Post on 27-Oct-2015
description
1.0 PENGENALAN
Dalam Bahasa Melayu, morfologi merupakan suatu bidang ilmu yang
mengkaji tentang kata dan pembentukan kata. Terdapat beberapa perkara yang
dikaji dalam bidang morfologi. Antara bidang tersebut ialah cara suatu kata
dibentuk, proses-proses yang berlaku dalam pembentukan kata dan bentuk-
bentuk yang terhasil dari proses tersebut.
Menurut Nik Safiah Karim (1996), morfologi ialah bidang ilmu bahasa
yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Manakala pendapat
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1995), morfologi ialah satu bidang dalam
kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.
Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob pula menyatakan morfologi
ialah kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata dan
bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok-belok struktur
kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan
erti kata.
Kata terbentuk daripada beberapa unit yang kecil.Unit tersebut dipanggil
sebagai morfem.Morfem bermaksud unsur terkecil yang mengandungi
makna.Morfem ini boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu morfem bebas
dan morfem terikat.Sebagai contoh, morfem bebas merupakan bentuk yang
dapat berdiri sendiri sebagai kata sempurna seperti kalah, budak, dunia dan
sebagainya. Bagi morfem terikat pula, ia merupakan kata yang tidak boleh berdiri
sendiri seperti me-, mem-, meny-, dan meng-.
Morfem juga boleh dinyatakan sebagai sesuatu yang bersifat abstrak.Ia
bermaksud morfem tidak boleh didengar atau diujarkan. Morfem perlu ditukarkan
ke dalam bentuk fizikal yang lebih konkrit. Bentuk yang dinamakan sebagai
fizikal dipanggil sebagai morf.Morf mewakili morfem dalam sesuatu
bahasa.Seandainya terdapat beberapa unsur morf yang mewakili satu morfem,
kumpulan morf ini dipanggil sebagai alamorf.Sebagai contoh, morfem meN-
mempunyai beberapa alamorf iaitu me-, men-, mem-, meny-, dan meng-.
Perbezaan alamorf ini terjadi bagi menyesuaikan bunyi-bunyi nasal dengan
bunyi-bunyi awal kata dasar yang diimbuhkan dengan alamorf-alamorf tersebut.
2.0 DEFINISI PROSES PEMBENTUKAN KATA
PROSES PEMBENTUKAN KATA
Proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan
dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa.
Ada perkataan yang berbentuk tunggal, misalnya perkataan satu, baik, sekolah
dan panjat. Terdapat perkataan yang terbentuk hasil daripada proses
pengimbuhan, misalnya perkataan berkawan, terjunam dan disarankan. Ada
juga perkataan yang terbentuk hasil daripada pemajmukan dan penggandaan,
misalnya buku tulis, gambar rajah, kertas kerja, bahan-bahan, bukit-bukau dan
bantu membantu.
Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat
aglutinatif, iaitu jenis bahasa dan kebanyakan perkataannya terbentuk melalui
proses pengimbuhan, iaitu penggabungan morfem kata dasar dengan morfem
imbuhan. Proses pembentukan yang bersifat derivatif ini dapat menerbitkan
banyak perkataan, iaitu melalui pencantuman kata dasar dengan pelbagai
imbuhan yang terdapat dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh, perkataan
“serap” apabila mengalami proses pembentukan kata dapat menerbitkan
pelbagai perkataan baharu, iaitu ‘menyerap’, ‘menyerapkan’, ‘penyerapan’,
‘terserap’, ‘menyerapi’, ‘serapan’, ‘terserapkan’, ‘daya serap’, dan sebagainya.
Kaedah pembentukan kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini
tidak sama dengan pembentukan perkataan dalam bahasa yang bersifat fleksi
seperti bahasa Arab. Cara membentuk dan mewujudkan perkataan dalam
bahasa tersebut adalah melalui kejadian perubahan fonem atau bunyi kata dasar
bahasa itu sendiri, iaitu berdasarkan golongan kata atau kasusnya.
Secara umumnya , perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu itu wujud melalui
dua sumber, iaitu melalui asal-usul bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu
berasal daripada rumpun bahasa Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi
itu, sejumlah perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu telah diwujudkan
sehingga hari ini. Kedua, perkataan yang dibentuk kemudian daripada itu
melalui proses-proses tertentu, antaranya seperti yang berikut:-
a. Akronim
Pembentukan kata melalui akronim adalah dengan cara memendekkan atau
meringkaskan perkataan yang kebanyakkannya terdiri daripada kata nama
supaya mudah ditulis tau dilafazkan sebagai satu kata yang wajar. Proses ini
banyak berlaku dalam bahasa Melayu pada hari ini. Contohnya:-
JAIS – Jabatan Agama Islam Selangor
IPBA – Institut Perguruan Bahasa – bahasa Antarabangsa
IPG – Institu Pendidikan Guru
UPSI – Universiti Sultan Idris
b. Analogi
Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan mengiaskan kata baharu
dengan bentuk kata yang telah seia ada yang telah digunakan sejak dahulu.
Misalnya, perkataan tatabahasa memang telah sedia ada dan melalui proses
analogi, diciptakan pula bentuk-bentuk seperti tatatertib, tatacara, dan tatahias.
Contoh perkataan lain yang dibentuk melalui proses ini adalah seperti berikut:_
Prasangka – prasarana, prasekolah, prauniversiti
Jurunikah – juruwang, juruaudit, juruacara, juruhebah
Lelabah – gegel;ang, jejari, rerambut
c.Peleburan Fonem
Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan cara menggabungkan
perkataan agar menjadi suku kata dengan meleburkan atau menggugurkan
fonem-fonem tertentu. Misalnya perkataan ‘benda + alir’ menjadi ‘ bendalir’
terbentuk setelah satu fonem vokal / a / digugurkan.
d. Peluasan Makna
Pembentukan perkataan dengan cara ini adalah dengan mengambil kata-kata
yang telah sedia ada dan kemudiannya diperluaskan maknanya dalam hal-hal
lain. Misalnya, perkataan , family dalam bahasa Inggeris bermakna ‘keluarga’
tetapi perkataan i i telah diperluaskan maknanya menjadi ‘famili’ yang bukan
sahaja merujuk kepada manusia, malahan kepada haiwan juga.
e.Pemberian Makna khusus
Dalam proses ini sesuatu perkataan atau istilah itu dibentuk dengan cara
mengambil kata-kata yang telah sedia ada lalu diberi makna khusus atau
dijadikan istilah. Misalnya, perkataan surih pada asalnya bermaksud ‘bekas atau
nkesan yang dilalui oleh sesuatu seperti jalan yang dilalui oleh siput di atas daun
pisang’. Melalui pemberian itu makna khusus, surih juga membawa maksud
‘meniru atau melukis peta’.
f.Peminjaman Kata
Peminjaman kata melalui proses ini sangat lusa digunakan dalam bahasa
Melayu dan bahasa-bahasa yang lain. Bahasa Melayu banyak meminjam
perkataan daripada bahasa Ingggeris dan bahasa Arab sehingga perkataan
tersebut menjadi sebati dengan penutur bahasa Melayu itu sendiri. Proses ini
berlaku salam sesuatu bahasa disebabkan dalam bahasa tersebut tidak terdapat
perkataan atau istilah sedemikian. Contoh peminjaman kata daripada bahasa
lain:
element – elemen
mengisteate – majistret
diplomat – diplomat
g. Penambahan
Pembentukan kata melalui proses ini adalah dengan memberikan penambahan
kepada kata akar suku kata dengan perkataan lain yang terdiri daripada satu
suku kata juga. Bentuk kata jenis ini telah sebati dalam masyarakat penutur
bahasa Melayu. Contohnya, kata akar satu suku kata bu merujuk kepada benda
yang berbentuk bulat kemudian ditambah pula satu suku kata yang lain untuk
menunjukkan benda0benda tertentu yang berbentuk bulat seperti contoh yang
berikut:
bu + kit – bukit
bu + lan – bulan
bu + luh – buluh
h. Penciptaan
Pembentukan kata melalui proses penciptaan bermaksud kata-kata baharu
dicipta atau dihasilkan tanpa disandarkan kepada perbendaharaan kata yang
sedia ada. Dalam proses ini, perkataan dicipta berdasarkan makna yang
ditimbulkan oleh masyarakat atau dikiaskan kepada sesuatu benda. Misalnya ,
perkataan ‘kiwi’ merujuk kepada nama sejenis burung di New Zealand. Daripada
makna tersebut, dicipta pula perkataan ‘mengiwi’ yang bermaksud ‘perbuatan
menggilap dan mengilatkan kasut menggunakan bahan khas’
i. Penggemblengan
Bernama – Baerita Nasional Malaysia
Proton – Perusahaan Otomotif Negara
j. Penyempitan Makna
Pembentukan kata jenis ini dilakukan dengan cara mengambil kata yang telah
sedia ada dan kemudiannya disempitkan maknanya untuk merujuk kepada
sesuatu yang lebih umum. Misalnya, perkataan tuan puteri mempunyai makna
yang khusus, iaitu ‘panggilan bagi wanita bangsawan atau wanita keturunan
raja’. Sebaliknya , pada hari ini terdapat perkataan tuan sahaja yang merujuk
kepada lelaki yang patut dihormati. Malahan, jika panggilan ini digunakan dalam
urusan surat – menyurat rasmi, ia boleh merujuk kepada panggilan hormat bagi
lelaki dan perempuan.
k.Penyingkatan
Melalui proses penyingkatan ini, perkataan- perkataan tertentu dipendekkan
apabila ditulis dan sering pula dianggap sebagai satu perkataan sahaja seperti
contoh yang berikut:
tv – televisyen
Dr. – Doktor
Prof. – Profesor
Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal,
terbitan, majmuk dan gandaan. Setiap bentuk tersebut mempunyai cara
pengejaannya yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai
rujukan. Sebagai contoh, bentuk perkataan gelung, golong, dan gulung tidak
boleh disalahgunakan dalam struktur ayat kerana perkataan itu sudah jelas
memberikan makna yang berbeza. Perkataan gelung merujuk kepada benda-
benda yang berlingkar, lengkung atau ikal seperti tali, rotan dan rambut.
Perkataan golong bermaksud mengasingkan ke dalam kumpulan tertentu.
Gulung pula membawa maksud benda yang berlembar-lembar atau berutas-utas
yang dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat atau bulat panjang. Dalam
struktur ayat, kesemua perkataan ini tidak boleh ditukar ganti kehadirannya
dalam ayat kerana setiap perkataan berbeza dari segi makna.
3.0 PROSES PEMBENTUKAN KATA
Dalam bahasa Melayu terdapat empat bentuk kata, iaitu kata tunggal, kata
terbitan, kata majmuk, dan kata ganda. Kata tunggal tidak melibatkan apa-apa
Proses Pembentukan Kata
Pengimbuhan
Pemajmukan Penggandaan
Akronim
proses pembentukan, tetapi tiga bentuk kata lain melibatkan proses-proses
tertentu iaitu proses pengimbuhan. pemajmukan, penggandaan dan akronim.
3.1 PROSES PENGIMBUHAN
Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu
dengan menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk kepada
kedudukannya dengan kata dasar, imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu
(i) awalan, yang hadir sebelum kata dasar, (ii) akhiran, yang hadir sesudah kata
dasar, (iii) apitan yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu di awal dan akhir
kata dasar, dan (iv) sisipan, yang hadir di celahan kata dasar.
Imbuhan-imbuhan tersebut membentuk pelbagai jenis kata terbitan, iaitu
kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan. Setiap jenis kata terbitan ini
dibentuk oleh imbuhan-imbuhan tertentu. Awalan-awalan peN-, peR-, pe-, ke-,
juru-, maha-, dan tata- contohnya, membentuk kata nama terbitan. Akhiran
imbuhan yang membentuk kata nama, iaitu –an, -wan, -wati, dan sebagainya.
Antara imbuhan yang membentuk kata kerja pula ialah awalan-awalan meN-,
beR-, ter- dan di- serta akhiran –kan dan –i. Jumlah apitan juga banyak dalam
bahasa Melayu, misalnya peN-…-an, ke-…-an, pe-…an, dan peR-…-an yang
membentuk kata nama; dan meN-…-kan, beR-..-kan, meN-…-kan, meN-…-i,
dan mempeR-…-kan yang membentuk kata kerja.
Proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk
membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran,
apitan, dan sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata
dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan kata iaitu kata kerja,
dan kata adjektif.
Jadual dibawah akan menerangkan pembentukan kata nama terbitan
berawalan pen- dengan lebih terperinci.
Bentuk Contoh
awalan
pen-
Kaedah pembentukan kata terbitan
Kata dasar Kata
Terbitan
Pe- Diimbuhkan pada kata dasar
yang bermula dengan huruf
l,m,n, ny, ng, r dan w.
Ragut
Warna
Main
Peragut
Pewarna
Pemain
Imbuhan ini juga diletakkan
didepan kata dasar yang bermula
dengan huruf k, p, t, dan s.
Tetapi huruf pertama kata dasar
tersebut digugurkan dan
digantikan dengan bentuk
sengau yang sama daerah
artkulasinya dengan huruf yang
pertama. Iaitu ;
ng = k
m = p
n = t
ny = s
Kunci
Pegang
Tampar
Soal
Pengunci
Pemegang
Penampar
Penyoal
Pem- Awalan ini diimbuhkan
dihadapan kata dasar yang
bermula dengan huruf b, f dan v
serta gugusan konsonan yang
bermula dengan huruf b dan p.
Beli
Fitnah
Varnis
Proses
Pembeli
Pemfitnah
Pemvarnis
Pemproses
Pen- Awalan ini diimbuhkan
dihadapan kata dasar yang
Cedok
Jemput
Pencedok
Penjemput
bermula dengan huruf c, d, j, sy
dan z serta kata pinjaman yang
bermula dengan huruf t dan s.
Syarah
Zina
Pensyarah
Penzina
Peng- Awalan ini diimbuhkan
dihadapan kata dasar yang
bermula dengan huruf vokal,
huruf h, g, kh dan kata pinjaman
yang bermula dengan huruf k.
Gigit
Hantar
Khayal
Olah
Intip
Penggigit
Penghantar
Pengkhayal
Pengolah
Pengintip
Penge- Awalan ini diimbuhkan pada kata
dasar yang berekasuku kata.
Bom
Cat
Pengebom
Pengecat
Gong Teck Chong menyatakan setiap awalan pen- mendukung makna tertentu.
Makna – makna tersebut ialah ;
Makna yang didukung awalan pen- Contoh
Orang yang melakukan sesuatu. Pembaca, Pemburu, Penyamun
Orang yang menjawat tugas. Pengawas, Pengarah, Pelakon
Orang yang suka akan sesuatu. Penzina, Penjudi, Pemikir
Orang atau benda yang memiliki sifat
kata dasar.
Pemarah, pemabuk, penyabar
Alat untuk melakukan sesuatu. Penyapu, Pengelap, Pemadam
Ukuran hasil daripada melakukan
sesuatu.
Pelaung, Penanak, Pelontar
Makna abstrak Penunjuk, pendapat
Selain awalan pen- yang telah dinyatakan, terdapat beberapa awalan kata
nama lain dalam Bahasa Melayu. Antara awalan yang dimaksudkan ialah pe-,
per-, ke- dan juru- .
Akhiran Kata Nama
Akhiran –an adalah satu – satunya akhiran asli yang menbentuk kata
nama dalam bahasa Melayu (Goh Teck Chong, 2008). Kata dasar yang
menerima imbuhan ini membawa pelbagai makna yang berbeza. Jadual dibawah
akan menunjukkan makna yang didukung oleh kata dasar tersebut ;
Maksud Contoh
Hasil daripada melakukan maksud
yang terkandung dalam kata dasar.
Ejekan = hasil ejekan
Ulasan = hasil ulasan
Menunjukkan maksud kawasan atau
bidang yang luas.
Darat = daratan
Hamparan = hamparan
Sesuatu yang banyak Longgok = longgokan
Timbun = timbunan
Membawa maksud alat Acuan = alat untuk mengacu
Usung = alat untuk mengusung
Membawa maksud orang atau
haiwan atau benda yang menjadi
penderita kerja.
Buru = buruan
Tawan = tawanan
Rampas = Rampasan
Membawa maksud sesuatu yang
mempunyai sifat yang terkandung
pada kata dasar.
Asinan = sesuatu yang masin
Bulatan = sesuatu yang bulat
Manisan = sesuatu yang manis
Tempat melakukan sesuatu Kurung = kurungan
Ukuran atau kiraan Mingguan = kiraan berdasarkan
minggu
Apitan Kata Nama
Terdapat empat apitan kata nama iaitu, pen-...-an, pe-... –an, per-...an dan
ke-...-an.
Apitan Kata Nama pen- ... –an.
Seperti awalan kata nama, apitan kata nama pen-...-an juga mempunyai
lima cabang iaitu pe-...-an, pem-...-an, pen-...-an, peng-...-an dan penge-...-an.
Kaedah pengabungan apitan ini serupa dengan kata awalan pen-. Kata nama
terbitan daripada apitan ini mempunyai kaitan dengan kata kerja yang menerima
imbuhan awalan me-, men-, mem-, menge- dan meng-. Contohnya dapat dilihat
dalam jadual dibawah.
Me- (merundingkan) Pe- (perundingan)
Mem- (membiayai) Pem- (pembiayaan)
Men- (mendahulukan) Pen- (pendahuluan)
Meng- (menguruskan) Peng- (pengurusan)
Menge- (mengesahkan) Penge- (pengesahan)
Apitan pen- ... –an membawa makna tertentu seperti yang boleh dilihat
didalam jadual berikut.
Makna
Contoh
Kata dasar Kata terbitan
Proses atau perbuatan
mengerjakan maksu yang
terkandung dalam kata
dasar.
Dalam
Kilang
Pendalaman
(proses
mendalamkan)
Pengilangan
(perbuatan
mengilang)
Hasil perbuatan
Alam Pengalaman
(sesuatu yang
dialami)
Tahu Pengetahuan
(hasil yang
diketahui)
Tempat perbuatan
Darat
Inap
Pendaratan
(tempat mendarat)
Penginapan
(tempat untuk
menginap)
Apitan Kata Nama pe- ... –an
Kata nama terbitan yang terhasil daripada apitan ini agak terhad
jumlahnya. Peperangan, peperiksaan, perkarangan dan petempatan merupakan
antara contoh kata terbitan yang terhasil daripada imbuhan apitan ini. Seperti
apitan kata nama yang lain, imbuhan apitan ini juga mendukung beberapa
makna. Ini dapat dilihat dalam jadual dibawah.
Maksud Contoh
Tempat sesuatu dikerjakan atau
tempat yang khusus.
Pedalaman (tempat yang
kedudukannya jauh dari pantai.)
Menunjukkan makna hal yang
terkandung dalam kata dasar.
Peperangan (hal berperang)
Apitan Kat Nama per- ... –an
Apitan ini boleh bergabung dengan mana- mana kata dasar. Kata nama
terbitan ini juga mempunyai kaitan dengan kata kerja yang berawalan ber-.
Contoh ;
Beralih Peralihan
Bekerja Pekerjaan
Belajar Pelajaran
Apitan per-... –an membawa dua maksud iaitu untuk menunjukkan tempat
dan untuk menunjukkan makna hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil
daripada melakukan maksud kata dasar.
Apitan Kata Nama ke-...-an.
Apitan ini biasanya bergabung dengan kata dasar daripada kata nama,
kata kerja dan kata adjektif untuk membentuk kata nama yang bersifat abstrak.
Apitan ini mendukung beberapa makna. Antara makna tersebut ialah untuk
menunjukkan hal atau keadaan yang terkandung dalam kata dasar, untuk
menunjukkan tempat dan juga untuk menunjukkan hasil daripada sesuatu.
Sisipan Kata Nama
Goay Teck Chong ada menyatakan bahawa bentuk sisipan yang
membentuk kata nama ialah –el-, -er- dan –em-. Menurut beliau juga,kata
terbitan bersisipan ini membawa maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang
terkandung dalam kata dasar. Contohnya ;
-el-
Gembung Gelembung
Saput Selaput
-em-
Guntur Gemuntur
Kuncup Kemuncup
-er-
Cucuk Cerucuk
Gigi Gerigi
3.2 PROSES PEMAJMUKAN
Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar,
dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai
satu unit, misalnya: kapal terbang, gambar rajah dan terima kasih.
Menurut Abdullah Hassan, proses pemajmukan ialah penggabungan dua
atau lebih perkataan bagi membentuk kata nama lain yang berfungsi sebagai
satu perkataan. Ada dua cara kata nama majmuk dibentuk, iaitu ;
endosentrik
eksosentrik
Endosentrik
Kata nama majmuk yang terbentu melalui endosentrik ini terbentuk
mengikut hukum sintaksis dalam bahasa Melayu. Kata nama majmuk ini
mengikut hukum D-M. Hukum D – M ini bermaksud yang diterangkan
mendahului yang menerangkan. Contoh kata nama majumuk yang terhasil
mengikut bentuk ini ialah ;
Anakanda Baja butir Menteri besar
Ketua menteri Padang ragut Rumah rehat
Terdapat satu lagi bentuk kata nama majmuk yang terhasil mengikut cara
endosentrik ini, Namun cara ini tidak mematuhi sistem sintaksis Bahasa Melayu.
Hal ini kerana, bentuk ini terhad pada kata nama majmuk yang dipinjam daripada
bahasa asing, dimana susunannya tidak mematuhi hukum DM, tetapi hukum
MD. Contoh kata tersebut ialah ;
Bumiputera Perdana menteri
Kata nama majmuk yang terbentuk secara eksosentrik pula hanya berlaku
kepada kata nama majmuk yang terbentuk daripada dua unsur ayat yang
mempunyai rentetan kata kerja + objek atau pelengkap.
Contohnya ;
Kajibumi
Kaji (kata kerja) Bumi (pelengkap)
3.3 PROSES PENGGANDAAN
Bentuk kata yang terakhir ialah kata ganda. Kata ganda ialah perkataan yang
mengalami pengulangan pada kata dasarnya, sama ada secara sepenuh, separa
atau berentak. Penggandaan penuh bermaksud pengulangan sepenuh sesuatu
kata dasar, contohnya cantik-cantik dan mata-mata.Penggandaan separa
bermakna pengulangan sebahagian daripada kata dasar sahaja, yang boleh
terdiri daripada kata tunggal atau kata terbitan.Penggandaan separa yang
berlaku pada kata dasar tunggal biasanya melibatkan pengulangan suku kata
pertamanya, dan letak gandanya pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal
dalam bentuk gandaan itu mengalami proses pelemahan, menjadikannya vocal e
pepet. Misalnya, laki→lalaki→lelaki.
Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan
hanya menggandakan kata dasar dan tidak melibatkan imbuhan, dan berlaku
hanya pada kata kerja dan kata adjektif tertentu.Bentuk gandaan separa boleh
terletak di bahagian belakang kata dasar, misalnya berturut-turut dan mencari-
cari atau bahagian kata dasar, contohnya bantu-membantu dan cinta-mencintai.
Penggadaan berentak pula ialah proses yang menggandakan kata dasar
mengikut rentak bunyi yang tertentu dalam kata dasar. Dalam penggandaan
berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau
diubah. Penggandaan ini berlaku sama ada melalui pengulangan vokal, contohnya
kuih-muih, tungkus-lumus; melalui pengulangan konsonan misalnya simpang-siur dan
mandi-manda
Menurut Goay Teck Chong, penggandaan ialah proses menggandakan
kata dasar untuk membentuk kata ganda. Beliau juga menyatakan bahawa
terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan
separa dan penggandaan berentak.
Penggandaan Kata Nama
Penggandaan kata nama ini melibatkan ketiga –tiga proses penggandaan.
Sama ada penggandaan penuh, penggandaan separa ataupun penggandaan
seretak.
Penggandaan penuh
Dalam penggandaan ini, kata dasar nama boleh terdiri daripada kata
nama tunggal, kata nama terbitan dan kata nama majmuk.
Penggandaan penuh kata nama tunggal terbahagi kepada dua iaitu;
penggandaan kata nama tunggal tanpa imbuhan.
penggandaan kata nama tunggal dengan imbuhan –an.
Penggandaan penuh kata nama terbitan pula terbentuk daripada kata nama
yang berawalan, berapitan, berakhiran ataupun bersisipan.
Penggandaan penuh kata nama majmuk pula dipengaruhi oleh bentuknya.
Kata nama majmuk yang dieja bercantum akan digandakan keseluruhannya.
Contohnya perkataan jawatankuasa, apabila digandakan akan menjadi
jawatankuasa – jawatankuasa. Manakala bagi kata nama majmuk yang dieja
terpisah, penggandaan hanya akan berlaku pada bahagian awalnya sahaja.
Sebagai contoh perkataan alat tulis, apabila digandakan akan menjadi alat – alat
tulis.
Penggandaan Separa
Penggandaan separa terhadap kata nama muncul daripada kata dasar yang
tergolong dalam kata nama dan kata kerja.
Penggandaan Berentak
Penggandaan berentak terhadap kata nama muncul daripada kata dasar yang
tergolong sebagai kata nama.
Makna Kata Nama Ganda
Jadual ini akan menunjukkan maksud jenis – jenis kata nama ganda.
Makna Contoh Kata Ganda
Penanda jamak Buku – buku, meja – meja
Penanda nama haiwan Labi – labi, kura – kura
Makna kesamaan atau keserupaan Orang = Orang – orang
Penanda kepelbagaian jenis Kuih = Kuih –muih
Penanda tidak tahu Mana = Mana - mana
Kata Akronim
Mengikut Tatabahasa Dewan,turut tergolong ke dalam bentuk kata
tunggal ialah kata akronim. Kata akronim ialah kata singkatan yang terbentuk
dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan
suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan sebagai kata
yang wajar.
Contohnya :
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Kugiran - kumpulan gitar rancak
Cara Menulis Kata Akronim
Terdapat tiga cara menulis kata akronim dalam bahasa Melayu, bergantung
pada cara pembentukkannya.
Ditulis dengan huruf besar seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai
kata yang disingkatkan, keseluruhannya ditulis dengan huruf besar, jika
kata nama khas.
Contohnya :
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
UMNO - United Malay National Organisation
Ditulis dengan huruf kecil seluruhnya
Akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau suku
kata ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya, jika bukan kata nama
khas.
Contohnya :
tabika - taman bimbingan kanak-kanak
purata - pukul rata
kugiran - kumpulan gitar rancak
Ditulis bermula dengan huruf besar
Jika akronim yang terbentuk daripada gabungan huruf awal dan / atau
suku katanya itu menjadi kata nama khas, kata akronim itu ditulis bermula
dengan huruf besar.
Contohnya :
Bernama - Berita Nasional Malaysia
Intan - Institut Tadbir Awam Negara
Proton - Perusahaan Otomobil Nasional
4.0 ANALISIS RENCANA AKHBAR
5.0 REFLEKSI
6.0 RUJUKAN
http://pgsrkent08.edublogs.org/2012/01/29/proses-pembentukan-kata/