Post on 20-Apr-2019
PENGURUSAN TERNAKAN UDANG DI SRI MANJUNG, PERAK DARUL
RIDZUAN.
MOHD QUTSAM HASYIR BIN HJ. FAHKARZI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya MOHD QUTSAM HASYIR BIN HJ. FAHKARZI
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran
antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
Tarikh: 20 APRIL 2009 Tarikh: 20 APRIL 2009
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisas berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
PENGURUSAN TERNAKAN UDANG DI SRI MANJUNG, PERAK
DARUL RIDZUAN
(HURUF BESAR)
PROF. DR. MUHD RASHID BIN
RAJUDDIN BT. 13, LOT 8064 KAMPUNG AJI, BOTA KIRI, 32600 BOTA, PERAK DARUL RIDZUAN
iii
PENGURUSAN TERNAKAN UDANG DI SRI MANJUNG, PERAK DARUL
RIDZUAN
MOHD QUTSAM HASYIR BIN HJ. FAHKARZI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
Sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
iv
PENGESAHAN PENYELIA
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ).”
Tandatangan : ...............................................................
Nama Penyelia : PROF. DR. MUHD RASHID BIN RAJUDDIN
Tarikh : 20 APRIL 2009
v
PENGAKUAN
“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : ..................................................
Nama Penulis : MOHD QUTSAM HASYIR BIN HJ. FAHKARZI
Tarikh : 20 APRIL 2009
vi
DEDIKASI
KHAS BUAT
Ayahanda dan Bonda
Hj. Fahkarzi Bin Hj. Abdul Rahman
Salmah Bte Hj. Abdul Halim
Adik Beradik Tercinta
Fairuz Bte Hj. Fahkarzi
Mohd Firdaus Arahman Bin Hj. Fahkarzi
Mohd Zamir Bin Zainal Abidin
Insan Yang Memberi Sokongan dan Semangat
Adik Hamizah Bte Ahmad
Adik Farah Wahida Bte Mazlan
Pensyarah-pensyarah ,
Sahabat-sahabat
Semoga Allah S.W.T. meredhai kehidupan kita
Terima kasih, Amin…….
vii
PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada penyelia Projek Sarjana Muda, Prof. Muhd Rashid Bin Rajuddin, atas
bimbingan, dorongan, perbincangan serta nasihat pakar yang beliau berikan tanpa
berasa jemu sejak dari awal kajian ini dirancang sehinggalah projek ini dapat
disempurnakan.
Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Jabatan Perikanan
Negeri Perak dan Pejabat Perikanan Derah Manjung atas kebenaran bertulis bagi
menjalankan kajian ini.
Penghargaan juga diberikan kepada Pusat Penyelidikan Ternakan Air Payau,
Gelang Patah, Johor terutamanya Encik Zefrai Bin Zainal Abidin, yang telah banyak
memberi maklumat dan cadangan dalam menyempurnakan projek ini.
Terima kasih yang tidak terhingga juga penulis rakamkan untuk semua
pengusaha-pengusaha ternakan udang air payau, Sri Manjung, Perak di atas kesudian
memberi kerjasama dalam menjayakan penulisan ini.
Akhir sekali, penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu penulis
menjayakan projek penyelidikan ini.
viii
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu tinjauan terhadap faktor-faktor usaha untuk mendapatkan
keuntungan dalam pengurusan ternakan udang di Sri Manjung, Perak Darul Ridzuan
Seramai 52 responden terlibat dalam kajian ini, iaitu 100 peratus responden adalah
lelaki. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Tahap
kebolehpercayaan (Alfa Cronbach) yang diperoleh untuk soal selidik ini ialah 0.893.
Data mentah dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for The
Social Science) Version 10.0 for Windows untuk mendapatkan nilai kekerapan,
peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengusaha ternakan udang
di Sri Manjung mengetahui kaedah dan cara penjagaan udang dengan betul. Tetapi
masalah seperti kewangan, penjagaan mutu air dan pengendalian benih masih belum
dapat dilakukan dengan sempurna. Masalah ini boleh diatasi dengan adanya tunjuk
ajar daripada pihak Jabatan Perikanan. Dengan meningkatnya pengeluaran ternakan
udang ini dapat merialisasikan hasrat negara menuju kearah negara pertanian.
ix
ABSTRACT
This research was conducted to identify of the factors involving the profits of prawn
livestock management in Sri Manjung, Perak Darul Ridzuan. A total of 52
respondents has been selected in this research and all of them were male. This
research used questionnaires as the research instrument. The reliability (Alfa
Cronbach) obtained for the research was 0.893. The data was analyzed by using
SPSS software (Statistical Package for The Social Science) Version 10.0 for
Windows to obtain the frequency value, percentage and min. The data obtained
shows that the prawn entrepreneur in Sri Manjung knew the appropriate methods and
procedure to breed the prawn. On the other hand, some problems that occurred such
as financial, water quality and how to operate the seed of the prawn has not been
solved. This problems can be overcome if there are guidelines from the Malaysian
Department of Fisheries. By increasing the prawn livestock product, it can increase
the economy and thus, Malaysia hopefully will become an agricultural country.
x
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ii
TAJUK iii
PENGESAHAN PENYELIA iv
PENGAKUAN v
DEDIKASI vi
PERHARGAAN vii
ABSTRAK viii
ABSTRACT ix
KANDUNGAN x
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiiii
SENARAI LAMPIRAN xvi
Bab 1 Pengenalan
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Penyataan Masalah 3
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 4
1.6 Batasan Kajian 5
1.7 Kepentingan Kajian 5
1.8 Definisi Istilah 6
1.8.1 Akukultur 6
xi
1.8.2 Penternak 7
1.8.3 Payau 7
Bab 2 Sorotan Kajian
2.1 Pemiihan Tapak 8
2.2 Rekabentuk Ladang Ternakan 10
2.3 Sistem Ternakan 11
2.4 Peralatan Ladang 12
2.5 Makanan 14
2.6 Kuitpan dan Pengendalian Hasil 16
2.7 Pengurusan Hasil 18
2.8 Pengurusan Kewangan Projek 19
Bab3 Metodologi Kajian
3.1 Pengenalan 21
3.2 Reka bentuk Kajian 21
3.3 Populasi dan Responden Kajian 22
3.4 Tempat Kajian 24
3.5 Instrumen Kajian 24
3.6 Prosedur Kajian 27
3.7 Pungutan Data 29
3.8 Analisis Data 29
3.9 Kajian Rintis 32
3.10 Penutup 32
xii
Bab 4 Analisis Data dan Dapatan Kajian
4.1 Pengenalan 33
4.2 Hasil Analisis Data
4.2.1 Analisis Latar Belakang
Responden 34
4.2.2 Analisis Soalan Kajian 1 38
4.2.3 Analisis Soalan Kajian 2 41
4.2.4 Analisis Soalan Kajian 3 44
4.2.5 Analisis Soalan Kajian 4 46
4.2.6 Analisis Soalan Kajian 5 49
4.3 Rumusan Analisis Data 52
Bab 5 Rumusan, Perbincangan Dan Cadangan
5.1 Pengenalan 55
5.2 Rumusan 56
5.3 Perbincangan kajian
5.3.1 Soalan Kajian 1 57
5.3.2 Soalan Kajian 2 60
5.3.3 Soalan Kajian 3 62
5.3.4 Soalan Kajian 4 65
5.3.5 Soalan Kajian 5 67
5.4 Cadangan Untuk Meningkatkan Keuntungan
Dalam Ternakan Udang Air Payau 69
5.5 Penutup 73
BIBILIOGRAFI 74
xiii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Anggaran kadar Makanan. 15
3.1 Data pengusaha ternakan udang di Daerah
Sri Manjung, Perak yang dijadikan responden
kajian penyelidik. 23
3.2 Pembahgian Item Bahagian B berdasarkan
pemboleh ubah dalam soalan kajian. 26
3.3 Pengekelasan analisis skala likert. 30
3.4 Pengekelasan tahap penguasaan berdasarkan
analisis mrkat min. 31
3.5 Pengelasan semula skala likert. 31
4.1 Nilai skor skala likert. 34
4.2 Taburan responden mengikut jantina. 34
4.3 Taburan responden mengikut umur. 35
4.4 Taburan responden mengikut bangsa. 35
4.5 Taburan responden mengikut status perkahwinan. 36
4.6 Taburan responden mengikut kelulusan akademik. 36
4.7 Taburan responden mengikut pendapatan bulanan. 37
4.8 Taburan maklumbalas responden terhadap usaha
tambahan yang dilakukan oleh pengusaha
untuk mendapatkan keuntungan. 38
4.9 Taburan maklumbalas responden terhadap kaedah
yang sesuai digunakan untuk meningkatkan
pengeluaran dalam menternak udang. 41
4.10 Taburan maklumbalas responden terhadap
xiv
penjagaan mutu air kolam. 44
4.11 Taburan maklumbalas responden terhadap
pengawasan kolam udang. 46
4.12 Taburan maklumbalas responden terhadap
pengendalian benih udang baru. 49
4.13 Purata peratusan keseluruhan bagi semua
item dalam set soal selidik untuk pengusaha
ternakan udang. 52
xv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Carta alir prosedur kajian. 27
5.1 Cadangan proses permohonan. 72
xvi
SENARAI LAMPIRAN
NO LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
Lampiran A Surat Kebenaran Memohan Maklumat 76 Lampiran B Borang Soal Selidik 77 Lampiran B Contoh Sijil Amalan Baik
Akuakultur 78 Lampiran D Contoh Logo Amalan Baik
Akuakultur 79
1
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Sejak kebelakangan ini situasi kehidupan manusia yang terlibat dengan perusahaan
perikanan ini telah bertukar corak kerana dipengaruhi oleh; (1) Kos perbelanjaan
yang tinggi untuk menangkap udang disebabkan kenaikan harga perkakasan seperti
peralatan penangkapan, jentera dan minyak serta gaji buruh yang semakin
meningkat. (2) penangkapan udang yang melampaui had untuk permintaan yang
tinggi, dan (3) kehabisan kebanyakkan stok disebabkan oleh pencemaran perairan.
Oleh itu banyak bakal-bakal penternak tertumpu kepada perusahaan akuakultur
marin atau lebih dikenali sebagai marinkultur yang merupakan perusahaan yang
moden dan memerlukan usaha serta tumpuan yang sepenuh masa kepada
pengeluaran ternakan laut yang bermutu tinggi dan sentiasa diperlukan misalnya,
udang putih, udang harimau dan sebagainya. (Lokman Shamsudin 1992 )
Pada masa sekarang, perusahaan akuakultur tempatan telah pun maju
terutamanya dalam pengeluaran benih melalui penternakan terkawal untuk
mendapatkan stok yang bermutu tinggi. Pembiakbakaan yang terpilih juga dilakukan
untuk mendapatkan ciri-ciri yang dikehendaki daripada sesuatu stok yang telah
dikenal pasti . Tidak ketinggalan juga kajian-kajian terhadap beberapa teknik baru
dalam pembiakan tiruan dan berpotensi pengkulturan pada keadaan persekitaran
semulajadi seperti didalam kolam atau sangkar. Operasi perusahan akuakultur telah
2
ditumpukan kepada pengeluaran hasil secara besar-besaran yang bertujuan untuk
penjualan dan mendapatkan keuntungan yang lumayan. Aktiviti akuakultur perlu
dipertingkatkan lagi dari segi pengurusan dan operasi untuk memastikan agar dapat
bertahan lama dan serasi dengan persekitarannya (Muhammad Nasir Abdul Salam,
1999).
1.2 Latar belakang masalah
Akuakultur adalah sejenis perniagaan yang menguntungkan di Malaysia yang mana
dapat memberi pulangan yang berlipat kali ganda. Industri ternakan udang laut di
negara ini telah berkembang pesat dalam tahun 1980. udang laut telah menjadi hasil
ternakan akuakultur yang penting dalam menyumbang nilai pendaratan akuakultur.
Perusahaan ini digalakkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia kerana boleh
menghasilkan 150,00 tan metrik udang bernilai RM 2.7 billion pada tahun 2010.
Walaupun begitu perkembangan yang tidak terkawal akan mengakibatkan
timbulnya berbagai masalah terutamanya penyakit yang hampir melumpuhkan
industri ternakan udang di negara ini. Di Malaysia akuakultur bermula sejak tahun
1930 lagi. Sehingga kini akuakultur telah berkembang dengan pesatnya, beberapa
spesis ikan dan teknologi baru diperkenalkan termasuklah ternakan udang laut.
Teknologi ternakan udang laut telah berkembang pesat dalam waktu yang singkat.
Perkembangan diluar jangkaan ini telah menyebabkan kesan negatif kepada sosio
ekonomi dan alam persekitaran. Pembangunan projek-projek ternakan udang yang
tidak terkawal telah menyebabkan berlakunya pencemaran dan merebaknya berbagai
penyakit yang berbahaya kepada ternakan udang itu sendiri.
Masalah tersebut disebabkan kurng kefahaman terhadap teknik atau cara
ternakan yang diamalkan, kurang kesedaran tentang kepentingan menjaga alam
sekitar dan didorong pula dengan perasaan dan amalan mengaut keuntungan dengan
segera. Amalan pengurusan ternakan yang tidak baik tanpa mengikuti peraturan-
peraturan yang ditentukan telah menyebabkan wujudnya penyakit udang yang kronik
seperti bintik putih yang sukar diatasi.
3
Pembangunan yang tidak terkawal juga telah menyebabkan kerosakan
terhadap persekitaran terutamanya habitat hutan paya bakau yang merupakan
kawasan penting bagi perlindungan dan pembiakan spesis-spesis ikan dan udang
komersial. Masalah tersebut telah menimbulkan keresahan dan konflik sosial dalam
masyarakat yang perlu diatasi dengan segera.
Untuk memastikan industri ternakan udang laut dapat berkembang secara
mapan, pihak Jabatan Perikanan telah berusaha memastikan industri ini berkembang
dengan sihat. Antaranya pihak Jabatan menggalakkan supaya para penternak
mengamalkan kaedah pengurusan ladang yang baik dan bertanggungjawab. Antara
langkah yang diambil adalah dengan memperkenalkan Kod Amalan Akuakutur
untuk ternakan udang laut kepada penternak. Kod Amalan ini diperkenalkan untuk
memberi panduan kepada penternak untuk mengamalkan kaedah yang
bertanggungjawab bagi menghasilkan bahan makanan yang selamat dimakan dan
meminimakan kerosakan alam sekitar.(Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Jabatan
Perikanan Malaysia, 1999).
1.3 Penyataan Masalah
Memandangkan negara kita sedang membangun menuju ke arah Negara
Agroteknologi, maka kita memerlukan penternak-penternak yang berkebolehan
dalam bidang ternakan udang air payau bagi memastikan hasrat negara kita tercapai.
Begitu juga penyelidik akan mengkaji pengurusan yang dilakukan oleh penternak
udang air payau samaada dilakukan mengikut sistem atau cara yang telah ditetapkan
ataupun tidak.
Kajian yang digunakan oleh penyelidik ini bertujuan untuk mengenalpasti
sejauhmanakah usaha yang dilakukan oleh pengusaha ternakan udang untuk
mendapatkan keuntungan dalam pengurusan ternakan udang air payau.
4
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :-
1.4.1 Mengenalpasti usaha tambahan yang dilakukan oleh penternak udang air
payau untuk mendapatkan keuntungan.
1.4.2 Mengenalpasti kaedah peningkatan pengeluaran ternakan udang.
1.4.3 Mengenalpasti kaedah yang digunakan untuk menjaga mutu air kolam udang.
1.4.4 Mengenalpasti cara yang dilakukan oleh pengusaha untuk mengawasi
ternakan udang mereka.
1.4.5 Mengenalpasti cara yang dilakukan oleh pengusaha untuk mengendalikan
benih udang yang baru.
1.5 Persoalan Kajian
Dalam kajian ini pengkaji mengemukan beberapa persoalan bagi memastikan
objektif kajian tercapai di antaranya ialah :-
1.5.1 Apakah usaha tambahan yang dilakukan oleh pengusaha udang untuk
mendapatkan keuntungan?
1.5.2 Apakah kaedah yang digunakan untuk meningkatkan pengeluaran dalam
menternak udang?
1.5.3 Bagaimanakah pengusaha udang menguruskan mutu air kolam?
1.5.4 Bagaimanakah pengusaha udang mengawasi ternakan udang?