Post on 03-Jul-2015
description
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERKARA 3,32,152,153
Perkara 3
Perkara 3 yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan Malaysia adalah
mengenai agama untuk persekutuan Malaysia. Terdapat beberapa pecahan dalam
pekara 3 iaitu ,dalam pekara 3(1), agama islam merupakan agama rasmi bagi
persekutuan Malaysia tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan
damai di mana-mana bahagian persekutuan. Dalam pekara 3(2) pula jelas
meyatakan bahawa dalam tiap-tiap negeri melainkan negeri-negeri yang tidak
mempunyai raja,kedudukan raja sebagai ketua agama islam dalam negerinya
secara dan setakat mana yang diakui dan diistiharkan oleh perlembagaan negeri itu
dan juga tertakluk kepada perlembagaan negeri itu ,segala hak,keistimewaan ,hak
kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai ketua agama islam tidaklah
tersentuh dan tercacat.tetapi dalam apa-apa perbuatan,amalan atau upacara yang
telah dipersetujui oleh majlis raja-raja supaya meliputi seluruh persekutuan,maka
tiap-tiap raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai ketua agama islam membenarkan
Yang Dipertuan Agong mewakilinya.
Dalam pekara 3(3) pula menyatakan perlembagaan bagi negeri-negeri
Melaka,pulau pinang,sabah dan serawak hendaklah masing-masing membuat
peruntukan bagi membari kepada Yang Dipertuan Agong kedudukan sebagai ketua
agama islam dalam negeri itu.
Dalam pekara 3(4) pula menyatakan tiada apa-apa dalam pekara ini
mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam perlembagaan
Dalam pekara 3(5) walau apa-apa jua dalam perlembagaan ini,Yang dipertuan
agong hendakalah menjadi ketua agama islam dalam wilayah-wilayah persekutuan
kuala lumpur,Labuan,dan putrajaya dan maksud ini parlimen boleh dengan undang-
undang membuat peruntukan bagi mengadakan peraturan mengenai hal-ehwal
agama islam dan bagi menubuhkan suatu majlis untuk menasihatkan Yang
Dipertuan Agong mengenai pekara-pekara berhubung dengan agama islam. Dipetik
dari buku Perlembagaan Persekutuan ,( 2010 )Kuala Lumpur: International Law
Book Services.
Perkara 32
Dalam perlembagaan persekutuan malaysia pada bahagian 4 bab 1,Pekara 32
merupakan pekara yang menyentuh mengenai kepala utama negara bagi
persekutuan,dan permaisurinya. Pekara 32 ini menyentuh mengenai
peranan,perlantikan,dan kuasa yang ada pada Yang Dipertuan Agong sebagai ketua
ketua persekutuan malaysia. Dalam pekara 32(1) menyatakan bahawa maka
hendaklah ada seorang kepala utama negara bagi persekutuan digelarkan yang
dipertuan agong,yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam
persekutuan dan yang tidak boleh dikenakan dakwa dalam apa-apa jua perbicaraan
dalam mana-mana makamah kecuali dalam makamah khas yang ditubuhkan
dibawah bahagian 15.
Dalam pekara 32(2) permaisuri Yang Dipertuan Agong(yang digelar Raja
Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam
persekutuan selepas Yang Dipertuan Agong. Pekara 32(3) pula menyatakan
bahawa Yang Dipertuan Agong hendaklah dipilih oleh majlis raja-raja selama
tempoh jawatan 5 tahun tetapi boleh pada bila-bila masa meletakan jawatanya
dengan mengutuskan surat yang ditandatangani olehnya kepada majlis raja-raja
atau dipecat dari jawatanya oleh majlis raja-raja dan hendaklah terhenti daripadanya
memegang jawatan apabila terhenti dari menjadi raja.
Pekara 32(4) memperuntukan bahagian 1 dan 3 dalam jadual ketiga hendaklah
dipakai bagi memilih dan memecat yang dipertuan agong. Dipetik dari buku
Perlembagaan Persekutuan ,( 2010 )Kuala Lumpur: International Law Book
Services.
Perkara 152
Dalam perlembagaan persekutuan bahagian 12 pekara 152 adalah mengenai
bahasa kebangsaan untuk persekutuan malaysia.terdapat beberapa pecahan dalam
pekara 152 ini. Yang pertama adalah pekara 152(1) menyatakan bahawa bahasa
kebagsaan persekutuan malaysia ialah bahasa melayu dan hendaklah ditulis dalam
apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang oleh
parlimen:
Dengan syarat bahawa-
(a) tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan
(bagi apa-apa maksud,lain daripada maksud rumi),atau daripada mengajarkan atau
belajar apa-apa bahasa lain,dan
(b) tiada apa-apa jua dalam fasal ini boleh menyentuh hak kerajaan
persekutuan atau hak mana-mana kerajaan negeri bagi memelihara dan
meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam
persekutuan
Dalam pekara 152(2) pula menyebut walau apapun peruntukan fasal (1),selama
tempoh sepuluh tahun selepas hari merdeka,dan selepas daripada itu sehinggalah
selainya diperuntukan oleh parlimen,bahasa inggeris boleh digunakan dalam kedua-
dua majlis parlimen dalam dewan negeri tiap-tiap negeri dan bagi segala maksud
rasmi yang lain.
Pekara 152(3) pula menyatakan walau apapun peruntukan fasal (1) selama tempoh
sepuluh tahun selepas hari merdeka selepas daripada itu sehinggalah selainya
diperuntukan oleh parlimen naskah yang sahih-
(a) bagi segala rang undang-undang yang hendak dikemukakan atau
pindahan-pindahan mengenainya yang hendak dicadangkan dalam mana-mana
majlis parlimen,dan
(b) bagi segala akta parlimen dan segala perundangan kecil yang dikeluarkan
oleh kerajaan persekutuan
Hendaklah dalam bahasa inggeris.
Pekara 152(4) walau apapun peruntukan fasal (1) selama tempoh sepuluh tahun
selepas hari merdeka,dan selepas daripada itu sehingga selainya diperuntukan oleh
parlimen,segala perbicaraan dalam makamah persekutuan,makamah rayuan atau
makamah tinggi hendaklah dijalankan dalam bahasa inggeris. Dengan syarat
bahawa,jika makamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju,keterangan
yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak payah diterjemah atau
direkod dalam bahasa inggeris.
Pekara 152(5) walau apapun peruntukan fasal (1) sehingga selainya diperuntukan
oleh parlimen,segala perbicaraan dalam makamah rendah,lain daripada mengambil
keterangan hendaklah dijalankan dalam bahasa inggeris
Pekara 152(6) dalam pekara ini,”maksud rasmi” ertinya apa-apa jua maksud
kerajaan,sama ada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri dan termasuklah
apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam. Dipetik dari buku Perlembagaan
Persekutuan ,( 2010 )Kuala Lumpur: International Law Book Services.
Perkara 153(perezapan quata mengenai perkhidmatan,permit untuk orang melayu)
Perkara 153(1) menyatakan adalah menjadi tanggungjawab yang dipertuan agong
memelihara kedudukan istimewa orang melayu dan peribumi mana-mana negeri-
negeri sabah dan serawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain
mengikut perundangan pekara ini
Dalam perkara 153(2) walau apapun yang terkandung dalam perlembagaan
ini,tetapi tertakluk kepada peruntukan pekara 40 dan peruntukan ini,yang dipertuan
agong hendaklah menjalankan tugas-tugasnya di bawah perlembagaan ini dan
dibawah undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang
perlu untuk memelihara kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera mana-
mana negeri sabah dan sarawak dan juga untuk menentukan perezapan bagi orang
melayu dan bumiputera mana-mana negeri sabah dan sarawak suatu kadar yang
difikirkan patut oleh yang dipertuan agong mengenai jawatan dalam perkhidmatan
awam(lain daripada perkhidmatan awam sesuatu negeri) dan mengenai
biasiswa,bantuan dan lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan yang
seumpamanya atau lain-lain kemudahan khas yang diberi atau diadakan oleh
kerajaan persekutuan dan suatu kadar yang difikirkan patut oleh yang dipertuan
agong mengenai permit atau lesen bagi menjalankan apa-apa tred atau perniagaan
dan perezapan perin dan lesen itu adalah tertakluk kepada peruntukan undang-
undang itu dan pekara ini.
Pekara 153(3) memperuntukan mengikut fasal (2),perezepan bagi orang melayu dan
bumiputera mana-mana negeri-negeri sabah dan sarawak jawatan-jawatan dalam
perkhidmatan awam dan mengenai bisiswa,bantuan dan lain-lain keistimewaan
pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas,yang dipertuan agong
boleh memberi apa-apa arahan am sebagai mana yang dikhendaki bagi maksud itu
kepada mana-mana suruhanjaya yang dimaksudkan oleh bahagian 10 atau kepada
mana-mana pihak berkuasa yang bertanggung jawab atas pelajaran atau latihan
atau kemudahan khas itu. Dan suruhan jaya atau latihan atau kemudahan khas itu
hendaklah mematuhi arahan-arahan itu dengan sempurna.
Perkara 153(4) pada menjalankan tugas-tugasnya di bawah perlembagaan ini dan di
bawah undang-undang persekutuan mengikut fasal (1) hingga (3) yang dipertuan
agong tidak boleh melucutkan jawatan awam yang dipegang oleh seseorang atau
melucutkan biasiswa,bantuan atau lain-lain keistimewaan pelajaran atau latihan atau
kemudahan-kemudahan khas yang dinikmati oleh orang itu.
Perkara 153(5) pekara ini tidaklah mengurangkan kuasa peruntukan pekara 136
Perkara 153(6) pula menyatakan jika sesuatu permit atau lesen untuk menjalankan
apa-apa tred atau perniagaan adalah dikehendaki oleh undang-undang persekutuan
yang ada maka yang dipertuan agong boleh menjalankan tugas-tugasnya di bawah
undang-undang itu mengikut apa-apa cara,atau memberi apa-apa arahan am
kepada mana-mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab di bawah undang-
undang itu atas pemberian permit atau lesen itu,sebagaimana yang dikehendaki
bagi menentukan perezapan apa-apa kadar mengenai permit atau lesen itu untuk
orang melayu dan bumiputera mana-mana negeri,sabah dan sarawak sebagaimana
yang difikirkan patut oleh yang dipertuan agong dan pihak berkuasa itu hendaklah
mematuhi arahan itu dengan sempurna.
Perkara 153(7) tiada apa-apa jua dalam pekara ini boleh berkuatkuasa untuk
melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa
hak,keistimewaan,permit,atau lesen seseorang yang terakru kepada orang itu atau
yang dinikmati atau dipengang oleh orang itu ataupun untuk memberi kuasa supaya
ditolak permintaan daripada seseorang untuk memperbaharui sesuatu permit atau
lesen atau memberi kuasa supaya enggan memberi sesuatu permit atau lesen
kepada waris pengganti atau sesuatu penerima serahak seseorang itu pembaharuan
atau pemberian itu dijangka menasabah pada ghalibnya.
Perkara 153(8) walau apapun yang terkandung dalam pelembagaan ini,jika untuk
menjalankan sesuatu tred atau perniagaan sesuatu permit atau lesen adalah
dikehendaki oleh undang-undang persekutuan ,maka peruntukan boleh dibuat oleh
undang-undang itu bagi merezapkan suatu kadar mengenai permit atau lesen itu
untuk orang melayu dan bumiputera mana-mana negeri,sabah dan sarawak,tetapi
tiada suatu undang-undang itu boleh,bagi maksud menentukan perezaban itu
(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa
hak,keistimewaan,permit atau lesen seseorang yang terakru kepada orang itu atau
yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau
(b)memberi kuasa supaya ditolak permintaan daripada seseorang untuk
memperbaharui sesuatu permit atau lesen itu atau memberi kuasa supaya enggan
memberi sesuatu permit atau lesen kepada waris,pengganti atau penerima serahak
seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan-peruntukan
yang lain dalam undang-undang itu,dijangka munasabah pada ghalibnya,ataupun
menahan seseorang daripada memindah milik bersama dengan perniagaanya
sesuatu lesen yang boleh dipindahmilik bagi menjalankan perniagaan itu atau
(c) jika dahulunya tiada dikehendaki apa-apa permit atau lesen bagi
menjalankan tred atau perniagaan itu,membari kuasa supaya enggan memberi
sesuatu permit atau lesen kepada seseorang bagi menjalankan sesuatu tred atau
perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bone fide sebelum sahaja mula
berkuat kuasa undang-undang itu,ataupun membari kuasa supaya ditolak
kemudianya permintaan daripada mana-mana orang itu untuk memperbaharui
sesuatu permit atau lesen atau membari kuasa supaya enggan memberi sesuatu
permit atai lesen itu kepada waris,pengganti atau penerima serahak mana-mana
orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang
itu,pembaharuan atau pemberian itu dijangka manasabah pada ghalibnya.
Perkara 153(8A) walau apa pun yang terkandung dalam perlembagaan ini,jika dalam
sesuatu universiti,maktab atau yayasan pelajaran lain yang memberi pelajaran
selepas daripada sijil pelajaran malaysia atau yang setaraf dengannya,bilangan
tempat-tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab atas
pengelolaan universiti,maktab,atau yayasan pelajaran itu kepada calon-calon untuk
sesuatu kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon calon yang
berkelayakan bagi tempat-tempat itu maka sahlah bagi yang dipertuan agong
menurut pekara ini,membari apa-apa arahan sebagaimana yang di kehendaki
kepada pihak berkuasa bagi menentukan perezepan sesuatu kadar daripada
tempat-tempat itu bagi orang melayu dan bumiputera mana-mana negeri,sabah dan
sarawak mengikut sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh yang dipertuan
agong dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sempurna.
Perkara 153(9) tiada apa-apa jua dalam pekara ini boleh memberi kuasa kepada
parlimen menyekat perniagaan atau tred semata-mata bagi maksud perezepan
untuk orang melayu dan bumiputera mana-mana negeri,sabah dan sarawak.
Perkara 153(9A) dalam pekara ini,perbahasan ‘bumiputera’ mengenai sesuatu
negeri sabah atau sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya
dalam pekara 161A
Perkara 153(10) perlembagaan bagi negeri yang beraja boleh membuat peruntukan-
peruntukan yang bersamaan(dengan apa-apa pengubahsuaian yang perlu)dengan
peruntukan-peruntukan pekara ini.
ISU-ISU BERKAITAN PEKARA 3,32,152 DAN 153
Isu perkara 3
Perkara 3 dalam Perlembagaan Malaysia adalah merujuk kepada perkara yang
berkaitan dengan agama Islam. Ianya jelas terbukti bahawa agama Islam
merupakan agama rasmi Negara Malaysia. Namun begitu agama lain juga boleh
dianuti oleh rakyat di Negara ini dengan bebas dan tiada halangan.walau bagaiman
terdapat beberapa isu yang dipolitikan semata-mata untuk menunjukan pahlawan
dimata rakyat oleh sesetengah alhi politik walaupun pada asasnya sesuatu isu
berkenaan adalah untuk kebaikan bersama.
Isu penubuhan jawatan kuasa khas antara agama
Pada april tahun 2010,kerajaan memutuskan untuk mewujudkan jawatan kuasa
khas berhubung isu antara kaum yang dipengurusikan oleh datuk ilani isahak yang
merupakan bekas ahli parlimen kota bharu. Jawatan kuasa ini dianggotai pewakilan
dan pegawai kemajuan agama islam Malaysia(jakim),istitut kefahaman islam
Malaysia(ikim) majlis agama Buddha,kristian,hindu,dan sikh mayasia(mccbhst) dan
pemimpin badan bukan kerajaan(ngo). Pada asasnya,jawatan kuasa ini bertujuan
memberikan peluang kepada pemimpin agam di Malaysia untuk bertukar-tukar
pendapat dan membincangkan isu berkaitan agama bersama supaya mengelakan
persilisihan faham yang dikhuatiri menyalakan api perbezaan antara agama.
Walaubagaimana selepas pengumuman penubuhan jawatan kuasa antara kaum ini
oleh menteri di jabatan pedana menteri,tan sri dr koh tsu koon,pelbagai pihak mulai
mempertikaikan perlunya jawatan kuasa antara agama ini. Antara yang lantang
mempertikaikan penubuhan ini adalah pertubuhan pribumi perkasa(perkasa) yang
meminta mufti dan alim ulama di seluruh Negara mengeluarkan fatwa serta
pandangan berhubung penubuhan jawatankuasa khas ini.
Analisis isu penubuhan jawatan kuasa antara agama
Penubuhan jawatan kuasa ini pada dasarnya adalah membawa kebaikan untuk
menunjukan kefahaman antara agama di malaysia,walau bagaimana,perlaksanaan
jawatan kuasa agama ini menimbulkan masalah. Jawatan kuasa yangdiletakan di
bawah jabatan hal ehwal perpaduan dan pengurusan prestasi itu akan mengadakan
perbincangan darimasa ke masa secara fomal atau secara informal untuk
membincangkan isi agama di negara dan memahami kebudayaan agama di antara
satu sama lain di malaysia. Masalah yang membelengu jawatan kuasa ini adalah
kekhuatiran banyak pihak. Banyak pihak mahu jawatan kuasa ini mengambil kira
agama islam sebgai agama rasmi persekutuan. Ini kerana tidak mahu pihak yang
terlibat menyamakan hak semua agama kerana agama islam mempunyai
kedudukan istimewa di sisi perlembangaan. Selain itu juga,penubuhan jawatan
kuasa ini juga menyebabkan beberapa badan bukan kerajaan meminta pandangan
mufti dan alim ulama di seluruh negara untuk megeluarkan fatwa mengenai
penubuhan jawatan kuasa khas ini. Antara yang lantang bersuara ialah pertubuhan
pribumi perkasa malaysia yang mengeluarkan kenyataan terkejut kerana penubuhan
ini tidak mendapat pandangan pihak lain terutamanya majlis raja-raja. Selain itu juga
kebimbangan pihak pihak tersebut jika jawatan kuasa ini adalah percubaan untuk
meletakan agama islam setaraf dengan agama lain,walupun dengan jelas dalam
perlembagaan menyatakan agama islam adalah agama rasmi. Jika dilihat dari tahun
2005 telah wujud cadangan untuk menubuhakan suruhjaya antara agama malaysia
ditubuhkan,walaubagaimana, cadangan ini tidak dilaksanakan apabila majlis mufti-
mufti malaysia mengambil ketetapan menolak cadangan itu kerana tidak memberi
faedah dan hanya merugikan umat islam. Selain itu juga isu ini turut menarik
perhatian apabila seorang wanita,dato ilani yang merupakan bekas ahli parlimen
kota bharu sebagai pengerusi jawatan kuasa ini. Pekara ini boleh menimbulkan
kekeliruan dan tidak senang hati dalam kalangan masyarakat islam kerana individu
yang terbabit tidak mempunyai krebiliti serta kefahamanyang tinggi dalam agama
islam untuk menjadi pengerusi jawatan kuasa ini. Yang menjadi tajuk utama
perbahasan mengenai penubuhan jawatan kuasa ini adalah kebimbangan
masyarakat islam keatas percubaan untuk menyamakan hak agama islam sebagai
agama rasmi Malaysia dengan agama lain.
Cadangan membendung isu jawatan kuasa antara agama
1- Majlis fatwa mengeluarkan fatwa mengenai jawatan kuasa antara kaum
Isu jawatan kuasa antara kaum yang menimbulkan keresahan masyarakat islam di
negara ini haruslah diserahkan kepada pihak yang bertangungjawab. Dalam konteks
ini adalah majlis fatwa kebangsaan untuk menegeluarkan fatwa dan juga pandangan
berhubung penubuhan jawatan kuasa ini. Pekara ini haruslah dilakukan dengan
segera untuk menghilangkan keraguan dalam kalangan masyarakat islam. Jika
fatwa sudah dikeluarkan oleh majlis fatwa kebangsaan,isu ini tidak akan dimainkan
lagi kerana keputusan telah diputuskan sama ada jawatan kuasa hubungan kaum ini
melangar syariat agama islam atau tidak.
2- menukar jawatan kuasa antara agama kepada jawatan kuasa antara kaum.
Jawatan kuasa antara agama yang menjadi isu sensitif yang dilihat oleh umat islam
sebagai percubaan untuk menyamakan hak agama islam dengan agama lain di
malaysia haruslah ditukar kepada jawatan kuasa antara kaum. Ini kerana walaupun
jawatan kuasa antara agama ditubuhkan untuk mendapatka input tentang
agama,sebaliknya turut memberi masalah dari segi perlaksanaanya dan dikhuatiri
disalah guna pihak tertentu untuk dijadikan medium merendah-rendahkan agama
islam sebagai agama rasmi. Penubuhan jawatan kuasa antara kaum ini dapat
membuka jalam penyelesaian dan tidak mengelirukan orang ramai.
3- dialaog memahami satu sama lain
Sperti yang diketahui umum,salah satu pekara yang sensitif di negara ini adalah
mengenai agama. Bagi sesiapa saja,agama yang dianutinya adalah yang terbaik.
Dialog keagamaan adalah jalan terbaik untuk membuka ruang kepada ahli agama
untuk membicarakan sesuatu yang terbuku di hati mereka. Memahami satu sama
lain adalah asas kepada dialog ini. Dialog yang diadakan haruslah berasaskan
kepada setiap ahli dialog memahami objektif dialog dan bukan mengintegrasikan
pemahaman agama mereka dan merendahkan golongan agama yang lain.
Isu murtad Lina Joy
Pada awal tahun 2000 sehinggalah kehari ini,Negara dikejutkan dengan pelbagai
individu-individu yang mengistiharkan keluar dari pada agama islam secara terang
terangan dan antara kes yang paling mendapat perhatian adalah kes murtad Lina
Joy,atau nama asal nya azlina jailani. Bermula dari tahun 1997,lina joy telah
berusaha menukar nama nya kepada azlina lelani tetapi ditolakkeran beralasankan
telah menukar agama kristian. Pada 1999,pemohonan kedua untuk menukar nama
ke pada lina joy tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama kristian telah
diluluskan dengan kad pengenalan baru tertera perkataan beragama islam.
Walaupun lina joy telah mengistiharkan tidak pernah mempraktikan ajaran islam
semenjak lahir,kedua orang tua nya,ayah bernama jailani bin sheriff dan ibu
bernama kalthum binti omar mengamalkan hidup sebagai seorang muslim. Selepas
berkahwin dengan seorang kristian,beliau memohon untuk pendaftaran
perkahwinan,tetapi gagal kerana di kad pengenalanya tertera masihberagama islam.
Bermula dari saat itu,bemulalah pertembungan seorang murtad yang cuba
menghilangkan perkataan agama islam dalam kad pengenalanya.
Analisis isu murtad lina joy
Dalam konteks Malaysia, isu murtad ini menjadi isu utama walaupun ia telah lama
dibangkitkan berdasarkan kepada kes-kes murtad dan tuntutan di mahkamah hingga
kini.Sesungguhnya ia menjadi satu isu yang kompleks kerana secara langsung
melibatkan peruntukkan di dalam Perlembagaan Malaysia. Isu yang seringkali
menjadi perbahasan undangundang dan menjadi tuntutan oleh pihak-pihak berkaitan
murtad di Malaysia ini adalah berkenaan orang Islam yang telah keluar dari agama
Islam merasa hak kebebasan beragamanya menurut perlembagaan disekat dan
dihalang oleh badan berkuasa agama Islam dan mahkamah apabila membuat
sesuatu tuntutan. Dalam perbahasan ini banyak kes terdahulu yang dibicarakan
samada di mahkamah syariah mahupun mahkamah sivil yang perlu dijadikan
rujukan untuk mengaitkannya dengan isu pokok samada dalam isu murtad mahupun
hak kebebasan agama. Dalam kes lina joy ini yang menjadi kemarahan umat islam
adalah kebiadapat lina joy untuk membuang perkataan islam dalam kad
pengenalanya yang telah mencetuskan satu perasaan kehinaan terhadap kesucian
islam. Terdapat pelbagai pandangan mengenai kes ini ada yang berpendapat
mereka tidak menolak prosedur agar isu ini dibawa ke mahkamah syariah, tetapi
mereka mahu jaminan agar kes ini akan dibincangkan secara adil dan hak lina joy
untuk membuat pilihannya tersendiri dipertahankan. Ada pula yang tidak mahu isu
ini dibawa ke mahkamah syariah kerana berpendapat lina joy sudah nyata bukan
islam. Beberapa pandangan pula bertanya mengapa kita hendak sangat nak
kekalkan perkataan Islam di atas kad pengenalan Lina Joy apabila jelas sekali beliau
hendak keluar Islam. Bukankah lebih baik kita tak usah fikirkan tentang Lina Joy
seorang sedangkan ramai lagi orang lain yang berminat memeluk Islam? .Ada pula
beberapa pandangan menganjurkan agar umat Islam meneliti diri sendiri dahulu,
dan bermuhasabah mengapa wujud individu-individu Muslim yang hendak keluar
dari Islam?. Pandangan lain pula berpendapat sekiranya Lina Joy berjaya, ia akan
membuka ruang untuk gejala murtad berleluasa dan status Islam sebagai agama
persekutuan akan hilang ertinya. Kesan lain adalah seperti Orang Islam dibenarkan
meninggalkan Islam pada bila-bila masa sahaja, walaupun mengakui mereka adalah
Melayu pada bangsanya. Ini bermakna Melayu di Malaysia bukan lagi terikat dengan
agama Islam seperti yang telah digazetkan dalam perlembagaan
Cadangan membendung isu jawatan kuasa antara agama
1-Mengetatkan undang undang
Kebanyakan Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam negeri-negeri di Malaysia
masih belum mempunyai suatu undang-undang pencegahan terhadap murtad Cuma
negeri kelantan dan terengganu sahaja mempunyai satu enakmen negeri yang
dipanggil Enakmen sekatan pengembangan agama bukan Islam. Namun begitu
enakmen ini tidak begitu lengkap kerana pencegahan di sini hanya terhadap bukan
Islam yang menjalankan dakyah agama asing kepada umat Islam. Persoalan yang
timbul ialah enakmen ini tidak memperuntukan hukuman-hukuman
Bagi si murtad itu sendiri. Oleh itu, apabila seorang lslam murtad dengan
Kerelaan dirinya sendiri tanpa pujukan, tiada suatu hukuman pun dapat dijatuhkan
ke atasnya kerana tiada peruntukan dalam Enakmen tersebut. Oleh demikian satu
enakmen haruslah dinyatakan degan jelas untuk mendakwa dan memperuntukan
hukuman keatas orang yang murtad agar isu murtad ini tidak lagi berlaku.
2-Memberi pendedahankan pendidikan
Sistem pendidikan merupakan satu wadah yang penting untuk
membangunkan sesuatu masyarakat dalam kehidupan. Tanpa pendidikan
seseorang itu mudah mudah terpengaruh dengan persekitaran. Keadaan ini juga
dapat dilihat dalam gejala murtad. Ibu bapa sekarang perlu peka terhadap
pendidikan anak-anak. Ibu bapa wajib menyerapkan roh dan semangat Islam dalam
jiwa anak-anak dan tidak sekadar tertumpu dalam menjagar prestasi akademik
semata-mata. Masyarakat perlu menyedari hakikat bahawa, undang-undang sahaja
tidak boleh menyelesaikan masalah murtad yang berlaku sekarang. Sebaliknya
masyarakat mestilah bertindak pulihkan akidah dengan menguatkan pendidikan
agama. Menceritakan tentang murtad dari segi kacamata Islam adalah salah
satu cara awal menyekat gejala murtad dari meresap masuk di sekolah-sekolah
3- Meningkatkan dakwah
Dakwah merupakan tugas seluruh para utusan Allah. Para utusan ini
mengajak kaum mereka supaya beriman dengan Allah dan hanya mengabdikan diri
kepada Allah. Akan tetapi, tiada pengecualian dalam hal ini. Allah S.W.T memberi
penghormatan kepada umat Islam untuk berkongsi memikul tugas ini bersama
Rasulullah s.a.w. ini jelas menunjukkan bahawa orang yang bertanggungjawab
melaksanakan dakwah ini ialah setiap orang Islam lelaki dan mahupun wanita
kerana mereka umat Islam. Akan tetapi, keadaan berlakunya sebaliknya segelintir
masyarakat tidak mengambil endah akan persekitarannya. Seperti dalam masalaH
gejala murtad ini,sikap tidak memberi nasihat dan tidak mengambil endah
menyebabkan seseorang itulalai dalam Islam dan seterusnya keluar daripada Islam.
Keadaan ini haruslah tidak dibiarkan dan peranan dakwah haruslah ditingkatkan
untuk menjaga akidah umat islam
Isu pengunaan khalimah ALLAH oleh pihak gereja
Isu Permohonan Pihak Geraja menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada
God dalam tulisan berkaitan ajaran Kristian adalah isu besar dalam negara kita.
Seluruh Muslim perlu mengetahui dan mengambil berat isu ini serta menunjukkan
penentangan terhadap sebarang usaha untuk menggunakan nama Allah bagi
merujuk kepada Tuhan mereka, begitu juga penggunaan Ka'bah merujuk kepada
gereja dan solat merujuk kepada sembahyang di dalam gereja.isu ini menjadi
sesuatu isu yang jika tidak ditangani dengan bijak,boleh menyebabkan rusuhan
agama dan bibit-bibit kebencian kepada agama lain mulai kelihatan apabila
Dilaporkan, sebuah gereja di Desa Melawati telah dibakar lewat tengah malam
tadi.Kejadian ini yang terjadi di Gereja Metro Tabernacle A/G, yang terletak di Jalan
4/4C Desa Melawati dekat Setapak telah dikaitkan dengan isu penggunaan kalimah
ALLAH. Sebelum itu,terdapat beberapa laporan surau dibaling dengan kepala babi.
Walaupun kes ini telah dibawa ke makamah,beberapa ahli politik cuba menunjukan
kepahlawanan di hadapan rakyat dengan mempolitikan kes ini seperti isu ini menjadi
modal politik dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu. DAP sudah membangkitkan
isu sensitif kalimah Allah ini untuk meraih undi.
Analisis isu pengunaan khalimah ALLAH oleh pihak gereja.
Kebiadapan pihak gerja yang mengemukakan permohonan untuk menggunakan
khalimah ALLAH untuk mengantikan god telah menimbulkan kemarahan umat islam.
sangat tidak munasabah pihak gereja Katholik Malaysia begitu bersungguh-sungguh
mencabar keputusan kerajaan terhadap larangan penggunaan nama Allah dalam
mana-mana penerbitan agama bukan Islam di negara ini. Walaupun isu ini telah
dibawa sebagai isu politik oleh sesetengan pihak yang ingin melihat perpaduan
antara agama di Negara ini bergoncang, asas nya isu ini,kerajaan telah membuat
keputusan yang bijak dengan tidak meluluskan pemohonan pihak gereja. Ilmu
teologi Kristian tidak sama sekali menjadikan perkataan Allah sebagai satu tiang
atau pasak agama seperti mana ilmu teologi Islam. Apa yang hendak direbutkan
oleh Katholik di Malaysia perkataan Allah sedangkan jika mereka menggunakan
perkataan tuhan ia tidak langsung menjejaskan akidah atau "kesucian" agama
Kristian. Malahan saya percaya majoriti penganut Kristian yang fasih berbahasa
Melayu tentu tahu terjemahan sebenar untuk God dalam bahasa Melayu ialah
Tuhan. Terdapat beberapa pendapat seperti dari Tan Sri Bernard Dompok
menerangkan bahawa khalimah Allah popular di kalangan penganut Kristian di
Sabah dan Sarawak sejak 1881 jika mereka membaca doa dalam bahasa Melayu.
Bagi kebanyakan orang Melayu dan Islam di negara ini, tindakan menterjemah God
kepada Allah merupakan tindakan mubaligh Kristian ketika itu untuk mengelirukan
umat Islam di rantau ini. Dari segi sejarah pun, mubaligh Kristian ketika itu
mempunyai pilihan untuk menggunakan perkataan tuhan bagi God. Namun mereka
memilih perkataan Allah kerana ia merupakan satu kata yang cukup berpengaruh
dalam masyarakat Islam di nusantara ketika itu. Ketika itu masyarakat Islam di
nusantara telah diajar dan dididik bahawa hanya Allah tuhan yang benar, manakala
tuhan-tuhan agama lain adalah palsu. Maka bagi menyamakan kedudukan ajaran
kristian dengan Islam ketika itu, Mubaligh telah menggunakan nama Allah sebagai
ganti God. Yang menjadi kerisauan umat islam adalah satu persatu hak umat islam
mula dipertikaikan oleh golongan tertentu yang jelas membelakangkan agama islam
adalah agama rasmi dalam persekutuan malaysia.
Cadangan membendung isu pengunaan khalimah ALLAH oleh gereja
1- mengetatkan undang-undang
Pihak kerajaan haruslah menubuhkan satu undang-undang yang jelas untuk
menghalang golongan tertentu bukan islam untuk memohon pengunaan khalimah
ALLAH dalam mana-mana penerbitan. Keadaan ini juga haruslah dilaksanakan
bersama-sama penetapan bahawa khalimah ALLAH hanya boleh digunakan oleh
umat islam. Melalui kaedah ini,tiada pihak lagi akan mencuba untuk memesongkan
akidah umat islam melalui pengunaan khalimah ALLAH.
2- menetapkan kes-kes agama yang melibatkan agama islam dibawa ke
makhamah syariah
Penetapan sebelum ini tidak secara jelas mengariskan sama ada sesuatu isu itu
harus didengar di makhamah sivil atau makhamah syariah. Melalui penetapan yang
membezakan kes-kes seperti pemohonan penggunaan khalimah ALLAH ini didengar
di makhamah syariah berdasarkan ia adalah isu agama Islam walaupun ia
melibatkan orang bukan Islam. Ini adalah kerana mengikut tafsiran Perlembagaan
Malaysia, kes-kes yang melibatkan orang bukan Islam boleh dibicarakan di
Mahkamah Syariah jika ia bersangkutan dengan agama Islam.
3- kenyataan rasmi tentang penggunaan perkataan ALLAH
Melalui kenyataan rasmi mengenai pengunaan perkataan ALLAH hanyalah boleh
digunakan oleh orang islam melalui Dewan Bahasa dan Pustaka sebagaimana yang
dapat difahami daripada kamus yang dikeluarkan olehnya. Melalui kaedah ini,
masyarakat terutamanya bukan islam akan lebih mengetahui bahawa khalimah
ALLAH hanya boleh digunakan oleh orang beragama islam.
Kes Kalliamal A/P Sinnsamy/ Mohamad @ Moorthy bin Abdullah
Kes ini berlaku pada hujung tahun 2005 apabila Kalliamal enggan menerima hakikat
bahawa arwah suaminya telah memeluk agama Islam semasa hayatnya. Walaupun
pihak berkuasa MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN( MAIWP)
berhak untuk mengebumikan jenazah Mohamad tanpa perintah mahkamah Syariah
atau Mahkamah Sivil, namun bagi mengelakkan ketegangan yang berterusan, pihak
MAIWP telah dinasihatkan untuk menunggu keputusan Mahkamah Tinggi Sivil
sekalipun Mahkamah Syariah telah memberikan perintah pengkebumian mengikut
hukum syarak lebih awal. Dapat dilihat bahawa MAIWP adalah berkeyakinan
bahawa Mahkamah Tinggi akan mengiktiraf bidangkuasa Mahkamah Syariah dalam
menentukan pengesahan pemelukan Islam. Sebagaimana yang dihujahkan oleh
peguam MAIWP dan Peguam Kanan Persekutuan, Mahkamah Sivil tidak boleh
mengganggu keputusan Mahkamah Syariah berdasarkan Perkara 121(1A).
Sebagaimana yang diduga isteri mohamad yang disokong kuat oleh media massa
mengasak hebat MAIWP dan Mahkamah Syariah. Tohmahan mereka adalah orang
bukan Islam tidak mendapat keadilan sewajarnya (no remedy) dalam kes sebegini.
Mereka langsung tidak membangkitkan isu hak Mohamad yang telah memeluk Islam
dan hak MAIWP yang menjalankan kewajiban dan tanggungjawabnya bagi pihak
Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama bagi Wilayah Persekutuan, sebaliknya
yang digembar-gemburkan adalah hak Kalliamal sebagai isteri untuk mencabar
kesahan pemelukan Islam oleh suaminya.
Analisis kes kalliamal a/p sinnsamy/ mohamad @ moorthy bin abdullah
Kontroversi yang timbul berpunca dari keputusan mahkamah sivil enggan
menyemak keputusan mahkamah syariah berkenaan status dan kedudukan simati
yakni Moorthy@ Mohamad Abdullah. Ini menyebabkan pihak-pihak yang berasa
keputusan itu tidak adil dan mendakwa bahawa kedudukan mahkamah sivil telah
lemah dan mahkamah syariah telah diberi kata putus dan mengatasi mahkamah
sivil. Seterusnya mereka mahukan Perkara 121(1A) yang dijadikan oleh mahkamah
sivil itu dipinda atau dimansuhkan. Walaubagaimana kes ini adalah berlandaskan
kepada masalah pembahagian kuasa antara makahamah syariah dan makamah sivil
di Negara. Masalah ini adalah kerana ketiadaan satu garis panduan yang jelas untuk
menetapkan kuasa atau panduan untuk memisahkan kes yang boleh didengar di
makahamah sivil dan makamah syariah. Kes ini adalah salah satu kes yang cuba
mempertikaikan kewibawaan makhamah syariah dalam membicarakan kes-kes
melibatkan agama islam. Meskipun kedudukan Islam sebagai “agama persekutuan”
sebagaimana yang disebutkan dalam Perkara 3(1) itu terbatas Islam mempunyai
kedudukan yang tinggi atau mengatasi agama-agama lain. Inilah kesimpulan dan
gambaran yang tertera apabila kita meneliti peruntukan-peruntukan perlembagaan
yang lain seperti Perkara 11(1), 11(4), 12(2) atau 150(6A). Kedudukan istimewa
Islam ini tidak melanggar Perkara 8 yang menjamin hak sama rata kerana hak sama
rata ini pun sebenarnya tidak mutlak. Selain itu Perkara 8 sendiri umpamanya
melalui fasal (5) tidak bermaksud menyentuh soal agama. Peruntukan-peruntukan
ini memperkukuh kedudukan Islam di dalam kerangka perlembagaan dan ini dengan
sendirinya menafikan dakwaan bahawa negara dan perlembagaan kita adalah
sekular. Dakwaan sekular juga menentang sifat dan sejarah asal negara ini.Kes ini
merupakan kemuncak kepada banyak nya pihak yang masih tidak mahu menerima
hakikat bahawa Mahkamah Syariah adalah setaraf dengan Mahkamah Sivil,
sebagaimana yang telah diperakui oleh Perlembagaan Persekutuan sejak sekian
lamanya. Kes ini mencetuskan krisis perlembagaan yang serius sehinggakan 6
orang menteri kabinet bukan Islam mengemukakan memorandum menuntut supaya
perkara 121 (1A) dimansuhkan. Ternyata itulah sebenarnya hakikat perjuangan
mereka sekalipun mempunyai bidangkuasa yang terhad, kedaulatan mahkamah
Syariah hendak dihapuskan. Walaupun tewas di Mahkamah Tinggi, mereka tetap
meneruskan perjuangan ke peringkat Mahkamah Rayuan di mana mereka juga
mencabar Kedaulatan Islam, kedudukan Mahkamah Syariah dan menghujahkan
bahawa Malaysia adalah negara sekular yang mendaulatkan mahkamah sivil dalam
apa bentuk pertikaian undang-undang. Mereka juga berhujah bahawa masyarakat
bukan Islam tidak boleh tunduk atau mengiktiraf kekuasaan pihak berkuasa agama
Islam dan jauh sekali dari mengiktiraf bidangkuasa kepada Mahkamah Syariah.
Adalah dipercayai kes ini tidak akan berakhir di Mahkamah Rayuan. Mereka akan
terus menggugat kedaulatan Islam dan Mahkamah Syariah hinga ke Mahkamah
Persekutuan. Haris Ibrahim hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak Majlis
Peguam juga telah berhujah panjang lebar bahawa Mahkamah Syariah tiada
bidangkuasa untuk memutuskan kes tersebut. Manakala di Mahkamah Rayuan,
Malek Imtiaz dan Haris yang juga peguam pemerhati bagi Majlis Peguam telah
memfailkan hujahan bertulis yang memperteguhkan kedudukan negara ini sebagai
negara sekular dan memperlekehkan kedudukan Mahkamah Syariah di negara ini.
Cadangan isu kes kalliamal a/p sinnsamy/ mohamad @ moorthy bin abdullah
1- Membuat garis pemisah kuasa antara makhamah sivil dan syariah
Sebagai sebuah Negara islam yang mengutamakan islam sebagai agama
rasmi,pihak kerajaan harus menubuhkan satu garis pemisah yang menghalang
sebarang keputusan makhamah antara makhamah syariah dan sivil menindih antara
satu sama lain. Sebagai jalan penyelesaian,makhamah syariah haruslah ditetapkan
untuk mendengar kes-kes yang melibatkan umat islam dan sebarang keputusan
yang dibuat haruslah hanya dibuat di makhamah syariah dan sebarang keputusan
makhamah sivil tidak digunai pakai. Begitu juga sebaliknya untuk makhamah sivil
yang hanya mendengar kes-kes yang tidak melibatkan agama islam. Hal ini akan
memudahkan dan tidak menyebabkan penindihan yang boleh merosakan nama baik
kehakiman Negara.
2- Mengubal undang-undang mengenai hak orang islam
Sebagai salah satu cara untuk mengelakan isu seperti kes mohamad ini
berulang,pengubalan undang-undang harus dilakukan berdasarkan pandangan alim
ulamak untuk merangka akta dan undang-undang yang jelas menyatakan hak-hak
orang islam dinegara ini. Dalam kes ini,hak mohamad untuk dikebumikan sebagai
seorang muslim telah dipertikaikan oelh keluarganya yang beragama hindu. Jika
terdapat satu undang-undang yang jelas menyatakan hak mohamad untuk
dikebumikan sebagai orang isalam keadaan ini tidak akan berlaku.
3- Memberi pendidikan perlembagaan
Kontroversi ini menunjukkan perlunya pendidikan perlembagaan yang berterusan
kerana di dalam negara seperti Malaysia dokumen perlembagaan harus difahami
oleh semua pihak. Bagaimanapun kelihatannya masyarakat kita seperti tidak
mempunyai persiapan itu sedangkan orang lain begitu prihatin dan peka terhadap
kedudukan dan hak mereka di dalam perlembagaan. Keadaan ini jika tidak diberi
penekanan akan menimbulkan perselisihan faham yang lebih parah kepada Negara.
ISU PEKARA 32
Perkara 32 dalam Perlembagaan Malaysia pula adalah perkara yang berkait dengan
kuasa raja-raja Melayu. Perkara 32 dalam perlembagaan ini juga ada menyatakan
bahawa Yang di-Pertuan Agong merupakan individu yang terletak paling tinggi
dalam hierarki Negara. Manakala di peringkat negeri pula Raja merupakan ketua
negeri.Dalam perlembagaan Negara perlantikan Yang di-Pertuan Agong adalah
terletak di bawah kuasa Majlis Raja-raja. Perlembagaan Persekutuan juga
memperuntukkan bahawa kerajaan haruslah mengambil nasihat daripada Majlis
Raja-raja.
Isu Perlantikan Setiausaha Kerajaan Selangor
Tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mencadangkan agar
diadakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tergempar bagi meminda Undang-
Undang Tubuh Negeri Selangor untuk kembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai
eksekutif termasuk Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri kepada Menteri Besar dan
Sultan Selangor,telah mula mewujudkan situasi yang mencabar kuasa yang ada
pada duli yang maha mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah. Pekara ini bermula
apabila kerajaan negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba mempersoalkan
pelantikan itu yang telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin
Idris Shah dengan alasan ia tidak dimaklumkan kepada Menteri Besar, Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim.Pelantikan Mohammed Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan
Negeri mencetuskan kontroversi apabila sekretariat akhbar Menteri Besar
mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah cuba mempertikaikan pelantikan itu
dengan menganggapnya belum muktamad sedangkan ia telah mendapat perkenan
sultan. Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menegaskan ia mempunyai kata putus
dalam menentukan calon Setiausaha Kerajaan Negeri selepas Sultan Selangor
memberi perkenan kepada nama yang disyorkan Putrajaya untuk melantik
Khusrin.Pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga dikatakan telah
mempersembahkan tiga nama untuk pertimbangan Sultan Selangor bagi mengetuai
perkhidmatan negeri yang paling kaya itu.Sedangkan Khalid menganggap pelantikan
itu belum muktamad tetapi Istana Selangor menegaskan, keputusan melantik
Khusrin yang akan berkuat kuasa adalah muktamad.
Analisis isu Perlantikan Setiausaha Kerajaan Selangor
Isu pelantikan Mohd. Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
(SUK) merupakan salah satu isu yang panas yang melibatkan pertikaian mengenai
perlembagaan negeri selangor dan juga kuasa melantik setiausaha negeri oleh
sultan. Walaupun pelantikan itu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan
Sharafuddin Idris Shah, kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim tidak berpuas hati
dan terus mengamuk mengatakan perlantikan berkenaan tidak sah. Pelbagai
persoalan telah timbul berkenaan isu ini baik di pihak kerajaan mahupun pihak
pembangkang. Malah banyak persoalan yang berlegar berikutan apa yang berlaku
itu. Pertama, apakah Khalid dengan didalangi oleh DAP sememangnya mahu
mencetuskan krisis perlembagaan di Malaysia?. Isu di Selangor itu dikatakan
menjadi kes ujian sebelum Pulau Pinang dan akhirnya, di seluruh negara. Kedua,
PKR dan DAP sengaja memainkan isu pelantikan Khusrin kerana mahu
mengalihkan perhatian daripada kegawatan dalam PKR serta kelemahan kerajaan
negeri. Jika benar pekara ini merupakan salah satu kempen untuk mendapat
sokongan politik,amat malanglah pekara ini boleh berlaku kerana salah satu pekara
penting yang menjadi asas pembentukan persekutuan Malaysia adalah kuasa sultan
telah disinggirkan dan di hina. tetapi iktibar daripada kemelut di Selangor itu ialah
jika PKR dan DAP memerintah, lagi banyak berlaku kemudaratan. Yang paling pasti,
Malaysia akan berada di ambang republik. Kebangkitan badan-badan bukan
kerajaan (NGO) terutama di Selangor menentang penderhakaan PKR dan DAP,
membuktikan majoriti rakyat terutama orang Melayu tidak akan membenarkan
cubaan itu berlaku. Jika sebelum ini kerajaan negeri enggan mematuhi arahan
Sultan Selangor supaya tidak menjadikan masjid dan surau sebagai pentas politik.
Dalam isu Khusrin, mengapa kerajaan negeri perlu campur tangan. Mengikut
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, kuasa eksekutif pelantikan
terletak dalam bidang kuasa Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Perkhidmatan
Awam. Ia bukan kuasa Menteri Besar. Selama ini, kerajaan BN memerintah
Selangor,tiada satu masalah pelantikan SUK yang berlaku.
Cadangan isu Perlantikan Setiausaha Kerajaan Selangor
1- mengenakan tindakan undang-undang
Tindakan Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafei yang jelas menghina instituisi kesultanan
dengan mengeluarkan kenyataan berkata: ''Dalam sejarah telah terbukti, apabila
rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlangsung
akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam
peperangan menentang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor."
Harus diambik tindakan. Tindakan seperti mengenakan tahanan isa dan didakwa di
atas tindakan menghina sultan Selangor harus dilakukan untuk menghalang
berlakunya keadaan ini berulang dan sebagai member peringatan kepada pihak
yang lain yang cuba mempermainkan instituisi kesultanan.
2- mengubah perlembagaan selangor
Perlembagaan selangor seperti perlembagaan negeri-negeri lain mempunyai
pertindihan kuasa dan tidak jelas mengenai kuasa sultan,walau bagai mana,dalam
pekara ini,perlembagaan selangor telah jelas memberi kuasa kepada sultan untuk
melantik setiausaha kerajaan negeri tanpa memerlukan persetujuan menteri besar.
Oleh demikian satu garis pemisah antara kuasa menteri besar dan sultan harus
dilakukan untuk mengelakan berlakunya salah faham dan ketidak puasan hati mana
mana pihak.Sultan harus menjadi tonggak ketua negeri dan tiada pihak harus
dipertikaikan kuasa yang ada pada sultan.
3- menghentikan khabar angin
Isu perlantikan setiausaha kerajaan negeri selangor telah menyebabkan pelbagai
fitnah dan khabar angin telah bertiup kencang. Khabar-khabar angin ini
menyebabkan beberapa pihak berasa tersingung dan berasa gusar,sebagai contoh
khabar angin yang menyatakan bahawa kuasa sultan sebagai ketua kerajaan negeri
telah dipertikai dan ini menimbulkan rasa tidak senang di hati orang-orang melayu.
Keadaan ini harus dihalang dan pihak berwajib juga harus menghalang perhimpunan
haram menyokong sultan atau menyokong menteri besar di lakukan.
Isu akaun facebook sultan yang setan
Pada awal bulan ogos,malaysia dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki yang
telah mengina institusi diraja. lelaki berkenaan telah ditahan berhubung menyiarkan
komen-komen yang mempunyai unsur menghina institusi diraja .lelaki berkenaan
merupakan pemilik akaun fecebook Sultan Yang Setan" dipercayai mewujudkan
akaun itu selepas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar Almarhum Sultan
Ismail pada Januari lalu, diberkas di ibu negara pada 29 November lalu. Menurut
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Wira Syed Ismail Syed
Azizan, lelaki berumur 40 tahun itu yang berasal dari ibu negara dan bergerak
sendiri itu menyiarkan komen-komen yang mempunyai unsur menghina institusi
diraja.walau bagaimana, pihak Polis telah Berjaya menahan pemilik akaun facebook
“Sultan Yang Setan” diberkas di ibu negara pada 29 November .
Analisis isu akaun facebook sultan yang setan
Kewujudan akaun facebook sultan yang setan yang menghina almahum sultan johor
yang mangkat. Pekara ini menimbulkan kemarahan seluruh masyarakat melayu
terutamanya msyarakat melayu di negeri johor. Motif lelaki mewujudkan akaun itu
adalah untuk memperjuangkan idealisme sendiri.dalam akuan facebook
miliknya,telah secara terang mempertikaikan kuasa dan memperlekehkan jawatan
sultan sebagai ketua negeri yang termaktub dalam pekara 32 perlembagaan
persekutuan. Pemilik akaun sultan yang setan ini akan mengutuk institusi diraja
dengan mengunakan akuan facebooknya dan menyembunyikan identitinya dengan
mengambil identiti akaun orang lain. Antara komen yang menghina institusi diraja
adalah mengatakan sultan merompak hasil rakyat apabila mengaitkan kekayaan
sultan johor dengan memeras duit rakyat johor. Pekara ini amatlah melukakan hati
kaum kerabat diraja johor kerana berlaku selepas kemangkatan sultan johor. Antara
kesan yang terlihat dari isu ini adalah bertapa beraninya seorang rakyat biasa
memperlekehkan pengorbanan dan jasa seorang sultan dalam mentadbir negerinya.
Keadaan ini menyebabkan beberapa laporan polis dibuat oleh banyak pihak sama
ada dari badan kerajaan atau badan bukan kerajaan. Isu ini menarik perhatian
rakyat kerana isu ini dilihat sebagai jatuhnya moral seorang rakyat negara yang
mengaku lahir dalam sebuah negara yang mengamalkan raja berparlimen tetapi
tidak tahu menghargai pengorbanan seorang sultan. Selain itu juga isu ini
menimbulkan kegusaran beberapa pihak jika menjadi batu permulaan kepada
percubaan beberapa pihak untuk memperlekehkan institutsi diraja.
Cadangan untuk mengatasi isu akaun facebook sultan yang setan
1- melalui tindakan keselamatan dalam negeri(isa)
Pengunaan ISA dalam isu ini harus digunakan menghalang berulangnya kejadian
hinaan kepada sultan dan institusi di raja ni negara ini. Penggunann isa walaupun
dipertikai oleh banyak pihak,tetapi pada dasarnya amat diperlukan untuk memberi
peringatan kepada semua pihak mengenai betapa seriusnya hinaan kepada institusi
diraja negara. Melalui tindakan isa dalam isu ini,pesalah yang berjaya dikesan akan
ditahan mengikut akta keselamatan dalam negeri tanpa memerlukan perintah
makhamah akan meenghalang pesalah dari terus menabur fitnah.
2- pemantauan di laman web
Laman web melalui blog,facebook dan sebagainya dilihat seperti tiada sekatan dan
penulis-penulis blog dilihat bebas memberi pendapat dan menulis tanpa
memperdulikan sensitiviti dan isu yang boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati
dalam segenap masyarakat. Melalui penubuhan satu jawatan kuasa khas yang
memantau dan menyelia laman-laman web,beberapa blog dan akaun internet yang
terlalu beremosi dalam menyuarakan pendapat sehingga sanggup menghina
institusi diraja dapat ditutup sebelum menular.
3- memberi pendidikan mengenai pengorbanan kesultanan kepada negara
Pendidikan melalui pembelajaran di sekolah bermula dari sekolah rendah harus
dimulakan untuk memberi pendedahkan kepada segala genap masyarakat di
malaysia mengenai kesedaran tentang jasa dan kepentingan institusi kesultanan di
negara ini yang menjadi payung pelindung kepada rakyat naunganya. Masyarakat
juga akan lebih menghargai pengorbanan institusi diraja dalam membangunakan
negara malaysia.
Isu Nama Guan Eng ganti Agong
Pada 13 Ogos 2010, dalam solat Jumaat di Masjid Jamek Padang Menora, Tasek
Gelugor, Pulau Pinang, nama Yang DiPertuan Agong telah digantikan dengan nama
Lim Guan Eng dalam doa khutbah jumaat. Tindakan itu mencetuskan kemarahan
dan bantahan dikalangan jemaah yang hadir apabila menyedari doa itu
membelakangkan YDP Agung hinggakan ada yang tergamam.Zakaria Ahmad
(Khatib Masjid Padang Menora) telah bertindak sedemikian dengan alasan bahawa
semua pemimpin tak kira beragama apa pun harus didoakan kesejahteraannya
supaya dapat memimpin dengan selamat dan tenang.
Para jemaah dan AJK masjid telah bertindak membantah tindakan Zakaria Ahmad.
Namun aduan jemaah tidak diambil peduli oleh masjid yang dikuasai oleh orang -
orang PAS itu kerana mereka berpendapat, itu adalah hak imam untuk mendoakan
sesiapa pun yang mereka mahu dalam solat Jumaat. Yang menjadi pertikaian
adalah Lim Guan Eng bukanlah ketua agama Islam di Pulau Pinang. Ketua Agama
Islam adalah Yang Dipertuan Agong.keadaan ini seolah-olah ingin menidakan yang
dipertuan agong sebagai ketua agama dinegeri pulau pinang. Sebaik sahaja isu ini
menjadi hangat,beberapa laporan polis telah dibuat kerana mengapa perlu
mempolitikkan institusi raja sampai begitu sekali?.Pihak jawatankuasa Masjid
Padang Menora yang bertindak keterlaluan tersebut sewajarnya menerima tindakan
yang sepatutnya daripada pihak berkuasa.
Analisis isu Nama Guan Eng ganti Agong
Isu yang melanda negeri pulau pinang amatlah mendukacitakan. Keadaan ini bukan
hanya menimbulkan kemarahan apabila nama yang dipertuan agong tidak disebut
tetapi seorang bukan islam pula menjadi tempat pertukaran kepada yang dipertuan
agong yang jelas merupakan seorang islam. Dalam perlembagaan negara perkara
32,menyatakan bahawa yang dipertuan agong menjadi ketua negeri bagi negeri-
negeri yang tidak mempunyai sultan dan tindakan mengantikan nama yang
dipertuan agong dalam doa ketika khubah jumaat dengan ketua menteri pulau
pinang yang jelas merupakan seorang kafir amat dikesali. menurut pengurusi umno
pulau pinang menyatakan tindakan menggunakan nama ketua menteri bagi
menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah Jumaat adalah di luar
daripada keputusan Majlis Raja-Raja. Cukup malang sekali kepada umat Islam di
Pualau Pinang apabila nama Ketua Menteri Lim Guan Eng , iaitu seorang kafir dan
bukan ketua agama Islam dibacakan doa khutbah kedua solat Jumaat dengan
menggantikan DYMM YDP Agong Sultan Mizan Zainal Abidin. Yang menjadi
kekesalan dimana letaknnya maruah kita sebagai umat Islam jika nama Ketua
Agama Islam negeri iaitu DYMM Yang Dipertuan Agong tidak disebut dan digantikan
dengan ketua menteri ?.Ini jelas satu penderhakaan dan penghinaan kepada
institusi Raja dan agama Islam sendiri oleh pihak-pihak tertentu yang menguasai ahli
jawatan kuasa masjid.
Cadangan isu Nama Guan Eng ganti Agong
1- mengelakan campur tangan dalam ahli jawatan kuasa masjid
Pekara yang membenarkan nama ketua menteri pulau pinang mengantikan nama
yang dipertuan agong adalah masalah di dalam ahli jawatan kuasa masjid yang
dikuasai oleh golongan berpolitik yang membuta tuli menyokong parti politik
sehingga sangup mengetepikan nama yang dipertuan agong sebagai ketua kerajaan
malaysia. Sebagai sebuah badan yang menguruskan aktiviti masjid,hal-hal agama
tidak seharusnya di pengaruhi dengan unsur politik,oleh sebab berkenaan
pengurusan dan hal ehwal masjid haruslah diuruskan oleh badan yang
bertanggungjawab seperti majlis agama islam negeri.
2- mengetatkan pemantauan terhadap masjid.
Majlis agama negeri pulau pinag harus lebih tegas dalam memantau ahli jawatan
kuasa masjid yang terlalu tabsud dengan politik sehingga menimbulkan pelbagai
masalah. Pemantauan harus dilakukan dar masa ke semasa untuk menghalang
pihak tertentu menjadikan masjid sebagai medan berpolitik dan seterusnya
mempergunakan masjid sebagai medium mencapai cita-cita politik.
3- undang-undang menghalang masjid dijadikan tempat politik
Satu undang-undang harus digubal untuk menghalang kawasan masjid dijadikan
tempat untuk berpolitik. Ahli jawatan kuasa masjid juga harus dipastikansebelum
dilantik merupakan mereka yang tidak secara membuta tuli menyokong mana-mana
parti politik sehingga menyebabkan masjid dijadikan tempat berpolitik. Selain itu juga
satu peraturun harus dilakukan untuk memastikan tiada unsur politik yang terlibat
dalam pemilihan ahli jawatan kuasa masjid.
ISU PEKARA 152
Isu Penukaran Papan Tanda Nama Jalan di pulau pinang
Kerajaan negeri pulau pinang yang dikuasai oleh dap telah meluluskan permohonan
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk memasang papan tanda nama jalan
raya dalam pelbagai bahasa bagi kawasan tapak warisan di Georgetown sahaja.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bagaimanapun berkata, bukan semua
jalan akan diletakkan dalam pelbagai bahasa hanya jalan-jalan tertentu untuk tujuan
warisan dan bukan di seluruh negeri. Nama jalan itu akan ditulis sama ada dalam
bahasa Inggeris, Tamil, Cina, Arab dan jawi sementara dalam bahasa Melayu tetap
dikekalkan. Antara tujuannya adalah untuk membantu ramai pelancong mengetahui
bahawa Georgetown adalah sebuah bandar raya yang mempunyai penduduk
berbagai-bagai bangsa, kebudayaan dan agama. Walau bagaimana pun tindakan ini
dilihat oleh pencinta bahasa sebagai satu usaha yang halus untuk mempelkecilkan
bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan yang termaktub dalam
perlembagaanpekara 152. Banyak pihak lebih senang jika hanya bahasa melayu
digunakan papan tanda, Selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan,
bahasa Melayu dan bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud rasmi.
Perasaan marah masyarakat terbukti apabila terdapat pihak cuba merosakkan
papan tanda di sekitar Lebuh Acheh Kelulusan ini telah dianggap bersikap
perkauman kerana telah cuba merendahkan martabat bahasamelayau sebagai
kebangsaaan. Tindakan menggunakan pelbagai bahasa ini sebenarnya tidak pernah
dilakukan mana-mana negara.
Analisis Isu Penukaran Papan Tanda Nama Jalan di pulau pinang
Sikap degil kerjaan negeri pulau pinang dalam isu penukaran papan tanda nama
jalan di pulau pinag telah menimbulkan pelbagai pandangan sama ada menyokong
penukaran Nama jalan yang akan ditulis sama ada dalam bahasa Inggeris, Tamil,
Cina, Arab dan jawi sementara dalam bahasa Melayu tetap dikekalkan dan menolak
cadangan berkenaan dengan alasan telah menyisihkan bahasa melayu sebagai
bahasa rasmi yang digunakan dalam semua urusan rasmi di negara ini. Selain itu
juga tindakan ini dilihat oleh pencinta bahasa sebagai satu usaha yang halus untuk
mempelkecilkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan yang termaktub dalam
perlembagaan pekara 152. Masyarakat sering dikhabarkan bahawa kedudukan
bahasa Melayu dijamin oleh Perlembagaan. Namun demikian ada sebahagian fasal
tersebut yang dengan jelas menyebutkan bahawa bahasa-bahasa lain tidak boleh
dilarang daripada digunakan, malah boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja terutama
penutur jati masing-masing. Alasan seperti ini sering digunakan oleh sebilangan
pihak tertentu yang ingin merobek bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dalam
persekutuan Malaysia. Didalam isu papan tanda di pulau pinang, menunjukan
keadaan bertambah buruk apabila kuasa politik orang Melayu merudum semenjak
Pilihan Raya UmumKe-12 (PRU-12) yang lalu. Temampak jelas perkaitannya;
apabila kuasa politik Melayu terjejas, daulat bahasa Melayu turut terheret ke lembah
penghinaan. Yang menjadi kerisauan pihak pencinta bahasa melayu ialah keinginan
untuk menyama ratakan bahasa cina,dan tamil dengan bahasa melayu. Walaupun
jika dilihat dari mata kasar isu meletakan pelbagai bahasa didalam papan tanda di
pulau pinang untuk memudahkan pelancong menurut alasan kerajaan negeri pulau
pinang,tetapi dari segi tersirat ialah untuk menyamakan bahasa melayu yang
merupakan bahasa kebanggsaan dengan bahasa-bahasa lain.
Cadangan mengatasi isu papan tanda di pulau pinang
1-menperkasakan kempen mencintai bahasa melayu
isu berkaitan dengan penukaran papan tanda nama jalan kepada dwibahasa, adalah
lebih baik pihak-pihak tertentu menggerakkan semula kempen mencintai bahasa
kebangsaan. Ini kerana kita bimbang, hari demi hari akan wujud masalah yang boleh
mengancam kedaulatan bahasa Melayu. Kita minta semua pemimpin kaum terutama
bukan bumiputera supaya menghormati dan menyokong penggunaan bahasa
Melayu seperti termaktub di dalam Perkara 152 Bahasa Kebangsaan dan jangan
cuba bertindak menjadi seperti golongan 'chauvinis' di dalam negara ini. Kita
berpandangan kerajaan Persekutuan harus bertegas dalam isu memartabatkan
bahasa Melayu kerana bahasa Melayu telah termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan. Kerajaan harus bertindak tegas dan menghentikan sebarang polimik
seperti meremehkan penggunaan bahasa Melayu di papan tanda jalan, taman-
taman, mahupun papan tanda iklan di kedai-kedai dan sebagainya
2-mewartakan undang- undang menghalang pengunaan bahasa lain
Walaupun didalam perlembagaan jelas menyatakan perlunya mengutamakan
bahasa melayu dalam urusan rasmi,tindakan segelintir pihak tidak mengendahkan
pekara ini harus dihalang dengan mewartakan undanag-undang untuk
membolehkan mana mana pihak yang mengunakan bahasa lain selain bahasa
melayu dalam urusan rasmi dikenakan tindakan. Masalah ini berlaku kerana
tiadanya satu undang-undang yang menghalang pengunaan bahasa lain selain
bahasa melayu dalam urusan rasmi dan dalam hal ini didalam papan tanda.
3- memupuk semangat cinta akan bahasa melayu
Penutur bahasa melayu iaitu bangsa melayu sendiri harus tegas memperjuangkan
penggunaan bahasa melayu dan dengan tegas tidak berkompromi dalam isu bahasa
melayu walaupun berlainan pandangan politik. Kenapa kita tidak bertindak seperti
NGO-NGO bukan Melayu?. Bila tiba soal mempertahankan bahasa ibunda dan
sekolah mereka, tidak ada perkataan tidak, tanpa berbelah bahagi, mereka secara
bulat bersatu hati. Bilamana ada ura-ura atau tindakan hendak mengubah karakter
sekolah mereka, seperti penambahan waktu dan menyeragamkan silibus BM,
mereka bersatu hati menentang.
PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS
Perdana Menteri ke empat,pada tahun 1993,waktu itu, Dr. Mahathir Mohamad
membuat pengisytiharan bahawa semua kuliah sains dan tekonologi di university-
universiti di Malaysia hendaklah disampaikan dalam bahasa Inggeris. Keputusan
beliau telah mengejutkan pelbagai pihak kerana keputusannya itu bertentangan
dengan pendiriannya pada awal tahun 1970,yang mana beliau ketika menjadi
Pengerusi Majlis Universiti Kebangsaan Malaysia, dengan tegas menyatakan
bahawa bahasa Melayu mestilah dijadikan bahasa penghantar utama untuk semua
kursus di universiti. Keadaan ini menyebabkan kumpulan-kumpulan cendekiawan
yang mencintai bahasa melayu dan masih kental semangat kebangsaannya
mengadakan pertemuan demi pertemuan dan gerakan menasihati kerajaan agar
tidak melaksanakan keputusan Perdana Menteri. Sebahagian besar memorandum,
resolusi dan pernyataan serta makalah yang membantah keputusan telah diterbitkan
oleh Persatuan Linguistik Malaysia pada tahun 1996 dalam buku yang berjudul
Manifesto Budaya: Pupus Bahasa Pupuslah Bangsa, dengan Allahyarham Asraf
sebagai editornya. Kebetulan ketika itu masih ada tenaga unggul dalam
kepemimpinan negara yang menjadi penaung kepada gerakan kebangsaan
sehingga akhirnya keputusan itu senyap begitu sahaja.Tidak sampai 10 tahun
kemudian, iaitu pada tahun 2002, Perdana Menteri yang sama membuat
pengumuman bahawa mata pelajaran sains dan matematik di sekolah akan
diajarkan dalam bahasa Inggeris pada tahun berikutnya, iaitu tahun 2003. Inilah
rasanya kali pertama dalam sejarah negara ini satu dasar baru (yang tidak pula
berdasarkan Akta Pendidikan yang merombak dasar selama puluhan tahun
dilaksanakan dalam tempoh yang cukup singkat, iaitu satu tahun.
Analisis pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris
Yang menjadi pertikaian dalam isu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa
inggeris ialah bertapa mudahnya bahasa melayu yang menjadi bahasa rasmi
kebangsaan dipijak dan diganti dengan bahasa inggeris. Kita sanggup berbelanja
sejumlah besar wang sehingga berbilion ringgit untuk memperkasakan Bahasa
Inggeris, tetapi sejauhmanakah sejumlah yang sama atau lebih, digunakan untuk
memperkasakan Bahasa Melayu?. Kita juga sanggup berhabis membeli komputer
serta segala kelengkapan makmal BI dengan peralatan canggih bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris, tetapi adakah perkara yang sama
disediakan untuk Bahasa Melayu?. Terkadangkala terlalu pahit juga untuk menyalah
sekolah vernakular kerana bersikap acuh tidak acuh terhadap Bahasa Melayu,
sedangkan kita tidak serius menyediakan platform untuk memandaikan mereka
dalam bahasa perpaduan ini. Saya fikir tidak ada seorang pun yang akan menolak
akan kepentingan Bahasa Inggeris dalam mendepani arus modenisasi dan
globalisasi. Adalah suatu tindakan yang bodoh jika kita menolak tuntutan belajar
bahasa asing, kerana ia amat dituntut oleh bahkan didalam agama islam sendiri.
Tetapi janganlah terlalu ghairah dengan bahasa asing sehingga bahasa sendiri
berdagang di bumi sendiri. Di manakah slogan bahasa jiwa bangsa yang tersemat
disanubari selama ini?. Selain itu juga keadaan ini boleh membuka peluang kepada
golongan tertentu untuk terus merobek bahkan tidak mustahil satu masa nanti ada
yang mahu bahasa melayu yang menjadi bahasa kebangsaan dihapuskan.
Cadangan mengatasi isu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa
inggeris
1- perubahan secara besar-besaran terhadap cara pengajaran dan
pembelajaran bahasa melayu dalam sains dan matematik
jika Bahasa Inggeris yang menjadi punca kelemahan anak bangsa kita, maka
lakukan perubahan secara besar-besaran terhadap cara pengajaran dan
pembelajarannya dari segi domain, kognitif, psikomotor, pedagogi dan berbagai
aspek lagi, bukannya merubah asas sistem pendidikan itu sendiri. Kadangkala saya
rasa pelik, kita begitu berani merubah sistem pendidikan kebangsaan yang melibat
masa depan bangsa Melayu, tetapi kenapa kita tidak berani langsung menyentuh
atau merubah struktur sekolah vernakular, sedangkan kita ada kuasa berbuat
demikian berasaskan perkara 152 dan akta pelajaran 1996?. Sehinggakan sampai
ke peringkat menyeragamkan dan menambahkan kurikulum BM sekolah tersebut
pun kita tidak boleh bertegas. Akhirnya sistem pendidikan kebangsaan yang menjadi
mangsa.
2- Pengayaan khazanah ilmu dan persuratan dalam bahasa Melayu
usaha ini perlu ditingkatkan supaya nilai bahasa Melayu menjadi lebih tinggi sebagai
bahasa budaya tinggi, melalui penerbitan bahan ilmiah dan rujukan umum dalam
pelbagai bidang untuk pelbagai peringkat dan dalam pelbagai media (bercetak dan
elektronik). Agenda pengayaan khazanah ilmu dan persuratan Melayu mesti
dimasukkan dalam agenda pembangunan negara melalui Belanjawan Negara.
Melalui usaha ini,alasan mengatakan bahawa pembelajaran sains dan matematik
harus menggunakan bahasa inggeris kerana ungkapan dan buku ilmu sains dan
matematik lebih didalam bahasa inggeris dapat dicantas dengan wujudnya satu
badan yang menerbitkan buku ilmiah sains dan matematik dalam bahasa melayu.
3-Pembudayaan bahasa Melayu melalui sistem pendidikan
usaha ini perlu dimantapkan semula, dari peringkat prasekolah hingga peringkat
pengajian tinggi. Kerajaan perlu memberikan penegasan yang lebih berat kepada
usaha pembudayaan bahasa Melayu sebagai asas peneguhan tamadun bangsa
Malaysia dalam aspek yang penting. Yang pertama ialah pelaksanaan penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam proses pemerolehan dan
pengembangan ilmu, selaras dengan perancangan yang dilakukan oleh
Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 yang diperkukuh oleh Jawatankuasa
Penyemak Pelajaran Rahman Talib 1960 dan dimaktubkan dalam Akta Pelajaran
1961 dan Akta Pendidikan 1996. Melalaui kaedah ini bahasa melayu dapat
ditingkatkan pengunaanya.
ISU BAHASA ROJAK
Pada akhir-akhir ini telah berlaku kebimbangan diatas pengunaan bahasa melayu
secara ringkat atau pencampuran bahasa melayu dengan bahasa lain yang di lihat
oleh pencinta bahasa melayu sebagai penghinaan keatas bahasa melayu. Tokoh
akademik dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpendapat, jika tidak
dikawal semangat slogan `Bahasa Jiwa Bangsa? akan luntur khususnya di kalangan
generasi akan datang.kumpulan pencinta bahasa ini bimbang, memandangkan
penggunaan bahasa rojak digunakan secara meluas termasuk di media elektronik
Sehubungan itu, mereka mencadangkan badan pemantau bahasa ditubuhkan atau
memberi kuasa kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bertindak mengikut
undang-undang jika terdapat mana-mana pihak menggunakan bahasa rojak secara
formal. Kumpulan ini juga menegaskan semua pihak mesti bekerjasama dalam
usaha menghapuskan penggunaan bahasa rojak terutamanya di media dan majlis
rasmi kerajaan. mengulas kenyataan Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan,
Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang pernah mengatakan bahawa penggunaan bahasa
Melayu kini semakin luntur disebabkan sikap tidak peka masyarakat yang
merosakkannya dengan menggunakan bahasa rojak. Ini menunjukan bahawa
golongan yang mengunakan bahasa rojak tidak menghormati bahasa melayu
sebagai bahasa kebangsaan yang dilindungi di bawah Perlembagaan Negara. Isu
bahasa rojak kembali mendapat perhatian umum ekoran pengharaman lagu seperti
Seksis dan Diva nyanyian Anita Sarawak dan Tipah Tertipu nyanyian Ruffedge oleh
Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) kerana mempunyai unsur bahasa rojak.
Analisis isu bahasa rojak
Isu bahasa rojak telah lama dibangkitkan oleh semua pihak. Walaupun bahasa rojak
dilihat segelintir pihak sebagai tidak mempunyai kepentingan dengan alasan masih
mengunakan bahasa melayu tetapi mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya
sedang mengoyak-goyakan keindahan bahasa melayu yang dianggap penuh indah
dan diakui oleh pakar-pakar bahasa di seluruh dunia. gejala pencemaran dan
penyalahgunaan bahasa semakin berleluasa terutama pada papan tanda dan
paparan iklan premis perniagaan. Begitu juga dengan penggunaan bahasa rojak
secara keterlaluan di televisyen dan radio. semua pihak mesti bekerjasama dalam
usaha menghapuskan penggunaan bahasa rojak terutamanya di media dan majlis
rasmi kerajaan. Bahasa Inggeris berjaya dimartabatkan oleh British tanpa ada
campuran atau dirojakkan, jadi kita mesti menunjukkan bahasa Melayu yang
sebenar dalam urusan kita . janganlah ingin dicampuradukkan bahasa inggeris dan
bahasa melayu, jika ingin menggunakan bahasa Melayu, gunakan sepenuhnya
begitu juga bahasa Inggeris. Bahasa yang rosak mencerminkan bangsa yang rosak.
Lebih teruk, golongan itu tidak sedar mengenai kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan yang dilindungi di bawah Perlembagaan Negara. Menurut
Pensyarah di Jabatan Komunikasi, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM, Dr.
Siti Zobidah Omar berkata ,penggunaan bahasa rojak boleh mempengaruhi
penulisan individu tanpa disedari. Katanya, penggunaan bahasa rojak untuk
komunikasi seharian juga boleh menghadkan perbendaharaan kata sedangkan
bahasa Melayu kaya dengan unsur tersebut. Dari asper berkenaan,tidak merupakan
satu kebaggaan merojakan bahasa melayu. Kesimpulan di sini, adalah sangat
penting untuk kita saling menjaga kesantunan bahasa Melayu kita supaya dapat
memartabatkan bangsa Melayu sebagai satu bangsa yang sungguh unik dan
harmonis di mata dunia.
Cadangan mengatasi bahasa rojak
1- kesedaran terhadap penggunaan bahasa yang betul
Gejala ini dapat ditangani dengan menyarankan kesedaran terhadap penggunaan
bahasa yang betul di semua peringkat rasmi dalam masyarakat terutamya kepada
pemimpin masyarakat. Selaku pemimpin masyarakat, mereka seharusnya
menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat. Mereka harus mengawal diri dalam
menggunakan bahasa dalam sesuatu majlis supaya mereka sentiasa menggunakan
bahasa yang betul, baik semasa menggunakan bahasa Melayu, mahupun Inggeris.
Jika mereka menggunakan bahasa Melayu, biarlah sepenuhnya digunakan
perkataan-perkataan Melayu begitu juga apabila berbahasa Inggeris. Keadaan ini
akan menjadi ikutan kepada rakyat dan lama–kelamaan seluruh masyarakat dapat
menggunakan bahasa dengan betul. Jelaslah bahawa penggunaan bahasa yang
betul oleh pemimpin masyarakat adalah penting dalam mengatasi gejala bahasa
rojak.
2- Sikap menganggap bahasa Melayu kolot dan tidak standard harus
dihapuskan.
Alasan yang menyatakan bahasa Melayu tidak mempunyai perbendaharaan kata
yang cukup untuk mengungkapkan sesuatu idea tidak boleh diterima. Hal ini
demikian kerana bahasa Melayu bersifat terbuka dan sanggup menerima perkataan-
perkataan Inggeris bagi menambahkan perbendaharaan katanya. Masyarakat
seharusnya menyanjung tinggi terhadap bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu
dan mengelakkan dirinya daripada menggunakan bahasa rojak. Sesungguhnya bagi
mengelakkan menggunakan bahasa rojak memerlukan disiplin, komitmen dan
latihan diri yang bersungguh-sungguh. Melalui perubahan sikap semua masyarakat
tanpa mengenal bangsa akan mengelakan bahasa rojak terus merosakan keindahan
bahasa melayu.
3- mengharamakan rancangan yang mengunakan bahasa rojak
Peranan media massa juga penting bagi mengelakkan bahasa rojak dan bahasa
singkatan digunakan secara berleluasa. Kini, masyarakat amat dipengaruhi oleh
media massa terutamanya bagi golongan remaja. Program television, filem dan
drama yang menggunakan bahasa rojak dan bahasa singkatan akan dipelajari oleh
remaja. Keadaan ini disebabkan mereka mempunyai naluri yang tinggi untuk
mencuba sesuatu. Seharusnya, program-program television yang mengandungi
penggunaan bahasa rojak tidak boleh ditayang keluar. Sebagai contohnya, program
“Gengstarz”, “One In A Million” dan “Akademi Fantasia” yang menggunakan bahasa
rojak harus ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Malalui kaedah ini gejala
pengunaan bahasa rojak dapat diatasi melalui peranan yang dimainkan oleh pihak
media massa.
ISU PEKARA 153
Isu Ketuanan melayu M.Kulasegaran
Semenjak pihak pembangkang berjaya memperoleh kemenangan moral yang tinggi
dalam pilihan raya ke 12 yang meyaksikan pihak pembangkang Berjaya menguasai
kerusi di parlimen lebih banyak dari sebelum ini,pelbagai pihak dari pembangkang
cuba bermain api dan ingin menjadi hero dalam mata rakyat terutamanya apabila
menyoalkan mengenai ketuanan melayu. Sebagai contoh Anggota Parlimen Ipoh
Barat M.Kulasegaran menerima laporan polis yang dibuat oleh Gabungan Pelajar
Melayu Semenanjung (GPMS) yang mendakwa Anggota Parlimen Ipoh Barat itu
berhubung kenyataan beliau mempersoalkan hak keistimewaan dan Ketuanan
Melayu. aduan dibuat berikutan kenyataan Kulasegaran itu menguris hati orang
Melayu dan bertentangan dengan akta 153 yang jelas menyatakan hak
keistemewaan orang melayu dan bumiputera. Yang lebih dikesalakan ialah sikap
ahli parlimen berkenaan sebagai wakil rakyat yang sepatutnya menjaga keamanan
negara tetapi dengan tindakan mempersoalkan ketuanan Melayu boleh
memecahbelahkan perpaduan kaum seterusnya mewujudkan rusuhan kaum.
Eksiden berkenaan bermula apabila Kulasegaran membangkitkan isu Ketuanan
Melayu yang menghangatkan persidangan Dewan Rakyat sehingga mencetuskan
pertikaman lidah antara anggota Parlimen. Kulasegaran membangkitkan isu
Ketuanan Melayu ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri di
Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berhubung perpaduan dalam
kalangan rakyat di negara ini. Antara ungkapan yang membangkitkan kemarahan
keatas kenyataan beliau adalah ”Pandangan saya polisi ketuanan Melayu
bertentangan dengan 1Malaysia dan tidak mencerminkan kesejahteraan rakyat
negara ini dan sebab itu soalan saya sama ada parti politik MCA, Gerakan turut
bersetuju dengan polisi itu,” di lobi Parlimen.
Analisis Isu Ketuanan melayu M.Kulasegaran
Isu ketuanan melayu yang dipertikaikan oleh Anggota Parlimen Ipoh Barat
M.Kulasegaran telah menimbulkan pelbagai riaksi dari pelbagai lapis masyarakat
terutamanya bagi masyarakat melayu kerana perlembagaan telah menjelasakan
keistimewaan orang-orang melayu. M.kalasegaran sebanarnya tidak jelas mengenai
ketuanan melayu kerana orang bukan Melayu yang sebenarnya “tuan” di Malaysia.
Ini boleh dilihat berapa ramai bukan melayu yang mempunyai syarikat-syarikat besar
dan menggaji pekerja-pekerja melayu. agi warga yang dangkal dan cetek pemikiran
maka tentunya akan termakan dengan dakyah buruk pembangkang dalam cubaan
memusnahkan kedaulatan negara dan cuba mengganggu gugat Perlembagaan
yang selama ini terpelihara. Perlu diperjelaskan semula bahawa konsep ketuanan
Melayu yang digembar-gemburkan di sini tidak pernah menjadikan bangsa Melayu
sebagai tuan dan bukan Melayu sebagai hambanya. Ketuanan Melayu hanyalah
simbol yang membawa maksud kepada kedudukan Raja-raja Melayu sebagai
tonggak Negara,menjaga kepentingan agama Islam, memelihara istiadat Melayu
dan bahasa Melayu sendiri. Dengan kata lain, ketuanan Melayu yang digunapakai
bersandarkan kepada Perlembagaan Negara. Lantas nilailah kembali realiti hari ini,
adakah konsep tersebut digunapakai sebagaimana konsepnya di atas kertas dan
pengaplikasiannya atau bayangan pincang dari sesetengah individu yang cuba
mengocak air tenang. jika diperhatian dari sudut ekonominya, suasana hari ini
berbeza dengan apa yang diperkatakan berkaitan konsep ketuanan apatah lagi yang
mendominasi bidang tersebut bukanlah bangsa Melayu sebagaimana kononnya
‘tuan’ seperti diuwar-uwarkan.Majoriti yang menguasai perekonomian adalah kaum
lain sedangkan rakyat miskin dan ketinggalan masih lagi dimonopoli oleh
masyarakat Melayu sama ada di bandar atau di luar bandar sendiri. Tindakan yang
mencabar Perlembagaan ini bukanlah kali pertama dilakukan oleh ahli ahli daripada
parti DAP malahan mereka sentiasa mencari peluang melalui keangkuhan, tidak
senang dengan kemajuan negara meskipun mereka gagal menafikan bahawa
mereka juga mendapat kesenangan daripada kemakmuran negara.
Cadangan isu Isu Ketuanan melayu M.Kulasegaran
1- menguat kuasa undang-undang
Perlembagaan telah memperuntukan dalam pekara 10 (fasal 4) mengenai akta yang
mengawal golongan tertentu dari mencetuskan hura-hara didalam negara. Diatas
dasar ini sesiapa yang menimbulkan huru hara dan dalam isu ini mencetusakan
perasaan tidak senang dalam hati rakyat,boleh dikenakan tindakan dibawah undang-
undang seperti akta hasutan. Melalui akta ini,pihak-pihak tertentu akan lebih
waspada dari mencetuskan suasanan yang tidak sihat dalam kalangan
masyarakat.Di samping itu, katanya, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA)
juga boleh digunakan sebagai undang-undang preventif bagi mencegah dan
mengawal kejadian yang boleh mengancam keselamatan negara.
2- menghentikan isu ketuanan melayu dari dibicarakan
Isu ketuanan Melayu tampak begitu panas, apatah lagi yang mencadangkan supaya
ia dimansuhkan adalah dalam kalangan orangMelayu sendiri. Dalam mengatakan
tentang ketuanan Melayu, adalah tidak wajaria dibicarakan dalam keadaan minda
kosong tanpa pemahaman yang jelas walau tidak dinafikan semua orang
bolehmembuat ulasan,pendapat dan andaian sendiri. Walau bagaimanapun, perlu
diingatkan bahawa apabila memperkatakan isu begini , ilmu perlu ada agar yang
dinyatakan tepat. Atau sekurang-kurangnya tidak menyeleweng daripada fakta
mahupun hal sebenar agar perpaduan masyarakat da keharmonian negara tidak
tergugat. Adalah lebih baik jika kita sama-samakembali mengimbau sejarah supaya
apa yang disaran atau diperkataka tentangnya lebih bermanfaat, berkualiti dan
berisi.pekara ini dilihat sesetengan pihak sebagi salah satu jalan untuk menidakan
hak istimewa orang melayu. Pelbagai pendapat dan tidak juga demontrasi dilakukan
walhal pekara sebenarnya masih belum jelas. Perasaan marah dan tidak puasa hati
yang mendidih dicampur dengan pelbagai pendapat yang berapi-api telah menjadi
kan isu ini semakin panas,justeru itu isu ini harus dielakan dari dibicara dan
terpulang kepada pihak yang bertanggung jawab untuk menyiasat. Jika isu ini terus
dimainkan,tidak mustahil kejadia yang tidak diigini akan terjadi seperti risuhan kaum.
3- memberi penjelasan mengenai konsep ketuanan melayu
Isu Ketuanan Melayu sering kali disalahertikan oleh banyak pihak sehingga ianya
menimbulkan pelbagai pandangan dan reaksi yang berbeza-sebagai. Wahal konsep
ketuanan melayu tidak pernah ditulis didalam perlembagaan persekutuan.. akan
tetapi ketuanan melayu dalam melayu ialah kelebihan dan keistimewaan untuk
bangsa melayu selaku kaum asal tanah melayu.Kebanyakan daripada pendapat
tidak menceritakan apakah Ketuanan Melayu tersebut, mereka hanya membahskan
atau menghujahkan soal tinggal bersama, kerja bersama tanpa merujuk kepada
kejadian untuk tinggal bersama dan menekankan soal kaum minoriti dan konsep
kepentingan Ketuanan Melayu didalam politik.. bagi kaum lain selain dari kaum
melayu melihat seperti ketuanan melayu sebagai mengesahkan bangsa melayu
sebagai tuan dan mereka hanyalah hamba. Walau bagaimana pun konsep siapa
tuan dan hamba sepatutnya tidak wujud,semua ini adalah polimik politik untuk
meraih sokongan.
ISU PEMBERIAN 10 PERATUS KUOTA KEMASUKAN KE UITM KEPADA
BUKAN BUMIPUTERA
Kenyataan menteri besar selangor, tan sri abdul khalid ibrahim berhubung
pemberian 10 peratus kuota kemasukan ke uitm kepada bukan bumiputera
mencetuskan kemarahan pelbagai pihak terutamanya orang melayu.sebelum ini isu
kuota kemasukan pelajar bukan bumiputera telah dikeluarkan oleh pengerusi
jawantankuasa tetap pendidikan, pendidikan tinggi dan pembangunan modal insan,
dr halimah ali yang mengatakan tidak salah jika uitm dibuka kepada kaum lain jika
ingin mewujudkan persaingan yang sihat dalam satu majlis yang berlansung di klang
pada 9 ogos lalu.namun cadangan menteri besar selangor untuk memberikan 10
peratus kouta kemasukan pelajar bukan melayu ke uitm ditentang pihak
pengurusan, pelajar dan warga uitm. Isu ini timbul apabila pilihan raya kecil untuk
parlimen permatang pauh hendak diadakan. Ini menunjukan bahawa ada pihak yang
cuba menanguk diair keruh dengan cuba menunjukan bahawa pihak-pihak tertentu
memperjuangkan kesama rataan. Menteri besar selangor tidak seharusnya
mempolitikkan uitm untuk meraih undi masyarakat bukan melayu bagi pilihanraya
kecil permatang pauh namun usaha mewujudkan sikap terbukaan pakatan rakyat
terhadap semua kaum seharusnya tidak menyentuh isu yang membabitkan uitm.
Analisis ISU PEMBERIAN 10 PERATUS KUOTA KEMASUKAN KE UITM
KEPADA BUKAN BUMIPUTERA
Isu pemberian 10 peratus koata kemasukan ke uitm kepada bukan bumiputera telah
menyingung masyarakat melayu kerana uitam pada dasarnya dibina untuk
memeberi pendidikan yang berkualiti kepada bumiputera dan juga sebagai dasar
memberi hak istimewa kepada bumiputera. Pada mata kasar uitm menjadi satu
gedung ilmu yang telah melahirkan ramai graduan dari pelbagai aras msyarakat dan
juga menjadi satu kaedah untuk memberi bantuan kepada masyarakat bumiputera
untuk melanjutkan pendidikan. Kembali kepada isu pemberian koata kepada bukan
bumiputera oleh menteri besar selangor, tan sri abdul khalid ibrahim ,cadangan
berkenaan dilihat sebagai juga satu penghinaan kepada orang Melayu, bumiputera
dan institusi pengajian itu sendiri. Tanpa mengetahui matlamat dan sumbangan uitm
kepada bumiputera, UiTM telah dilanyak tanpa belas kasihan dengan ada suara
sumbang yang mengatakan bahawa uitam tidak berdaya saing sehingga perlu
dibuka koata kemasukan bukan bumiputera. Menteri besar Selangor itu bercakap
soal kecemerlangan dan persaingan. Apakah persaingan antara pelajar UiTM sedia
ada tidak cukup sengit?. Apakah orang Melayu tidak boleh bersaing sesama dengan
Melayu. Kena masuk bukan melayu, baru Melayu tahu hendak bersaing. Saya juga
tidak percaya hanya kerana UiTM menghimpunkan pelajar Melayu dan bumiputera,
ia membawa kepada perpecahan dalam masyarakat. Kalau dia kata hendak
melahirkan perpaduan dengan bercampur orang India dan Cina, mengapa bermula
di sini, di UiTM? .Dia sepatutnya mencadangkan hanya ada satu sekolah untuk
menggalakkan perpaduan. Dan ia mesti bermula di peringkat sekolah rendah dan
bukanya di peringkat tinggi seperti di pusat pengajian tinggi awam. Pembukaan
koata kemasukan bukan melayu didalam uitam akan memberi kesan kepada usaha
kerajaan untuk membantu bumiputera untuk terus maju. UiTM adalah satu
pendekatan kerajaan membina kekuatan orang Melayu dan bumiputera dengan
meningkatkan kualiti pendidikan supaya mereka dapat bersaing dan tidak tercicir
berbanding kaum lain. Persoalannya di sini adalah bukan mengenai keadilan tetapi
hak yang perlu dan telah diperjuangkan selama ini oleh pemimpin-pemimpin
terdahulu dengan mewujudkan ITM atau kini UiTM sebagi benteng terakhir
mempertahankan maruah anak bangsa. Janganlah semua perkara hendak disama
ratakan kerana jika hendak bercakap mengenai kesamarataan adakah ianya betul-
betul mengikut kepada nisbah rakyat negara ini dan dilaksanakan sepenuhnya
mengikut kaum majoriti di negara ini?.Dengan memainkan isu ini sesungguhnya
adalah jelas ianya berkepentingan politik semata-mata tanpa mempedulikan nasib
anak bangsa kelak. Kita perlu ingat bahawa lahirnya pemimpin-pemimpin negara
pada hari ini adalah kerana apa yang telah disediakan untuk mereka oleh pemimpin-
pemimpin terdahulu . Janganlah kita memusnahkan, jambatan yang telah dibina
sebelum ini untuk cucu dan anak bangsa di masa hadapan kelak.
Cadangan ISU PEMBERIAN 10 PERATUS KUOTA KEMASUKAN KE UITM
KEPADA BUKAN BUMIPUTERA
1- mengadakan sesi penerangan berhubung kedudukan UiTM sebagai
benteng terakhir Bumiputera
Penerangan mengenai isu koata uitam harus diberi kepada semua lapis masyarakat
dan khusus nya kepada para pelajar uitm kerana sudah ada gerakan membuat
demontrasi sebagai riaksi menentang cadangan menteri besar Selangor.
Penerangan kepada para pelajar perlu dialkukan untuk memberi mereka keyakinan
bahawa uitam tidak akan dibuka kepada kaum bukan bumiputera. Melaui kaedah ini
masyarakat bumiputera akan bersa selamat dan tidak lagi merasa bahawa
kedudukan bumiputera dalam uitam tergugat.
2- memberi tindakan undang-undang kepada tan sri abdul khalid ibrahim
Selaku menteri besar berbangsa melayu,adalah tidak wajar tindakan memberi
cadangan membuka koata kemasukan pelajar bukan bumiputera ke dalam uitam.
Beliau seharusnya tahu tindakan beliau adalah telah mempertikaikan hak
keistimewaan bumiputera yang termaktub dalam perlembagaan. Tindakan undang-
undang terhadap beliau dapat memberi pengajaran kepada pihak-pihak lain supaya
tidak mempertikaikan hak dan keistimewaan bumiputera.
Isu (DBKL) untuk membangunkan enam buah kampung tradisi di sekitar ibu
negara
Hasrat dewan bandaraya kuala lumpur yang berhasratuntuk membangunkan
sebanyak enam buah kampong tradisi di sekitar kuala lumpur yang meliputi
kampung puah, kampung sungai merali, kampung bandar dalam, kampung sungai
mulia, kampung padang balang dan kampung chu badak. Apa yang menjadi
keresahan penduduk kampong yang terlibat khususnya dan penduduk melayu am
nya adalah jika mengikut pelan bandar raya kuala lumpur (klcp) 2020 yang
dilancarkan itu diteruskan, ia akan membawa kemusnahan kepada kampung tradisi
dan hak milik orang melayu pula semakin kecil. Penduduk kampong yang terlibat
juga berhujah bahawa pengambilan pengambilan tanah di semua kampung yang
berstatus tanah pertanian kekal itu adalah bertentangan dengan artikel 153
perlembagaan berhubung tanah rizab melayu. Menurut fakta tanah-tanah kerajaan
yang mereka diami ini pada asalnya adalah tanah-tanah simpanan melayu.
Kebanyakan dari mereka pernah memiliki kebenaran lesen t.o.l, iaitu lesen
penempatan sementara. Ramai penduduk di kampong-kampung ini telah menetap
di kampong ini semenjak sekian lamanya. Mengikut sejarahnya tanah-tanah
kampung tradisi melayu ini diteroka dan dibuka oleh datuk moyang mereka yang
datang dari daerah-daerah sumatra, indonesia kira-kira dalam tahun 1889 ,hampir
120 tahun dahulu. Nama-nama kampung tersebut sinonim dengan nama-nama
daerah dari mana mereka datang. Bukan itu sahaja kesemua tanah-tanah kampung
tradisi melayu ini memiliki geran tanah yang sah yang dikeluarkan dalam tahun 1927
bertarafkan tanah simpanan melayu (malay reservation land) hakmilik seumur hidup.
Oleh demikian menjadi satu kewajaran untuk pendudukdan bangsa melayu berasa
plan ini adalah untuk menghapuskan tanah rizab melayu.
Analisis Isu (DBKL) untuk membangunkan enam buah kampung tradisi di
sekitar ibu negara
Hasrat dewan bandaraya kuala lumpur yang mahu memajukan 6 kampung tradisi
yang menjadi nadi pembagunan kula lumpur dahulu amatlah memilukan hati
masyarakat melayu yang mahu melihat 6 buah kampung berkenaan dikekalkan atau
pun dimajukan dengan syarakt hak pemilikanya masih di tangan orang melayu. Ini
kerana secara realitinya hanya segelintir tanah yang ada di kuala lumpur adalah
milik orang melayu. Selain enam buah kampung ini yang dimiliki oleh orang melayu
melalui tanah rizab orang melayu yang termaktub dalam perlembagaan,boleh
dibilang dengan jari berapa lagi tanah melayu yang ada di sebuah bandar yang
dikelilingi bangunan pencakar langin. Dalam isu ini,pelbagai pendapat dilontarkan
sama ada menyokong pembangunan yang akan dilakukan oleh dbkl atau
membantah cadangan tersebut. Adakah kita semua patut biarkan semua tanah rizab
orang melayu tidak dimajukan pasal risau milikan Melayu semakin kurang?. Apa
orang Melayu patut pindah ke hutan beramai ramai kerana takutkan pembangunan?.
Adakah menjadi kesalahan untuk orang Melayu menjadi maju, menjadi kaya dan
menguasai semakin banyak kekuatan ekonomi?.Adalah diantara soalan yang
bermain di minda orang-orang melayu.Kerisauan mengenai kehilangan satu lagi
harta pusaka orang melayu ini adalah mempunyai kebenaran nya kerana banyak
tanah rizab orang melayu kini telah hilang dibawah nama pembangunan. Saya rasa
apa yang lagi penting ialah untuk mendesak kerajaan membawa lebih pembangunan
kepada kawasan kawasan ini tanpa menukar status milikan Melayu..Bayangkan
betapa susahnya orang Melayu untuk majukan tanah hanya kerana tanah rizab
orang melayu dianggap tiada nilai oleh sesetengah bank yang diterajui Melayu
sendiri tetapi amat bernilai apabila dibangunkan oleh bangsa asing. Isu pemilikan
tanah di enam buah kampong ini akan dilihat oleh orang-orang melayu dengan
penuh emosi kerana adalah amat memilukan melihat tanah yang menjadi simpanan
untuk bangsa melayu kini milik pihak dan bangsa asing walhal didalam wasiat raja-
raja melayu sebelum memberikan kebenaran bangsa bukan bumiputera semasa
menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 adalah “Kami isytiharkan dan kami simpan untuk
kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu,selain
gunung- ganang,tasik,dan hutan simpan,tanah simpanan melayu sehingga nisbah
50 peratus,selebihnya rebutlah bersama-sama kaum lain” yang menjadi azimat
bangsa melayu dalam mengharungi kemajuan bersama bangsa lain.
Cadangan Isu (DBKL) untuk membangunkan enam buah kampung tradisi di
sekitar ibu negara
1-Mewujudkan satu peruntukkan khas bagi memajukan Tanah Rizab Melayu
Penguatkuasaan dan perlaksanaan undang – undang rizab Melayu semasa adalah
lebih memberi penekanan terhadap pemilikan dan kegunaan tanah untuk tujuan
pertanian semata. Kegunaan–kegunaan yang lain lebih menguntungkan kurang
memberi penekanan. Selain itu juga, perbezaan aplikasi perundangan yang berbeza
antara negeri–negeri juga mengakibatkan pengurusan dan pembuatan polisi bagi
tanah berkenaan sukar dilaksanakan dengan lebih berkesan. Adalah dicadangkan
agar enakmen – enakmen yang diwujudkan semasa pemerintahan Inggeris tersebut
digantikan dengan satu akta atau perundangan khas yang seragam di seluruh negeri
–negeri di Semenanjung Malaysia.Peruntukkan akta baru yang dicadangkan
mestilah mengambilkira nilai ekonomi di dalam memajukan tanah–tanah berkenaan.
Walaupun demikian, perlindungan terhadap jaminan dan keistimewaan orang –
orang Melayu perlu diambilkira dan mengikut dengan keperluan semasa.
2- Memberi latihan dan galakan
pemilik tanah rizab Melayu yang kebanyakkan mereka ini adalah terdiri dari
golongan emas adalah amat sukar. Ini adalah kerana fahaman ortodok yang ada
pada mereka adalah sukar untuk mengubah keadaan dan kegunaan tanah – tanah
rizab Melayu. Ini akan menyebabkan kawasan – kawasan luar bandar yang terdiri
dari tanah – tanah rizab Melayu sukar untuk dimajukan. Kaedah yang baik ialah,
pihak kerajaan melalui agensi – agensi tertentu yang diwujudkan menyediakan
khidmat latihan dan kursus kepada anak – anak mereka yang terdiri dari golongan
remaja yang berusia antara 18 hingga 25 tahun yang tidak menlanjutkan pengajian
di institusi pengajian tinggi atau pusat – pusat latihan kemahiran serta masih tinggal
di kampung – kampung Melayu tradisi. Ini adalah bertujuan untuk mengatasi
masalah – masalah remaja desa dari aktiviti – aktiviti yang tidak sihat. Seperti mana
yang selalu kita dengar dan baca dari media – media arus perdana, ramai remaja
desa tidak mempunyai pekerjaan tetap serta tidak mempunyai masa depan yang
baik terlibat dengan aktiviti – aktiviti yang tidak sihat.
3- Pembangunan Tanah untuk Kemajuan dan Kepentingan Ekonomi Melayu
bagi mengekalkan identiti dan jaminan keistimewaan Melayu tanpa melupuskan
syarat Tanah Rizab Melayu, pembangunan komersil ke atas tanah tersebut boleh
dilaksanakan dengan mewujudkan sebuah hab perniagaan Melayu melalui lot – lot
perniagaan di dalam bangunan yang didirikan.Bagi mendapatkan pemilik – pemilik
atau penyewa – penyewa lot perniagaan dari kalangan orang – orang Melayu, satu
bentuk penjualan atau kadar sewa yang lebih fleksibel adalah diperlukan bagi
menjamin lot tersebut berterusan dikuasai dan dipelopori oleh orang – orang Melayu.
Penentuan dan kaedah pembayaran sewa mestilah dikawal dan diurus oleh satu
badan atau jawatankuasa khas bagi menjamin penyewa –penyewa Melayu berniaga
di kawasan berkenaan. Secara tidak langsung, ekonomi orang – orang Melayu akan
dapat dipertahankan dan diperkasakan.