Post on 28-Oct-2020
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 1
Menjadikan Alor Gajah Perbandaran Mampan
Ke arahTeknologi Hijau Menjelang 2020
Menyediakan perkhidmatan perbandaran yang cekap dan
berkualiti serta berteknologi hijau kepada
warga Alor Gajah
Alor Gajah Dinamik - Progresif - Holistik
a) LATAR BELAKANG MPAG
Majlis Daerah Alor Gajah telah dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah
pada 1 Mei, 2003 semasa pentadbiran Ketua Menteri Melaka sekarang iaitu
Datuk Seri Utama Ir. Haji Idris bin Haji Haron selaku Yang Dipertua Majlis
Perbandaran Alor Gajah yang pertama ketika itu.
Kawasan operasi Majlis Perbandaran Alor Gajah adalah seluas 635.84 km
persegi di mana anggaran penduduk kawasan pentadbiran Majlis berjumlah
198,400 orang yang juga merupakan pelanggan kepada Majlis Perbandaran Alor
Gajah.
Sebagai sebuah Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Perbandaran Alor Gajah
bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan perbandaran serta
membangunkan kemudahan infrastruktur dan sosial bagi penduduk Alor Gajah
dengan memaksimumkan segala usaha untuk membangunkan daerah bagi
mencapai kemajuan dan kemakmuran.
i. VISI, MISI DAN SLOGAN
Bagi memastikan Majlis Perbandaran Alor Gajah memberi perkhidmatan
perbandaran yang terbaik kepada warganya dan membangun selaras dengan
pengisytiharan Melaka sebagai Negeri Maju, Majlis Perbandaran Alor Gajah
telah menetapkan visi, misi dan objektif seperti berikut:-
PENGENALAN
VISI
MISI
SLOGAN
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 2
ii. PENJAWATAN
MPAG mempunyai seramai 345 pegawai dan kakitangan yang terbahagi kepada
tiga (4) unit dan dua belas (12) jabatan seperti di Rajah 1.
Rajah 1- CARTA ORGANISASI
MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 3
BIL. PERKHIDMATAN TEMPOH
1. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan tambahan dan ubah suai rumah teres
14 hari
2. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan tambahan kediaman dan bukan kediaman
14 hari
3. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan bangunan sesebuah
14 hari
4. Memproses dan membuat keputusan permohonan pelan bangunan perumahan / bangunan selain kediaman melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC)
37 hari
5. Memproses dan membuat keputusan pelan bangunan industri / bengkel
37 hari
6. Memproses dan membuat keputusan permohonan Permit Sementara Bangunan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC)
37 hari
7. Memberi ulasan permohonan perancangan pembangunan seperti permohonan tanah kerajaan, permohonan rumah sesebuah, pecah sempadan dan pecah bahagian
14 hari
8. Memproses dan membuat ulasan permohonan Kebenaran Merancang di peringkat J/K Pusat Setempat
14 hari
9. Memproses dan memberi ulasan permohonan Kebenaran Merancang di bawah subseksyen 124A dan 204D, Kanun Tanah Negara melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC)
57 hari
10. Memberi perkhidmatan pengeluaran bil cukai taksiran 2 kali setahun
(15 Jan &15 Julai setiap tahun)
BIL. PERKHIDMATAN TEMPOH
11. Memproses permohonan pindah milik pegangan berkadar 14 hari
12. Pengeluaran surat tawaran sewa selepas keputusan temuduga gerai
21 hari
13. Memproses dan membuat keputusan permohonan lesen premis perniagaan
14 hari
14. Memproses dan membuat keputusan permohonan lesen premis perniagaan tidak berisiko
15 minit
15. Memproses dan membuat keputusan permohonan kelulusan pelan kejuruteraan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC)
57 hari
16. Memproses dan membuat keputusan permohonan kelulusan pelan landskap melalui Mesyuarat Jawatankuasa Setempat (OSC)
57 hari
17. Memproses bayaran 10 hari
18. Memberi maklumbalas status aduan awam 14 hari
19. Pemotongan rumput dibawah seliaan MPAG 2 kali sebulan
iii. PIAGAM PELANGGAN
Bagi memperkasakan lagi sistem penyampaian perkhidmatan, piagam
pelanggan Majlis Perbandaran Alor Gajah telah dibentuk berteraskan
perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggannya seperti di Rajah 2.
Rajah 2 - PIAGAM PELANGGAN MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 4
PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Jabatan Teknologi Maklumat diketuai oleh Pengarah Teknologi Maklumat dan
dianggotai seramai lapan (9) orang kakitangan yang terbahagi kepada dua (2)
bahagian:-
Bahagian Sistem Aplikasi dan Multimedia
Bahagian Rangkaian dan Keselamatan ICT
Jabatan ini bertanggungjawab untuk merancang Pelan Strategik Pembangunan
ICT MPAG dan daerah Alor Gajah bagi setiap tempoh lima (5) tahun,
membangun dan menyelenggara sistem-sistem berkomputer dan rangkaian bagi
keseluruhan MPAG supaya sentiasa boleh digunakan.
Pembangunan sistem-sistem berkomputer dilaksanakan secara berperingkat
mengikut keperluan dan peredaran semasa serta digalakkan dibangunkan
secara dalaman. Selain itu, Jabatan Teknologi Maklumat juga menyediakan
perkhidmatan infrastruktur teknologi maklumat yang sesuai, mencukupi dan
terkini bagi menyokong operasi-operasi di peringkat pengurusan MPAG.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 5
PENGENALAN MENGENAI INOVASI
Inovasi yang dihasilkan adalahSistem Paparan Mesyuarat.Sistem ini mula
dibangunkan pada Jun 2016 dan digunakan sepenuhnya pada Ogos 2016 oleh
Jabatan Teknologi Maklumat. Sistem ini berintegrasi dengan Sistem Dairi
MPAG yang digunakan oleh Pejabat Yang Dipertua dan Sistem Staf
Cemerlang MPAG.
Tujuan Dilaksanakan:-
Sistem Paparan Mesyuarat dibangunkan bagi memudahkan kerja melabel
mesyuarat-mesyuarat di setiap pintu bilik mesyuarat di MPAG yang
dilaksanakan oleh urusetia mesyuarat. Sering kali label yang diletak lambat
ditukar atau tidak diletak pada pintu bilik mesyuarat dan mengakibatkan ahli-
ahli mesyuarat yang terlibat menghadapi kesukaran. Penggunaan kertas dan
kos cetakan juga meningkat dan berkadar langsung dengan kekerapan
mesyuarat diadakan.
Sistem ini juga menggunakan data-data daripada Sistem Dairi MPAG dan juga
Sistem Staf Cemerlang. Ini bermakna sistem ini tidak perlu kemasukan data
tersendiri. Jabatan Pengurusan juga tidak perlu lagi menampal poster staf
cemerlang kerana ianya dilakukan secara digital. Sistem ini juga membolehkan
Iklan-iklan dan juga banner pengumuman dipaparkan. Dengan adanya sistem
ini, platform penyebaran maklumat kepada orang-awam dan juga staf MPAG
dapat ditambah
Objektif Dilaksanakan:-
Objektif pembangunan sistem ini adalah untuk memudah proses semakan bilik
mesyuarat, menjadi platform memaparkan staf cemerlang bulanan dan juga
iklan atau pengumuman majlis.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 6
Rajah 3 : AntaramukaSistem Paparan Mesyuarat
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 7
Ciri-ciri Inovasi:-
Sistem Paparan Mesyuaratdapat membantu Jabatan Khidmat Pengurusan
dengan melaksanakan pemakluman bilik mesyuarat, staf cemerlang dan
pengumuman MPAG dengan lebih efektif dan sistematik.
Kelebihan dan keistimewaan Sistem Paparan Mesyuarat adalah seperti berikut:-
Sistem ini dibangunkan sepenuhnya secara in-house hasil daripada
perkongsian idea kreatif dan inovatif anggota Jabatan Teknologi
Maklumat bersama Jabatan Khidmat Pengurusan.
Sistem tiada kemasukan data kerana sistem ini berintegrasi dengan
Sistem Dairi MPAG dan Sistem Staf Cemerlang
Urusetia mesyuarat tidak perlu lagi menampal label mesyuarat di pintu
Bilik Mesyuarat kerana paparan maklumat mesyuarat pada monitor di luar
Bilik Mesyuarat.
Jabatan Khidmat Pengurusan tidak perlu lagi menampal poster staf
cemerlang bulanan kerana telah dipaparkan secara digital.
Menggunakan aplikasi android untuk merekod kehadiran staf ke latihan
dan kursus anjuran dalaman tanpa menggunakan borang kehadiran.
Pengurangan penggunaan kertas serta kos cetakan.
Penggunaan semula monitor-monitor lama yang masih berfungsi untuk
paparan sistem tanpa perlu membeli monitor baru.
Penggunaan mini komputer Raspberry Pi yang menepati ciri-ciri ICT Hijau
yang menggunakan eletrik yang minimum.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 8
Sebelum Sistem Paparan Mesyuarat dilaksanakan, MPAG menggunakan kaedah
manual iaitu penggunaan kertas untuk ditampal di setiap pintu bilik mesyuarat dan
ruangan pengumuman.
Antara permasalahan yang dihadapi sebelum sistem ini digunakan adalah:-
Kertas label mesyuarat lambat ditampal atau tidak dikemaskini.
Poster staf cemerlang perlu diletakkan di sudut pengumuman setiap bulan
Peningkatan kos kertas dan cetakan terutamanya pada poster staf cemerlang
kerana cetakan berwarna
Ahli mesyuarat hanya mengetahui maklumat mesyuarat pada pintu bilik
mesyuarat sahaja. Jika tersalah bilik mesyuarat mereka perlu pergi bilik
menyuarat lain untuk menyemak maklumat mesyuarat yang berkaitan.
Monitor-monitor lama yang masih elok terpaksa disimpan atau dilupuskan
kerana tiada penggunaan.
Urusetia mesyuarat perlu ke setiap bilik mesyuarat untuk menampal label
mesyuarat setiap kali ada mesyuarat.
SEBELUM DAN SELEPAS
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 9
Kelebihan didalam Sistem Paparan Mesyuarat:-
Kertas label mesyuarat dan Poster staf cemerlang tidak perlu lagi ditampal
kerana menggunakan paparan digital.
Penjimatan kos kertas dan cetakan kerana tidak perlu lagi mencetak.
Ahli mesyuarat boleh mengetahui maklumat mesyuarat di mana-mana monitor
Sistem Paparan Mesyuarat dan boleh mengetahui semua jadual dan bilik
mesyuarat hari tersebut.
Penggunaan semula monitor-monitor lama yang masih elok dan menepati
konsep ICT Hijau.
Urusetia mesyuarat tidak perlu lagi ke setiap bilik mesyuarat untuk menampal
label mesyuarat setiap kali ada mesyuarat dan maklumat mesyuarat dibaca
secara automatik daripada Sistem Dairi MPAG.
Pengumuman-pengumuman MPAG juga boleh dipaparkan di Sistem Paparan
Mesyuarat.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 10
AGENSI / JABATAN
Berikut merupakan impak setelah perlaksanaan Sistem Paparan Mesyuarat
a) Penjimatan kertas dan kos cetakan kerana tidak perlu lagi mencetak.
b) Paparan secara digital dan automatik.
c) Proses kerja paparan mesyuarat dan staf cemerlang lebih efisyen kerana
maklumat dibaca terus daripada Sistem Dairi MPAG dan Sistem Staf
Cemerlang.
d) Meningkatkan imej MPAG kerana penggunaan teknologi terkini dan hebahan
maklumat lebih berkesan.
e) Urusetia mesyuarat dapat menumpukan kepada kerja-kerja lain tidak perlu
lagi sentiasa bergerak ke bilik mesyuarat.
f) MPAG dapat menepati konsep ICT Hijau dengan penggunaan monitor-
monitor lama dan mini komputer yang menggunakan elektrik yang rendah.
IMPAK INOVASI
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 11
KREATIVITI
Kekangan daripada segi peruntukan tidak menghalang Jabatan Teknologi
Maklumat memperkenalkan teknologi terkini di MPAG.Ini kerana kekangan-
kekangan inilah yang mencetus idea-idea kreatif yang tidak
dijangka.Penggunaan mini komputer Raspberry Pi masih lagi baru di Malaysia
kerana produk ini baru diperkenalkan di pasaran Malaysia mulai 2013.
Sistem ini dibangunkan sepenuhnya secara in-house di mana ia adalah hasil
kreativiti dan usahasama anggota Jabatan Teknologi Maklumat dan disokong
oleh Jabatan Khidmat Pengurusan.Dengan adanya Sistem Paparan Mesyuarat,
Jabatan Khidmat Pengurusan dapat melaksanakan pemakluman bilik mesyuarat,
staf cemerlang dan pengumuman MPAG dengan lebih efektif dan sistematik.
Elemen-elemen inovasi yang terdapat pada Sistem Paparan Mesyuarat adalah
seperti berikut :-
Antaramuka yang menarik dan mudah difahami
Makluman Mesyuarat
ELEMEN INOVASI
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 12
Makluman Staf Cemerlang
Penggunaan Mini Pc yang menepati ciri-ciri ICT Hijau
Raspberry Pi 3 Model B
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 13
Penggunaan monitor terpakai yang masih baik
TAHAP PELAKSANAAN
Sistem Paparan Mesyuarat mula dibangunkan pada Jun 2016 dan digunakan
sepenuhnya pada Ogos 2016 oleh Jabatan Teknologi Maklumat.Sistem ini
masihlagi digunakan dan berada dalam keadaan stabil.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 14
REPLICABILITY
Sistem Paparan Mesyuarat boleh terus dilaksanakan dan berpotensi untuk
diperluaskan kepada semua agensi memudahkan hebahan maklumat
terutamanya maklumat mesyuarat harian dan maklumat staf cemerlang bulanan.
Sistem Paparan Mesyuarat adalah satu aplikasi web yang boleh beroperasi
dengan baik menggunakan semua browser. Perisian Sumber terbuka yang
digunakan bagi pembangunan Sistem Paparan Mesyuarat adalah:-
Bahasa Pengaturcaraan : PHP
Pangkalan data : MySql
Pengubahsuaian boleh dibuat sendiri oleh agensi yang mempunyai pengetahuan
dalam pembangunan sistem aplikasi.
EFISIEN (KECEKAPAN)
a) PENJIMATAN MASA
Inovasi ini telah menjimatkan masa bagi kerja-kerja menampal label
mesyuarat di bilik mesyuarat dan juga kerja menampal poster staf cemerlang
bulanan.
Pengiraan kerja-kerja menampal label mesyuarat secara tradisional:-
Bilik Mesyuarat Tempoh Masa
Sekali Pasang
Kekerapan
Sehari
Jumlah
Tempoh Masa
Utama 3 Minit 4 12 Minit
Setiausaha 5 Minit 2 10 Minit
Kafeteria 8 Minit 1 8 Minit
YDP 5 Minit 1 5 Minit
Jumlah 35 Minit
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 15
Sehari = 35 minit
Sebulan = 700 minit
Pengiraan kerja paparan maklumat menggunakan Sistem Paparan Mesyuarat
Sehari = 0 minit
Sebulan = 0 minit
Jumlah penjimatan masa = 700 minit - 0 minit
= 700 minit sebulan
b) PENJIMATAN KOS
Dengan pelaksanaan inovasi ini, Majlis Perbandaran Alor Gajah telah dapat
menjimatkan kos dari segi :
Penjimatan pembelian sistem aplikasi:-
Sistem Paparan Mesyuarat = RM 20,000.00 (Anggaran harga pasaran)
Emolumen bagi 1 orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
= 30 (Hari Bekerja) x 8 (Jam Bekerja)
= 240 Jam
= RM 11.51 (1 Jam) x 240 (tempoh pembangunan
Sistem Paparan Mesyuarat)
= RM 2,738.40
(Kos untuk menyediakan sistem secara in-house)
Jumlah Penjimatan Pembelian Sistem Aplikasi = RM 17,261.60
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 16
Penjimatan Cetakan
Kos cetakan sehari = RM0.035 x 10
= RM 0.35
Kos cetakan sebulan = RM 0.35 x 20
= RM 7.00
Kos cetakan setahun = RM 7.00 * 12
= RM 84.00
o Jumlah Keseluruhan Penjimatan = RM 17,345.60
c) TINGKATKAN PRODUKTIVITI
Dibangunkan secara dalaman menggunakan perisian PHPdengan
pangkalan data MySql.
Proses kerja menampal label mesyuarat dan poster staf cemerlang
bulanan diganti dengan paparan digital automatik.
d) Zero Entry
Integrasi data yang diambil daripada Sistem Dairi MPAG dan Sistem
Staf Cemerlang. Oleh itu data mesyuarat dan staf cemerlang tidak perlu
dimasukkan semula pada sistem.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 17
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 18
e) Menggunakan teknologi mini pcterkini yang menjimatkan
Raspberry Pi 3 Model B
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 19
SIGNIFIKAN
Pengenalan inovasi ini telah memberi impak dan faedah kepada
organisasi dan kakitangan seperti berikut:-
a) Produktiviti anggota dapat ditingkatkan
b) Keberkesanan penyampaian maklumat dapat dipertingkat
c) Tiada lagi pembaziran masa dan kertas kerana menggunakan paparan
digital
d) Memudahkan Jabatan Khidmat Pengurusan dan boleh menumpukan
kepada kerja-kerja yang lebih utama.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 20
i) Kewangan
Bagi menggalakkan pemikiran dan penghasilan produk / perkhidmatan
yang berinovatif bagi pegawai dan kakitangan, pihak Majlis telah
memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM50,000.00 bagi tujuan
melaksanakan program-program berkaitan inovasi.
ii) Pengurusan Sumber Manusia
Pihak Majlis sentiasa memastikan setiap anggota Majlis mempunyai
kemahiran dan pengetahuan yang tinggi bagi memberikan perkhidmatan
yang berkualiti dan berinovasi dalam meningkatkan imej Majlis di mata
masyarakat. Kursus, taklimat dan bengkel berkaitan inovasi yang telah
dihadiri oleh pegawai-pegawai Majlis Perbandaran Alor Gajah pada tahun
2015 adalah seperti berikut:-
Kursus Pengenalan MS ISO 9001 : 2015 Bengkel Pengenalan EKSA
KOMITMEN
1.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 21
Bil. Kursus Tarikh
1. Kursus Pengenalan Pelaksanaan EKSA 02.02.2016
2. Kursus Pengenalan dan Pemahaman Standard
Baru MS ISO 9001 : 2015
23 – 24.02.2016
3. Bengkel Pengenalan Pelaksanaan Konvensyen
KIK Siri 1/2016
04 – 05.04.2016
4. Kursus Kesedaran Amalan Hijau Pejabat 11.04.2016
5. Kursus Pengenalan Pelaksanaan EKSA 04.05.2016
6. Bengkel Pengenalan Pelaksanaan Konvensyen
KIK Siri 2/2016
18 – 19.05.2016
7. Bengkel Pengenalan Pelaksanaan Konvensyen
KIK Siri 3/2016
01 – 02.06.2016
8. Bengkel Semakan Pelan Strategik MPAG 2016 -
2020
22.07.2016
9. Kursus Paparan EKSA 10.08.2016
10. Bengkel Pelan Strategik MPAG 2016 - 2020 22.11.2016
iii) Insentif
Sebagai penghargaan kepada usaha penghasilan inovasi, pelbagai
insentif dan galakan diberi kepada warga kerja MPAG.Antaranya adalah
kemudahan lawatan penandarasan ke Jabatan / Agensi luar yang
mempunyai keistimewaan pengurusan kualiti, penyediaan sijil
penghargaan, serta insentif dalam bentuk wang tunai yang diberikan
kepada warga kerja yang memenangi pertandingan-pertandingan yang
dianjurkan secara dalaman. Di antara hadiah dalam bentuk wang tunai
adalah seperti berikut : -
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 22
Anugerah Inovasi Majlis Perbandaran Alor Gajah
Tempat pertama : RM500
Tempat kedua : RM400
Tempat ketiga : RM300
Tempat keempat : RM200
Tempat kelima : RM100
Bank Inovasi
Inovasi Terpilih : RM100
Zon EKSA Terbaik
Tempat pertama : RM500
Tempat kedua : RM400
Tempat ketiga : RM300
Workstation EKSA Terbaik
Tempat pertama : RM100
Tempat kedua : RM70
Tempat ketiga : RM50
Bilik EKSA Terbaik
Tempat pertama : RM100
Tempat kedua : RM70
Tempat ketiga : RM50
Tandas EKSA Terbaik
Tempat pertama : RM100
Tempat kedua : RM70
Tempat ketiga : RM50
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 23
Kreativiti & Go Green EKSA Terbaik
Tempat pertama : RM100
Tempat kedua : RM100
Tempat ketiga : RM100
Hadiah-Hadiah ini disampaikan semasa Majlis Makan Malam Tahunan MPAG dan
Perhimpunan Pagi bagi menggalakkan dan mempertingkatkan momentum untuk terus
berinovasi.
iv) Penghargaan
MPAG mengiktiraf setiap idea dan inovasi yang dihasilkan oleh
anggotanya dengan pemberian sijil penghargaan dan wang tunai,
keutamaan mengikuti lawatan penanda arasan ke agensi terbaik dan turut
menggalakkan Ketua Jabatan mengambilkira penilaian di dalam Laporan
Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) anggota serta penilaian anggota
terbaik bulanan.
v) Peralatan
Bagi memudahcara inovasi yang telah dihasilkan, MPAG tiada halangan
untuk menyediakan peralatan-peralatan yang diperlukan oleh pegawai
MPAG seperti pinjaman komputer riba, penggunaan kenderaan pejabat di
samping membenarkan pembelian peralatan berkaitan inovasi di bawah
peruntukan Jabatan / Unit masing-masing.
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 24
Pencapaian dan pengiktirafan yang diterima MPAG ke atas pelaksanaan serta
penghasilan daripada program-program inovasi adalah seperti berikut :-
Peringkat Antarabangsa
Penyertaan
Pencapaian Tahun
Anugerah Green Apple Award For
Environment Best Practice
Bronze Winner 2014
Green World Awards 2015 National and
Regional Government
Gold Winner 2015
Peringkat Kebangsaan
Penyertaan Pencapaian Tahun
Konvensyen Team Excellent ICC
Peringkat Kebangsaan
Tahun 2014
(Kumpulan O2)
2 Bintang
2014
Konvensyen Team Excellent ICC
Peringkat Kebangsaan
Tahun 2015
(Kumpulan Green Touch)
Anugerah Emas
(3 Bintang)
2015
PENGIKTIRAFAN YANG DITERIMA MPAG
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 25
Penyertaan
Pencapaian Tahun
Penganugerahan Malaysian Institute of
Planners (MIP) Planning Execellence
Awards 2014 bagi kategori Design
Excellence
Anugerah Khas
Melaka World
Volar Valley
(MWSV)
2014
Happy Community Award 2013
Tempat Pertama
(Kategori
Perbandaran)
2014
Anugerah Bandar Mampan Kategori
Perbandaran Tertinggi
Pertama
Tertinggi
2015
Peringkat Negeri
Penyertaan Pencapaian Tahun
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri
Melaka - Kategori ICT
(e-SPAN)
Tempat Ketiga 2014
Pertandingan Pejabat Terbaik Kerajaan
Negeri Melaka
Tahun 2013
Johan 2014
Konvensyen Team Excellent ICC Wilayah
Selatan Tahun 2014
Anugerah
Emas
2014
Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan
Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Melaka
Tahun 2014 (Kumpulan O2)
Anugerah
Emas
2014
Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan
Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Melaka
Tahun 2014 (Kumpulan ANT)
Anugerah
Emas
2014
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 26
Penyertaan Pencapaian Tahun
Anugerah Inovasi Ketua Menteri Melaka
(Inovasi : Transformasi Bandar Melalui
Pendekatan Teknologi Hijau)
Johan 2015
Pejabat Terbaik Kerajaan Negeri Melaka Naib Johan 2015
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri
Melaka (Kategori ICT)
- e-Iklan
Tempat Ketiga 2015
Pertandingan Anugerah Hijau Negeri
Melaka Tahun 2015
Kategori Kerajaan
Tempat Ketiga 2015
Konvesyen Team Excellent (ICC)
Wilayah Selatan 2015
(Kumpulan Green Touch)
Anugerah Emas
2015
Konvesyen Team Excellent (ICC)
Wilayah Selatan 2015
(Kumpulan Authentic)
Anugerah Emas
2015
Konvensyen Kumpulan Kreatif & Inovatif
(KIK) Peringkat Negeri Melaka Tahun
2015 (Kategori Teknikal)
Kumpulan Green Touch
Johan 2015
Konvensyen Kumpulan Kreatif & Inovatif
(KIK) Peringkat Negeri Melaka Tahun
2015 (Kategori Teknikal)
Kumpulan Aircondsave
Naib Johan 2015
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 27
Penyertaan Pencapaian Tahun
Konvensyen Kumpulan Kreatif & Inovatif
(KIK) Peringkat Negeri Melaka Tahun
2015 (Kategori Pengurusan)
Kumpulan Authentic
Naib Johan 2015
Konvensyen Team Excellent (ICC)
Kebangsaan 2015
(Kumpulan Green Touch)
Emas (3 Bintang) 2015
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 28
PENYERTAAN
PENCAPAIAN TARIKH
TERIMA
Anugerah Hijau Negeri Melaka Tahun
2016
Ketiga 2016
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri
Melaka (Kategori ICT)
Johan 2016
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri
Melaka (Kategori Bukan ICT)
Tempat Kedua 2016
Konvensyen Kumpulan Kreatif & Inovatif
(KIK) Peringkat Negeri Melaka Tahun
2015 (Kategori Pengurusan)
Kumpulan Green Horizon
Naib Johan 2016
Sijil Penghargaan Anugerah Inovasi
Pihak Berkuasa Tempatan (AIPBT)
Tahun 2016
Calon Senarai
Pendek
(8 PBT)
2016
Anugerah Inovasi Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2017 - MPAG-ICT 29
1. Sistem ini dibangunkan sepenuhnya secara inhouse.
2. Sistem ini boleh dijadikan digunakan oleh mana-mana agensi .
3. Penjimatan kos kerajaan dari segi pembelian sistem aplikasi.
4. Penjimatan masa dari segi penyediaan laporan.
5. Menjurus ke arah Green IT di mana :-
i. Rekod kehadiran kursus diimport masuk daripada Aplikasi Android Sistem
Kehadiran MPAG
ii. Maklumat terperinci disimpan di dalam sistem dan boleh dipanggil pada
bila-bila masa
iii. Tiada lagi penggunaan borang penilaian dan borang kehadiran
6. Meningkatkan produktiviti kerja dan penambahbaikan proses kerja menggunakan
ICT.
KESIMPULAN