Post on 21-Jun-2019
PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME
DALAM KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA
PELAJARAN TEKNIKAL
AMIRUDIN BIN YUSOF
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENDEKATAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME DALAM
KALANGAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN
TEKNIKAL.
AMIRUDIN BIN YUSOF
Laporan Projek Ini DikemukakanSebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kejuruteraan Awam )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
ii
iii
DEDIKASI
Buat mak dan ayah yang sentiasa di hati dan dikasihi, Yusof Bin Abd. Wahab
&
Che Rehan Binti Mansor
Berkat doa, restu dan kasih sayang kalian menjadi aset kejayaan
berharga buat anakanda.
Sekalung ijazah anakanda hadiahkan buat kalian berdua.
Juga kepada abang-abang dan adik-adik tersayang, Mohd yunus bin Yusof
Mohd Sofian Bin Yusof
Hidayah Binti Yusof
Mohd Saufik Bin Yusof
Keceriaan kalian menjadi penghibur di kala kesunyian
Juga rakan-rakan seperjuangan, Pelajar-pelajar SPA, SPE & SPJ (2009-06)
Pertolongan, galakan dan semangat yang diberikan tak kan ku lupakan
Terima Kasih Atas Segala-Galanya… Kejayaan Ini Adalah Milik Kita
Bersama…
Semoga Diberkati Allah… Insya Allah…
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Alhamdullilah, segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan
limpah rahmat dan hidayahNya, penyelidik berjaya menyempurnakan Projek Sarjana
Muda (PSM). Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
pesuruh Allah yang amat dikasihi. Pada kesempatan ini penyelidik merakamkan
setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada penyelia penyelidikan iaitu Prof. Madya
Dr. Yahya Bin Buntat yang tanpa rasa jemu memberikan panduan, bimbingan, tunjuk
ajar dan nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang
mengetahui dan dapat membalas jasa-jasa yang sangat besar ertinya ini. Ucapan
penghargaan juga ditujukan khas buat abah dan emak yang sentiasa mendoakan
kejayaan serta banyak memberi dorongan, sokongan dan menghulurkan bantuan
yang tidak mampu dibalas. Terima kasih juga diucapkan kepada adik beradik yang
sentiasa berdoa dan menyokong. Sekalung penghargaan juga diberikan kepada
pihak-pihak sekolah yang terlibat dalam kajian ini, Jabatan Pelajaran Johor dan
Jabatan Pelajaran Pahang serta Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia yang komited memberikan kerjasama
kepada penyelidik semasa kajian ini. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada
rakan-rakan yang banyak membantu dalam menyiapkan kajian ini khususnya kepada
rakan sekelas yang telah banyak menghulurkan bantuan dan pandangan kepada
penyelidik dalam menyiapkan kajian ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih
diucapkan kepada sesiapa yang terlibat dalam kajian ini sama ada secara langsung
mahupun tidak langsung.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah untuk meninjau pendekatan pembelajaran secara
konstruktivisme dalam kalangan guru-guru teknikal bagi mata pelajaran teknikal.
Seramai 47 orang guru yang mengajar mata pelajaran Pengajian Kejuruteran Awam,
Elektrik dan Mekanikal di 6 buah sekolah menengah teknik di Negeri Johor dan
Pahang dijadikan sampel kajian. Kaedah tinjauan adalah menggunakan borang soal
selidik sebagai instrumen kajian. Data diproses dan dianalisis menggunakan perisian
SPSS versi 12.0 (Statistical Package for Social Sciences) dan dinyatakan dalam
bentuk peratusan, kekerapan dan min. Kajian ini mendapati guru-guru teknikal
memahami dan mengaplikasikan pembelajaran secara konstruktivisme di dalam
kelas (min = 4.19). Selain itu, keadaan pelajar yang telah dikenalkan dengan
pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme menujukkan mereka lebih faham
(min = 3.98) dan kelihatan lebih aktif (min = 3.94) sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Manakala, kesediaan fasiliti di sekolah juga telah
menggalakkan guru-guru teknikal melaksanakan pendekatan pembelajaran secara
konstruktivisme (min = 3.95). Walaupun, pendekatan pembelajaran secara
konstruktivisme ini dijalankan oleh guru-guru teknikal tetapi masih ada sedikit
permasalahan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakannya (min = 3.31).
vi
ABSTRACT
The aim of this study was to find out the approach of constructivism learning
in technical teachers for technical subject. A total of 47 technical teachers that
teaching subject Civil Engineering, Electrical Engineering and Mechanical
Engineering in 6 technical schools at state of Johor and Pahang were involved in this
study. Questionnaires were used as the research instrument and the data were to yield
frequencies, percentage and mean by using software Statistical Package for Social
Sciences (version 12.0). This research show that the technical teacher understand and
applied constructivism learning in their class (mean = 4.19). Other than that,
technical students was exposed to this learning approach shows high understanding
(mean = 3.98) and more active (mean = 3.94) during teaching and learning process.
While the facilities preparedness in schools had encouraged technical teacher to use
or apply constructivism learning approach (mean = 3.95). However, this approach
has been conducted by technical teachers but they still had some problems faced by
teacher that have been using it (mean = 3.31).
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 9
viii
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 11
1.8 Definasi 12
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Apakah Konstruktivisme 14
2.3 Aplikasi Daripada Pengertian Konstruktivisme 16
2.4 Ciri-ciri Pembelajaran Secara Konstruktivisme 17
2.5 Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme 18
2.5.1 Berfikir 18
2.5.2 Faham 19
2.5.3 Ingat 19
2.5.4 Yakin 19
2.5.5 Kemahiran Sosial 19
2.5.6 Seronok 20
2.6 Peranan Murid Dan Guru Serta Cabaran Dalam
Kelas Konstruktivisme 20
2.6.1 Peranan Murid 20
2.6.2 Peranan Guru 21
2.6.3 Cabaran Guru Kontruktivisme 22
2.7 Perbezaan Antara Behaviorisme, Kognitivisme
Dan Konstruktivisme 22
2.8 Sekolah Menegah Teknik Dan Pendidikan
Teknikal 26
2.9 Guru-Guru Teknikal 28
2.10 Kesedian Fasiliti Di Sekolah 29
2.11 Kajian-kajian Lepas 31
2.12 Kesimpulan 32
ix
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 33
3.2 Rekabentuk Ujian 34
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 34
3.4 Tempat Kajian 35
3.5 Kaedah Pengumpulan Data 35
3.6 Instrument Kajian 36
3.6.1 Bahagian A 36
3.6.2 Bahagian B 36
3.7 Kajian Rintis 38
3.8 Prosedur Kajian 38
3.9 Analisis Data 40
3.10 kesimpulan 42
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 43
4.2 Keputusan dan Analisis Data Bahagian A 44
4.2.1 Nama Sekolah 44
4.2.2 Jantina 46
4.2.3 Mata Pelajaran Yang Responden Ajar 46
Di Sekolah
4.2.4 Pengalaman Mengajar 47
4.2.5 Kelayakan Iktisas 48
4.2.6 Latar Belakang Pendidikan Guru 49
4.2.7 Kehadiran Kursus Berkaitan Strategi 50
Pengajaran Dan Pembelajaran
4.3 Keputusan dan Analisis Data Bahagian B 51
x
4.3.1 Soalan Kajian 1: Apakah Guru-guru 52
Teknikal Memahami Pendekatan
Pembelajaran Secara Konstruktivisme Dan
Mengaplikasiannya Dalam Mata Pelajaran
Teknikal Di Sekolah Menengah Teknik?
4.3.2 Soalan Kajian 2: Bagaimanakah Keadaan 55
Pelajar-pelajar Teknikal Yang Telah
Terlibat DenganPendekatan Secara
Konstruktivisme Dari Segi Kefahaman
Mereka Terhadap Ilmu Yang Diajar?
4.3.3 Soalan Kajian 3: Bagaimanakah Keadaan 58
Pelajar-pelajar Teknikal Yang Telah
Terlibat Dengan Pendekatan Secara
Konstruktivisme Dari Segi Keaktifan
Di Dalam Kelas Sewaktu Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran
Sedang Berlangsung?
4.3.4 Soalan Kajian 4: Apakah Kesediaan 60
Fasiliti Di Sekolah Menggalakkan Guru
Menggunakan Pendekatan Pembelajaran
Secara Konstruktivisme Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi
Mata Pelajaran Teknikal?
4.3.5 Soalan Kajian 5: Apakah Permasalahan 63
Yang Dihadapi Oleh Guru-Guru Teknikal
Dalam Melaksanakan Pendekatan
Pembelajaran Secara Konstruktivisme?
4.4 Kesimpulan 66
5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 69
5.2 Rumusan 70
5.3 Perbincangan 71
xi
5.3.1 Latar Belakang Responden 72
5.3.2 Pemahaman Mengenai Pendekatan 73
Pembelajaran Secara Konstruktivisme
Dan Pengaplikasiannya Di Dalam Kelas.
5.3.3 Keadaan Pelajar Teknikal Yang Telah 75
Dikenalkan Dengan Pendekatan
Konstruktivisme Dari Segi Kefahaman
Mereka Terhadap Ilmu Yang Diajar.
5.3.4 Keadaan Pelajar-Pelajar Teknikal Yang 76
Telah Dikenalkan Dengan Pendekatan
Konstruktivisme Dari Segi Keaktifan
Di Dalam Kelas Sewaktu Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran Sedang
Berlangsung.
5.3.5 Kesediaan Fasiliti Di Sekolah Dalam 77
Menggalakkan Guru Menggunakan
Pendekatan Pembelajaran Secara
Konstruktivisme.
5.3.6 Permasalahan Yang Dihadapi Oleh Guru- 79
Guru Teknikal Dalam Melaksanakan
Pendekatan Pembelajaran Secara
Konstruktivisme.
5.4 Cadangan 80
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 82
BIBLIOGRAFI 83
LAMPIRAN 86
xii
SENARAI JADUAL
NOMBOR TAJUK MUKA SURAT
JADUAL
2.1 Perbezaan instruksi diantara Behaviorisme, 23
Kognitivisme dan Konstruktivisme.
2.2 Perbezaan proses pembelajaran diantara 24
Behaviorisme, Kognitivisme dan Konstruktivisme.
3.1 Bilangan item mengikut soalan kajian 37
3.2 Skala Likert 38
3.3 Tahap Pencapaian Berdasarkan Skor Min 41
3.4 Jadual Skala Likert dari lima peringkat ditukar 41
kepada tiga peringkat
4.1 Kekerapan dan peratusan taburan responden 44
mengikut nama sekolah.
4.2 Kekerapan dan Peratusan taburan responden 46
mengikut jantina.
4.3 Kekerapan dan peratusan taburan responden 46
mengikut mata pelajaran yang responden ajar
di sekolah.
4.4 Kekerapan dan peratusan taburan responden 48
mengikut pengalaman mengajar.
xiii
SENARAI JADUAL
NOMBOR TAJUK MUKA SURAT
JADUAL
4.5 Kekerapan dan Peratusan taburan responden 49
mengikut kelayakan iktisas.
4.6 Kekerapan dan Peratusan Taburan responden 50
mengikut latar belakang pendidikan guru.
4.7 Kekerapan dan Peratusan Taburan responden 51
mengikut kehadiran kursus berkaitan strategi
pengajaran dan pembelajaran.
4.8 Taburan bilangan Kekerapan,Peratusan dan 52
Min bagi pemahaman mengenai pendekatan
pembelajaran secara konstruktivisme dan
pengaplikasiannya di dalam kelas
4.9 Keadaan pelajar-pelajar teknikal yang telah 55
dikenalkan dengan pendekatan konstruktivisme
dari segi kefahaman mereka terhadap ilmu yang
diajar.
xiv
SENARAI JADUAL
NOMBOR TAJUK MUKA SURAT
JADUAL
4.10 Keadaan pelajar-pelajar teknikal yang yang telah 58
dikenalkan dengan pendekatan konstruktivisme
dari segi keaktifan pelajar di dalam kelas
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran
sedang berlangsung.
4.11 Kesediaan fasiliti di sekolah dalam 61
menggalakkan guru menggunakan pendekatan
pembelajaran secara konstruktivisme.
4.12 Permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru 63
teknikal dalam melaksanakan pendekatan
pembelajaran secara konstruktivisme.
4.13 Kesimpulan keseluruhan persoalan kajian 66
mengikut kedudukan peratusan dan
min tertinggi.
xv
SENARAI RAJAH
NOMBOR TAJUK MUKA SURAT
RAJAH
3.1 Prosedur Kajian 39
xvi
SENARAI LAMPIRAN
NOMBOR TAJUK MUKA SURAT
LAMPIRAN
A Borang soal selidik. 87
B Surat kelulusan dari Bahagian
Perancangan Dan Penyelidikan 93
Dasar Pendidikan.
C Surat kelulusan dari Jabatan 95
Pelajaran Johor.
D Surat kelulusan dari Jabatan 96
Pelajaran Pahang.
xvii
SENARAI SINGKATAN
JPN - Jabatan Pelajaran Negeri
SPSS - Statistical Package for Sosial Science
N Bilangan responden
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
SS - Sangat Setuju
S - Setuju
KS - Kurang Setuju
TS - Tidak Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia kini sedang memasuki fasa 15 tahun yang kedua ke arah mencapai
wawasan 2020 ( hasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri ).
Menjadi salah satu agenda penting kerajaan untuk membangunkan satu sistem
pendidikan bertaraf dunia dengan membangun modal insan yang bersifat
menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan
modal insan berpengetahuan dan berkemahiran ( Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan, 2006 ).
Falsafah Pendidikan Negara mempunyai matlamat memperkembangkan
fungsi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani supaya mereka
dapat menjalani kehidupan seharian mereka dengan berkesan dan penuh
tanggungjawab. Bagi mencapai matlamat ini, guru perlu mempunyai kemahiran
memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan bijaksana supaya kaedah yang
dipilih itu sesuai dengan murid-murid yang pelbagai kebolehan dan minat.
2
Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria
yang wujud secara bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran murid
melalui pengalaman pancaindera, atau kewujudan pengetahuan semulajadi dalam
mental, tetapi ilmu pengetahuan itu diperolehi dengan cara membina sendiri oleh
setiap murid melalui pengalaman, renungan dan pengabstrakan.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah amat penting
dalam merealisasikan matlamat kurikulum. Kaedah–kaedah alternatif yang selari
dan bersesuaian dengan kehendak kurikulum perlu diketahui dan difahami oleh
pengamal- pengamal kurikulum. Pemilihan strategi pengajaran yang sesuai untuk
sesuatu pelajaran amat dipengaruhi oleh kepercayaannya yang benar tentang sesuatu
pelajaran itu. Kaedah pengajaran dan pembelajaran pada peringkat menengah adalah
berpusatkan pelajar dan guru melibatkan pelajar secara aktif melalui pelbagai kaedah
dan aktiviti ( Pembangunan Pendidikan, 2001).
Berdasarkan kepada pendapat di atas, ternyata bahawa satu langkah atau
alternatif perlu diambil oleh guru-guru dalam memperbaiki mutu pengajaran dan
pembelajaran mereka. Strategi pengajaran dan pembelajaran haruslah berteraskan
kepada pembelajaran menerusi pengalaman yang mengutamakan pendekatan inkuiri
dan penemuan. Melalui pendekatan ini pelajar diberi peluang untuk mengenal pasti
masalah, merancang dan seterusnya menjalankan penyelidikan melalui usaha sendiri.
Ini bermakna segala aktiviti yang dirancang haruslah melibatkan pelajar secara aktif
untuk menggalakkan pembentukan pemikiran yang analitis, kritis dan kreatif.
Sehubungan dengan ini, satu pendekatan yang pembelajaran yang sesuai iaitu
secara konstruktif boleh dijadikan sebagai amalan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Secara umumnya, pendekatan secara konstruktivisme adalah satu
langkah untuk mempertingkatkan potensi dan keupayaan pelajar. Pendekatan secara
konstruktivisme ini adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri
pengatahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuaan yang diterima
3
dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru (Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).
Pendekatan konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang
menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda pelajar. Pengetahuan
dikembangkan secara aktif oleh pelajar itu sendiri dan tidak diterima secara pasif dari
persekitarannya. Ini bermakna pembelajaran merupakan hasil daripada usaha pelajar
itu sendiri dan bukan dipindahkan daripada guru kepada pelajar. Iaitu tidak lagi
berpegang pada konsep pengajaran dan pembelajaran yang lama, di mana guru hanya
menuang ilmu kepada murid tanpa murid itu sendiri berusaha dan menggunakan
pengalaman atau pengetahuan sedia ada mereka.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidikan teknik dan vokasional yang telah lama berkembang di Malaysia
dibentuk bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran
asas teknikal dan vokasional. Kini pendidikan teknik dan vokasional semakin
mendapat perhatian pelajar-pelajar dari sekolah menengah rendah sebagai pilihan
untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah tinggi. Bilangan permohonan
masuk ke aliran teknikal dan vokasional menunjukkan wujudnya peningkatan
permintaan bagi aliran tersebut. Dijangkakan pada tahun 2010 terdapat kekurangan
sebanyak 78 466 tempat bagi pendidikan vokasional dan sebanyak 15 525 bagi
pendidikan teknikal ( Pembangunan Pendidikan, 2001).
Misi pendidikan teknikal dan vokasional adalah untuk memajukan
pendidikan teknikal dan vokasional yang berkualiti dan relevan melalui perlaksanaan
kurikulum yang komprehensif dan pengurusan yang berkesan (Bahagian Pendidikan
Teknikal dan Vokasional Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001).
4
Dengan ini, menjadi satu tanggungjawab sebagai seorang guru teknikal
membantu mencapai misi ini dengan melaksanakan mutu pengajaran dan
pembelajaran yang lebih berkualiti, relevan dan berkesan. Menurut Khalid (1993),
pembelajaran berkesan bermakna satu usaha yang teratur, bersistem, bertertib serta
optimum yang menyatupadukan dan memanfaatkan kesemua komponen
pembelajaran untuk kejayaan yang paling maksimum.
Pendidikan teknikal adalah sesuatu yang penting bagi menyediakan pelajar
dengan latihan kemahiran dan latihan khusus yang berkaitan dengan pekerjaan
tertentu untuk keperluan pekerjaan sekarang. Namun bergitu, penyediaan pelajar
terhadap latihan kemahiran ataupun kefahaman di dalam bidang-bidang teknikal
tidak akan kesampaian sekiranya guru-guru tidak memainkan peranan pendidik
dalam menjayakan sistem pendidikan ini. Kualiti pengajaran dan pembelajaran
pendidikan menengah umumnya bergantung kepada corak pengajaran dalam bilik
darjah (Pembangunan Pendidikan, 2001).
Kebiasaannya guru-guru menggunakan kaedah “chalk and talk” untuk
mengajar mata pelajaran tersebut di mana kaedah ini lebih bertumpu kepada guru
sebagai sumber utama untuk bantuan dan maklumat (Hamm dan Adams, 1994).
Walaupun kaedah pengajaran secara tradisional ini masih mempunyai kelebihannya
yang tersendiri seperti menjimatkan masa guru dan keadaan kelas terkawal, namun
kekurangan yang nyata dalam teknik ini ialah ia hanya mengisi didalam bahagian
pembelajaran gambaran sahaja kerana ia gagal untuk memenuhi kekuatan
pembelajaran dan pengajaran secara kerjasama (Hamm dan Adams, 1994).
Selain itu, kaedah “chalk and talk” sekiranya kurang disokong dengan
penggunaan alat/bahan bantu mengajar secara optimum dan lebih berkesan seperti
benda wujud yang ada di persekitaran pelajar, proses pengajaran dan pembelajaran
tidak akan dapat dijalan secara effisen dan berkesan. Penggunaan alat bantu
mengajar ini penting bagi merangsang semua deria yang boleh mengukuhkan minda
pelajar melalui pengalaman dalam situasi sebenar (Pembangunan Pendidikan, 2001).
5
Kebanyakkan guru-guru di sekolah sekarang hanya mengunakan buku teks
semata-mata dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu dalam
menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran, pada keseluruhannya guru-guru
masih mengamalkan pengajaran berpusatkan guru dengan penglibatan murid yang
sangat terbatas dan terhad. Aktiviti-aktiviti pengajaran yang menggalakkan
penglibatan murid-murid dalam pembelajaran amat kurang diguna dan diamalkan
oleh guru dalam sesi-sesi pengajaran mereka (Jemaah Nazir Sekolah, 1992; PPD
Kuala Terengganu, 1994).
Guru-guru menganggap pelajar-pelajar yang datang ke situasi pembelajaran
sebagai bekas kosong yang perlu diisi penuh oleh guru dengan pelbagai ilmu
pengetahuan. Pelajar-pelajar dalam bilik darjah hanya menjadi pendengar yang pasif
tanpa melakukan apa-apa aktiviti pembelajaran. Mereka hanya bertanggungjawab
mengeluarkan semula pelbagai ilmu yang diajar semasa menjawab soalan-soalan
ujian atau peperiksaan.
Pandangan-pandangan yang tersebut di atas sudah dianggap sebagai sesuatu
yang sudah tidak sesuai lagi dalam amalan pembelajaran masa kini. Guru-guru perlu
menukarkan paradigma mereka kepada pengajaran berpusatkan pelajar dan
berpusatkan bahan. Pelajar-pelajar disediakan dengan aktivti-aktiviti pembelajaran
yang boleh memperkembangkan daya intelek mereka disamping menggalakkan
berfikir secara kritis dan kreatif. Ini selaras dengan penetapan pembangunan modal
insan sebagai memperlengkapkan diri pelajar dengan berfikir secara kreatif dan kritis
(Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006).
Menurut Noh Omar (2007), gurulah penyumbang besar kemajuan pendidikan
kerana mereka terlibat secara langsung mendidik pelajar di kelas. Dengan ini, guru-
guru perlu menyediakan strategi dan kaedah pendekatan mengajar yang sesuai
dengan pelajaran yang diajar supaya suasana pembelajaran yang menarik, bermakna
dan seronok dapat dihasilkan. Menurut Huitt (2003), kurikulum sekolah hendaklah
dibina supaya pelajar dapat mengembang dan memajukan pengetahuan dan
6
pengalaman mereka dengan mengaitkannya terhadap sesuatu pembelajaran yang
baru.
Ini selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang
mahukan pembelajaran secara konstruktivisme dapat dijalankan didalam bilik darjah.
Mengikut konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang
berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang
disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru
dengan pengatahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengatahuan baru dalam
mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya (Pusat
Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).
Dewey (1938) menguatkan lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan
bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga
menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme ini berbeza daripada teori
pembelajaran yang lain seperti teori behaviorisme dan teori kognitivisme. Di dalam
teori behaviorisme lebih menekankan kepada tingkah laku yang yang boleh
diperhatikan. Teori ini tidak mementingkan struktur mental yang melibatkan
pemikiran, idea, impian dan imej mental. Sebaliknya, tindakan dan pola perlakuan
individu diberi penekanan. Teori ini menjelaskan, perlakuan boleh diperkukuhkan
atau dihentikan melalui ganjaran atau hukuman. Menurut Gardner (2000), dalam
merancang pengajaran sesuatu konsep atau kemahiran, seorang guru akan menulis
objektif untuk perlakuan yang boleh diukur atau diperhatikan pada akhir pengajaran.
Guru tidak perlu mengambil tahu apa yang muridnya tahu atau mengambil kira
apakah perubahan yang mungkin berlaku dalam minda muridnya semasa pengajaran.
Dengan ini, guru hanya lebih menekankan kepada apa yang murid boleh lakukan,
7
bukannya kefahaman murid (Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2001).
Satu lagi pandangan tentang cara manusia belajar memperoleh pengetahuan
ialah secara kongnitivisme. Penggerak utama kognitivisme adalah Jean Piaget. Idea
utama kognitivisme adalah perwakilan mental. Semua idea dan imej dalam minda
individu diwakili melalui struktur mental yang dikenali sebagai skema. Skema akan
menentukan bagaimana data maklumat yang diterima akan difahami oleh minda
manusia. Jika maklumat ini secocok dengan skema yang ada, maka murid akan
menyerap maklumat tersebut ke dalam skemanya. Sekiranya tidak secocok dengan
skema yang ada, maklumat ini mungkin ditolak atau diubah suai atau skema akan
diubah suai (Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia,
2001).
Oleh yang demikian, kajian ini ingin mencari jawapan kepada pendekatan
pembelajaran secara konstruktivisme di dalam kalangan guru teknikal semasa proses
pengajaran mata pelajaran teknikal dilaksanakan.
1.3 Pernyataan Masalah
Kualiti pendidikan yang diperolehi oleh pelajar-pelajar di sekolah banyak
bergantung kepada kualiti pengajaran guru itu sendiri. Pelajar-pelajar di sekolah
akan memperolehi pendidikan yang lebih baik jika diajar oleh guru-guru yang
bertindak sebagai pendidik dan memahami kaedah-kaedah pendekatan pembelajaran
yang berkesan. Di dalam usaha sekolah untuk mengadakan perancangan yang lebih
baik dan pengurusan yang teratur bagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas hanya akan memperolehi faedah yang sedikit sekiranya guru-guru tidak
mempunyai kemahiran dan bersikap negatif seperti bertindak hanya menyampaikan
8
fakta dan pemberi tugas semata-mata. Ini amat bertentangan dengan corak
pengajaran konstruktivime di mana guru berperanan sebagai pembimbing dan
pemudah cara kepada pelajar bagi menyelesaikan sesuatu pemasalahan. Dalam erti
kata lain, guru bertanggungjawab membimbing dan membantu pelajar mempelajari
sesuatu pelajaran yang bermakna dengan melibatkan pelajar secara aktif dalam
proses pembelajaran. Oleh yang demikian, kajian ini ingin mencari jawapan
mengenai pendekatan secara konstruktivisme di kalangan guru-guru teknikal semasa
proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran teknikal dari sudut
pemahaman dan pengaplikasian pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme,
keadaaan pelajar-pelajar teknikal yang telah terlibat dengan pendekatan
konstruktivisme dari segi kefahaman dan keaktifan di dalam kelas, kesediaan fasiliti
di sekolah dan permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru teknikal dalam
menjalankan pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme.
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang akan dijalankan terhadap pendekatan pembelajaran secara
konstruktivisme ini mempunyai beberapa objektif iaitu untuk:
i. Meninjau sama ada guru-guru teknikal memahami dan mengaplikasikan
pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme bagi mata pelajaran
teknikal (Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteran Elektrik
dan Pengajian Kejuruteraan Mekanikal) dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka.
ii. Meninjau keadaan pelajar-pelajar teknikal yang telah terlibat dengan
pendekatan secara konstruktivisme dari segi kefahaman mereka
terhadap ilmu yang diajar.
9
iii. Meninjau keadaan pelajar-pelajar teknikal yang telah terlibat dengan
pendekatan secara konstruktivisme dari segi keaktifan di dalam kelas
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.
iv. Meninjau sama ada kesediaan fasiliti di sekolah menggalakkan guru
mengamalkan pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme dalam
proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran teknikal.
v. Meninjau permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru teknikal dalam
melaksanakan pendekatan pembelajaran konstruktivisme.
1.5 Persoalan Kajian
Didalam penyelidikan yang akan dijalankan, penyelidik akan cuba mencari
jawapan yang sering di persoalkan tentang pencapaian yang di nyatakan pada
objektif kajian. Faktor-faktor yang akan diselidiki adalah meliputi;
i. Apakah guru-guru teknikal memahami pendekatan pembelajaran secara
konstruktivisme dan mengaplikasikannya dalam mata pelajaran teknikal
di Sekolah Menengah Teknik?
ii. Bagaimanakah keadaan pelajar-pelajar teknikal yang telah terlibat
dengan pendekatan secara konstruktivisme dari segi kefahaman mereka
terhadap ilmu yang diajar?
iii. Bagaimanakah keadaan pelajar-pelajar teknikal yang telah terlibat
dengan pendekatan secara konstruktivisme dari segi keaktifan di dalam
kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung?
10
iv. Apakah kesediaan fasiliti di sekolah menggalakkan guru menggunakan
pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme dalam proses
pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran teknikal?
v. Apakah permasalahan yang dihadapi oleh guru-guru teknikal dalam
melaksanakan pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme?