Post on 17-Jan-2016
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
SEKOLAH RENDAH (PGSR)
MOD KURSUS DALAM CUTI
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN RENDAH
PSV 3102
BAHASA VISUAL PERBANDINGAN
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada Jun 2009
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM
Cetakan Jun 2009 Bahagian Pendidikan Guru Pembangunan Profesional Keguruan Kementerian Pelajaran Malaysia
PANDUAN PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. PANDUAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iii
Falsafal Pendidikan Guru iii
Kata-Alu-aluan iv
Panduan Pembelajaran v-vi
Pengenalan vii
Agihan Tajuk ( Interaksi dan Modul ) viii
Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1 Asas Seni Reka Secara Perbandingan 1
1.1 Sinopsis
1.2 Hasil Pembelajaran
1.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini
1.4 Kandungan
1.5 Latihan
Tajuk 2 Asas Seni Reka Secara Perbandingan 2
2.1 Sinopsis
2.2 Hasil Pembelajaran
2.3 Kerangka KonsepTajuk-tajuk Modul
2.4 Kandungan
2.5 Latihan
Tajuk 3 Analisis Asas Seni Reka Dalam Karya
3.1 Sinopsis
3.2 Hasil Pembelajaran
3.3 Kerangka Tajuk
3.4 Kandungan
3.5 Latihan
3.6 Analisis Karya 3 Dimensi
3.7 Latihan
1
1
1
2
12
13
13
13
14
17
18
18
18
19
22
23
30
Rujukan 32
Panel Penulis Modul 35
Panel Pemurni Modul 36
Ikon 37
KANDUNGAN MUKA SURAT
iii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Cetakan Jun 2008 Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
iv
v
Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.
PANDUAN PELAJAR
vi
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami
pembacaan anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-
bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.
vii
PENGENALAN
Kursus PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan melibatkan teori dan amali dalam
pengajaran dan pembelajaran. (Sila rujuk – Agihan Tajuk)
Modul ini mengandungi tiga tajuk iaitu Tajuk 1 - Asas Seni Reka Secara
Perbandingan 1 (Topik 2 dalam proforma), Tajuk 2 - Asas Seni Reka Secara
Perbandingan 2 (Topik 3 dalam proforma), dan Tajuk 3 - Analisis Asas Seni
Reka Dalam Karya (Topik 4 dalam proforma).
Modul ini juga disertakan aktiviti dan latihan untuk pengukuhan pembelajaran.
Terdapat beberapa aktiviti dan latihan yang disediakan bagi setiap tajuk. Aktiviti
dan latihan tersebut termasuklah kajian seni visual hasil karya, membuat
perbandingan ringkas terhadap karya-karya seni visual pelbagai budaya, nilai
dan falsafah. Setiap tajuk disertakan latihan bertulis berbentuk analisis dalam
setiap topik yang dipelajari. Setiap ulasan tersebut akan dibimbing dengan
persoalan-persoalan disusuli dengan sumber rujukan yang berkaitan.
Latihan ini harus disiapkan dalam jangkamasa yang ditetapkan. Hasil kerja
pelajar yang telah disiapkan hendaklah dihantar kepada Pensyarah secara e-mel
atau bersemuka. Sebagai memantapkan lagi kefahaman setiap tajuk dalam
kursus ini, pelajar dinasihatkan membuat lebih banyak rujukan dan pembacaan.
Pelajar juga digalakkan menghubungi pensyarah untuk mendapatkan maklumat
lanjut yang berkaitan dengan topik-topik yang dipelajari.
viii
AGIHAN TAJUK
Panduan kepada pengguna Kadungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma)
Bil.
Tajuk/Topik
Interaksi Bersemuka
(jam)
Modul (jam)
Jumlah Jam
1
Teori Pengenalan Bahasa Visual- Falsafah, pengaruh dan latarbelakang dalam pelbagai budaya
8
0
8
2
Asas Seni Reka secara perbandingan 1
0
6
6
3
Asas Seni Reka secara perbandingan 2
2
6
8
4
Analisis Asas Seni Reka dalam karya
5
3
8
5
Amali Mengkaji dan Meneroka Unsur-unsur Seni Perbandingan
10
0
10
6
Mengkaji dan Meneroka Prinsip Rekaan Perbandingan
12
0
12
7
Mengkaji Komposisi Karya-karya Pelbagai Budaya
8
0
8
Jumlah Keseluruhan
45
15
60
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
1
Sinopsis
Tajuk ini memberi pendedahan tentang peranan dan kepentingan asas seni
reka secara perbandingan dalam karya Seni Visual. Perhatian diberi kepada
aspek pemerhatian, penerokaan dan penghayatan terhadap karya visual.
Tumpuan diberi kepada perbandingan terhadap karya seni visual pelbagai
budaya iaitu Seni Islam, China, India, Barat, Jepun dan Malaysia, berdasarkan
analisis Unsur Seni dan fungsi unsur seni dalam karya.
Hasil Pembelajaran
1.2.1 Membandingbeza unsur-unsur seni garisan dan rupa dalam karya
lukisan pelbagai budaya.
1.2.2 Membandingbeza unsur-unsur seni garisan dan jalinan dalam seni bina
pelbagai budaya.
1.2.3 Membanding beza unsur –unsur seni dan prinsip rekaan dalam karya
catan pelbagai budaya.
Kerangka konsep Tajuk 1
TAJUK 1 ASAS SENI REKA SECARA PERBANDINGAN 1
Fungsi Unsur –unsur Seni
Asas Seni Reka Secara Perbandingan 1
Unsur Seni
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
2
Kandungan
Tajuk Asas Seni Reka Secara Perbandingan 1 merupakan
kesinambungan dari tajuk Pengenalan Bahasa Visual- Falsafah, pengaruh dan latarbelakang dalam pelbagai budaya. Semasa sesi
interaksi bersemuka, anda telah didedahkan dengan karya pelbagai
budaya. Anda telah membanding beza bahasa visual dalam karya catan,
cetakan dan tembikar dan membuat kajian terhadap subjek, tema, teknik
dan bahan yang dikaitkan dengan falsafah dan latar belakang masyarakat,
nilai dan kepercayaan pelbagai budaya. Untuk tajuk yang seterusnya
tumpuan akan diberi kepada unsur seni dan prinsip rekaan secara spesifik.
Unsur Seni
Unsur Seni dalam karya akan dibincangkan mengikut aspek terpilih.
Misalnya unsur garisan akan dibincangkan mengikut aspek ciri garisan,
kualiti ekspresif garisan dan fungsi garisan. Anda boleh gunakan Buku
Orvick,O.G.,et.al(2006) dan Knobbler,N.(1982) sebagai rujukan asas.
Beberapa contoh karya dari Seni Barat, Seni India, Seni Islam, Seni Cina
dan Seni Jepun akan digunakan untuk perbincangan.
Perhatikan Garisan yang digunakan dalam Karya A1 dan Karya
B1.
Bolehkah anda huraikan garisan dan rupabentuk yang digunakan?
Karya A1 – Leonardo da Vincci Head of a warrior) (Sumber: http://www.artinthepicture.com) )
Karya B1 - Indian Art (Sumber: )
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
3
Cuba anda teliti kedua-dua karya di atas. Karya lukisan pertama
menggambarkan imej manusia (figura) manakala karya kedua
menggambarkan situasi di dalam sebuah istana yang dilukis oleh pelukis
India. Teliti kedua-dua karya, dapatkah anda menentukan penggunaan
garisan dan rupanya ? Cuba teroka garisan, jalinan dan rupa bentuk dalam
karya tersebut.
Untuk Karya A1, cuba teroka garisan yang cerah, gelap, jelas dan
kabur. Garisan digunakan untuk menunjukkan bayang, cahaya dan
isipadu. Bersama jalinan yang juga kabur dan jelas, rapat dan
jarang itu, garisan menunjukkan kepala dan bahu yang berisipadu
dengan kesan yang timbul seperti 3 dimensi.
Untuk Karya B1, unsur garisan dijelmakan dalam bentuk gambaran
imej yang pelbagai bagi menggambarkan 3 imej figura. Cuba
teroka cara garisan itu dilukis bandingkan dengan karya A1. Unsur
garisan yang jelas digunakan. Terdapat garisan yang berfungsi
sebagai garis luar. Terdapat garisan yang lulus seperti pada tiang
dan kayu serta garisan yang lengkung seperti pada badan manusia
dan corak bunga. Garis luar yang digunakan memberi gambaran
objek atau rupa objek yang rata sahaja.
Beralih pula kepada unsur rupa, bolehkah anda huraikan pelbagai
rupa dalam karya B1. Apakah rupa yang digunakan sebagai hiasan
permukaan? Terokalah pelbagai unsur rupa yang juga agak jelas
kelihatan pada karya B1.
Meneliti kedua-dua karya tersebut, terdapat gambaran garisan luar
objek yang digambarkan oleh pelukis dengan cara yang berlainan.
Garisan luar juga terhasil dengan olahan unsur lain yang bukan
garisan, misalnya gunakan jalinan dan warna.
Pembentukan imej dalam karya B mirip kepada rupa-rupa objek.
Cuba huraikan wajah muka Karya A1 dan B1. Adakah sesuatu
perasaan yang terdapat pada wajah muka itu?
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
4
Apakah pelbagai cara menggunakan garisan contour dan garisan
saranan?
Sebelum anda teruskan, baca Bab 3 buku Orvick,O.G.,et.al(2006)
berkenaan perkara berikut:
garisan dan komunikasi
jenis garisan, sifat garisan, ciri garisan, arah garisan
fungsi garisan
kualiti ekspresif garisan
garisan dan ruang
garisan dan unsur seni lain
garisan dan representasi
garisan dan mud
Baca juga Bab 4 untuk rupa.
Unsur seni dalam karya pelbagai budaya boleh dikaitkan dengan falsafah,
agama, kepercayaan, latar belakang social politik serta sumber alat dan
bahan persekitaran. Karya Seni Cina kelasik boleh dibaincangkan dengan
pertaliannya dengan falsafah Tao. Pegangan agama Islam yang
melarangkan bentuk manusia dan haiwan yang diolahkan seperti sebenar
juga telah memberi kesan kepada hasil seni Islam. Karya Seni India awal
pula boleh dikaitkan dengan cerita agama dan istana rajah. Cuba terliti
contoh-contoh di bawah ini.
Karya C2 Mihrdukht Shoots an Arrow Through a Ring, by Meister der Hamza-Nâma-Handschrift, 1564-1579. (sumber: http://www.newworldencyclopedia.org)
Kotak 1
"Firdausi Encounters the Court Poets of Ghazna" Attributable to Aqa-Mirak. Page from a Shahnamah for Shah Tahmasp. Iran, Tabriz. Circa 1532 (sumber: http://www.ismaili.net/sadruddin/islamic.html)
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
5
Bagaimanakah unsur seni telah memainkan peranannya dalam
karya C1 –C6?
Untuk karya C1 dan C2 penyampaian perihal cerita diutamakan. Ruang
bentuk yang rata digunakan dalam Karya C2. Perspektif ruang tidak
Karya C4 Worrior Guan, the 3 Kingdom (sumber:http://www.galleriapangea.com)
Karya A2 Leonardo da Vinci, Five Grotesque Heads
(sumber: http://www.artacademy.com)
Karya A3 Leonardo da Vinci, Rearing Horse.
( (sumber: http://www.artacademy.com)
Karya B3 Emperor Kangxi (sumber: http://www.galleriapangea.com)
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
6
mengikut hukum 3 titik untuk menujukkan ilusi ruang pedalaman. Objek di
letak di ruang dengan cara perspektif yang menaik ke atas. Kurang
terdapat tindihan figura. Hiasan juga adalah ketara.
Untuk karya C3 cuba teliti bagaimana garisan diolah untuk memberi kesan
kepada wajah muka yang menujukkan watak. Bandingkan mata dan
jangut untuk 2 watak yang berlainan dalam Karya C4. Seorang ialah
pahlawan yang taat kepada raja dan setia kepada rakan, seorang lagi
ialah pembantunya dalam medan perang. Untuk Karya C 5, garisan
digunakan untuk menunujukkan pergerakan.
Layarilah internet untuk maklumat lanjutan. Baca Bab 5-8 Buku
Orvick,O.G., dan terokai pelbagai unsur seni untuk pelbagai kesan visual.
Aktiviti:
1. Terokai garisan saranan yang terdapat pada karya D1. Terangkan
garisan saranan. Bagaimanakah garisan memberi kesan kepada ruang
dan komposisi gambar?
2. Terokai ciri garisan pada karya D2, bagaimanakah garisan itu memberi
kesan kepada keadaan dan sifat gunung?
3. Huraikan kaitan keadaan social kehidupan atau kepercayaan yang
memberi pengaruh terhadap karya D1 dan karya D2.
4. Dengan menggunakan pelbagai alat dan bahan cuba teroka pelbagai
pergerakan tangan untuk menghasilkan pelbagai ciri dan kesan visual
Karya D1 Autumn Landscape and the view from Steen castle, by Peter Paul Rubens, circa 1725 (sumber: http://www.newworldencyclopedia.org)
Karya D2: Deep Valley, by Guo Xi, (fl. 1020–1090) (sumber: http://www.newworldencyclopedia.org)
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
7
garisan. Huraikan ciri garisan yang dihasilkan. Untuk tujuan apa anda
boleh gunakan garisan tersebut?
Dokumentasikan semua aktiviti penerokaan anda.
Garisan dalam lukisan
Sebuah lukisan boleh menggambarkan apa saja secara tampak. Dari
himpunan garisan-garisan kasar dan halus, malah garisan pun boleh digubah
menjadi lukisan. Sebagaimana kata Capon (1995), “A drawing can be
composed of a single line”. Dalam konteks pendidikan akademik lukisan
merupakan pernyataan, gambaran semula melalui imitasi, pernyataan
bentuk-bentuk menggunakan simbol, pemetaan, malah contengan yang
dibuat oleh kanak-kanak sekalipun dikatakan sebagai lukisan. Dengan lain
perkataan lukisan merupakan imej yang bermakna setidak-tidaknya memberi
suatu isyarat kepada yang menatapnya. Sehinggalah ia dapat diletakkan ke
dalam kategori tertentu seperti yang disebut oleh Jailani Abu Hassan
(katalog pameran lukisan 1997) iaitu kategori lukisan persediaan dan lukisan
siap. Ini bererti lukisan telah menjadi perkara asas dalam pengajian
Pendidikan Seni Visual. Tanpa memperhalusi perkara asas itu serta
mendalami makna lukisan sebenarnya maka akan pincanglah keseluruhan
Pendidikan Seni Visual itu.
Aspek Formal Lukisan
Mengetahui aspek formal seni dalam sesebuah lukisan adalah menjadi
perkara asas dalam kajian Seni Visual. Ini merangkumi hal dan pengetahuan
yang berkaitan dengan unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan yang
teradun dalam sesebuah gubahan lukisan. Unsur-unsur seni yang
dimaksudkan itu terdiri daripada garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan
warna. Unsur-unsur seni ini menjadi asas dalam semua reka bentuk yang
dicipta. Van Homrigh (1965), dalam Introduction to Art and Craft
merumuskan unsur-unsur seni sebagai berikut
“The basic abstract factors or parts with which any
work of visual art is built up, such as line, space,
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
8
direction, shape, size, texture, tone (or value) and
colour”
Manakala prinsip-prinsip rekaan itu pula terdiri daripada kontra, harmoni,
imbangan, kesatuan, penegasan pergerakan dan kepelbagaian. Biasanya
dengan mengolah atau mengorganisasikan unsur-unsur seni ini mengikut
prinsip rekaan tertentu akan dapat menghasilkan sebuah lukisan yang baik.
Oleh itu sesuatu idea yang diperturunkan menerusi lukisan lazimnya dengan
cara mengolah unsur-unsur seni tersebut mengikut prinsip rekaan tertentu.
Fungsi Unsur Garisan
Membicarakan persoalan garisan ia berkaitan hal pembentukan unsur-unsur
seni yang lain seperti rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. Garisan
merupakan unsur seni yang paling asas dalam pembentukan lukisan.
Garisanlah yang menjadi faktor penentu kepada kefahaman tentang lukisan.
Menurut Mohd Fauzi Sedon@M.Don (2004), garisan tidak hanya
menjelaskan bahagian sisi sesuatu bentuk tetapi ianya juga digunakan untuk
menjelaskan ilusi pergerakan, berat dan emosi. Berdasarkan gambar 1 karya
lukisan Leonardo da Vincci unsur garisan membentuk lukisannya dengan
memberi penekanan kepada kesan-kesan garisan halus, tebal dan nipis
sehingga membentuk imej figura yang jelas rupa bentuknya. Bagi karya
lukisan gambar 2 lebih banyak membentuk rupa memperlihatkan struktur
garisan luar objek. Ini telah memberi kesan-kesan dan mud pada lukisan.
Mengikut kefahaman umum apabila disebut garisan, kita sering
membayangkan satu garisan yang lurus dilukis menggunakan alat (kayu
pembaris). Jarang kita membayangkan garisan itu berlengkar-lengkar atau
wujud dalam rupa sifat yang lain. Herberholz (1994), mendefinisikan garisan
sebagai berikut :
Line may be defined as the mark left by a dot or
point moving continuously through space or over a
surface. It starts someplace and stops some
place, and leaves a path as it is drawn across the
paper or other surface.
Donald Herberholz (1994:37)
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
9
Menurut Mohd Fauzi Sedon@M.Don (2004), garisan tidak hanya
menjelaskan bahagian sisi sesuatu bentuk tetapi ianya juga digunakan untuk
menjelaskan ilusi pergerakan, berat dan emosi.
Bagi kedua-dua sampel lukisan yang dikaji dalam rajah di atas gaya yang
ditampilkan pada lukisan itu adalah sama sahaja. Ini bermula daripada gaya
yang berasaskan kefahaman formal seni serta olahan garisan yang dibuat.
Sebagaimana kata James T.Saw (2000) dalam 2D Design Notes, :
…Line in art is artificial device that we have learned to interpret as
representing something. You have learned to read drawings with lines
since childhood. The usual meaning of a line is that it represent an edge.
Menurut beliau lagi :
…Lines are tools for communication. When an artist uses lines to
define the edges of an object or to describe its surface they are like
someone telling a story. A good storyteller knows that it is not just the
story, but the telling of it, that makes for success. The quality of the
lines in a drawing are like the timing, vocal inflections and emphasis
that a storyteller uses.
(James T.Saw, 2000:Sumber Internet) Pengaruh Pelbagai Budaya
Bagi kedua-dua karya lukisan dalam rajah di atas, gaya yang ditampilkan
oleh karya lukisan itu agak berbeza. Ini kerana terdapat perbezaan budaya
yang mempengaruhi pelukis. Jika diteliti pada karya lukisan A1, penentuan
komposisi (gubahan) karya lukisan tersebut adalah sangat formal. Ini ada
kaitannya dengan pengaruh pendidikan formal dalam bidang seni visual yang
berkembang di Barat. Aspek penguasaan kemahiran memanipulasikan
garisan adalah tinggi. Penggunaan ton yang membentuk imej dalam karya
lebih ketara. Bagi karya A 2 meskipun wujud kefahaman dari segi gubahan
mempelbagaikan unsur garisan, namun pengaruh budaya dan persekitaran
tetap memberi kesan terhadap penghasilan karya tersebut. Perhatikan
ketiga-tiga imej figura tersebut ia bersifat rata (flat) dan tidak dikenakan
dengan ton.
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
10
Sekarang cuba anda bandingkan gambar-gambar seni bina di bawah ini.
Perhatikan lengkung yang terdapat pada seni bina di atas. Tahukan
anda apakah nama yang diberi kepada garisan lengkung itu ?
E3 Makam Putera Raja
E2 Masjid Kubah Kuning
E1 Makam Taj Mahal
Sumber: Popular History of The Art
E6 The Liuhe Pagoda Hangzhou Sung dynasty (sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Liuhe_Pagoda)
E5 Wooden five-story pagoda of Hōryū-ji in Japan, built in 7th century,(sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Pagoda)
E4 The iron pillar in Delhi, India (Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Asoka)
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
11
Hasil daripada pemerhatian serta penelitian anda terhadap imej-imej dan
petikan di atas, cuba bincang bersama rakan anda tentang cara yang
digunakan oleh penulis tertentu untuk menghurai unsur-unsur seni.
Tamadun Islam bertunjang dan berpaksikan kepada konsep tauhid yang merupakan intipati dalam kehidupan bertamadun masyarakat Islam.
Tamadun Islam adalah akidah, syariah dan akhlak dan merupakan komponen dalam agama Islam.
Sumber dalam tamadun Islam adalah sumber naqli iaitu sumber wahyu.
Sumber aqli iaitu yang berdasarkan akal merupakan sumber sekunder ketetapannya mestilah tidak bercanggah dengan sumber naqli.
Aspek kerohanian dalam tamadun Islam amat dipentingkan. Kerohanian (spiritual) dan kebendaan (material) mestilah seimbang dan
bersepadu. Kesepaduan ini akan membentuk matlamat tamadun Islam yang paling
utama iaitu mencapai keredaan Allah, manakala material berfungsi sebagai wasilah atau alat penghubung dalam mencapai matlamat utama tersebut.
Petikan 1:
Kedatangan orang-orang Aryan ke India (1000 SM) telah membawa
agama Vedas dan membina rumah-rumah berhala api. Kemunculan agama Buddha di zaman Aryan telah mempengaruhi kesenian India.
Asoka (272 – 232 SM) telah membina banyak tempat ibadat untuk rakyatnya yang beragama Buddha. Tiang Suci Asoka yang tingginya 70 kaki jelas menunjukkan binaan oleh Asoka ini dipengaruhi unsur-unsur Buddha. Di bahagian atas tiang ini terdapat bentuk bunga teratai yang terbalik, di atasnya ada empat ekor singa yang terletak di atas roda yang besar. Bentuk-bentuk ini adalah sesuatu yang simbolik. Roda melambangkan pusingan hidup atau mati atau kelahiran.
Stupa ialah seni bina yang tinggi nilainya dan dianggap agong. Stupa juga merupakan perkuburan, tempat penyimpanan abu mayat sami Buddha. Ia merupakan tanda (tugu) peringatan bagi orang-orang yang beragama Buddha kepada Tuhan mereka, juga memperingati Buddha. Keseluruhannya melambangkan syurga.
Petikan 2:
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
12
Latihan
1. Dengan menggunakan contoh, terangkan kualiti ekspresi garisan.
2. Buat analisis unsur seni dan prinsip rekaan dengan pengurusan
grafik terhadap Karya F1 (Catan China) dan Kary F2 (Catan Jepun)
di bawah:
Karya F1 Karya F2
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
13
Sinopsis
Tajuk ini memberi pendedahan tentang peranan dan kepentingan Asas Seni
Reka secara perbandingan dalam karya Seni Visual dengan tumpuan kepaka
penerokaan prinsip rekaan secara perbandingan; menghuraikan aplikasi prinsip
rekaan dan menerokanya untuk mencapai kesatuan (unity) dalam karya kajian.
Tumpuan juga diberi kepada kajian perbandingan terhadap karya-karya dalam
bentuk 2-Dimensi dan 3-Dimensi dengan menyentuh falsafah dan latar
belakang masyarakat dalam pelbagai budaya.
Hasil Pembelajaran
2.2.1 Membanding beza peranan prinsip rekaan dalam hasil seni visual pelbagai budaya.
2.2.2 Membanding beza dan membuat rumusan tentang prinsip rekaan, peranan prinsip rekaan dan konsep kesatuan (unity) dalam hasil seni visual pelbagai budaya.
2.2.3 Menghubungkait kesan unsur seni dalam karya dengan latar belakang masyarakat, falsafah, nilai dan kepercayaan pelbagai budaya.
Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
Tajuk Konsep Kesatuan akan dikuliahkan.
TAJUK 2 ASAS SENI REKA SECARA PERBANDINGAN 2
Peranan Prinsip Rekaan
Prinsip Rekaan Konsep Kesatuan (Unity)
Asas Seni Reka Secara
Perbandingan 2
Peranan Prinsip Rekaan
Prinsip Rekaan Konsep Kesatuan (Unity)
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
14
Kandungan Anda telah didedahkan dengan falsafah, pengaruh, latar belakang dan imej-
imej pelbagai budaya serta disusuli dengan penerokaan terhadap subjek, tema,
teknik dan bahan serta unsur-unsur seni pada hasil-hasil karya lukisan dan
catan. Untuk tajuk seterusnya tumpuan akan diberi kepada Prinsip Rekaan dan
peranan Prinsip Rekaan.
Asas Seni Reka
Sumber: Orvirk, O.G., et. al.(2006) ms : 29/30
Prinsip rekaan akan dibincangkan dengan rujukan kepada karya pelbagai
budaya. Untuk tajuk ini Prinsip Rekaan dibincangkan dengan memberi
tumpuan kepada aspek tertentu seperti perulangan dan rithma yang memberi
harmoni dan penegasan dan kontra yang memberi variasi. Sebagai persediaan,
anda boleh baca Bab, 2 Orvirk, O.G., et. al.(2006).
Perhatikan ulangan kuda, manusia dan bendera pada karya G1 dan
G2. Bagaimanakah ulangan itu memberi kesan rithma ?
UNSUR-UNSUR SENI Garisan Rupa Jalinan Bentuk Ruang Warna
PRINSIP-PRINSIP REKAAN Imbangan Harmoni Kontra Penegasan Pergerakan Kepelbagaian Kesatuan
G2 Ceremony (mural of Tang Dynasty)
G1 Outing of Hunting (mural
of Tang Dynasty)
(Sumber: http://www.xabusiness.com/china-resources/sui-tang-chinese-paintings.htm)
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
15
Untuk Karya G1, badan kuda diulang-ulangkan ke satu arah. Jarak
antara kaki kuda berubah dari kuda ke kuda. Badan manusia pula
memecahkan ruang antara ulangan tersebut. Warna kuda pula
mempunyai variasi dan memecahkan monotonous ulangan bentuk kuda.
Untuk Karya G2, badan manusia dihadap ke sudut kiri dan diulang-
ulangkan mengikut kumpulan, Bendera yang diulang-ulangkan pula
menuju ke bawah kenan memberi kontra kedudukan dan arah. Warna
pada baju dan bendera diulang-ulangkan tetapi dengan saiz yang berbeza.
Untuk Karya G3, kepala manusia menghadap ke arah yang berlainan
memberi variasi. Tetapi terdapat satu pertalian susunan antara kedudukan
dan arah satu kepala dengan kepala yang lain yang menyatukan semua
perbezaan dan memberi aliran pandangan yang berputar ke arah tengah
mengelilingi Socrates yang duduk tegak.
Untuk karya G4, terdapat perulangan pada lengkung dinding semakin
turun ke bawah kiri bingkai karya. Begitu juga perulangan kedudukan
manusia yang berdiri, semakin turun ke bawah kiri bingkai gambar. Garis
lengkung di tanah pula bergerak ke arah bawah kanan bingkai, memberi
variasi dengan aliran pandangan yang berpusing atas manusia di tengah.
Layarilah internet untuk maklumat lanjutan.
G 3 The Death of Socrates Jacques-Louis David 1787 (Sumner: http://en.wikipedia.org) G4 Yahyâ ibn
Mahmûd al-Wâsitî (sumber : wikemedia.org)
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
16
Orvirk, O.G., et. al.(2006) telah ringkaskan unsur seni dan prinsip rekaan
dengan satu rajah seperti yang berikut. Baca Bab 2 untuk isi lanjutan.
(Sumber: Orvirk, O.G., et. al.(2006) ms : 29/30)
evolusi
Bentuk
Peralatan Seni Media
Elemen-elemen Seni Garisan Rupa Ton
Jalinan Warna
dihasilkan mengikut Prinsip-prinsip
Organisasi
Harmoni Kepelbagaian melibatkan Faktor kesamaan -pautan visual Perulangan-Ritma
melibatkan Faktor ketidaksamaan Kontra-dikembangkan Imbangan
Kadarbanding Penegasan Pergerakan
Ekonomi
mencipta
Ruang
untuk mengujudkan
Kesatuan
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
17
Latihan
1. Dengan rujukan kepada 2 buah Karya cuba bandingkan rithma dan
kontra yang terhasil dari penyusunan unsur seni. Anda boleh pilih contoh
karya dari Bab 2 , buku Orvirk, O.G., et. al.
2. Sediakan satu rajah penyususnan grafik untuk menyampaikan
perbandingan anda. Anda boleh mula dengan mengisi ruang yang
disediakan dalam jadual berikut:-
Bil.
Prinsip
Rekaan
Subjek/
Isi
Kandungan
Karya A
Karya B
Kaitan
Falsafah/
Budaya/
Latar Belakang
Masyarakat
1. Harmoni
2. Kontra
3. Imbangan
4. Penegasan
5. Pergerakan
6. Kepelbagaian
Buat ulasan bagi setiap dapatan anda di atas. Berdasarkan dapatan anda
tersebut, buat perbincangan bersama rakan dalam kumpulan anda. Buatlah
analisis terhadap karya-karya 2-Dimensi dan 3-Dimensi yang lain.
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
18
Sinopsis Tajuk ini memberi pengetahuan dan kemahiran dalam membuat analisis Asas
Seni Reka dalam karya-karya pelbagai budaya. Pelajar juga dapat mengkaji
dan meneroka komposisi dalam karya 2-Dimensi dan 3-Dimensi serta dapat
menerangkan definisi, menghurai konsep komposisi dan menganalisa beberapa
contoh karya 2-Dimensi dan 3-Dimensi. Pelajar dapat menghuraikan komposisi
dalam karya kajian serta membuat pembentangan .
Hasil Pembelajaran
3.2.1 Menghurai dan menganalisis beberapa contoh karya 2-Dimensi dan
3-Dimensi.
3.2.2 Menjelaskan konsep komposisi dalam karya 2-Dimensi dan 3-
Dimensi
3.2.3 Membanding beza bahasa visual universal dalam pelbagai karya.
Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini
Tajuk Analisis Komposisi dalam Karya Digital tidak dimodulkan dan akan dikuliahkan
TAJUK 3 ANALISIS ASAS SENI REKA DALAM KARYA
Analisis Asas Seni Reka
Dalam Karya
Analisis Komposisi Dlm
Karya 2D Analisis
Komposisi Dlm Karya Digital
Analisis Komposisi Dlm
Karya 3D,Digital
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
19
Kandungan
Cuba anda bandingkan kedua-dua karya di bawah ini.
Setelah anda perhatikan kedua-dua imej karya di atas, sila baca dua petikan
berikut:-
Khen Karan, Prince Riding an Elephant, Mughal (Sumber: Art Fundamentals-10th.Edition)
Karya A
Bamboo in the wind (Sumber: Art Fundamentals-Tenth Edition)
Karya B
Petikan 1:
Tamadun Islam bertunjang dan berpaksikan kepada konsep tauhid yang merupakan intipati dalam kehidupan bertamadun masyarakat Islam.
Tamadun Islam adalah akidah, syariah dan akhlak dan merupakan komponen dalam agama Islam.
Sumber dalam tamadun Islam adalah sumber naqli iaitu sumber wahyu. Sumber aqli iaitu yang berdasarkan akal merupakan sumber sekunder
ketetapannya mestilah tidak bercanggah dengan sumber naqli. Aspek kerohanian dalam Tamadun Islam amat dipentingkan. Kerohanian (spiritual) dan kebendaan (material) mestilah seimbang dan
bersepadu. Kesepaduan ini akan membentuk matlamat Tamadun Islam yang paling
utama iaitu mencapai keredaan Allah, manakala material berfungsi sebagai wasilah atau alat penghubung dalam mencapai matlamat utama tersebut.
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
20
Hasil daripada pemerhatian serta penelitian anda terhadap kedua-dua imej
dan petikan di atas, anda akan mendapat satu gambaran tentang pegangan
dan nilai yang ada pada kedua-dua karya tersebut.
Dalam sebuah karya catan unsur warna merupakan aspek yang paling
dominan yang membentuk sebuah karya catan. Warna terdiri daripada
pelbagai jenis warna yang dikenali sebagai warna utama, warna sekunder
dan warna tertier. Lazimnya bagi pelukis yang menghasilkan sesebuah karya
catan akan memilih warna-warna yang bersesuaian di samping pemilihan
warna itu bergantung kepada objektif karya itu dihasilkan. Pengaruh budaya
tidak boleh dipinggirkan. Ini kerana sesuatu budaya itu juga mempunyai
kepercayaan yang berbeza terhadap sesuatu warna.
Merujuk kepada karya A Seni Mughal, diperhatikan pelukis cenderung memilih
warna-warna kontra sebagai mewujudkan keseimbangan warna dalam karya
tersebut. Berbanding dengan karya B, seni catan China yang tidak
memberikan penekanan terhadap kepelbagaian warna pada karya. Apa yang
diutamakan ialah menjalin diri pelukis dengan hal benda kajian (subjek matter)
yang diberikan perhatian. Ini kerana wujudnya pegangan serta falsafah
kehidupan seperti yang diutamakan oleh Lao Tze dan Confusius dalam
Lao Tze mengemukakan falsafah Tao sebagai suatu kekuatan di mana
manusia cuba menjalin dirinya dengan alam. Konsep ini menyamai konsep Wu-Wei dalam aliran Konfusius yang
mendorong manusia mengambil jalan pertengahan antara dua aktiviti tertinggi dan istirehat tertinggi.
Mereka menafsir bahawa kehidupan yang berlaku di alam ini adalah hasil dari pergerakan alam yang berterusan. Seseorang dianggap dapat berhubung dengan alam apabila dia berjaya menghubungkan dirinya dengan tao melalui pembersihan jiwa atau mengosongkan diri dari dua perkara yang keterlaluan.
Petikan 2:
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
21
petikan 2 di atas. Jiwa diri dianalogikan kepada benda alam seperti buluh.
Buluh adalah kosong ditengah, tiada banyak cabang dan berkerat-kerat. Ini
dikaitkan dengan sahsiah manusia yang tulus, teguh, berakhlak mulia dan
mengamalkan nilai murni. Daun buluh bergerak dengan arus pergerakan
alam. Ini dikaitkan dengan tindakan manusia yang perlu disusun mengikut
kehendak alam dan bukan melawan atau merosakkan alam. Kaligrafi
dimasukkan dengan puisi yang melengkapi makna nilai tersebut.
Berdasarkan karya B di atas, karya catan China, aspek gubahannya
(komposisi) masih mengekalkan aspek formalistik. Arah setiap keping daun
buluh adalah mengikut rithma yang membawa ke daya yang dinamis pada
komposisi. Begitu juga taburan himpunan daun-daun itu. Ulangan himpunan
daun itu berputar berpemeringkatan secara beransur-ansur dengan rithma
himpunan kecil semakin besar, berputar dari tengan ke bawah ke kiri ke atas
dan ke kanan. Untuk karya A, rythma wujud dengan jarak di anatra kaki
gajah serta kaki manusia di depan gajah memberi kesan pergerakan yang
riang. Rithma juga wujud di antara tangan 3 orang manusia itu memberi
perulangan yang melengkapi ritma pertama tersebut.
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
22
Latihan
Buat perbandingan berdasarkan fungsi unsur-unsur seni dengan mengisi
ruang yang disediakan dalam jadual berikut:-
Bil.
Unsur-
unsur
Seni
Subjek/
Isi
Kandungan
Fungsi dan
peranan
unsur seni
Karya A
Fungsi dan
peranan
unsur seni
Karya B
Kaitan
Falsafah/
Budaya/
Latar
Belakang
Masyarakat
1. Garisan
2. Rupa
3. Jalinan
4. Bentuk
5. Ruang
6. Warna
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
23
Aktiviti 1: KARYA SENI 3-DIMENSI
Anda telah didedahkan dengan bahasa visual perbandingan terhadap
pelbagai budaya dan disusuli dengan kajian terhadap Asas Seni Reka
pada hasil-hasil karya. Sekarang cuba anda teliti empat buah karya 3-
Dimensi dibawah ini. Empat buah karya berikut dikategorikan kepada
Kategori 1 ( Karya-karya Timur ) dan Kategori 2 ( Karya-karya Barat )
Karya 3-Dimensi - Kategori 1
Karya 3-Dimensi - Kategori 2
Arca : Marchesa- Julie Warren Martin(Sumber: Art Fundamentals 10th. Edition,.ms: 233)
Arca : Giant Soft Fan- Claes Oldenburg (Sumber : http//www.flickr.com/photos/elissacorsini)
Karya : Vaseapothicaire. (Sumber : http://commons.wikimedia.org)
Karya : Cobalt Blue Bowl (Sumber: http://www.lacma.org/islamic_art/eip.htm)
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
24
Setelah anda perhatikan kedua-dua imej di atas, cuba anda baca petikan
di bawah ini:
Petikan 1
Petikan 2
Sumber :Dialog Seni Tampak (1985), ms: 24.
Setelah anda membaca petikan-petikan tersebut, anda dapat
merumuskan bahawa hasil karya seni merupakan manifestasi
pemikiran dan budaya sesuatu kaum. Ekspresi seni yang dijelmakan
dalam pelbagai media dan teknik memperlihatkan hubungan manusia
dengan persekitaran serta tamadun sesuatu bangsa.
Nilai-nilai universal dalam Tamadun Asia tertanam dalam ajaran-ajaran keagamaan yang telah berkembang subur di seluruh Asia; sama ada Islam, agama dan kepercayaan dari Tanah Besar China mahupun dari benua India. Nilai-nilai universal dari tradisi keagamaan ini boleh diringkaskan berdasarkan prinsip-prinsip seperti berikut; • Berlandaskan idea keagamaan • Menekankan aspek kemanusiaan dan institusi kekeluargaan • Menekankan tatacara dan etika dalam kehidupan • Mementingkan kebijaksanaan dalam kepemimpinan • Menghargai alam sekitar • Mementingkan ilmu dan orang berilmu
Dalam sebuh karya seni memang boleh dimasukkan kedua-dua unsur bentuk dan unsur penyataan atau perhubungan, malahan kadang-kadangnya ia mungkin perlu dibuat demkian. Bukti-bukti yang kian bertambah menunjukkan bahwa tekanan terhadap sifat bentuk dan penyataan dalam seni adalah berdasarkan kepada sesuatu yang lebih dalam daripada hanya sekadar gerak hati peribadi para ahli falsafah. Kajian psikologi pada tahun-tahun kebelakangan ini telah memberikan banyak gambaran baharu berhubungan dengan denyutan rasa hati manusia terhadap estetik dan mengaitkannya dengan keperluan untuk berhubung dan untuk mencorak pengalaman. Katalog kajian psikologi tentang pernyataan kreatif manusia yang kian bertambah itu menunjukkan bahawa semua manusia mempunyai penuh kepayaan untuk berhubung melalui penggunaan bentuk yang digelar ”seni” ini.
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
25
Petikan di atas memberi satu gambaran tentang perbezaan pegangan dan
nilai terhadap kedua-dua kategori karya-karya tersebut.
Aktiviti 2: PERBANDINGAN KARYA 3-DIMENSI
Sekarang, cuba anda buat satu perbandingan bagi kedua-dua kategori
karya 3-dimensi di atas dengan melengkapkan jadual di bawah :
Bil. Prinsip Karya 2-Dimensi Kategori 1
Karya 3-Dimensi Kategori 2
1.
Harmoni
2.
Perulangan /
Irama
3.
Kepelbagaian
4.
Kontra /
Penegasan
5.
Pergerakan
6.
Ekonomi
7.
Imbangan
8.
Dominan
9.
Kadarbanding
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
26
Hasil daripada dapatan anda tersebut, bincang dan kongsi bersama rakan
dalam kumpulan anda. Buatlah analisis terhadap karya-karya bentuk 2-
Dimensi dan 3-Dimensi yang lain.
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
27
Pyxis of al-Mughira (Sumber :http://www.answers.com/topic/islamic-art-history)
ANALISIS ASAS SENI REKA DALAM KARYA Aktiviti 1: HUBUNGKAIT FALSAFAH, PENGARUH DAN LATAR BELAKANG PELBAGAI BUDAYA Anda telah didedahkan dengan imej-imej pelbagai budaya dan disusuli
dengan pelbagai pandangan serta konsep tokoh-tokoh seni dalam kursus
yang lepas. Sekarang perhatikan pula subjek, tema, teknik dan bahan
pada hasil-hasil karya 2-Dimensi dan juga 3-Dimensi di bawah :
Berdasarkan pemerhatian anda:-
Cuba anda hubungkaitkan imej-imej tersebut dengan pegangan
falsafah seni tertentu.
Egyption Glass (Sumber : http://www.lacma.org/islamic_art/eip.htm)
Mosaic faience (Sumber : http://www.lacma.org/islamic_art)
Lotus and Five Fish (Sumber : http://www.xabusiness.com/chinese-fish-paintings.htm
Iznik Title (Sumber : http://commons.wikimedia. org/wiki/Image)
Nefertiti (Sumber : http://www.crystalinks.com/egyptart.html)
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
28
Apakah ciri-ciri yang boleh anda kaitkan dengan falsafah-falsafah
yang dinyatakan tadi ?
Cuba anda banding beza antara satu dengan yang lain.
Adakah imej yang dihasilkan mempunyai sedikit persamaan atau
kaitan dengan kehidupan masyarakat sesuatu budaya itu?
Buatkan ulasan anda mengenai persoalan di atas.
( Tuliskan ulasan anda tidak lebih daripada 150 patah perkataan ).
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
Untuk mendapat penjelasan yang lebih lanjut , anda bolehlah melayari
internet serta membuat bacaan dengan berpandukan rujukan yang
disenaraikan
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
29
Aktiviti 2 : ANALISIS KOMPOSISI KARYA
Cuba anda analisa pada kedua-dua karya dalam gambarajah 1 dan 2 di
bawah
Gambarajah 1
Gambarajah 2
(Sumber : Knobler.N. (1985).Dialog Seni Tampak :Zakaria Ali, Terj.)
Perhatikan bagaimana komposisi (gubahan) imej itu dibentuk. Lihat
susunan garisan struktur pada hasil karya tersebut. Garisan-garisan itu
dikenali sebagai ”implied lines” atau garisan saranan. Analisa garisan-
garisan tersebut dan perhatikan bagaimana komposisi dalam hasil karya
tersebut dihasilkan secara menyeluruh.
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
30
Latihan ANALISIS KARYA
Anda telah didedahkan bagaimana komposisi sesebuah hasil karya
digubah berdasarkan ”implied lines” atau garisan saranan. Sekarang,
cuba anda teliti pula imej dalam karya berikut :
Berdasarkan penelitian anda, cuba anda lakarkan susunan garisan-
garisan saranan . Ini boleh dibuat dalam gubahan imej karya dalam ruang
yang disediakan. Anda gunakan kertas surih ( tracing paper ) dan tekap
pada hasil karya tersebut yang dimuat turun daripada sumber internet.
Lakar garisan-garisan saranan yang berkaitan di atas kertas tersebut.
Sati scene at Theur of Ramabai wife of Madhavrao Peshva, Ca.1771, Deccan paintings-LOS Angles CCU Museum of Art, Calfornia (Sumber:http://ignca.nic.in/asp/showbig.asp?projid=ac13)
Garisan Saranan ( Implied lines)
PSV3102 Bahasa Visual Perbandingan
31
Hasil daripada analisis anda tadi, anda dapat mengetahui garisan saranan
(implied lines) membentuk komposisi imej dalam gubahan hasil karya itu.
Sekarang, gunakan kefahaman dan pengetahuan anda untuk
menganalisis hasil karya tersebut berlandaskan Asas Seni Reka yang
telah anda pelajari dalam berbentuk ulasan.
( Tuliskan ulasan anda tidak lebih daripada 150 patah perkataan ). _______________________________________
_______________________________________
_______________________________________
_______________________________________
Sebagai pengukuhan, anda boleh teruskan aktiviti lakaran garisan
saranan (implied lines) anda pada karya-karya yang lain pula.
Peringatan : Hasil-hasil tugasan kerja anda hendaklah dihantar melalui e-mel kepada Pensyarah (Tutor) anda seperti mana format
yang telah ditetapkan. Sila hubungi pensyarah anda tentang tarikh
akhir yang ditetapkan. Hasil yang telah dibuat pembetulan dan
penambahbaikan akan dijadikan ”hard-copy” untuk diserahkan
dalam bentuk portfolio. Ini penting sebagai satu dokumentasi hasil
kerja anda untuk menampakkan perkembangan pembelajaran
reflektif sepanjang mengikuti kursus.
32
RUJUKAN . Bahan Cetakan: Amboyer, Jeannie (1979) Oriental art: a handbook of styles and forms, Faber
and Faber
Arnheim,R. (1974). Art and visual perception. Berkley: University of California
Press
Blumer, K.(1976). Principles of visual perception. New York: Van Nostrand
Reinhold
Batterberry, Michael (1968) Chinese & oriental art. McGraw-Hill.
Claude Humbert (1980). Islamic ornamental design. London : Faber and Faber.
Enakshi Bharnami (1969). Decorative design and craftsmanship of india . India :
DB Taraporevala Sons & Co. Private Ltd.
Govignon, B. (1998). The beginners guide to art, New Tork; Harry N.Abrams.
Goodenough, F.(1926. Measurement of intelligence by drawings. New York:
Harcourt Brace Jovanovich.
Hagen,E.V. (1970). The Elements of Color, New York : John Wiley & Sons.Inc.
Hanes, J.M & Weisman, E. (2000). Use drawing to find meaning : Art Education
Journal.Vol.53, 2000 Pg.7 (The Journal of the N.A.E.A)
Humphrey, R.(1996). Elements of art. Upper Saddle River, NJ : Prentice Hall.
33
Irwin, Robert (1997) Islamic art. Laurence King, London.
Jailani Abu Hassan (1997). Lukisan Malaysia: Perlanjutan Lukisan, Kuala
Lumpur: Balai Seni Lukis Negara
Kissick, J. (1996). Art : Context & Critism. 2nd Edition. New York : McGraw Hill.
Knobler.N. (1985).Dialog Seni Tampak (Zakaria Ali, Terjemahan) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Mohd Jamil Mohd Isa (2004,Apr).Pensempadanan dalam Lukisan. Dewan
Budaya, 36-37.
Monahan, P. & Rodwell, J. (1995). Drawing Basics. New York: Cassell
Publishers Ltd.
Muliyadi Mahamood (1993). Mendekati Seni lukis dan Seni Reka . Kuala Lumpur
: Dewan Bahasa dan Pustaka
Nasim Akhtar.,et al.(2002) Islamic art of india / islamic arts museu. Sri
Kembangan
Orvirk, O.G., et. al. (2006). Art fundamentals: Theory and practice (10th.ed.) New York:McGraw-Hill.
Parsons, M. (1987). How We Understand Art, Cambridge: Cambridge University
Press
Peterson, B. (1996). Using design basics to get creative results. Cincinnati
Ohio.USA : North Light Books, F&W Pub.Inc.
Stanley-Baker, Joan.(1984) Japanese art. Thames and Hudson, New York
34
Van Homrigh, C. (1965). Introduction to Art and Craft, Anyus & Robertson Ltd.
Waley, Arthur. (1981) Oriental art and culture: a study of indian, chinese and
japanese art.
William, Charles Alfred. (1974) Outlines of chinese symbolism and art
motive:analphabetical compendium of antique legend and belief, as
reflected in the manners and customs. The Chinese Cosmo Publication
Yoshikawa, Itsuji.(1976) Major themes in japanese art. New York :
Weatherhill/Heibonsha
Zakaria Ali (1989). Seni dan Seniman, Esei-Esei Seni Halus Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
Sumber Internet: http://tamadun-islam551.blogspot.com/2008/06/interaksi-antara-tamadun.html http://tamadun-islam551.blogspot.com/2008/06/interaksi-antara-tamadun.html
www.metmuseum.org/toah/hd/mqin/ho_1986.493.2.htm
www.metmuseum.org/special/Dillon/3.L.htm
http://www.wisegorilla.com/images/japaneseprints/fuji_hokusai.jpg
www.siochos.net/DIV_DENK/divergentes_denken.html
35
PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN RENDAH)
NAMA KELAYAKAN
Dr NORIATI BINTI A. RASHID Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia
Kelulusan: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM
CIK LIM HUEY KHING
Penolong Pengarah Unit Kurikulum
Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia lhkhing@yahoo.com.my
Kelulusan Sarjana Pendidikan B.A.Hons (Seni Halus),USM Pengalaman: Pensyarah Pendidikan Seni Visual :15 tahun Ketua Unit Pendidikan Seni Visual: 14 tahun Guru Pendidikan Seni Visual & Matematik : 8 thn Pegawai Kurikulum : 7 tahun
EN HAMZAH BIN LASA Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tawau, 91000 Tawau Sabah. No.Hp : 017-9386466 hlseni55@yahoo.com
Kelulusan: Sarjana Pend.(Seni),UPSI B.Ed.Hons (PSV), UPSI Diploma Perguruan Khas (PSV) MPMK Sijil Perguruan Khas (PSV) MPIK Pengalaman: Pensyarah Jabatan Kajian Sosial 5 Tahun Guru Pendidikan Seni Visual 18 Tahun
TN HJ JAAFAR BIN MAHMUD Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Sultan Abdul Halim, 08000 Sg. Petani, Kedah. No. Hp : 013-5092118 jaafarmahmud@ipsah.edu.my
Kelulusan: Ijazah Sarjana Muda SeniLukis dan SeniReka (Seni Tembikar), UiTM Diploma Perguruan Seni Lukis, UiTM Pengalaman: Pensyarah Pendidikan Seni Visual 18 tahun Guru PSV Sekolah Menengah 5 tahun
EN AZMAN BIN MOHAMAD HUSSAIN Pensyarah Institut Perguruan Tuanku Bainun, 14000 Bkt.Mertajam, Pulau Pinang hussain_azman@yahoo.com.my
Kelulusan : Sarjana Pend.(PSV), UPSI. B.A.Hons (Seni Halus). USM Pengalaman : Pensyarah Pend Seni Visual- 3 tahun Guru Pendidikan Seni Visual:20 tahun
36
PANEL PEMURNIAN MODUL
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN RENDAH)
NAMA KELAYAKAN
Dr NORIATI BINTI A. RASHID Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia
Kelulusan: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM
CIK LIM HUEY KHING
Penolong Pengarah Unit Kurikulum
Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia lhkhing@yahoo.com.my
Kelulusan Sarjana Pendidikan B.A.Hons (Seni Halus),USM Pengalaman: Pensyarah Pendidikan Seni Visual 15 tahun Ketua Unit Pendidikan Seni Visual 14 tahun Guru Pendidikan Seni Visual & Matematik 8 tahun Pegawai Kurikulum 7 tahun
PN NORIDAH BINTI RAMLI Pensyarah Institut Pendidika Guru Malaysia Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sg. Petani Kedah Darul Aman No. Hp : 012-5065854 noridah_ramli@yahoo.co.uk
Kelulusan: M.Ed. (Sains Sosial) Pendidikan Seni, UM B.A. (Hons.) Seni Halus, USM Sijil Perguruan Khas (Pendidikan Seni), MPIK Sijil Asas Perguruan (PM/PS-PSM), IPSI Pengalaman: Pensyarah Pendidikan Seni Visual 4 tahun Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual 4 tahun Guru Pendidikan Seni Visual Menengah 5 tahun Guru Pendidikan Seni Visual Rendah 7 tahun
EN JOHAN BIN KADIS Pensyarah Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan KM 10, Jalan Padang Tengku 27200 Kuala Lipis Pahang Darul Makmur No. Hp : 013-9356047 johankadis@yahoo.com.my
Kelulusan: MA Ed. (Perancangan & Pentad. Pendidikan), UM B.A. (Hons.) Seni Halus, USM Sijil Asas perguruan (PM/PS-PSM), IPSI Pengalaman: Pensyarah Pendidikan Seni Visual 3 tahun Guru Pendidikan Seni Visual menengah 21 tahun
LAMPIRAN A
37
IKON
Rehat
Perbincangan
Bahan Bacaan
Buku Rujukan
Latihan
Membuat Nota
Senarai Semakan
Layari Internet
Panduan Pengguna
Mengumpul Maklumat
Tutorial
Memikir
Tamat