Post on 30-Apr-2019
PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK)
BERTAJUK FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA BAGI MATA PELAJARAN
KIMIA, TINGKATAN EMPAT KBSM
SUBULETCHUMY A/P SEENIVASAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL : PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI
(MPK) BERTAJUK FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA BAGI MATA PELAJARAN KIMIA, TINGKATAN EMPAT KBSM
SESI PENGAJIAN : 2003/2004
Saya SUBULETCHUMY A/P SEENIVASAN
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falfasah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. ** Sila Tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organsasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD Disahkan oleh :
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : Lot 224, Kampung Serampang
Indah, 72120 B. Baru Serting, PM. AZIZ BIN NORDIN
Negeri Sembilan. Nama Penyelia
Tarikh : 3 MARCH 2003 Tarikh : 3 MARCH 2003
CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
i
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya
ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda.”
Tandatangan : …… ………………………………..
Nma Penyelia: PM. Aziz Bin Nordin
Tarikh : 12 FEBRUARI 2004
ii
PEMBINAAN DAN PENILAIAN MODUL PENGAJARAN KENDIRI (MPK)
BERTAJUK FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA BAGI MATA
PELAJARAN KIMIA, TINGKATAN EMPAT KBSM
SUBULETCHUMY A/P SEENIVASAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagaian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Februari 2004
iii
“Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : SUBULETCHUMY A/P SEENIAVSAN
Tarikh : 12 FEBRUARI 2004
iv
DEDIKASI
Kepada yang Dikasihi,
Ayah, Ibu dan ahli keluarga yang berada di Negeri Sembilan.
Terutamanya Ayah (Seenivasan) dan Ibu (Sarojah) dan adik-beradik.
Serta
Mr. Thirumalai chelvam A/L Palaniappan
Rakan-rakan
Dan
PM. Aziz Bin Nordin
Setinggi-tinggi ribuan terima kasih atas sokongan, dorongan dan bantuan anda
semua……………………
v
PENGHARGAAN
Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-
tingginya terima kasih kepada penyelia Projek Sarjana Muda, PM. Aziz Bin Nordin,
atas bimbingan, dorongan dan galakkan serta bantuan yang beliau sepanjang
penyelidikan ini dijalankan.
Tidak lupa juga penghargaan ini ditujukan kepada Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan
Pendidikan Negeri Johor (JPJNJ), atas kebenaran bertulis bagi menjalankan
penyelidikan di sekolah-sekolah.
Penghargaan yang tidak terhingga juga ditujukan kepada dalam Pengetua,
Penolong Kanan Kurikulum, Ketua Jabatan Sains, guru-guru Kimia dan semua
kakitangan sekolah-sekolah menengah di daerah Johor Bahru yang dipilih sebagai
subjek kajian, atas sumbangan dan kerjasama yang diberikan.
Akhirnya, penulis ingin juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mmbantu penulis
menyempurnakan projek penyelidikan ini.
vi
ABSTRAK
Sumber bahan bantu mengajar yang bermutu merupakan satu aset
yang penting untuk meningkatkan proses Pengajaran dan Pembelajaran. Tujuan
kajian ini adalah untuk membina dan menilai status kesesuaian 3 Modul Pengajaran
Kendiri (MPK) Kimia Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
Tingakatan Empat yang bertajuk Formula dan Persamaan Kimia (MPK 1:
Pengenalan Kepada Konsep Mol, MPK 2: Formula Kimia dan MPK 3: Persamaan
Kimia) dengan menggunakan Model Teras-Cabang (Shaharom, 1994). Status
kesesuaian MPK yang dibina secara penilaian formatif. Seramai empat orang guru
terlibat dalam Penilaian Formatif Satu Dengan Satu dan lapan orang guru terlibat
dalam Penilaian Formatif Kelompok Kecil. Penilaian formatif yang dijalankan turut
merentas pemboleh ubah bebas iaitu tempoh mengajar guru. Satu set soal selidik
yang dikenali sebagai Soal Selidik Kesesuaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK)
(Guru) oleh (Shaharom,1994) digunakan sebagai alat kajian dalam penyelidikan ini.
Data yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan
min, maksimum dan minimum. Hasil kajian ini mengesahkan bahawa MPK
Formula dan Persamaan Kimia yang dibina adalah sesuai dan amat sesuai
digunakan sebagai bahan pengajaran dalam bilik darjah dengan min keseluruhan
bagi PFSS dan PFKK adalah 96.75 dan 97.04 masing-masing. Di samping itu,
terdapat perbezaan terhadap status kesesuaian MPK Formula dan Persamaan Kimia
merentas tempoh mengajar dalam kedua-dua Penilaian Formatif Satu Dengan Satu
(PFSS) dan Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) yang dijalankan. Ketiga-
tiga MPK yang dibina diberikan sesuai dan amat sesuai dan diharapkan implikasi
bagi MPK yang dibina ini dapat dimanfaatkan oleh guru, pelajar, Penggubal
Kurikulum dan Institusi Perguruan.
vii
ABSTRACT
Source of quality instructional materials are of important method that
will improve the teaching and learning process toward higher efficiency. The aim of
this study is to design and evaluate the suitability status of three Self- Instructional
Module (SIM)s for Form Four Student Under KBSM Chemistry subject entitled
Formula dan Persamaan Kimia (MPK 1: Pengenalan Kepada Konsep Mol, MPK 2:
Formula Kimia and MPK 3: Persamaan Kimia) by using the “Teras- Cabang”
Model by Shaharom, 1994. The SIM suitability status designed was evaluated
formatively. There were four teachers involved in formative evaluation- the One To
One Formative Evaluation (PFSS) and eight teachers involved in the in the Small
Group Formative Evaluation (PFKK). The formative evaluation was based on one
independent variable-teaching duration. A set of questionnaires which was designed
by Saharom (1994) called as “Soal Selidik Modul Pengajaran Kendiri (MPK)
(Guru)” was used as the instrument of this study. Data obtained was analyses using
descriptive statistic in the form of mean, mean deviation, maximum and minimum.
Result of the study found that the SIMs Formula dan Persamaan Kimia designed
was suitable and very suitable as a teaching materials in the classroom which the
overall means were 96.75 and 97.04 each for the PFSS and PFKK. In addition,
there are differences in the SIMs suitability status of MPK Formula dan Persamaan
Kimia based on teaching duration. The status of the three SIMs was suitable and
very suitable in all cases of study. Thus, the research will definitely add value to
teachers, students, curriculum developer and training teacher Institute.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGAKUAN PENYELIA i
JADUAL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.2.1 Mutu Bahan 4
1.2.1.1.Ketidakseragaman Istilah 5
1.2.1.2.Pencemaran Bahasa Melayu 6
1.2.1.3.Skop Tidak Menenuhi Sukatan 7
Pelajaran
1.2.2 Bahasa Melayu Merentasi Kurikulum 8
1.3 Penyataan Masalah 10
ix
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 11
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Selaras dengan perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM) pada tahun 1989, reformasi pendidikan telah berlaku pada peringkat
Sekolah Menengah. Penggubalan KBSM adalah berhasrat untuk melahirkan pelajar
yang berperibadi seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan
jasmani.
Kimia adalah satu disiplin dalam sains yang mengkaji tentang jirim secara
makroskopik dan mikroskopik, interaksi antara bahan dan penghasilan serta
penggunaan bahan. Mata Pelajaran Kimia merupakan satu program yang
dilaksanakan dalam tempoh dua tahun untuk pelajar tingkatan empat dan lima
dengan bertujuan melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran
berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni untuk membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.
Pemerolehan pengetahuan berkaitan dengan Kimia ini banyak bergantung
kepada sumber maklumat atau bahan pengajaran yang digunakan sumber maklumat
ini pula boleh diperolehi dalam bentuk bahan bercetak dan bahan bukan bercetak. Ia
boleh terdiri daripada buku teks dan juga bahan rujukan yang lain,
2
Seperti menurut Anderson (1992) pula:
“Curriculum reform has several components, such as changes in teaching
materials and teaching approaches taking place in a social context.”(m/s: 84)
Walau baginamapun, pelbagai jenis sumber bahan pembelajaran dapat
diperolehi dengan mudah di pasaran sama ada dalam berbentuk naskah buku atau
dengan teknologi tinggi seperti cakera padat (CD) yang sebagainya diterbitkan oleh
kumpulan pakar dan sebahagiannya kurang pakar dalam bidang Kimia ini, oleh itu,
mutu bahan pembelajaran yang ada dipasaran hari ini menimbulkan kemusykilan.
Penerbit bahan-bahan ini memfokuskan kepada peperiksaan, mempunyai
analisi soalan peperiksaan lepas dan latihan intensif yang menjanjikan keputusan
cemerlang pelajar. Selain daripada itu, buku teks yang digunakan pada hari ini juga
mempunyai kekurangannya. Corak persembahan teks dalam buku teks yang panjang
lebar dan ilustrasi grafik yang kurang menarik atau kecil juga akan menimbulkan
kebosanan di kalangan pelajar semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
Sehubungan dengan itu, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dengan
kerjasama pelbagai pihak telah menyediakan (Pukal Latihan Kursus Orientasi Sains
KBSM, 2001) untuk program sains dan matematik yang terdiri daripda bahan
seperti modul dan nota penerangan berhubung pengajaran dan pembelajaran (P&P)
serta bagaimana kemahiran berfikir, kemahiran proses sains, serta teknologi
meklumat dan komunikasi dimanfaatkan dalam usaha meningkatkan keberkesanan
P&P dalam bilik darjah. Maka dengan itu, pembinaan Modul Pengajaran Kendiri
(MPK) adalah perlu untuk menyediakan sumber bahan pengajaran yang bermutu
untuk pelajar. Pemanfaatan MPK dalam proses P&P adalah diharapkan dapat
meningkatan keberkesanan pendidikan KBSM dan sebagai langkah memenuhi
aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Huraikan Sukatan Pelajaran Kimia
Tingkatan Empat, 2001).
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Menurut Huraian Sukatan Pelajaran Kimia Tingkatan Empat, Kurikulum
Kimia mempunyai 10 objektif pembelajaran. Objektif-objektif ini bertujuan untuk
melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
Kimia dan mampu mengaplikasikannya berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni
untuk membuat keputusan serta menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian.
Dengan ini, tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang berhasrat
untuk menghasilkan pelajar yang berdaya menguasai ilmu sains mungkin tidak akan
tercapai jika mereka hilang minat dalam pembelajaran.
Dewey menegaskan bahawa (1965):
“Children’s interests in communication, inquiry, construction, and artistic
expression are the ‘natural resources’ on which their active growth depends. These
interests are the basis of the curriculum, not because they lead to more effective
learning, but because we have no choice; all learning being with the child’s
interests and experiences rather than abstract formulations.”
Jika dikaji dengan lebih mendalam lagi, kita dapat mengetahui bahawa
faktor yang mendorong masalah ini adalah mutu bahan pengajaran yang digunakan
dalam P&P dan Bahasa Melayu Merentasi Kurikulum (BMMK).
4
1.2.1 Mutu Bahan
Pada era globalisasi serta teknologi maklumat yang ini, penekanan kepada
aspek-aspek mutu serta menyeluruh adalah penting. Aspek ini penting kerana mutu
pendidikan menjamin kejayaan atau kegagalan dalam sesuatu organisasi. Begitu
juga dengan mutu bahan yang ditekankan dalam konteks pendidikan.
Buku teks merupakan bahan utama yang digunakan untuk proses P&P di
sekolah. Mutu buku teks digunakan dalam bilik darjah menjadi punca utama
menjamin keberkesanan sesuatu pengajaran guru. Akan tetapi, kebelakangan ini
mutu buku teks menimbulkan persoalan di kalangan penyelidik kerana mempunyai
kekurangan yang boleh menjejaskan keberkesanan proses P&P. Di sini, terdapat
beberapa dapatan kajian yang mengesahkan kenyataan ini.
Menurut Klaassen dan Lijnse (1996: 115),
“Numerous studies have pointed to the conclusion that student’ ideas are
often insufficiently taken into account by teachers and textbooks.”(m/s: 115)
Oleh itu, penggunaan bahan pengajaran yang bermutu adalah penting untuk
menentukan keberkesanan proses P&P. Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) juga
menerbitkan beberapa bahan pengajaran seperti Buku Panduan Pengurusan Makmal
dan Sistem Maklumat dalam P&P demi meningkatkan mutu pengajaran sains yang
bersama yang disertakan bersama dengan dokumen Sukatan Pelajaran dan Huraian
Sukatan Pelajaran Kimia Tingkatan Empat (2001).
Menurut Dow (1991) juga menyatakan bahawa,
“Children were introduced to a variety of course materials, including
booklets, films, games, records, maps, photos and charts.”(m/s: 48)
5
Antara masalah yang timbul akibat mutu bahan pengajaran yang dinyatakan
di atas termasuklah ketidakseragaman istilah, pencemaran bahasa dan juga skop
yang tidak mengikut sukatan pelajaran.
1.2.1.1 Ketidakseragaman Istilah
Mutu bahan rujukan atau bahan pembelajaran yang diterbitkan oleh pelbagai
pihak menimbulkan persoalan sama ada bahan-bahan tersebut memenuhi sukatan
pelajaran yang diterapkan oleh KPM atau sebaliknya. Salah satu kesan yang paling
ketara daripada masalah ini adalah ketidakseragaman istilah saintifik yang
digunakan untuk sesetengah topik Kimia atau mata pelajaran sains lain sehingga
menimbulkan kekeliruan di kalangan pelajar.
Penggunaan istilah yang tidak seragam ini banyak berlaku dalam bahan
pengajaran. Salah satu contoh masalah ini adalah berkaitan dengan takrifan proses
pendidihan ialah proses perubahan keadaan cecair kepada keadaan gas pada suhu
dan tekanan tertentu. Akan tetapi sesetengah buku rujukan telah memberikan
perubahan kepada cecair kepada keadaan gas sebagai pengewapan. Ini akan
menyebabkan pelajar mengalami kesulitan untuk menentukan takrifan bagi proses
pendidihan yang sebenar dan seterusnya boleh menyebabkan salah faham terhadap
topik tersebut.
6
1.2.1.2 Pencemaran Bahasa Melayu
Penggunaan Bahasa Melayu yang bermutu dan berkesan adalah penting
memandangkan banyak istilah yang di ‘Melayu’ kan pada masa kini, terutamanya
dalam mata pelajaran sains yang melibatkan istilah saintifik berasal daripada Bahasa
Inggeris. Penggunaan istilah yang berasal daripada asing ini kadang kala membawa
maksud yang tidak jelas dan samar. Di samping itu, istilah ini turut mengelirukan
pelajar dari segi maksud dan penggunaannya dalam mata pelajaran yang berbeza.
Sebagai contoh, perkataan “degradasi” yang berasal daripada perkataan
Inggeris “degradation”yang bermaksud penguraian sesuatu sebatian atau bahan
rumit kepada sebatian yang ringkas. Sebenarnya perkataan degradasi boleh
digantikan dengan perkataan penguraian atau pemecahan supaya pelajar dapat
memahami isi pelajaran tersebut dengan lebih mudah.
Contoh-contoh lain termasuk juga perkataan “heliks” yang berasal daripada
perkataan “helix” dan “kanser” yang berasal daripada “cancer”. Kedua-dua
perkataan ini tidak di dalam Kamus Dewan (1994). Ia merupakan perkataan Bahasa
Inggeris yang di ‘Melayu’ kan sedangkan perkataan tersebut boleh digantikan
dengan perkataan lain iaitu terpintal dan barah masing-masing.
Penggunaan istilah yang tidak baku di ‘Melayu’ kan akan menggalakkan
pelajar menggunakan istilah yang salah. Ini akan menimbulkan keraguan di
kalangan pelajar sama ada penggunaan istilah tersebut betul atau salah ketika
menemuinya dalam konteks yang berbeza. Oleh itu, penggunaan istilah yang baku
adalah penting untuk keberkesanan P&P.
7
1.2.1.3 Skop Yang Tidak Mengikut Sukatan Pelajaran (SP)
Selain itu, sesetengah bahan rujukan menerbitkan skop pembelajaran yang
berbeza daripada SP yang diterapkan dan ini boleh menyebabkan pelajar berada
dalam dilema sama ada isi tersebut memenuhi keperluan SP atau sebaliknya.
Masalah seperti ini sering berlaku kerana terdapat pelbagai jenis bahan
pembelajaran utama pelajar masa kini.
Salah satu skop pelajaran Kimia yang menjadi masalah kepada pelajar ialah
tajuk yang berkaitan dengan perubahan keadaan sesuatu jirim. Skop yang perlu
dikuasai adalah keadaan jirim dapat saling ditukar akibat perubahan suhu.
Contohnya, proses perubahan keadaan pepejal terus kepada keadaan gas atau
sebaliknya tanpa melalui keadaan cecair pada suhu dan tekanan tertentu.
Walau bagaimanapun terdapat sesetengah bahan pengajaran memberikan
maklumat yang tidak tepat sehingga menimbulkan salah konsep di kalangan pelajar.
Bahan itu memberikan proses keadaan gas kepada pepejal adalah kondensasi,
sebenarnya adalah proses pemejalwapan. Jelaslah, skop pelajaran yang tidak jelas
ini mengelirukan dan merugikan pelajar.
Merujuk kepada perkara-perkara yang di atas, dapat diperlihatkan bahawa
mutu bahan pengajaran yang digunakan dapat mempengaruhi keberkesanan proses
P&P. Antara masalah di atas, ketidakseragaman istilah dan skop pelajaran yang
samar perlu dipandang berat kerana ini akan menyebabkan salah konsep dan
kekeliruan yang ketara di kalangan pelajar.
8
1.2.2 Bahan Melayu Merentasi Kurikulum
Isu kedua yang berkaitan rapat dengan reformasi pendidikan ialah bahasa
kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar di semua peringkat
pendidikan. Ini adalah kerana KBSM memberikan penekanan khas dalam
meningkatkan penguasaan dan penggunaan Bahasa Melayu dalam semua bidang
kajiannya.
Menurut Ee (2002):
“Bahasa Malaysia Merentasi Kurikulum merupakan satu lagi penekanan
dalam KBSR dan KBSM. Ini bermakna penguasaan bahasa bukan sahaja diperolehi
melalui pengajaran Bahasa Malaysia samata-mata tetapi dikuasai semua mata
pelajaran. Guru-guru yang mengajar mata pelajaran yang lain mempunyai peranan
yang sama penting dengan guru-guru yang mengajar Bahasa Malaysia dalam usaha
meningkatkan penguasaan pelajar terhadap Bahasa Malaysia”. (m/s:102)
Penggunaan bahasa yang betul dari segi laras bahasa, tatabahasa, istilah dan
sebutan yang baku adalah selaras dengan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa
perhubungan dan bahasa ilmu di rantau ini. Ia adalah penting dan perlu dalam
proses P&P. penggunaan bahasa dalam pengajaran guru adalah alat penting untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan dan merupakan alat komunikasi yang berkesan di
antara guru dan pelajar. Segala maklum balas dan penyoalan yang berlaku dalam
bilik darjah hanya akan difahami melalui penggunaan bahasa yang berkesan dan
saling difahami oleh guru dan pelajar.
9
Jadi, menurut Gunstone & Watts (1985),
“The issue of language is difficult and complex. Student use language, which
is meaningful to student; teachers use language, which is meaningful to the
teachers. There are a range of importance teaching implications to be derived from
an understanding of language and its role in learning”. (m/s:91)
Selain itu, pemilihan isi kandungan buku teks KBSM adalah berasaskan
kepada kemahiran menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan. Dengan itu,
bahan pengajaran yang digunakan untuk tujuan pengajaran perlu mempunyai mutu
dari segi penggunaan bahasa bagi memenuhi Sukatan Pelajaran KBSM. Jika
penggunaan bahasa yang tidak betul diaplikasikan dalam kurikulum pendidikan
akan menimbulkan kekeliruan atau pengkonsepsian di kalangan pelajar.
Sehubungan dengan penggunaan Bahasa Melayu dalam konteks pendidikan
bahasa yang digunakan dalam proses P&P mesti mempunyai nilai perpaduan yang
tinggi. Ini memandangkan rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan nilai
perpaduan adalah penting untuk mengeratkan perhubungan sesama rakyat Malaysia.
Oleh itu, guru perlu peka terhadap penggunaan bahasa semasa mengajar supaya
setiap pelajar dapat memahaminya melalui penggunaan bahasa penghantar yang
sesuai.
Gunstone & Watts nenekankan bahawa (1985),
“Language which is meaningful to teachers may, because of students’ views
of the world, have quite different (even conflicting) meaning for students. If we are
not sensitive to this, we can unwittingly reinforce the very views we want to
change”. (m/s:93)
10
Menurut Osborne & Wittrock (1983) juga,
“Children naturally attempt to make sense of the world in which they live
through their previous experiences, their current knowledge, and their use of
language. Their conceptions influence the way they observe events, the
interpretations they offer for observations, and the strategies they use to acquire
new information, including reading from the texts and experimenting”. (m/s:497)
Kesimpulannya, kebakuan Bahasa Melayu yang dijadikan bahasa penghantar
dalam sistem pendidikan perlu diambil kira dalam konteks pendidikan. Bahasa
Melayu yang digunakan perlu betul dari segi penggunaan istilah, sebutan yang betul
dan juga tatabahasa supaya dapat difahami oleh semua pelajar semasa proses P&P
dijalankan.
1.3 Pernyataan Masalah
Penyelidikan yang dijalankan adalah untuk membina dan menilai kesesuaian
Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Formula dan Persamaan Kimia dibina bagi mata
pelajaran Kimia sebagai pengajaran kepada pelajar Tingkatan Empat aliran Sains.
1.4 Objektif kajian
Di antara objektif kajian ini termasuk:
1. Membina tiga MPK Formula dan Persamaan Kimia bagi mata pelajaran
Kimia Tingkatan Empat mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Kimia KBSM
Tingkatan Empat (2001), iaitu:
MPK 1. Konsep Mol.
MPK 2. Formula Kimia.
MPK 3. Persamaan Kimia yang Seimbang.
11
2. Menilai kesesuaian MPK Formula Kimia yang dibina sama ada MPK
tersebut memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran KBSM (2001) dan
menekankan penglibatan minda pelajar secara aktif dan berkesan.
3 Menilai tahap kesesuaian MPK Formula Kimia yang dibina merentasi
tempoh mengajar di kalangan guru Kimia.
1.5 Persoalan Kajian
Perkara-perkara yang dikenal pasti melalui kajian yang dilakukan termasuk:
1. Adakah Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) oleh guru ke atas MPK
Formula Kimia yang dibina memperlihatkan kesesuaian MPK ini sebagai
bahan pengajaran yang sesuai untuk P&P mata pelajaran Kimia Tingkatan
Empat?
2. Adalah Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru ke atas MPK
Formula Kimia yang dibina memperlihatkan kesesuaian MPK ini sebagai
bahan pengajaran yang sesuai untuk P&P mata pelajaran Kimia Tingkatan
Empat?
3. Adakah terdapat perbezaan terhadap status kesesuaian MPK Formula Kimia
dalam Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) oleh guru Kimia
Tingkatan Empat merentasi tempoh mengajar?
4. Adakah terdapat perbezaan terhadap status kesesuaian MPK Formula Kimia
dalam Penilaian Kelompok Kecil (PFKK) oleh guru Kimia Tingkatan Empat
merentasi tempoh mengajar?