Post on 08-Feb-2016
description
TINGKATAN 4AKIDAH TERAS KEHIDUPAN
(SURAH AL-AN’AM AYAT 161 – 165)
1. Matlamat Hidup Mukmina. Cara memelihara nikmat Iman dan Islam:
i. Berdoa supaya ditetapkan iman
ii. Melakukan ibadah dengan taat
iii. Menjauhi perkara yang merosakkan iman
iv. Meninggalkan larangan Allah
b. Matlamat hidup mukmin : i. Menyembah Allah yang Esa
ii. Bertawakkal kepada Allah setelah
berusaha
iii. Melaksanakan tanggung jawab dengan
berlandaskan keimanan kepada Allah
iv. Sentiasa mengingati Allah dan menyakini
bahawa Allah sentiasa melihat, mendengar dan
mengetahui apa yang dilakukan.
v. Menjadi hamba Allah yang bertaqwa.
2. Islam Agama Yang Lurusa. Buktinya:
i. Syariat Islam dapat memandu manusia
pada jalan kebenaran
ii. Ajarannya sesuai dengan naluri/fitrah
manusia - melakukan kebaikan dan menjauhi
kemungkaran.
iii. Semua nabi dan rasul membawa ajaran
yang sama iaitu Islam
iv. Islam agama universal yang sesuai
diamalkan oleh semua bangsa, tempat dan masa
v. Islam mengajar umatnya supaya
berkasih sayang
3. Tugas dan Tanggung Jawab Manusia
a. Bidang tanggung jawab manusia :Bidang Keterangan
Al-Ibadah mengabdikan diri kepada Allah dengan melakukan ibadah umum dan ibadah khusus
Al-Khilafah
membina kekuasaan di muka bumi untuk menjalankan perintah Allah
mentadbir dengan berteraskan prinsip mengabdikan diri kepada Allah
Al-Imarah membina prasarana dalam pembangunan spiritual dan material untuk membentuk negara yang makmur dan aman.
b. Tugas dan tanggung jawab manusia : i. Beribadah kepada Allah
ii. Menyeru manusia melakukan kebaikan
iii. Memelihara dan memakmurkan alam ini
iv. Melaksanakan syariat Allah
c. Kenapa manusia perlu beribadah kepada Allah:
i. Menunjukkan tanda kesyukuran
manusia kepada Allah
ii. Untuk menunjukkan kepatuhan dan
ketaatan sebagai hamba
iii. Memperoleh kebahagiaan hidup di dunia
dan akhirat.
iv. Kewajipan yang telah ditetapkan oleh
Allah.
4. Manusia Bertanggung Jawab Atas Perbuatannya.
a. Bukti manusia perlu bertanggung jawab: i. Semua manusia mempunyai tanggung
jawab yang sama iaitu melakukan perintah Allah
dan menjauhi kemaksiatan.
ii. Semua manusia dianugerahkan akal
fikiran untuk memilih yang terbaik
iii. Semua manusia dipimpin oleh al-
Qur’an/wahyu, jadi terserahlah sama ada untuk
menggunakannya atau tidak.
b. Sebab manusia perlu bertanggung jawab atas perbuatan mereka :
i. Telah diutuskan kepada mereka rasul-
rasul untuk membimbing ke jalan kebenaran.
ii. Manusia diberikan akal fikiran untuk
membezakan perbuatan baik atau jahat.
iii. Untuk membuktikan keadilan Allah swt.
5. Implikasi Mengingkari Perintah Allah SWTa. Mendapat kemurkaan Allah / azab
b. Berlaku perpecahan dalam masyarakat
c. Alam ini akan binasa.
d. Umat Islam tidak akan maju
TINGKATAN 4e. Umat islam sentiasa ditindas
6. Pengajaran Ayata. Islam sahaja agama yang benar dan diredhai
Allah
b. Matlamat hidup orang Islam berteraskan syariat.
c. Manusia bertanggungjawab terhadap segala
perbuatannya.
d. Perbezaan taraf manusia merupakan satu ujian
Allah kepada hambaNya
e. Allah bersifat Maha Adil kepada semua hamba
dan makhlukNya.
7. Soalan-soalan Yang Berkaitan :a. SPM 2004
i. Jelaskan tiga tanggung jawab manusia
sebagai khalifah Allah
ii. Terangkan dua hikmah Allah menguji
manusia dengan penderitaan
b. SPM 2007 i. Senaraikan empat tugas manusia
sebagai hamba Allah swt di muka bumi
ii. Nyatakan hikmah Allah swt menjadikan
manusia berbeza taraf dan kedudukan.
iii. Ayat bergaris di atas bermaksud ” Setiap
manusia tidak boleh menanggung dosa orang
lain”. Apakah yang anda faham tentang maksud
ayat tersebut.
c. SPM 2009
i. Nyatakan maksud ................... (jalan
yang lurus)dalam ayat di atas(2m)
ii. Jelaskan hikmah berada pada jalan
yang lurus(2m)
iii. Jelaskan dua usaha anda untuk
mewujudkan penghayatan Islam (4m)
d. Jelaskan cara orang beriman diuji oleh Allah swt.
e. Terangkan sifat orang beriman apabila
menerima ujian Allah swt
f. Nyatakan tanggung jawab manusia terhadap diri
sendiri, alam sekitar dan negara.
CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA(SURAH AL-MUKMINUN : AYAT 1 – 11)
1. Ciri-ciri mukmin yang berjaya:a. Beriman kepada Allah
b. Menunaikan solat dengan khusyuk
c. Menjauhi diri daripada perkara-perkara yang keji
dan sia-sia
d. Mengeluarkan zakat
e. Menjaga kehormatan diri
f. Menunaikan amanah dan janji
g. Menjaga waktu-waktu solat
2. Khusyuk dalam solat:
a. Cara-cara untuk mendapatkan kekhusyukan dalam solat:
i. Memahami bacaan dalam solat
ii. Menumpukan pandangan ke tempat
sujud
iii. Ditunaikan secara ikhlas
iv. Menyempurnakan segala rukun dan
syarat
v. Memastikan suasana dan tempat tenang
dan aman
b. Kesan solat yang khusyuk: i. Meningkatkan keimanan dan ketakwaan
ii. Merasai nikmat ibadah solat
iii. Menjadi benteng daripada perlakuan
maksiat
iv. Solat lebih sempurna dan diberi pahala
oleh Allah
v. Mendapat keampunan dari Allah
c. Cara-cara menjaga waktu solat: i. Mengerjakan solat tepat pada waktu
ii. Tidak melengah-lengahkan solat
iii. Menjaga syarat-syarat dan rukun solat
dengan sempurna
iv. Bersungguh-sungguh mengerjakan solat
v. Tidak mengabaikan solat lima waktu.
TINGKATAN 43. Menjauhi diri daripada perkara yang keji dan
sia-sia:a. Maksud Lagha :o perkara sia-sia dan melalaikan daripada mengingati
Allah dan melaksanakan tanggung jawab.
b. Contoh-contoh perbuatan yang sia-sia i. Melepak di pusat membeli belah
ii. Lumba haram
iii. Mengambil dadah/pil-pil khayal
iv. Berbual kosong
c. Akibat melakukan perbuatan yang sia-sia i. Menjatuhkan maruah umat Islam
ii. Lalai daripada menunaikan tanggung
jawab terhadap Allah, diri, keluarga dan Negara.
iii. Umat Islam akan mundur
iv. Terdorong kepada perlakuan maksiat
v. Umat Islam menjadi lemah dan tidak
bersemangat.
d. Aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan perkara sia-sia
i. Menyertai aktiviti perkhemahan /
motivasi
ii. Menghadiri majlis-majlis ilmu
iii. Menyertai badan-badan dakwah
iv. Menyertai sukan/riadah
4. Mengeluarkan zakat:
a. Peranan zakat i. Membangunkan ekonomi umat Islam
ii. Membantu golongan miskin
iii. Membina kemudahan asas untuk
kegunaan umat Islam
iv. Membuat pelaburan dalam bidang-
bidang tertentu yang menguntungkan umat Islam
v. Memberi biasiswa kepada pelajar yang
berkelayakan.
5. Menunaikan amanah dan janji:
a. Cara menunaikan amanah dan janji:Aspek Cara
Terhadap Allah mengerjakan perintah Allah
dengan ikhlas menjauhi laranganNya sentiasa mengagungkan
Allah menjauhi perbuatan syirik
TerhadapManusia saling membantu dan
bekerjasama mengamalkan akhlak mulia menjalinkan hubungan yang
baik
TerhadapAlamSekitar
tidak membuang sampah merata
memelihara dan memulihara alam
tidak mencemarkan alam tidak melakukan
pembalakan haram
b. Tujuan menunaikan manah dan menepati janji
i. Supaya terus mendapat kepercayaan
orang lain
ii. Menghasilkan kerja yang berkualiti dan
tepat pada masa
iii. Disukai Allah dan orang ramai
iv. Tidak menyakitkan hati orang lain
v. Tidak menyusahkan orang lain.
c. Akibat perbuatan khianat:Individu :
akan dibenci oleh orang lain tidak akan dipercayai pergaduhan dan permusuhan
Masyarakat : berpecah belah mundur dan ketinggalan senang terpengaruh dengan unsur negatif
6. Menjaga Kehormatan Diri :a. Cara menjaga kehormatan diri i. Menutup aurat dengan sempurna
ii. Menjauhi pergaulan bebas
iii. Menghindari perbuatan keji
iv. Menghadiri aktiviti keagamaan.
b. Kebaikan menjaga kehormatan diri: i. Terpelihara daripada gejala negatif.
ii. Dihormati orang sekeliling
iii. Menjaga nama baik diri, keluarga dan
agama
TINGKATAN 4 iv. Menghindari pergaduhan dan
permusuhan.
c. Akibat tidak menjaga kehormatan diri: i. Dipandang hina
ii. Terdorong perlakuan maksiat
iii. Menjatuhkan maruah
iv. Mencetuskan pergaduhan dan
permusuhan
7. Pengajaran Ayat :a. Tunaikanlah solat dengan khusyuk kerana ia
merupakan tiang agama
b. Umat Islam hendaklah sentiasa menjaga
kehormatan diri dan maruah
c. Menunaikan janji dan amanah merupakan sifat
yang mencerminkan peribadi muslim
d. Setiap orang yang beriman mesti berazam untuk
berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.
8. Soalan-soalan yang berkaitan :a. SPM 2005
i. Senaraikan empat ciri mukmin yang
berjaya selain mereka yang khusyuk dalam solat.
ii. Bagaimanakah anda mencapai tahap
khusyuk dalam solat?
iii. Jelaskan maksud potongan ayat berikut :
(al-Mukminun: 8)
b. Apakah faktor yang mendorong remaja terlibat
dengan perbuatan sia-sia.
c. Sebagai pelajar apakah implikasinya jika anda
terlibat dengan perkara sia-sia?
NASIHAT LUQMAN AL-HAKIM (SURAH LUQMAN AYAT 12 – 19)
Luqman al-Hakima. Seorang hamba Allah yang soleh dan bertakwa
b. Dianugerahkan pengetahuan, kebijaksanaan,
kefahaman agama yang mendalam, kemuliaan
dan kedudukan yang tinggi.
c. Hidup pada zaman Nabi Daud as.
d. Digelar al-Hakim kerana kata-kata hikmah beliau
dan kisahnya menjadi pengajaran dan teladan
kepada manusia.
e. Sangat prihatin dalam mendidik anaknya supaya
dapat menjalani kehidupan berdasarkan syariat
Allah.
Nasihat Luqman al-HakimNasihatLuqman
Huraian
Definisi Syirik :
Tidak mensyiri
kkan Allah
Perbuatan menyengutukan Allah dengan sesuatu sama ada pada Zat, Sifat atau Af’alnya.
Jenis-jenis Syirik Jali (syirik secara terangan,
contohnya : menyembah berhala) Khafi (tidak meletakkan Allah
sebagai yang mutlak niat (ibadah), contohnya ria’)
Akibat Perbuatan Syirik : Terbatal iman dan keluar dari Islam Dosa tidak diampunkan Akan mendapat azab yang pedih di
akhirat
Cara Menghindari Perbuatan Syirik :
Mendalami agama Islam/akidah Menyebarkan risalah-risalah mengenai
keburukan syirik Penguatkuasaan undang-undang yang
lebih ketat
Berbuat baik
kepada ibu bapa
Jasa Ibu Bapa Yang Patut Dikenang: Mengandung dan melahirkan Mengasuh dan membesarkan anak Menyediakan semua keperluan hidup
supaya hidup selesa Memberi kasih sayang dan perhatian
Cara-Cara Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa
Mentaati ibu bapa walaupun berlainan agama
Bersopan dan merendahkan suara ketika bercakap
Mendengar nasihat Melayan dan menggembirakan ibu
bapa Sabar dengan karenah ibu bapa
terutamanya yang telah lanjut usia. Menziarahi sekiranya tinggal berjauhan
TINGKATAN 4 Cara berbakti kepada ibu bapa :
a. Melayani mereka dengan penuh kasih sayang b. Merawat mereka ketika sakit c. Menjaga segala keperluan mereka d. Sentiasa menziarahi mereka jika tinggal berjauhan
Tanggung jawab anak-anak terhadap ibu bapa yang telah meninggal dunia : a. Menjelaskan hutang-hutang mereka
b. Sentiasa mendoakan agar Allah merahmati c. Melakukan amal kebajikan untuk mereka d. Melaksanakan wasiat dengan penuh amanah
Akibat Anak Derhaka : Tidak memperoleh kesenangan hidup
di dunia Dibenci oleh masyarakat Terputus rezeki daripada Allah Diazab di akhirat dalam api neraka
Faktor anak-anak menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan :
Kurang didikan agama Iman kurang mantap Tiada kesedaran mengenai
pengorbanan ibu bapa Terlalu sibuk dengan urusan
keduaniaan sehingga tiada masa untuk menjaga ibu bapa.
Kepentingan Solat membentuk peribadi Muslim mencegah kemungkaran dan maksiat menenangkan jiwa membentuk akhlak mulia
Menunaikan
Solat dan
Amar Makruf
Nahi Mungka
r
Kepentingan Amar Makruf dan nahi mungkar
Hukum dan syariat Allah dapat ditegakkan
Menghapuskan kemungkaran dan gejala sosial
Pembangunan negara berjalan lancar Ekonomi bertambah baik Keselamatan terjamin Mengangkat martabat Islam Memelihara maruah, harta, keturunan
dan hak individu dan awam.
Kesan/Akibat tidak melakukan amar makruf dan nahi munkara. Umat Islam akan mundur dan dipandang hina.b. Kemungkaran dan gejala sosial akan berleluasa.c. Negara akan mundur dan pembangunan tidak dapat dijalankan.d. Mendapat bala/azab daripada Allah SWT
Gigih dan
sabar
1. Maksud Sabar;
Melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh, tanpa merasa penat, jemu, tidak berputus asa dan tabah menghadapi sesuatu ujian dari Allah swt
Jenis-jenis sabar: Sabar dalam melakukan ibadah kepada
Allah Sabar dalam menjauhi larangan Allah Sabar menghadapi ujian Allah
3. Kelebihan orang yang sabar: a. Tidak mudah putus asa terhadap kegagalan yang menimpa
Dapat menghasilkan kualiti kerja yang
baik dan cemerlang Tabah menghadapi sesuatu cabaran Dapat mengukuh dan memantapkan
iman Sentiasa mendapat pertolongan Allah
swt ebagai tanda redha dengan takdir Allah
swt Menjamin kejayaan cemerlanng dalam
pekerjaan Mendapat kejayaan hidup di dunia dan
di akhirat
Berakhlak mulia
1. Sikap yang dilarang oleh Allah berdasarkan ayat :
Memalingkan muka Bersikap sombong Bercakap dengan suara yang kuat Berjalan dengan berlagak
2. Kebaikan berakhlak mulia :
TINGKATAN 4
Contoh komunikasi yang bagus : Menggunakan bahasa yang lembut
dan sopan Memandang tepat ke muka apabila
bercakap Menunjukkan muka yang manis Mendengar sepenuh perhatian
Kepentingan Nasihat Luqman al-Hakim Kepada Umat Islam :
Melahirkan umat Islam yang mempunyai jati diri yang tinggi
Membentuk umat Islam yang berakhlak mulia. Menjadi umat yang disegani oleh umat lain Menjadikan umat yang labih maju dan berdaya
saing
Pengajaran Ayat : Kita hendaklah
……………………………………… agar…………………………………...
Umat Islam perlu ………………………………………..supaya……………………………...
Sikap …………………………………… perlu diamalkan/dijauhi kerana ……………...........
j. Orang yang beriman sentiasa berwaspada dan
menjaga dirinya daripada melakukan perkara
yang merosakkan iman
k. Berakhlak mulia merupakan identiti umat Islam
l. Islam memberikan penghormatan yang tinggi
kepada ibu bapa
m. Kesabaran amat penting dalam kehidupan ketika
melaksanakan ibadah.
Soalan SPM 20051. (Surah Luqman : 17) ayat di atas menerangkan
tentang nasihat Luqman kepada anaknya.
i. Jelaskan dua nasihat selain’amar
makruf dan nahi mungkar” (4m)
ii. Terangkan contoh ’amar makruf dan
nahi mungkar” yang boleh anda laksanakan di
sekolah. (2m)
iii. Huraikan dua akibat terhadap
masyarakat sekiranya ”amar makruf dan nahi
mungkar” tidak dilaksanakan.(4m)
SPM 20092. Surah Luqman : 17 – 19
i. Berdasarkan ayat di atas, nyatakan dua
nasihat Luqman al-Hakim yang lain.(2m)
ii. Jelaskan dua cara mengamalkan sifat
sabar dalam kehidupan seharian.(4m)
iii. Terangkan dua kebaikan mengamalkan
sifat sabar.(4m
SPM 2008
3. Surah Luqman : 13
i. Apakah yang dimaksudkan dengan
syirik/(2m)
ii. Senaraikan empat contoh perbuatan
syirik.(4m)
iii. Terangkan tiga kesan perbuatan syirik
terhadap umat Islam (6m)
HADIS
Tajuk: 8 – Makanan Yang Baik
: صلى الله رسول قال قال عنه الله رصي هريرة أبي عن
: وان طيبا اال يقبل ال طيب تعالى الله ان وسلم عليه الله : يأيها تعالى فقال المرسلين به أمر بما المؤمنين أمر الله: تعالى وقال صالحا واعملوا الطيبات من كلوا الرسل
. ذكر ثم رزقناكم ما طيبات من كلوا امنوا الذين يأيها : يا السماء الى يديه يمد أغبر أشعث السفر يطيل الرجل
حرام وملبسه حرام ومشربه حرام ومطعمه رب يا رب
مسلم – رواه له يستجاب فأنى بالحرام وغذى
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah ra ia berkata,
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah
memerintahkan orang-orang mukmin dengan apa
yang telah diperintahkannya kepada sekelian
rasul, maka Allah telah berfirman, ‘wahai para
rasul, makanlah daripada yang baik-baik dan
beramallan akan yang baik.’ Dan dia berfirman:
‘makanlah daripada segala yang baik-baik yang
TINGKATAN 4Kami telah rezekikan kepada kamu. Adaseorang
lelaki yang jauh perjalanan, kusut masai, berdebu,
menadahkan kedua belah tangannya kelangit.
‘Wahai Tuhanku! Sedangkan makanannya haram,
minumannya haram, dan dahulunya ia telah
disuapkan dengan haram, maka bagaimanakah
akan diperkenankan doanya itu?
1. Umat Islam wajib prihatin dan memastikan
makanan, minuman atau pakaian yang dipilih
halal dan menepati kehendak syarak.
2. Ciri-ciri makanan dan minuman yang halal:
(a) dari jenis yang dihalalkan menurut syarak;
(b) sumber perolehan dari hasil yang halal;
(c) tidak memudaratkan tubuh badan.
3. Ciri-ciri pakaian yang menepati kehendak
syarak:
(a) menutup aurat;
(b) tidak ketat dan jarang;
(c) tidak menyerupai upacara agama lain;
(d) tidak berlawanan jantina.
4. Hubungan makanan, minuman dan
pakaian dengan ibadat:
(a) asas kepada sahnya ibadat yang dilakukan.
(b) Berkaitan dengan doa sama ada diterima atau
ditolak.
5. Hikmat menjauhi makanan, minuman dan
pakaian yang haram:
(a) dapat memelihara kewarasan akal fikiran;
(b) dapat menjaga maruah orang Islam;
(c) menjauhkan diri daripada seksaan api neraka.
6. Pengajaran hadis:
(a) Umat Islam wajib menghindari makanan dan
minuman yang haram;
(b) Allah tidak menerima doa hamba-Nya yang
mengambil makanan dan minuman yang haram.
(c) Kita wajib memakai pakaian yang menutup aurat,
bersih dan sopan.
Tajuk: 9 – Perpaduan Teras Kejayaan
: صلى الله رسول قال قال عنه الله رصي هريرة أبي عن
: والتباغضوا تناجشو وال تحاسدوا ال وسلم عليه اللهالله عباد وكونوا بعض بيع على بعضكم بيع وال والتدابروا
وال. يخذله وال يظلمه ال المسلم أخوا المسلم اخواناثالث صدره الى ويشير ههنا التقوى يحقره وال يكذبه
. المسلم أخاه يحقر أن الشر من امرىء بحسب مرات
وعرضه – وماله دمه حرام المسلم على المسلم كل
مسلم رواه
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah ra, ia berkata,
Rasulullah SAW telah bersabda: Janganlah kamu
dengki mendengki, jangan tipu menipu, jangan
benci membenci, jangan berpaling muka dan
jangan berjual beli di atas jualan orang lain. Dan
jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara.
Orang Islam dengan orang Islam adalah
bersaudara. Mereka tidak boleh menzalimi, tidak
boleh membiarkan dalam kehinaan, tidak boleh
membohongi dan menghinanya sesama Islam.
Takwa itu di sini, sambil ia menunjuk ke dadanya
tiga kali, cukuplah kejahatan seseorang itu ia
menghina saudaranya yang Islam. Setiap orang
Islam ke atas orang Islam yang lain haram darah,
harta dan kehormatannya.
1. Di dalam hadis di atas, Rasulullah SAW
melarang umat Islam bersikap hasad dengki,
menipu, benci membenci, berpaling muka dan
berjual beli di atas jualan orang lain.
TINGKATAN 42. Akibat melanggar larangan Rasulullah
SAW:
(a) berlaku perpecahan sesama umat Islam;
(b) berlaku permusuhan yang merugikan umat Islam
sendiri;
(c) imej agama Islam tercemar.
3. Hikmat mematuhi larangan tersebut:
(a) wujud perpaduan yang kukuh dalam kalangan
umat Islam;
(b) sikap dan personality umat Islam menjadi contoh
dan ikutan orang bukan Islam;
(c) mewujudkan suasana aman dan harmoni dalam
masyarakat.
4. Asas perpaduan menurut Islam:
(a) keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT;
(b) berteraskan ajaran al-Quran dan al-Hadis;
(c) saling mengasihi, memahami, bertimbang rasa
antara satu dengan yang lain.
5. Kepentingan perpaduan:
(a) mewujudkan sifat muafakat sesama anggota
masyarakat;
(b) kemajuan dan pembangunan negara berjalan
lancar.
6. Pengajaran hadis:
(a) semua umat Islam adalah bersaudara;
(b) perpaduan sangat penting kepada kestabilan
bangsa dan negara;
(c) mengekalkan perpaduan adalah tanggungjawab
semua umat Islam.
AKIDAHBAB 1 PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
1. Pengertian Iman
Bahasa : Percaya
Istilah : Membenarkan di hati, mengakui
dengan lidah dan beramal dengan anggota
2. Kepentingan Iman Dalam Kehidupan
a. Membentuk muslim sejati
b. Istiqamah dalam beribadah
c. Bertanggung jawab dan amanah
d. Berakhlak mulia
e. Sabar dan redha menghadapi
kesusahan
3. Perkara-perkara Yang Membatalkan Iman:
a. Syirik
Aspek Huraian
Takrif Menyengutukan Allah dengan
sesuatu pada Zat, Sifat
danAf’alNya
Bahagian Syirik Jali
- Takrif : Perlakuan syirik
secara jelas
- Contoh : menyembah
berhala,
mengaku Nabi Isaanak
tuhan
- Akibat : rosak akidah,
berdosa besar dan
mendapat azab
Syirik Khafi
- Takrif : Tidak meletakkan
Allah sebagai yang
TINGKATAN 4mutlak dalam niat
terutamanya ibadah
- Contoh: riak (menunjuk-
nunjuk),ujub
(mengkagumi diri
sendiri) dan takbur
(bangga diri)
- Akibat:dibenci, hilang
kawan dan sukar
menerima pandangan
orang lain
Sebab
diharamkan
i. membatalkan iman
ii. menafikan kekuasaan Allah
iii. mencemarkan kesucian Islam
Caramengelakkan
diri
i. Teguhkan keyakinan kepada
Allah
ii. Pendidikan agama secara
menyeluruh
iii. Menyebarkan tentang
bahayanya syirik
Implikasi syirik Individu :
i. membatalkan iman
ii. menafikan kekuasaan Allah
iii. dimurkai dan diazab oleh Allah
iv. dibenci oleh orang lain
Masyarakat :
i. masyarakat lemah
ii. menjatuhkan maruah
masyarakat Islam
iii. permusuhan dan pergaduhan
b. Kufur
Aspek Huraian
Definisi Tidak percaya kepada Allah SWT
serta mengengkari ajaran yang
disampaikan
oleh Nabi Muhammadsaw
Pelaku digelar kafir
Bahagian Kufur Hakikat
- Takrif: engkar atau menafikan
rukun iman dan menolak
syariat yang dibawa oleh
Rasulullah saw.
- Contoh : tidak yakin dengan
rukun iman,
mempersendakan
hokum,menyatakan solat
merugikan masa, berpuasa
melemahkan ekonomi.
Kufur nikmat
- Takrif : mengengkari Khalik
atau Allah sebagai
pemberi nikmat
- Contoh :boros berbelanja, atau
untuk maksiat, tidak
bersyukur, enggan
berzakat /sedekah
Faktor i. Pegangan agama lemah
ii. Terpengaruh dengan hawa nafsu
iii. Kesempitan hidup
iv. Terpengaruh dengan kesenangan
dunia
CaraMengatasi i. Menggiatkan usaha dakwah
TINGKATAN 4ii. Menyebarluaskan tentang
keburukan kufur
iii. Jauhi golongan kufur
iv. Hukuman yang berat terhadap
pelaku.
ImplikasiKufur Individu:
i. Batal iman/ amalan sia-sia
ii. Menimbulkan kebencian orang
lain
iii. Menjatuhkan maruah diri
iv. Tidak mendapat keberkatan
Masyarakat:
i. Dipandang hina
ii. Mencemarkan kesucian umat
Islam
iii. Hidup dalam kemaksiatan
iv. Ditimpa bala/bencana
c. Riddah
Aspek Huraian
Definisi Berpaling atau keluar
daripada agama
Islam
Pelaku digelar
murtad
RiddahBerlakuMelalui Iktikad – Berniat
hendak
meninggalkan agama
Islam
Perkataan –
Mengishtiharkan
dirinya keluar
daripada agama
Islam
Perbuatan –
menganut agama
selain daripada
agama Islam
FaktorBerlakuRiddah i. Lemah pegangan
agama / Jahil
tentang agama
ii. Terpengaruh
dengan tawaran
kebendaan /
agama lain
iii. Tiada bimbingan
untuk memahami
agama selepas
memeluk Islam
Kesan Murtad i. Hubungan suami
isteri terfasakh
ii. Haram menerima
harta pusaka
daripada waris
beragama Islam
iii. Hartanya haram
dipusakai oleh
waris beragama
Islam
iv. Haram
dikebumikan di
perkuburan Islam
v. Menjadi penghuni
neraka selama-
lamanya
CaraMenanganiMurtad i. Memberi nasihat
untuk kembali
kepada Islam
ii. memberi
TINGKATAN 4perlindungan/ban
tuan bagi muallaf
iii. penguatkuasaan
undang-undang
HikmahHukumanBunuhTerha
dapMurtad
i. Sebagai amaran
Islam tidak boleh
dipermainkan
ii. mengelakkan
perbuatan
mencemarkan
Islam
iii. menghindarkan
masyarakat Islam
berpecah
belah/huru hara
iv. menghalang
perbuatan
merendahkan/me
mburukkan Islam
d. Khurafat
Aspek Huraian
Definisi Kepercayaan dan perbuatan karut
yang dianggap mempunyai hubungan
dengan Islam, sedangkan pada
hakikatnya bertentangan dengan Islam
Contoh i. mempercayai azimat
ii. mempercayai binatang membawa
tuah/malang
iii. mengunjungi kubur yang dianggap
keramat
Faktor i. Iman kurang mantap
ii. Kurang didikan agama
iii.mencari jalan mudah untuk kaya
iv. terpengaruh dengan masyarakat
yang mengamalkan khurafat
e. Sihir
Aspek Huraian
Definisi Ilmu yang berkaitan perbuatan secara
halus melalui pertolongan makhluk
ghaib/bantuan syaitan /jin
Tujuan Sihir i. Memecahbelahkan pasangan suami
isteri
ii. Mendatangkan penyakit fizikal
/mental
iii. Untuk memiliki kekuatan luar
biasa/cantik
Akibat Sihir i. Merosakkan akidah
ii. memecahbelahkan/fitnah dalam
masyarakat
iii. Hilang pergantungan kepada Allah
iv. Membazir harta,tenaga dan masa
v. Ahli sihir menjadi takbur dan
berani melakukan kezaliman.
f. Nifaq
Aspek Huraian
Definisi Berpura-pura melahirkan keimanan
sedangkan pada hatinya tetap kufur
kepada Allah
Ciri-ciri Nifaq i. Berbohong apabila bercakap
ii. Khianat apabila diberi amanah
iii. Mungkir janji apabila berjanji
iv. Melampau batas apabila
TINGKATAN 4bertengkar
Akibat Nifaq i. Menghilangkan sifat saling
mempercayai
ii. Melemahkan
perpaduanmasyarakat
iii. Menghancurkan kekuatan umat
Islam
iv. Tidak mendapat ketenangan hidup
di dunia dan akhirat
v. Menghalang usaha pembangunan
dan memajukan masyarakat
Islam.
BAB 2 DOSA-DOSA BESAR
1. Pengertian Dosa:
Balasan buruk kerana melakukan larangan
Allah dan meninggalkan suruhanNya
2. Faktor
Yang Mendorong Manusia Melakukan Dosa
a. Kurang didikan agama
b. Iman kurang mantap
c. Terpengaruh dengan perangai kawan
yang jahat
d. Ingin hidup bebas tanpa batas agama
3. Kategori Dosa
Jenis Pengertian Akibat
Dosa Besar Kesalahan yang
dikenakan
hukuman tertentu
di dunia dan
amaran azab di
akhirat
Contoh : minum
arak dan berzina
- Qisas, hudud
dan takzir
- Seksa neraka
jika tidak
bertaubat
Dosa Kecil Kesalahan yang
tidak diberikan
peruntukan
hukuman tertentu
di dunia dan
amaran azab di
- Jika dilakukan
berterusan
boleh
menjadi
dosa besar
akhirat.
Contoh : melihat
aurat, bercakap sia-
sia
-
Dosa Besar Yang Mesti Dihindari
4. Menghina Dan Menderhaka Ibu Bapa
a. Hukum menghina dan menderhaka:
Haram dan berdosa besar serta
akan diazab dalam neraka di akhirat
kelak.
b. Jasa ibu bapa yang patut dikenang
i. Mengandung dan melahirkan
ii. Menyusu dan membesarkan
iii. Menjaga dan mendidik
iv. Memberi kasih saying
c. Cara menghormati ibu bapa
i. Sentiasa mendengar nasihat dan tunjuk ajar
ii. Bersopan apabila bercakap
TINGKATAN 4iii. Memelihara kebajikan mereka
iv. Tidak melakukan perkara yang boleh menyakiti
hati mereka
d. Perbuatan yang menderhaka kepada
ibu bapa
i. Melawan percakapan ibu bapa
ii. Meninggikan suara apabila bercakap
iii. Tidak mendengar nasihat
iv. Melayan mereka dengan kasar
e. Tanggung jawab anak terhadap ibu
bapa yang telah tua
i. Menjaga mereka dengan sebaik2nya
ii. Sabar menghadapi karenah mereka
iii. Menjaga kebajikan mereka
iv. Tidak menyerahkan tanggung jawab kepada
pihak lain
f. Tanggung jawab anak terhadap ibu
bapa yang telah meninggal dunia
i. Mendoakan mereka supaya mendapat
keampunan dan rahmat
Allah
ii. Menyelesaikan dan menyempurnakan hutang
dan wasiat yang mereka
tinggalkan
iii. Mengekalkan hubungan silaturrahim dengan
sahabat handai mereka.
g. Akibat anak derhaka:
i. Mendapat azab di akhirat
ii. Tidak mendapat rahmat Allah
iii. Terputus rezeki daripada Allah
iv. Dibenci oleh orang sekeliling
h. Implikasi menghantar ibu bapa ke rumah orang-
orang tua:
i. Mereka mungkin akan hilang kasih sayang anak
dan cucu
ii. Menimbulkan tekanan perasaan kerana merasa
diri tidak diperlukan lagi.
iii. Dipandang serong oleh masyarakat kerana
menyalahi cara hidup Islam
5. Menipu dan Berbohong
a. Pengertian : Melakukan sesuatu
untuk mendapatkan kepentingan kepentingan diri
sendiri atau memudaratkan orang lain
b. Hukum menipu dan berbohong :
Haram dan berdosa besar
c. Contoh :
i. Menipu: mengurangkan sukatan/timbangan,
menjual barang yang
rosak dan meniru
dalam peperiksaan
ii. Berbohong: menyatakan barang yang dijual
berkualiti tetapi
Terhadap Individu Terhadap Masyarakat
- Menanggung kesusahan
di dunia
berpanjangan
- Tidak mendapat rahmat
Allah
- Dibenci oleh orang lain
- Akan mendapat azab di
akhirat
2. menimbulkan
pergaduhan dan
permusuhan
3. wujud masyarakat yang
berakhlak buruk
4. mewujudkan suasana
yang tidak aman
TINGKATAN 4sebaliknya,
memalsukan
fakta/maklumat
d. Kesan perbuatan menipu dan
berbohong
Terhadap Individu Terhadap masyarakat
- Melahirkan individu
yang bersifat
mementingkan diri
- Menjatuhkan maruah
- Tidak dipercayai oleh
orang lain
- Hasil kerja yang tidak
bermutu
- menimbulkan
permusuhan dan
pergaduhan
- masyarakat mundur dan
ketinggalan
- tidak wujud sifat jujur
dan amanah
- masyarakat bermoral
rendah
6. Mencuri dan Merompak
a. Pengertian :
i. Mencuri : Mengambil hak orang lain secara
sembunyi yang disimpan di
tempat simpanannya tanpa
izin
ii. Merompak : Mengambil hak orang lain secara
kekerasan yang disimpan
di tempat simpanan tanpa
izin.
b. Hukuman terhadap pencuri
i. Berdosa besar dan jika sabit kesalahan akan
dipotong tangan.
ii. Syarat-syarat perlaksanaan hukuman potong
tangan :
Aspek Syarat
Pencuri cukup umur dan berakal
kemahuan sendiri
Niat Untuk melakukan jenayah bukan
kerana terlalu lapar atau miskin
Barang/ harta - kepunyaan orang yang tertentu
- mencukupi nisab
- disimpan di tempat yang
sewajarnya.
c. Implikasi perbuatan mencuri
Terhadap individu Terhadap masyarakat
- dipandang hina - masyarakat tidak tenteram
- tidak dipercayai
- dipulau dan
disisihkan
- menimbulkan pergaduhan
dan permusuhan
- masyarakat hidup dalam
kebimbangan
d. Langkah-langkah untuk menangani
perbuatan mencuri
i. Kerjasama antara ahli masyarakat-mengadakan
rondaan .
ii. Memberi kesedaran tentang keburukan mencuri
serta hukumannya.
iii. Penguatkuasaan undang-undang yang lebih
ketat
iv. Menghayati ajaran Islam dalam kehidupan.
7. Riba
a. Definisi:
Faedah atau pertambahan bayaran
dalam urusan pinjaman, hutang
piutang, dan pertukaran makanan
yang sejenis
b. Hukum riba:
TINGKATAN 4Haram dan berdosa besar serta
akan menerima azab di akhirat.
c. Jenis-jenis Riba:
i. Riba al-Fadhl : pertambahan yang diperoleh
melalui pertukaran barang
yang sama.
ii. Riba an-Nasi’ah : pertambahan yang diperoleh
melalui penangguhan
tempoh bayaran.
d. Faktor berlaku perbuatan riba
i. Terpengaruh dengan kemewahan dunia
ii. Kemiskinan dan kesusahan hidup mendorong
seseorang itu terlibat
dengan riba.
iii. Tamak dan ingin mengaut keuntungan semata-
mata.
e. Langkah menangani perbuatan riba
i. Melaksanakan system ekonomi Islam yang
berlandaskan Islam
ii. Memberi penjelasan kepada masyarakat
tentang kesan buruk
amalan riba dan kebaikan
system ekonomi Islam
iii. Menghapuskan sistem lama dan menggantikan
dengan sistem Islam
f. Hikmat pengharaman perbuatan riba
i. Membanteras kezaliman dan penindasan
sesama manusia
ii. Mewujudkan kestabilan ekonomi masyarakat
iii. Menggalakkan semangat tolong menolong
sesama manusia
iv. Mengecilkan jurang kehidupan antara golongan
kaya dan miskin
v. Mencegah sifat mementingkan diri sendiri
8. Makan Harta Anak Yatim
a. Anak yatim : Kanak-kanak yang
kematian bapa sebelum umur baligh
b. Harta anak yatim : diperoleh melalui
pusaka, wasiat dan hadiah
c. Hukum: haram dan berdosa besar
d. Sebab-sebab dilarang memakan harta
anak yatim :
i. Anak yatim akan kehilangan punca pendapatan
apabila dewasa
ii. Mengelakkan anak yatim hidup terbiar dan
melarat
iii. Mengelakkan berlaku pergaduhan dan terputus
silaturrahim
iv. Mencabuli hak anak yatim sebagai pewaris
harta pusaka.
9. Lari Daripada Medan Perang
a. Perang jihad : Peperangan antara
orang Islam dengan orang kafir bagi
mempertahankan kesucian Islam.
b. Hukum : wajib kepada rakyat yang
baligh dan berakal serta
berkeupayaan menyertai jihad jika
kesucian Islam telah dicabuli atau
dihina dan pemimpin telah
mengishtiharkan perang.
TINGKATAN 4c. Hukum lari dari medan perang : haram
dan berdosa besar serta dilaknat
oleh Allah.
d. Faktor lari dari medan perang :
i. Takut berhadapan dengan risiko dalam
peperangan serti
tercedera,terkorban atau
cacat.
ii. Tidak yakin dengan pertolongan Allah.
iii. Mencintai dunia melebihi cinta akhirat.
e. Implikasi lari dari medan perang :
i. Dipandang hina
ii. Umat Islam akan ditindas
iii. Memberi peluang kepada musuh Islam
menghancurkan Islam
iv. Merendahkan martabat agama dan umat Islam
10. Mengumpat dan Memfitnah
a. Definisi:
Mengumpat Memfitnah
mengata atau
menceritakan keburukan
seseorang di masa
ketiadaannya serta boleh
menimbulkan kemarahan
apabila dilakukan di
hadapannya.
melemparkan tuduhan
kepada seseorang tanpa
bukti.
b. Hukum mengumpat dan memfitnah ;
haram dan berdosa besar.
c. Sebab mengumpat dan memfitnah :
i. Ingin melihat orang lain menderita
ii. Takut persaingan hidup
iii. Iri hati atau hasad dengki terhadap kelebihan
orang lain
iv. Suka bermegah dan merasa bangga dengan
kelebihan yang ada pada
diri sendiri.
d. Akibat mengumpat dan memfitnah :
i. Berlaku permusuhan dan pergaduhan
ii. Masyarakat Islam akan ketinggalan dan mundur
iii. Putus silaturrahim dan menghalang perpaduan
iv. Akan dipinggirkan atau dipulaukan oleh orang
sekeliling.
e. Cara mengatasi perbuatan
mengumpat dan memfitnah :
i. Reda dengan ketentuan Allah.
ii. Menyemai sifat kasih sayang sesama manusia
iii. Meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan
dan amalan soleh
iv. Sentiasa melakukan muhasabah diri.
f. Cara untuk mengelakkan daripada
perbuatan mengumpat dan
memfitnah:
i. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian
ii. Jangan percaya dengan berita-berita yang
belum tentu kesahihannya
iii. Tidak menyebarkan berita-berita yang tidak
benar kepada orang lain.
TINGKATAN 4iv. Jangan mendengar berita tentang keburukan
orang lain.
Dosa Besar Yang Membawa Kehancuran Umat
11. Minum Arak dan Menagih Dadah
a. Definisi :
Arak Dadah
minuman yang
memabukkan yang
diperbuat daripada
perahan buah-buahan
yang diperam
sejenis bahan yang
mengkhayalkan dan
menghilangkan daya fikir
b. Hukuman bagi peminum arak:
i. Jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman
sebat 40 kali sebatan.
ii. Syarat-syarat dikenakan hukuman:
1. peminum arak sempurna akal
2. dilakukan dengan kemahuan sendiri
3. peminum mengetahui bahawa apa yang
diminum adalah arak.
c. Akibat minum arak dan penagihan dadah:
Terhadap individu Terhadap masyarakat
- membazir harta, masa
dan tenaga
- menjatuhkan maruah
diri dan keluarga
- lalai daripada
mengingati dan
menunaikan perintah
Allah
- mendorong kepada
kegiatan jenayah lain
dan maksiat.
- menjadi mundur kerana
tidak mempunyai
daya maju
- tidak tenteram kerana
berlaku pergaduhan
dan perkelahian
- banyak wang negara
dihabiskan untuk
menyediakan pusat
pemulihan
d. Hikmah pengharaman meminum arak dan
penagihan dadah
i. Memelihara kewarasan akal fikiran
ii. Mengelakkan kesihatan fizikal dan mental
iii. Mengelakkan penyakit yang berbahaya
iv. Membendung kegiatan jenayah social dalam
masyarakat.
v. Menjamin keharmonian keluarga dan
masyarakat.
e. Langkah pencegahan :
Meminum arak Menagih dadah
- kempen dan penerangan
secara meluas
- mengamalkan cara hidup
sihat dengan
mengadakan aktiviti
kemasyarakatan
- mengenakan cukai yang
tinggi terhadap
minuman keras.
- Melaksanakan undang-
undang Islam terhadap
peminum arak.
- sikap mengambil
berat/prihatin
terhadap ahli
keluarga dan
masyarakat
- Tindakan yang tegas
terhadap penagih
dan pengedar
- Memberikan didikan
agama yang
secukupnya
kepada
masyarakat.
- Kerjasama dengan
pihak polis atau
antinarkotik
12. Zina, Liwat dan Musahaqah
a. Definisi :
TINGKATAN 4Zina persetubuhan haram antara lelaki dan
perempuan tanpa ikatan perkahwinan
yang sah.
Liwat Hubungan sejenis antara lelaki dengan
lelaki (homoseks)
Musahaqah Hubungan sejenis antara perempuan
dengan perempuan (lesbian)
b. Hukum dan hukuman :
Zina Jika sabit kesalahan dikenakan hukuman
hudud:
Penzina Muhsan/ yang telah berkahwin
Penzina GhairuMuhsan /belum pernah berkahwin
Direjam sampai mati
Sebat 100 sebatan
Syarat-syarat perlaksanaan hukuman :
- Yakin melakukan zina
- Disaksikan 4 lelaki yang adil
- Keempat-empat saksi melihat perbuatan
zina
Liwat Jika sabit kesalahan akan dikenakan
hukuman takzir: dipisahkan pasangan
tersebut dan ditahan dalam rumah sehingga
bertaubat atau meninggal dunia
Musaha
qah
c. Faktor berlaku :
Zina Liwat dan Musahaqah
- Kurang didikan agama
- Iman kurang mantap
- Terpengaruh dengan
bahan
bacaan/tontonan yang
berunsur lucah
- Pergaulan bebas
- Kurang didikan agama
- Iman kurang mantap
- Terpengaruh dengan
budaya barat/liar
- Tidak sanggup memikul
tanggung jawab
suami isteri
13. Menuduh Zina (Qazaf)
a. Definisi : menuduh seseorang yang
baik melakukan zina tanpa empat
orang saksi lelaki yang adil.
b. Hukuman bagi penuduh : 80 kali
sebatan dan segala penyaksian
mereka tidak boleh diterima selama-
lamanya kecuali setelah benar-
benar bertaubat
c. Syarat-syarat perlaksanaan hukuman:
Pihak Yang
Menuduh
i. berakal
ii. cukup umur
iii. kemahuan sendiri
Pihak
YangKena Tuduh
i. berakal
ii. cukup umur
iii. Islam
iv. merdeka
v. belum pernah
berzina dan sentiasa
menjauhi zina
14. Membunuh Diri
a. Definisi : Melakukan perbuatan yang
boleh memisahkan roh daripada
jasad sendiri.
b. Hukum : haram dan berdosa besar
c. Faktor berlaku perbuatan membunuh
diri ;
i. Putus asa dengan rahmat Allah
TINGKATAN 4ii. Tidak menyakini kehidupan hari akhirat
iii. Menganggap dengan membunuh diri
menamatkan penderitaan
iv. Tidak sanggup menghadapi kegagalan atau
penderitaan.
d. Cara mengatasi :
i. Hendaklah yakin dengan rahmat Allah
ii. Berusaha memajukan diri dengan mengikut
lunas-lunas yang betul
iii. Mengatur strategi hidup berpandukan al-
Qur’an, as-Sunnah dan
akal yang waras.
iv. Mengingati bahawa dunia adalah tempat
sementara dan yang kekal
adalah kehidupan akhirat
e. Membunuh diri adalah satu
pencabulan hak Allah, kerana :
i. Penetapan ajal maut adalah hak Allah. Oleh itu
jika membunuh diri kita
seolah-olah kita membuat
penetapan sendiri ajal
maut.
ii. Mengambil nyawa adalah hak Allah. Jika kita
membunuh diri kita telah
mengambil alih tugas
tersebut.
BAB 3 TUNTUTAN BERTAUBAT
1. Pengertian Taubat
Kembali semula taat kepada Allah setelah
menyesal melanggar perintah Allah atau
laranganNya
2. Hukum
Wajib bagi mereka yang telah melakukan
dosa.
3. Syarat-syarat taubat:
a. Menyesal terhadap maksiat yang
dilakukan
b. Berhenti melakukan maksiat dengan
segera
c. Berazam tidak akan mengulanginya
lagi
d. Berterus terang/memohon maaf jika
berkaitan dengan hak orang lain
4. Hikmah Taubat
a. Memberi peluang kepada orang yang
berdosa kembali ke jalan Allah
b. Memberi ketenangan hati kepada
muslim yang bertaubat
c. Mendapat keampunan serta petunjuk
Allah
d. Mendekatkan diri kepada Allah
e. Meningkatkan keimanan
f. Mengembalikan ikatan silaturrahim
5. Halangan penerimaan taubat:
a. Taubat secara main-main
b. Taubat ketika hampir mati
c. Taubat yang tidak menepati syarat-
syarat taubat
d. Melambat-lambatkan taubat
TINGKATAN 4e. Berterusan melakukan maksiat
6. Kenapa taubat perlu disegerakan:
a. Seseorang itu tidak mengetahui
bilakah ajalnya sampai
b. Taubat orang yang hamper mati tidak
akan diterima oleh Allah
c. Supaya diri suci daripada segala dosa
d. Supaya taubatnya diterima oleh Allah
7. Tanda-tanda orang yang diterima taubatnya :
a. Memperoleh ketenangan jiwa
b. Sentiasa mentaati perintah Allah dan
menjauhi laranganNya
c. Dapat menyempurnakan ibadah
dengan penuh khusyuk
d. Mengamalkan akhlak mahmudah(yang
terpuji) dan meninggalkan akhlak
yang mazmumah (buruk)
IBADAH
Tajuk 13 – Lambaian Kaabah
13.1 – Kewajipan Haji dan Umrah
1. Definisi haji: mengunjungi Baitullah di
Mekah kerana mengerjakan ibadat
yang tertentu pada masa yang tertentu dengan
syarat yang tertentu.
2. Definisi umrah: menziarahi Baitullah di
Mekah kerana mengerjakan ibadat
yang tertentu pada bila-bila masa mengikut
syarat yang tertentu.
3. Dalil kewajipan haji dan umrah:
Maksudnya: 196. Dan sempurnakanlah
ibadah haji dan 'umrah Karena Allah.
4. Hikmat haji dan umrah:
(a) menghapuskan dosa-dosa kecil;
(b) saling berkenalan sesama umat Islam;
(c) menyatukan umat Islam tanpa mengira bangsa
dari seluruh dunia.
5. Definisi upah haji: mengerjakan ibadat haji
bagi pihak orang lain.
6. Sebab harus upah haji:
(a) telah meninggal dunia;
(b) tidak mempunyai keupayaan fizikal.
7. Hikmat upah haji:
(a) peluang orang sakit atau orang tua mengerjakan
haji;
(b) peluang anak berbakti kepada ibu bapa atau ahli
keluarganya.
13.2 – Cara Menyempurnakan Ibadat Haji dan
Umrah
1. Syarat wajib haji:
(a) Islam: tidak wajib ke atas orang kafir dan murtad;
(b) Baligh: tidak wajib ke atas kanak-kanak;
(c) Berakal: tidak wajib ke atas orang gila;
(d) Berkemampuan (istita’ah): tidak wajib ke atas
orang yang tidak berkemampuan;
(e) Merdeka: tidak wajib ke atas hamba.
2. Rukun haji dan umrah:
(a) niat ihram;
(b) wukuf (haji sahaja);
(c) tawaf;
(d) saei;
TINGKATAN 4(e) bercukur;
(f) tertib.
13.3 – Wajib Haji dan Umrah
1. Wajib haji:
(a) berniat ihram di miqat;
(b) bermalam di Muzdalifah;
(c) melontar jamrah al Aqabah;
(d) bermalam di Mina;
(e) melontar ketiga-tiga jamrah;
(f) meninggalkan perkara-perkara yang dilarang
semasa ihram.
2. Wajib umrah:
(a) berniat ihram di miqat;
(b) meninggalkan perkara-perkara yang dilarang
semasa ihram.
13.4 – Cara Mengerjakan Haji dan Jenis-Jenis
Dam
1. Seseorang yang menunaikan haji
diharuskan memilih salah satu cara
mengerjakan haji iaitu:
(a) Haji Ifrad;
(b) Haji Tamattuk;
(c) Haji Qiran.
2. Jenis-jenis dam (denda):
(a) Tertib dan Takdil;
(b) Tertib dan Takdir;
(c) Takhyir dan Takdil;
(d) Takhyir dan Takdir.
3. Hikmat dam (denda):
(a) sentiasa menjaga disiplin semasa menunaikan
ibadat haji;
(b) menunaikan ibadat haji dengan teratur;
(c) manusia sentiasa bertanggungjawab terhadap
segala kekurangan dalam ibadat.
Tajuk 14 - Sembelihan
1. Sembelihan: menghilangkan nyawa
binatang yang halal dengan memutuskan
urat halkum dan merih dengan menggunakan
alat yang tajam dengan niat kerana Allah.
2. Dalil wajib sembelihan:
Maksudnya: 3. Diharamkan bagimu (memakan)
bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang
disembelih atas nama selain Allah,
3. Rukun sembelihan:
(a) penyembelih;
(b) binatang yang disembelih;
(c) alat sembelihan.
4. Perkara sunat semasa sembelihan:
(a) menyebut nama Allah dan berselawat;
(b) menghadap binatang ke arah kiblat;
(c) menggunakan alat sembelihan yang tajam.
5. Hikmat sembelihan:
(a) mematikan binatang dengan cepat;
(b) memastikan daging yang dimakan bersih dan
bermutu;
(c) membezakan antara daging yang halal dengan
daging yang haram.
Tajuk 15 – Korban Amalan Mulia
1. Korban: menyembelih binatang ternakan
yang dilakukan pada hari Aidiladha
TINGKATAN 4atau hari-hari Tasyrik dengan tujuan
beribadat kepada Allah.
2. Hukum melakukan korban:
(a) sunat muakkad bagi orang Islam yang mampu;
(b) wajib bagi orang yang bernazar.
3. Waktu menyembelih korban bermula
selepas naik matahari 10 Zulhijah
hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijah.
4.. Syarat sah korban:
(a) binatang cukup umur;
(b) disembelih dalam waktu korban;
(c) disembelih oleh orang Islam;
(d) binatang sihat tiada cacat;
(e) binatang yang halal dimakan;
(f) diniatkan korban ketika menyembelih.
5. Umur binatang korban:
(a) biri-biri/kibas – 1 tahun lebih;
(b) kambing/sapi/lembu/kerbau – 2 tahun lebih;
(c) unta – 5 tahun atau lebih.
6. Hikmat Korban:
(a) menimbulkan rasa kesyukuran atas nikmat Allah;
(b) memupuk sifat ikhlas dan menambah ketakwaan
kepada Allah;
(c) mengeratkan silaturahim sesama Islam;
(d) menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim dan
anaknya Nabi Ismail.
Tajuk 16 – Akikah
1. Akikah: pemyembelihan binatang ternakan
yang dilakukan ketika mencukur rambut
bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda
kesyukuran kepada Allah SWT.
2. Waktu afdal dilakukan akikah ialah pada
hari ketujuh kelahiran bayi.
3. Syarat sah akikah:
(a) berniat akikah ketika menyembelih;
(b) menyembelih binatang yang halal;
(c) menyembelih binatang yang tidak cacat;
(d) menyembelih binatang ternakan yang cukup
umur;
(e) memenuhi syarat-syarat sembelihan.
4. Sunat akikah:
(a) berdoa ketika hendak menyembelih;
(b) menyembelih ketika matahari sedang naik;
(c) tidak mematah-matahkan tulang binatang akikah.
5. Hikmat akikah:
(a) tanda kesyukuran kepada Allah atas kelahiran
anak;
(b) mengeratkan silatulrahim antara keluarga bayi
dengan masyarakat;
(c) mendekatkan bayi yang baru lahir dengan
penghayatan Islam.
Tajuk: 17 – Jual Beli dan Sewa
17.1 – Jual Beli
1. Definisi: menukarkan barang dengan
barang mengikut cara yang tertentu.
2. Dalil keharusan jual beli:
)@ymr&ur ª!$# yìø‹t7ø9$# tP§�ymur #4qt/Ìh �9$#
Maksudnya: Allah Telah menghalalkan jual
beli dan mengharamkan riba (Al
Baqarah: 275)
TINGKATAN 43. Rukun jual beli:
(a) penjual dan pembeli;
(b) barang;
(c) harga;
(d) ijab dan Kabul (akad atau kontrak).
17.2 – Sewa
1. Definisi: suatu perjanjian untuk memiliki
manfaat dari suatu barang yang diterima daripada
orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan
perjanjian yang telah ditentukan.
2. Dalil keharusan sewa:
Maksudnya: Berkatalah dia (Syu'aib): "Sesungguhnya
Aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah
seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahwa kamu
bekerja denganku delapan tahun dan jika kamu
cukupkan sepuluh tahun Maka itu adalah (suatu
kebaikan) dari kamu, (Al-Qasas: 27)
3. Rukun sewa
(a) penyewa dan pemberi sewa;
(b) bayaran sewa;
(c) manfaat.
Tajuk: 18 – Gadaian dan Syarikat
18.1 – Gadaian (Ar Rahnu)
1. Definisi: sesuatu barangan bernilai yang
dijadikan cagaran oleh pemiliknya
untuk mendapatkan pinjaman.
2. Rukun gadaian:
(a) penggadai;
(b) pemegang gadai;
(c) barang yang digadaikan;
(d) ijab dan Kabul;
(e) bayaran yang diberikan kepada penggadai
(bayaran).
3. Hikmat gadaian:
(a) memberi jaminan kepada orang yang memberi
hutang;
(b) memberi peluang kepada umat Islam
mengembangkan ekonomi;
(c) memudahkan seseorang mendapatkan modal
bagi memulakan perniagaan.
18.2 – Syarikat
1. Definisi: perjanjian perkongsian terhadap
sesuatu perkara yang dilaksanakan antara
dua pihak atau lebih.
2. Rukun syarikat:
(a) ahli syarikat;
(b) modal;
(c) lafaz akad.
3. Hikmat syarikat:
(a) salah satu cara untuk memajukan ekonomi
sesuatu bangsa dan negara;
(b) dapat membimbing masyarakat untuk hidup
berkerjasama antara satu dengan yang lain;
(c) memimpin masyarakat supaya bersifat amanah
dan jujur.
4. Perkara yang membatalkan syarikat:
(a) hilang kelayakan seperti gila;
(b) salah seorang rakan kongsi mati atau
membatalkan penyertaan dalam syarikat.
Tajuk: 19 – Hutang, Insurans dan Saham
19.1 – Hutang
TINGKATAN 41. Hutang piutang ialah memberi sesuatu
barang atau manfaatnya kepada seseorang di
mana barang atau manfaat itu perlu dikembalikan
apabila orang yang berhutang itu membayar
balik hutang tersebut.
2. Rukun hutang:
(a) penerima dan pemberi hutang;
(b) barang atau manfaat adalah pemilik pemberi
hutang;
(c) akad pemberi hutang.
3. Hikmat diharuskan hutang:
(a) membantu golongan yang susah;
(b) menjaga kepentingan kedua-dua belah pihak;
(c) mengelakkan daripada sikap suka meminta-minta
secara percuma.
19.2 – Insurans
1. Insurans merupakan suatu amalan yang
diharuskan dalam Islam.
2. Jenis-jenis insurans:
(a) Insurans Nyawa – perlindungan risiko atau
kematian atau hilang upaya;
(b) Insurans Am – perlindungan akibat kerugian
pendapatan atau harta benda.
3. Asas keharusan insurans:
(a) berkonsep takaful iaitu saling melindungi;
(b) berkonsep kerjasama;
(c) menyediakan perlindungan.
4. Tujuan insurans:
(a) untuk menjaga kebajikan sosial;
(b) untuk membantu pihak yang ditimpa musibah;
(c) untuk mendapat ganti rugi jika berlaku kerugian
harta benda.
19.3 – Saham
1. Saham ialah sejenis terbitan yang
dikeluarkan oleh syarikat sebagai
alat pemilikan.
2. Sumber modal saham:
(a) pemegang-pemegang saham;
(b) pinjaman;
(c) kadar tertentu daripada keuntungan syarikat.
3. Tujuan diharuskan saham:
(a) mendapat pendapatan yang lebih dan stabil;
(b) simpanan untuk jangka masa pendek dan
panjang;
(c) mendapat pulangan yang baik daripada
keuntungan saham yang dibeli mengikut harga
semasa
SIRAHBAB 1 KHULAFAK AR-RASYIDIN
1. Pengenalan
a. Merupakan kesinambungan daripada Kerajaan
Islam Madinah yang diasaskan oleh
Rasulullah s.a.w.
b. Khalifah :
i. Orang yang memegang jawatan ketua
negara Islam
ii. Gelaran ini digunakan selepas
kewafatan Rasulullah s.a.w sehingga
Kerajaan Turki Usmaniyah
TINGKATAN 4iii. Gelaran ini berakhir pada zaman
Mustafa Kamal Ataturk, iaitu ketika
mengisytiharkan Kerajaan Rebuplik
Turki pada tahun 1923
c. Khulafak ar-Rasyidin : Gelaran kepada empat
orang Sahabat yang memegang jawatan
dalam negara Islam selepas kewafatan
Rasulullah s.a.w : Saidina Abu Bakar as-
Siddiq, Saidina Umar al-Khattab, Saidina
Usman b Affan, dan Saidina Ali k.w.
d. Pusat pentadbiran : Madinah
e. Memerintah selama : 29 tahun (11 – 39H)
2. Ciri-ciri Kepimpinan Khulafak ar-Rasyidin
Aspek Huraian/ContohBijaksana Tindakan Saidina Abu Bakar
memerangi golongan murtad, engkar membayar zakat dan pengikut Nabi palsu
Amanah Khalifah tidak menggunakan harta negara demi kepentingan peribadi
Adil -Undang-undang dilaksanakan tanpa mengira pangkat dan kedudukan
-Undang-undang berlandaskan al-Qur’an dan al-Hadis
Berani -Berani menegakkan agama Allah
-Saidina Usman sanggup menjadi wakil dalam rundingan Perjanjian Hudaibiah
Tawadhuk -Khalifah tidak mempunyai pengawal peribadi
-Khalifah hidup sederhana, tiada perbezaan antara khalifah dan rakyat
-Mengutamakan akhirat berbanding dunia
Bersikap Terbuka
-Rakyat berpeluang menyuarakan pandangan atau kritikan
-Khalifah menerima pendapat rakyat yang bersumberkan al-Qur’an dan al-Hadis
Tegas -Ketegasan mendaulatkan Islam
-Memecat pegawai-pegawai yang kurang cekap
-Tidak tunduk kepada desakan pemberontak
3. Dasar Pentadbiran
a. Undang-undang berdasarkan al-Qur’an dan al-
Hadis
b. Khalifah : ketua negara
c. Pemimpin : Tegakkan kebenaran dan adil
d. Keputusan khalifah : berpandukan syura dan
ijtihad
e. Pemimpin dan rakyat bersama membangunkan
negara
f. Pegawai/gabenor dipilih kerana kecekapan dan
berwibawa
g. Khalifah tiada keistimewaan mengatasi
undang-undang
h. Rakyat:wajib taat pemerintah yang taatkan
Allah dan Rasul.
i. Rakyat:berhak memberikan pandangan dan
teguran
4. Pembaharuan oleh Khulafak ar-Rasyidin
Aspek PembaharuanPentadbiran
Wilayaha. Menubuhkan jawatan baru :
- Ketua setiausaha
- Setiausaha
- Pegawai Pemungut Cukai
- Pegawai polis
- Pengurus Perbendaharaan
Negara
- Ketua Hakim
TINGKATAN 4b. Perlantikan pegawai
- Diberi surat lantikan
- Disenaraikan tugas dan bidang
kuasa
- Harta pegawai diperiksa
terlebih dahulu
- Setiap musim haji perlu
membuat laporan
- Pegawai diberikan gajiPenubuhan Jabatan/ad-
Diwan
a. Diwan al-Jundu (Jabatan Ketenteraan)
- Mengendalikan urusan berhubung
dengan ketenteraan, iaitu :
i.mengendalikan latihan
ii.mengumpul data
iii.gaji tentera
iv.mengurus kebajikan tentera
b. Diwan al-Kharraj (Jabatan Hasil)
- memungut hasil negara
- kecekapan jabatan ini telah
membawa peningkatan
pendapatan negaraMajlis Syura -Fungsinya telah diperluaskan,
iaitu :
i.melantik khalifah dan pegawai
ii.mengeluarkan fatwa/hukum
5. Kemajuan-Kemajuan Yang Dicapai Oleh
Khulafak Ar-Rasyidin:
a. Kemajuan Sosial
b. Kemajuan Ekonomi
c. Perluasan Kawasan
Kemajuan
Sosial
1.Penduduk
Terdiri daripada:
a. masyarakat Islam Semenanjung
Tanah Arab
b. masyarakat Islam di luar Tanah Arab
c. golongan bukan Islam yang mendapat
perlindungan /kafir zimmi2. Penyebaran Pendidikan
a. Institusi pendidikan : masjid dan kuttab
b. Bidang ilmu: al-Qur’an, al-Hadis,
sirah,Seni Lukis dan syair-syair3.Kebajikan
a. Khalifah mengambil berat terhadap
rakyat tanpa mengira bangsa dan agama
b. Contoh :Saidina Umar memansuhkan
cukai jizyah kepada orang tua Yahudi
kerana kemiskinannya
c. Pegawai khas untuk menyiasat
ketua/ketua wilayah supaya tidak
membebankan rakyat4.Keadilan
a. Contohnya:
Khalifah Umar al-Khattab menarik
balik tanah milik Sahabat berdasarkan
Kanun Tanah Negara
b.Memansuhkan cukai jizyah Yahudi tua
TINGKATAN 4yang miskin
Kemajuan Ekonomi
a. Sektor utama : Pertanian
Faktor :
- Negara mempunyai banyak tanah yang subur
- Khalifah Umar memperkenalkan Undang2 Tanah Negara
- Penubuhan Jabatan Hasil (Diwan al-Kharraj)
*Undang2 Tanah Negara: semua tuan tanah dikehendaki bercucuk tanam. Sekiranya terbiar lebih daripada 3 tahun, kerajaan berhak mengambil semula tanah tersebut.
b. Sumber Kewangan
i. Zakat-diwajibkan kepada orang Islam
ii. Jizyah-cukai yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang tinggal di negara Islam/meminta perlindungan negara Islam
iii. Ghanimah-harta rampasan perang
iv. Al-Fai’-harat rampasan tanpa melalui perang
v. Usyur-cukai 10% yang dikenakan ke atas pedagang yang menggunakan pelabuhan negara islam
Perluasan Kawasan
a. Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
i. Sekitar Mekah dan Madinah
ii. Khalid al-Walid-mengalahkan Hurmuz dan menawan Irag
iii. Abu Ubaidah al-Jarrah,Yazid b Abu Sufyan, Sarahil b Hasanah dan Khalid al-Walid-menawan Syria dan Palestine
b. Khalifah Umar al-Khattab
i. Pembebasan negeri2 di wilayah Iraq, Baitul Maqdis dan Mesir
ii. Bandar-bandar baru:Qastat dan Mosol
c. Khalifah Usman b Affan
i. Berkembang ke Afrika
Utara(Libya),Timur
(Turkistan dan India)
ii. Tentera Laut dibawah
pimpinan Muawiyah
menawan Pulau Cyprus
d. Khalifah Ali b Abu Talib- Perluasan kuasa terhenti kerana keadaan negara tidak aman
ekoran pembunuhan Saidina Usman b Affan
6. Kesan Positif Kepimpinan Khulafak Ar-Rasyidin
a. Corak kepimpinan : Khalifah sebagai ketua
agama yang mendaulatkan Syariat Islam
b. Pemimpin : dipilih kerana berakhlak mulia dan
berwawasan
c. Pertahanan: diberi keutamaan untuk
memastikan negara bebas dari serangan
luar
d. Ekonomi : adil bagi mewujudkan kestabilan
e. Sosial :
i. ilmu pengetahuan diberi perhatian
ii. rakyat diberi layanan yang adil
iii. kebajikan rakyat diutamakan
7. Akibat Membelakangkan Kepimpinan Khulafak
Ar-Rasyidin
a. Pemilihan khalifah : secara warisan/ monarki
b. Keadaan kacau bilau(akibat pembunuhan
Saidina Usman) telah mendedahkan umat
Islam kepada fitnah dan peperangan sesama
sendiri
TINGKATAN 4c. Orang munafik mendapat peluang untuk
memecahbelahkan umat Islam
d. Timbul perpecahan aliran pemikiran, seperti
Ahli Sunnah wal Jamaah dan Syiah yang
kekal hingga ke hari ini
Sabda Rasulullah s.a.w , mafhumnya : Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesaat dalam
jihad fi sabilillah lebih baik daripada 50 kali pergi haji”
Sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya : “Sesungguhnya orang-orang yang adil itu
kelak di hari kiamat di sisi Allah SWT di atas mimbar daripada cahaya
8. Iktibar Pentadbiran Khulafak ar-Rasyidin :
a. Aspek akidah: berpandukan akidah yang benar dan bersih dari amalan khurafat dan bid’ahb. Aspek Syariah:berdasarkan syariat Islam,sanggup berjihad mengorbankan nyawa dan harta demi Islamc. Aspek akhlak:merealisasikan al-Qur’an melalui perbuatan dan perkataan
d. Aspek ilmu pengetahuan :ilmu diberi keutamaan dan khulafak merupakan tokoh2 dalam
pelbagai bidang ilmu
e. Aspek Politik :keputusan berdasarkan suara ramai/syura, mementingkan perpaduan bukan kekabilahanf. Ekonomi:dibangunkan dengan tujuan untuk memajukan negara dan penyebaran dakwah. Golongan miskin sentiasa mendapat perhatianpemimping. Sistem sosial:rakyat pelbagai agama diberikan kebebasan mengamalkan agamah. Penyebaran dakwah:dilakukan oleh individu atau kerajaan.
BAB 2 KERAJAAN BANI UMAIYYAH
1. Latar belakang Kerajaan Bani Umaiyyah
a. Umaiyyah sempena nama moyang pengasas.
Umaiyyah : pembesar dan hartawan Quraisy
yang sangat dihormati pada zaman
Jahiliyyah.
b. Memerintah selama : 92 tahun (bermula 40
Hijrah – 132 Hijrah) dengan 14 orang
khalifah :
i. Muawiyah bin Abu Sufyan
ii. Yazid bin Muawiyah
iii. Muawiyah bin Yazid
iv. Marwan bin al-Hakam
v. Abdul Malik bin Marwan
vi. Hisyam bin Abdul Malik
vii. Sulaiman bin Abdul Malik
viii. Umar bin Abdul Aziz
ix. Yazid bin Abdul Malik
x. Hisyam bin Abdul Malik
xi. Al-Walid bin Yazid
xii. Ibrahim bin al-Walid
xiii. Marwan bin Muhammad
c. Pusat pentadbiran : Damsyik
TINGKATAN 4d. Peringkat pentadbiran Kerajaan Bani Umaiyyah :
i. Zaman Kelahiran – bermula pemerintahan
Muawiyah bin Abu Sufyan (40 H –
60 H) dan berakhir dengan
pemerintahan Muawiyah bin Yazid
(64 H), berpusat di Damsyik
ii. Zaman Keturunan Marwan bin al-Hakam atau
zaman Kemajuan Bani
Umaiyyah – bermula dengan Abdul
Malik bin Marwan (65H-86H)
hingga zaman kejatuhan Kerajaan
Bani Umaiyyah, pemerintahan
Marwan bin Muhammad (127H –
132H), berpusat di Damsyik.
iii. Diasaskan oleh Abdul Rahman ad-Dakhili(137H)
dan berakhir dengan pemerintahan
Hisyam(399H), berpusat di Cordova
Andalus(Sepanyol)
2. Pengasas Kerajaan Bani Umaiyyah
a. Pengasas : Muawiyah bin Abu Sufyan bin Harb
bin Umaiyyah.
b. Menjadi gabenor Syam semasa pemerintahan
Umar al-Khattab sehingga zaman Saidina Ali
bin Abi Talib
c. Memeluk Islam ketika pembukaan Kota Mekah
d. Pernah menjadi juru tulis Rasulullah s.a.w
3. Sejarah Penubuhan
a. Selepas kemangkatan Saidina Usman bin Affan,
Saidina Ali k.w telah dilantik
menggantikannya.
b. Tindakan Saidina Ali memecat Muawiyah telah
menyebabkan timbulnya penentang
Muawiyah terhadap Saidina Ali.
c. Akhirnya tercetuslah Perang Siffin antara Saidina
Ali dan Muawiyah yang membawa kepada
Majlis Tahkim.
d. Penolakkan puak Khawarij terhadap Majlis
Tahkim ini telah membawa kepada
pembunuhan Saidina Ali pada tahun 14H.
e. Penduduk Kufah dan Syiah telah melantik
Saidina Hasan bin Saidina Ali sebagai
khalifah.
f. Saidina Hasan menyerahkan jawatan khalifah
kepada Muawiyah dengan syarat :
i. Pemerintahan berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah
ii. Keluarga Rasulullah s.a.w dihormati dan dimuliakan.
iii. Khalifah selepas Muawiyah dipilih melalui Majlis
Syura.
4. Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyyah Kepada
Tamadun Islam
Aspek HuraianKetenteraan
a. Ketenteraan dipengaruhi dengan corak gerakan tentera Parsi:
Qalbu al-Jaisy : pasukan teras bahagian tengah Al-Maimanah : Sayap kanan Al-Maisarah : Sayap kiri Al-Muqadimah : pasukan hadapan Saqatu al-Jaisy : barisan belakang
b. Tentera : laut dan darat.
c. Tentera darat : angkatan berkuda, berkenderaan dan pejalan kaki.
d. Tentera laut : 1700 buah kapal perang yang berpangkalan di Tunisia.
e. Pembaharuan : Khalifah Abdul Malik bin Marwan menubuhkan ‘Diwan al-Jund’ (Jabatan Ketenteraan) yang berfungsi menguruskan hal ehwal ketenteraan
f. Tokoh tentera yang terkenal :
TINGKATAN 4 Muhammad bin al-Qasim as-Saqafi – membuka wilayah Sind di India. Tarik bin Ziyad – membuka Andalus(Sepanyol) Qutaibah bin Muslim al-Bahili – membuka negeri2 ‘Ma Warak an-Nahar’ Musa bin Nusair – membuka Afrika Utara Musalamah bin Abdul Malik – memusnahkan kubu2 Rom
g. Perbezaan ketenteraan Khulafak ar-Rasyidin dan Kerajaan Bani Umaiyyah :
AspekKhulafa’
ar-Rasyidin
Bani Umaiyyah
Cara pemiliha
n
Sukarela Sukarela dan
Kerahan tenaga
Jenis Tentera darat dan lautPerlantik
an panglima
Tiada keutamaan bangsa
Mengutamakan bangsa arab
Latihan Ketenteraan umum
Khas untuk musim panas dan sejuk
Tujuan i. menyebarkan dakwah
ii.mempertahankan Negara
iii.perluasan kuasaPendidikan
a. Faktor perkembangan pendidikan :
Galakkan khalifah, contohnya Abdul Malik bin Marwan dan Umar Abdul Aziz sendiri
adalah tokoh ilmuan
Lahirnya tokoh-tokoh ulamak
Berlakunya perluasan bidang ilmu yang diterokai
Wujudnya pelbagai kemudahan asas untuk pendidikan
Perkembangan Kota Basrah sebagai pusat perkembangan ilmu.
b. Bidang ilmu yang diterokai :
Ilmu Keagamaan/ilmu naqli : tafsir, qiraat dan tauhid
Ilmu lain/ilmu aqli : mantiq, hisab, sejarah dan geografi
Bidang penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan membentuk disiplin ilmu yang dikenali sebagai ‘at-Tadwin’
c. Institusi pendidikan :
Istana khalifah : khusus untuk keluarga khalifah dan pembesar Negara.
Masjid : ilmu berkaitan perkara asas fardu ain.
Sekolah : rendah dan menengah yang lengkap dengan
pelbagai kemudahan asas.
Kuttab : kelas bimbingan asas untuk kanak-kanak.
Perpustakaan : pusat penyelidikan.
d. Kesan perkembangan pendidikan terhadap tamadun eropah :
Kota Cardova telah menjadi pusat ilmu pengetahuan di Eropah, juga Sevile,Toledo, dan Grenada
Terdapat beberapa buah kolej dan universiti serta 70 buah perpustakaan di Andalus
Ramai pelajar dari eropah datang belajar ke Andalus pada masa itu.
Muncul ramai sarjana Islam dalam pelbagai bidang dan hasil-hasil karya mereka telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa
e. Tokoh ilmuan :
BidangTokoh
Bahasa dan sastera Arab
Ibnu Hazim Ibnu Zaid
Muzik Zarib Ibnu Farnas
TINGKATAN 4Perubatan Ibnu Sina
Ar-Razi Ibnu az-Zahrawi
Falsafah Ibnu Rusyd Ibnu Bajah Al-Farabi
Ekonomi a. Sektor ekonomi yang utama : pertanian dan perdagangan
b. Usaha-usaha untuk meningkatkan ekonomi :
Dalam bidang pertanian :
i. Pembinaan saliran air untuk mengairi kawasan pertanian.
ii. Penyelidikan pertanian untuk menjamin pengeluaran pertanian yang lebih baik
Dalam bidang perdagangan :
i. Pembinaan jalan raya dan perlabuhan
ii. Kapal perang khas untuk mengawal laut dari lanun
iii. Perusahaan kraftangan juga dipelbagaikan
c. Sumber kewangan negara:
SumberHuraian
Kharraj Cukai tanah yang dikenakan ke atas pemilik.
Cara pembayaran :
Kharraj Masahah/Wazifah : dibayar mengikut keluasan tanah Kharraj Muqasamah ; dibayar berdasarkan hasil tanaman Kharraj Ihtizam/Iqtak : cukai melalui sewaan/pajakan yang diuruskan oleh tuan tanah
Jizyah Cukai yang dikenakan kepada kafir zimmi, iaitu orang bukan Islam yang tinggal di Negara Islam atau Negara bukan Islam yang meminta perlindungan dengan Negara Islam.
Zakat Kadar harta tertentu yang dibayar oleh orang Islam
‘Usyur Cukai 10% daripada hasil pertanian yang dikenakan ke atas tuan-tuan tanah.
Faik Harta rampasan tanpa melalui peperangan
Ghanimah
Harta rampasan melalui peperangan
d. Peranan Baitul Mal
Menguruskan harta orang Islam Menguruskan harta zakat Mengatasi kemiskinan umat Islam Memperkembangkan harta orang Islam
5. Faktor Kegemilangan Tamadun Islam :
a. Kecekapan dan kebijaksanaan khalifah
b. Penguasaan ilmu pengetahuan
c. Ekonomi yang stabil
d. Kekuatan ketenteraan
e. Hubungan baik antara kerajaan dan rakyat
f. Semangat jihad yang tinggi
6. Kegemilangan Pemerintahan Umar bin Abdul
Aziz
a. Biodata:
Khalifah Umaiyyah yang ke 8
TINGKATAN 4 Keturunan Saidina Umar al-Khattab dari
sebelah ibunya iaitu Laila Hasyim b
Umar al-Khattab.
Dianggap sebagai khulafak ar-Rasyidin
yang kelima oleh sejarahwan kerana
sifat, sikap dan corak pemerintahannya
yang mempunyai persamaan dengan
pemerintahan khulafak ar-Rasyidin.
Khalifah yang pertama mengarahkan agar
hadis Rasulullah s.a.w ditulis dan
dibukukan.
Sifat peribadinya : luhur, tawadhuk, dan
menyayangi rakyat
Keadaan ekonomi dan social sangat kukuh,
rakyat hidup dalam aman.
Sangat mengambil berat tentang pendidikan
dan kebajikan rakyatnya
b. Langkah-langkah dalam penyebaran Islam:
Memecat pegawai-pegawai yang kurang
cekap
Menghapuskan cukai jizyah daripada
golongan mawali
Hukuman yang sangat adil
Menghentikan penguasaan wilayah dan
diganti dengan kerajaan Islam
Membina masjid-masjid
Memberi tumpuan kepada kebajikan
rakyatnya.
c. Tokoh-tokoh ilmuan :
Tokoh Bidang Urwah bin az-Zubair
Zahid az-Zuhri
Hadis
Ibnu Jarid Tafsir dan al-Qur’an Hasan al-Basri
Wasil bin Atha’
Usuluddin
7. Faktor Kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyyah
a. Sikap beberapa khalifah yang mengabaikan
ajaran Islam
b. Kemewahan telah melalaikan khalifah daripada
melaksanakan tugas dan tanggung jawab.
c. Timbul perasaan tidak puas hati di kalangan
rakyat
d. Wujudnya semangat kekabilahan/ perkauman
dan pilih kasih
e. Rakyat berpaling tadah dan menyokong gerakan
Abasiyyah.
8. Peranan Generasi Hari Ini.
a. Menghidupkan semula semangat jihad dengan
berusaha bersungguh-sungguh menguasai
pelabagi bidang ilmu dan kemahiran yang
bersesuaian dengan kehendak semasa.
b. Bersatu padu mewujudkan keamanan
c. Mempunyai semangat juang yang tinggi untuk
membangunkan Negara.
d. Kembali menjadikan al-Qur’an sebagai panduan
dalam segenap kehidupan.
9. Iktibar dari kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyyah
a. Setiap perkara / tindakan hendaklah dilakukan
dengan mesyuarat/syura.
b. Hindari sikap perkauman kerana ia boleh
meruntuhkan.
c. Pemimpin hendaklah adil dalam layanan dan
tindakan.
TINGKATAN 4d. Pemimpin hendaklah patuh kepada ajaran Islam
e. Kerjasama antara rakyat dan pemimpin perlu
untuk memajukan Negara.
AKHLAKBAB 1 AKAL CAHAYA HIDUP
1. Keperluan akal:
a. Membezakan antara manusia dan
haiwan
b. Berfikir, berusaha dan mereka cipta
untuk meningkatkan taraf hidup
c. Menjadikan manusia makhluk yang lebih
istimewa.
2. Berfikir berlandaskan wahyu/syariat:
a. Akal manusia terbatas terutamanya
tentang perkara ghaib yang dapat diketahui
melalui wahyu.
b. Membezakan antara hak/kebenaran dan
batil
c. Tindakan yang lebih rasional
d. Supaya tidak terkeluar dari Islam.
3. Adab berfikir:
a. Bersumberkan:
i Wahyu dan syariat Islam
ii Akal fikiran
iii Bukti-bukti kajian saintifik
iv Maklumat dan fakta yang benar dan tepat
v Matlamat yang jelas
4. Cara berfikir:
a. Mengetahui tujuan berfikir
b. Mengetahui cara mencapai matlamat
c. Mengetahui risiko yang akan berlaku
d. Mengetahui tujuan berfikir
e. Mengetahui perkara yang difikirkan
f. Mengetahui batas dan kemampuan akal
5. Hikmat berfikir:
a. Memantapkan iman
b. Menyedari kekuasaan Allah
c. Dihormati dan disanjungi
d. Proaktif dan berdaya maju
e. Boleh menyelesaikan masalah dengan
cepat dan berkesan
f. Menceburi bidang baru dan bermanfaat
g. Menghindari perkara khurafat
h. Menghindari perkara negatif.BAB 2 ADAB BERHIAS DIRI
1. Tujuan berhias diri :
a. Selaras dengan fitrah
b. Menzahirkan nikmat Allah
c. Mensyukuri nikmat Allah
2. Adab-adab berhias diri:
a. Mandi
b. Bersugi/menggosok gigi
c. Memakai bauan – sunat bagi lelaki,
haram bagi perempuan ketika keluar
rumah/bersama dengan bukan muhram.
d. Menyikat rambut
e. Memotong kuku, mencabut bulu ketiak
dan bulu ari-ari
f. Menghias muka
g. Cara berpakaian – cantik, kemas dan
menutup aurat.
3. Panduan berpakaian menurut Islam :
a. Niat ikhlas kerana Allah
TINGKATAN 4b. Bukan untuk berbangga
c. Menutup aurat
d. Tidak jarang
e. Tidak ketat
f. Tidak menyerupai pakaian upacara agama
lain
4. Amalan-amalan berhias yang dilarang:
a. Emas dan sutera tulen bagi lelaki
b. Berpakaian berlawanan jantina
c. Menyambung rambut/memakai rambut
palsu
d. Membuat tatu
e. Pembedahan anggota badan untuk
kecantikan, juga mengubah suai anggota badan,
contoh mencabut bulu kening adalah haram.
* berkuku panjang bertentangan dengan
ajaran Islam
5. Hikmat berhias diri:
a. Disukai oleh Allah dan manusia
b. Menjauhkan diri daripada kehinaan
c. Menjaga maruah diri dan agama
d. Mendapat pahala kerana menzahirkan
nikmat Allah.
BAB 3. ADAB MENJAGA ORANG SAKIT
1. Hukum menjaga dan menziarahi orang sakit : fardu kifayah
2. Tuntutan menjaga orang sakit :
Hadis Rasulullah s.a.w bermaksud :
“Tanggung jawab seorang Muslim kepada
Muslim yang lain ada lima perkara :
ii. Menjawab salam
iii. Menziarahi orang sakit
iv. Mengiringi jenazah ke tanah
perkuburan
v. Memenuhi jemputan
vi. Mendoakan orang yang bersin”
3. Adab menjaga orang sakit :
Aspek Huraian
Rohani
i. Memberi peringatan bahawa sakit itu ujian Allah
ii. Menasihati agar bersabar dan tabah
iii.Mengingatkan tentang solat lima waktu
iv. Membantu menjalankan kewajipan terhadap Allah
v. Mengingatkannya agar sentiasa mengingati Allah
Emosi i. Tutur kata dan bahasa lemah lembut
ii. Memahami keperitan/kesakitan pesakit
iii.Melayan dengan mesra
iv.Sabar mendengar rungutan dan tingkah laku pesakit
Fizikal i. Memastikan kebersihan
ii. Menghantar ke tempat rawatan yang sesuai
iii.Mengingatkan supaya makan ubat
iv.Memberikan kerehatan yang cukup
v. Bertanya tentang keinginan/keperluan.
4. Hikmat beradab ketika menjaga orang sakit:
a. Mewujudkan ikatan silaturahim
b. Meringankan penderitaan pesakit
c. Memenuhi tanggung jawab
d. Menegakkan syiar Islam
e. Melahirkan sifat prihatin
f. Memberikan keinsafan supaya
mensyukuri dan menjaga kesihatan diri
4. ADAB AMAR MAKRUF DAN NAHI
MUNKAR
TINGKATAN 41. Definisi :
a. Amar Makruf : Mengajak , menyuruh
atau menyeru supaya melakukan kebaikan.
b. Nahi Munkar : Mencegah atau
menghalang daripada melakukan perkara-perkara
yang ditegah oleh syarak.
2. Hukum : wajib
3. Sifat pendakwah :
a. Berilmu
b. Beramal dengan ilmu
c. Berakhlak mulia
4. Adab Amar Makruf dan Nahi Munkar
a. Cara berhikmah
b. Mauizah hasanah/nasihat yang baik
c. Berbincang dengan cara yang baik
5. Cara amar makruf dan nahi munkar Rasulullah s.a.w
a. Memilih masa dan tempat yang sesuai
b. Secara diplomasi
c. Meninggalkan perkara yang tidak
memudaratkan untuk kemaslahatan yang lebih
besar
d. Memberi hadiah kepada orang yang baru
berjinak-jinak dengan Islam
e. Melembutkan hati dengan kata-kata,
perbuatan dan muamalah yang baik
f. Memberi kemaafan
g. Menceritakan sesuatu berdasarkan
kisah-kisah umat terdahulu.
6. Hikmat:
a. Hukum dan syariat Allah dapat
ditegakkan
b. Menghapuskan kemungkaran dan gejala
sosial
c. Pembangunan negara berjalan lancar
d. Ekonomi bertambah baik
e. Keselamatan terjamin
f. Mengangkat martabat Islam
g. Memelihara maruah, harta, keturunan
dan hak individu dan awam.
7. Kesan/Akibat tidak melakukan amar makruf dan nahi munkar
a. Umat Islam akan mundur dan dipandang
hina.
b. Kemungkaran dan gejala sosial akan
berleluasa.
c. Negara akan mundur dan pembangunan
tidak dapat dijalankan.
d. Mendapat bala/azab daripada Allah SWT
5. ADAB DI TEMPAT REKREASI
1. Definisi rekreasi :
Kegiatan menyeronokkam yang boleh
menyegarkan kembali kesihatan badan
2. Kategori :
1. Aktif 2. Pasif
Def.: Aktiviti lasak yang
melibatkan ketahanan
fizikal dan mental
Def.: Tidak memerlukan
tenaga fizikal dan
pergerakan yang banyak
Contoh : mendaki,
berkuda
Contoh : bersiar-siar,
berkelah
3. Faedah :
Aspek Jangka Pendek Jangka Panjang
Fisiologi
*menguatkan stamina *ketahanan
daripadaseranga
TINGKATAN 4*mengimbangi mental
*mengeluarkan peluh
n penyakit
*memantapkan
kecergasan
badan
*menguatkan
antibodi
Psikologi
*menenangkan fikiran
*mengurangkantekana
n perasaan
*badan lebih ceria
*otak lebih
cergas
*minda lebih
aktif
*cepat bertindak
Sosiologi
*semangat kerjasama
*memupuk perpaduan
*menguatkan
silaturrahim
*individu aktif
*masyarakat
sejahtera
*negara maju
4. Adab berekreasi :
a. Menutup aurat
b. Menjaga pergaulan antara lelaki dan
perempuan
c. Aktiviti yang tidak bertentangan dengan
syarak
d. Menjaga harta awam
e. Mematuhi peraturan yang ditetapkan
f. Menjaga kebersihan
g. Menjaga alam semula jadi
h. Menghormati pengunjung lain/tidak
mengganggu orang lain.
5. Ciri-ciri tempat rekreasi yang baik
Aspek Contoh
Kemudahan Fizikal
*Musalla, tempat berwuduk
*tandas/bilik air
*tempat istirahat dan penginapan
*kawasan letak kereta, jalan raya dan
telefon awam
Keselamatan
*alat pemadam api
*penguat kuasa undang-undang
*peraturan jelas dan tidak berbahaya
Keistimewaan
*pemandangan/landskap yang cantik
*kedai/gerai
*sesuai untuk semua
aktiviti-lasak/ringan,
perseorangan/berkumpulan, kanak-
kanak/remaja dan orang dewasa
*kawasan khas bagi wanita
6. Perbuatan tidak beradab di tempat rekreasi:
a. Pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan bukan muhram
b. Pendedahan aurat
c. Tidak menjaga kebersihan dan
mencemarkan alam semula jadi.
d. Merosakkan harta awam/vandalisme
7. Strategi pengawalan :
a. Mengenakan denda yang setimpal
b. Penguatkuasaan undang-undang
c. Mengadakan rondaan secara kerap
d. Mengadakan kempen kesedaran,
mengedarkan risalah.
8. Hikmah beradab di tempat rekreasi :
1. Mendapat keredaan Allah
2. Memupuk silaturahim antara pengunjung
3. Melahirkan masyarakat yang cintakan
alam sekitar
TINGKATAN 44. Mengekalkan warisan alam untuk
dinikmati generasi akan datang
5. Menghindar perkara mungkar
6. Menyelamatkan harta awam
6. ADAB MENJAGA KEMUDAHAN
AWAM
1. Definisi kemudahan awam:
Kemudahan yang disediakan oleh pihak
tertentu untuk kegunaan orang ramai
Contoh : telefon awam, dewan orang ramai
2. Adab menjaga kemudahan awam
a. Menggunakannya mengikut peraturan
b. Bertimbang rasa dengan pengguna lain
c. Melaporkan kerosakan
d. Gunakan mengikut keperluan tanpa
pembaziran
e. Bertanggung jawab terhadap
keselamatan kemudahan awam
3. Kepentingan/faedah kemudahan awam
Individu *kemudahan kepada golongan
kurang mampu
*menjamin kesejahteraan hidup
*membantu ketika kecemasan
*menjimatkan perbelanjaan
Masyarakat *menjalin hubungan silaturahim
*menjalin semangat perpaduan
*memupuk sikap toleransi
Negara *menarik pelancong
*menjimatkan peruntukan kewangan
*meningkatkan ekonomi
4. Penyalahgunaan kemudahan awam
a. Menggunakan paip bomba untuk
kegunaan peribadi
b. Membuat panggilan palsu kepada pihak
polis/bomba
c. Membuang sampah merata-rata
d. Menconteng papan-papan tanda
5. Tanggung jawab menjaga kemudahan awam.
a. Perbuatan merosakkan kemudahan
awam adalah satu jenayah dan
berdosa serta dimurkai oleh Allah.
b. Orang yang sering melakukan
vandalisme disebut sebagai al-mufsidun ( )
c. Kesan vandalisme :
i Menyusahkan orang lain
ii Dibenci oleh Allah dan masyarakat sekeliling
iii Menjatuhkan imej negara
iv Kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang
banyak untuk membaik pulihnya.
6. Cara meningkatkan tanggung jawab menjaga kemudahan awam:
a. Kempen kesedaran
b. Menguatkuasakan undang-undang
TINGKATAN 4c. Menerapkan pendidikan awal kepada
kanak-kanak dalam menghargai
kemudahan awam.
7. ADAB MENZIARAHI JENAZAH
1. Adab menziarahi jenazah
a. Berdoa supaya jenazah mendapat
keampunan Allah
b. Menunaikan solat jenazah
c. Memberi pertolongan kepada keluarga
jenazah dalam urusan pengkebumian
d. Melahirkan perasaan dukacita kepada
waris
e. Mengucapkan kata-kata yang boleh
meringankan perasaan dukacita
keluarga jenazah
f. Mengingatkan supaya bersabar atas ujian
Allah
g. Mengucapkan takziah tidak melebihi 3
hari
h. Membanyakkan membaca al-Qur’an dan
berdoa sebelum jenazah dikebumikan
2. Perkara yang dilarang ketika menziarahi jenazah
a. Merasa kesal , meratap/meraung
b. Membebankan keluarga jenazah dengan
permintaan yang mereka tidak mampu
c. Membuat perkara yang menyinggung
perasaan keluarga jenazah
(mengumpat atau bergurau senda)
d. Tidak redha dengan taqdir Allah
# haram meratap/meraung-raung serta merobek-robekkan pakaian, kerana perbuatan ini boleh menyiksa diri mayat dalam kubur.
3. Hikmah menziarahi jenazah
d. Dapat mengeratkan silaturahim dengan
keluarga jenazah
e. Mengurangkan tekanan emosi keluarga
yang kehilangan ahlinya
f. Memberi keinsafan – kematian adalah
sebahagian daripada qadak Allah yang
perlu diterima
g. Dapat menunaikan hak sebagai seorang
muslim ke atas muslim lain
8. ZIKRULLAH PENGUBAT HATI
1. Definisi berzikir :
Mengingati Allah dengan hati, lisan dan
perbuatan
2. Adab berzikir :
a. Menyebut lafaz zikir dengan betul dan
memahami maksudnya
b. Berzikir dalam keadaan bersih dan suci
daripada hadas
c. Zikir dengan lafaz yang terdapat dalam
nas al-Qur’an atau as-Sunah
d. Merasa kehebatan kekuasaan dan
keagungan Allah
e. Menggunakan suara perlahan
f. Perbanyakkan zikir ketika suasana
genting
g. Berzikir menggunakan lafaz tertentu
mengikut keadaan dan tempat
TINGKATAN 4h. Tidak berzikir semasa qadak hajat
3. Sebab perlu beradab ketika berzikir
a. Tidak mengganggu orang lain
b. Untuk mencapai kesempurnaan ibadah
c. Selaras dengan sunah Rasulullah s.a.w
d. Supaya diterima oleh Allah SWT
e. Berdisiplin dalam beribadah
4. Hikmah beradab ketika berzikir
a. Dikasihi oleh Allah
b. Mendapat ketenangan jiwa
c. Mendidik jiwa supaya sentiasa ingatkan
Allah
d. Mendapat pahala
5. Kerugian orang yang tidak berzikir
a. Terdedah kepada perkara yang dimurkai
Allah kerana mudah dikuasai oleh
syaitan dan sukar mengawal nafsu
b. Lupa kepada tanggung jawab terhadap
agama
c. Berada dalam keadaan gelisah
9. ADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W
1. Adab dengan Rasulullah s.a.w
BIL Adab Huraian
a Berselawat kepada
Nabi Muhammad
s.a.w
Bagi menunjukkan
rasa kasih kepada
Baginda.
Untuk memberi
ucapan selamat
bagi menghormati
Baginda.
Antara adabnya :
berselawat dengan
suara yang
sederhana tidak
terlalu nyaring.
b Tawadhuk dan
bersopan santun
Dilarang meninggikan
suara ketika hayat
Baginda
Setelah wafat kita
hendaklah
tawadhuk dan
bersopan ketika
hadis Rasulullah
s.a.w dibacakan
c Menziarahi maqam
Rasulullah s.a.w
Semasa menunaikan
ibadah haji atau
umrah, kita
disunatkan
menziarahi maqam
Baginda yang
terletak di Masjid
Nabawi di Madinah
Maksud hadis :
“Sesiapa yang menziarahi aku selepas kewafatanku seolah-olah dia menziarahiku semasa hidupku”
d Mengasihi para
Sahabat Baginda
Sahabat Rasulullah :
Mereka yang
memeluk Islam dan
sempat berjumpa
dengan Nabi
Muhammad s.a.w
TINGKATAN 4ketika hayanya
walaupun seketika
dan meninggal
dunia dalam
keadaan beragama
Islam
Mereka mendapat
didikan secara
langsung daripada
Rasulullah
Mereka mencintai
Rasulullah
melebihi cintakan
diri sendiri
Kita tidak boleh
mencaci atau
memandang rendah
pendapat mereka.
TINGKATAN 4e Beriltizam dengan
sunah Rasulullah
s.a.w
Kita dikehendaki
mengikut segala
sunah, sama ada
perbuatan,
perkataan, hukum,
sikap dan
pandangan
Rasulullah s.a.w.
Kita hendaklah
memastikan setiap
amalan kita selari
dengan ajaran
Islam untuk
mengelakkan
daripada ditolak
amalan kita.
2. Tingkah laku tidak beradab dengan Rasulullah s.a.w
a. Tidak mentaati perintah Rasulullah s.a.w
b. Bercakap-cakap atau berbuat bising
semasa menziarahi maqam Baginda
c. Tidak mengucapkan selawat ketika nama
Baginda disebut
d. Tidak menghormati Sahabat Baginda
3. Hikmah beradab dengan Rasulullah s.a.w
a. Orang yang mengasihi Rasulullah s.a.w
akan dikasihi Allah
b. Orang yang mengamalkan sunahnya
akan mendapat kesejahteraan hidup di
dunia dan keredaan Allah di akhirat
c. Beradab kepada Rasul mendorong kita
mengamalkan sunahnya.
d. Melahirkan insan beradab sesama
makhluk
e. Mendapat rahmat dan keampunan Allah.
4. Kerugian orang yang tidak melakukan sunah Rasulullah s.a.w
a. Tidak berpeluang menerima syafaat
daripada Rasulullah s.a.w di akhirat
kelak.
b. Merosakkan iman seseorang
c. Tidak berpegang dengan sunah
Rasulullah bererti tidak berpegang
dengan ajaran Allah.
d. Terhapus pahala atas kebaikan yang
dilakukannya