Power Point Ldk Pss 2015

Post on 17-Jan-2016

246 views 2 download

description

kem

Transcript of Power Point Ldk Pss 2015

BENGKEL PENGURUSAN ASAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

2015

12-14 FEBRUARI 2015OLEH: CG RAJA NASMAWATI BT RAJA ALI

SK TOK JIRING

Melatih dan mendedahkan pengawas pusat sumber sekolah yang baru dan yang lama tentang pengurusan asas pusat sumber sekolah seperti membuat proses teknik buku, baik pulih buku, peranan dan tanggungjawab, mengetahui bidang tugas masing-masing iaitu bahagian kaunter sirkulasi, bahagian rak buku, bahagian pinjaman dan pemulangan buku.

TUJUAN BENGKEL

Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan atau bilik media tanpa kehadiran guru. Pelajar-pelajar dikehendaki menanggalkan kasut dan susun kasut di atas rak dengan kemas sebelum masuk ke perpustakaan

atau bilik media. Pelajar yang hendak mengguna komputer

di dalam perpustakaan mesti mendapat kebenaran daripada guru perpustakaan

atau pengawas pusat sumber.

PERATURAN PSS

sekolah, buku teks atau buku-buku sendiri serta makanan dan minuman tidak dibenarkan bawa masuk ke dalam perpustakaan. Barang-barang tersebut mesti diletakkan di luar perpustakaan. Pelajar hanya dibenarkan membawa masuk alat tulis dan kertas tulis untuk membuat rujukan dan mencatat nota. Pelajar-pelajar hanya dibenarkan meminjam atau memulangkan buku, membaca buku, majalah, surat khabar serta membuat rujukan. Anda tidak dibenarkan berbual-bual di dalam perpustakaan.

Sambungan peraturan

1 Memastikan PSS dalam keadaan terkawal 

2 Menguruskan pinjaman dan pulangan buku 

3 Memastikan buku, akhbar, majalah dan risalah dalam keadaan sedia u tuk digunakan 

4 Mengemas dan membersihkan Pusat Sumber 

5 Menyusun buku mengikut pengkelasan di rak 

TUGAS PENGAWAS

6 Memberi amaran kepada pengguna yang mengganggu ketenteraman 

7 Membuat bancian buku-buku yang dipinjam setiap hari 

8 Memberi khidmat dan tunjuk ajar kepada pengguna ketika mencari bahan 

9 Bertanggungjawab untuk hadir pada hari-hari yang diamanahkan untuk mengawas  dan bertugas.

TUGAS PENGAWAS:

CARA PROSES BUKU

1 Mengecap, menampal kad poket, kad pinjaman dan kad pulangan serta melabel. 

2 Mencatat maklumat mengenai buku di atas kad pinjaman dan poket buku.

1 Mengesan dan mengasingkan buku-

buku yang rosak. 

2 Membaik pulih bahan yang boleh digunakan.

BAIK PULIH BUKU

1 Merekodkan langganan akhbar harian dan majalah. 

2 Mengemaskinikan akhbar dan majalah dari semasa ke semasa. 

3 Menggunting artikel daripada akhbar yang telah tamat tempoh simpanan selama  sebulan untuk  dijadikan Fail Tegak / Buku Skrap.

Bahan Berkala / Risalah

1 Memastikan lampu dan kipas dipadamkan sebelum meninggalkan Pusat Sumber. 

2 Memastikan bilik-bilik sentiasa bersih dan kemas 

3 Menjalankan tugas-tugas semasa yang ditetapkan oleh Guru Pusat Sumber. 

4 Membantu guru-guru PSS dalam apa jua perkhidmatan yang diperlukan. 

Tugas-Tugas Lain

1.  Pastikan nama yang tertera dikad perpustakaan yang digunakan adalah kepunyaan si peminjam.

2.  Pastikan peminjam berkenaan tidak berhutang apa-apa dengan perpustakaan -Buku-buku yang dipinjam telah dipulangkan dan denda telah dibayar (jika ada). Peminjam yang masih berhutang tidak boleh meminjam apa-apa dari perpustakaan sehingga beliau menjelaskan hutangnya.

3.  Isikan butir-butir pinjaman dalam kad pinjaman (Kad Putih) dan Cop Tarikh pemulangan buku.

4.  Masukkan Kad Putih berkenaan kedalam Kad Perpustakaan peminjam.

PINJAMAN BUKU RAK TERBUKA

5.   Masukkan kad berkenaan kedalam kotak kad pinjaman (mengikut tarikh pulang).

6.   Cop tarikh pemulangan buku pada helaian kertas 'Tarikh Pulang' (dibelakang buku).

7.   Catatkan butir-butir pinjaman dalam kad peminjam pelajar (Kad Kuning) dan pulangkan kepada pelajar. 8.   Serahkan buku kepada si peminjam.

9.   Catatkan butir-butir peminjam ke dalam 'Rekod Peminjam Buku Pelajar'. 

sambungan

·  Tempoh pinjaman sebuah buku ialah 1 minggu. (7 hari) ·   Seorang pelajar dibenarkan meminjam  1 buah buku sahaja pada satu-satu masa

·   Pinjaman buku rak terbuka boleh dilakukan pada waktu rehat sahaja.(Dalam kes-kes tertentu, pelajar boleh meminjam di luar waktu pinjaman melalui guru )

PERINGATAN.

·   Seorang guru hanya dibenarkan dibenarkan meminjam maksimum 5 buku pada satu-satu masa. Bagi peminjaman seterusnya, beliau mestilah memulangkan buku-buku yang dipinjam sebelumnya.

·   Pengawas PSS yang bertugas di kaunter mesti menjalankan tugas dengan tenang dan senyap

·   Pelajar mestilah beratur dengan senyap dihadapan kaunter peminjaman. Pelajar yang ingkar tidak akan dilayan

sambungan

  1.   Pastikan tarikh buku dipulangkan tidak lewat daripada

'Tarikh Pulang' yang sepatutnya

2.   Jika buku lewat dipulangkan, peminjam akan didenda (RM 0.10 sehari)

3.   Jika peminjam berkenaan tidak dapat membayar dendanya pada waktu itu, beliau boleh membayar di lain hari

4.   Setiap kutipan denda hendaklah dicatat dalam ;Buku Denda' dan wang diserahkan kepada Bendahari pada hari yang sama

5.    Jika buku yang dipinjam hilang, peminjam diminta membayar harga asal buku berkenaan 

Pemulangan Buku Rak Terbuka

Sekian.Terima Kasih