Post on 02-Sep-2019
SANTAI MALAM MINGGU @ DATARAN KERIS, ALOR GAJAH
RINGKASAN EKSEKUTIF
Penganjur bagi Program Santai Malam Minggu @ Dataran Keris ini adalah Majlis
Perbandaran Alor Gajah (MPAG) bersama Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD)
Alor Gajah. MGBD Alor Gajah selaku NGO belia diberi kepercayaan oleh MPAG bagi
menyelaraskan program mingguan, persembahan pentas dan jualan para peniaga.
Kelulusan khas pengecualian lesen perniagaan turut diberi kepada para peniaga
program Santai Malam Minggu @ Dataran Keris sebagai keistimewaan kepada pihak
yang besama menjayakan program ini.
PERINCIAN PROJEK
1. Signifikan Pemilihan Projek
Inovasi yang dihasilkan adalah Santai Malam Minggu @ Dataran Keris. Program ini
mula dilaksanakan bermula dari 1 April 2017 dan masih diteruskan sehingga kini.
Cetusan perlaksanaan program ini adalah hasil dari pandangan warga Alor Gajah dan
orang awam agar dapat mengadakan aktiviti yang yang bersesuaian bagi
memeriahkan Bandar Alor Gajah pada waktu malam. Program ini diadakan pada
setiap hari Sabtu malam mulai jam 8.30 malam sehingga jam 12.00 malam.
Program Santai Malam Minggu @ Dataran Keris diadakan bagi memeriahkan aktiviti
hujung minggu masyarakat dan penduduk di Daerah Alor Gajah disamping membuka
peluang perniagaan dan juga meningkatkan ekonomi peniaga/penjaja tempatan. Ia
juga mampu meningkatkan imej pelancongan seterusnya menarik minat lebih ramai
pelawat dan pelancong ke daerah Alor Gajah. Selain daripada itu, program ini turut
menyediakan platform riadah dan hiburan bagi mereka yang berkeluarga sambil
mengeratkan silaturahim.
2. Tindakan Penyelesaian
Program Santai Malam Minggu @ Dataran Keris ini telah membantu dalam
melonjakkan nama Dataran Keris, Alor Gajah ke pengetahuan umum.
Kelebihan dan keistimewaan Program Santai Malam Minggu adalah seperti berikut:-
Program ini menggabungkan kerjasama PBT dan pertubuhan belia daerah
dalam penganjuran satu program kemasyarakatan secara mingguan bukan
bersifat “one-off programme”;
Kos penganjuran yang minima dari PBT. Contohnya, penganjur yang ingin
membuat persembahan khas di pentas Dataran Keris, akan mengeluarkan
perbelanjaan sendiri untuk perjalanan program;
Dataran Keris kini menjadi kawasan tumpuan pelbagai golongan masyarakat
berbanding dahulunya sepi dan sunyi pada malam minggu;
Membuka peluang kepada golongan belia untuk berniaga kerana
pengecualian khas lesen perniagaan yang diberikan kepada peniaga Santai
Malam Minggu @ Dataran Keris;
Menyediakan pelbagai daya tarikan seperti teh tarik percuma setiap minggu
tajaan Ahli Parlimen Alor Gajah dan sebagainya;
Menjadi platform kepada jabatan/agenda kerajaan memperkenalkan fungsi
dan perkhidmatan masing-masing kepada masyarakat umum.
3. Keberhasilan Projek
Sebelum Program Santai Malam Minggu @ Dataran Keris ini berlangsung,
suasana persekitaran di kawasan Dataran Keris, Alor Gajah agak sunyi dan sepi
kerana ketiadaan aktiviti.
Antara permasalahan yang timbul di Dataran Keris, Alor Gajah sebelum Program
Santai Malam Minggu ini diadakan adalah :-
Masalah vandalisme di kawasan Dataran Keris meningkat dimana kawasan
tersebut menjadi tempat berkumpul para remaja pada malam minggu
Kawasan Dataran Keris sunyi dan sepi
Tiada aktiviti atau tempat berkumpul bagi masyarakat setempat
Kelebihan Perlaksanaan Program Santai Malam Minggu @ Dataran Keris:-
Pengurangan masalah vandalisme di Dataran Keris.
Kawasan Dataran Keris menjadi lebih ceria dan menarik ramai pengunjung
Terdapat pelbagai aktiviti seperti jualan makanan, permainan kanak-kanak,
persembahan pentas dan pelbagai lagi bentuk aktiviti
Menarik minat para peniaga bukan sahaja dari dalam daerah, malah luar
daerah
Memberi ruang kepada NGO dan agensi kerajaan untuk menyampaikan
maklumat perkhidmatan masing-masing
Berikut adalah senarai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Program Santai
Malam Minggu @ Dataran Keris mulai dari permulaan hingga yang terkini:-
BIL TARIKH PENGANJUR AKTIVITI
1 1/4/2017 MGBD ALOR GAJAH & MPAG MAJLIS PERASMIAN SMM, PERSEMBAHAN QASIDAH, ACARA KARAOKE
2 8/4/2017 4B KAWASAN MASJID TANAH PAMERAN AUTO SHOW, PERMAINAN SKY RUNNER, ACARA KARAOKE
3 15/4/2017 MGBD ALOR GAJAH PAMERAN AUTO SHOW (VESPA), ACARA KARAOKE
4 22/4/2017 AHLI PARLIMEN BELIA MALAYSIA
DAERAH ALOR GAJAH PERSEMBAHAN ULAR, PERSEMBAHAN TEATER (KUIM), ACARA KARAOKE
5 29/4/2017 4B KAWASAN ALOR GAJAH PERSEMBAHAN AERO JAMMING, PERTUNJUKAN API, MARI MENCUBA PS4, ACARA KARAOKE
6 6/5/2017 KBBT ALOR GAJAH PERTANDINGAN RATU SARI, MENGINAI JARI, ACARA KARAOKE
7 13/5/2017 KUMPULAN TARIAN WANITA
CINA FOLKS DANCE, ACARA KARAOKE
8 20/5/2017 MGBD A/GAJAH, PBSD A/GAJAH,
JABATAN MUFTI FALAK ON STREET, CERAPAN PLANET ZUHAL DAN MUSYTARI, LARIAN OBOR SUKAN SEA, ACARA KARAOKE
9 5/8/2017 MGBD A/GAJAH ACARA KARAOKE
10 12/8/2017 MGBD A/GAJAH ACARA KARAOKE
11 19/8/2017 KUIM, MGBD A/GAJAH PERSEMBAHAN PUISI, ACARA KARAOKE
12 26/8/2017 MGBD A/GAJAH ACARA KARAOKE
13 9/9/2017 FIRE X RIDE PENYAMPAIAN HADIAH JAMBOREE
14 16/9/2017 MGBD ALOR GAJAH ACARA KARAOKE
15 23/9/2017 MGBD ALOR GAJAH ACARA KARAOKE
16 30/9/2017 MGBD ALOR GAJAH ACARA KARAOKE
17 7/10/2017 MELAKA UNITED PEMAIN MELAKA UNITED DAN KELAB KERETA PENYOKONG MELAKA UNITED
18 14/10/2017 MGBD ALOR GAJAH ACARA KARAOKE
19 21/10/2017 MGBD ALOR GAJAH ACARA KARAOKE
20 4/11/2017 SUADJMA PERTANDINGAN KARAOKE SUARA DEEJAY MELAKA
21 11/11/2017 MGBD ALOR GAJAH ACARA KARAOKE
22 18/11/2017 MGBD ALOR GAJAH ACARA KARAOKE
23 25/11/2017 MGBD ALOR GAJAH ACARA KARAOKE
24 2/12/2017 MGBD ALOR GAJAH ACARA KARAOKE
25 9/12/2017 RETRO MASJID TANAH KONSERT ALI LELA
26 23/12/2017 MGBD ALOR GAJAH ACARA KARAOKE
27 30/12/2017 4B KAWASAN ALOR GAJAH MOONLIGHT JOGATHON, ACARA KARAOKE
28 6/1/2018 MGBD A/GAJAH ACARA KARAOKE
29 13/1/2018 MGBD A/GAJAH ACARA KARAOKE
30 20/1/2018 MRSM ALOR GAJAH PERSEMBAHAN MRSM ALOR GAJAH WIND ORCHESTRA
31 27/1/2018 MGBD A/GAJAH ACARA KARAOKE
32 3/2/2018 PERSATUAN TARIAN SINGA
BSMM TARIAN SINGA, ACARA KARAOKE
33 10/2/2018 PERODUA KARNIVAL EVOLUSI IKON
34 17/2/2018 MPAG, MGBD A/GAJAH CAR FREE ZONE, ACARA KARAOKE, LIVE BAND
35 24/2/2018 IM4U REACH OUT ACTYVATE 2018
36 3/3/2018 MGBD A/GAJAH ACARA KARAOKE
37 10/3/2018 MGBD A/GAJAH ACARA KARAOKE
38 24/3/2018 KPDNKK PROGRAM FRIENDS OF KPDNKK
39 31/3/2018 MPAG, MGBD A/GAJAH CAR FREE ZONE, ACARA KARAOKE, LIVE BAND
40 7/4/2018 MGBD A/GAJAH ACARA KARAOKE
41 14/4/2018 MELAKA FM PROGRAM BUSKERS MELAKA FM
42 21/4/2018 MELAKA SCARVES COLLECTOR HIMPUNAN MAFLA BOLASEPAK SELURUH MALAYSIA
43 28/4/2018 MGBD A/GAJAH ACARA KARAOKE
44 5/5/2018 MGBD ALOR GAJAH ACARA KARAOKE
45 12/5/2018 MGBD ALOR GAJAH ACARA KARAOKE
4. Potensi Pengembangan Projek
Bermulanya Car Free Zone MPAG selaras dengan konsep mesra alam sekitar
pada 30 Disember 2017. Program ini diadakan pada Sabtu terakhir setiap
bulan
Juga, pelaksanaan Santai Malam Minggu D’Kuala Linggi mulai April 2018
baru-baru ini.
5. Penutup
Pelbagai aktiviti yang melibatkan pelbagai jabatan/agensi, Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO) dan kaum telah dilaksanakan persembahan dan kerjasama di
Santai Malam Minggu ini. Antaranya adalah pertandingan nyanyian yang
dianjurkan oleh Suara DJ Melaka, Pertandingan Ratu Sari dari Kelab Belia Bell
Tamil Alor Gajah, Hari Bertemu Pelanggan oleh Perodua Malaysia, Falak On
Street bersama Jabatan Mufti Negeri Melaka, Program Kesedaran
Kepenggunaan oleh pihak KPDNKK serta pelbagai lagi program.
6. Lampiran
SKOP TUGAS PELAKSANAAN SANTAI MALAMMINGGU @ DATARAN KERIS
JABATAN KHIDMAT MASYARAKAT
• Penyediaan Logistik
• Free Market • Hebahan /
Promosi program mingguan
MGBD ALOR GAJAH
MPAG
JABATAN PENGUATKUASAAN
• Kawalan parkir & rondaan keselamatan berkala
JABATAN KEBERSIHAN
Pembersihan
pentas utamadan kawasan sekitar Dataran Keris
• Penyediaan tong sampah
JABATAN KEJURUTERAAN • Pemasangan
lampu pentas utama dan kawasan sekitar Dataran Keris
Penyelarasan persembahan pentas
dan siar raya
Penyelarasan dan susunan para peniaga dan teh tarik percuma
Hebahan dan promosi Program Santai Malam
Minggu @ Dataran Keris
SKOP TUGAS PERLAKSANAAN SANTAI MALAM MINGGU @ DATARAN KERIS
GAMBAR PROGRAM SANTAI MALAM MINGGU @ DATARAN KERIS, ALOR GAJAH
Majlis Perasmian {rogram Santai Malam Minggu @ Dataran Keris Alor Gajah
Aktiviti Memamanah dari pengunjung
Persembahan Tarian Dari Masyarakat India
Juri Pertandingan Ratu Sari Anjuran Kelab Belia Bell Tamil Alor Gajah
Pameran Auto Show
Permainan Sky Runner Dari 4B Kawasan Masjid Tanah
Persembahan Tarian Dari Kumpulan Tarian Wanita Cina
Antara Tarikan Yang terdapat Di Program Santai Malam Minggu @ Dataran Keris
Pameran Auto Show (Vespa) Anjuran MGBD Alor Gajah
Larian Obor Sukan SEA
Larian Obor Sukan SEA
Persembahan Puisi Dari KUIM
Persembahan Ular Tedung Selar Dari Ahli Parlimen Belia Malaysia Daerah Alor Gajah
Pertunjukan Api Anjuran 4B Kawasan Alor Gajah
Mari Mencuba PS4 Anjuran 4B Kawasan Alor Gajah
Aero Jamming Anjuran 4B Kawasan Alor Gajah