Post on 27-Jan-2016
description
Pembentukan dan Pelaksanaan Kurikulum KBSR
Pembentukan Kurikulum KBSR• Pada tahun 1982, KBSR telah dilaksanakan
secara percubaan di 305 buah sekolah seluruh Malaysia.
• Kemudian pada tahun berikut, pelaksanaan penuh dikuatkuasa di semua sekolah rendah.
• Matlamat pendidikan rendah: Untuk memastikan perkembangan murid
secara menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika sosial.
(Kurikulum Baru Sekolah Rendah, 1991:5)
• Selaras dengan matlamat tersebut, maka objektif-objektif pendidikan di peringkat rendah juga merangkumi aspek-aspek seperti yang dinyatakan.
• Supaya murid-murid dapat:Menguasai Bahasa Melayu selaras dengan
kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita
Menguasai kemahiran asas berbahasa, iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah berkenaan.
• Menguasai kemahiran asas mengira dan menggunakannya dalam kehidupan harian
• Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran belajar
• Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal• Bertutur, membaca, menulis dan memahami
Bahasa Inggeris sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua
• Menimba ilmu pengetahuan dan berikhtiar untuk meluaskannya
• Menguasai kemahiran membaca, menghafaz
dan memahami pengertian ayat-ayat dalam al-Quran bagi murid-murid Islam•Mengukuhkan asas kemahiran, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia•Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni serta menjadikannya asas bagi amalan hidup•Menjaga kesihatan dan kecergasan diri•Membentuk daya kepemimpinan dan keyakinan diri•Memahami dan peka terhadap manusia dan persekitaran
• Mengembangkan bakat dan kreativiti• Memupuk semangat patriotisme• Menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal,
kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional
• Dengan itu, maka pada akhir persekolahan rendah nanti, adalah diharapkan agar murid-murid dapat menggunakan kemahiran bahasa dan matematik untuk berfikir, berkomunikasi dan menyelesaikan masalah.
• Selain itu, mereka juga dapat berfikir secara logik serta memahami isu-isu kemasyarakatan dan negara.
• Peluang-peluang juga disediakan untuk murid-murid mengembangkan potensi, bakat, minat dan daya kreatif mereka melalui muzik, lukisan dan penulisan.
PROSES PELAKSANAAN KBSR
• Fokus kepada prinsip, struktur, bidang pelajaran, penekanan, strategi pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian.
Prinsip KBSRPembentukan dan pengubalan KBSR adalah berlandaskan prinsip-prinsip yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pendekatan bersepadu
Perkembangan individu
Secara menyeluruh
Pendidikan seumur hidup
Pendidikan yang sama.
Untuk semua murid.
Prinsip-prinsip KBSR
Prinsip 1: Pendekatan Bersepadu• Ia merupakan satu pendekatan di mana unsur-unsur
pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan secara wujud kesepaduan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Ia berlaku melalui 4 cara, iaitu:
• Dalam satu mata Pelajaran
• Antara mata pelajaran
Penggabungjalinankemahiran
penyerapan
Kesepaduan antaradua unsur
Unsur merentasikurikulum
• Pelbagai bidangIlmu dalam
mata pelajaran&merentasi
pelajaran• Nilai dalammata pelajaran
• Kurikulum dankorikulum
• Pengetahuan danamalan
Prinsip 2: perkembangan individu secara menyuluruh• Prinsip ini dilaksanakan melalui semua mata pelajaran yang
memainkan peranan penting bagi memenuhi keperluan jasmani, emosi, rohani dan intelek murid.
PRINSIP 2:PERKEMBANGAN INDIVIDU SECARA
MENYELURUH
Semua mata pelajaran
Keperluan muridjasmani
intelekemosi rohani
PERKEMBANGAN POTENSI INDIVIDU
• Menurut ahli psikologi, potensi individu tidak boleh dikembangkan secara berasingan.
• Ini bermakna, setiap potensi memang mempunyai hubungkait dengan potensi yang lain.
• Contoh: seorang murid yang berpotensi menjadi pemain bola sepak yang handal bukan sahaja perlu mengembangkan ilmu (cth:cara-cara bermain yang berkesan) dan kemahira (cth:cekap dan tangkas) mengenai permainan tersebut, malahan murid ini juga perlu memupuk sifat kerjasama, mematuhi peraturan, berdisiplin, berbakti untuk sekolah dan negara, dan sebagainya.
Prinsip 3: pendidikan seumur hidup
PRINSIP 3:PENDIDIKAN SEUMUR HIDUP
Peranan Sekolah(Institusi formal)
GURU
MenyampaikanIlmu&kemahiran
Memupuk budaya mereka
• Secara am, sekolah mempunyai dua peranan:a) Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana
murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sehubungan itu, maka KBSR membina asas bagi setiap murid dari segi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membolehkan mereka menghadapi situasi dalam kehidupan seharian.apabila tamat persekolahan nanti, proses pendidikan tidak berhenti begitu sahaja. Di sebaliknya, setiap individu digalakkan untuk meneruskan proses pembelajaran masing-masing.
b) Sekolah juga boleh memupuk minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.
Prinsip 4: pendidikan yang sama untuk semua murid• Semua murid pada tahap persekolahan yang sama mengikuti
kurikulum yang sama tanpa mengambilkira jenis aliran persekolahan; yang berbeza adalah bahasa pengantar sahaja.
PRINSIP 4 : PENDIDIKAN YANG SAMA
UNTUK SEMUA MURID
Tahap persekolahan yang sama
Kurikulum sama
Struktur KBSR
komponenBidang Tahap 2Tahap 1
Mata Pelajaran
•Komunikasi • Kemahiran asas •Bahasa Malaysia•Bahasa Inggeris•Bahasa Cina•Bahasa Tamil
•Bahasa Malaysia•Bahasa Inggeris•Bahasa Cina•Bahasa Tamil
•Kerohanian•Nilai dan sikap
•Pendidikan Islam•Pendidikan Moral•Sains•Kajian Tempatan•Kemahiran Hidup
•Manusia dan Alam Keliling
• Pendidikan Islam• Pendidikan Moral
---
•Kemahiran hidup•Pendidikan muzik•Pendidikan seni•Pendidikan jasmani •dan kesihatan
-•Pendidikan Muzik•Pendidikan Seni•Pendidikan JasmaniDan Kesihatan
•Kemahiran hidup•Kesenian dan Kesihatan•Kokurikulum
•Perkembangan Diri Individu
Bidang pelajaran
•BIDANG KOMUNIKASIMemberi tumpuan kepada tiga kemahiran asas iaitu 3M ( membaca, menulis dan mengira)Antara mata pelajaran dalam bidang ini ialah : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil Dan Matematik.
Bahasa melayuBerfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan rakyat.Ia bertujuan melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa tersebut sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan, dan bahasa ilmu selaras dengan semangat rukunnegara dan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan.
Bahasa inggerisDiajar sebagai bahasa keduaBertujuan untuk melengkapkan murid denagn ilmu dan kemahiran asas dalam bahasa tersebut agar mereka berupaya berkomunikasi secara lisan atau bertulis di dalam atau di luar bilik darjah
Bahasa cina Berfungsi sebagai bahasa komunikasi bagi masa-masa tertentu. Bertujuan memberi murid-murid peluang untuk menguasai kemahiran asas
berbahasa dalam bahasa cina sama ada secara lisan atau bertulis.
Bahasa tamil Berfungsi sebagai bahasa komunikasi. Bertujuan untuk menghasilkan murid yang berupaya berkomunikasi dalama
bahasa tamil sama ada secara lisan atau bertulis.
Matematik Mengandungi 3 komponen pembelajaran iaitu konsep, bahasa dan kemahiran
prosedur yang merentasi 3 bidang kemahiran iaitu nombor dan operasi, ukuran dan sukatan serta masalah bercerita.
Bertujuan untuk membentuk dan meningkatakan kebolehan murid dari segi konsep nombor dan kemahiran mengira.
Kebolehan tersebut dapat membantu murid dalam penyelesaian masalah harian secara berkesan dan berdisiplin.
• BIDANG MANUSIA DAN ALAM KELILING Komponen kerohanian, dan nilai dan sikap. Mata pelajaran dalam bidang ini ialah : pendidikan islam, pendidikan
moral, sains dan kajian tempatan.
Pendidikan islam Mengandungi 3 bahagian iaitu :1) Asuhan tilawah al quran – berfokus kepada aspek mengenal, menyebut,
membaca, menulis huruf dan perkataan. Juga menitik beratkan aspek membaca dan menghafaz serta mengetahui pengertian ayat-ayat tertentu dalam al-quran.
2) Asas ‘ulum syar’iah – merangkumi 3 aspek :-akidah : menegaskan aspek keimanan dan keislaman melalui rukun iman dan rukun islam.-ibadat : menekankan aspek ibadat dan amalan secara berterusan.-sirah rasulullah S.A.W.- menekankan sirah dan contoh yang dijadikan iktibar dan contoh dalam kehidupan seharian.
3) Asas akhlak islamiah – berfokuskan kepada pembentukkan peribadi murid agar berupaya menghayati akhlak dan tingkah laku muslim dan mukmin.
Bertujuan untuk membentuk dan meningkatakan bakat dan potensi murid agar menjadi individu yang berilmu, beriman, beramal soleh, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
Pendidikan moral Mengandungi 16 nilai yang berasaskan agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum
etnik di negara ini selaras dengan nilai murni sawarjagat dan prinsip-prinsip rukun negara.
Isi kandungan dan penekanan berbeza sejajar dengan tahap perkembangan dan kematangan murid.
Bertujuan untuk membentuk individu yang berbudi pekerti mulia dan bertanggungjawab melalui pemupukan. Penghayatan dan amalan nilai murni.
Sains Terdiri daripada dua perspektif iaitu :
-bidang keilmuan : membekalakan rangka konsep agar murid dapat memahami alam sekeliling, berupaya menggabungkan fakta dan konsep dalam kehidupan seharian dan mencari perkaitan antara ilmu baru dengan yang sedia ada.-Kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah : mengembangkan kemahiran menyiasat alam sekeliling, menggalakkan sifat ingin ingin tahu, kreativiti, berfikiran terbuka, ketahanan diri (fizikal dan mental)
Bertujuan untuk melahirkan individu yang berilmu, berkemahiran dan berakhlak mulia ke arah pembentukan masyarakat berbudaya sains dan teknologi, dinamik dan progresif
Kajian tempatanTunggak utama bagi menyemai semangat patriotisme
dalam kalangan muridDapat memupuk kemahiran sosial, kemahiran belajar
dan kemahiran berfikir dalam kalangan murid.Bertujuan untuk melahirkan murid yang taat setia
kepada negara, cintakan tanah air, bangga menjadi rakyat dan sanggup berkorban demi mempertahankan bangsa dan negara.
• BIDANG PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU Komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan. Bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran hidup dan penghayataan kesenian
dan kesihatan. Meliputi mata pelajaran : kemahiran hidup, pendidikan muzik, pendidikan jasmani
dan kesihatan.
Kemahiran hidup Berfokuskan kepada pembelajaran eksperimental, iaitu murid-murid belajar cara
menggunakan alatan, perkakas dan mesin tertentu semasa mengikuti latiahan amali yang dikendalikan.
Bertujuan untuk memberi murid peluang memperoleh ilmu berasaskan teknologi, kemahiran praktis asas, keusahawanan, dan pengurusan diri termasuk keselamatan diri, pengurusan wang, masa dan kerja dengan berkesan.
Dalam maat pelajaran ini dititikberatkan tajuk utama iaitu :-merekacipta-Mengurus diri dan kerja-Mengusahaniaga barang-Menyenggara dan membaiki kerosakkan kecil
IMPLIKASI KBSR TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA
Pelaksanaan KBSR yang sempurna sememangnya dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah penghasilan individu yang berkembang secara menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.Proses pelaksanaan yang bermula dari Tahun 1 (Tahap 1) sehingga Tahun 6(Tahap 2) amat komprehensif dan mengambilkira segala aspek proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah termasuk penyampaian ilmu dan kemahiran serta pemupukan nilai merentasi kurikulum.
Sekiranya semua pihak yang terlibat termasuk para pendidik, murid-murid dan ibu bapa berganding bahu dan komited dalam usaha pelaksanaan KBSR, sudah pasti matlamat FPK akan tercapai dan sistem pendidikan negara kita akan setanding dengan sistem pendidikan negara-negara
membangun yang lain di dunia ini.