Post on 04-Feb-2017
Pendidikan Berpaksikan JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual) sebagai Matrix
Kritikal Pembasmian Kemiskinan
Dr. Nur Azuki Yusuff Prof. Rosdi Abdul Rahman
Abstrak
Pembasmian Kemiskinan adalah agenda Negara. Daripada pelbagai kaedah
yang dilaksanakan, penulis mendambakan satu kaedah bersepadu dibina dan
dijayakan. Justeru, mengambilkira pengalaman, kaedah bersepadu dibina dari
kajian profiling yang pernah dilaksanakan bersama kumpulan fokus group di
bawah Jabatan Perdana Menteri, JPPK. Pengukuran berskala kualitatif dengan
mengambilkira matrix kritikal jasmani, emosi, rohani dan intelektual telah
dilakukan. Berdasarkan pengukuran impak, kedapatan komuniti miskin berulang
dan yang enggan keluar dari garis kemiskinan, mereka sememangnya
bermasalah komponen bersepadu JERI. Justeru, Semakan semula modul
pemantapan dan pengisian kerohanian dan emosi/motivasi/jihad miskin dari
sudut keberkesanan perlu dilakukan agar boleh selaraskan oleh pihak tertentu
yang lebih professional bagi tujuan pelaksanaan dan pengukuran impak
bersepadu. Penulis menyediakan cadangan model pendidikan JERI bagi tujuan
pembasmian kemiskinan oleh pelbagai agensi lain dari semua sudut tanpa
mengenepikan pendekatan sedia ada.
Kata kunci: pendidikan, jasmani, emosi, rohani, intelektual dan pembasmian kemiskinan
Pendahuluan
Pendidikan berpaksikan JERI (Jasmani, emosi, rohani dan intelektual) sebetulnya bukan
perkara baru. Ia terdapat dalam falsafah pendidikan negara dan menjadi teras pendidikan
bersepadu. Namun, sepanjang pengamatan, belum terdapat usaha jelas melihat isu
pembasmian merujuk kepada teras tersebut. Justeru, penulis bersama rakan penyelidik
telah menjalankan penyelidikan pilot di bawah Institut Penyelidikan dan Pengurusan
Kemiskinan (InsPeK) UMK sepanjang awal tahun 2015 hasil persetujuan mesyuarat Focus
Group bil. 2/2015 berikutan laporan kajian UMK terdahulu (30 Oktober 2014, kertas
bil.2/10/2014). kesepakatannya agar penemuan yang dibentangkan dari sampel jajahan
Bachok nanti berbentuk generik, diperincikan sehingga keadaan, masalah serta cadangan
penyelesaian yang spesifik dapat dibangunkan.
Pengumpulan data pilot profiling ini berlaku beberapa peringkat, pertamanya semasa
sesi Dialog, pengukuhan instrumen dan melengkapkan data dilakukan sesi temubual
telefon, seterusnya sesi wawancara dan perbincangan bersama kepimpinan komuniti
Bachok dan bersama ahli bersekutu InsPeK. Daripada 587 peserta e-Kasih miskin tegar di
Bachok penyelidik hanya memilih 117 peserta. Namun daripada jemputan yang dibuat,
hampir 100 orang yang hadir pada sesi dialog 7hb. April tersebut dan selebihnya berjaya
ditemubual di luar sesi dan disahkan semula data melalui perbualan telefon. Akhirnya
seramai 111 orang yang memberikan komitmen maklumat yang diperlukan dalam kajian ini.
Angka ini melepasi syarat yang ditetapkan sebelum ini iaitu 80 orang ukuran capaian
kebolehpercayaan data.
Secara ringkasnya Model Kajian 1 adalah sebagaimana berikut:
Demografi responden yang dijadualkan mengikut kerjaya/industri/sumber
pendapatan Pertanian, Penternakan, Perikanan, Buruh dan makan gaji. Namun untuk
perbincangan dalam kertas ini, cukup sekadar penulis mengumpulkan kesemuanya pada
kumpulan dapatan yang sama. Seramai 111 informan ini mengambilkira penempatan mukim
terlibat di jajahan Bachok iaitu: Tawang, Perupok, Jelawat, Bekelam, Telong, Mahligai,
Tanjong, Gunong dan Melawi. Perincian analisis akan menjawab lansung kepada
pengkelasan objektif kajian iaitu: Profil khusus dan spesifik mengikut daerah dan 4 sektor
(pertanian, penternakan, perikanan dan buruh/makan gaji) dan Pembinaan Matrix faktor
kritikal untuk kejayaan.
Keperluan Penilaian Semula Program Pelaksanaan.
Peserta program pembasmian kemiskinan yang sudah dilaksanakan telah dinilai pandangan
terhadap agensi pemberi bantuan. Berdasarkan dapatan, walaupun agensi pemberi bantuan
telah memberi seadanya mengikut kemampuan mereka dan kelayakan penerima, hanya 36
peserta yang memandang baik. Sebaliknya seramai 75 peserta masih memandang negatif
terhadap mereka.
Angka responden
Positif 36
Negatif 75
111
Jadual 1:
Walaupun ramai tidak berpuas hati, mereka tidak berani menyatakan alasan dalam sesi dialog yang diadakan. Hanya menyatakan kekecewaan dan mengharapkan yang lebih
baik. Perbincangan seterusnya adalah saling berkait apabila ditimbulkan isu kenapa agensi tersebut masih gagal mengeluarkan anda dari garis kemiskinan.
Langkah
tindakan
Dialog
Balairaya
Diagnosis, bentuk profil
masalah secara khusus
dan spesifik
Nilai semula program
dan buat cadangan
penyelesaian
Kenalpasti
Budaya
Halang
Proses analisis
Penilaian
berpanjan
gan/impak
& solusi
pendekatan
baru yang
lebih spesifik
sesuai
dengan profil
yang dibentuk
Angka responden
masalah organisasi 75
masalah diri sendiri 36
111
Jadual 2:
Ketepatan data diperakui apabila daripada 75 peserta yang tidak berpuas hati dalam
item sebelum ini, sebanyak angka tersebut juga melihat kegagalan mereka keluar dari garis
kemiskinan disebabkan agensi. Walaupun agensi dilihat bermasalah atau dipersalahkan,
ketika diperincikan dalam sesi dialog sebetulnya paling ketara masalah wujud disebabkan
diri sendiri.
Antara kesilapan yang mereka telah lakukan adalah sebagaimana berikut:
Angka responden
kesilapan pengurusan dan pentadbiran 69
kesilapan diri sendiri 38
kesilapan keluarga 2
kesilapan masyarakat 2
111
Jadual 3: Item ini sekali lagi melihat kesalahan kepada agensi walaupun kesilapan diri,
keluarga dan masyarakat wujud. Antara beberapa cadangan penambahbaikan oleh responden mengikut keutamaan matrik kritikal JERI adalah seperti dalam jadual 4:
Cadangan Kekerapan Komponen JERI
Memberi kemahiran dan latihan 1 J, I
Mengadakan program yang berkesan 1 E, I
Memberikan khidmat nasihat 1 E, R, I
Bantuan secara berterusan 3 J
Bantuan dari segi yang pelbagai 3 J
Pemantauan berkala 2 I
Soal selidik dan kajian tentang tahap kemiskinan diteruskan 1 I
Beri bantuan mesin 4 J
Penambahbaikan rumah 3 J
Menampung modal 2 J
Mahukan motosikal roda 3 untuk mengisi kelapa 1 J
Jadual 4:
Berdasarkan jadual 4, penulis dapat melihat pemberat daripada cadangan penambaikan program oleh responden yang masih mencadangkan aktiviti rutin yang sudah biasa dilaksanakan. Justeru, sudut pandang mereka perlu dilihat semula.
Daripada perbincangan awal ini, jelaslah bahawa komuniti miskin masih tidak
mampu memikirkan cara terbaik untuk mereka. Pengkaji seterusnya mengambil inisiatif
dengan mengumpulkan sebahagian besar pandangan berkaitan kemiskinan untuk dilihat
keterkaitan mereka berkenaan paksi JERI.
Bukti Kewajaran Pembinaan Matrix Faktor Kritikal Pembasmian Kemiskinan
Berpaksikan JERI
Pembinaan matrix adalah mengambilkira data dokumentasi ilmiah sedia ada. Langkah awal
diambil ialah merujuk kepada definisi dan konsep kemiskinan yang dikemukakan para
intelektual. Berikut adalah perincian definisi dan konsep dari beberapa sumber merujuk
kepada profiling JERI:
Sumber Definisi Konsep JERI
Chamhuri Siwar dan Mohd. Haflah Piei, 1988
tidak berharta, serba kekurangan: barang keperluan hidup, melarat/ papa. Rendah taraf kesihatan, pendapatan, pengangguran, keadaan perumahan yang tidak selamat, taraf pendidikan. Tidak menikmati keperluan moden, pekerjaan yang tidak terjamin, sikap hidup yang negatif dan fikiran yang kolot.
“sindrom situasi” unsur-unsur kekurangan dari persekitaran ekonomi dan sosial serta matlamat umum masyarakat
J E R I
UN-HABITAT ,2003
Fenomena kekurangan dari pelbagai dimensi. Didiskriminasi daripada masyarakat, hilang rasa kesepunyaan kepada masyarakat dan menjurus kepada menjadi mudah terdedah kepada jenayah bandar.
anggapan diketepi daripada proses buat keputusan dalam masyarakat.
J E R I
Seragledin (1989 dan Robert MacNamara
pendapatan seseorang itu lebih rendah daripada piawaian menyebabkan timbul satu keadaan yang dilabelkan sebagai di bawah apa-apa konsep maruah kemanusiaan. Kemiskinan relatif melibatkan mereka yang hanya, 30 atau 40% pengagihan pendapatan sesebuah negara adalah kepada golongan ini mempunyai sumber pendapatan yang sangat terhad menyebabkan mereka kurang untuk melibatkan diri dalam masyarakat. Golongan ini terpinggir secara efektif daripada arus perdana masyarakat.
dua sudut: Kemiskinan mutlak (tidak boleh mendapat keperluan minima asas kehidupan seorang insan ikut piawaian) dan kemiskinan relatif (memperolehi keperluan asas minimum)
J I
Anita Md Shariff, 2011
Islam mengklasifikasikan jelas untuk membolehkan golongan ini mendapat bantuan kerajaan daripada kutipan zakat. Ia indikator kuantitatif bagi mengukur kemiskinan.
fakir dan miskin J
Moser, 1997 pelbagai kekurangan ketara merangkumi ketidakcukupan/ ketidakstabilan pendapatan isirumah, hasilnya penggunaan yang tidak cukup. Kegagalan memperoleh kemudahan dan barang keperluan asas, perumahan yang berkualiti rendah yang menyebabkan penghuninya mudah terdedah kepada masalah kesihatan, jenayah dan bencana alam semulajadi dan diskriminasi serta kemudahan yang terhad kepada pasaran buruh terutamanya kepada wanita dan kumpulan
pelbagai dimensi kekurangan ketara merangkumi perkara seperti ketidakcukupan atau ketidakstabilan.
J E R I
etnik tertentu.
Abu Sufian: 1998
Tiada definisi yang boleh dikatakan neutral. Ia satu konsep yang sukar ditakrif dan diukur. Ia hanya wujud dalam fikiran; maksudnya seseorang itu adalah miskin apabila ia merasakan/memikirkan dirinya miskin. Ia terlalu subjektif dan boleh menafikan keadaan sebenar, kerana dalam masyarakat wujud orang miskin yang berharta serta hidup senang berbanding dengan orang lain yang hidup dalam kesempitan.
perkara subjektif yang tidak lari dari pertimbangan nilai
E R I
Kemiskinan relatif ada hubungkait dengan ketaksamaan dalam agihan pendapatan kerana penilaian kebajikan seseorang bergantung kepada kebajikan orang lain yang dijadikan sebagai perbandingan. Kemiskinan mutlak ada hubungan dengan konsep keperluan asasi, Oleh itu, konsep kemiskinan relatif mempunyai kebaikan dari segi rujukan terhadap ketaksamaan ekonomi dan sosial dalam masyarakat. Kedua-dua konsep kemiskinan ini ada implikasi politik tersendiri.
Kemiskinan mutlak dan relative
J E I
Husin Ali, 1983
Dua keperluan hidup bagi manusia moden iaitu keperluan asasi (iaitu makanan, tempat tinggal dan pakaian) dan keperluan sosial (seperti pendidikan, perubatan, bekalan api dan air serta kenderaan). Kurang mendapat keperluan asasi dan sosial.
2 kategori; miskin (tiada keperluan sosial) dan miskin kronik (tiada keduanya)
J
Bank Dunia Peminggiran dari kesempurnaan hidup. Secara tradisinya diertikan sebagai peminggiran material yang berkait rapat dengan kekurangan pendapatan dan kekurangan penggunaan. kedua-dua faktor ini selari dengan kekurangan zat makanan dan keadaan hidup yang daif. pendapatan yang rendah, mengakibatkan kesusahan, ketidakmampuan seseorang memenuhi keperluan hidup . Tahap kesihatan dan pendidikan yang rendah merupakan faktor dan juga akibat daripada kemiskinan
Umumnya masalah sosioekonomi. definisi yang lebih tepat dan diterima ramai adalah kemiskinan yang berkait dengan kemiskinan kemanusian
J E
Altimir, 1982 Amat bergantung kepada sistem nilai dan tujuan politik yang digunakan ketika meneliti masalah kemiskinan
bersifat normative E I
Kamal Salih, 1983
Tiada keupayaan pendapatan, kesampaian kepada sumber-sumber kuasa sosial (contohnya kuasa bersuara, politik, pemilikan punca pengeluaran, pendidikan) dan tidak menikmati keperluan asas (seperti perlindungan, perumahan, pendidikan asas, kesihatan, pekerjaan) yang mengcukupi. Konsep keperluan asasi mesti mengandungi dua unsur penting iaitu; keperluan minimum isirumah (diperolehi melalui perbelanjaan penggunaan seperti makanan, pakaian dan keperluan rumahtangga) dan perkhidmatan
Tiada sumber kuasa dan keperluan asas.
J E
penting (seperti bekalan air, elektrik, pengangkutan awam, kesihatan, pendidikan dan lain-lain).
Uni. York, England dan Shukri Abdullah, 1992
Pendapatan ahli keluarga itu tidak mengcukupi untuk mendapatkan keperluan asasi dan keperluan harian lain yang diperlukan untuk sekurang-kurangnya mengekalkan peringkat subsisten atau cukup hidup.
ketidakcukupan pendapatan keluarga ke tahap minimum/ penuhi keperluan asas
J
Todaro, 2003 dan Amartya Sen, 1998
Tidak wajar diukur daripada pendapatan yang diterima, kebendaan secara fizikal yang dipunyai dan kemudahan yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu. Namun tahap kemiskinan boleh dijelaskan oleh individu.
Penilaian empunya diri.
E R I
Satterthwaite (2001
Kurang atau tiada: Pendapatan, pemilikan asset, tempat tinggal, infrastruktur awam, perkhidmatan asas, jaringan keselamatan, perlindungan dan kuasa politik dan sebagainya.
Kurang atau tiada. J
World Bank, 1988
Disebabkan buang/berhenti kerja oleh majikan swasta/kerajaan. Miskin biasa; individu/ keluarga bekerja di bandar (industri pembuatan/perkhidmatan) tanpa sebarang kepakaran, Pendapatan tidak di bawah paras kemiskinan tetapi jika berlaku peningkatan harga barang keperluan menyebabkan mereka berada di bawah paras kemiskinan. Miskin tegar adalah sangat miskin, dengan peningkatan kos hidup menyebabkan kehidupan mereka meruncing. Ia juga disebabkan oleh proses peralihan dari luar bandar ke bandar, dan bukannya keadaan-keadaan tertentu dalam penempatan bandar.
tiga jenis; baru menjadi miskin (the new poor), miskin biasa (borderline poor) dan miskin tegar (chronic poor).
J I
Mitlin, 2003 miskin tegar kemungkinan hidup dalam keadaan ekonomi dan politik yang pelbagai, dan menghadapi peluang kehidupan dan keadaan fizikal yang berbeza.
Miskin tegar seperti tiada peluang.
J I
Hulme, Moore dan Shepherd, 2002
Ciri penentu kemiskinan tegar adalah tempoh kemiskinan yang berterusan. Kemiskinan tegar dan pelbagai dimensi tetapi tidak berterusan, sebenarnya adalah tidak tegar. Mereka mencadangkan bahawa untuk berada dalam keadaan tegar, kemiskinan mesti berterusan untuk sekurang-kurangnya lima tahun.
Miskin tegar; kekal miskin lebih 5 tahun.
J I
Ungku Aziz, 1964; Chamhuri Siwar dan Mohd. Haflah Piei, 1988
Miskin luar bandar hidup dalam serba kekurangan disebabkan factor tahap pendidikan rendah, tiada kemahiran kerja dan pengaruh keturunan. Pada 1970-an; miskin bandar ialah pendapatan purata isi rumah RM428, manakala miskin luar bandar; RM200.
Fenomena sosial yang universal dan berlaku di semua Negara. Miskin bandar dan luar bandar.
J
Yang diguna pakai kerajaan Malaysia.
kemiskinan mutlak diukur menggunakan perbandingan antara pendapatan kumpulan isirumah dengan tahap PGK. PGK ditentukan berasaskan kepada taraf hidup penduduk
-pendapatan garis kemiskinan (PGK) -Ambang Pendapatan Garis
J
negara ini. Ia satu jumlah pendapatan minimum untuk membolehkan sesebuah isirumah, secara purata, menampung keperluan makanan, pakaian dan perbelanjaan asas (spt: sewa, bahan tenaga, pengangkutan, perhubungan, kesihatan dan rekreasi). Sementara darjah kemiskinan pula dibahagikan berdasarkan tingkat pendapatan yang diterima dengan PGK. Pendapatan di bawah dari PGK dikatakan sebagai miskin sementara individu yang menerima pendapatan kurang separuh dari PGK dikatakan sebagai termiskin atau miskin tegar. Secara tradisinya, kemiskinan dengan merujuk kepada PLI iaitu keperluan minimum untuk makanan oleh seisi rumah dan barangan bukan makanan. Keluarga yang hidup di bawah PLI adalah mereka yang hidup dalam kemiskinan, manakala mereka yang hidup di bawah PLI makanan diklasifikasikan sebagai golongan miskin tegar. Pada masa lalu, satu daripada kekurangan yang pernah dihadapi ialah bagi menyepakati mengenai PLI (kumpulan miskin sasaran) dalam kalangan pelbagai kementerian dan agensi. Selepas mengkaji kaedah yang digunakan di negara lain, didapati penetapan takrifan baru berdasarkan keadaan sosio-ekonomi khusus Malaysia, yang digunapakai oleh semua kementerian dan agensi:
Kemiskinan (PLI) -Isirumah Berpendapatan Rendah (LIH) • LIH: isirumah berpendapatan kurang atau bersamaan RM2,000 sebulan, (mewakili 75% median pendapatan di Malaysia; Ia ditakrifkan sebagai jumlah purata nasional). •Miskin; isirumah berpendapatan kurang atau bersamaan RM750 sebulan. Ini adalah berdasarkan PLI dan adalah jumlah purata nasional
•Miskin Tegar: isirumah berpendapatan kurang atau bersamaan RM440 sebulan. Ini adalah berdasarkan PLI makanan dan adalah jumlah purata nasional.
Jadual 5:
Berdasarkan jadual 5, jelas bahawa komponen matrik kritikal JERI terdapat dalam definisi
dan konsep kemiskinan oleh para intelektual. Namun didapati ianya tidak konsisten kerana
terdapat kelompongan idea bersepadu. Begitu juga sebahagian besar melihat kemiskinan
hanya dari sudut ekonomi dan keperluan fizikal sahaja berbanding keperluan yang lebih
mendesak iaitu spiritual, kerohanian dan emosi jati diri.
Ringkasannya dapat dirumuskan berdasarkan Model Pendidikan/profiling definisi dan
konsep Kemiskinan yang disediakan di sebelah. Sekiranya Dimensi Lama itu masih kekal
sebagai strategi pembasmian kemiskinan, penulis menjangkakan masalah kemiskinan
sekadar dikurangkan sahaja bahkan agak rumit untuk dibasmi.
.
Model 2: Profiling konsep dan definisi Kemiskinan Sedia ada
Model yang disediakan di atas lebih bersifat pandangan penulis apabila meneliti
kebanyakan definisi dan konsep yang diketengahkan sebahagian penulisan terdahulu.
Pengklasifikasian miskin mengambilkira isu fizikal dan nilai. Sebahagiannya memenuhi
pencapaian yang diinginkan oleh pihak kerajaan. Namun ada juga yang perlu semakan dan
penilaian semula.
Secara lebih jelas, penulis menggambarkan bahawa struktur matrik kritikal
pendidikan JERI kini (lama) nampak berterabur dan kurang terfokus. Walaupun dalam
pengkaedahan pendidikan ia masih boleh digunapakai, namun sekiranya ditambahbaik
adalah lebih sempurna dan berkesan.
Model 3: Kaedah Pendidikan Lama
Peserta
Miskin
Tegar E-
Kasih
Fizikal
Nilai
Personaliti/ kerohanian
Psikologi/ Diskriminasi
Ketidakcukupan
Sosio ekonomi
Barangan
Seminar/Ceramah
Jaminan
Bengkel/kem
Latihan
Pelbagai
Kewangan
Jasmani/
Intelektual/
kemahiran
Peserta
Miskin
Tegar E-
Kasih
Nilai/
Rohani
Emosi
Model yang disediakan di atas lebih bersifat pandangan pengkaji apabila meneliti
sebahagian penulisan terdahulu. Pengklasifikasian miskin mengambilkira isu fizikal dan nilai
yang meletakkannya pada 3 tahap:
Model 4: 3 Tahap Miskin
Sepanjang penelitian dokumentasi, komponen jasmani, emosi, rohani dan intelektual
sudah difikirkan oleh para pengkaji dan kepimpinan masyarakat. Namun ia wujud secara
terpisah dan focus profil masih tertumpu kepada punca fizikal dengan alasan ia mudah
diukur.
PENILAIAN SEMULA PROGRAM PELAKSANAAN Mengambilkira Pendidikan
Berpaksikan JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual) sebagai Matrix Kritikal
Pembasmian Kemiskinan
Matrix dibina mengambilkira strategi sedia ada pembasmian kemiskinan, kemudiannya
diubahsuai supaya lebih mantap.
Model 5: Cadangan Pendidikan
Kemiskinan Negeri Kelantan
(Dimensi Baru) Berdasarkan
Matrik Kritikal JERI
mutlak/tegar/ fakir (chronic)
miskin/ relatif (border line)
mudah miskin (New)
Ekstrinsik
Ekstrinsik
Ekstrinsik
Instrinsik
Instrinsik
Instrinsik
Instrinsik
Ekstrinsik
Jasmani
Peserta
Miskin
Tegar E-
Kasih
Emosi
Rohani
Intelektual
Kewajaran di sebalik keperluan pendidikan pembasmian kemiskinan dengan
mengambilkira matrik kritikal JERI ialah kerana nampak jelas keperluan emosi dan rohani
tinggi responden. Berdasarkan dapatan awal di Bachok, bilangan responden yang memilih
jawapan bagi setiap item pro negative (x) (1207) adalah melebihi jawapan pro positif (y)
(1115). Ini bermakna jika dibina skala negatif ke positif pada nominal 10. Peserta miskin
tegar e-kasih ini berada pada skala 4.
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
_____+____+____+_____+____+____+____+____+____+_____+
1 1207 2322
Skala 1: Pemberat jawapan responden daripada (0) negative dan (10) positive.
Kalau boleh diperincikan di sini bahawa secara keseluruhan, kekuatan komponen
semua JERI didominasi oleh kumpulan buruh, makan gaji dan perikanan berbanding
penternakan dan pertanian. Kumpulan pertanian hanya memiliki 46 mata terkumpul dari 21
item iaitu secara puratanya pada skala 2.2. Bagi ukuran jasmani, kumpulan penternakan
lebih baik (14) berbanding buruh (13) dan pertanian (12). Begitu juga perikanan yang hanya
pada mata 11. Pengukuran emosi, kumpulan buruh lebih baik (17) berbanding kumpulan
perikanan dan pertanian. Manakala kumpulan penternakan hanya memiliki 12 mata. Bagi
pengukuran rohani, kumpulan perikanan lebih baik (14) berbanding buruh dan penternakan.
Kumpulan pertanian berada pada tahap paling bawah dengan 9 mata sahaja. Manakala
bagi pengukuran intelektual, kumpulan perikanan lebih terpelajar (15) daripada kumpulan
penternakan (13). Buruh makan gaji dan kumpulan pertanian hanya pada 11 mata.
Perbandingan melibatkan kekuatan ekstrinsik dan instrinsik pula menunjukkan
kumpulan penternakan dan perikanan lebih kuat (27) ekstrinsiknya berbanding buruh (23)
dan pertanian (22). Manakala bagi ukuran perbandingan instrinsik, kumpulan buruh makan
gaji lebih baik (31) berbanding kumpulan perikanan (27), penternakan (25) dan pertanian
(24).
Rumusan
Setelah beberapa bulan mengumpul dan menganalisa data dari mesyuarat kumpulan kerja
tetap (INTI), penyelidik bersekutu dan penyelidik bersama InsPeK serta sesi dialog dan
wawancara bersama 111 peserta e-kasih miskin tegar Bachok. Cadangan pendidikan yang
lebih spesifik sesuai dengan profil yang dibina diketengahkan.
Semua pihak mesti berganding bahu merealisasikan aspirasi negara dalam usaha
pembasmian kemiskinan. Sepanjang pengamatan pengkaedahan. Majlis tindakan seperti di
bawah Jabatan Perdana Menteri kini dan Majlis Tindakan Kerajaan Negeri boleh
diperkasakan.
Beberapa keperluan pendidikan bagi menangani isu berbangkit ialah:
1. Penyenaraian peserta e-kasih dan kaedah pemutihan boleh dimantapkan dengan
sistem pemantauan/pengukuran berskala kualitatif dengan mengambilkira
pengamatan jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
2. Semakan semula modul pemantapan dan pengisian kerohanian dan
emosi/motivasi/jihad miskin dari sudut keberkesanan agar boleh selaraskan oleh
pihak tertentu yang lebih profesional bagi tujuan pelaksanaan dan pengukuran
impak.
Rujukan
Abu Sufian Abu Bakar (1998), Peranan Baitulmal Dalam Mengatasi Masalah Kemiskinan
Bandar dalam kalangan Umat Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Disertasi
Sarjana Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya
Amartya Sen (penerima anugerah dalam bidang ekonomi 1998) dalam Michael P. Todaro
(2003), Stephen C. Smith, Economic development, Addison Wesley, Business &
Economics, books Google.com
Anita Md Shariff, Wan Noor Hazlina, Norudin Mansor And Kamaruzaman Jusoff (2011) A
Robust Zakah System: Towards A Progressive Socio-Economic Development In
Malaysia. Middle-East Journal Of Scientific Research 7(4): 550-554
Chamhuri Siwar dan Mohd Haflah, 1988b. Isu, Konsep dan Dimensi Kemiskinan (Kumpulan
Rencana Tentang Kemiskinan), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ekstrinsik
Ekstrinsik
Ekstrinsik
Instrinsik
Instrinsik
Instrinsik
Instrinsik
Ekstrinsik
Jasmani
Peserta
Miskin
Tegar E-
Kasih
Emosi
Rohani
Intelektual
Di peringkat
penelitian semula
idea dari pelbagai
pihak. Antaranya:
kaedah yg dilakukan
oleh Yayasan
sejahtera,
pengurusan Zakat
MAIK dan beberapa
kejayaan agensi
terlibat.
David Satterthwaite (2001: 146) Environmental governance: a comparative analysis of nine
city case studies, DOI: 10.1002/jid.824, John Wiley & Sons, Ltd.
Diana Mitlin (2003) The Economic and Social Processes influencing the Level and Nature of
Chronic, Poverty in Urban Areas. http://www.chronicpoverty.org/publications/
Kamal Salih, 1983/1984. "Konsep, Definisi dan Pengukuran Kemiskinan", dalam Institut
Pertanian Malaysia (AIM), Kemiskinan Luar Bandar, Kuala Lumpur
Moore, K., K Bird, Hulme, D., A Shepherd. Chronic Poverty and Remote Rural Areas,
Chronic Poverty Research Centre Working Paper 13. Vol. 13. 2002.
http://www.chronicpoverty.org/pdfs/13Bird_et_al.pdf.
Moser, C and J Holland (1997), Urban Poverty and Violence in Jamaica, World Bank,
Washington DC
Moser, C (1997), “Household responses to poverty and vulnerability. Volume 1: confronting
crisis in Cisne Dos, Guayaquil, Ecuador”, Urban Management Program Policy Paper
No 21, World Bank, Washington DC
Oscar Altimir (1982) The extent of poverty in Latin America, World Bank staff working
papers. Amazon's.com. Book Store
Serageldin, Ismail. (1989). “Poverty, Adjustment, And Growth In Africa.” Washington, D.C.:
The World Bank
Shukri Abdullah, (1992) Strategi pembangunan desa Semenanjung Malaysia (Siri strategi
pembangunan desa) www. Amazon.com Book Store
Survey Belanjawan Isirumah (HES) (EPU, 2006, p.327-330)
Syed Hussin Ali, 1983/1984. "Aspek Sosiologikal Dalam Kemiskinan", dlm. Institut
Pertanian Malaysia (AIM), Kemiskinan Luar Bandar, Kuala Lumpur
United Nations Human Settlement Programme (2003), Slums of the World: The Face of
Urban Poverty in the New Millenium, Nairobi, Kenya: dalam www.unhabitat.org/
Ungku Abdul Aziz, 1965. "Poverty, Proteins and Disguised Starvation", Kajian Ekonomi
Malaysia, Vol.1, No.1, Jun.