Post on 15-Jan-2016
description
PENGENALAN KEPADA DASAR-
DASAR AWAM
DASAR-DASAR AWAM
PERJUANGAN FASA II
WAWASAN NEGARA
MENCIPTA MASYARAKAT GEMILANG
KONSEP NEGARATanahRakyatSempadanPentadbiran Kerajaan
DEFINISI DASAR AWAMGaris panduan pentadbiran yang merangkumi segala arahan dan peraturan untuk mencapai matlamat kepimpinan negara ke arah sebuah negara yang gemilang.
DEFINISI DASAR AWAM
Dasar awam adalah apa jua dasar atau projek, program, rancangan atau apa sahaja cadangan daripada pihak kerajaan untuk menjayakan dasar atau projek tersebut.
David Easton seorang ahli sains politik mentafsirkan dasar kerajaan sebagai nilai peruntukkan pihak berkuasa bagi keseluruhan masyarakat.
Lasswell dan Kaplan pula mentafsirkan dasar awam sebagai program bagi nilai amalan dan matlamat yang telah diprojekkan.
DEFINISI DASAR AWAM
Richard Rose mentafsirkan dasar sebagai: “a long series of more-or-less related activities” (satu aktiviti yang berterusan sedikit sebanyak mempunyai hubungan antara satu dengan lain)
Carl Fredrich mentafsirkan dasar sebagai “a proposed course of action of a person, or group or government, within a given environment providing obstacles and opportunities which the policy was proposed to utilize and overcome in an afford to reach a goal or realize an objective or a purpose”
DEFINISI DASAR AWAM
Menurut E. Aderson dalam buku “Public Policy Making” menakrifkan dasar sebagai sesuatu tindakan yang berfaedah yang diikuti oleh pengikut-pengikut dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara. Dasar-dasar ini dikembangkan oleh badan-badan dan kakitangan kerajaan.
DEFINISI DASAR AWAM
DEFINISI DASAR AWAM
“Public Policy is Whatever Goverments choose to do or not to do”.
(Thomas R. Dye-Understanding Public Policy, 1975)
Usaha Kerajaan menghadapi/ mengatasi masalah yang membebankan semua atau sebahagian masyarakat untuk kebajikan umum.
“SESUATU DASAR KERAJAAN ADALAH PENGISTIHARAN HASRAT DAN NILAI (VALUES) KERAJAAN TERHADAP SESUATU FENOMENA, PERKARA, ISU, KEADAAN ATAU MASALAH DI DALAM MASYARAKAT.”
Dr. Abdullah Ab. Rahman, Masalah dan Isu Dalam penggubalan dan Pelaksanaan Dasar Awam.
DEFINISI DASAR AWAM
Apa saja keputusan dan tindakan kerajaan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu yang
mempunyai objektif,matlamat dan tujuan tertentu.
Dijadikan panduan umum dalam mengatasi sesuatu masalah sesebuah negara.
Suatu tindakan yang mempunyai tujuan tertentu oleh kerajaan untuk kepentingan rakyat,yang akan
mempengaruhi masyarakat.
CIRI-CIRI DASAR AWAM
Menurut Austin Ranney dalam bukunya “The Study of Policy Content” telah memberikan lima ciri dalam dasar awam iaitu:– Satu objek atau beberapa objek tertentu: sbhg
tertentu dari alam sekeliling (masyarakat) untuk dilibatkan)
– Satu jalinan peristiwa: satu pertalian tingkah laku yang perlu dalam satu atau beberapa objek.
– Satu pilihan tindakan: beberapa tindakan dipilih untuk mendapatkan jalinan peristiwa yang dikehendaki. Bukan sahaja apa yg dilakukan oleh masyarakat ke atas objek ketika itu tetapi juga sesuatu pemilihan yg terperinci ke atas beberapa tindakan.
CIRI-CIRI DASAR AWAM
– Satu pernyataan tentang sesuatu maksud: sama ada disiarkan secara umum kepada mereka yang berminat atau berhubung secara rahsia kepada sesetengah golongan tertentu, ataupun ada para penggubal dasar mengeluarkan kenyataan tentang apa yg akan mereka lakukan, bagaimana dan mengapa.
– Satu perlaksanaan tujuan: tindakan-tindakan sebenarnya dilakukan secara terang-terang (vis-à-vis) ke atas objek tertentu dalam membuat pilihan atau pernyataan.
TUJUAN DASAR
MEMBANTU NEGARA MENCAPAI
1. Matlamat keselamatan negara.
2. Perpaduan dan kestabilan negara.
3. Kesejahteraan sosial dan ekonomi rakyat dan masyarakat.
ISU –ISU YANG MELIBATKAN ASPEK DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS.
ISU EKONOMI Arah dan kadar pertumbuhan ekonomi negara. Masalah pengeluaran yang menurun dan
kekurangan tenaga buruh. Asas sektor pembuatan/perkilangan yang
sempit.(Tertumpu kepada industri elektronik, tekstil dan beberapa jenis industri gantian inport).
Kadar produktiviti yang secara relatifnya masih rendah.
Perbezaan pendapatan dan status sosio-ekonomi rakyat antara kaum, wilayah dan kawasan bandar dan luar bandar.
ISU-ISU YANG MELIBATKAN ASPEK DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS.
ISU POLITIK DAN PENTADBIRAN Polarisasi kaum. Penyalahgunaan dasar dan pengedaran
dadah antarabangsa. Keperluan pembentukan budaya kerja dan
sikap yang positif untuk pembangunan. Masalah kemiskinan mutlak yang berterusan
walaupun menurun dari segi peratusnya. Saiz sektor awam yang masih besar beban
perbelanjaan yang tinggi. Isu pencemaran alam yang lahir daripada
aktiviti pembangunan yang tidak terkawal.
ISU-ISU YANG MELIBATKAN ASPEK DASAR YANG UTAMA DAN MEMERLUKAN PENGGUBALAN DASAR YANG KHUSUS.
ISU ANTARABANGSA Pergeseran politik kuasa-
kuasa besar di rantau ini. Masalah politik di rantau
Asia. Pendatang tanpa izin. Kecenderungan kuasa
besar untuk menguasai dan menentukan arus politik dan sistem ekonomi antabangsa dan lain-lain.
DASAR-DASAR UTAMA KERAJAAN
I. DASAR-DASAR EKONOMI
DEB Wawasan 2020 RRJP / DPN Dasar Perindustrian Negara Dasar Persyarikatan Malaysia Dasar Penswastaan Dasar pertanian Negara Dasar Halacara Baru Dalam Pembangunaan
Kampung Dan Luar Bandar
DASAR-DASAR UTAMA KERAJAANII. DASAR-DASAR
SOSIAL/ETIKA KERJA Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Kebudayaan
Kebangsaan Dasar/Program Pembaharuan
Dan Peningkatan Produktiviti:-• Dasar Pandang Ke Timur• Dasar Bersih, Cekap Dan
Amanah• Kepimpinan Melalui Teladan• Program-program
Pembaharuan dan Peningkatan Produktiviti Dalam Perkhidmatan Awam
Dasar Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Pentadbiran
Dasar Wanita Negara Dasar Sosial Negara
III. DASAR-DASAR LUAR NEGERI
Kawasan aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN)
Antartika
PEMBAHAGIAN DAN JENIS-JENIS DASAR
Dasar Awam boleh dibahagikan kepada beberapa jenis dan turutan:
1. Desakan dasar (policy demands)
2. Keputusan dasar (policy decisions)
3. Pernyataan dasar (policy statements)
4. Hasilan / output dasar (policy putput)
5. Akibat dasar (outcomes)
KATEGORI DASAR AWAM
a. Desakan Dasar policy demands
Segala desakan,tuntutan atau paksaan yang dikenakan ke atas kerajaan oleh orang ramai
akibat ketidakberkesanan sesuatu dasar.
b. Keputusan Dasar policy decision
Suatu keputusan yang dibuat oleh pegawai kerajaan yang memberi kuasa atau petunjuk dan
cara tindakan dasar awam. Termasuk juga tentang segala keputusan untuk mengeluarkan arahan,
gubal undang-undang,edar peraturan,pentadbiran atau tafsiran kepada undang-undang.
Desakan Dasar
Desakan dasar adalah segala desakan, tuntutan, paksaan yang dikenakan, yang dibuat ke atas kakitangan awam (peg. kerajaan) oleh orang ramai secara rasmi maupun peribadi dan juga terhadap sistem politik/pentadbiran untuk tindakan segera atas segala yang tidak dijalankan dengan berkesan.
Keputusan Dasar
Keputusan dasar ialah sesuatu keputusan yang dibuat oleh peg. Awam yang memberi kuasa atau memberi petunjuk dan cara kepada tindakan dasar awam. Ini termasuk segala keputusan untuk menggubal undang-undang, mengeluarkan arahan eksekutif, mengedarkan peraturan, pentadbiran atau mengadakan (dipersetujui) sesuatu takrifan/ penterjemahan kepada undang-undang yg mesti dipatuhi.
Pernyataan Dasar
Pernyataan dasar adalah sesuatu pernyataan yang formal, rasmi dan menggariskan dasar awam itu. Kandungannya ialah segala Akta, Ordinan, Undang-undang, perintah dan titah, peraturan pentadbiran dan kaedah-kaedah yang tertentu. Juga termasuk segala bentuk pernyataan pegawai awam (peg tertinggi kerajaan cth KSU, ketua pengarah ataupun menteri-menteri) yg menggambarkan segala garis panduan, hasrat dan cita-cita kerajaan, cadangan dan matlamat negara untuk dilaksanakan.
Hasilan/Output Dasar
Hasilan/output dasar adalah apa yang boleh didapati dengan jelas drp dasar awam-sesuatu yg dibuat dan dilaksanakan utk menentukan keputusan dasar dan pernyataannya. Output dasar ini secara ringkas ialah apa yang diusahakan oleh kerajaan, berbeza drp apa yang sepatut dilakukannya.
Akibat Dasar
Akibat dasar adalah segala kesan terhadap masyarakat – yang dijangka atau di luar jangkaan (tak diduga) yg lahir hasil drp tindakan atau pengabaian kerajaan.
PENGKELASAN DASAR
Dasar secara umum boleh dibahagikan kepada 2 bhg yg utama:
1. Substantive (benda yg boleh dilihat)
2. Procedural (tentang perkara kaedah dan tatacara)
MEMAHAMI DASAR AWAM
Sesuatu dasar awam ditentukan dasarnya oleh kuasa dan kewibawaan dalam perlaksanaannya dan penguatkuasaan oleh institusi kerajaan yang terlibat dan dipertanggungjawabkan bagi melaksanakannya.
Sesunggunya sesuatu dasar tidak akan dianggap dasar sehinggalah ia digabung, diselaras, dilaksana dan dikuatkuasakan oleh jabatan-jabatan kerajaan
Kerajaan memberikan tiga ciri yang khusus mengenai dasar awam:– i.kerajaan memberikan penguatkuasaan atau
pengesahtarafannya kepada dasar berkenaan.– ii. Dasar kerajaan melibatkan kesejagatannya
atau bertaraf kebangsaan/persekutuan.– iii. Kerajaan mempunyai kuasa mutlak atau
memonopolikan cara ‘desakan dan paksaan’ (coersion) terhadap masyarakat.
MEMAHAMI DASAR AWAM
Dalam hal ini, hala cara struktur adalah amat penting untuk kita memahami dasar awam ini.
Struktur jabatan kerajaan/lembaga/agensi boleh mengakibatkan wujudnya dasar yang bermanfaat dan berguna.
Dalam perlaksanaan adanya sistem yang akan menjadi mekanisma mencapai matlamat dasar awam. Sistem ini dapat digambarkan melalui sistem ‘piramid dasar sehala’.
MEMAHAMI DASAR AWAM
PIRAMID DASAR SEHALA
sultan
Mereka yang berpengaruh dan berkuasa
Profesional& Pentadbir
RAKYAT BERBILANG KAUM
Penentuan dan penggubalan
dasar
Strata dalam masyarakat majmuk
Masalah Awam
MODEL CARA BERSISTEM
INPUT
SISTEM POLITIK
OUTPUT
Persekitaran
Keputusan& tindakan
PersekitaranPersekitaran
Persekitaran
Desakan
sokongan
PERKAITAN ANTARA DASAR AWAM DAN POLITIK
Dasar awam begitu dipengaruhi untuk dibuat berasaskan keputusan melalui sistem politik-
tuntutan atau kemahuan rakyat dan sokongan
oleh rakyat.
Rakyat menuntut sesuatu perkara dilaksanakan Kerajaan menggubal dan melaksanakan dasar Rakyat memberi sokongan dan maklumbalas
Pihak Terlibat dalam Penggubalan Dasar di Malaysia
Dasar terbentuk dengan pembentangan dan diluluskan di Dewan Rakyat
Dibawa ke Dewan Negara untuk diterima:
Parlimen badan tertinggi mengkaji kuasa mengawal dan laksanakan dasar strategi kerajaan
Dasar awam boleh berubah mengikut nilai masyarakat dan kepemimpinan
Dasar awam digubal untuk penuhi objektif-objektif sosio-ekonomi seperti pertumbuhan ekonomi, pengagihan, kestabilan dan kebajikan umum
Kejayaan dan kegagalan bergantung kepada pelaksana dan penerima dasar yang akan menentukan dasar akan datang
Kumpulan berkepentingan mampu mempengaruhi sesuatu dasar awam untuk menjaga kepentingan mereka dan orang awam. Walaupun tiada kuasa
menggubal dasar tetapi berpengaruh
Contoh: Persatuan Alam Sekitar Malaysia (PASM) dalam dasar berkaitan alam sekitar
Kongres Kesatuan Sekerja dan Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dalam dasar berkaitan skim perkhidmatan kakitangan awam
CAP dalam kepenggunaan- isu eksploitasi peniaga, harga, bahan pengguna
Pertubuhan-pertubuhan wanita hingga wujud Dasar Wanita Negara
Pertubuhan Islam dalam dasar Penerapan Nilai Islam
Pembahagian Dasar Di Malaysia
a. Dasar berkaitan ekonomi negara- DEB, Dasar Perindustrian Negara, Dasar Pertanian Negara, Dasar Penswastaan, Dasar Kependudukan 70 juta
b. Dasar sosial dan etika kerja- Dasar Pendidikan Kebangsaan,Dasar Pandang ke Timur,Dasar Bersih,Cekap dan Amanah,Kepimpinan melalui Teladan,Dasar Penerapan Nilai-nilai Murni dalam Pentadbiran, Dasar Sosial Negara
c. Dasar luar negeri-masalah dan isu yang dihadapi di arena antarabangsa yang punya kesan ke atas pembangunan dan keselamatan ZOPFAN dan Dasar Antartika
Proses Pembentukan Dasar Awam1. Kenalpasti masalah-nilai,kehendak dan peluang yang
boleh diperolehi melalui tindakan orang awam. Dapatkan sebanyak dan setepat mungkin maklumat berkaitan masalah sebenar
2. Kenalpasti objektif - sekiranya dasar diperkenalkan,apa objektif yang dicapai?
3. Kenalpasti sumber yang ada - kalau kerajaan laksanakan dasar, apakah kerajaan berkemampuan
4. Kemuka alternatif yang sesuai - pelbagai tindakan dan usaha bagi kurangkan masalah - bergantung pada maklumat diperolehi - gunakan kreativiti,intuisi dan pertimbangan
5. Rancangan tindakan dasar yang sesuai- satu siri tindakan yang diambil dalam usaha capai hasil dikehendaki- ambil tahu kesan negatif dan positif - maklumat tindakan dasar diperolehi melalui proses peramalan dan penilaian terhadap hasil yang diharapkan
6. Hasil Dasar - kesan tindakan dasar-positif dan negatif
7. Nilai dasar - nilaikan hasil dasar sejauh mana capai objektif dasar dan selesaikan masalah? -kaji dan rangka semula altenatif sehingga menghasilkan kepuasan
( proses ini adalah berterusan dan berulang supaya sesuatu dasar tidak ketinggalan zaman seiring dengan kehendak masyarakat dan matlamat negara )
3 Perkara diambilkira dalam Pembentukan Dasar Awam :
1. Siapakah yang dapat, bila dan bagaimana mereka perolehinya?
2. Apa peranan pelaksana dalam proses buat dasar berbanding pihak eksekutif, perundingan dan perundangan?
3. Bagaimana pentadbir beri kesan ke atas gelagat orang awam dengan batasan yang ada dalam agensi kerajaan?
PROSES PENGGUBALAN DASAR
Proses penggubalan dasar akan menetapkan dua perkara iaitu:– 1. penetapan matlamat (objektif)
• Selalunya matlamat ini merangkumi nilai-nilai manusia yg sangat dihargai oleh masyarakat.
– 2. penetapan strategi/cara• Strategi biasanya diwujudkan dalam bentuk projek
dan program.
Langkah-langkah Penting Memilih Matlamat
Proses memilih matlamat sesuatu dasar awam melibatkan sekurang-kurangnya peringkat berikut:– i. mengenalpasti masalah sebenar.– ii. Menentukan peringkat penglibatan
kerajaan.– iii. Memilih matlamat.
LANGKAH-LANGKAH PENTING MEMILIH
MATLAMAT i. Mengenalpasti Masalah
– Sesuatu dasar digubal untuk mengurang atau mengatasi masalah. Maka, adalah penting masalah ini dikenal pasti dengan tepat supaya dasar yang digubal itu secocok dengannya.
ii. Menentukan peringkat penglibatan kerajaan– sesuatu masalah setelah dikenalpasti masalahnya maka, adalah
menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memikul tanggungjawab dan mengatasinya. Dalam hal ini haruslah diingat bukan semua masalah perlu melibatkan peranan kerajaan. Ada yang perlu boleh diatasi dengan penglibatan individu, kumpulan, badan-badan kebajikan sukarela, sektor swasta dll. (dikenakan bayaran). Jadi, adalah menjadi tugas penggubal dasar di sini untuk memisahkan masalah yg memerlukan tindakan kerajaan(masalah awam) dengan masalah bukan awam.
iii. Memilih matlamat dasar– Pemilihan matlamat sekurang-kurangnya
memerlukan 3 faktor:i. Kaitan masalah dengan nilai-nilai pokok masyarakat.ii. Sokongan rakyat bagi matlamat yang dipilih.iii. Strategi yang bakal digubal untuk mencapai matlamat ini.
LANGKAH-LANGKAH PENTING MEMILIH
MATLAMAT
MEMILIH MATLAMAT DASAR
i. Kaitan Masalah dengan nilai-nilai pokok masyarakat. – Masalah utama dilihat sebagai kehendak
kritikal dan perlu diberikan perhatian segera spt ‘polarisasi kaum’.
ii. Sokongan rakyat bagi matlamat yang dipilih– Sokongan rakyat penting untuk menjalankan
sesuatu dasar. Oleh itu, dasar tersebut perlulah boleh difahami dan diukur.
MEMILIH MATLAMAT DASAR
iii. Strategi yang bakal digubal– Matlamat dan strategi mempunyai kaitan yang
rapat iaitu ia adalah satu faktor yang penting bagi menentukan strategi yang boleh digunakan.
LANGKAH-LANGKAH PEMBUATAN DASAR
Langkah 1: Buat kajian yang rapi dan objektif tentang gejala sosial yg dikatakan ‘masalah’ oleh kumpulan dalam masyarakat.
Langkah 2: Tentukan jenis masalah yang dihadapi oleh masyarakat tersebut.
Langkah 3: pilih matlamat dasar berpandukan nilai pokok yg digugat oleh masalah sosial.
Langkah 4: Nyatakan matlamat dasar dlm bentuk yg am lebih-lebih lagi bagi dasar yg ditujukan pada masalah yg hangat diperdebatkan.
Langkah 5: Nyatakan matlamat dasar dalam bentuk seberapa khusus yg boleh asalkan ia tidak menimbulkan tentangan yg terlalu kuat dari rakyat.
Langkah 6: Sekiranya langkah 5 sukar dilaksanakan tetapi dasar perlu diperkenalkan dengan segera, nyatakan matlamat dalam bentuk yg difikirkan betul dengan segera dan diubahsuai hingga mendapat sokongan.
LANGKAH-LANGKAH PEMBUATAN DASAR
LANGKAH-LANGKAH PENTING MEMILIH STRATEGI
Langkah-langkah pemilihan strategi dipengaruhi oleh perkara-perkara seperti berikut:– i. kaitan strategi dengan matlamat.– ii. Pemilihan berasaskan kriteria objektif atau
perkiraan politik.– iii. Kaitan strategi dengan sumber-sumber.– iv. Kaitan strategi baru dengan lama.
LANGKAH-LANGKAH PENTING MEMILIH STRATEGI i. Kaitan strategi dengan matlamat
– Perlunya strategi yg direkabentuk itu secocok atau berkemampuan mencapai matlamat dasar adalah satu perkara yg ketara.
ii. Pemilihan berasaskan kriteria objektif atau perkiraan politik– Pemilihan kriteria yang sesuai adalah dengan
berasaskan kepada pemilihan strategi berasaskan kepada arena politik. Tetapi ada juga pendapat yang menggunakan kriteria objektif (present value of net benefit, internal rate of return).
iii. Kaitan strategi dengan sumber-sumber– Sebarang langkah untuk merekabentuk dan
seterusnya memilih strategi hendaklah bermula dengan melihat kpd sumber-sumber yg ada atau boleh diperolehi (iaitu wang, teknologi, tenaga, tanah dll)
iv. Kaitan strategi baru dan lama– Ada dua kemungkinan sama ada meneruskan
strategi lama dan lihat kesannya ataupun memperkenalkan strategi baru yang belum pernah dicuba.
LANGKAH-LANGKAH PENTING MEMILIH STRATEGI
LANGKAH-LANGKAH BERSTRATEGI
Langkah 1: Pastikan mutu dan jumlah sumber yg boleh diagihkan utk mencapai matlamat tersebut.
Langkah 2: selaras dengan langkah 1, reka dan pertimbangkan hanya strategi2 lama bagi mengatasi sesuatu masalah tersebut.
Langkah 3: Gunakan kriteria objektif utk memilih strategi2 yg telah direka berasaskan perkiraan2 dalam langkah-langkah 1 dan 2.
CONTOH-CONTOH DASAR
DASAR EKONOMI BARU• Dilancarkan ekoran peristiwa berdarah 13
Mei 1969. Ia merupakan Rancangan Pembangunan Ekonomi secara berperingkat selama 20 tahun. (1979-1990).
• Objektif DEB ialah membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
• Strategi perlaksanaan DEB ialah Serapang Dua Mata iaitu:-
i. Membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan, mengadakan perkhidmatan sosial percuma atau dibantu tanpa mengira kaum.
ii. Menyusun semula masyarakat untuk akhirnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
iii. Pencapaian matlamat DEB haruslah dalam kontek perkembangan ekonomi negara yang berterusan.
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Objektif Menyatukan pelajar sekolah daripada pelbagai
kaum dan menyediakan tenaga kerja dengan pembangunan negara
Menggalakkan perkembangan sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan
Melahirkan tenaga kerja terlatih untuk jangka pendek dan jangka panjang, bersatu dan berdisiplin
Mewujudkan sistem pendidikan yang lebih berkualiti dan bertaraf antarabangsa
Memastikan sistem pendidikan berupaya menangani perkembangan sains dan teknologi semasa
Matlamat
Membantu Malaysia menjadi sebuah negara maju dengan menggalakkan penggunaan sains dan teknologi sebagai alat pembangunan ekonomi, menggiatkan pembangunan sektor perindustrian agar lebih canggih, dinamik dan bersaing dengan negara maju .
Strategi
Pengkomputeran sektor perindustrian
Menubuhkan Pusat Kecemerlangan Sains
Menggalakkan pemindahan teknologi antara sektor
Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan untuk merintis jalan kepada penemuan dan penyelidikan terkini sains dan teknologi
Menubuhkan pusat mengumpul dan mengedar maklumat tentang aspek sains dan teknologi
Dasar Sains dan TeknologiDasar Sains dan Teknologi
Dasar Pembangunan Nasional(Sambungan DEB)
Fokus - Membasmi kemiskinan di kalangan rakyat termiskin - Menyusun semula masyarakat
ObjektifMemperkukuh kestabilan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik melalui pembangunan bandar dan luar bandarMenjadi negara maju dan mengukuhkan keadilan sosial, nilai etika, moral, kualiti hidup dan mengamalkan prinsip pentadbiran yang adil dan kecemerlangan ekonomiProgramMembasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakatMeamstikan keseimbangan kaum dalam semua aspekMeningkatkan penggunaan sains dan teknologiMenerapkan nilai sosial, kerohanian dan amalan cintakan alam sekitarMeningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan
Wawasan 2020(Malaysia – Melangkah ke Hadapan,
28 Februari 1991)
Dasar yang menjadi rujukan menjadikan Malaysia menjelang 2020 dengan acuan sendiri. Malaysia setanding dengan negara maju lain namun mempertahankan identiti dan nilainya sendiri.
Cabaran:
Mewujudkan masyarakat bersatu yang berkongsi matmat bersama
Melahirkan masyarakat makmur ekonomi, punya daya saing dengan negara maju lain
Melahirkan masyarakat penyayang/amal budaya penyayang
Melahirkan masyarakat progresif, saintifik, maju, berpandangan jauh dan lahirkan tamadun berasaskan sains dan teknologi
Melahirkan masyarakat bertolak ansur, liberal dan bebas amal agama, adat dan budaya masing-masing
Melahirkan masyarakat adil dan makmur melalui pengagihann kekayaan negara tanpa mengira kaum
Melahirkan masyarakat bermoral, beretika, berpegang teguh kepada nilai agama dan kerohanian
Membangunkan masyarakat demokratik yang matang dan punya persefahaman untuk kemakmuran negara
Melahirkan masyarakat berjiwa bebas, maju dan tenteram serta punya keyakinan dan keupayaan hadapi cabaran dan bangga dengan kejayaan sendiri
Prinsip:
• Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah • Kerajaan adil dan amanah• Rakyat berjiwa merdeka• Penguasaan ilmu pengetahuan• Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif• Kehidupan berkualiti• Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita• Keutuhan budaya dan moral• Pemeliharaan alam sekitar• Kekuatan pertahanan negara
Islam Hadhari(23 September 2004)
Pelan Integriti Nasional(23 April 2004) Objektif Utama
Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor dalam usaha membina masyarakat bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika
Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usahapeningkatan integriti supaya budaya diamalkan dalam semua bidang
Menggalakkan semangat bertanggungjawab dalam perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung dan menegakkan konsep integriti
Menyumbang usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara dalam peningkatan kesejahteraan hidup
Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam menghadapi cabaran global dalam abad ke-21
Tekad 2008 (2004-2008)(5 sasaran)
Kurangkan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa
Tingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan dan kurangkan birokrasi
Tingkatkan urus tadbir korporat dan etika perniagaan
Mantapkan institusi kekeluargaan Tingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan
masyarakat
Rumusan
Penjawat awam perlu memahami dasar dasar pembangunan negara dan dasar itu digubal supaya:
• jelas mengapa melaksanakan tugas yang sedang dilakukan;• memahami sejarah mengapa sesuatu dasar digubal dan perlu dilaksanakan;• menjadi sebahagian penganalisis dasar awam untuk penambahbaikan ;• dapat menyampaikan mesej kepada penerima daripada pelaksanaan dasar awam
SEKIAN. TERIMA KASIH