Post on 17-May-2020
KESIMPULAN
Pihak penganjur melihat bahawa program sebegini mampu memberikan
manfaat kepada semua pihak yang terlibat terutamanya pelajar UTM dan
penduduk Pulau Tanjung Surat dalam mempraktikan pengetahuan dalam
darjah dan disuasana sebenar. Malah, program ini dijangka bakal menjadi
pemangkin dalam pembentukan pemikiran kreatif dan lebih kritis para
pelajar tempatan dan antarabangsa selain membantu mempromosi Eko
Pelancongan baru di Selatan Johor.
ABSTRAK
Program ini telah diadakan di Rumah Rakit milik Majlis Pengurusan
Komuniti Kampung (MPKK) Pulau Tanjung Surat, Kota Tinggi, Johor. Fokus
utama program ini adalah untuk membantu komuniti dalam memaksimakan
kewujudan rumah rakit sebagai Galeri Nelayan agar ia menjadi tarikan
pelancongan baru. Pelajar didedahkan asas komunikasi dan peluang
kerjasama bersama MPKK dan mempraktikan teori hasil pembelajaran di
kelas. Program ini juga telah menambah baik infrastruktur Galeri Nelayan
dengan kemudahan tandas kompos, pelantar aktiviti, bilik rehat dan ruang
pameran selain kemudahan solar ’off grid’ untuk lampu dan kipas.
MISI
Memperkasakan dan memperkukuhkan peribadi pelajar, terutamanya dalam
asas kemahiran kepimpinan dan berorganisasi dalam komuniti selain
membantu komuniti sasaran.
IMPAK KOMUNITI• Komuniti dapat menikmati kemudahan dan
penambahbaikan yang telah dilakukan.
• Komuniti dapat menambahkan ilmu pengetahuan
mengenai pengurusan Rumah Rakit MPKK.
IMPAK PELAJAR• Meningkatkan semangat kerjasama, kepimpinan,
toleransi dan komunikasi kalangan pelajar.
• Pelajar dapat mendekatkan diri bersama komuniti dan
lebih berdikari.
• Para pelajar antarabangsa dan lokal dapat mengenali
sejarah, budaya kehidupan komuniti kampung di Pulau
Tanjung Surat.
• Pelajar dapat berkongsi ilmu pengetahuan di samping
mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat.
• Mempromosi Pulau Tanjung Surat sebagai lokasi Eko
Pelancongan baru.
AGENSI LUAR YANG TERLIBAT
1. Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pulau Tanjung Surat
2. Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA)
3. Pusat Latihan, Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL)
PEMINDAHAN PEMBELAJARAN
Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyediakan pelajar dengan
pengetahuan dan pengalaman asas kemahiran insaniah dan berorganisasi
untuk memberi ruang mereka menyesuaikan diri berkhidmat bersama
komuniti. Program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
pelajar tentang budaya masyarakat setempat melalui perkongsian ilmu dari
pelajar antarabangsa yang penah menyertai program fasa 1 dan 11. Mengajak
komuniti bersama dalam menambah nilai fizikal seperti memperbaiki
kemudahan di rumah rakit @ Galeri Nelayan.
Gambar Pelajar dan sukarelawan semasa majlis penutup, 30hb November 2019 di Pusat Latihan, Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Pulau Tanjung Surat. Majlis turut dihadiri oleh En Aqran selaku wakil Pengarah AKMAL.
Program Service Learning: ‘Komuniti Lestari Alam Berseri’
OBJEKTIF
1. Perkongsian ilmu pengetahuan antara mahasiswa dan komuniti
setempat.
2. Merapatkan perhubungan silaturahim di antara pelajar UTM dan
komuniti setempat.
3. Membantu MPKK memperbaiki kemudahan rumah rakit dan jeti mereka
dengan menambah kemudahan dan meningkatkan fungsinya.
4. Memberi peluang kepada pelajar bagi memupuk budaya bekerjasama
dalam kumpulan dan bersedia untuk berkhidmat bersama komuniti
setempat.
5. Memberi pendedahan budaya kepada masyarakat melalui perkongsian
budaya pelajar dari Kursus Ko-kurikulum Kepimpinan dan Komuniti yang
berlainan latar belakang.
PENGANJUR
Maklumat pelaksana bagi program(Iman, tolong masukan > Nama pensyarah / penolong pensyarah dan pelajar yang terlibat
TERBITANCCSL – UGS > Pusat Kursus Kokurikulum dan Pembelajaran Servis, Pejabat Pengajian Prasiswazah, Blok L52 & 50, UniversitiTeknologi Malaysia, 81010 UTM Johor Bahru, Johor. No Tel : 07-553-2284
Tarikh
Tempat
Komuniti
Sasaran
: 28 November 2019
: Pulau Tanjung Surat, Pengerang, Johor
: Penduduk Kampung Pulau Tanjung Surat,
Kota Tinggi, Johor.
PENGISIAN
Keperibadian:
Meningkatkan kefahaman
kepimpanan dan
kesukarelawanan.
Melaksana aktiviti
perkhidmatan sukarela
dalam membantu MPKK
PENGISIAN
Pembangunan Fizikal:
Memasang Sistem Solar Panel
Membangun tandas kompos
Membina pelantar aktiviti
pengunjung
Menyediakan bahan pameran
Galeri Nelayan