Post on 12-Sep-2019
PERSEDIAAN PELAJAR PENDIDIKAN KEJURUTERAAN, FAKULTI
PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA MEMILIH KERJAYA
DI SEKTOR INDUSTRI SELEPAS TAMAT PENGAJIAN
FARIDAH BINTI ALJUNID
Tesis ini disampaikan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2007
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………...
Nama Penulis : FARIDAH BINTI ALJUNID
Tarikh : ………………………………
iii
DEDIKASI
Kepada bondaku tersayang, Amnah Binti Shafie :
Jutaan terima kasih buat bonda atas segala pengorbanan, sokongan, bantuan dan
dorongan yang diberikan sehingga anakmu ini berjaya mencapai cita-citanya.
Semoga bonda dipanjangkan usia dan dirahmati Allah S.W.T. selalu hendaknya.
Kepada suamiku tersayang, Mohd Hanafi Bin Sabarudin :
Segala nasihat, bantuan dan dorongan yang dihulurkan selama ini adalah amat
dihargai. Semoga Allah S.W.T. panjangkan usiamu dengan kehidupan yang penuh
rahmat.
Kepada semua saudara-mara dan sahabat handai :
Terima kasih tidak terhingga di atas segala bantuan, dorongan dan tunjuk ajar yang
diberikan selama tempoh berkursus di UTM ini. Hanya Allah S.W.T. sahaja yang
dapat membalas dengan seadilnya segala budi baik kalian.
Aku mencari segala pengetahuan untuk segala sesuatu selain Tuhan, tetapi ilmu
tidak mahu kecuali hanya untuk Tuhan
-Imam Al-Ghazali-
Semoga dirahmati dan diberkati Allah S.W.T. hendaknya
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, saya dapat menyiapkan tesis ini.
Pertama sekali saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia
projek sarjana muda, Cik Sarimah Binti Ismail di atas bimbingan dan dorongan
yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Terima kasih yang tidak
terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang mengetahui dan membalas jasa-jasanya yang
sangat besar ini.
Kerjasama daripada pelajar pendidikan kejuruteraan tahun akhir kursus
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (SPA, SPE dan SPJ) di Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia sepanjang tempoh pengedaran borang soal selidik
amatlah dihargai.
Akhir sekali, penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat secara
langsung dan tidak langsung kerana sudi menghulurkan bantuan, pendapat dan idea
dalam menjayakan penyelidikan ini. Semoga segala bantuan yang dihulurkan
dirahmati Allah S.W.T.
v
ABSTRAK
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenalpasti persediaan pelajar memilih
kerjaya di sektor industri terhadap empat aspek yang dikaji iaitu kemahiran
‘employability’, kemahiran teknikal, pengetahuan teknikal dan menerima tekanan
kerja. Kajian dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen
kepada 75 orang pelajar pendidikan kejuruteraan tahun akhir kursus Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan (SPA, SPE dan SPJ) di Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia yang menamatkan pengajian pada sesi II 2006/2007. Data
dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package for Sciences (SPSS)
versi 13.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian
menunjukkan responden mempunyai persediaan yang tinggi dari semua aspek yang
dikaji iaitu kemahiran ‘employability’, kemahiran teknikal, pengetahuan teknikal dan
menerima tekanan kerja untuk memilih kerjaya di sektor industri. Beberapa cadangan
telah dikemukakan bagi menambah persediaan pelajar memilih kerjaya di sektor
industri. Beberapa cadangan kajian lanjutan bagi pengkaji yang ingin meneruskan
kajian ini di masa akan datang turut dicadangkan.
vi
ABSTRACT
This survey research was conducted to identify students’ preparation to work
in industrial sector towards four aspects which are employability skill, technical skill,
technical knowledge and the ability to accept work pressure. The research was
conducted using questionnaire as research instrument that contributed to 75 first
degree engineering education students at the Education Faculty, Universiti Teknologi
Malaysia who completed their study in session II 2006/2007. Data was analyzed
using computer software Statistical Package for Sciences (SPSS) version 13.0 to get
the value of frequency, percentage and mean. Research findings showed that
respondents have high preparation in terms of employability skills, technical skills,
technical knowledge and able to accept work pressure to work in industrial sector. A
few recommendations were proposed to increase students’ preparation to work in
industrial sector. A few were also recommended for those who interested to make
further research.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
TAJUK KAJIAN
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
viii
1.7 Skop dan Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Operasional 10
1.9 Ringkasan 13
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Kemahiran Kebolehan Bekerja (Employability Skill)
15
2.3 Aspek-Aspek Dalam Kemahiran Kebolehan Bekerja (Employability Skill)
16
2.4 Kemahiran ‘Employability’ Yang Diperlukan Oleh
Majikan Di Industri 18
2.5 Kemahiran Teknikal Yang Diperlukan Oleh
Majikan Di Industri 20
2.6 Pengetahuan Teknikal Yang Diperlukan Oleh
Majikan Di Industri 23
2.7 Tekanan Kerja Di Industri 25
2.7.1 Kajian Berkenaan Tekanan Kerja 27
2.8 Ringkasan 29
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Reka Bentuk Kajian 31
3.3 Tempat Kajian 32
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 33
3.5 Instrumen Kajian 33
3.5.1 Bahagian A: Latar Belakang Responden 34 3.5.2 Bahagian B: Persoalan Kajian 34 3.6 Keesahan Soal Selidik 36
3.7 Kajian Rintis 36
3.8 Kebolehpercayaan Soal Selidik 37
3.9 Analisis Data 38
3.10 Prosedur Kajian 40
ix
BAB 4 ANALISA DATA
4.1 Pengenalan 43
4.2 Analisa Data 44
4.2.1 Bahagian A 44
4.2.2 Bahagian B 46
4.3 Ringkasan Dapatan Kajian 62
4.3.1 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian A 62
4.3.2 Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian B 63
4.4 Ringkasan 64
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Rumusan 65
5.2.1 Rumusan Latar Belakang Responden 66
5.2.2 Rumusan Berdasarkan Item Yang
Dikemukakan 67
5.3 Perbincangan 69
5.3.1 Apakah Pelajar Bersedia Dari Aspek
Kemahiran ‘Employability’ Untuk Bekerja Di Sektor Industri?
70
5.3.2 Apakah Pelajar Bersedia Dari Aspek
Kemahiran Teknikal Untuk Bekerja Di Sektor Industri?
71
5.3.3 Apakah Pelajar Bersedia Dari Aspek
Pengetahuan Teknikal Untuk Bekerja Di Sektor Industri?
74
5.3.4 Apakah Pelajar Bersedia Dari Aspek
Menerima Tekanan Kerja Untuk Bekerja Di Sektor Industri?
75
5.4 Cadangan 76
5.5 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 77
5.6 Kesimpulan 77
BIBLIOGRAFI 79
LAMPIRAN 82 - 89
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
1.1
Statistik pendaftaran pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (SPA, SPE dan SPJ), Fakulti Pendidikan, UTM
5
1.2
Bilangan graduan ijazah pertama yang telah dihasilkan oleh Fakulti Pendidikan, UTM dari tahun 2003 sehingga 2006
6
2.1
Kemahiran akademik dalam kemahiran ‘employability’
17
2.2
Kemahiran mengurus diri dalam kemahiran ‘employability’
18
2.3 Kemahiran berkumpulan dalam kemahiran ‘employability’
18
2.4 Faktor-faktor penyebab kepada tekanan di tempat kerja
27
3.1 Taburan saiz populasi
33
3.2
Pembahagian item mengikut persoalan kajian
35
3.3 Skala Likert (Lima mata)
35
3.4 Klasifikasi kekuatan kolerasi
38
3.5 Perubahan Skala Likert lima mata kepada tiga mata
39
3.6 Penentuan tahap peratusan
39
3.7 Skala min 40
4.1 Jantina responden 44
xi
NO. JADUAL
TAJUK
MUKA SURAT
4.2 Bangsa responden 45
4.3 Kursus responden 45
4.4
Tempat responden menjalani latihan industri
46
4.5 Item-item mengikut persoalan kajian 47
4.6 Pengkelasan skala terhadap item 47
4.7 Taburan responden mengikut frekuensi, peratusan dan min bagi persediaan pelajar dari aspek kemahiran ’employability’
48
4.8 Taburan responden mengikut frekuensi, peratusan dan min bagi persediaan pelajar dari aspek kemahiran teknikal
51
4.9 Taburan responden mengikut frekuensi, peratusan dan min bagi persediaan pelajar dari aspek pengetahuan teknikal
54
4.10 Taburan responden mengikut frekuensi, peratusan dan min bagi persediaan pelajar dari aspek menerima tekanan kerja
58
4.11 Nilai purata pembolehubah dikaji
62
5.1 Purata min keseluruhan bagi soalan kajian terhadap persediaan pelajar pendidikan kejuruteraan tahun akhir kursus (SPA, SPE dan SPJ) memilih kerjaya di sektor industri.
66
5.2 Persediaan pelajar untuk bekerja di sektor industri
67
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH
TAJUK
MUKA SURAT
3.1
Prosedur kajian
42
xiii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
UTM Universiti Teknologi Malaysia
SPA Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Awam
SPE Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Elektrik
SPJ Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kejuruteraan Mekanikal
SPSS Statistical Package for The Social Science
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
JPTK Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
ILP Institut Latihan Perindustrian
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK
MUKA SURAT
A
Surat memohon maklumat daripada Timbalan Pendaftar, Fakulti Pendidikan, UTM
82
B Borang pengesahan soal selidik Projek Sarjana Muda
84
C Set borang soal selidik 85
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Aktiviti ekonomi Malaysia terdiri daripada 3 sektor utama. Sektor pertanian,
perikanan, penternakan, perhutanan dan perlombongan adalah terletak dalam
kategori sektor pertama. Sektor kedua bersifat pemerosesan, adalah lanjutan daripada
sektor pertama. Dua aktiviti ekonomi yang tergolong dalam sektor ini ialah aktiviti
pembuatan (perkilangan) dan pembinaan. Sektor ketiga adalah sektor yang terlibat
dengan aktiviti perkhidmatan, seperti pengangkutan, penyimpanan, perhubungan,
kuasa elektrik, gas dan air, perdagangan borong, runcit, hotel dan restoran,
kewangan, insurans, hartanah, perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan kerajaan dan
perkhidmatan-perkhidmatan lain.
Pertumbuhan asas ekonomi Malaysia mengalami pengembangan sebanyak
5.2% pada tahun 2005. Dasar makroekonomi yang menyokong serta keadaan
kewangan yang menggalakkan telah membolehkan ekonomi Malaysia terus berdaya
tahan, di mana sektor swasta terus menjadi pendorong utama pertumbuhan ekonomi.
Pelbagai sektor ekonomi, kecuali sektor pembinaan, telah mencatat pertumbuhan
2
yang positif pada tahun 2005. Nilai tambah sektor perkilangan meningkat 5.1%
(Jabatan Perangkaan Malaysia, 2005).
Dasar kepelbagaian ekonomi yang dilaksanakan pada akhir 1960-an
menunjukkan betapa penting peranan yang dimainkan oleh sektor industri khasnya
pembuatan dalam menjana pertumbuhan ekonomi. Bermula dengan industri
penggantian import diikuti dengan industri berorientasikan eksport dan industri berat,
sektor pembuatan kini beralih kepada industri berintensifkan modal dan berteknologi
tinggi. Kronologi yang dilalui oleh sektor pembuatan menggambarkan kejayaan
sektor ini sebagai enjin pertumbuhan ekonomi. Sebahagian besar eksport negara
adalah disumbangkan oleh sektor pembuatan. Menjelang 2010, sektor ini dijangka
berkembang pada kadar purata 8.3% setahun dengan bahagian keluaran dalam negara
kasar (KDNK) meningkat 36.0%. Kejayaan ini adalah hasil daripada campur tangan
kerajaan secara berkesan melalui dasar dan strategi yang dilaksanakan. Kerajaan
berjaya mengekalkan prestasi ekonomi dengan mengikuti perkembangan yang
berlaku di peringkat dunia. Tuntutan dalam ekonomi global seperti keperluan kepada
k-ekonomi, teknologi maklumat komunikasi (ICT), penyelidikan dan pembangunan
(R&D), pelaburan langsung asing, teknologi dan pembangunan sumber manusia
menjadikan peranan kerajaan semakin penting. Usaha kerajaan yang berterusan
bersama dengan sokongan dari sektor swasta membolehkan Malaysia bergerak ke
arah negara perindustrian dalam persekitaran yang selesa dan memberangsangkan
(Nor Aini et al., 2004).
Sektor perkilangan telah banyak mewujudkan peluang pekerjaan yang baru
dan menjadi penyumbang utama dalam jumlah guna tenaga di Malaysia. Kekosongan
jawatan dari pelbagai sektor industri yang didaftarkan melalui Sistem Penjodohan
Pekerjaan (JCS) yang dibangunkan melalui Bursa Buruh Elektronik (ELX) pada
bulan Oktober 2006 adalah sebanyak 69,063. (Kementerian Sumber Manusia, 2006).
Menurut laporan rencana yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan
Malaysia (2005), pasaran pekerja dalam negeri masih teguh dan stabil. Kadar
3
pengangguran terus stabil pada 3.5%. Pemberhentian pekerja yang berkurangan
mencerminkan peningkatan aktiviti ekonomi pada separuh tahun kedua. Selain itu,
jawatan kosong bertambah dengan kukuh sepanjang tahun 2005. Penempatan pekerja
juga lebih kukuh, mencerminkan peningkatan kecekapan dalam proses pemadanan
pekerja.
KDNK Malaysia diramal terus kekal pada paras yang stabil dan
memberangsangkan pada tahun ini. Ramalan ini berasaskan kepada hakikat bahawa
permintaan domestik sektor pembuatan dan perkhidmatan akan terus rancak pada
akhir tahun ini. Berikutan pertumbuhan ekonomi yang dijangka kukuh, permintaan
terhadap tenaga kerja dijangka terus meningkat pada tahun akan datang, terutama
dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Berikutan itu, jawatan baru yang diramal
dapat diwujudkan di pelbagai sektor ekonomi hasil daripada perkembangan pesat
ekonomi negara dianggarkan sebanyak 2.5 juta menjelang 2010 (Harian Metro, 22
Ogos 2006).
Pembangunan pesat teknologi masa kini mendorong industri untuk bersaing
di antara satu sama lain. Lantaran itu pemilihan pekerja menjadi sebahagian daripada
agenda penting dalam sesebuah organisasi. Kebanyakan industri sukar untuk
menerima pekerja untuk bekerja di satu-satu industri atas sebab kekurangan
kemahiran. Maka, dalam memenuhi tuntutan industri, para graduan harus
melengkapkan diri dengan memahami kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan
industri, memahami kehendak industri dan mempunyai kualiti sampingan yang
diperlukan seperti kemahiran berkomunikasi, kreativiti, kemahiran mengurus dan
sebagainya. Graduan yang mempunyai kemahiran-kemahiran tadi mudah untuk
mendapatkan pekerjaan berbanding graduan yang tidak mempunyai kemahiran
langsung. Kelebihan dalam memilih pekerja yang berkemahiran turut
menguntungkan pihak industri dari segi kos kerana tidak perlu menghantar pekerja
menjalani latihan ke tempat lain untuk meningkatkan kemahiran bekerja mereka
(Susan Impak, 2005).
4
Dapatan kajian Mohamed Hairy Yahya (2005) menunjukkan para pelatih
tahun akhir Institut Latihan Perindustrian (ILP) mempunyai tahap persediaan yang
baik dari segi pengetahuan terhadap ciri-ciri pekerja berpengetahuan (k-workers) dan
aspek kompetensi pembelajaran, kompetensi teknikal dan kompetensi sosial yang
ditekankan dalam pengajian bagi melahirkan ‘k-workers’ yang diperlukan oleh
industri masa kini sebelum mereka menceburkan diri di alam pekerjaan. Graduan
seperti inilah yang diperlukan oleh industri. Justeru, graduan harus peka terhadap
keperluan industri untuk menempatkan diri dalam cabaran kerjaya di industri.
1.2 Latar Belakang Masalah
Masalah graduan menganggur sering diperkatakan sejak dua tahun
kebelakangan ini. Menurut kenyataan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 23 Mac
2005 seramai 80,000 graduan masih menganggur dan mereka dikerahkan menjalani
latihan kemahiran selama setahun bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan.
Graduan yang menganggur tidak terhad kepada satu bidang tertentu sahaja tetapi
turut membabitkan graduan bidang pendidikan.
Jika dahulu, masalah pengangguran dalam kalangan graduan pendidikan
jarang kedengaran, kini ia menjadi satu isu yang hangat diperkatakan. Kebelakangan
ini akhbar sering melaporkan tentang keluhan graduan pendidikan yang masih belum
mendapat penempatan untuk mengajar walaupun telah lama menamatkan pengajian.
Kira-kira 60 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak Universiti
Malaya (UM) masih belum ditempatkan di sekolah walaupun telah tamat pengajian
sejak Ogos 2005 (Berita Harian, 18 Mac 2006).
Tidak berlaku masalah kekurangan guru di negara ini sebaliknya terdapat
lebihan kira-kira 6,000 guru pada masa ini. Keadaan berlaku kerana pada masa ini
5
terdapat 12 universiti yang turut mengeluarkan siswazah perguruan selain institusi-
institusi perguruan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (Utusan Malaysia, 26
Januari 2006).
Bagi kursus pendidikan kejuruteraan, terdapat tiga buah universiti yang
menawarkan kursus tersebut iaitu Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Tun
Hussien Onn dan Universiti Terbuka Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia
menawarkan tiga kursus pendidikan kejuruteraan iaitu Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan Kejuruteraan Awam (SPA), Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
Kejuruteraan Elektrik (SPE) dan Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
Kejuruteraan Mekanikal (SPJ).
Statistik pendaftaran pelajar yang dikeluarkan oleh Pejabat Pengurusan
Akademik, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia menunjukkan seramai
279 orang pelajar mendaftar bagi kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
dari tahun 2003 sehingga 2006 (lihat jadual 1.1). Graduan daripada Kursus Sarjana
Muda Teknologi serta Pendidikan (SPA, SPE dan SPJ) yang telah dihasilkan oleh
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia dari tahun 2003 sehingga 2006
adalah seramai 527 orang (lihat jadual 1.2). Daripada sejumlah graduan yang
dihasilkan, sebilangan besar daripada graduan tersebut masih belum mendapat
penempatan mengajar. Ini berdasarkan borang maklumbalas kaji selidik daripada
graduan yang dihantar kepada Fakulti Pendidikan.
Jadual 1.1 : Statistik pendaftaran pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (SPA, SPE dan SPJ), Fakulti Pendidikan, UTM Bil Kursus 2003/04 2004/05 2005/06 2006/07 Jumlah1. SPA 29 31 17 18 95 2. SPE 31 38 20 15 104 3. SPJ 28 21 15 16 80 Jumlah keseluruhan 88 90 52 49 279
Sumber Pejabat Pengurusan Akademik Fakulti Pendidikan, UTM (2007)
6
Jadual 1.2 : Bilangan Graduan Ijazah Pertama yang telah dihasilkan oleh Fakulti Pendidikan, UTM dari Tahun 2003 sehingga 2006
Tahun SPA SPE SPJ Jumlah
2003 57 45 64 166 2004 54 50 66 170 2005 5 7 8 20 2006 54 61 56 171
Jumlah 170 163 194 527 Sumber Pejabat Pengurusan Akademik Fakulti Pendidikan, UTM (2007)
Justeru, memang wujud masalah pengangguran dalam kalangan graduan
pendidikan kejuruteraan. Pelajar pendidikan kejuruteraan harus memandang serius
dan peka terhadap permasalahan ini. Mereka harus bersedia menghadapi apa jua
kemungkinan dan memperlengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran supaya dapat
bersaing dengan graduan daripada bidang lain dalam mendapatkan pekerjaan selepas
tamat pengajian. Mereka juga harus tahu alternatif lain untuk mendapatkan
pekerjaan. Sektor industri misalnya menjadi satu alternatif kepada graduan
pendidikan kejuruteraan untuk mendapatkan pekerjaan. Persoalannya kini, adakah
graduan pendidikan kejuruteraan mempunyai persediaan untuk bekerja di industri.
1.3 Pernyataan Masalah
Masalah penggangguran dalam kalangan graduan pendidikan menjadi satu
isu yang hangat diperkatakan kebelakangan ini. Tiada penempatan mengajar selepas
tamat pengajian menyebabkan ramai dikalangan graduan ini menganggur walaupun
telah lama menamatkan pengajian.
Industri memerlukan pekerja yang dapat memenuhi kehendak mereka.
Kombinasi kemahiran, pengetahuan dan mental yang baik yang ada pada seseorang
menjadi kriteria utama industri terhadap pemilihan pekerja. Justeru dalam kajian ini,
7
penyelidik ingin mengkaji persediaan pelajar untuk bekerja di sektor industri.
Pengkaji ingin mengkaji persediaan pelajar tentang empat aspek utama iaitu
kemahiran ‘employability’, kemahiran teknikal, pengetahuan teknikal dan menerima
tekanan kerja. Sasaran utama pengkaji untuk menjalankan kajian ini adalah pelajar
pendidikan kejuruteraan tahun akhir kursus Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan (SPA, SPE dan SPJ) di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia yang menamatkan pengajian pada sesi II 2006/2007. Beberapa persoalan
kajian yang dikemukakan akan menjawab penyataan masalah ini.
1.4 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti:
1. persediaan pelajar untuk bekerja di sektor industri dari aspek kemahiran
‘employability’.
2. persediaan pelajar untuk bekerja di sektor industri dari aspek kemahiran
teknikal.
3. persediaan pelajar untuk bekerja di industri dari aspek pengetahuan teknikal.
4. persediaan pelajar untuk bekerja di sektor industri dari aspek menerima
tekanan kerja.
8
1.5 Persoalan kajian
Kajian ini akan menjawab persoalan-persoalan kajian di bawah:
1. apakah pelajar bersedia dari aspek kemahiran ‘employability’ untuk
bekerja di sektor industri?
2. apakah pelajar bersedia dari aspek kemahiran teknikal untuk bekerja di sektor
industri?
3. apakah pelajar bersedia dari aspek pengetahuan teknikal untuk bekerja di
sektor industri?
4. apakah pelajar bersedia dari aspek menerima tekanan kerja untuk bekerja di
sektor industri?
1.6 Kepentingan kajian
Hasil daripada kajian dan penyelidikan ini maka diharap ianya akan dapat
dijadikan panduan oleh pihak-pihak tertentu. Antaranya ialah:
1.6.1 Pelajar pendidikan kejuruteraan
Pelajar yang mengikuti kursus pendidikan kejuruteraan dapat mengenalpasti
kehendak industri yang mana kemahiran dan pengetahuan yang ada pada mereka