Post on 10-Oct-2015
description
5/20/2018 Ringkasan Projek Sk St Benedict Rmk-11
1/13
SEKOLAH KEBANGSAAN
ST BENEDICT RANAU
RANCANGAN MALAYSIA KE 11Pembinaan Gantian Penuh 2 Blok Bangunan
Sedia Ada Kepada Bilik Darjah Bertingkat
Dan Lain Lain Kemudahan
RINGKASAN PROJEK
5/20/2018 Ringkasan Projek Sk St Benedict Rmk-11
2/13
PEMBINAAN GANTIAN PENUH 2 BLOK BANGUNAN SEDIA ADA KEPADA
BILIK DARJAH BERTINGKAT DAN LAIN-LAIN KEMUDAHAN DI SEKOLAH
KEBANGSAAN ST BENEDICT RANAU SABAH
1. LATAR BELAKANG PROJEK
Dengan slogan We Are The Champions & Beyond The Limits SK ST
Benedict Ranau merupakan sebuah sekolah yang tidak asing lagi di Daerah
Ranau khususnya Zon Pekan Ranau. Merupakan sebuah sekolah yang
melaksanakan dua sesi persekolahan (pagi dan petang) disebabkan oleh
keberadaan prasarana bangunan bilik darjah yang tidak mencukupi. Sekolah ini
memiliki 6 buah bilik darjah dengan 3 daripadanya memiliki keluasan kurang
daripada 70 kaki persegi. Purata murid seramai 35 hingga 40 orang murid dalam
sebuah bilik darjah menyebabkan kesesakan dan mengakibatkan proses
pengajaran dan pembelajaran terjejas.
Sekolah ini berpotensi untuk menjadi sebuah sekolah yang setaraf dengan
sekolah-sekolah yang berada di kawasan bandar. Dengan pencapaian
cemerlang dalam semua aspek khususnya bidang Kurikulum dan Kokurikulum,
sekolah ini telah menempah nama diperingkat Zon, Daerah, Bahagian, Negeri
dan juga Kebangsaan. Malah turut mengambil bahagian di dalam pertandingan
Foklow di peringkat antarabangsa.
Mengimbangi pencapaian sekolah ini dalam semua peringkat yang disertai
serta mengambil kira faktor keluasan tapak sekolah yang tidak mengizinkan
untuk pembinaan bangunan di lokasi/tapak baru, pihak AJK Pembangunan
sekolah yang diterajui oleh Guru Besar, Puan Winie@Whine Awang telah
memutuskan untuk mengemukakan permohonan pembinaan bangunan bilik
darjah bertingkat. Hasrat ini akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan dan
kekurangan prasarana seterusnya potensi murid dapat diperkembangkan secara
menyeluruh selaras dengan hasrat KPM yang terkandung di dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan ( FPK).
2. OBJEKTIF PROJEK
5/20/2018 Ringkasan Projek Sk St Benedict Rmk-11
3/13
i. Pembinaan bangunan bilik darjah bertingkat akan dapat membantu
menyelesaikan masalah kesesakan dalam bilik darjah.
ii. Memberi dan menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih baik,
berkesan dan selesa kepada murid-murid khususnya dan kepada guru-
guru amnya.
iii. Dapat melaksanakan satu sesi persekolahan yang diyakini akan dapat
meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran serta meningkatkan
komitmen pengurusan pentadbiran yang lebih efektif dan cemerlang.
3. KOMPONEN PROJEK
i. Membina 2 blok bangunan bilik darjah bertingkat dengan komponen:
Bangunan Akademik
- 12 Bilik Darjah
- 1 makmal sains
- 1 bilik pusat sumber
-
1 bilik makmal komputer
- 1 bilik Bimbingan dan Kaunseling
- 1 bilik Agama
- 1 bilik Operasi Buku Teks
- 2 buah tandas murid (L/P) setiap blok bangunan
Perabot/Kemudahan Bilik Darjah
- Perabot kerusi dan meja untuk murid dan guru serta kabinet/rak
untuk setiap bilik pusat sumber,makmal sains,makmal komputer,
5/20/2018 Ringkasan Projek Sk St Benedict Rmk-11
4/13
bilik Bimbingan dan kaunseling, bilik agama dan bilik Operasi Buku
Teks
- Kipas
- Suis
-
Lampu- White Board/Papan tulis
Lain-Lain Kemudahan
- Laluan Berbumbung, Bekalan Air, Bekalan Elektrik, Sistem Cegah
Kebakaran
ii. Status tanah untuk sekolah ini adalah milik Mission.
4. ANGGARAN KOS PROJEK
Projek Jenis Projek Bilangan Bilik Kos (RM)
SK ST BENEDICT
Gantian Penuh 2
Blok Bangunan
Kepada Bilik
Darjah Bertingkat
- 12 Bilik Darjah
- 1 makmal sains
- 1 bilik pusat sumber
- 1 bilik makmal komputer
- 1 bilik Bimbingan &
Kaunseling
- 1 bilik Agama
- 1 bilik Operasi Buku Teks
RM
10,800,000.00
5. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARIPADA PROJEK
5/20/2018 Ringkasan Projek Sk St Benedict Rmk-11
5/13
i. Perjalanan pentadbiran sekolah akan bertambah lancar dan proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dijalankan dengan lebih
berkesan dan selesa.
ii. Menyediakan kemudahan Makmal Sains
iii. Menyediakan kemudahan makmal komputeriv. Menyediakan kemudahan bilik Pendidikan Islam
v. Menyediakan kemudahan Pusat sumber/perpustakaan yang lebih selesa
vi. Menyediakan kemudahan Bimbingan dan Kaunseling kepada murid
dengan lebih efesyen.
vii. Dapat mengoperasikan buku teks dengan lebih selamat, teratur dan
efektif.
viii. Dapat mengurangkan masalah kesesakan pelajar dan masalah pelajar
melebihi kapasiti.
ix. Dapat menampung enrolmen murid yang bertambah setiap tahun.
x. Satu sesi persekolahan akan dapat dilaksanakan bagi meningkatkan
kualiti dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
6. DEMOGRAFI PROJEK
1. SK ST Benedict merupakan sebuah sekolah yang paling hampir dengan
Pekan Ranau. Terletak lebih kurang 500 meter dari Pekan Ranau menjadikan
sekolah ini menjadi tumpuan dan pilihan penduduk setempat khususnya
mereka yang bertugas di sekitar Pekan Ranau untuk menyekolahkan anak
mereka. Enrolmen terkini murid sekolah ini adalah seramai 432 orang denganlatar belakang ibu bapa yang berkerja sebagai kakitangan kerajaan seperti
guru, polis, kakitangan Jabatan Kesihatan, JKR, Jabatan Haiwan, Jabatan
Pertanian, SESB, LIGS dan bekerja sendiri. Mengikut peratusan, hampir 38%
daripada jumlah keseluruhan ibu bapa yang menghantar anak mereka
bersekolah di sekolah ini adalah dari golongan kakitangan kerajaan.
Dijangka enrolmen murid sekolah ini akan sentiasa bertambah dari masa ke
semasa memandangkan kedudukan sekolah yang berhampiran dengan
Pekan Ranau. Tahun 2014 sahaja, seramai 98 orang kanak-kanak telahdatang untuk didaftarkan sebagai murid Tahun 1 2015. Namun atas sebab
ketiadaan bilik darjah yang mencukupi, hanya 80 orang didaftarkan untuk
memohon penempatan bersekolah di sekolah ini. Menariknya, pendaftaran
untuk kemasukan murid Tahun 1 2015 dibuka pada 01/03 setiap tahun.
Namun pendaftaran di sekolah ini untuk kemasukan Tahun 1 2015 telahpun
dipenuhkan sejak November 2013.
7. JUSTIFIKASI PROJEK
5/20/2018 Ringkasan Projek Sk St Benedict Rmk-11
6/13
i. Jumlah enrolmen SK ST Benedict turut bertambah dan memerlukan kelas
tambahan untuk menampung kelebihan pelajar.
ii. Sekolah dua sesi (Pagi dan Petang) menghadkan masa/tempat untuk
sebarang aktiviti Kurikulum atau Kokurikulum selepas sesi persekolahantamat.
iii. Keadaan bangunan yang masih 70% adalah binaan papan.
iv. Murid-murid tidak ada keselesaan untuk mengikuti pembelajaran dan
pengajaran pada ruang bilik darjah yang sepatutnya (standard).
v. Menampung pertambahan berganda enrolmen pelajar baru setiap tahun
disebabkan kepadatan penduduk dan keberadaan bilik darjah diluar saiz
standard bilik darjah yang sebenar.
vi. SK ST Benedict juga merupakan sebuah sekolah yang berdaya saing dan
merupakan antara sekolah yang menjadi tumpuan dan perhatian oleh Pejabat
Pendidikan Daerah sebagai sebuah sekolah yang sentiasa menyumbang
peratusan yang tinggi bagi murid yang mendapat 5A dalam UPSR setiap
tahun.
vii. Sekolah ini menunjukkan kecemerlangan berterusan dengan penyertaan dan
pencapaian yang cemerlang dalam aktiviti Kurikulum dan Kokurikulum bukan
sahaja diperingkat Daerah, Bahagian, Negeri tetapi juga di peringkatKebangsaan.
viii. Memberi gambaran yang baik terhadap kerajaan yang sentiasa
membangunkan sekolah berkeperluan kritikal dan seterusnya mampu
meningkatkan kecemerlangan pelajar ke arah menyahut cabaran transformasi
pendidikan.
8. PELAN/TAPAK CADANGAN PEMBINAAN
5/20/2018 Ringkasan Projek Sk St Benedict Rmk-11
7/13
2 Blok bangunan yang dicadangkan untuk digantikan dengan bangunan bilik
darjah bertingkat merupakan bangunan separa konkrit iaitu berlantaikan
simen dan berdindingkan papan.
Bangunan 1 yang dicadangkan untuk gantian penuh pembinaan bilik darjah bertingkat
(BLOK 1)
Bangunan 2 yang dicadangkan untuk gantian penuh pembinaan bilik darjah bertingkat
(BLOK 2)
5/20/2018 Ringkasan Projek Sk St Benedict Rmk-11
8/13
CADANGAN PELAN STRUKTUR BANGUNAN BILIK DARJAH BERTINGKAT
BLOK 2
5/20/2018 Ringkasan Projek Sk St Benedict Rmk-11
9/13
Pandangan Atas
Pandangan Hadapan Blok 1
Pandangan Hadapan Blok 2
9. GERAN/PELAN LOKALITI
Tandas
(L)
Tandas
(P)
Tahun 3 Tahun 3 Tahun 2
Tahun 2 Tahun 1 Tahun 1
Pusat
Sumber/PerpustakaanMakmal KomputerBilik Agama (PAI)
BLOK 1
Tandas
(L)
Tandas
(P)
Bilik Operasi Buku
Teks
TAHUN 6 TAHUN 6 TAHUN 5
TAHUN 5 TAHUN 4 TAHUN 4
Bilik BIMBINGAN
& KAUNSELINGMakmal Sains
5/20/2018 Ringkasan Projek Sk St Benedict Rmk-11
10/13
5/20/2018 Ringkasan Projek Sk St Benedict Rmk-11
11/13
5/20/2018 Ringkasan Projek Sk St Benedict Rmk-11
12/13
5/20/2018 Ringkasan Projek Sk St Benedict Rmk-11
13/13