Post on 27-Jan-2016
QGJ3063
SUKAN BERPASUKAN
KUMPULAN :UPSI 41
NAMA NO MATRIKS & NO IC NO TEL
LIM MEE CIN D20102044620 0179816462
PENSYARAH E-PEMBELAJARAN:
HAJI MEGAT NASURUDDIN BIN HAJI AHMAD
TARIKH SERAHAN:
21 November 2014
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
2
Isi kandungan
No Perkara Muka surat 1.0
2.0
PENDAHULUAN SEJARAH BOLA KERANJANG DI MALAYSIA
4-6
3.0 KEMAHAIRAN ASAS BOLA KERANJANG 6-7
4.0 LATIHAN KEMAHIRAN ASAS BOLA KERANJANG 7-22
4.1.1 KEMAHIRAN ASAS HANTARN BOLA 4.1.2 KEMAHIRAN ASAS MENYAMBUT BOLA 4.1.3 ANSUR MAJU / LATIHAN KEMAHIRAN ASAS MENGHANTAR DAN MENYAMBUT BOLA 4.1.1 JUSTIFIKASI LATIHAN 4.2 KEMAHIRAN ASAS MENGGELECEK 4.2.1 PROSEDUR / ANSUR MAJU KEMAHIRAN ASAS MENGGELECEK 4.2.2 JUSTIFIKASI LATIHAN 4.3 KEMAHIRAN ASAS MENJARING 4.3.1 PROSEDUR / ANSUR MAJU KEMAHIRAN ASAS MENJARING 4.3.2 JUSTIFIKASI LATIHAN
5.0 PERALATAN a. gelanggang bola keranjang b. tiang bola keranjang c.papan bola keranjang d. jaring bola keranjang e. bola keranjang f. pakaian pertandingan
22-26
6.0 RUMUSAN 27
7.0 PERKARA-PERKARA LAIN YANG BERKAITAN 8.1 kesalahan-kesalahan dalam pertandingan(foul) 8.2 gambar rajah pertahanan dan penyerang 8.3 isyarat-isyarat pengadil 8.4 Permainan kecil
28-39
8.0 RUJUKAN 40
3
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
3
1.0 PENDAHULUAN
Sukan bola keranjang mula diperkenalkan oleh Dr James Naismith pada tahun 1891.
Ketika itu beliau adalah seorang pemimpin YMCA, Springfield, Massachussets, Amerika
Syarikat. Sejak permainan ini diperkenalkan, ia adalah satu jenis permainan riadah
terutama sekali pada musim sejuk. Bola yang digunakan adalah bola sepak dan sejenis
bakul yang digantungkan pada dinding sebagai gol.
Kemudian, beberapa tahun selepas itu, terdapat banyak perubahan yang berlaku
dari segi undang-undang permainan dan teknikal. Perubahan yang terbaru ialah
merupakan satu garisan yang melengking menyentuh kedua-dua garisan tepi. Sekiranya
jaringan dilakukan dari luar garisan tersebut adalah jaringan dari jauh dan 3 mata akan
diberikan kepada pasukan yang berjaya.
Permainan bola keranjang memerlukan pemain-pemain yang tinggi lampai kerana
ianya mempunyai kelebihan untuk menjaringkan gol. Jengkauan tangannya adalah lebih
jauh dan tinggi. Namun demikian, beberapa aspek lain adalah seperti ketangkasan dan
kecergasan serta kemahiran dalam permainan adalah suatu faktor yang sangat penting
bagi menjamin kemenangan sesuatu pasukan.
Permainan bola keranjang adalah suatu permainan yang sangat menarik dan
mencabar. Pemain-pemain sentiasa bergerak lincah sepanjang masa permainan.
Sesuatu pasukan yang sedang bertahan mungkin akan secara tiba-tiba bertindak pantas
menyerang ke kawasan gol pasukan lawan dan bola sentiasa bertukar tangan. Dengan
demikian ,permainan bola Keranjang juga telah menjadi satu bab dalam pendidikan
jasmani dan akan diajar oleh guru pendidikan jasmani di negara kita.
James A. Naismith di
tanah kelahirannya
Almonte, Ontario pad
bulan Julai 2011
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
4
2.0 SEJARAH BOLA KERANJANG DI MALAYSIA
Permainan ini diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1929 oleh Inggeris. Hanya
beberapa kelab rekreasi di bandar-bandar utama sahaja menerima permainan baru
ini. Perkembangan pesat sukan ini terbukti selepas Perang Dunia Ke-2.
Pada tahun 1958 MABA (MALAYAN AMATEUR BASKETBALL ASSOCIATION)
ditubuhkan dan pertandingan antara negeri bagi merebut Piala Agung dimulakan. Piala
Agung Pertama dipertandingkan di Kuala Lumpur pada 1958. MABA menjadi ahli FIBA
pada tahun 1959. (buku kpm).
Pada peringkat sekolah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah menganjurkan
Pesta Bola Keranjang Peringkat Kebangsaan yang pertama pada tahun 1967.
Penglibatan sekolah di dalam permainan ini kian mendapat perhatian dengan
bermulanya Pesta Bola Keranjang MSSM.
Permainan bola keranjang menjadi lebih popular dalam kalangan murid-murid
sekolah dengan adanya bantuan daripada Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Negeri, Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah Daerah dan pihak sekolah sendiri.
Sumber: sukan bola keranjang sekolah menengah
2.1 Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA)
Pada masa dahulu hingga kini, bangunan Persatuan Bola Keranjang Malaysia boleh
dilihat di Jalan Hang Jebat. Di sinilah terletaknya dua pencapaian paling
membanggakan dalam Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA), iaitu bangunan
MABA dan Stadium MABA-DBKL. Pada masa dahulu, banguna Persatuan Bola
Keranjang Malaysia merupakan ibu pejabat, tempat latihan tetap untuk pasukan
kebangsaan dan juga tempat tinggal para pemain kebangsaan.
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
5
Bangunan MABA yang terkenal dan mempunyai 12 tingkat dibina pada Mei
1971, adalah ciptaan dan impian Tan Sri Khaw Khai Boh, Menteri Perumahan dan
Pembangunan. Hari ini, bangunan MABA dijalankan oleh sepasukan kakitangan
sepenuh masa, ia juga menyediakan asrama untuk pegawai dan pemain, premis
rumah pejabat dan bilik persidangan.
Pada awal tahun 1995, impian Persatuan Bola Keranjang Malaysia menjadi
kenyataan, iaitu memiliki sebuah stadium sendiri. Bangunan ini dibina dengan kos
sebanyak RM13.5 juta. Stadium ini mempunyai kemudahan seperti gelanggang bola
keranjang yang bertaraf dunia, gimnasium moden, restoran Cina, tempat letak kereta
dan lain-lain.
MABA Building MABA Stadium
Bola keranjang diperkenalkan ke sekolah-sekolah Cina di Malaysia pada awal
dua puluhan oleh guru-guru yang berasal dari China, dan permainan ini dimainkan di
gelanggang yang dibuat oleh batu. Kemudian, Universiti dan pasukan bola keranjang
dari China dan Hong Kong membuat lawatan ke Malaysia. Sejak itu, permainan ini
telah menjadi salah satu sukan yang paling popular di kalangan masyarakat Cina di
Malaysia. Pada tahun 1934 Kejohanan antara Negeri bagi Malaya yang
berketurunan Cina telah dianjurkan.
Pada tahun 1958, Malaya Amateur Basketball Association telah ditubuhkan
dan Encik Quek Kai Dong telah terpilih sebagai Presiden pertama. Pada bulan Ogos
tahun yang sama, Kejohanan Piala Agong telah dilancarkan. Organisasi ini bertukar
nama kepada Malaysia Persatuan Bola Keranjang Amatur (MABA) kerana negeri-
negeri Singapura, Sabah dan Sarawak menjadi anggota persatuan ini. Pada bulan
April 1965, Kejohanan Bola Keranjang Remaja Malaysia yang pertama telah
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
6
dianjurkan di Pulau Pinang. MABA kini terdiri daripada enam belas anggota,
termasuk tiga belas Persatuan Negeri, Wilayah Persekutuan dan dua kumpulan ahli:
Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja.
MABA menganjurkan ke-3, ke-9, ke-13 Kejohanan Bola Keranjang Asia untuk
Lelaki pada tahun 1965, 1977, dan 1986, di Kuala Lumpur. Malaysia juga menjadi
tuan rumah ke-3, ke-7 dan ke-11 Kejohanan Bola Keranjang Asia untuk Wanita pada
tahun 1970, 1978 dan 1986. Dunia Interclub Pusingan Kelayakan ke-2 1984 telah
diadakan di Ipoh, Perak, Malaysia. MABA benar-benar berasa besar hati kerana
diberi tugas oleh FIBA untuk menganjurkan Kejohanan Pra-Olimpik untuk wanita dari
5-19 Jun 1988 dan juga Kejohanan Bola Keranjang Dunia ke-11 untuk wanita dari
12-22 julai 1990 dan kedua-dua kejohanan telah berjaya dianjurkan. Pada tahun
1989, ia juga menjadi tuan rumah Sukan SEA (Bola Keranjang) dan pasukan lelaki
memenangi pingat emas selepas 10 tahun manakala pasukan wanita juga
memenangi pingat perak. MABA menjadi tuan rumah Sukan Komanwel ke-4 untuk
Lelaki dan Wanita, Kuala Lumpur, Sungai Petani, Kedah 17-24 Julai 1995 dan juga
menganjurkan pertandingan Tenggara Asia Persatuan Bola Keranjang (SEABA)
Kejohanan lelaki yang pertama di Segamat, Johor dari 10-16 April 1994. Malaysia
memenangi Inaugural SEABA Mens Championship.
3.0 KEMAHIRAN ASAS BOLA KERANJANG
Seseorang pemain bola keranjang yang baik memerlukan kemahiran asas seperti melontar ,
menangkap , dan menjaring. Dia juga perlu mempunyai kemahiran-kemahiran yang lain
seperti ketangkasan, iaitu kebolehan bergerak dengan pantas ke sebarang arah termasukan
melompat. Para pemain perlu bergerak tanpa rehat dari satu hujung gelanggang ke hujung
yang lain, jika tiada hentian permainan sementara. Prasyarat yang mustahak bagi setiap
pemain ialah daya tahan , kekuatan , kelembutan , ketangkasan , dan pelaziman untuk
membolehkannya mengendalikan bola.
Untuk membolehkan seseorang itu menjadi pemain bola keranjang yang berjaya , dia
pasti boleh bergerak dengan cepat , tangkas , pantas , dan mempunyai daya tenaga untuk
melompat. Di samping itu, dia juga perlu mempunyai pengamatan tentang ruang dan para
pemain yang bergerak dalam ruang yang kecil. Dalam permainan bola keranjang , terdapat
beberapa jenis kemahiran yang perlu diperolehi bagi setiap pemain . Biasanya kemahiran-
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
7
kemahiran ini dibahagikan kepada kemahiran permulaan , pertengahan , dan kemahiran
lanjutan . Kemahiran tersebut telah disusun dengan mengikut perkembangan pengajaran
yang lojik dan bukannya mengikut fungsi.
Kemahiran permulaan , iaitu kemahiran asas , amat diperlukan untuk membolehkan
seseorang itu bermain bola keranjang. Kemahiran pertengahan dan lanjutan pula, adalah
merupakan satu bahagian penting dalam permainan bola keranjang secara menyeluruh
yang membolehkan pemain menghadapi lebih banyak jenis keadaan. Namun begitu ,
kemahiran permulaan tetap menjadi asas permainan di semua tahap kemahiran.Seterusnya,
Kemahiran yang diperlukan oleh seseorang pemain ialah kemahiran asas menghantar ,
menangkap , dan menjaring bola pada jarak dekat dan jerak sederhana jauh. Di samping itu,
pemain perlu mempunyai kemahiran gerak kaki asas untuk mengawal bola.Walaupun
kemahiran pertahanan amat penting dalam permainan bola keranjang,tetapi permainan
boleh diadakan sebelum kemahiran pertahanan disampaikan kepada pemain berkenaan.
4.0 LATIHAN KEMAHIRAN ASAS BOLA KERANJANG
4.1 kemahiran asas hantaran bola dan menyambut bola
4.1.1 kemahiran asas hantaran bola
Hantaran aras dada biasa digunakan semasa membuat hantaran dalam jarak yang
dekat. Ia merupakan hantaran yang pantas dan tepat.
Hantaran aras dada biasanya dilakukan semasa pihak lawan tidak mengawal dengan
rapat dan terdapat ruang untuk dihantar. Hantaran ini sesuai untuk keadaan yang pantas,
ia dapat mengurangkan peluang dipintas-sekat oleh pihak lawan. Lantunan dibuat
dengan sebelah tangan atau dua belah secara menolak bola kepada pemain lain.
Hantaran aras kepala dapat bergerak pantas melepas kepala pemain lawan. Selain itu,
pemain yang hendak membuat hantaran yang jarak jauh supaya menggelakkan pihak
lawan merampas bola. Biasanya pemain tinggi sesuai melakukan hantaran ini.
Terdapat 3 jenis hantaran bola yang dapat dijalankan kepada pamian iaitu hantaran aras
dada, hantaran lantun ,hantaran atas kepala.
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
8
hantaran aras dada
hantaran lantun
hantaran atas kepala
4.1.2 Kemahiran asas menyambut bola
Hujung jari dan ibu jari membentuk cawan di bahagian belakang bola. Hulurkan
kedua-dua belah tangan ke hadapan untuk menyambut. Sebaik sahaja menyentuh
denga bola, para pemain hendak bengkokkan siku untuk melembutkan kederasan
hantaran.
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
9
Pandangan dari atas Pandangan dari tepi
Terdapat pelbagai cara menyambut bola. Apabila rakan menghantar bola dengan
tinggi, pemain terpaksa melompat untuk menyambut bola, cara ini adalah
menyambut lompat. Pemain berada di udara tanpa menyertuh lantai.
Pemain menyambut bola dalam keadaan berlari, rakan pemain akan memberi
“isyarat” supaya pemain bersedia dalam keadan yang baik iaitu, jari terbuka dan
tangannya bebentuk cawan.
4.1.2 Prosedur/ansur maju latihan kemahiran asas hantaran dan menyambut bola
4.1.3 Ansur maju / latihan kemahiran asas menghantar dan menyambut bola
Guru memperkenalkan posisi badan semasa membuat hantaran dan menyambut bola.
Fasa persedian hantaran bola
(murid yang menggunakan tangan kanan) kaki kiri perlu melangkah setengah
langkah ke arah hantar bola.
Fasa pelaksanaan hantaran bola
Menggunakan tangan kanan menolak bola ikut aras yang betul. Selepas bola
dihantar, mengekalkan posisi berdiri asas.
Fasa persedian menyambut bola
Mata pandang pada kawan dengan hulurkan tangan ke arah bola datang.
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
10
Fasa pelaksanaan menyambut bola
Tangan sentiasa bersedia dalam keadaan jari-jari dibuka dan lurus.
Menyambut bola dan serap daya dengan membawa bola ke dada serta
mengekalkan posisi berdiri asas.
I. Ansur maju (mudah)
Murid-murid hendak berdiri dalam jarak kira-kira 4-6 langkah dari dinding sasaran.
Lakukan hantaran berulangkali. Selepas mendengar bunyi wisel, tukar jenis hantaran
dengan langkah-langkah yang sama.
Rajah 1
Rajah2
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
11
Rajah 3
II. Ansur maju (sederhana)
Murid diminta berpasangan. Murid A akan berdiri di hadapan muid B, jarak kira-kira
4-6 langkah Selepas guru bertiup wisel, murid-murid melakukan hantaran dan
menyambut bola. Selepas 1 minit, tukar jenis hantaran dengan langkah-langkah
yang sama.
Rajah 4 Rajah5
Rajah 6
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
12
III. Ansur maju (susah)
Murid diminta berpasangan. Murid A akan berhadapan dengan muid B, jarak kira-kira
4-6 langkah Selepas guru bertiup wisel, murid A dan murid B akan berlari sambil
membuat hantaran dan menyambut bola. Guru akan tiup wisel kali kedua dan murid
akan berhenti dan rehat. Guru tiup wisel kali ketiga, murid-murid tukar jenis hantaran
dengan langkah-langkah yang sama.
Rajah 7
4.1.4 Justifikasi latihan
Melalui ansur maju (mudah) murid dapat melatih langkah-langkah asas dalam
kemahiran hantaran. Ansur maju (serdehana) merupakan latihan kualitatif untuk
membuat teknik yang lebih canggih dan dapat komunikasi dengan kawan. Ansur maju
(susah) dapat menambahkan kesusahan aktiviti supaya murid-murid tidak berasa bosan.
4.2 kemahiran asas Menggelecek
Menggelecek bola adalah pemain berada di tempat asas atau sedang bergerak, pemain
itu ingin membawa bola bergerak ke jaring atau membuat hantaran kepada pemain lain.
Pemain akan menggunakan sebelah tangan atau dua belah tangan menggelecek bola
supaya bola melantun dan bergerak ke sana sini dalam gelanggang. Menggelecek yang
baik dapat mengawal bola dan menguasai bola, ia juga merupakan sejenis serangan
yang penting.
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
13
Posisi badan semasa menggelecek bola dengan lantunan rendah ialah lutut bengkok,
badan condong ke hadapan, merendahkan pusat graviti, menggunakan jari dan
pergelangan tangan menggelecek bola. Untuk melindungi bola, pemain hendaklah
memastikan pemain sendiri selari dengan bola dan pihak lawan. Selain itu, pemain juga
harus meninggikan lengan yang tidak menggelecek bola supaya menghalang pihak
lawan merampas bola. Cara ini biasa digunakan semasa pihak lawan menjaga dengan
ketat.
Posisi badan semasa menggelecek bola dengan lantunan tinggi ialah kaki depan
terbuka berdiri, lutut bengkok, mata sentiasa lihat depan. Cara ini biasa digunakan
semasa pemain ingin bergerak dengan cepat atau berada di gelangan yang terbuka.
Apabila pemain berlari dengan cepat, bola akan berada di depannya. Bola akan
dilantunan pada aras pinggan tetapi tidak melebihi aras pinggan.
Semasa di gelanggang, pemain akan menghadapi pertahanan yang sangat kuat atau
sangat pintar, maka bagaimana penyerang dapat menyingkirkan pemain pertahanan itu?
Dalam keadaan ini, pemain boleh menggunakan kemahiran menggelecek belakang
badan. Menggelecek belakang badan merujuk kepada menggelecek bola di bahagian
belakang badan, pemain menggunakan tubuh sendiri sebagai satu halangan pelindung.
Terdapat beberapa jenis menggelecek bola iaitu:
menggelecek dengan lantunan rendah
menggelecek dengan lantunan tinggi
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
14
menggelecek belakang badan
4.2.1 Prosedur/ansur maju latihan kemahiran asas menggelecek
Guru memperkenalkan posisi badan semasa menggelecek:
a) menggelecek dengan lantunan rendah
Fasa persedian menggelecek dengan lantunan rendah dan tinggi
Lutut bengkok, badan condong ke hadapan, merendahkan pusat graviti.
Minta murid menolak bola ke bawah dengan jari menyebar, menggunakan
hujung jari, bukan telapak tangan.
Fasa pelaksanaan menggelecek dengan lantunan rendah dan tinggi
Menggunakan jari dan pergelangan tangan menggelecek bola. (murid yang
menggunakan tangan kanan) Kaki kanan harus melangkah sedikit lebih awal
daripada yang lain, lutut dan pinggang bengkok. Selalu ingat, semasa bola
mendarat, arahnya mesti condang ke depan, ini adalah untuk mencegah kaki
pemain menendang bola. Ingat, menggelecek dengan lantunan rendah,
melantun bola tidak lebih dari lutut. Jika menggelecek dengan lantunan tinggi,
melantun bola tidak lebih dari pinggang.
b) menggelecek belakang badan
Fasa persedian menggelecek belakang badan
Bersedia dengan lutut dibengkokkan dan kepala tegak. Minta murid menolak
bola dengan menggunakan hujung jari, bukan telapak tangan.
Fasa pelaksanaan menggelecek belakang badan
Lantun bola kebelakang apabila kaki bergerak ke depan. Selepas itu, tolak
bola ke belakang apabila kaki bergerak ke depan. Tukar tangan dan
kepantasan menggelecek apabila bola telah dilantun ke depan. Guna jari
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
15
untuk mengawal bola supaya bergerak ke depan.
i. Ansur maju (mudah)
Murid diminta berpasangan. Murid A akan berdiri di hadapan muid B, jarak kira-kira
10 langkah. Selepas guru tiup wisel, murid-murid menggelecek dengan lantunan
rendah. Muid B melakukan kemahiran yang sama. Tukar jenis menggelecek dengan
langkah-langkah yang sama.
Rajah 8
ii. Ansur maju (sederhana)
Murid-murid berbaris dalam satu barisan. Guru meletakkan kon seperti rajah 9.
murid-murid diminta menggelecek bola dengan lantunan rendah/tinggi dalam corak
zigzag.
Rajah 9
iii. Ansur maju (susah)
Murid-murid dibahagikan dalam dua kumpulan. Murid kumpulan A diminta
menggelecek bola dengan lantunan rendah/tinggi sambil menjatuhkan kon dengan
tangan yang tidak menggelecek bola, seperti rajah 10. Manakala murid kumpulan B
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
16
diminta menggelecek bola dengan lantunan rendah/tinggi sambil meletak balik kon
yang jatuh dengan tangan yang tidak menggelecek bola, seperti rajah 11. Selepas
semua murid bermain, tukar kumpulan murid menggelecek bola dengan lantunan
rendah/tinggi sambil menjatuhkan kon dengan tangan yang tidak menggelecek bola.
Rajah 10
Rajah 11
4.2.2 Justifikasi latihan
Melalui ansur maju (mudah) murid dapat melatih langkah-langkah asas dalam
kemahiran menggelecek bola. Selain itu, murid-murid dapat menunjuk kesalahan
masing-masing semasa menjalankan aktiviti dengan kawan-kawan.
Dalam ansur maju (serdehana) guru menyediakan corak “zigzag” untuk melatih
murid mengawal bola semasa menggelecek. Ini kerana semasa pertandingan bola
keranjang, pemain bukan menggelecek bola dalam garisan lurus sahaja. Mereka perlu
melatih menggelecek bola ke arah yang berlain untuk mengelakkan serangan dari pihak
lawan.
Ansur maju (susah) dapat menambahkan kesusahan aktiviti supaya murid-murid
tidak berasa bosan. Selain itu, aktiviti ini dapat melatih murid menggelecek bola tanpa
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
17
memandang bola. Kebanyakkan murid mempunyai kesalahan semasa menggelecek,
iaitu memandang bola sambil menggelecek. Hal ini perlu dielakkan kerana semasa
pertandingan dijalankan, pemain perlu memastikan kedudukan rakan sepasukan dan
menggunakan “mata” sebagai isyarat dengan rakan sepasukan semasa membuat
hantaran. Selain itu, jika pemain hanya tunduk kepala memandang bola, pihak lawan
dapat merampas bola dengan senang.
4.3 kemahiran asas menjaring
Mana-mana pasukan yang mendapat markah yang tinggi sebagai pemenang adalah salah
satu peraturan dalam permainan bola keranjang. Oleh itu, matlamat terakhir para pemain
adalah menjaring dengan baik dan mendapat markah yang banyak. Dalam situasi yang
berbeza, pemain akan menjaring dengan cara yang berbeza. Contohnya, jaringan lompat
merupakan sejenis jaring untuk jarak dekat dan jaringan kaku boleh dilakukan dari jarak jauh
atau jarak sedarhana. Terdapat beberapa jenis cara menjaring iaitu:
jaringan lompat
jaringan tegak
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
18
jaringan kaku
jaringan cangkuk
4.3.1 Prosedur/ansur maju latihan kemahiran asas menjaring
Guru memperkenalkan posisi badan semasa menjaring:
a) Jaringan lompat
Fasa persedian jaring lompat
Bengkokkan lutut dengan satu kaki di depan dan satu kaki dibelakang. Murid
memegang bola dengan dua belah tangan pada aras dada.
Fasa pelaksanaan jaring lompat
(Untuk pemain yang menggunakan tangan kanan) melompat dengan dua
belah kaki. Apabila badan mencapai ketinggian maksimum, lengan kanan
diluruskan dan menjaring bola dengan jari. Semasa mendarat, bengkokkan
lutut serta mengimbangkan posisi badan.
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
19
b) Jaringan tegak
Fasa persedian jaring tegak
Bersedia dengan lutut dibengkokkan dan kepala tegak. Minta murid menolak
bola dengan menggunakan hujung jari, bukan telapak tangan.
Fasa pelaksanaan jaring tegak
Dua-dua belah kaki lompat. Apabila mencapai ketinggian maksimum tolak
bola ke arah jaring.
c) Jaringan kaku
Fasa persedian jaring kaku
Bengkokkan lutut dengan satu kaki di depan dan satu kaki dibelakang. Murid
memegang bola dengan dua belah tangan pada aras dada.
Fasa pelaksanaan jaring kaku
(Untuk pemain yang menggunakan tangan kanan) Dua belah kaki di atas
lantai. Lengan kanan murid diluruskan dan menjaring bola dengan jari.
d) Jaringan cangkuk
Fasa persedian jaring cangkuk (lay up)
Biasanya mula dengan menggelecek pantas. Murid harus bengkokkan lutut,
beban badan diletakkan ke bahagian depan kaki. Murid menolak bola ke
depan sambil melangkah ke depan. Murid menggunakan jari untuk mengawal
bola supaya menghala ke arah jaring.
Fasa pelaksanaan jaring cangkuk (lay up)
Apabila jarak jaring dengan murid tinggal beberapa langkah, murid
menggunakan kaki kanan untuk melangkah satu langkah ke arah jaring.
Semasa melangkah langkah ini, murid harus mengira jarak dan menerapkan
posisi sendiri dengan jarring. Menjaring dengan tangan kanan dan pada
masa yang sama mengangkat kaki kanan. Lutut kanan murid harus bengkok
dan lengan murid dilurus seperti leher angsa.
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
20
Murid boleh melakukan tangan kanan lay up jika murid dekat dengan pusat
atau di sebelah kanan jaring. Jika murid di sebelah kiri jaring, murid
melakukan tangan kiri lay up.
Contoh-contoh posisi tangan semasa menjaring:
Sumber : http://blog.csdn.net/
I. Ansur maju (mudah)
Murid-murid hendak berbaris dalam satu barisan. Murid-murid melakukan langkah-
langkah menjaring tanpa bola. Tukar jenis jaringan dengan langkah-langkah yang
sama.
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
21
Rajah 12
II. Ansur maju (sederhana)
Murid mula menjaring di tempat A1. selepas berjaya, berterus dengan tempat A2, A3,
A4, A5 dan A6. Tukar jenis jaringan dengan langkah-langkah yang sama.
III. Ansur maju (susah)
Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. Guru akan meletakkan dua buah
bola keranjang di tengah gelanggang. Selepas guru bertiup wisel, murid pertama
setiap kumpulan berlari untuk merampas bola. Murid yang cepat mendapat bola dan
membuat jaringan yang betul akan mendapat 10 markah. Murid yang dapat
merampas bola tetapi tidak berjaya membuat jaringan dapat 5 markah. Murid yang
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
22
tidak dapat merampas bola tiada markah. Kumpulan yang mendapat markah yang
banyak adalah pemenang.
Rajah 13
4.3.2 Justifikasi latihan
Pada peringkat awal, murid tidak dapat mengawal posisi kaki serta tangan semasa
menjaring. Ini kerana mereka tidak biasa dengan langkah-langkah serta kaki yang
tertentu digunakan. Melalui ansur maju (mudah) murid dapat melatih langkah-langkah
semasa menjaring. Mereka juga dapat mencari titik mula mereka hendak lompat untuk
menjaring.
Ansur maju (serdehana) bertujuan melatih kestabilan murid. Aktiviti ini juga
membolehkan murid-murid mengetahui daya yang diperlukan dan memilih sudut yang
tepat semasa menjaring di tempat yang berlainan.
Ansur maju (susah) dapat menyambung posisi tangan dan kaki semasa menjaring.
Melalui aktiviti ini guru dapat melatih tindak balas murid. Jika ingin menang dalam
sesuatu pertandingan, pemain-pemain harus bertindak dengan cepat.
5.0 Peralatan
a) gelanggang bola keranjang
Bentuk gelanggang bola keranjang adalah segi empat tepat. Panjang
gelanggang ialah 28 meter. Lebar gelanggang adalah 15 meter. Gelanggang
bola keranjang diberi batas garis yang disebut garis samping dan garis
pendek disebut garis akhir atau garis belakang. Setiap garis tebalnya 5 cm.
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
23
Sumber: leeyuenhow20102045143.blogspot.com
b) tiang bola keranjang
setiap gelanggang bola keranjang mempunyai dua (2) unit tiang bola
keranjang, satu (1) ditempatkan pada setiap akhir gelanggang. (Rajah 14 )
Rajah 14
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
24
Sumber: FIBA RULES 2010
c) papan bola keranjang
Papan Bola Keranjang mestilah terdiri dari permukaan yang rata.
Segi empat kecil berukuran 0.59 m mendatar dan 0.45 menegak adalah
penting.
segi empat kecil ini merupakan titik sasaran oleh para pemain. Dengan itu,
peluang para pemain masuk gol akan meningkat.
Gol Bola Keranjang terdiri dari besi bulatan dan jaring.
Ketinggian papan bola keranjang ialah 1.20 m
Sumber: FIBA RULES 2010
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
25
d) Jaring bola keranjang
Jaring hendaklah diikat pada 12 tempat di “gol”.
Tidak mempunyai tepi yang tajam.
Ukuran jurang kecil daripada 8mm, untuk mengelakkan jari masuk ke dalam
jurang itu.
Sumber: FIBA RULES 2010
e) Bola keranjang
Sumber: buku kpm, sekolah rendah
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
26
f) pakaian pertandingan
Pakaian bola keranjang dipakai oleh atlet semasa menjalankan pertandingan
atau latihan bola keranjang. Biasanya warna singlet sama dengan seluar
pendek.
Pakaian bola keranjang harus longgar dan kain yang digunakan harus
menyerap peluh.
Mengikut peraturan FIBA dan NBA, nombor jersi pasukan wajib dari nombor
4 hingga 15. Mengikit tradisi, nombor jersi pemain disusun mengikut urutan
tinggi, sesiapa yang tinggi akan mengguna nombor yang besar. Walau
bagaimanapun, peraturan tradisional ini semakin kurang diikuti oleh pasukan
bola keranjang pada masa kini.
Mengikut peraturan NBA, nombor jersey adalah kurang daripada nombor 55.
Untuk pemain NBA hari ini, nombor jersey bukan sahaja sebagai nombor
untuk bermain tetapi telah mewakili personaliti pemain itu sendiri.
Nombor (depan): sekurang-kurangnya 10 cm tinggi, 2 cm lebar.
Nombor (belakang): sekurang-kurangnya 20 cm tinggi, 2 cm lebar.
Sumber:www.alibaba.com
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
27
6.0 Rumusan
Bola keranjang merupakan satu permainan fizikal yang memerlukan pelbagai unsur
seperti kepantasan, kelincahan, kekuatan, daya tahan, strategi dan teknikal. Bola
keranjang mempunyai pelbagai jenis kemahiran asas yang perlu dikuasai. Antara
kemahiran-kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pemain ialah mengelecek,
menghantar, menyambut bola dan menjaring. Dalam permainan, kemahiran asas ini
merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari agar murid dapat mengawal bola
dengan baik.
Untuk memastikan para murid menguasai kemhiran asas, ansur maju latihan
kemahiran amat penting. Daripada itu, baru murid-murid dapat menguasai kemahiran-
kemahiran yang perlu mereka kuasai dalam satu satu permainan. para guru pendidikan
jasmani perlu mempunyai fikiran kreativiti untuk merancangkan aktiviti atau permainaan
kecil yang sesuai dan seronok supaya meningkatkan motivasi murid-murid serta
kemahiran mereka.
Kesimpulannya, untuk memastikan murid-murid dapat menguasai kemahiran asas
yang diajar, para guru harus merancangkan ansur maju latihan yang sesuai dan baik.
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
28
7.0 Perkara-perkara yang berkaitan
7.1 Kesalahan-kesalahan dalam permainan (foul)
Sumber: http://www.slideshare.net/gtabbas/04-bola-keranjang
7.2 Gambar rajah pertahanan dan penyerang
Sumber: http://basketball.fanpiece.com/
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
29
Sumber: http://www.npjyw.com/
7.3 Isyarat-isyarat pengadil
a) isyarat yang menentukan scoring
b) isyarat yang berhubungan dengan masa (clock)
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
30
c) isyarat yang mengenali Administatrif
d) isyarat yang mengenali pelanggaran
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
31
e) isyarat untuk melapor Foul kepda petugas meja (3 langkah)
langkah 1: nombor pemain
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
32
langkah 2: jenis Foul
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
33
langkah3: jumlah Free-throw yang diberi
Atau arah permainan
f) isyarat Aminitasif Free-Throw
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
34
Sumber rajah iasyarat pengadil : http://www.tutorialbolabasket.com/
7.4 Permainan kecil
Tujuan permainan kecil adalah mengkukuh sesuatu kemahiran asas yang diajar oleh guru.
Permainan kecil Gambar rajah
Kemahiran menyambut bola
Tujuan: murid dapat mengguna teknik yang betul
untuk menyambut bola.
Langkah-langkah:
1. menggunakan bola kecil.
2. murid membaling bola ke atas.
3. murid menyambut bola.
4. aktiviti ini berhenti apabila murid dapat
menyambut bola 5 kali.
5. murid membaling bola ke atas.
6. sebelum murid menyambut bola, murid
hendak bertepuk tangan sebanyak dua kali.
7. aktiviti ini berhenti apabila murid dapat
menyambut bola 5 kali.
Arahan Keselamatan
Guru memastikan setiap murid mempunyai ruang
yang cukup. Murid-murid mematuhi arahan guru.
Sumber:www.aitupian.com
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
35
Permainan kecil Gambar rajah
Kemahiran hantaran
Tujuan: murid dapat mengguna teknik yang betul untuk
menghantar dan menyambut bola.
Langkah-langkah:
1. murid-murid buat satu bulatan.
2. murid menghantar bola kepada kawan-kawan,
kecuali kawan disebelahnya.
Arahan Keselamatan
Murid-murid melakukan kemahiran hantaran dengan betul
dan selamat.
Permainan kecil Gambar rajah
Kemahiran menggelecek
Tujuan: murid tidak memandang bola semasa
menggelecek bola
Langkah-langkah:
1. murid-murid diminta berpasangan.
2. kedua-dua murid memegang bola.
3. apabila guru bertiup wisel, kedua-dua murid
mula menggelecek bola sambil memadang
pada muka kawan.
4. murid dikira kalah apabila dia memandang bola
atau bola itu berhenti.
Variasi
Permainan ini boleh dijadikan lebih susah dengan
setiap 5 kali menggelecek bola, murid perlu tukar
tangan tanpa memandang bola.
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
36
Permainan kecil Gambar rajah
Kemahiran menggelecek
Tujuan: murid dapat memilih jenis kemahiran
menggelecek bola yang sesuai dan cepat.
Langkah-langkah:
1. murid-murid dibahagi kepada
beberapa kumpulan.
2. setiap kumpulan mempunyai 10
bean bag.
3. setiap murid perlu menggelecek bola
dan meletak bean bag itu di tengah-
tengah hoop.
4. kumpulan dikira menang apabila
semua beanbag berada di tengah-
tengah hoop.
Arahan Keselamatan
Murid-murid melakukan kemahiran
menggelecek dengan teknik yang betul.
Tips
Mengingatkan murid supaya menolak
bola ke hadapan jauh dari badannya
semasa hendak menggelecek dengan
pantas.
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
37
Permainan
kecil
Kemahiran menggelecek dan menjaring
Tujuan: meningkatkan kemahiran menggelecek bola dan menjaring.
Langkah-langkah:
1. guru menyusun kon dalam bentuk “Z”.
2. muridmurid dibahagi kepada dua kumpulan. Murid kumpulan A
merupakan biri-biri, murid kumpulan B merupakan serigala.
3. setiap murid yang bertugas sebagai “biri-biri” mempunyai sehelai
ribbon yang letak dalam seluar poket.
4. mula-mula, “biri 1” akan mengelecek bola mengikut kon dan akhirnya
dengan jaringan.
5. semasa “biri 1” berada di kon ketiga, “serigala 1” yang tiada bola
boleh mengejar “biri 1” dan cuba merampas ribbonnya.
6. jika ribbon dirampas, “biri 1” itu dikira kalah dan tukar “biri 2” .
Kumpulan “serigala” akan mendapat 1 mata.
7. jika “biri 1” Berjaya membuat jaringan, maka kumpulan dia akan
mendapat 1 mata.
8. kumpulan yang medapat mata yang banyak adalah pemenang.
Arahan Keselamatan
Murid-murid tidak menolak kawan-kawan.
Variasi
Hanya jaringan dengan teknik yang betul dikira.
Gambar
rajah
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
38
Permainan kecil Gambar rajah
Kemahiran menjaring
Tujuan: murid dapat menjaring dengan betul
Langkah-langkah:
1. Bahagikan murid kepada 3 pasukan.
2. Murid ketiga-tiga pasukan ini berbaris
pada satu jarak yang ditetapkan.
3. Murid pertama setiap pasukan mula
melakukan jaringan jarak jauh dan dia
akan berlari masuk untuk ambul
(rebound) kemudian melakukan
jaringan jarak dekat.
4. Setelah jaringan jarak dekat dilakukan,
5. dia akan hantar bola kepada kawannya
di luar.
6. Permainan ini diteruskan sehingga ada
pasukan mendapat 21 mata.
7. jaringan jaraj jauh dapat 2 mata, jarak
dekat dapat 1 mata.
Arahan Keselamatan
Semasa murid-murid menjaring, mereka mesti
berhati-hati bahawa kawan-kawan tidak
berada di bawah gol
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
39
Permainan
kecil
Kemahiran menggelecek
Tujuan: murid bertindak balas dengan cepat
Langkah-langkah:
1. Setiap murid mempunyai bola dan berdiri di hujung gelanggang.
2. Jurulatih berdiri di sebelah hujung gelanggang dan beliau akan sebut
“Lampu Merah” atau “Lampu Hijau”.
3. Murid boleh menggelecek bola ke arah jurulatih bila jurulatih sebut
“Lampu Hijau”.
4. Murid akan berhenti apabila jurulatih sebut “Lampu Merah” sementara
itu dia akan pusing ke belakang dan memerhati murid yang tidak
berhenti.
5. Murid yang tidak berhenti apabila jurulatih sebut “Lampu Merah” akan
disuruh bermula dari tempat permulaan.
6. Semua murid cuba habiskan perjalanan ke sebelah hujung
gelanggang.
Arahan Keselamatan
Semasa murid-murid menjaring, mereka mesti berhati-hati kawan-kawan tidak
berada di bawah gol.
Tips
Mengingatkan murid supaya menolak bola ke hadapan jauh dari
badannya semasa hendak menggelecek dengan pantas.
Gambar
rajah
QGJ 3063 SUKAN BERPASUKAN – BOLA KERANJANG
40
8.0 Rujukan
Adam Augustyn(2011). The Britannica Guide to Basketball. new york: Britannica Education
Fred Ramen(2007). Basketball: Rules, Tips, Strategy, and Safety. Rosen Publishing Group
Robert Peterson(1990.). Cages to Jump Shots: Pro Basketball's Early Years. New York:
Oxford University Press
(2011). Buku Panduan Pelaksanaan Dasar Satu murid Satu Sukan (1M1S). Bahagian Sukan
Kementerian Pelajaran Malaysia.
(2011). Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihatan Bola Keranjang Sekolah Menengah.
Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.
(2014). QGJ 3063 Sukan Berpasukan Unit 6-9 . Universiti Pendidikan Sultan Idris.Tanjung
Malim.
http://www.basketballmanitoba.ca/2012/05/james-naismith-statue-unveiled-in.html
http://www.malaysia-basketball.com/?q=aboutus
http://www.maba.com.my/