Post on 16-Oct-2015
R ANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh:
Masa:40 minit
Mata Pelajaran:Pendidikan Moral
Tingkatan:5
B. Pelajaran :1 PERKEMBANGAN DIRI
Nilai: 1.9 Kasih Sayang
Tajuk:Sikap Prihatin Menjamin Kesejahteraan Masyarakat
Masyarakat Prihatin Kampung Ceria
PSA:Murid pernah/biasa melakukan aktiviti riadah,sukan,aktiviti keagamaan
H. Pembelajaran:
Kognitif :Murid dapat menyatakan aktiviti-aktiviti yang dapat mengelakkan kegiatan / masalah social.
Afektif:Menyedari tanggungjawab dalam mengekalkan keharmoniaan dan keceriaan hidup bermasyarakat dan pelajar menunjukkan rasa bangga terhadap kampung sendiri
Perlakuan:Mengambil berat masalah dalam masyarakat contohnya pernah mengikuti aktiviti gotong royong/hari keluarga dan sebagainya di kampung/kawasan tempat tinggal
Teknik:Sumbang saran
KBKK / KMD:Membuat kaitan, membuat inferens
BBM:Manila kad, marker
Aktiviti /Langkah:1. Guru menyoal pelajar tentang budaya dan latar belakang kampung/tempat tinggal pelajar- Apa aktiviti/program yang dijalankan di peringkat kampung/ apakah masalah social yang biasa berlaku di kampung/kawasan tempat tinggal
2. Murid menyumbang idea cara-cara mengelak masalah social di kawasan tempat tinggal dan mencadangkan aktiviti yang boleh dijalankan di peringkat kampung.
3. Murid dibahagikan dalam kumpulan mengikut tempat tinggal/kawasaan tempat tinggal masing-masing dan menulis satu karangan pendek tentang keistimewaan kampung masing-masing.
4. Murid membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing
5. Guru merumus untuk meneguhkan penghayatan murid
Peneguhan:Guru memberi soalan struktur berkaitan petikan dan nilai
Refleksi: