Post on 28-Jul-2018
KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - i -
PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG
MENDORONG PELAJAR KE KELAS TUISYEN
DI SEKOLAH SJK ( C ) ZON SELATAN DAERAH KULAI JOHOR
KHO BEE CHIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - iv -
PERSEPSI GURU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG
MENDORONG PELAJAR KE KELAS TUISYEN
DI SEKOLAH SJK (C) ZON SELATAN, DAERAH KULAI, JOHOR.
KHO BEE CHIN
Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Pengurusan Pendidikan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2008
KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - vi -
iii
Untuk keluarga tersayang
Terima kasih atas segala doa, bantuan dan dorongan.
KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - vii -
iv
PENGHARGAAN
Penyelidik merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih
kepada Doktor Abdul Rahim Bin Hamdan, selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini atas
segala bimbingan, dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini.
Segala ilmu yang diberikan akan disanjung dan dikenang selama-lamanya.
Penghargaan juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran
Negeri Johor, Guru-guru Besar sekolah yang dipilih kerana telah memberi kebenaran
untuk mejalankan kajian ini. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua guru
yang terlibat, yang telah menjawab soal selidik kerana sudi membantu untuk
melaksanakan kajian ini.
Rakan-rakan PKPGB yang seperjuangan, terima kasih atas segala dorongan,
galakan, kerjasama serta bantuan yang diberikan. Seterusnya kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam membantu menyiapkan kajian ini.
Semoga Tuhan membalas jasa dan budi baik kalian.
KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - viii -
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap faktor yang mendorong
pelajar ke kelas tuisyen di enam buah sekolah SJK (C) Zon Selatan, Daerah Kulai.
Seramai 80 orang responden, dari sekolah-sekolah tersebut dipilih sebagai responden
dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Kaedah
kajian yang digunakan adalah kaedah tinjauan dan persampelan dilakukan secara
persampelan rawak mudah kelompok atas kelompok. Nilai kebolehpercayaan instrumen
adalah 0.89. Data-data yang dikumpulkan dianalisis secara perisian Statistical Package
for Social Scinece (SPSS 11.5 for Windows). Statistik deskriptif iaitu kekerapan dan min
digunakan untuk menganalisis tahap faktor yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor ibu bapa merupakan faktor terutama yang
mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi.
Faktor kendiri merupakan faktor yang kedua pentingnya dengan min keseluruhan 3.18
iaitu pada tahap sederhana, manakala faktor rakan sebaya pula mencatat min
keseluruhan 3.02, dan juga pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan
persepsi guru-guru terhadap sebab utama ibu bapa menghantarkan anak-anak ke kelas
tuisyen kerana mereka mementingkan prestasi akademik anak-anak mereka. Selain itu,
ibu bapa terlalu sibuk dan juga kekurangan kepakaran untuk membimbing anak-anak
mereka.
KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - ix -
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the perception of teachers about the factors that
push forward the students to attend tuition classes for six schools in Southern Zone,
Kulai District. A total of 80 teachers in those schools have been chosen as the
respondents. The instrument of this study is questionnaire form. Method used in this
study is surveying method. The sampling has been done using the cluster on cluster
random sampling method. The reliability of the instrument is 0.89. The data was
analyzed using Statistical Package for Social Science (SPSS 11.5 for Windows).
Descriptive statistic, frequency and mean is used to analyze the data. Result showed that
the most dominant factor that push forward the students to tuition classes was factor of
parents, with the mean score 3.68, which was at higher level. The second dominant
factor was factor of students them selves, with the mean score 3.18 followed by the
factor of peer group with the mean score 3.02, and both at moderate level. This study
showed that the parents sent their children to tuition classes because of their academic
achievement. Besides this, the parents also lacked of time and skills to guide their
children.
KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - x -
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PERAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI CARTA xiv
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xi -
viii
BAB PERKARA MUKA SURAT
BAB I PENGENALAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 4
1.2 Pernyataan Masalah 6
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Persoalan Kajian 7
1.5 Skop Dan Batasan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Definisi Istilah 8
1.7.1 Persepsi 9
1.7.2 Pelajar 9
1.7.3 Faktor Utama 9
1.7.4 Ibu Bapa 10
1.7.5 Kendiri 10
1.7.6 Rakan Sebaya 10
1.7.7 Mendorong 10
1.7.8 Tuisyen 11
1.8 Penutup 12
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 13
2.1 Sorotan Penulisan 14
2.1.1 Tuisyen Dalam Senario Pendidikan 14
2.2 Kajian Berkaitan 15
KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xii -
ix
2.3 Pendekatan Teori 19
2.3.1 Teori Pembelajaran 19
2.3.2 Teori Berasaskan Pembelajaran Sosial 20
2.3.3 Teori Tingkah Laku Manusia 20
2.3.4 Teori Keperluan 21
2.3.5 Model Pembelajaran SIM 22
2.4 Penutup 23
BAB III METODOLOGI
3.0 Pengenalan 25
3.1 Reka Bentuk Kajian 25
3.2 Tempat Kajian 27
3.3 Subjek Kajian ` 28
3.3.1 Populasi 28
3.3.2 Sampel Kajian 28
3.4 Instrumen Kajian 30
3.4.1 Bahagian A : Maklumat Diri 31
3.4.2 Bahagian B : Soal Selidik 31
3.5 Kesahan Instrumen Kajian - Kajian Rintis 34
3.6 Prosedur Kajian 35
3.7 Analisis Data 37
3.8 Penutup 39
BAB IV ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan 40
4.1 Analisis Data 41
4.1.1 Huraian Bahagian Maklumat 41
Diri Responden
KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xiii -
x
4.1.1.1 Taburan Responden 42
Mengikut Gred Sekolah
4.1.1.2 Taburan Respnden Mengikut Jantina 44
4.1.1.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 45
4.1.1.4 Taburan Responden Menghantar 46
Anak/Adik Ke Kelas Tuisyen Atau Tidak
4.1.2 Huraian Bahagian Analisis Item 47
Soal Selidik
4.1.2.1 Persepsi Guru Terhadap Faktor Ibu Bapa 47
Sebagai Pendorong Pelajar Ke Kelas
Tuisyen
4.1.2.2 Persepsi Guru Terhadap Faktor Rakan 51
Sebaya Sebagai Pendorong Pelajar Ke
Kelas Tuisyen
4.1.2.3 Persepsi Guru Terhadap Faktor Kendiri 54
Sebagai Pendorong Pelajar Ke Kelas
Tuisyen
4.1.2.4 Persepsi Guru Terhadap Faktor Utama 57
Yang Mendorong Pelajar Ke Kelas
Tuisyen
4.2 Penutup 58
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 59
5.1 Perbincangan Hasil Kajian 59
5.1.1 Perbincangan Maklumat Diri 60
Responden
KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xiv -
xi
5.1.2 Persepsi Guru Terhadap Faktor 61
Ibu Bapa Sebagai Pendorong
Pelajar Ke Kelas Tuisyen
5.1.3 Persepsi Guru Terhadap Faktor 62
Rakan Sebaya Sebagai Pendorong
Pelajar Ke Kelas Tuisyen
5.1.4 Persepsi Guru Terhadap Faktor 63
Kendiri Sebagai Pendorong Pelajar
Ke Kelas Tuisyen
5.1.5 Persepsi Guru Terhadap Faktor 64
Utama Yang Mendorong Pelajar
Ke Kelas Tuisyen
5.2 Rumusan 66
5.3 Cadangan 68
5.4 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 69
RUJUKAN 71
LAMPIRAN A – C 74
KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xv -
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL
3.1 Bilangan Guru Tahun 6 Di Sekolah 27
Jenis Kebangsaan Cina, Zon Selatan Daerah Kulai
3.2 Jadual Penentuan Saiz Sampel, 29
Krejcie, R.V dan Morgan, D.W.
3.3 Taburan Item Mengikut Jenis Faktor 32
3.4 Kaedah Pemeringkatan Skala Likert 33
3.5 Nilai Skala Likert 5 Mata 33
Bagi Item Positif dan Negatif
3.6 Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian 38
3.7 Pengkelasan Tahap Taburan Responden 39
Bagi Aspek Persepsi Terhadap Faktor
Mendorong Pelajar Ke Kelas Tuisyen
4.1 Taburan Responden Mengikut Gred Sekolah 43
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 44
4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 45
4.4 Bilangan Dan Peratusan Responden Yang 46
Menghantar Anak/Adik Ke Tuisyen Atau Tidak
4.5 Persepsi Guru Terhadap Faktor Ibu bapa 50
Sebagai Pendorong Pelajar Ke Kelas Tuisyen
(Seksyen A)
4.6 Persepsi Guru Terhadap Faktor Rakan Sebaya 53
Sebagai Pendorong Pelajar Ke Kelas Tuisyen
(Seksyen B)
KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xvi -
xiii
4.7 Persepsi Guru Terhadap Faktor Kendiri 56
Sebagai Pendorong Pelajar Ke Kelas Tuisyen
(Seksyen C)
4.8 Analisis Item Berkaitan Faktor Terutama 57
Yang Mendorong Pelajar Ke Kelas Tuisyen
KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xvii -
xiv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
1 Model Pembelajaran SIM 22
2 Aliran Prosedur Kajian Yang Telah 36
Dilakukan Sepanjang Pelaksanaan Kajian
SENARAI CARTA
NO CARTA
4.1 Taburan Responden Mengikut Gred Sekolah 43
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 44
4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 45
4.4 Taburan Responden Menghantar Anak/Adik 46
Ke Kelas Tuisyen Atau Tidak
KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xviii -
xv
SENARAI SINGKATAN
EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
FPK - Falsafah Pendidikan Kebangsaan
JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor
KIA2M - Kelas Intervensi Awal Membaca Dan Menulis
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
KWAPM - Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
PIPP - Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
PPD - Pejabat Pelajaran Daerah
PPSMI - Pengajaran Pembelajaran Sains Matematik Dalam Inggeris
P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran
SBT - Skim Bantuan Tambahan
SJK(C) - Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)
SKM - Sekolah Kurang Murid
SPSS - Statistical Package For Social Science
KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xix -
xvi
SENARAI LAMPIRAN
BIL. TAJUK MUKA SURAT
Lampiran A Soal Selidik Kajian 74
Lampiran B Surat Kebenaran Dari 82
Kementerian Pelajaran Malaysia
Lampiran C Surat Kebenaran Dari 84
Jabatan Pelajaran Negeri Johor
KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xx -
BAB I
PENGENALAN
1.0 Pengenalan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk membentuk
perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dari segi perkembangan kognitif, sikap
dan psikomotor. Kurikulum pendidikan Malaysia dibentuk untuk menanam nilai-nilai
murni demi menghasilkan tenaga kerja mahir dan berkualiti supaya pembangunan
negara terjamin. Demi pembentukan perkembangan seimbang jasmani, emosi, rohani
dan interlek setiap warganegara, sistem pendidikan di Malaysia perlu sentiasa berubah
mengikut keperluan dan kesesuaian masa, seiring dengan perubahan zaman dan juga
permintaan masyarakat setempat. Sejak negara kita mencapai kemerdekaan, sistem
pendidikan telah mengalami banyak perubahan yang dramatik. Perubahan seperti ini
berlaku adalah selaras dengan perkembangan ekonomi negara.
Untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, bidang pendidikan sentiasa
memainkan peranan yang amat penting. Wawasan 2020 berhasrat menjadikan negara
kita sebagai sebuah negara perindustrian yang setanding dengan negara-negara maju di
rantau dunia. Masyarakat Malaysia akan menjadi sebuah masyarakat yang saintifik dan
progresif, inovatif dan memandang ke hadapan, yang bukan sahaja menjadi pengguna
teknologi tetapi juga akan menjadi penyumbang kepada tamadun, sains dan teknologi
semasa. Sebagai langkah memenuhi hasrat tersebut, tenaga rakyat yang berilmu
pengetahuan, berwibawa dan berketrampilan hendaklah dilahirkan (Ee Ah Meng, 1997).
KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xxi -
2
Jadi, untuk merealisasikan Wawasan 2020 ini, institusi pendidikan khasnya
sekolah-sekolah kerajaan bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar untuk mencapai
matlamat tersebut. Maka, institusi pendidikan memainkan peranan yang amat penting
dalam mendidik anak bangsa ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.
Terdapat banyak pembaharuan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan terhadap
kurikulum sekolah sejak kebelakangan ini demi mempertingkatkan lagi tahap
kecemerlangan sistem pendidikan negara kita. Contohnya pelaksanaan program
pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Contoh kedua, mulai
tahun 2003, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi tujuan program
Skim Baucer Tuisyen (SBT). Skim ini mula dilaksanakan di seluruh Malaysia untuk
pelajar-pelajar Tahun 4 hingga 6 dari keluarga berpendapatan rendah. Melalui skim SBT
ini, setiap pelajar yang telah dikenalpasti akan diberi peluang menghadiri kelas tuisyen
yang disediakan oleh pihak sekolah pada waktu selepas persekolahan. Kelas tuisyen ini
dikendalikan oleh guru-guru terpilih di kalangan guru-guru di sekolah terbabit.
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenakan secara percubaan
pada tahun 1982 dan dilaksanakan sepenuhnya mulai tahun 1988. Tujuan KBSR adalah
untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dalam bidang komunikasi
manusia dengan alam sekelilingnya dan juga untuk perkembangan diri. Aspek-aspek
yang dititikberatkan dalam KBSR adalah kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan
mengira. Dalam penilaian KBSR, murid-murid diuji dalam pelbagai bentuk penilaian
samada secara formatif atau sumatif
KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xxii -
3
Kita tidak dapat menafikan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
telah menyediakan segala keperluan murid-murid menjalani proses pembelajaran yang
begitu lengkap sekali, dari peringkat prasekolah sehingga Institusi Pengajian Tinggi
(IPT). Pelbagai konsep baru telah dicurahkan seperti Sekolah Bestari, Sekolah Berkesan
dan juga Sekolah Klaster. Di samping itu, terdapat juga pelaksanaan atau perancangan
seperti Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI),
Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M), Kelas Pemulihan, Pendidikan
Khas, Pendidikan Wajib, Skim Bantuan Tuisyen (SBT), Kumpulan Wang Amanah
Pelajar Miskin (KWAPM) dan sebagainya. Ini terbukti bahawa KPM telah berusaha
memberi peluang serta bantuan pendidikan merangkumi semua lapisan masyarakat
supaya semua warganegara Malaysia berpeluang mendapat pendidikan.
Persoalannya, kenapa masih terdapat kekurangan, ketidakpuasan dan seterusnya
menyebabkan pusat-pusat tuisyen berkembangan pesat bagai cendawan selepas hujan.
Adakah ini berpunca dari faktor-faktor seperti kemerosotan kepercayaan masyarakat
terhadap sistem pendidikan negara, ataupun faktor-faktor datang dari diri murid-murid
sendiri ataupun berpunca dari persepsi ibu bapa murid-murid berkenaan?
KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xxiii -
4
1.1 Latar Belakang Masalah
Pada zaman sekarang, pusat-pusat tuisyen berkembang pesat samada di bandar-
bandar besar, mahu pun di taman-taman perumahan malahan di kawasan pendalaman.
Keadaan ini telah menjadi satu fenomena persekolahan zaman moden dan kebanyakan
murid-murid sekolah rendah dan juga sekolah menengah melibatkan diri dalam tuisyen
di luar waktu persekolahan.
Pada kebiasaannya, apabila tersebutnya pendidikan swasta, sering kita terbayang
murid-murid yang cicir dalam sistem pendidikan kerajaan di mana ianya terpaksa
mengikuti pendidikan swasta. Persepsi kedua ialah pelajar-pelajar yang mengikuti
tuisyen swasta terdiri daripada mereka yang bukan warganegara di mana tidak dapat
mengikut pendidikan kebangsaan tanpa kelulusan. Walaupun keadaan sedemikian
masih wujud tetapi pada masa kini, ramai murid sekolah kerajaan yang pelbagai tahap
prestasinya, mengikut kelas tuisyen semata-mata hendak mengejar kecemerlangan
akademik. Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti faktor sistem pendidikan, faktor
ibu bapa, faktor murid-murid atau faktor rakan sebaya.
Sistem pendidikan kini mengorentasikan peperiksaan dan sijil di mana orang
ramai semakin berlumba-lumba untuk mendapat kedudukan semakin tinggi bagi
seseorang yang mahu memajukan diri. Keadaan ini menyebabkan kebanyakan ibu bapa
menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen supaya tidak ketinggalan dalam
kecemerlangan akademik. Keperluan dan permintaan diri seseorang murid terhadap
kemajuan masa depan juga menyebabkannya mengikuti kelas tuisyen swasta. Akan
tetapi, terdapat juga murid-murid yang dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Ini telah
menjadikan menghadiri kelas tuisyen satu gaya hidup remaja, dan juga satu rutin dalam
kehidupan mereka. Remaja cenderung untuk meniru perlakuan rakan sebaya mereka
supaya diterima di kalangan kelompok tersebut.
KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xxiv -
5
Sebenarnya, kerajaan Malaysia telah melaksanakan tanggungjawab menyediakan
pendidikan percuma untuk setiap warga negaranya. Mengikut data Laporan Tahunan
Pembangunan Sumber Manusia (2000), kadar enrolmen peringkat pendidikan rendah di
Malaysia telah mencapai sebanyak 99.9 peratus, dan mendahului semua negara-negara
Asean kecuali Vietnam. Ini terbukti bahawa kerajaan Malaysia memberi komitmen yang
cukup besar dalam sektor pendidikan untuk memastikan matlamat Dasar Pendidikan
Wajib tercapai, di mana setiap rakyat sekurang-kurangnya menguasai kemahiran
membaca, menulis dan mengira.
Persoalannya, mengapa tuisyen begitu popular sedangkan peluang pendidikan
kerajaan cukup meluas? Mengapa ibu bapa sanggup membayar yuran tuisyen tanpa apa-
apa rungutan, manakala bayaran pakej murid-murid sekolah (RM30.50 setahun bagi
bakej B) pula menjadi isu hangat dunia pendidikan masa kini? Mengapa umur murid-
murid yang terlibat dengan kelas tuisyen makin menurun sehingga terdapat murid-murid
prasekolah dihantar oleh ibu bapa mereka ke kelas tuisyen selepas waktu persekolahan?
Perubahan sikap di kalangan masyarakat terhadap pendidikan telah membawa
kepada kepekaan terhadap bidang ilmu yang mereka perolehi perlu bersesuaian dengan
keperluan pekerjaan dan kehidupan masa depan. Dengan demikian, penyelidik membuat
kajian untuk melihat apakah persepsi guru-guru di sekolah kerajaan terhadap faktor-
faktor yang mendorong murid-murid mengikuti kelas tuisyen.
KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xxv -
6
1.2 Pernyataan Masalah
Pada zaman sekarang, ramai pelajar melibatkan diri dalam aktiviti kelas tuisyen.
Masa di luar persekolahan mereka dipenuhi dengan jadual waktu tuisyen samada di
pusat-pusat tuisyen, di bawah anjuran persatuan-persatuan atau di rumah persendirian.
Ramai ibu bapa sibuk menghantar anak-anak mereka ke kelas tuisyen dengan bayaran
yuran yang tinggi. Dengan ini, penyelidik ingin mengkaji persepsi guru-guru terhadap
faktor-faktor iaitu faktor ibu bapa, faktor rakan sebaya dan faktor kendiri yang
menyebabkan kelas tuisyen mendapat sambutan hebat oleh masyarakat. Selain itu,
penyelidik juga ingin mengenalpasti faktor-faktor dan penyebab utama ramai pelajar
mengikuti kelas tuisyen.
1.3 Objektif Kajian
Dalam melaksanakan kajian ini, penyelidik telah mengenalpasti beberapa
objektif iaitu :
i) Mengenalpasti persepsi guru terhadap faktor ibu bapa sebagai pendorong
pelajar ke kelas tuisyen.
ii) Mengenalpasti persepsi guru terhadap faktor rakan sebaya sebagai
pendorong pelajar ke kelas tuisyen.
iii) Mengenalpasti persepsi guru terhadap faktor kendiri sebagai pendorong
pelajar ke kelas tuisyen.
iv) Mengenalpasti persepsi guru terhadap faktor utama yang mendorong
pelajar ke kelas tuisyen.
KHOBEECHINBP060081D2008TTP.doc - xxvi -
7
1.4 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan seperti berikut :
i) Apakah persepsi guru terhadap faktor ibu bapa sebagai pendorong pelajar
ke kelas tuisyen?
ii) Apakah persepsi guru terhadap faktor rakan sebaya sebagai pendorong
pelajar ke kelas tuisyen?
iii) Apakah persepsi guru terhadap faktor kendiri sebagai pendorong pelajar
ke kelas tuisyen?
iv) Apakah persepsi guru terhadap faktor utama yang mendorong pelajar ke
kelas tuisyen?