enam pola pergerakan dalam gimnastik artistik iaitu pola pendaratan,
pola statik , pola gerak edar , pola putaran, pola imbangan dan pola ayunan. Menurut
Borhanudin (2006), Gimnastik artistik ialah pergerakan tubuh badan yang memerlukan
fleksibiliti , imbangan, kekuatan, ketangkasan, dan daya tahan otot yang baik.
Gimnastik artistik ialah aktiviti yang berkait rapat dengan kecergasan fizikal. Ia lebih
banyak berfokus kepada komponen kecergasan berkaitan dengan kemahiran motor.
Selain daripada itu, tumpuan fikiran yang tinggi juga diperlukan.
Gimnastik artistik menekankan kepada tiga aktiviti utama iaitu imbangan, ketangkasan
dan lombolan. Ketiga-tiga aktiviti tersebut dipecahkan kepada beberapa pola
pergerakan dominan yang menjadi asas kepada perkembangan kemahiran gimnastik.
Setiap pola pergerakan seharusnya dapat dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan
kepada pergerakan gimnastik yang lebih sukar.
Pola-pola pergerakan yang dianggap penting ialah:
Pendaratan
Statik
Gerak edar
Putaran
Hamburan
Ayunan
1.1 Sejarah Gimnastik
Sukan gimnastik dipercayai telah berkembang sejak 2000 tahun dahulu. Senaman
beramai-ramai bagi tujuan upacara keagamaan telah mula diamalkan oleh masyarakat
pada sejarah peradaban Cina 2000 tahun dahulu. Tamadun India dan Persia telah
menggunakan senaman beramai-ramai telah mengamalkan senaman ini selepas 100
tahun dari itu Sementara itu orang-orang Greek telah menamakan pergerakan ini
sebagai Gymnastics serta tempat senaman ini di kenali sebagai gimnasium. Ahli
falsafah Greek yang terkenal Aristotle menyatakan bahawa gimnastik bukan saja
sebagai seni, malahan merupakan ilmu sains ke masyarakat. Hipocrates, Gelen yang
terkenal sebagai pelopor bidang perubatan telah mencipta teori mengenai gimnastik.
Mereka menyatakan gimastik merupakan gerakan yang mempunyai nilai perubatan.
Tamadun Roman telah menggunakan gimastik sebagai latihan fizikal dalam membina
sistem kententeraan. Tentera Roman menggunakan ketangkasan menggunakan lombol
yang merupakan gerakan gimnastik untuk tentera menaik dan menurun kuda.
Kesannya sehingga sekarang lombo dikenali kekuda lombol. Dalam tahun 493 masihi
pemerintahan Theodosius I telah menghapuskan sukan olimpik purba. Kesan peristiwa
ini sukan gimnastik mengalami zaman malapnya. Buku Gymnastics for Youth oleh
Guths Muth dalam tahun 1759 hingga 1839 telah di terjemah dan di sebarkan
keseluruhan negara Eropah. Buku telah mencetus kembali minat terhadap sukan
gimnastik. Terdapat dua nama yang terkenal iaitu Pehr Ling dan Jonan Ludwin Jahn
pada awal kurun ke 19 dalam sukan gimnastik. Ling telah mencipta gerakan asas
dalam pendidikan jasmani sehingga sekarang gerakan asas
ini telah diikuti oleh banyak negara. Jahn telah mengembangkan sistem gimnastik yang
masih diguna pakai sehingga kini. Kelab gimnastik atau turvereine merupakan idea
Jane yang telah mendapat sambutan keseluruhan Eropah sehingga ke Amerika
Syarikat pada tahun 1888 persekutuan amatur gimnastik telah ditubuhkan. Pada tahun
1860 skim latihan jasmani tentera bersekutu yang dikenali Staf Gimnastik tentera telah
ditubuhkan. Kelab gimnastik atau turnverein merupakan idea Jane yang telah mendapat
sambutan keseluruhan Eropah sehingga ke Amerika Syarikat Dalam abad ke 18 dan 19
sukan gimnastik telah mendapat sambutan di negara-negara Scandinavia dan Jerman.
Terdapat dua pandangan tentang gimnastik. Gimnastik Jerman lebih menumpu
kepada pergerakan di alatan dengan penekanan kepada kekuatan otot dan daya tahan.
Gimnastik Swedish berdasarkan pergerakan berirama. Di negara Eropah yang
penduduknya bertutur bahasa Inggeris, gimnastik menjadi komponen dalam mata
pelajaran pendidikan jasmani. Dalam sukan Olimpik 1896 acara gimnastik pertama
telah dipertandingkan dalam acara lelaki. Selepas tahun 1940 negara seperti Rusia,
Jepun, Czechoslovakia dan Jerman Timur telah menguasai keseluruhan acara
gimnastik yang dipertandingkan. Negara Rusia yang pertama kali menyertai
pertandingan gimnastik dalam kejohanan Olimpik di Helsinki pada tahun 1952.Rusia
telah memenangi lima dari lapan pingat emas yang dipertandingkan dalam acara lelaki
sementara pasukan wanitanya telah memenangi empat dari enam pingat emas yang
dipertandingkan. Dewasa ini sukan gimnastik telah menjadi sukan yang penting dalam
kalender sukan dunia. Terdapat tiga kejohanan gimnastik di peringkat antara bangsa
yang terbesar dalam kalendar persekutuan gimnastik antarabangsa iaitu:
Sukan Olimpik
Kejohanan Dunia
Kejohanan Eropah
Sukan Olimpik diadakan empat tahun sekali begitu juga dengan kejohanan
gimnastik dunia namun kedua-dua kejohanan tidak dipertandingkan dalam tahun yang
sama. Kejohanan Eropah diadakan dalam tahun ganjil. Dalam kejohanan Eropah hanya
pergerakan pilihan dalam acara individu sahaja dipertandingkan dan dihadkan
penyertaan kepada tiga peserta lelaki dan tiga peserta wanita.
2.1 Imbangan Skala
Imbangan skala ialah satu kemahiran yang sering digunakan oleh para gimnas untuk
menunjukkan keupayaan melakukan kawalan pada batang tubuh. Kemahiran ini sering
digunakan pada batang titian dan semasa senaman lantai. Kemahiran ini dilaksanakan
dengan mencondongkan badan sedikit ke hadapan. Angkat sebelah kaki ke belakang
dan ke atas badan. Tangan hendaklah berada di sisi badan atau di belakang dan kaki
sebelah lagi lurus.
Banyak pengubahsuaian wujud pada kemahiran ini, oleh yang demikian istilah
“skala” telah membawa maksud “ keadaan kedudukan mengimbang pada satu kaki,
yang mana satu kaki lagi di angkat tinggi melebihi pinggul. Gambar di bawah
merupakan contoh kemahiran skala.
Gambar 1 : Aksi seorang ahli gimnastik melakukan skala
2.2 Jenis-jenis Skala
Dalam sukan gimnastik, terdapat beberapa kemahiran yang telah dikenal pasti
merupakan cabang kepada kemahiran skala. Sekiranya dilihat dengan lebih mendalam,
kemahiran-kemahiran ini mempunyai ciri-ciri yang sama seperti skala yang ditunjukkan
di dalam gambar. Antara jenis-jenis kemahiran skala tersebut ialah:
i. Skala hadapan
ii. Skala jarum
iii. Berdiri sebelah kaki
iv. Lunge
v. Arabesque
vi. Skala lutut bebas
vii. Side scale
2.2.1 Skala hadapan.
Hampir sama dengan asas skala.
Imbangan atas sebelah kaki.
Sebelah kaki lagi diangkat tinggi ke belakang
Badan sekurang-kurangnya berada pada paras mendatar.
Tangan berada di sisi atau di belakang.
Tangan boleh juga didepakan.
Gambar 2 : ansur maju melakukan skala hadapan
Gambar 3 : Seorang ahli gimnastik melakukan skala hadapan.
2.2.2 Skala Sisi
Imbangkan badan ke sisi dengan sebelah kaki.
Kaki yang sebelah lagi diangkat tinggi ke sisi badan dan ditinggikan
Tangan dilunjurkan ke sisi.
Cuba untuk imbangkan batang tubuh. Rujuk gambar rajah.
Skala sisi juga mengandungi skala sisi bebas iaitu skala sisi tanpa tangan
memegang kaki.
Gambar 4 : Skala sisi
gambar 5 : skala jarum gambar 6 : lakuan skala jarum oleh ahli gimnastik
2.2.4 berdiri sebelah kaki
Imbangkan batang tubuh.
Berdiri dengan sebelah kaki.
Kaki sebelah lagi di angkat dengan membengkokkan lutut.
Tangan didepakan atau memeluk tubuh. Tujuannya untuk keseimbangan.
Lakukan seperti dalam gambar.
Gambar 7 : kemahiran berdiri sebelah kaki.
2.2.5 lunge
Kemahiran yang tidak mengangkat kaki.
Tetapi perlu membengkokkan sedikit lutut untuk melakukannya.
Kaki terkangkang dengan sebelah kaki lurus ke belakang
Sebelah kaki bengkok ke sisi atau ke hadapan.
Gambar 8 : variasi-variasi kemahiran Lunge
2.2.6. Arabesque
Imbangkan dengan satu kaki sahaja
Sementara satu kaki lagi diangkat tinggi ke hadapan atau ke belakang
Posisi tangan boleh dipelbagaikan.
Gambar 9 : variasi-variasi kemahiran arabesque
Gambar 10 : Gimnas sedang melakukan kemahiran arabesque
2.2.7 Skala Lutut bebas
Imbangan sebelah lutut tanpa sokongan tangan
Sebelah kaki lagi diangkat ke belakang melebihi paras bahu.
Tangan di lunjurkan ke atas dan badan lentik.
Gambar 11 : Skala lutut bebas.
3.1 Gelanggang
Dalam sukan gimnastik, peralatan disediakan mengikut jenis atau acara yang
dijalankan, yang terdiri daripada enam acara lelaki dan empat acara wanita. Biasanya
semua peralatan atau alatan ini ditempatkan di dalam satu dewan atau gimnasium
khas. Rajah 2.1 menunjukkan peralatan gimnastik mengikut acara, yang disertakan
dengan ukurannya. Jurulatih atau guru hendaklah memeriksa dengan teliti akan
ketinggian atau ukuran sebenar pada setiap peralatan mengikut peringkat umur
mereka.
Gelanggang gimnastik akan dipenuhi oleh peralatan yang digunakan dalam
pertandingan iaitu alatan untuk melombol, senaman lantai dan aktiviti batang titian.
Berikut adalah contoh pelan gelanggang gimnastik.
Rajah 3.1 : Pelan lantai gelanggang pertandingan gimnastik.
3.1.1 Senaman Lantai
Acara lantai diadakan pada 12m × 12m segi empat berpermaidani, biasanya
terdiri foam keras di atas lapisan papan lapis, yang disokong oleh spring atau blok
foam dipanggil umumnya lantai "lompatan" (sprung floor). Ini menyediakan satu
permukaan kukuh yang akan bertindak balas dengan daya semasa dimampatkan,
membenarkan gimnas untuk mencapai ketinggian tambahan dan pendaratan
lebih lembut daripada mungkin di lantai biasa.
Rajah 3.3 : Ukuran kawasan senaman lantai
3.1.2 Melombol
Dalam acara melombol gimnas: memecut landasan 25 meter (kira-kira 82 kaki),
lompat ke atas satu beatboard - sejenis papan anjal, (mengendalikan/ segmen
perlepasan), mendarat seketika, disongsangkan umum pada tangan, pada
kekuda pelana atau meja melombol, (sebelum segmen penerbangan), kemudian
spring atau menyekat platform ini untuk pendaratan berkaki dua (segmen selepas
penerbangan). Segmen selepas penerbangan mungkin termasuk satu atau lebih
saltos atau somersaults, dan atau pergerakan berpulas.
Rajah 3.4 : Ukuran lebar dan tinggi lombol.
3.1.3 Palang Bertingkat
Pada palang bertingkat (juga dikenali sebagai palang asymmetric, UK), gimnas
mengemudi dua palang mengufuk ditentukan pada ketinggian yang berbeza.
Kelebaran dan ketinggian boleh dilaraskan. Gimnas melakukan ayunan, bulatan
(circling), peralihan, dan membebaskan pergerakan, yang boleh melangkau, di
bawah, dan antara dua palang. Pergerakan mungkin melalui handstand. Gimnas
sering menaik palang bertingkat itu menggunakan beatboard (papan anjal).
Rajah 3.5 : Ukuran lebar dan tinggi palang bertingkat
3.1.4 Batang Titian
Gimnas itu melakukan rutin mereka tari (choreographed) dari 60 ke 80 saat dalam
panjang mengandungi lompatan, kemahiran akrobatik, somersaults, putaran dan
tarian pada satu batang lompatan berpad. Norma apparatus ditentukan oleh
Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (digunakan untuk Olimpik dan kebanyakan
pertandingan elit) menentukan batang itu mesti 125 cm (4' 1") tinggi, 500 cm (16'
5") panjang, dan 10 cm (4") lebar.[1] Acara ini memerlukan kestabilan,
kebolehlenturan dan kekuatan.
4.1 Pengenalan.
Peraturan asas gimnastik ini meliputi format-format pertandingan yang digunakan.
Secara umumnya, terdapat dua contoh format pertandingan yang boleh digunakan.
Pertama, ia boleh digunakan dalam pertandingan peringkat sekolah atau sekolah-
sekolah yang menggunakan contoh ini sebagai persembahan kebolehan asas. Ia
berdasarkan kepada pendekatan pengajaran gimnastik mengenai teras-teras
kemahiran. Contoh kedua merupakan pertandingan sebenar yang digunakan di
peringkat kebangsaan atau antarabangsa oleh persekutuan-persekutuan gimnastik.
4.2 Format pertama
4.2.1 Kumpulan umur
4.2.1.1 Lelaki dan wanita bawah 12 tahun (kejohanan kanak-kanak)
4.2.1.2 Lelaki dan wanita bawah 15 tahun (kejohanan remaja)
4.2.1.3 Lelaki dan wanita melebihi 15 tahun (kejohanan belia)
4.2.2 keperluan pertandingan
Setiap peserta dikehendaki mempersembahkan dua persembahan, iaitu
persembahan senaman lantai dan persembahan di alatan.
4.3 Dasar pengadilan
4.3.1 Senaman lantai
Mestilah mempunyai sepuluh kemahiran teras yang dikenali atau variasinya.
Kemahiran itu hendaklah dicantumkan dengan pergerakan-pergerakan yang sesuai
untuk menghasilkan persembahan yang lancar dan mestilah selesai dalam masa
40 saat. Persembahan juga hendaklah menunjukkan unsur-unsur melompat,
berguling, imbangan dab putaran serta memperlihatkan kegunaan datar yang
berlainan, kelajuan dan dinamik.
Peserta diberikan (10.00) markah sebelum ia memulakan persembahan. Potongan
markah dibuat mengikut perkara berikut.
i. Pada setiap kemahiran yang tidak dilakukan daripada sepuluh kemahiran
yang dikehendaki ditolak 0.5 markah setiap kemahiran yang ditinggalkan.
ii. Kegagalan menunjukkan lompatan, gulingan, imbangan dan putaran ditolak
0.3 markah bagi setiap yang ditinggalkan
iii. Kelemahan menggunakan datar yang berlainan, kelajuan, dan dinamik yakni
pembinaan persembahan akan ditolak 1.00 markah
iv. Kelemahan bentuk dan teknik atau pelaksanaan ditolak sehingga 4.00
markah.
v. Pada setiap saat yang lebih masa dari masa yang dihadkan iaitu 40 saat
akan ditolak 0.1 setiap saat.
vi. Markah penilaian yang penuh adalah seperti berikut:
Unsur-unsur kemahiran (10 unsur @0.5) - 5.00 markah
Pelaksanaan - 4.00 markah
Pembinaan - 1.00 markah
Jumlah - 10.00 markah
4.3.2 Persembahan Di Lantai
Persembahan mestilah mempunyai lapan kemahiran teras dan atau variasinya, di
mana sekurang-kurangnya satu unsur ditunjukkan pada tiap-tiap alatan. Masa yang
diperuntukkan ialah tidak melebihi 40 saat dan peserta hendaklah memperlihatkan
bermacam0macam jenis kemahiran dalam persembahan yang lancar.
Peserta diberikan 10.00 markah sebelum memulakan persembahannya. Potongan
markah akan dibuat mengikut perkara-perkara berikut:
i. Kegagalan menggunakan kelapan-lapan kemahiran dan atau variasinya
dipotong 0.5 setiap kemahiran yang tertinggal.
ii. Gagal menggunakan tiap-tiap alatan, iaitu lombol, palang dan bangku
panjang dipotong 1.00 markah.
iii. Kelemahan bentuk dan teknik juga datar tidak diperlihatkan dipotong
sehingga 1.00.
iv. Kelemahan bentuk dan teknik atau pelaksanaan dipotong sehingga 5.00
markah.
v. Pada setiap saat yang lebih markah dari 40 saat peruntukan dipotong 0.1
markah setiap saat.
vi. Markah penilaian yang penuh adalah seperti berikut:
Unsur-unsur (8 unsur @0.5) - 4.00 markah
Pelaksanaan - 5.00 markah
Pembinaan - 1.00 markah
Jumlah - 10.00 markah
Pelaksanaan
Jika kelemahan teknik atau bentuk diperlihatkan, potongan antara 0.1 hingga 0.3
markah dibuat.
Di akhir persembahan kesemua potongan dari bahagian ini dicampurkan dan
jumlahnya ditolak daripada markah yang diperuntukkan kepada bahagian ini (5.00
markah)
Huraian-huraian umum.
Sepatutnya setiap persembahan itu dihakimkan oleh dua orang hakim di mana
markahnya diambil purata.
Dalam pertandingan sekolah-sekolah hakim yang ketiga terdiri daripada
seseorang yang bebas dan berkecuali.
Berbeza dengan format contoh kedua, ia tidak ada kiraan mengenai kesukaran
satu-satu unsur yang dimasukkan ke dalam persembahan. Ini disengajakan kerana
pada peringkat ini kerana mutu persembahan adalah lebih penting daripada
kesukarannya.
Dalam pertandingan yang lebih tinggi tarafnya, satu-satu pergerakan dinilai dari
segi kesukaran melakukannya.
4.4 Format Kedua
Tiap-tiap pasukan mengandungi lima peserta dan hanya markah empat peserta terbaik
persembahan senaman lantainya akan dan di alatan dikira markah pasukannya. Semua
peserta dalam pasukan mestilah melebihi 12 tahun.
4.4.1 Senaman Lantai
Segala persembahan hendaklah di atas kawasan yang tidak melebihi 12 meter
persegi. Tilam ketangkasan hendaklah diletakkan di atas kawasan ini.
Persembahan hendaklah selesai dalam jangka masa antara 35-45 saat. Muzik
iringan boleh digunakan untuk lelaki dan wanita. Markah akan dipotong jika
peserta menyelesaikan persembahan di luar masa jangkaan dengan kadar 0.1
markah bagi tiap-tiap saat.
Sekurang-kurangnya satu pergerakan dari kumpulan satu dan empat
pergerakan dari kumpulan dua hendaklah dipersembahkan untuk mendapatkan
markah kesukaran yang maksimum.
Semua pergerakan hendaklah disambungkan dengan unsur-unsur yang
dikehendaki agar seimbang dan menjadikan persembahan lancar serta
menggunakan kawasan yang disediakan dengan baik.
Unsur-unsur yang dikehendaki ialah melompat, berguling, berputar, kombinasi
langkah, imbangan dan pergerakan yang lembut untuk menjalinkan
ketangkasan tadi dengan harmonis.
Persembahan itu diberi markah dari sepuluh (10.00) seperti berikut:
Kesukaran - 3.00 markah
Pelaksanaan - 4.00 markah
Gubahan - 3.00 markah
Jumlah - 10.00 markah
Markah akan dipotong jika pergerakan kurang, iaitu setiap pergerakan satu
tertinggal dipotong 1.00 markah
Pergerakan yang kurang dari kumpulan dua dipotong 0.5 markah.
Bentuk kurang baik dan kesalahan teknik semasa pelaksanaan, kurang
pergerakan yang perbagai jenis, tidak menggunakan kawasan yang
disediakan, tidak menggunakan kawasan dengan baik, kurang kelancaran
rentak dan harmoni, persembahan yang terlalu singkat atau lama juga
dipotong.
4.4.2 Lombol
Setiap peserta dihadkan melakukan dua kali percubaan pada satu pergerakan
lombol. Markah yang paling tinggi di antaranya akan diambil kira
Pergerakan lombol ini dilakukan di atas peti lombol yang tingginya kira-kira tiga
kaki empat inci (1 meter) dengan menggunakan papan anjal atau papan
Reuther.
Tempat pendaratan yang selamat hendaklah digunakan. Peti lombol ini boleh
diletakkan secara memanjang atau melintang. ( peringatan : kebiasaannya peti
lombol diletakkan memanjang dapat memberikan ketinggian yang lebih
daripada melintang semasa melakukan pergerakan lombol.)
Persembahan lombol dihakimi mengikut ketetapan nilai yang diberi seperti
berikut :
Lombol lalu (lombol dekam dengan kaki bengkok) 8.50 markah
Lombol kangkang 8.50 markah
Lombol lalu(lombol dekam dengan kaki lurus) 9.50 markah
Lombol hambur tangan 10.00 markah
Pecahan-pecahan markah potongan untuk pengadilan:
Potongan maksimum
Penerbangan pertama ke atas 2.00 markah
Tolakan dan penerbangan turun 2.00 markah
Bentuk dan rupa lombol 3.00 markah
Pendaratan 1.00 markah