Post on 04-Jun-2018
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
1/54
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURUSEKOLAH RENDAH (PGSR)
MOD KURSUS DALAM CUTI
MODUL
PRA3105PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURUSEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Berkuat kuasa pada November 2008
SEMESTER 4
MAJOR
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
2/54
i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usahaini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dansaintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjungwarisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Cetakan Jun 2008Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidakada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapamengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dandengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulisdaripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, KementerianPelajaran Malaysia.
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
3/54
ii
Cetakan Mei 2009Bahagian Pendidikan GuruSektor Pembangunan Profesionalisme KeguruanKementerian Pelajaran Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAMPENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAHSARJANA MUDA PERGURUAN.
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DANPEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
4/54
iii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan i
Falsafah Pendidikan Guru i
Kandungan iii
Kata Alu-aluan iv
Panduan Pelajar v
Pengenalan vii
Agihan Tajuk ( Interaksi dan Modul ) viii
Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1 Perkembangan Kognitif kanak-kanak 1
1.1 Sinopsis 1
1.2 Hasil Pembelajaran 1
1.3 Kerangka Tajuk 2
1.4 Kandungan (rujuk lampiran ) 2
Tajuk 2 Pembelajaran Awal Matematik di Prasekolah 11
2.1 Sinopsis 11
2.2 Hasil Pembelajaran 11
2.3 Kerangka Tajuk 11
2.4 Kandungan (rujuk lampiran ) 14
Tajuk 3
Lima Proses Piawaian National Council
Teaching Mathematic, (2000) dan Kaitan
Dengan Pembelajaran Metematik Kanak-
kanak Prasekolah
25
3.1 Sinopsis 25
KANDUNGAN MUKA SURAT
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
5/54
iv
3.2 Hasil Pembelajaran 26
2.3 Kerangka Tajuk 26
2.4 Kandungan (rujuk lampiran ) 27
Tajuk 4 Merancang Aktiviti Pembelajaran Awal Sains33
4.1 Sinopsis 33
4.2 Hasil Pembelajaran
33
4.3 Kerangka Tajuk 33
4.4 Kandungan (rujuk lampiran ) 34
Rujukan
Panel Penulis Modul
Panel Pemurni Modul
Ikon Modul
Struktur Pelaksanaan
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
6/54
v
Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agaranda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untukbelajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkintidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluangkepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumberpembelajaran, dan masa anda.
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentangpembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.
Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan araspencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini denganmudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagaipeluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.
Modul ini ditulis dalam susunan tajuk . Jangka masa untuk melalui sesuatu tajukbergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingatsemula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentangapa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebihmembantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda ataumenyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.
Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksibersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajukdalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah,tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modulini.
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agarpada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkankepada anda makna-makna ikon tersebut.
Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaanbertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan
diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi keperpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiripembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membacamodul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yangdicadangkan.
PANDUAN PELAJAR
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
7/54
vi
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengirasasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahamipembacaan anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
8/54
vii
Pengenalan
Modul ini memberikan pendedahan dan pemahaman tentang Perkembangan
Kognitif Kanak-kanak yang merangkumi pembelajaran awal Matematik dan Sains di
prasekolah. Tidak ketinggalan juga modul ini akan membincangkan mengenaiprinsip-prinsip dan proses piawaian National Council Teaching Mathematic (NCTM)
dan kaitannya dengan pembelajaran Matematik oleh kanak-kanak prasekolah..
Modul ini diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan mutu dan kualiti
pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Anda juga akan diberikan latihan
pengukuhan kendiri untuk menguji kefahaman anda bersesuaian dengan ilmu
pengetahuan yang disampaikan. Aktiviti yang diselitkan menerusi modul ini juga
bertujuan untuk menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip
pengajaran yang telah didedahkan dalam konteks pengajaran sebenar di bilik darjah.
Ini merupakan pendedahan secara kontekstual bagi memantapkan penguasaan ilmu
dan kemahiran anda sebagai seorang guru yang dedikasi dan berinovasi.
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
9/54
viii
AGIHAN TAJUKPanduan kepada pengguna
Kadungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan limabelas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajukuntuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul.
(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proform)
Bil. Tajuk/TopikInteraksi
Bersemuka(jam)
Modul(jam)
Jum.Jam
1. Perkembangan Kognitif Kanak-kanak - 5 5
2. Pembelajaran Awal Matematik di Prasekolah - 5 5
3. Lima Proses Piawaian National Councilteaching Mathematics, (2000) ) Five Processstandards-National Council Teaching Mathematics ) dan kaitan denganpembelajaran Matematik oleh kanak-kanakprasekolah.
- 4 4
4. Merancang Aktiviti Pembelajaran Awal Sains 2 1 3
5. Pembelajaran Awal Sains di Prasekolah 5 - 5
6. Perancangan Program Awal Sains diPrasekolah
2 - 2
7. Penggunaan Pendekatan Projek ( Project Approach)
3 - 3
8. Pengintegrasian Pelajaran Awal Sainsdengan Aktiviti Seharian
3 - 3
9. Amali: Lima Proses Piawaian NationalCouncil teaching Mathematics, (2000) ) FiveProcess standards-National Council Teaching Mathematics ) dan kaitan denganpembelajaran Matematik oleh kanak-kanakprasekolah.
5-
5
10. Amali: Kemahiran Matematik
Prasekolah(berdasarkan Kurikulum StardardPrasekolah kebangsaan, KPM)
8 - 8
11 Amali: Aktiviti-aktiviti Matematik 7 - 7
12 Amali: Perancangan Program Awal Sains diPrasekolah
5 - 5
13 Amali: Penggunaan Pendekatan Projek(Project Approach)
5 - 5
45 15 60
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
10/54
ix
*** isi ikut pecahan berikut:
Pecahan kredit InterasksiBersemuka (jam)
Modul (jam) Jum. Jam
( 3+0) 30 15 45
(2+1) 45 15 60(2+0) 15 15 30(1+1) 30 15 45(1+0) 0 15 15
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
11/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Tajuk 1 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
1.1 Sinopsis
Unit ini merupakan pengenalan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak yang akan
membincangkan konsep kognitif. Sebagai seorang guru prasekolah yang berkesan kita
sepatutnya mengetahui tentang konsep kognitif dalam pendidikan prasekolah supaya kita
dapat melaksanakan peranan sebagai seorang pendidik dengan lebih efektif. Penjelasan
juga akan menjurus kepada teori perkembangan kognitif oleh dua orang tokoh yang
terkenal iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky yang dikira mampu membantu andamengaplikasi pengetahuan berkenaan di dalam lapangan pendidikan secara jelas. Ia dilihat
sebagai penjana idea untuk merancang aktiviti kognitif di kelas prasekolah dengan lebih
berkeyakinan dan kreatif.
1.2 Hasil Pembelajaran
1. Mengetahui konsep kognitif dan pengertian perkembangan kognitif.
2. Mengenal pasti tahap-tahap atau peringkat perkembangan kognitif yangdikemukakan oleh Jean Piaget.
3. Menyatakan perbezaaan teori Jean Piaget dan Lev Vygotsky dalam perkembangan
kognitif kanak-kanak.
1.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini
PerkembanganKognitif Kanak-kanak
Subtajuk 1Konsep Kognitif
Subtajuk 2Pengertian
Perkembangan Kognitif
Subtajuk 3Teori-teori
Perkembangan Kognitif
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
12/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
1.4 Perkembangan Kognitif Kanak- kanak
Mari kita mulakan perbincangan ini dengan menghayati secara ringkas
konsep kognitif kanak-kanak, secara terperinci.
Perkataan perkembangan kognitif kanak -kanak diberikan pelbagai tafsiran oleh banyak
pihak. Antaranya, perkembangan yang melibatkan otak atau berkaitan dengan matematik.
1.4.1 Konsep Kognitif
Mari kita sama-sama cuba fahami apakah yang dimaksudkan dengan kognitif .
Terdapat banyak definisi kognitif. Kognitif didefinisikan sebagai proses mental untuk
mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu: proses pembelajaran termasuklah
pengamatan yang berlaku dalam otak manusia. Kognitif juga boleh didefinisikan sebagai
perkara yang berkaitan dengan minda dan bagaimana ia bekerja (Charlesworth 2004).
1.4.2 Pengertian Perkembangan Kognitif
Perkembangan kognitif ialah perkembangan yang dialami oleh akal dari aspek pemikiran
dan ia dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Ia berkaitan
dengan keupayaan seseorang individu menerima maklumat dari persekitaran, menyimpan
dan bagaimana ia diingat semula apabila diperlukan untuk menyelesaikan masalah.
Perkembangan kognitif merupakan aras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak
menggunakan pengetahuan tersebut bagi memahami dunia di sekitar mereka. Terdapat
pelbagai teori dan penjelasan mengenai bagaimana kanak-kanak memperoleh,
memproses dan menggunakan pengetahuan ini dalam aktiviti mereka Hetherington &
Parke (1986). Antara ahli-ahli psikologi yang dikaitkan dengan perkembangan kognitif ialah
Jean Piaget dan Lev Vygotsky.
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
13/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Manakala menurut Haliza bt Hamzah (2008) pula perkembangan kognitif memberi
penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat daripada perubahan
pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada yang
seterusnya.
1.4.3 Teori-teori Perkembangan Kognitif
1.4.3.1 Teori Perkembangan Kognitif Piaget
http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http:/faculty.frostburg.edu/mbradley/psyograhy/p
iaget
Jean Piaget (1869-1980) pakar biologi Switzerland, berpendapat setiap kanak-kanak lahirdengan tingkah laku refleks (menangis, menghisap dan menggapai), untuk berinteraksi
dan menafsir persekitaran. Beliau merujuk kepada kebolehan asas untuk menyusun dan
memproses maklumat ini sebagai struktur kognitif (skema).
Skema
Skema ialah struktur kognitif yang berbentuk idea dan konsep yang digunakan oleh
individu untuk mentafsir persekitaran. Salah satu daripada skema terawal ialah skema
menghisap. Pada mulanya tingkah laku menghisap berlaku secara pantulan. Apabilakanak-kanak menghisap benda yang berbeza seperti puting getah botol susu dan jari
tangan, ini bermakna bayi telah mengesan, membezakan serta, mengorganisasikan
penglamannya menjadi sk ema menghisap puting getah dan skema menghisap jari
tangan.
http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http:/faculty.frostburg.edu/mbradley/psyograhy/piagethttp://www.google.com.my/imgres?imgurl=http:/faculty.frostburg.edu/mbradley/psyograhy/piagethttp://www.google.com.my/imgres?imgurl=http:/faculty.frostburg.edu/mbradley/psyograhy/piagethttp://www.google.com.my/imgres?imgurl=http:/faculty.frostburg.edu/mbradley/psyograhy/piagethttp://www.google.com.my/imgres?imgurl=http:/faculty.frostburg.edu/mbradley/psyograhy/piaget8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
14/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Asimilasi
Merupakan proses kognitif dimana seseorang menyatukan pengalaman-pengalaman baru
ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan maklumat baru ke dalam struktur yang
sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai
maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengtan sebuah belon yang
semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Sebagai contoh, kanak-kanak
telah mengenali ciri-ciri yang terdapat pada burung seperti bersayap dan dapat terbang.
Maklumat baru ini akan diterima dan akan masuk ke dalam skema baru kanak-kanak.
Sekiranya kanak-kanak terjumpa seekor burung merpati yang masih memenuhi ciri-ciri
tersebut, maklumat ini akan ditambahkan ke dalam skema burung.
Akomodasi
Berlaku apabila kanak-kanak bertembung dengan pengalaman baru dan cuba
mengasimilasikan dengan skema yang sedia ada tetapi tidak berjaya kerana tiada skema
yang sesuai ( disequilibrium ) ketidakseimbangan.
Oleh itu terdapat dua pilihan:
Mengubahsuai ( modification ) skema sedia ada untuk menerima pengalaman baru
Membentuk atau mewujudkan skema baru untuk menerima pengalaman baru
Contohnya kanak-kanak yang telah memahami skema burung tadi, menjumpai seekor
ayam yang bersayap. Dalam skemanya, ia termasuk dalam keluarga burung tetapi tidak
terbang. Dengan pengalaman baru ini kanak-kanak perlu mengakomodasikan maklumat
yang ada dalam skema burung sebelum ini, untuk mengambil kira burung yang tidak dapat
terbang iaitu semua burung pada umumnya boleh terbang tetapi ada juga pengecualian
kepada fakta ini kerana ada burung yang tidak boleh terbang.
Kesimpulannya, akomodasi ialah penciptaan skema baru atau pengubahsuaian skemayang sedia ada lalu membentuk skema baru dan meningkatkan skema yang sedia ada.
Proses akomodasi dan asimilasi sentiasa berlaku sehingga wujudnya keseimbangan atau
equilibrium .
Sudahkah anda mendapat gambaran tentang skema, akomodasi dan
asimilasi? Cuba buat perbandingan antara akomodasi dan asimilasi.
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
15/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Tahap Perkembangan Kognitif
Berdasarkan pandangan Piaget, perkembangan kognitif dapat dibahagikan kepada empat
tahap iaitu:
1. Peringkat deria motor (0-2 tahun)
Tahap ini ialah kebolehan memahami melalui deria
Pemahaman tentang dunia berasaskan gerakan spontan yang tidak dipelajari
Kanak-kanak belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya serta
cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat
dalam persekitarannya.
2. Peringkat Praoperasi (2-7 tahun)
Tahap memahami konsep asas; misalnya konsep asas nombor dan membilang
secara hafalan.
Kanak-kanak boleh menggunakan simbol, objek atau perkataan untuk mewakilkan
sesuatu atau peristiwa.
Pada peringkat ini kanak-kanak belum memahami konsep keabadian (konkrit),kebolehbalikan, pengekalan jisim dan isi padu.
3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)
Perkataan operasi disini bermaksud operasi logik atau prinsip yang digunakan apabila
menyelesaikan masalah.
Tahap ini kanak-kanak boleh memahami sesuatu konsep apabila disertai denganbukti konkrit; misalnya mula memahami konsep nombor dan mengaitkan dengan
objek.
Mula memperolehi konsep transformasi dan kebolehbalikan.
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
16/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Pada peringkat ini kanak-kanak sudah dapat menguasai prinsip ketekalan atau conserve
dari segi nombor, panjang dan isipadu cecair. Ketekalan atau conservat ion adalah
sesuatu kuantiti tidak berubah walaupun terdapat perubahan dalam kewujudannya atau
appearance . Jika anda tunjukkan empat guli kepada kanak-kanak dalam satu barisan
lurus, kemudian anda meletakkan guli tadi secara berselerak, kanak-kanak praoperasi
akan mengatakan guli yang berselerak itu adalah lebih banyak dari yang disusun secara
lurus. Berbeza dengan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit pula akan mengatakan
bilangan guli adalah sama.
Contoh lain:
Ambil segenggam plastisin atau tanah liat dan ulinya menjadi bulat, kemudian uli sehingga
menjadi panjang atau boleh juga dibuat bentuk bulat (saiz kecil), kanak-kanak akan tahu
jumlah plastisin atau tanah liat yang digunakan masih sama. Kanak-kanak juga tahu jika
bulatan kecil jika digabungkan akan menjadi satu bentuk bulat yang besar (sama seperti
sebelumnya) dikenali sebagai prinsip kebolehbalikan atau reversibi l i ty .
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
17/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Contoh di atas menunjukkan prinsip konservasi kawasan atau area.
Pada peringkat ini kanak-kanak belajar klasifikasi atau pengelasan dan seriasi (turutan).
Klasifikasi merujuk kepada persoalan sama ada lebih banyak guli merah atau lebih banyak
guli hitam? Sekarang kanak-kanak mula mendapat idea satu set boleh masuk yang
lain. Seriasi pula ialah meletakkan objek dalam satu aturan atau in order . Contohnya
seriasi saiz, warna dan bentuk.
4. Peringkat Operasi Formal (12 tahun ke atas)
Peringkat mula berfikir dan memahami sesuatu secara logik dan abstrak.
Menggunakan prinsip tertentu untuk menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
Menguji disamping meramal dan merancang sesuatu tindakan.
Cuba anda layari internet dan dapatkan maklumat berkaitan
perkembangan kognitif oleh Jean Piaget.
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
18/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
1.4.3.2 Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky
http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http:/faculty.frostburg.edu/mbradley/psyography/
vygotsky
Lev Semanovich Vygotsky, seorang ahli psikologi Rusia merumuskan bahawa
perkembangan intelek adalah berdasarkan interaksi sosial antara murid dan guru dan juga
dengan rakan sebaya.
Beliau telah mengemukakan pembelajaran membina (konstruktivisme) berasaskan
bantuan ( constructivist concept of assisted learning ). Menurut beliau faktor-faktor yang
berpengaruh dalam pembentukan bagaimana seseorang individu berfikir adalah
berdasarkan sejarah masyarakatnya dan pengalamannya dalam masyarakat itu.
Perkembangan kognitif terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan ibubapa,
guru, orang dewasa lain dan rakan sebayanya. Menurut beliau, bayi lahir dengan beberapa
fungsi asas mental ( elementary functions ) iaitu perhatian, persepsi dan memori yang
kemudiannya berubah menerusi konteks dengan budaya kepada proses mental yang lebih
rumit dikenali sebagai fungsi mental peringkat tinggi.
Dalam pembelajaran berbantukan guru, guru akan memberi panduan supaya murid
menghayati fungsi ini. Apabila kemahiran ini diperolehi, murid akan memperoleh alat atau
cara tertentu untuk pembelajaran terarah-kendiri ( self guided learning ). amalan
pembelajaran dengan bantuan dan panduan ini juga dikenali sebagai scaffolding .
Scaffolding adalah bantuan/bimbingan, petunjuk, tatacara oleh orang dewasa ataurakan yang lebih berpengetahuan dalam menguasai sesuatu kemahiran. Bantuan diberi
lebih besar di awal pembelajaran dan semakin berkurangan dan akhirnya tiada langsung
sebab kanak-kank telah boleh membuatnya sendiri. Pembelajaran ini menurut beliau akan
berlaku dalam zone of proximal development (ZPD).
http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http:/faculty.frostburg.edu/mbradley/psyography/vygotskyhttp://www.google.com.my/imgres?imgurl=http:/faculty.frostburg.edu/mbradley/psyography/vygotskyhttp://www.google.com.my/imgres?imgurl=http:/faculty.frostburg.edu/mbradley/psyography/vygotskyhttp://www.google.com.my/imgres?imgurl=http:/faculty.frostburg.edu/mbradley/psyography/vygotskyhttp://www.google.com.my/imgres?imgurl=http:/faculty.frostburg.edu/mbradley/psyography/vygotsky8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
19/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) Vygotsky
Aplikasi yang penting yang dikemukakan Vygotsky dalam teori pembelajaran ialah konsep
zone of proximal development (ZPD) atau zon perkembangan terdekat. Menurut beliau,
sebenarnya terdapat dua tahap perkembangan kognitif. Yang pertama adalah tahap yang
dicapai oleh seseorang apabila dia berfungsi secara bersendirian yang dikenali sebagai
tahap perkembangan sebenar ( actual development ) dan tahap kedua ialah paras yang
lebih tinggi yang seseorang itu berpotensi mencapainya ( potential development ) apabila
mendapat bimbingan daripada semua pihak yang lebih berkebolehan. Jarak diantara
kedua tahap ini dikenali sebagai zone of proximal development.
Konsep ini ialah tahap jurang atau jarak yang dikenalpasti antara tahap perkembangan
sebenar individu dalam menyelesaikan masalah tanpa dibantu dengan tahap maksimum
potensi perkembangan individu yang dibantu oleh orang dewasa atau yang dibimbing
secara kolaborasi daripada rakan sebaya yang lebih pandai atau berpengalaman.
Peranan orang dewasa semasa penyelesaian masalah sebagai penyelia di sisi,menyelia bagaimana murid menangani sesuatu tugasan dan guru akan memantau atau
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
20/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
campur tangan mengikut keperluan murid tersebut supaya mencapai hasil masteri tugasan
itu.
Siapa yang memerlukan bantuan? Adakah kita memerlukan bantuan? Ada perkara
yang kita boleh melaksanakannya sendiri tanpa bantuan orang lain. Ada masanya kita
tidak dapat melaksanakan sesuatu perkara, walaupun beberapa bantuan telah
diberikan.ada kalanya perkara itu kita tidak mampu membuat seorang diri dan kita mampu
membuatnya setelah diberi bantuan atau panduan orang lain. Ada kalanya perkara itu kita
tidak mampu membuat seorang diri dan kita mampu membuatnya setelah diberi bantuan
atau pandangan orang lain. Yang pentingnya, guru sebagai pemudahcara atau ibubapa
seharusnya memberikan bantuan atau panduan kepada kanak-kanak mengikut jenis dan
kadar yang mereka perlukan. Setiap kanak-kanak mungkin memerlukan cara dan kadar
bantuan yang berbeza.
Adakah anda pernah melaksanakan aktiviti sebegini sepanjang karier
anda? Jika ya, apakah perasaan anda setelah melihat keberkesanan
aktiviti tersebut? Sudah pasti anda telah melaksanakan apa yang
disarankan oleh Lev Vygotsky secara berkesan, bukan? Syabas kepada
anda di atas komitmen tersebut. Jika sebaliknya? Cuba renungkan
apakah perubahan yang perlu dilakukan?
Berikan ruang untuk berehat sebentar. Tenangkan fikiran anda dan jamahlah
sedikit minuman atau makanan untuk memberikan sedikit tenaga kepada
minda bagi meneruskan penerokaan modul ini. Anda pasti boleh
melakukannya
http://www.learningandteaching.info/learning/piaget.htm
http://webspace.ship.edu/cgboer/piaget.html
http://www.kolar.org/vygotsky
http://mathforum.org/mathed/dvygotsky.html
http://tip.psychology.org/vygotsky.html
http://www.learningandteaching.info/learning/piaget.htmhttp://www.learningandteaching.info/learning/piaget.htmhttp://webspace.ship.edu/cgboer/piaget.htmlhttp://webspace.ship.edu/cgboer/piaget.htmlhttp://www.kolar.org/vygotskyhttp://www.kolar.org/vygotskyhttp://mathforum.org/mathed/dvygotsky.htmlhttp://mathforum.org/mathed/dvygotsky.htmlhttp://tip.psychology.org/vygotsky.htmlhttp://tip.psychology.org/vygotsky.htmlhttp://tip.psychology.org/vygotsky.htmlhttp://mathforum.org/mathed/dvygotsky.htmlhttp://www.kolar.org/vygotskyhttp://webspace.ship.edu/cgboer/piaget.htmlhttp://www.learningandteaching.info/learning/piaget.htm8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
21/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Tajuk 2 Pembelajaran Awal Matematik di Prasekolah
2.1 Sipnosis
Unit ini akan membincangkan tentang pengertian Matematik, kepentingan pembelajaran
Matematik dan prinsip-prinsip pembelajaran Matematik National Council Teaching
Mathematic (NCTM) . Sebagai seorang guru prasekolah yang berkesan kita sepatutnya
memahami tentang konsep Matematik dan bagaimana untuk mengajar matapelajaran ini
dengan cara yang menyeronokkan seterusnya memupuk perasaan suka dan minat akan
Matematik dalam kalangan kanak-kanak, sesuai dengan kehendak kurikulum standard
prasekolah kebangsaan.
2.2 Hasil Pembelajaran
1. Membezakan beberapa definisi Matematik
2. Mengenal pasti kepentingan pembelajaran Matematik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.
3. Mengenal pasti kepentingan pembelajaran Matematik dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.
4. Membuat hubungkait bagi setiap prinsip pembelajaran Matematik NCTM denganpembelajaran Matematik oleh kanak-kanak prasekolah.
2.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini
Pembelajaran AwalMatematik diPrasekolah
Subtajuk 1PengertianMatematik
Subtajuk 2
Kepentingan
PembelajaranMatematik
Subtajuk 3
Prinsip-prinsip
pembelajaranMatematik NCTM
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
22/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
2.4 Pengertian Matematik
Cuba anda fikirkan, apakah maksud Matematik? Dari manakah asalnya
perkataan Matematik itu? Cuba buat perbandingan jawapan yang anda beri
dengan jawapan dalam nota di bawah ini.
Matematik berasal dari mathema yang bermaksud mempelajari, menimba, sains dan ia
didatangi untuk menjurus kepada makna yang lebih teknikal.
Euclid, Ahli matematik Yunani tersohor pada abad ke-3 SM, seperti yang digambarkan oleh
Raphael di dalam pencirian ini daripada The School of Athens .[1]
Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai kuantiti, corak struktur,
perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar
rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak
menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah
kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat
jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Euclid&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Raphael&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=The_School_of_Athens&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=The_School_of_Athens&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Matematik#cite_note-0http://ms.wikipedia.org/wiki/Matematik#cite_note-0http://ms.wikipedia.org/wiki/Matematik#cite_note-0http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuantitihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Strukturhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ruanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Nomborhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kosa_kata&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Tatabahasahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tatabahasahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kosa_kata&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Nomborhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ruanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perubahanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Strukturhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kuantitihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Matematik#cite_note-0http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=The_School_of_Athens&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Raphael&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Euclid&action=edit&redlink=18/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
23/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur,
ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya; Benjamin
Peirce memanggil ia "sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu". Ia
berkembang, melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik, daripada
membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek
fizikal. Ahli-ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk merumuskan
corak-corak baru dan mewujudkan kebenaran mereka secara penyuntingan ketat yang
dipilih melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai.
Mengikut Arbak Othman dalam kamus komprehensif Bahasa Melayu ,(2005), Matematik
bermaksud ilmu pengetahuan nombor tentang angka, bentuk, susunan, hubungan
perkiraan dan lain-lain dengan menggunakan simbol.
Kesimpulannya, Matematik adalah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir
secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Ia
juga melibatkan pemikiran ataupun pertimbangan induktif dan deduktif menggunakan
nombor dengan berkesan dan menyelesaikan masalah secara saintifik.
2.5 Kepentingan Pembelajaran Matematik
Mari kita bincangkan bersama-sama tentang kepentingan pembelajaran
Matematik dalam pendidikan awal kanak-kanak. Mengapa ia penting?
Bagaimana Matematik boleh memberi kesan kepada kehidupan manusia?
http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Aksiom&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Aksiom&action=edit&redlink=18/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
24/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Dalam Kurikulum Standard Kebangsaan Prasekolah, Tunjang Kognitif yang mengandung
matapelajaran Matematik dan Sains merupakan tunjang teras yang penting. Mengapa
pentingnya kanak-kanak diajar Matematik? Bagaimana guru boleh mendedahkan kanak-
kanak dengan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam situasi yang
menyeronokkan dan bukannya sesuatu yang menakut dan membosankan mereka?
Kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak di tadika oleh Baroody & Ginsburg (1990),
menunjukkan bahawa kanak-kanak sendiri membina pengetahuan matematik yang tidak
formal sebelum mereka mengikuti kelas formal di sekolah.Semasa bermain, kanak-kanak
akan menggunakan istilah- istilah matematik seperti lebih tinggi, lebih rendah,
segitiga,bulat, tiga,dua, dan sebagainya. Selain itu proses -proses pembelajaran yang
tidak formal tentang pengetahuan matematik, seperti ukuran, ruang, bentuk geometri dan
lain-lain juga berlaku semasa bermain.
Maka, pembelajaran matematik berlaku apabila kanak-kanak berinteraksi dengan
persekitarannya, rakan sebaya dan guru. Pengalaman seseorang kanak-kanak itu yang
merupakan asas kepada pembinaan pengetahuan matematik dalam minda juga
berhubungkait dengan persekitarannya. Dalam proses membesar, kanak-kanak
memperoleh pengalaman melalui proses interaksi iaitu dengan melakukan pemerhatian,
mendengar, bercakap, menyentuh, merasa, meniru dan sebagainya. Antara kepentingan
pembelajaran Matematik adalah;
a) Melatih individu menaakul secara logik dan rasional.
b) Meningkatkan kemahiran dalam kehidupan seharian seperti urusniaga, perjalanan,
makanan, pembelajaran dan membuat kerja.(Contoh: mengira berapa banyak masa
kita perlukan untuk bekerja, berapa banyak makanan yang diperlukan untuk ahlikeluarga, dan berapa harga makanan yang hendak dibeli)
c) Memahami dan menyedari konsep ruang, luas, panjang, besar, masa dan simbol
dalam matematik. (contoh: meramalkan keadaan lalulintas dan merancang masa
untuk mulakan perjalanan ke sesuatu tempat)
d) Memberi peluang mengembangkan kemahiran mengelas, membanding, turutan,
menyukat, membuat graf, membilang dan operasi nombor.
e) Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang asas matematik.
f) Meningkatkan kemahiran tertentu seperti berfikir. (contoh: menerangkan bagaimanakita menyelesaikan masalah dan membuat keputusan)
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
25/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
g) Meningkatkan perasaan ingin tahu dan suka menyiasat.
h) Memberi pelbagai peluang memegang, meneroka bahan, mengubahsuai bahan
yang berkaitan dengan idea Matematik. (Contoh: penggunaan teknologi seperti
kalkulator dan komputer)
i) Mengambil bahagian dalam aktiviti bermula daripada aktiviti dunia fizikal kepada
idea di dunia yang abstrak.
2.6 National Council Teaching Mathematics (NCTM)
Pernahkah anda membaca tentang National Council Teaching Mathematics
(NCTM)? Jika tidak, sila cari maklumat tentang NCTM daripada internet
(http:/www.nctm.org) dan kemudian kongsi maklumat yang anda dapat
bersama rakan-rakan.
NCTM President J. Michael Shaughnessy
The National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) telah
ditubuhkan pada tahun 1920. Ia telah berkembang menjadi salah sebuah
organisasi yang terbesar di dunia yang barkaitan dengan pembelajaran
Matematik. Terdapat hampir 100.000 ahli serata USA dan Canada serta antarabangsa.
NCTM juga merupakan saluran suara orang ramai tentang pendidikan matematik yang
menyokong para guru untuk memastikan kesamarataan dalam pendidikan matematik
sehingga mencapai kualiti tertinggi menerusi visi, kepimpinan, pembangunan profesional
dan penyelidikan. Maka, antara misi yang digariskan oleh NCTM adalah:
Saluran untuk orang ramai menyatakan pendapat mengenai pendidikan Matematik.
Menggalakkan pembinaan visi, kepimpinan dan profesionalisme dikalangan guru. Menyumbang kepada pembelajaran Matematik yang berkualiti.
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
26/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
NCTM bukanlah sebuah badan yang mengetuai penyelidikan pendidikan Matematik tetapi
NCTM telah membangunkan kurikulum dan penilaian Standard untuk Matematik sekolah
diikuti dengan Profesional Standard untuk pengajaran Matematik (19991) dan Pentaksiran
Standard untuk Matematik sekolah (1995). Pada tahun 2000 NCTM mengeluarkan
Principles and Standard for School Mathematic yang terkini.
NCTM telah menggariskan beberapa proses yang melibatkan guru-guru, ahli-ahli
Matematik dan para penyelidik. Dokumen itu menghasilkan enam prinsip
(Perkongsian/Keadilan, Kurikulum,Pengajaran, Pembelajaran, Pentaksiran dan Teknologi)
yang menjelaskan tentang rangka kerja untuk program-program Matematik dan sepuluh
tunjang atau standard yang merentas kurikulum Matematik sekolah. Tunjang-tunjang ini
dibahagi kepada beberapa kandungan Matematik ( Nombor & operasi, Algebra, Geometri,
Ukuran dan Analisis Data, dan Kebarangkalian) dan proses-proses (Penyelesaian
Masalah, Sebab Akibat, Komunikasi, Perhubungan dan Gambaran).
2.7 Prinsip-prinsip pembelajaran Matematik NCTM dan kaitannya dengan
pembelajaran Matematik oleh Kanak-kanak Prasekolah.
2.7.1 Perkongsian/keadilan (Equity)
Budaya dalam equity mementingkan kerjasama atau usaha daripada semua pihak seperti
kanak-kanak, guru, keluarga dan pembina polisi. Semua anggota dalam komuniti
pendidikan perlu menghormati dan menghargai setiap sumbangan antara satu sama lain.
Pihak sekolah pula perlu memupuk semua pengalaman, kepercayaan dan cara untukmeneroka Matematik.Manakala semua bahan dan rujukan untuk pengajaran yang optimum
haruslah diperlengkapkan untuk kemudahan guru dan murid. Murid-murid perlu
didedahkan dengan suasana yang mencabar dan pengalaman pembelajaran matematik
yang lebih bermakna . terdapat beberapa elemen dalam perkongsian iaitu harapan yang
tinggi, menghormati, memahami dan sokongan moral yang tinggi kepada murid. Semua
perkara dalam elemen tersebut hendaklah dilaksanakan secara berterusan dalam
pengajaran Matematik bagi memaksimakan pemerolehan pembelajaran Matematik.
2.7.2 Kurikulum (Curiculum)
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
27/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Kurikulum yang digubal mestilah berkaitan , berfokus kepada kepentingan sebenar
Matematik dan selaras dengan perkembangan dan umur kanak-kanak. Kurikulum yang
dibentuk harus mempunyai perkaitan antara satu topik dengan satu topik yang lain. Apabila
murid dapat membina perhubungan dan kemahiran antara topik, maka murid akan lebih
memahami dengan lebih mendalam dan berkembang. Oleh itu murid perlu diberi lebih
peluang untuk meneroka dunia matematik yang akan meningkatkan tahap perkembangan
mereka.
2.7.3 Pengajaran (Teaching)
Sumber: www.scholastic.ca/teacher/
Pengajaran Matematik yang efektif memerlukan guru mengetahui pengetahuan sedia ada
kanak-kanak , menguasai bidang dan kemahiran Matematik yang diajar dan bersikap
komited kepada murid seperti memberi latihan dan bimbingan yang sewajarnya dalam
menyelesaikan masalah.
Sebagai guru, mereka harus mencipta suasana pembelajaran yang menggalakkan budaya
pemikiran matematik. Antara pengajaran Matematik yang efektif melibatkan perkara-
perkara berikut:
i. Pilih dan guna alat bantu mengajar yang sesuai.
ii. Gunakan teknik penyampaian yang sesuai.
iii. Menjalankan penambahbaikan yang berterusan dalam diri guru tersebut.
iv. Menentukan topik yang hendak difokuskan pada hari itu.
v. Mengetahui bagaimana menguruskan murid untuk melakukan aktiviti.
vi. Menyediakan pelbagai soalan mengikut aras kesukaran.
http://www.scholastic.ca/teacher/http://www.scholastic.ca/teacher/http://www.scholastic.ca/teacher/http://www.scholastic.ca/teacher/8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
28/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
2.7.4 Pembelajaran (Learning)
Sumber: beehivepreschool.blogspot.com/2009/12/christm
Murid harus belajar Matematik dengan pemahaman, pembinaan ilmu yang baru secara
aktif melalui pengalaman dan pengetahuan sedia ada. Asas pembelajaran Matematik
sangat penting. Asas yang baik akan membantu kanak-kanak menggunakan ilmu secara
fleksibel. Kanak-kanak yang benar-benar memahami konsep akan menjadi au tonomous
learner berkebolehan menyelesaikan pelbagai bentuk masalah, lebih suka menyelesaikan
masalah dengan usaha sendiri, fleksibel untuk meneroka idea-idea Matematik dan
bersedia menghadapi sebarang bentuk masalah.
2.7.5 Pentaksiran (Assesment)
Pentaksiran mestilah menyokong kepentingan pembelajaran Matematik dan membekalkan
maklumat penting kepada guru dan murid. Melalui pentaksiran guru dapat menentukan
kaedah terbaik untuk pengayaan sama ada dalam bentuk bahan rujukan tambahan,
mengajar semula topik yang sukar atau menyediakan latihan yang berlainan kepada murid
yang memerlukan latihan tambahan.
Guru perlu melakukan pelbagai jenis pentaksiran agar memperoleh keputusan yang lebih
tepat. Guru perlu memastikan semua murid diberi peluang untuk mendemonstrasikan apa
yang telah mereka pelajari. Contoh pentaksiran adalah melalui, soalan, temubual, ujian
bertulis dan lain-lain.
The National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) , prinsip-prinsippent aksiran(2000) menyatakan bahawa Pen taksiran mestilah menyokong pembelajaran
http://beehivepreschool.blogspot.com/2009/12/christmas-art-with-preschool-students.htmlhttp://beehivepreschool.blogspot.com/2009/12/christmas-art-with-preschool-students.htmlhttp://beehivepreschool.blogspot.com/2009/12/christmas-art-with-preschool-students.htmlhttp://beehivepreschool.blogspot.com/2009/12/christmas-art-with-preschool-students.html8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
29/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Matematik dan memberikan maklumat berguna kepada guru dan murid. Elemen -elemen
berikut mesti ada dalam sesuatu pentaksiran:
Pentaksiran mesti dapat meningkatkan pembelajaran murid-murid dengan menjadi
sebahagian daripada arahan setiap hari.
Kemahiran berkomunikasi murid-murid dapat dipertingkatkan apabila pentaksiran
melibatkan pemerhatian, perbualan, temubual, laporan lisan dan jurnal.
Panduan penilaian (rubrik) boleh menjelaskan apa dia kelemahan dan kekuatan
seseorang murid dan membolehkan penilaian kendiri.
2.7.5.1 Kaedah-kaedah Pentaksiran
i)Pemerhatian
Pemerhatian digunakan untuk mengenalpasti bagaimana kanak-kanak menggunakan
sesuatu konsep dalam kehidupan harian mereka. Pemerhatian boleh dijalankan dalam
situasi naturalistic, informal dan aktiviti berstruktur. Guru sepatutnya sudah tahu jenis
konsep yang digunakan oleh kanak-kanak. Apa sahaja konsep yang dilihat semasa aktiviti
kanak-kanak akan dicatat dalam rekod mereka. Ini akan membantu guru merancang
pengalaman-pengalaman di masa hadapan. Berikut adalah beberapa contoh tingkahlakukanak-kanak yang ditulis dan direkodkan:
Contoh 1:
Iman (18 bulan) mencampakkan semua blok di atas lantai. Dia mengambil semua blok
yang berbentuk bulat dan menyusunnya. Ini menunjukkan bahawa Iman sudah boleh
mengasing dan menyusun blok.
Contoh 2:
Sofia (4 tahun) menyediakan meja untuk makan tengah hari. Dia ingat semuanya. Sofia
memahami konsep padanan satu dengan satu.
ii) Perbualan Informal
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
30/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Semasa kanak-kanak sedang meneroka bahan, guru boleh secara informal membuat
komen atau bertanya soalan-soalan tentang aktiviti yang dilakukan dengan tujuan untuk
mengenalpasti apa yang mereka fikirkan. Glanfield, Bush, and Stenmark (2003, p. 56),
mencadangkan beberapa jenis soalan yang meransang kanak-kanak berkongsi apa yang
mereka fikirkan. Contoh:
Beritahu saya lebih lanjut.
Boleh tunjukkan saya cara yang lain.
Tolong fahamkan saya.
Kenapa kamu...?
Bagaimana kamu tahu apa yang akan dilakukan selepas ini?
Apa lagi yang kamu tahu...? Apa yang kamu fikir apabila kamu...?
iii) Temubual
Temubual secara individu dilakukan untuk mengetahui sesuatu maklumat secara terus.
Guru boleh memberi tugasan dan membuat pemerhatian serta merekodkan bagaimana
kanak-kanak itu melakukan tugasan dan mengemukakan cadangan-cadangan bagi
menyelesaikan masalah. Betul atau salah bukan perkara yang penting tetapi bagaimana
kanak-kanak mendapatkan jawapan adalah penting. Biasanya mereka akan bermuladengan betul tetapi tersasar di pertengahan masalah. Contoh:
Kate (3 tahun) dikehendaki memadankan empat piring dan empat cawan (padanan satu
dengan satu). Dia membuat tugasan tersebut dengan mudah. Selepas itu, Kate diberi lima
cawan dan enam piring. Dia meletakkan setiap cawan di atas setiap piring. Ada baki satu
piring. Kate meletakkan piring tersebut di bawah piring yang sudah ada pasangannya. Dia
tersenyum. Daripada pemerhatian, guru boleh lihat bahawa Kate tidak faham dengan
konsep lebih daripada. Ini merupakan perkara biasa untuk peringkat praoperasi umur tigatahun . Kate cuba menyelesaikan masalah dengan meletakkan dua piring di bawah satu
cawan. Dia faham akan idea padanan satu dengan satu tetapi tidak boleh membuat
sesuatu yang lebih daripada itu. Hanya dengan membuat pemerhatian keseluruhan
tugasan, guru akan dapat jawapan sebab-sebab kepada kesalahan dalam tugasan
tersebut.
iv) Laporan
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
31/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Semua laporan tentang prestasi dan aktiviti kanak-kanak disimpan di dalam folder dan
portfolio. Folder tersebut mengandung rekod anekdot dan senarai semak. Portfolio pula
mengandungi koleksi hasil kerja kanak-kanak yang memberi maklumat tentang
kesungguhan, prestasi dan pencapaian mereka. Merupakan koleksi yang dibuat secara
sistematik untuk memberi bukti dan memantau perkembangan. Portfolio terdiri daripada
pentaksiran autentik iaitu hasil kerja kanak-kanak. Guru bersama murid akan bekerja
bersama, membuat refleksi dan menilainya. Berikut adalah beberapa item yang boleh
dimasukkan ke dalam portfolio:
Gambar: lukisan, foto-foto semasa aktiviti, lakaran, tampalan
Laporan aktiviti, penyiasatan, pengalaman, idea, perancangan dan sebagainya.
Diagram,graf, data
Ulasan jurnal Matematik, sains dan pembelajaran sosial.
Contoh-contoh penyelesaian masalah
Pita video
jurnal
2.7.6 Teknologi (Technology)
Sumber:http://www.associatedcontent.com/article/18930/free_online_games_and_activities
_for.html
Teknologi merupakan satu keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Ia
mempengaruhi pengajaran dan memperkukuh pengetahuan murid. Penggunaan kalkulator
komputer dan perisian komputer, serta interaktif laman web membenarkan murid
mempelajari Matematik secara mendalam melalui cara penggunaan yang betul.
Douglas H. Clements, seorang penyelidik tentang keberkesanan penggunaan komputer
terhadap kanak-kanak (Clements,1992,2001;Clements and Sarama, 2002b), menyatakan
bahawa aktiviti berbantu komputer akan membantu kanak-kanak menghubungkan sesuatu
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
32/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
yang konkrit kepada abstrak. Kanak-kanak boleh belajar konsep Matematik dan Sains
daripada perisian yang mengandung tugasan, soalan dan memberi maklumbalas.
Teknologi juga membantu murid menyelesaikan masalah sukar dengan kemudahan-
kemudahan fungsi istimewa. Tetapi perlu diingat bahawa teknologi hanya membantu
memudahkan pembelajaran tetapi bukan sebagai guru sebenar. Murid seharusnya
memahami sesuatu konsep terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan teknologi. Guru
pula perlu menentukan bilakah masa yang sesuai murid boleh menggunakan teknologi.
Dalam melaksanakan tugas pengajaran, guru harus berusaha meningkatkan
keberkesanannya. Pengajaran yang berkesan menghasilkan pembelajaran yang
diharapkan. Pembelajaran yang baik berlaku apabila pelajar melibatkan diri.
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
33/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
2.7.6.1 Contoh aktiviti yang melibatkan penggunaan teknologi
Push C 0 + 2 =
What do you see?_______________
Push = againWhat do you see?________________
What will the calculator show if you push = again? ____________
Do it. Were you correct?______________
Push = = =.
Guest what the calculator will show each time. ________
_________ ____________
What happened? _________________________________
Complete the following. Then use your calculator to see if you arecorrect.
Push c 0 + 3 =
The calculator will show _________________
Push
= _______________________
= _______________________
= _______________________
Push c 0 + 4 =Then calculator will show _______________
Push
= ____________
= ____________
= ____________
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
34/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Mari kita rehat sebentar dan fikirkan apakah aktiviti-aktiviti Matematik lain
yang boleh dijalankan dengan menggunakan teknologi? Anda juga boleh
melayari laman web http://www.noggin.com
Berikut adalah beberapa alamat laman web untuk membantu guru prasekolah memahami
topik ini dan seterusnya memberi panduan dalam pengajaran dan pembelajaran awal
Matematik.
http://standards.nctm.org http://eprints.utm.my http://www.noggin.com http://www.associatedcontent.com/article/18930/free_online_games_and_activities_for.html
http://standards.nctm.org/http://standards.nctm.org/http://eprints.utm.my/http://eprints.utm.my/http://www.noggin.com/http://www.noggin.com/http://www.associatedcontent.com/article/18930/free_online_games_and_activities_for.htmlhttp://www.associatedcontent.com/article/18930/free_online_games_and_activities_for.htmlhttp://www.associatedcontent.com/article/18930/free_online_games_and_activities_for.htmlhttp://www.noggin.com/http://eprints.utm.my/http://standards.nctm.org/8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
35/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Unit 3LIMA PROSES PIAWAIAN NATIONAL COUNCIL TEACHINGMATHEMATIC, (2000) DAN KAITAN DENGAN PEMBELAJARANMATEMATIK OLEH KANAK-KANAK PRASEKOLAH
1.1 Sipnosis
PENGENALAN
Unit ini menerangkan tentang lima proses piawai National Council Teaching Matematikdan perkaitan dengan pembelajaran matematik oleh kanak-kanak prasekolah. Sebagaiseorang guru prasekolah yang berkesan dan efektif anda sepatutnya mengetahui tentangkelima-lima proses NCTM dan mengapliksikan proses ini dalam pengajaran danpembelajaran kanak-kanak prasekolah.
Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran matematik menekankan pembelajarandengan kefahaman dan kemahiran memahami prosedur, konsep danproses.Keberkesanan pengajaran matematik akan membantu kanak-kanak:
Mengembangkan pengetahuan yang fleksibel Mengaitkan kehidupan antara matematik dengan kehidupan sehari Mengaplikasikan pembelajaran matematik dalam kehidupan seharian
National Council Teaching Matematics (NCTM) menegaskan mengenai tiga aspek iaituenam prinsip, lima piawai kandungan dan lima piawai proses. Enam prinsip NCTM telahdibincangkan dalam tajuk 2. Unit ini akan membincangkan mengenai lima piawai prosesyang berikut:
1. Penyelesaian masalah (Problem solving)2. Sebab/Akibat (Reasoning)3. Komunikasi (Communication)4. Hubungan/Hubungkait (Connection)5. Gambaran (Representation)
Piawai proses merujuk kepada proses matematik yang mana melalui proses tersebut
kanak-kanak memperolehi dan mengguna pengetahuan matematik. Kelima-lima proses
harus tidak boleh dipisahkan dari piawai kandungan dalam kurikulum matematik, malah ia
harus dilihat sebagai aspek yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
36/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Mengajar matematik yang mengaplikasikan kelima-lima piawai proses merupakan
pengertian terbaik berdasark an mengajar metematik menurut piawai NCTM.
1.2 Hasil Pembelajaran
1. Mengenal pasti kelima-lima piawai proses pengajaran dan pembelajaranmatematik berdasarkan National Council Teaching Matematik.
2. Menyatakan perkaitan kelima-lima piawai proses National Council TeachingMatematik dengan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah
1.4 Kerangka Konsep Tajuk ini
1.4 Proses Piawai National Council Teaching Matematics (NCTM)
Mari kita mulakan perbincangan ini dengan menghayati secara ringkaskelima-lima piawai proses NCTM dan perkaitannya dengan pengajaran danpembelajaran matematik kanak-kanak prasekolah.
Piawai Proses NCTM
Hubungan/HubungkaitKomunikasi
Sebab/AkibatPenyelesaianmasalah
Gambaran
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
37/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
1.4.1 PENYELESAIAN MASALAH (PROBLEM SOLVING)
Penyelesaian masalah merupakan sebahagian pemikiran. Di anggap sebagai fungsiintelektual yang paling rumit, penyelesaian masalah telah ditakrifkan sebagai satu proseskognitif yang berperingkat tinggi dan yang memerlukan pemodulatan serta pengawalankemahiran-kemahiran yang lebih rutin atau asas. Penyelesaian masalah berlaku apabilasebuah organism atau sistem kecerdasan buatan tidak tahu bagaimana menuju daripadasatu keadaan yang diberikan kepada satu keadaan sasaran yang diingini. Ia merupakansebahagian daripada proses masalah yang lebih besar yang meliputi pencarian masalahserta pembentukan masalah. Bidang matematik berdasarkan piawai tidak menekankankemahiran-kemahiran khusus berdasarkan kandungan serta pengajaran kaedah-kaedah
tradisional.
Sebilangan strategi penyelesaian masalah yang dikenal pasti oleh NCTM termasuk Menggunakan bahan-bahan manipulasi Cuba-cuba Membuat senarai Melukis gambar rajah Mencari-cari pola Melakonkan masalah Teka dan semak
Sebilangan teknik penyelesaian masalah
Strategi pendakian bukit Analisis cara dan hasil Bekerja cara terbalik Cuba-cuba Perah otak Kotak morfologi Kaedah objek focus Pemikiran lateral Teknik George Polya Penyelidikan Analogi Pengujian hipotesis Pemeriksaan kekangan Mengambil lebih banyak masa Pengeraman Membina (atau menulis) satu atau lebih model abstrak untuk masalah Analisis punca masalah Terowong angin
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
38/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Set pandangan batin Rory OConnor
Penyelesaian masalah melibatkan proses memperolehi jawapan dan bagaimana kanak-kanak mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dan membentuk pembelajaranbermakna.
Kepentingan penyelesaian masalah kepada kanak-kanak prasekolah:
Membentuk konsep dan pengetahuan mengenai matematik Mencungkil semangat ingin tahu kanak-kanak ketika menyelesaikan masalah. Membentuk sikap bekerjasama sesama kanak-kanak. Melihat proses penyelesaian masalah bukan hasilnya semata-mata.
Sudahkah anda mendapat gambaran tentang piawai proses NCTM yangpertama dan bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak untukpencapaian pemahaman konsep yang baik melalui penyelesaian masalah.
1.4.2. SEBAB/ AKIBAT (REASONING)
Penyelesaian masalah merupakan proses utama dalam matematik, manakala
pemahaman merupakan cara berfikiran logik yang membantu anda memutuskan apakahdan mengapakah penyelesaian anda logik. Oleh itu kanak-kanak perlu diberi peluanguntuk memberi pandangan dan penjelasan dalam dalam sesuatu penyelasaian masalah.Menyelidiki penyelasaian merupakan proses yang dapat meningkatkan pemahamankonsep.
Pemikiran yang logik merupakan langkah untuk memahami dan menyelesaikan masalahmengenai matematik. Sebab dan akibat berkait rapat dengan perkembangan kemahiranberkomunikasi dan bersosial.Kepentingan sebab/ akibat kepada kanak-kanak prasekolah:
Merangsang murid-murid untuk meramal dan membina pendapat dalammenyelesaikan masalah.
Melatih murid-murid mahir dengan bahan maujud dan teknologi. Membantu murid-murid kenal pasti, mengembangkan ramalan dan membina
kemahiran tentang math melalui pemikiran logik.
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
39/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Bagaimanakah anda memberi peluang kepada kanak-kanak prasekolahmenyelesaikan sesuatu masalah atau persoalan? Adakah anda yakin caraanda ini berkesan? Beri justifikasi anda.
1.4.3. KOMUNIKASI (COMMUNICATIONS)
Piawai komunikasi menitikberatkan betapa pentingnya kanak-kanak dapat bertutur,menulis, menggambarkan dan menjelaskan konsep matematik. Komunikasi dalammatematik membantu perkembangan bahasa untuk menjana idea dalam pembelajaranyang aktif. Cara yang terbaik untuk menjanakan idea ialah dengan menyampaikan ideakepada orang lain.
Komunikasi merupakan langkah untuk kanak-kanak berkongsi idea dalam memahamikonsep matematik. Proses komunikasi ini melibatkan aktiviti mendengar, membaca danberfikir dan secara langsungnya membantu mengembangkan kemahiran intelektual kanak-kanak. Corak komunikasi atau interaksi yang biasa dilihat di prasekolah adalah interaksiguru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan-bahan di sekelilingmereka. Aktiviti yang boleh dilaksanakan boleh secara lisan dan bertulis. Antara aktivitibertulis seperti membuat latihan, membina projek dan menghasilkan buku skrap, manakalaaktiviti lisan seperti bercerita, kuiz, perbincangan dan persembahan hasil kerja
Kepentingan komunikasi kepada kanak-kanak prasekolah:
Membentuk keyakinan dalam diri murid-murid. Melatih murid-murid menjadi pendengar yang aktif. Membina kefahaman murid-murid mengenai math dengan lebih mendalam. Menjana minda murid-murid untuk mengaitkan idea-idea baru dengan kehidupan
seharian.
Komunikasi guru yang berkesan dapat membantu kanak-kanak untuk
memahami konsep matematik dengan mudah. Imbas kembali zamanpersekolahan anda di mana anda tidak atau kurang memahami konsepmatematik yang hendak disampaikan oleh guru kerana komunikasi yangtidak berkesan.
1.4.4. HUBUNGAN/ HUBUNG KAIT (CONNECTIONS)
Matematik merupakan komponen kognitif yang sentiasa mengaitkan pengetahuan sedia
ada kanak-kanak dengan idea yang baru. Menurut piawai proses, hubungan adalah satuaspek yang dapat membantu kanak-kanak dalam memahami konsep.
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
40/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Piawai hubungan mempunyai dua aspek yang berbeza. Pertama piawai berkaitan dengan
hubungan di dalam dan antara konsep matematik. Contohnya nombor dihubungkan
dengan simbol dan bilangan. Kanak-kanak harus dibantu utnuk melihat bagaimana suatu
konsep matematik dibina di atas konsep yang lainnya.
Kedua, matematik harus dihubungkan dengan dunia nyata dan mata pelajaran yang lain.
Kanak-kanak dapat melihat matematik diintegrasikan dalam seni, sains dan bidang sosial.
Matematik juga harus diserapkan dalam kehidupan seharian.
Sebagai seorang guru prasekolah, langkah-langkah dalam pengajaran dan pembelajaran
perlu saling berkait antara konsep matematik dengan kehidupan seharian kanak-kanak.
Antara langkah pengajaran dalam menghubung kait ini, guru bolehlah merancang aktiviti
yang mengalakkan murid-murid berfikir secara individu, bertukar pendapat bersamapasangan kemudian berkongsi bersama rakan-rakan sekelas. Selain itu, aktiviti perlulah
menggunakan kesemua deria murid-murid dalam meneroka pembelajaran math serta
menyediakan aktiviti matematik melalui pendekatan pengajaran yang berbeza.
Kepentingan hubungan/hubung kait kepada murid prasekolah:
Kepentingan hubungan/ hubung kait kepada murid-murid prasekolah:
Membantu murid-murid menyedari bahawa matematik sentiasa bersepadu dan
mempunyai hubungan dengan kehidupan seharian.
Membina kemahiran berfikir murid-murid.
Meningkatkan semangat bekerjasama dan bertukar-tukar maklumat untuk
pembelajaran yang bermakna.
Sebagai seorang guru prasekolah fikir dan senaraikan contoh aktiviti yangmenghubungkan matematik dengan matapelajaran yang lain serta kehidupanseharian.
1.4.5. GAMBARAN (REPRESENTATIONS)
Gambaran merupakan proses piawaian NCTM yang memaparkan konsep atau
perhubungan semasa proses menyelesaikan masalah dengan hasilnya.Hal ini bermakna,
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
41/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
gambaran membantu murid-murid mencari perkaitan idea matematik dengan kehidupan
seharian sama ada secara informal, pemikiran abstrak dan melalui intuisi.
Gambaran menjadi lebih efektif dan bermakna jika murid-murid memahami konsep math
dengan baik hasil pengajaran guru dan penerokaan murid-murid itu sendiri mengenai
matematik.
Simbol, grafik, rajah dan model merupakan cara yang sangat baikuntuk mengambarkan
konsep dan hubungan dalam matematik. Ia juga merupakan media pembelajaran yang
sangat berguna dalam menyampaikan konsep matenatik kepada orang lain. Perubahan
satu gambaran ke gambaran yang lain merupakan cara penting untuk menambah
pemahaman terhadap sesuatu konsep.
Kepentingan gambaran kepada murid-murid prasekolah:
Menjana murid-murid berfikir secara konkrit ke abstrak
Membantu proses penyelesaian masalah
Andai tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Pembelajaran andasebagai seorang guru merupakan satu proses sepanjang hayat.
Piawai NCTM (2000) merangkumi aspek lima proses yang terdiri dari penyelesaianmasalah, sebab/akibat, komunikasi, hubungan/hubung kait dan gambaran. Penyelesaianmasalah adalah proses yang utama. Bagi peringkat awal kanak-kanak penyelesaianmasalah adalah cara yang penting untu membina pengetahuan matematik. Masalah selaluberpunca dari rutin harian, aktiviti bermain, alat permainan dan cerita. Semasa kanak-kanak melakukan aktiviti dan berinterksi dengan bahan di sekeliling, merekamenyelesaikan masalah melalui sebab/akibat, komunikasi, hubungan/hubung kait dangambaran.
RUMUSAN
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
42/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
LATIHAN PENGUKUHAN KENDIRI
Latihan 1
Latihan 2
Soalan 2
Bagaimanakah pengintergrasian metamatik dengan matapelajaran yanglain dapat meningkatkan kefahaman kanak-kanak dengan dunia disekelilingnya?
Selamat mencuba..........
SRd
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
43/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Tajuk 4 Merancang Aktiviti Pembelajaran Awal Sains
4.1 Sinopsis
Unit ini akan membincangkan bagaimana seorang guru prasekolah boleh membuat
perancangan untuk mengajar awal Sains supaya proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan lancar dan memberi kesan yang positif kepada murid-murid. Disamping itu
pengajaran awal sains akan menjadi sesuatu yang bermakna dan menyeronokkan murid-
murid. Untuk pengajaran dan pembelajaran awal sains, guru harus tahu bahawa mereka
seharusnya merancang terlebih dahulu sesebuah aktiviti yang mana melibatkan tiga frasa
iaitu sebelum, semasa dan selepas.
4.2 Hasil Pembelajaran
1. Memahami bagaimana untuk merancang aktiviti pembelajaran awal sains.
2. Mengenal pasti beberapa contoh aktiviti awal sains.
3. Mengetahui peranan guru dalam melaksanakan aktiviti awal sains.
Merancang Aktiviti Pembelajaran Awal Sains (1jam)
Sebelum : Memperkenalkan aktiviti
Semasa: Menggalakkan pemikiran saintifik dankemahiran proses Sains
Selepas: Membincang, membuat refleksi
Mari kita mulakan perbincangan ini dengan memilirkan bagaimana seorang
guru prasekolah dapat merancang dan menjalankan aktiviti sains?
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
44/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Apakah pendekatan yang perlu diikuti oleh guru semasa mengajar awal
sains kepada murid prasekolah?
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyarankan pengajaran sains dalam
Tunjang Sains dan Teknologi. Terdapat tiga perkara atau matapelajaran yang menjadi
tonggak kepada tunjang ini iaitu Awal Sains, Awal Matematik dan ICT. Jadi, apakah
standard pembelajaran yang hendak disampaikan kepada murid-murid prasekolah?
Dengan ringkas ianya merangkumi:
kemahiran saintifik
menyiasat alam hidupan
menyiasat alam bahan
menyiasat alam fizikal
Bagaimana anda menilai kedudukan seorag guru prasekolah dalam merancang aktiviti
pembelajaran awal sains? Adakah anda rasa ianya sesuatu yang amat mencabar atau
sebaliknya?
Siapa boleh mengajar sains di kelas prasekolah? Adakah gurunya perlu latihan khas?
Jawapannya mudah sahaja; mana-mana guru yang boleh menyediakan iklim pemelajaran
yang kondusif, sudi menerima pandangan murid dan menggalakkan penerokaan layak
mengajar awal sains di kelas prasekolah.
Selain dari itu, seorang guru prasekolah yang inginkan anak muridnya mempunyai minda
sains harus berfikiran positif terhadap aktiviti sains, menjadi pemangkin serta sebagai
pakar rujuk murid. Adalah menjadi kebiasaan bagi kanak-kanak untuk mendekati dan
merapatkan diri dengan seseorang yang boleh ditanya dan tidak disoal. Alangkah baiknya
jika orang itu adalah gurunya. Perapatan (bonding) antara guru dengan murid sangat
penting dan ianya dapat digunakan oleh guru untuk meningkatkan prestasi pembelajaransecara keseluruhan termasuk pembelajaran sains.
Merancang aktiviti pembelajaran awal sains mempunyai tiga tahap iaitu:
sebelum
semasa dan
selepas
Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru prasekolah sebelum merancang
aktiviti pembelajaran awal sains ialah: Tajuk-tajuk aktiviti dipilih oleh guru berdasarkan:
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
45/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
relevan dan berdasarkan pengalaman murid
konsep yang ingin belajar dapat disampaikan melalui aktiviti yang mudah
serta hands -on
tahap penyelesaian masalah hendaklah pada tahap kanak-kanak
bahan bantu belajar (BBB) murah dan mudah diperolehi
memperkenalkan aktiviti: guru hendaklah merujuk kandungan KSPK; dan pilih
aktiviti yang sesuai dengan tajuk-tajuk standard pembelajaran. Contohnya,
kandungan standard pembelajaran menyiasat alam bahan.
Guru hendaklah memilih aktiviti yang sesuai supaya standard pembelajaran
tercapai dengan maksima; samada:
aktiviti bentuk ujikaji / eksperimen
aktiviti bentuk permainan
aktiviti bentuk projek
aktivti bentuk kuiz
aktiviti bentuk membaca fakta dan menerangkan
aktiviti bentuk menonton video
Guru juga perlu fikirkan pendekatan dan strategi pengajaran; serta bahan-bahan
yang perlu disediakannya.
Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru prasekolah semasa aktiviti
pembelajaran awal sains ialah:
Guru menggalakkan muridnya berfikir ke arah menjawab persoalan saintifik
dengan:
menanyakan soalan-soalan terbuka yang sesuai
meminta memerhati perubahan
tunjuk (pointing) supaya murid akan melihat (notice) dan memerhati
memberi tumpuan dan mendengar jika murid mengatakan sesuatu
mengenai pemerhatiannya
Guru perlu memberi kelonggaran terhadap perjalanan aktiviti; tidak terlalu terikat
dengan masa atau susun atur agenda aktivitnya. Ini adalah kerana:
murid akan rasa terkongkong dan ini akan menghalang pemikiran kritis dan
kreatif
dominasi guru lebih daripada pembelajaran murid
aktiviti berubah bentuk dari pusatkan murid kepada pusatkan guru
penglibatan murid sepenuhnya mula merosot
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
46/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru prasekolah selepas aktiviti
pembelajaran awal sains ialah:
Guru mengadakan sesi perbincangan:
bertujuan untuk ingat semula (recall) perkara-perkara yang mereka telah
lalui sepanjang aktiviti
sumbangkan pengetahuan serta idea dalam tajuk berkenaan
persoalan-persoalan / kemusykilan lain dikemukakan oleh murid bagi tujuan
ingin tahu
Guru mengadakan sesi refleksi supaya ahli kumpulan:
perbincangan apa telah berlaku dalam aktiviti tadi (ujikaji / eksperimen,
permainan, projek dab) serta menjelaskan kemusykilan mereka
dapat membuat rumusan bahawa ada kalanya lebih daripada satu kongklusi
dapat dicapai
Guru mengadakan sesi rumusan perbincangan:
kongklusi setiap kumpulan disatukan untuk memahamkan sesuatu konsep
sains yang diajar pada hari berkenaan
perkara ini dicapai dengan aktiviti hands -on, min ds- on, serta penerokaan
yang mendalam
Rumusan:
Andaikata seorang guru ingin berjaya dalam merancang aktiviti pembelajaran awal sains,
perlu ikut beberapa panduan; iaitu:
bertindak sebagai fasilitator: merancang, menyediakan persekitaran pembelajaran
yang boleh membantu murid berkembang, sedia mengambil risiko serta mempunyai
sikap toleransi yang tinggi sebagai pemangkin mencungkil kebolehan intelek murid
bertindak sebagai pakar rujuk: memerhati, mendengar dan menjawab persoalan
semasa murid terlibat secara aktif dalam penerokaan
sebagai model: menggalakkan trait ingin tahu, menghargai, berkreativiti dan terus
mencuba
Berikut adalah beberapa alamat laman web untuk aktiviti sains yang boleh membantu guru
prasekolah dalam merancang aktiviti pembelajaran awal sains.
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
47/54
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
http://www.sciencekids.co.nz/lessonplans.html
http://www.tryscience.org/teachers/teacherstsic.html
http://www.nsta.org/highschool/?lid=pub
http://www.sciencekids.co.nz/lessonplans.htmlhttp://www.sciencekids.co.nz/lessonplans.htmlhttp://www.tryscience.org/teachers/teacherstsic.htmlhttp://www.tryscience.org/teachers/teacherstsic.htmlhttp://www.nsta.org/highschool/?lid=pubhttp://www.nsta.org/highschool/?lid=pubhttp://www.nsta.org/highschool/?lid=pubhttp://www.tryscience.org/teachers/teacherstsic.htmlhttp://www.sciencekids.co.nz/lessonplans.html8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
48/54
[Type text] PRA3105PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
1
RUJUKAN :
BUKU
Charlesworth, R. & Lind, K.K. (2002). Maths & Science For Young Children . NY: Thomson
Delmar Learning.
Karen K. Lind (2005). Exploring Science in Early Childhood Education. NY: ThomsomDelmar Learning.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2002) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan , PPK
Martin D.J (2001). Constructing Early Childhood Science. NY. Tomson Delmar Learning.
Praire, A.P. (2004). Inquiry into Maths, Science & Technology for Teaching YoungChildren. NY: Tomson Delmar Learning.
Wellhousen, K. (2002). Outdoor Play Every Day: Innovative Play Conceots for Early
Childhood. NY: Tomson Delmar Learning
Kementerian Pelajaran Malaysia.(1993). Garis Panduan Kurikulum Prasekolah Malaysia.KL. Kementerian Pelajaran Malaysia.
LAMAN WEB
http://standards.nctm.org/document/appendix/process.htm
http://eprints.utm.my
http://www.learningandteaching.info/learning/piaget.htm
http://webspace.ship.edu/cgboer/piaget.htm
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
49/54
PANEL PENULISAN MODULPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)
(PRA3105:PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK)
NAMA KELAYAKAN
SHARIFAH HANIM BT. SYED AKBAR
PensyarahIPG Kampus Bahasa MelayuJalan Lembah Pantai59990 Kuala Lumpur
Kelulusan:Sarjana (Pendidikan Awal Kanak-kanak), UMSarjana Muda(Kesusasteraan Melayu), UMDip. Pendidikan Khas (KesusasteraanMelayu),UMSijil Perguruan Asas , Institut Bahasa
Pengalaman:Guru Sekolah Rendah - 7 TahunGuru Sekolah Menengah 5 TahunPensyarah Prasekolah
HAFIZA BT SULAIMAN
PensyarahIPG Kampus Bahasa MelayuJalan Lembah Pantai59990 Kuala Lumpur
Kelulusan:Sarjana (Pendidikan Prasekolah), UKMSarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak UM
Pengalaman:Guru Prasekolah - 7 TahunPensyarah Prasekolah
VENNILA VEERAPPAN
PensyarahIPG Kampus Bahasa MelayuJalan Lembah Pantai59990 Kuala Lumpur
vvnila05@yahoo.com
Kelulusan:Sarjana Pendidikan awal Kanak-Kanak, UMSarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, UMSijil Perguruan Asas,MPRM
Pengalaman:Pensyarah Ilmu Pendidikan & Prasekolah(5 tahun)Guru Sekolah Rendah (16 tahun)
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
50/54
NAMA KELAYAKAN
PN. NORZAINI YANG
PensyarahIPG Kampus Bahasa Melayu
Jalan Lembah Pantai59990 Kuala Lumpur
Kelulusan:M. Ed (Curriculum & Instruction)B. Sc. (Family and Child Development)MAED (U.S. Teacher Prep. Program)
Pengalaman:Guru Matematik & Bhs. InggerisPensyarah Prasekolah & Pendidikan AwalKanak-kanak PERMATA
DATIN SAKHIYAH BT. ABD. MANAF
PensyarahIPG Kampus Bahasa MelayuJalan Lembah Pantai59990 Kuala Lumpur
Kelulusan:M. Ed (Pentadbiran)B.A Hons (Sosiologi)Dip. Ed.Pengalaman: Guru Sekolah Menengah
Pensyarah Prasekolah, Pengurusan sumber,Pengurusan Media Pengajaran, Tamadun Islam& Asia, Kajian Tempatan
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
51/54
PANEL PEMURNIAN MODULPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)
(PRA3105:PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK)
NAMA KELAYAKAN
Dr NORIATI BINTI A. RASHID
Ketua Penolong PengarahUnit KurikulumBahagian Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia
Kelulusan:PhD.(Sosiolinguistik), UMSarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UMB.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UMDip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM
EN. BAHARUDDIN B. AB. LATIF
Penolong PengarahUnit KurikulumBahagian Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia
ujangserdang@yahoo.com
Kelulusan:M.Ed.(Pentadbiran Pendidikan ), UPMBac.Pend. PBMP. UPMSijil Perguruan Khas (Pendidikan Jasmani),MPIKSijil Asas Perguruan (Sejarah dan Geografi)
Pengalaman:Penolong Pengarah Unit Kurikulum(Pendidikan Jasmani, Pendidikan Prasekolah,Kokurikulum, Bina Insan Guru)- 7 TahunPend. Awal Kanak-Kanak PERMATA 1 Tahun
En. ZULKIPLY BIN YAAKOB
PensyarahIPGM Kampus Tun Hussein OnnKm 7.75 Jalan Kluang,83000 Batu Pahat,Johor.
zulky54@gmail.com
Kelulusan:M.Ed.(Pendidikan Prasekolah)B.Ed. Hons. (Muzik)Sijil Guru Khas (Muzik)Sijil Guru (PPAK)
Pengalaman:Pesyarah IPTHOPensyarah MPTAAGuru Sekolah Menengah (2 tahun)Guru Sekolah Rendah ( 7 tahun)
VENNILA VEERAPPAN
PensyarahIPGM Kampus Bahasa Melayu MalaysiaJalan Lembah Pantai59990 Kuala Lumpur
vvnila05@yahoo.com
Kelulusan:Sarjana Pendidikan awal Kanak-Kanak, UMSarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, UMSijil Perguruan Asas,MPRM
Pengalaman:Pensyarah Ilmu Pendidikan & Prasekolah(5 tahun)Guru Sekolah Rendah (16 tahun)
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
52/54
NAMA KELAYAKAN
UMI KALSOM BT. TAKRIFF
PensyarahIPGM Kampus Raja Melewar
Jalan Sikamat70400 SerembanNegeri Sembilan
umiktakriff@yahoo.com
Kelulusan:Sarjana Pendidikan Prasekolah, UKMBac Perakaunan, UPMDiploma Pendidikan MPPPP
Pengalaman: Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan ( 5 tahun )Guru Sekolah Menengah (9 tahun)
NOOR MIZA BINTI ABDUL RAHMAN
PensyarahIPGM Kampus Tuanku Bainun14000 MengkuangPulau Pinang
puterimiza@yahoo.com
Kelulusan:MSc.Edu. (Pengurusan Pendidikan), UUMB.A.(Hons) Childhood Education, UMDiploma Pendidikan Universiti Malaya
Pengalaman: Pensyarah Ilmu Pendidikan ( 5 tahun )Pensyarah Pengajian Prasekolah (5 tahun)Guru Sekolah Menengah (11 tahun)
WAN NOR HAYATI BT WAN MD NOR
PensyarahIPGM Kampus Sultan Mizan22200 BesutTerengganu
kullah70_t70@yahoo.com
Kelulusan:MSc.Edu. (Pendidikan Awal Kanak-kanak), UMB.A.(Hons) Pendidikan Awal Kanak-Kanak, UMSijil Perguruan Asas (Pengajian Prasekolah), MPKuala Terengganu
Pengalaman: Pensyarah Pengajian Prasekolah (7 tahun)Guru Sekolah Menengah (1 tahun)Pegawai Khas Prasekolah, PPD (1 tahun)
Guru Prasekolah (3 tahun)
HJ. MAZLAN BIN TALIB
Ketua Jabatan Pendidikan PrasekolahIPGM Kampus Sultan Mizan22200 BesutTerengganu
m6470t@yahoo.com
Kelulusan:M.Sc.Edu. (Pentadbiran Pendidikan), UPMB.A.(Hons) Kemanusiaan Dgn. Pendidikan, USM
Pengalaman: Pensyarah Pengajian Prasekolah (8 tahun)Guru Sekolah Menengah (13 tahun)
WAN AHMAD JAZLAN WAN AB. RAHMAN
PensyarahIPGM Kampus Kota Bharu16109 Kota BharuKelantan
wjazlan@yahoo.com
Kelulusan:M.Ed. (Pendidikan Awal Kanak-kanak), UPSIB.Ed.(Hons) Bimbingan Dan Kaunseling, UPMSijil Perguruan Khas, MPKT, Batu RakitSijil Perguruan Asas, MPPP Kuala Terengganu
Pengalaman: Pensyarah Pengajian Prasekolah (8 tahun)Guru Sekolah Menengah (2 tahun)Guru Sekolah Rendah (10 tahun)
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
53/54
8/13/2019 Pra 3105, Perkembangan Koghnitif kanak-kanak
54/54
LAMPIRAN A
KON
Rehat
Perbincangan
ahan acaan
uku Rujukan
Latihan
Membuat Nota
Senarai Semakan
Layari Internet
Panduan Pengguna
Mengumpul Maklumat
Tutor ia l
Memikir
Tamat