Post on 17-Oct-2019
RINGKASAN PENEMUAN
1. Pendahuluan
Laporan ini berkaitan perangkaan yang disusun daripada Penyiasatan Industri Pembuatan Tahunan yang
dijalankan pada tahun 2010 bagi tahun rujukan 2009. Data utama industri pembuatan dalam tahun 2009
dipersembahkan dalam laporan ini. Sejumlah 30,607 pertubuhan aktif dalam pembuatan telah respons kepada
penyiasatan ini.
2. Prestasi keseluruhan
Seperti ditunjukkan dalam Jadual 1, penunjuk utama dalam sektor pembuatan mencatatkan pertumbuhan
negatif dalam tahun 2009. Nilai output kasar dalam tahun 2009 menyusut sebanyak RM87.7 bilion yang
mengakibatkan pertumbuhan negatif 10.7 peratus daripada RM817.7 bilion dalam tahun 2008. Pada tempoh
yang sama input perantaraan juga mencatatkan penurunan 10.4 peratus kepada RM591.6 bilion pada tahun
2009 dari RM660.5 bilion bagi tahun 2008. Nilai ditambah dan guna tenaga turut menunjukkan trend yang sama
dengan penurunan sebanyak RM18.6 bilion dan 78,177 pekerja, manakala nilai harta jatuh 2.8 peratus.
Sumbangan industri pembuatan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)1 pada tahun 2009 ialah
25.5 peratus.
Jumlah guna tenaga yang terlibat dalam sektor pembuatan pada tahun 2009 adalah 1,693,154 orang. Pekerja
bergaji sepenuh masa berjumlah 1,658,278 orang atau 98.0 peratus daripada keseluruhan guna tenaga.
Sementara itu, pekerja bergaji sambilan dan lain-lain yang juga termasuk pekerja keluarga tidak bergaji, pemilik
yang bekerja dan rakan niaga yang aktif adalah seramai 34,876 orang atau 2.0 peratus daripada jumlah guna
tenaga keseluruhan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2. Pekerja bergaji sepenuh masa mengikut jantina
menunjukkan bahawa peratus pekerja lelaki adalah lebih tinggi berbanding pekerja perempuan iaitu
masing-masing 63.6 peratus dan 36.4 peratus.
2008 2009 Pertumbuhan tahunan
(%)
Output kasar (RM bilion) 817.7 730.0 -10.7
Input perantaraan (RM bilion) 660.5 591.6 -10.4
Nilai ditambah (RM bilion) 157.1 138.5 -11.8
Jumlah guna tenaga (orang) 1,771,331 1,693,154 -4.4
Nilai harta (RM bilion) 201.5 195.9 -2.8
Jadual 1 : Output kasar, input perantaraan, nilai ditambah, guna tenaga dan nilai harta, 2008 & 2009
Jadual 2 : Guna tenaga mengikut kategori pekerja dan jantina, 2009
Kategori Jumlah Lelaki % Perempuan % %
Pekerja bergaji sepenuh masa 1,658,278 1,054,258 63.6 604,020 36.4 98.0
Pekerja bergaji sambilan 14,102 8,134 57.7 5,968 42.3 0.8
Lain-lain 20,774 13,479 64.9 7,295 35.1 1.2
Jumlah 1,693,154 1,075,871 63.5 617,283 36.5 100.0
3
Merujuk kepada penerbitan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), Suku Pertama 2010, Jabatan Perangkaan Malaysia. 1
RINGKASAN PENEMUAN
3. Prestasi industri pembuatan mengikut peringkat kumpulan MSIC
Seperti ditunjukkan dalam Jadual 3, penyumbang utama kumpulan pembuatan kepada output kasar bagi tahun
2009 adalah Pembuatan produk petroleum bertapis; Pembuatan minyak dan lemak sayuran dan haiwan; dan
Pembuatan komponen dan papan elektronik. Secara kolektifnya, ketiga-tiga kumpulan ini menyumbang lebih
satu pertiga atau RM253.4 bilion kepada output kasar.
Kumpulan Pembuatan produk petroleum bertapis adalah penyumbang terbesar kepada nilai output kasar iaitu
sebanyak 12.6 peratus (RM91.9 bilion) dalam tahun 2009. Ini diikuti oleh Kumpulan Pembuatan minyak dan
lemak sayuran dan haiwan yang mencatatkan sumbangan sebanyak 11.8 peratus (RM86.3 bilion).
4
Kod Keterangan Output kasar % Sumbangan MSIC
(RM bilion)
192 Pembuatan produk petroleum bertapis 91.9 12.6
104 Pembuatan minyak dan lemak sayuran dan haiwan 86.3 11.8
261 Pembuatan komponen dan papan elektronik 75.2 10.3
201 Pembuatan kimia asas, baja dan sebatian nitrogen, plastik dan getah sintetik dalam bentuk primer
51.5 7.1
262 Pembuatan komputer dan kelengkapan peranti 38.4 5.3
264 Pembuatan elektronik pengguna 31.2 4.3
241 Pembuatan besi asas dan keluli 30.1 4.1
221 Pembuatan produk getah 24.3 3.3
222 Pembuatan produk plastik 21.8 3.0
291 Pembuatan kenderaan bermotor 20.0 2.7
Lain-lain 259.3 35.5
Jumlah 730.0 100.0
Jadual 3 : Sumbangan output kasar mengikut peringkat kumpulan MSIC, 2009
RINGKASAN PENEMUAN
4. Guna tenaga
4.1 Saiz kumpulan pekerja
Terdapat sejumlah 24,992 pertubuhan yang menggaji 50 pekerja dan ke bawah yang menyumbang kepada
81.6 peratus pertubuhan, sementara sumbangan kepada output kasar dan guna tenaga masing-masing adalah
hanya 6.1 peratus dan 15.4 peratus seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5. Sebaliknya, hanya
2,169 pertubuhan besar dengan 151 pekerja dan ke atas telah menggaji 66.9 peratus daripada jumlah guna
tenaga dan menyumbang 77.4 peratus kepada output kasar.
5
Jadual 5 : Bilangan pertubuhan, output kasar mengikut saiz kumpulan pekerja, 2009
Saiz kumpulan
Bilangan pertubuhan Output kasar Jumlah guna tenaga
pekerja Bilangan % Sumbangan RM bilion % Sumbangan Bilangan % Sumbangan
Jumlah 30,607 100.0 730.0 100.0 1,693,154 100.0
50 dan ke bawah 24,992 81.6 44.7 6.1 259,959 15.4
51 - 150 3,446 11.3 120.3 16.5 300,502 17.7
151 dan ke atas 2,169 7.1 565.0 77.4 1,132,693 66.9
Kod Keterangan Jumlah pekerja % Sumbangan
kumpulan
261 Pembuatan komponen dan papan elektronik 183,579 10.8
222 Pembuatan produk plastik 114,914 6.8
221 Pembuatan produk getah 83,392 4.9
310 Pembuatan perabot 83,085 4.9
162
Pembuatan produk daripada kayu, gabus, jerami dan bahan jalinan
77,627 4.6
259
Pembuatan produk lain yang direka daripada logam; aktiviti perkhidmatan kerja logam
73,725 4.4
107 Pembuatan produk makanan lain 71,160 4.2
239 Pembuatan produk mineral bukan logam t.t.t.l. 65,705 3.9
262 Pembuatan komputer dan kelengkapan peranti 58,106 3.4
141 Pembuatan pakaian kecuali pakaian berbulu 57,623 3.4
Lain-lain 824,238 48.7
Jumlah 1,693,154 100.0
Jadual 4 : Sumbangan jumlah guna tenaga mengikut kumpulan, 2009
Sumbangan kepada jumlah guna tenaga dalam Jadual 4 menunjukkan corak yang berbeza di mana Pembuatan
komponen dan papan elektronik mencatatkan bilangan pekerja yang paling ramai berjumlah 183,579 orang
(10.8 peratus) kepada jumlah guna tenaga pada tahun 2009. Sementara itu, lima kumpulan lain iaitu
Pembuatan produk plastik (114,914 orang); Pembuatan produk getah (83,392 orang); Pembuatan perabot
(83,085 orang); Pembuatan produk daripada kayu, gabus, jerami dan bahan jalinan (77,627 orang) dan
Pembuatan produk lain yang direka daripada logam; aktiviti perkhidmatan kerja logam (73,725 orang). Enam
kumpulan ini secara kumulatifnya menyumbang 36.4 peratus atau satu pertiga daripada jumlah guna tenaga
dalam tahun 2009.
RINGKASAN PENEMUAN
6
4.2 Kelulusan pekerja
Jadual 6 menunjukkan bilangan pekerja dalam sektor pembuatan mengikut kelulusan. Pekerja dengan
kelulusan SPM / SPMV atau yang setaraf dan ke bawah adalah yang paling ramai iaitu berjumlah
1,383,334 orang atau 81.7 peratus daripada jumlah guna tenaga pada tahun 2009. Pekerja dengan kelulusan
Diploma / STPM atau yang setaraf adalah sebanyak 198,065 orang (11.7 peratus) dan pemegang Ijazah
universiti dan ke atas, 111,755 orang (6.6 peratus).
Jadual 6 : Bilangan pekerja mengikut kelulusan, 2009
Bilangan pekerja mengikut jantina dan kelulusan menunjukkan bahawa pekerja lelaki mewakili 63.5 peratus
daripada jumlah guna tenaga. Jadual 7 menunjukkan wujudnya jurang yang ketara antara pekerja lelaki dan
perempuan di setiap peringkat kelulusan. Ia menunjukkan bahawa pekerja lelaki yang memiliki Diploma / STPM
atau yang setaraf berjumlah 66.7 peratus berbanding 33.3 peratus bagi pekerja perempuan. Ini diikuti oleh
Ijazah universiti dan ke atas di mana pekerja lelaki mencatatkan 65.6 peratus berbanding pekerja perempuan
(34.4 peratus). Pekerja lelaki dan perempuan dengan SPM / SPMV atau yang setaraf dan ke bawah masing-
masing adalah 62.9 peratus dan 37.1 peratus.
Kelulusan Jumlah %
Ijazah universiti dan ke atas 111,755 6.6
Diploma / STPM atau yang setaraf 198,065 11.7
SPM / SPMV atau yang setaraf dan ke bawah 1,383,334 81.7
Jumlah 1,693,154 100.0
Jadual 7 : Bilangan pekerja sektor pembuatan mengikut jantina dan kelulusan, 2009
Kelulusan Bilangan pekerja mengikut jantina
Jumlah Lelaki % Perempuan %
Ijazah universiti dan ke atas 111,755 73,289 65.6 38,466 34.4
Diploma / STPM atau yang setaraf 198,065 132,155 66.7 65,910 33.3
SPM / SPMV atau yang setaraf dan ke bawah 1,383,334 870,428 62.9 512,906 37.1
1,693,154 1,075,872 63.5 617,282 36.5 Jumlah
RINGKASAN PENEMUAN
4.3 Gaji & upah
Jadual 8 menunjukkan taburan gaji & upah bagi pekerja bergaji sepenuh masa mengikut kategori pekerja.
Terdapat seramai 1,144,514 orang (69.0 peratus) diambil bekerja sebagai Operator loji & mesin dan pemasang2
yang telah menerima bayaran gaji & upah berjumlah RM17.0 bilion (43.4 peratus). Namun begitu, pekerja
Pengurusan, profesional dan eksekutif menerima gaji & upah berjumlah RM11.9 bilion (30.3 peratus) walaupun
terdiri hanya 144,535 orang (8.7 peratus) daripada jumlah keseluruhan pekerja bergaji sepenuh masa.
Purata gaji & upah setahun yang diperoleh bagi kategori Pengurusan, profesional dan eksekutif adalah
RM82,435. Ini diikuti oleh Juruteknik dan profesional bersekutu (RM35,387); Perkeranian dan pekerjaan
berkaitan (RM22,720); Pekerja asas (RM16,390) dan Operator loji & mesin dan pemasang (RM14,893).
5. Prestasi mengikut negeri
5.1 Output kasar dan guna tenaga
Selangor merupakan penyumbang utama kepada output kasar dan jumlah guna tenaga dalam sektor
pembuatan bagi tahun 2009 dengan masing-masing 26.5 peratus dan 29.3 peratus. Ini seterusnya dikuti oleh
Johor dan Pulau Pinang, masing-masing dengan 17.4 peratus dan 13.6 peratus daripada output kasar seperti
ditunjukkan dalam Carta 1. Di samping itu, ketiga-tiga negeri ini menyumbang lebih daripada separuh jumlah
guna tenaga dalam sektor pembuatan seperti ditunjukkan pada Carta 2.
7
2 Diambil secara langsung dan melalui kontraktor buruh
Jadual 8 : Gaji & upah bagi pekerja bergaji sepenuh masa mengikut kategori pekerja, 2009
Kategori pekerja
Pekerja bergaji sepenuh masa
Gaji & upah Purata gaji & upah diterima bagi setahun
(RM) Bilangan % RM Bilion %
Pengurusan, profesional dan eksekutif 144,535 8.7 11.9 30.3 82,435
Juruteknik dan profesional bersekutu 188,219 11.4 6.7 16.9 35,387
Perkeranian dan pekerjaan berkaitan 112,551 6.8 2.6 6.5 22,720
Pekerja asas 68,458 4.1 1.1 2.9 16,390
Operator loji & mesin dan pemasang 1,144,515 69.0 17.0 43.4 14,893
Jumlah 1,658,278 100.0 39.3 100.0 23,699
Nilai output kasar RM730.0 bilion
Carta 1 : Output kasar mengikut negeri, 2009
Jumlah guna tenaga 1,693,154 orang
Carta 2 : Jumlah guna tenaga mengikut negeri, 2009
*Termasuk W.P. Putrajaya
RINGKASAN PENEMUAN
8
5.2 Taburan sub-sektor pembuatan dengan output kasar tertinggi mengikut negeri
Jadual 9 menunjukkan taburan sub-sektor pembuatan dengan sumbangan output kasar tertinggi mengikut
negeri. Dalam tahun 2009, Pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal adalah yang tertinggi di Johor
(26.5 peratus) diikuti oleh Kedah (27.8 peratus); Kelantan (25.8 peratus); Pulau Pinang (54.4 peratus) dan
Selangor (21.8 peratus) kepada output kasar negeri masing-masing.
Pembuatan produk makanan merupakan penyumbang tertinggi bagi Pahang (34.6 peratus), Perak
(33.7 peratus), Perlis (44.3 peratus), Sabah (80.1 peratus) dan W.P. Kuala Lumpur (26.5 peratus). Sementara
itu, untuk Pembuatan kok dan produk petroleum bertapis, penyumbang terbesar iaitu Melaka (51.9 peratus),
Negeri Sembilan (37.1 peratus) dan Sarawak (65.4 peratus). Sub-sektor Pembuatan kimia dan produk kimia
mencatatkan output kasar tertinggi iaitu 47.6 peratus bagi Terengganu. Keadaan yang sama ditunjukkan bagi
W.P. Labuan di mana sub-sektor Pembuatan logam asas telah menyumbang 50.4 peratus.
Jadual 9 : Taburan sub-sektor pembuatan dengan output kasar tertinggi mengikut negeri, 2009
Negeri
Kod sub-
sektor Sub-sektor berdasarkan output kasar tertinggi
Output kasar
(RM juta)
Peratus
(%)
Johor Jumlah output kasar 127,050.8 100.0
26 Pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal 33,695.9 26.5
10 Pembuatan produk makanan 27,458.5 21.6
20 Pembuatan kimia dan produk kimia 12,605.8 9.9
Kedah Jumlah output kasar 22,809.7 100.0
26 Pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal 6,335.2 27.8
22 Pembuatan produk getah dan plastik 4,213.3 18.5
10 Pembuatan produk makanan 2,796.2 12.3
Kelantan Jumlah output kasar 3,203.2 100.0
26 Pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal 825.9 25.8
10 Pembuatan produk makanan 823.7 25.7
Melaka Jumlah output kasar 54,186.0 100.0
19 Pembuatan kok dan produk petroleum bertapis 28,111.6 51.9
Negeri Sembilan Jumlah output kasar 38,105.4 100.0
19 Pembuatan kok dan produk petroleum bertapis 14,150.4 37.1
26 Pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal 8,686.1 22.8
Pahang Jumlah output kasar 25,042.5 100.0
10 Pembuatan produk makanan 8,660.2 34.6
20 Pembuatan kimia dan produk kimia 7,787.4 31.1
RINGKASAN PENEMUAN
Jadual 9 : Taburan sub-sektor pembuatan dengan output kasar tertinggi mengikut negeri, 2009 (samb.)
9
Negeri
Kod sub-
sektor Sub-sektor berdasarkan output kasar tertinggi
Output kasar
(RM juta)
Peratus
(%)
Pulau Pinang Jumlah output kasar 99,059.6 100.0
26 Pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal 53,934.6 54.4
Perak Jumlah output kasar 27,395.4 100.0
10 Pembuatan produk makanan 9,236.6 33.7
22 Pembuatan produk getah dan plastik 4,755.8 17.4
Perlis Jumlah output kasar 1,085.0 100.0
10 Pembuatan produk makanan 480.2 44.3
23 Pembuatan produk galian bukan logam lain 312.4 28.8
Selangor Jumlah output kasar 193,354.6 100.0
26 Pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal 42,096.2 21.8
10 Pembuatan produk makanan 25,339.1 13.1
29 Pembuatan kenderaan bermotor, treler dan semi treler 20,608.3 10.7
24 Pembuatan logam asas 19,712.2 10.2
Terengganu Jumlah output kasar 26,661.4 100.0
20 Pembuatan kimia dan produk kimia 12,684.3 47.6
19 Pembuatan kok dan produk petroleum bertapis 10,475.5 39.3
Sabah Jumlah output kasar 29,490.1 100.0
10 Pembuatan produk makanan 23,627.3 80.1
Sarawak Jumlah output kasar 58,705.8 100.0
19 Pembuatan kok dan produk petroleum bertapis 38,384.7 65.4
W.P. Kuala Lumpur* Jumlah output kasar 21,868.4 100.0
10 Pembuatan produk makanan 5,796.9 26.5
20 Pembuatan kimia dan produk kimia 4,511.1 20.6
22 Pembuatan produk getah dan plastik 2,281.5 10.4
W.P. Labuan Jumlah output kasar 2,024.6 100.0
24 Pembuatan logam asas 1,021.1 50.4
* Termasuk W.P. Putrajaya
RINGKASAN PENEMUAN
10
6. Eksport mengikut sub-sektor pembuatan
Pembuatan kok dan produk petroleum bertapis mendominasi eksport dengan peratusan pertubuhan terbesar
(28.6 peratus). Ini diikuti oleh Pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal (28.3 peratus);
Pembuatan produk getah dan plastik (21.3 peratus); Pembuatan kimia dan produk kimia (18.4 peratus) dan
Pembuatan produk kulit dan barangan berkaitan (17.8 peratus). Dari segi nilai eksport, Pembuatan komputer,
produk elektronik dan optikal adalah penyumbang utama dengan RM85,467.4 juta. Ini diikuti oleh Pembuatan
kok dan produk petroleum bertapis dengan RM52,311.3 juta dan Pembuatan kimia dan produk kimia
(RM15,281.6 juta) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 10.
Jadual 10 : Peratus pertubuhan yang terlibat dalam Eksport, 2009
Kod sub-
sektor Sub-sektor
Pertubuhan yang terlibat dengan
eksport (%)
Nilai eksport (RM juta)
19 Pembuatan kok dan produk petroleum bertapis 28.6 52,311.3
26 Pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal 28.3 85,467.4
22 Pembuatan produk getah dan plastik 21.3 13,289.0
20 Pembuatan kimia dan produk kimia 18.4 15,281.6
15 Pembuatan produk kulit dan barangan berkaitan 17.8 180.5
27 Pembuatan kelengkapan elektrik 17.5 4,455.4
16 Pembuatan kayu dan produk kayu dan gabus, kecuali perabot; pembuatan bagi artikel jerami dan bahan-bahan anyaman
11.5
6,505.2
28 Pembuatan jentera dan peralatan t.t.t.l. 10.4 4,023.7
31 Pembuatan perabot 10.3 2,894.0
29 Pembuatan kenderaan bermotor, treler dan semi treler 10.0 2,386.3
RINGKASAN PENEMUAN
11
7. Perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan mengikut subsektor
Perbelanjaan Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) merekodkan nilai sebanyak RM1.8 bilion seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 11. Empat sub-sektor yang mencatatkan perbelanjaan yang tertinggi ialah
Pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal (RM1,243.8 juta); Pembuatan jentera dan peralatan t.t.t.l.
(RM120.0 juta); Pembuatan kelengkapan elektrik (RM76.1 juta) dan Pembuatan produk makanan (RM66.9 juta).
Jumlah perbelanjaan bagi keempat-empat sub-sektor ini adalah RM1.5 bilion (81.6 peratus), sementara bagi
sub-sektor selebihnya adalah sebanyak RM340.0 juta (18.4 peratus).
Terdapat sebanyak 1,879 pertubuhan (6.1 peratus) daripada sejumlah 30,607 pertubuhan yang terlibat secara
aktif dalam P&P. Pembuatan produk makanan mempunyai bilangan pertubuhan tertinggi dalam penglibatan
P&P iaitu sebanyak 319 pertubuhan (17.0 peratus). Ini diikuti oleh Pembuatan produk getah dan plastik,
228 pertubuhan (12.1 peratus); Pembuatan kimia dan produk kimia, 173 pertubuhan (9.2 peratus); dan
Pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal, 134 pertubuhan (7.1 peratus). Di samping itu, jumlah
peratusan P&P kepada nilai output keseluruhan sub-sektor adalah 5.1 peratus. Pembuatan komputer, produk
elektronik dan optikal mempunyai peratusan tertinggi iaitu 0.8 peratus, diikuti oleh Pembuatan jentera dan
peralatan t.t.t.l. yang mencatatkan 0.7 peratus; Pembuatan kelengkapan elektrik (0.4 peratus); dan Pembuatan
pakaian (0.4 peratus). Bagi enam sub-sektor yang lain adalah sebanyak 0.9 peratus.
Jadual 11 : Perbelanjaan penyelidikan & pembangunan (P&P) mengikut sub-sektor, 2009
Kod sub-sektor
Sub-sektor
Perbelanjaan penyelidikan &
pembangunan (P&P) Jumlah
pertubuhan
Pertubuhan terlibat dalam P&P
P&P per
Output
(%) RM juta % Bilangan %
26
Pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal
1,243.8 67.3 648 134 7.1 0.8
28
Pembuatan jentera dan peralatan t.t.t.l.
120.0 6.5 1,213 102 5.4 0.7
27
Pembuatan kelengkapan elektrik
76.1 4.1 580 95 5.1 0.4
10 Pembuatan produk makanan 66.9 3.6 4,352 319 17.0 0.1
22
Pembuatan produk getah dan plastik
58.8 3.2 1,990 228 12.1 0.1
20
Pembuatan kimia dan produk kimia
48.6 2.6 998 173 9.2 0.1
30
Pembuatan kelengkapan
pengangkutan lain 47.6 2.6 215 26 1.4 0.3
29 Pembuatan kenderaan bermotor, treler dan semi treler
47.3 2.6 384 62 3.3 0.2
25
Pembuatan produk logam, kecuali mesin dan kelengkapan
18.9 1.0 3,157 98 5.2 0.1
14 Pembuatan pakaian 16.0 0.9 5,641 34 1.8 0.4
Lain-lain 103.3 5.6 11,429 608 32.4 1.9
Jumlah 1,847.3 100.0 30,607 1,879 100.0 5.1
RINGKASAN PENEMUAN
12
8. Profil PKS dalam sektor pembuatan
8.1 Bilangan PKS
Carta 3 menunjukkan bilangan pertubuhan PKS dalam sektor pembuatan. Dalam tahun 2009, terdapat
28,840 PKS yang mewakili 94.2 peratus daripada jumlah pertubuhan dalam sektor pembuatan manakala
bakinya adalah pertubuhan besar yang berjumlah 1,767 pertubuhan. Sub-sektor Pembuatan pakaian adalah
tertinggi dari segi bilangan pertubuhan (19.4 peratus), diikuti oleh Pembuatan produk makanan
(14.4 peratus) dan Pembuatan produk logam, kecuali mesin dan kelengkapan (10.5 peratus).
Bagi PKS dalam sektor pembuatan, bilangan pertubuhan tertinggi dicatatkan di Selangor dengan
5,117 pertubuhan (17.7 peratus). Ini diikuti oleh Johor (14.4 peratus) dan W.P. Kuala Lumpur (12.4 peratus).
Ketiga-tiga negeri ini secara kumulatifnya menyumbang 44.6 peratus kepada bilangan pertubuhan PKS dalam
sektor pembuatan seperti yang ditunjukkan di Carta 4.
Carta 3 : Sumbangan PKS dalam sektor pembuatan, 2009
Carta 4 : PKS mengikut negeri, 2009
* Termasuk W.P. Putrajaya
28,840 pertubuhan
RINGKASAN PENEMUAN
13
8.2 Output dan nilai ditambah PKS
Dalam tahun 2009, output kasar PKS mencatatkan pertumbuhan negatif 5.6 peratus selari dengan prestasi
sektor pembuatan yang juga mencatatkan pertumbuhan negatif sebanyak 10.7 peratus. Nilai ditambah bagi
PKS juga menunjukkan penurunan iaitu RM1,735 juta dari RM35,457 juta dalam tahun 2008 yang ditunjukkan di
Carta 5.
8.3 Guna tenaga dalam PKS
Jumlah guna tenaga yang bekerja dalam pertubuhan PKS adalah seramai 648,458 orang atau 38.3 peratus
daripada jumlah keseluruhan guna tenaga sektor pembuatan (1,693,154 juta orang). Sub-sektor Pembuatan
produk makanan mencatatkan jumlah pekerja tertinggi iaitu seramai 100,309 orang atau 15.5 peratus. Ini diikuti
oleh Pembuatan produk getah dan plastik, 80,143 orang atau 12.4 peratus dan Pembuatan perabot,
62,006 orang atau 9.6 peratus. Dari segi gaji & upah yang dibayar, subsektor yang menerima gaji & upah
tertinggi adalah Pembuatan produk makanan, RM1.7 bilion diikuti oleh Pembuatan produk getah dan plastik,
RM1.6 bilion dan Pembuatan produk logam, kecuali mesin dan kelengkapan, RM1.3 bilion seperti yang
ditunjukkan di Carta 6.
Carta 5 : Sumbangan output dan nilai tambah PKS kepada sektor pembuatan, 2005 - 2009
Sub-sektor
10. Pembuatan produk makanan. 16. Pembuatan kayu dan produk kayu dan gabus, 22. Pembuatan produk getah dan plastik. kecuali perabot; pembuatan bagi artikel 25. Pembuatan produk logam, kecuali jerami dan bahan-bahan anyaman. mesin dan kelengkapan. 31. Pembuatan perabot.
Carta 6 : Guna tenaga dan gaji & upah PKS, 2009
RINGKASAN PENEMUAN
Guna tenaga dalam PKS terdiri daripada pekerja yang bekerja sendiri (pemilik yang bekerja, rakan niaga yang
aktif dan pekerja keluarga tidak bergaji) dan juga pekerja bergaji sepenuh masa dan pekerja bergaji sambilan.
Sumbangan pekerja bergaji sepenuh masa kepada guna tenaga PKS adalah yang terbesar yang mencatatkan
94.8 peratus (615,024 orang). Pemilik yang bekerja, rakan niaga yang aktif dan pekerja keluarga tidak bergaji
mewakili 3.2 peratus (20,775 orang), manakala pekerja bergaji sambilan 2.0 peratus (12,659 orang) seperti
yang ditunjukkan dalam Carta 7. Daripada jumlah keseluruhan pekerja bergaji sepenuh masa dalam PKS,
pekerja pengeluaran / operator diambil secara langsung merupakan kumpulan terbesar iaitu 56.6 peratus
(348,247 orang).
8.4 Taraf sah PKS Dalam sektor pembuatan, status taraf sah PKS yang utama adalah Syarikat sendirian berhad, Hak milik
perseorangan dan Perkongsian. Syarikat sendirian berhad mewakili 44.7 peratus daripada keseluruhan
pertubuhan PKS, manakala Hak milik perseorangan dan Perkongsian masing-masing mewakili 44.5 peratus dan
10.3 peratus seperti yang ditunjukkan dalam Carta 8.
14
Carta 7 : Bilangan pekerja PKS mengikut kategori pekerja, 2009
Jumlah pekerja PKS : 648,458 orang
Pekerja bergaji sambilan
Rakan niaga yang aktif dan pekerja keluarga tidak bergaji
Pekerja bergaji sepenuh masa
Pekerja pengeluaran/operator diambil secara langsung
Pekerja pengeluaran/operator diambil bekerja melalui kontraktor buruh
Pekerja am
Perkeranian & pekerjaan yang berkaitan
Teknik & penyeliaan
Pengurusan & profesional
Pekerja bergaji sepenuh masa PKS : 615,024 orang
Carta 8 : Taraf sah PKS dalam sektor pembuatan, 2009