Post on 29-May-2018
PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR HARIAN
BERASASKAN WEB (E-LESSON PLAN)
NOR FARADILA BINTI OTHMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau
Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR HARIAN
BERASASKAN WEB (E-LESSON PLAN)
SESI PENGAJIAN: 2009/2010
Saya NOR FARADILA BINTI OTHMAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHAD
__________________________________
(TANDATANGAN PENULIS)
Disahkan oleh
_____________________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
NO 87 , TAMAN SURIA,
06000 JITRA,
KEDAH.
ENCIK MEGAT AMAN ZAHIRI BIN
MEGAT ZAKARIA
Nama Penyelia
Tarikh: 19/4/2010 Tarikh: 19/4/2010
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)”.
Tandatangan : ……………………………
Nama Penyelia : ENCIK MEGAT AMAN ZAHIRI MEGAT ZAKARIA
Tarikh : 19 APRIL 2010
PEMBANGUNAN SISTEM RANCANGAN MENGAJAR HARIAN
BERASASKAN WEB (E-LESSON PLAN)
NOR FARADILA BINTI OTHMAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan Fizik
(SPP).
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2010
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-
tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………
Nama Penyelia : NOR FARADILA BINTI OTHMAN
Tarikh : 14 APRIL 2010
iii
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
"In the name of Allah, most Gracious, most Compassionate"
Untuk Mak, Along, Angah & Keluarga
Untuk semua yang tersayang…
…dunia & akhirat
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan ke hadrat Allah S.W.T kerana
dengan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang-Nya saya telah dapat menyempurnakan
Projek Sarjana Muda ini. Juga selawat dan salam buat Rasul junjungan, Muhammad S.A.W..
Sekalung penghargaan buat pensyarah pembimbing, Encik Megat Aman Zahiri Bin
Megat Zakaria di atas segala ilmu, tunjuk ajar, bimbingan, dorongan, motivasi dan nasihat
yang diberikan sepanjang saya menyiapkan projek ini. Jasamu dikenang selamanya.
Tidak lupa juga kepada bonda dan keluarga yang banyak menghulurkan sokongan,
dorongan, kasih sayang, doa, dan segala-galanya dari dulu hingga kini dan InsyaAllah
selama-lamanya.
Buat sahabat-sahabat yang tidak jemu-jemu mendengar keluh-kesah serta memberi
semangat kepada diri ini, terima kasih yang tidak terhingga. Juga buat sahabat-sahabat
seperjuangan, semoga kita semua sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran
hidup yang mendatang, InsyaAllah.
Seterusnya buat semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak,
hanya Allah S.W.T yang layak membalas jasa dan budi kalian.
v
ABSTRAK
Rancangan Mengajar Harian merupakan perkara asas yang perlu disediakan oleh
guru disekolah. Projek yang dibangunkan ini dapat membantu guru-guru membuat
rancangan mengajar dengan lebih teratur dan sistematik. Sistem yang diberi nama e-
lesson plan ini turut bertujuan untuk memudahkan pihak pentadbiran melakukan
pemantauan terhadap rancangan mengajar harian guru. Sistem ini mengandungi dua
pengesahan pengguna; iaitu guru dan pemantau. Pemantau ini terdiri daripada Pengetua,
Penolong-penolong Kanan serta Guru-guru Kanan Matapelajaran yang telah
dipertanggungjawabkan untuk melakukan pemantauan. Laman web ini dibangunkan
dengan menggunakan perisian Microsoft Office Front Page2003, Microsoft Office
Access 2007, skrip ASP (Active Server Pages) dan Adobe Photoshop CS3. Diharapkan
sistem ini dapat memudahkan para guru dan pihak pentadbir sekolah menguruskan
rancangan mengajar harian.
vi
ABSTRACT
The development of Web-Based Daily Lesson Plan System (e-lesson plan) can
help teachers to create a more orderly and systematic lesson plan. Other than that, the
system was developed to facilitate the administrators to monitor teacher’s daily lesson
plan and thus improve discipline among teachers. Generally, this system consists of two
authentications of users; the teachers and the monitors. The monitors are of Principal,
Senior Assistant and Subjects’ Senior Teachers who have been entrusted to perform
monitoring. This site was developed using the Microsoft Office Front Page2003 for
programming and some supporting software such as Microsoft Office Access 2007 as
database during the development process, ASP (Active Server Pages) scripting and
Adobe Photoshop CS3 to edit graphics. It is expected that this system can facilitate
teachers to do their daily lesson plan and facilitate the administrators to monitor it.
vii
BAB
1
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA
PENGESAHAN STATUS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN PELAJAR
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI RAJAH
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Rasional Pemilihan Projek
1.5 Objektif Pembangunan Projek
1.6 Kepentingan Pembangunan
1.7 Definisi Istilah
1.7.1 Rancangan Mengajar Harian
SURAT
-
-
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xi
1
3
6
6
7
8
8
8
viii
2
3
1.7.2 E-lesson plan
1.7.3 ASP
1.7.4 Pengkalan Data
SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan
2.2 Rancangan Mengajar Harian
2.3 Pemantauan Terhadap Rancangan Mengajar Harian
2.4 ICT Dalam Pendidikan
2.5 Pembangunan Sistem e-Lesson Plan
2.5.1. Rekabentuk Sistem
2.5.2 Antaramuka Sistem
2.5.3 Sistem Pengkalan Data
2.5.4 Pengkalan Data Berkait
2.5.4.1 Kelebihan
2.5.4.2 Kelemahan
2.6 Penutup
REKABENTUK SISTEM
3.1 Pengenalan
3.2 Kerangka dan Prosedur
3.2.1 Pemilihan Perkakasan dan Perisian Komputer
3.2.1.1 Perkakasan
3.2.1.2 Perisian
3.2.1.2.1 Internet Information Services
3.2.1.2.2 Microsoft Office Front Page 2003
3.2.1.2.3 Microsoft Office Access 2007
3.2.1.2.4 Adobe Photoshop CS3
3.2.2.2.5 Internet Explorer
3.2.2 Pemilihan Bahasa Pengaturcaraan
8
9
9
10
10
13
14
15
15
15
15
16
17
18
18
19
19
20
20
20
21
21
21
21
22
22
ix
4
5
3.2.3 Pemilihan Bahasa Penghantar Dan Arahan
3.2.4 Rekabentuk Sistem
PEMBANGUNAN PERISIAN
4.1 Pengenalan
4.2 Perbincangan Persembahan Laman Web
4.2.1 Default
4.2.1.1 Login Guru
4.2.1.1.1 Home untuk Guru
4.2.1.1.2 Kemaskini Profail
4.2.1.1.3 Tambah Rancangan Mengajar
4.2.1.1.4 Senarai Rancangan Mengajar
4.2.1.1.5 Keluar Sistem
4.2.1.2 Login Admin
4.2.1.2.1 Home untuk Admin
4.2.1.2.2 Kemaskini Profail
4.2.1.2.3 Senarai Rancangan Mengajar
4.2.1.2.4 Tambah/Edit/Hapus
4.2.1.2.5 Keluar Sistem
4.3 Sistem Pengkalan Data
4.3.1 Jadual ‘admin’
4.3.2 Jadual ‘subjek’
4.3.3 Jadual ‘kelas’
4.3.4 Jadual ‘lp’
4.3.5 Jadual ‘data’
4.4 Penyebaran dan Penggunaan Laman Web
4.5 Penutup
PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan
22
23
27
28
28
28
29
30
31
32
34
34
35
35
36
39
41
41
41
42
43
44
45
47
47
48
x
5.2 Perbincangan
5.2.1 Masalah pembangunan sistem
5.2.1.1 Tahap kemahiran rendah
5.2.1.2 Sistem tidak menyokong IIS versi 7
5.2.2 Kekuatan
5.2.2.1 Sistem yang mesra pengguna
5.2.2.2 Proses membuat rancangan mengajar lebih
mudah
5.2.2.3 Pemantauan lebih mudah
5.2.2.4 Meningkatkan disiplin guru
5.2.3 Kelemahan
5.2.3.1 Formula dan Graf
5.2.3.2 Penggunaan kod HTML
5.2.3.3 Sistem tidak menyokong IIS versi 7
5.3 Cadangan
5.3.1 Muat naik gambar
5.3.2 Menyediakan ruangan muat naik
5.3.3 Mengintegrasikan sistem e-lesson plan dengan
sistem jadual waktu
5.4 Kesimpulan
RUJUKAN
48
49
49
50
50
50
50
51
51
52
52
52
52
52
52
53
53
53
54
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1
3.2
3.3
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
4.11
4.12
4.13
4.14
4.15
4.16
4.17
4.18
4.19
4.20
Carta alir e-Lesson Plan
Carta alir Pengetua
Carta alir Guru
Paparan untuk Default
Paparan untuk Login Guru
Paparan untuk Home Guru
Paparan untuk Kemaskini Profail
Paparan untuk Tambah Rancangan Mengajar
Paparan untuk Papar Rancangan Mengajar
Paparan untuk Login Admin
Paparan untuk Home Admin
Paparan untuk Kemaskini Profail
Paparan untuk Senarai Rancangan Mengajar
Paparan untuk Pengesahan Pengetua
Paparan untuk Tambah/Edit/Hapus Pengguna
Paparan untuk Tambah Pengguna
Paparan untuk Edit Pengguna
Paparan untuk Jadual ‘admin’
Paparan untuk Jadual ‘subjek’
Paparan untuk Jadual ‘kelas’
Paparan untuk Jadual ‘lp’
Paparan untuk Jadual ‘data’
Paparan menunjukkan hubungan antara semua jadual
24
25
26
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
40
42
43
44
45
46
46
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Seiring dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk
memartabatkan penggunaan ICT (Information Communication Technology) dalam
dunia pendidikan, inovasi dalam perancangan pengajaran oleh guru perlu dibuat
dengan menekankan konsep ICT dalam untuk melancarkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Seperti yang diketahui umum, KPM telah menggariskan tiga dasar
utama ICT dalam pendidikan.
i. Dasar pertama adalah literasi ICT untuk semua pelajar, bermaksud
pelajar memperoleh kemahiran menggunakan kemudahan ICT.
ii. Dasar kedua mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam
pendidikan sebagai kurikulum dan alat P&P. ICT sebagai kurikulum
bermaksud pelajar mempelajari ICT sebagai mata pelajaran seperti
mata pelajaran Teknologi Maklumat bagi peringkat SPM dan mata
pelajaran Pengkomputeran bagi peringkat STPM. ICT dalam P&P
seperti penggunaan perisian kursus, internet, dan aplikasi generik yang
lain (contohnya, perisian CAD dalam mata pelajaran reka cipta dan
lukisan kejuruteraan).
2
iii. Dasar ketiga menekankan penggunaan ICT untuk meningkatkan
produktivi, kecekapan, dan keberkesanan sistem pengurusan. Ini
terhasil daripada pengautomasian pejabat dan pelaksanaan sistem
aplikasi pengurusan yang membawa kepada penambahbaikan proses
kerja.
Dasar ketiga ini dengan jelas menyeru warga pendidik untuk menggunakan
ICT bukan sahaja di dalam proses mengajar semata-mata, tetapi juga untuk
memudahkan sistem pentadbiran sekolah dan menjadikannya lebih efisien.
Salah satu kaedah untuk menjayakan hasrat ini ialah dengan melatih guru-
guru supaya menggunakan ‘e-Lesson Plan’ dalam menyiapkan perancangan
pengajaran mereka. Penggunaan ‘e-Lesson Plan’ menjurus kepada penyediaan
rancangan pengajaran harian secara online dimana guru akan menyediakan
rancangan pengajaran menggunakan komputer dan rancangan pengajaran ini boleh
disemak oleh guru panitia, guru ketua bidang, pengetua, bahkan pengarah pendidikan
sekalipun.
Penggunaan rancangan pengajaran secara online telah dibuktikan lebih kemas
dan teratur bahkan lebih cantik berbanding rancangan pengajaran secara
konvensional (Esah Sulaiman et. al; 2003). Bagi melaksanakan ‘e-Lesson Plan’
beberapa komputer yang mempunyai kemudahan internet memainkan peranan dalam
konteks kemudahan kepada guru untuk mengemaskini rancangan pengajaran mereka.
‘e-Lesson Plan’ juga membolehkan berlakunya komunikasi dan perbincangan
berbentuk global. Pihak atasan seperti kementerian boleh memantau secara terus
perkembangan pengajaran di sekolah tanpa perlu ke sekolah tersebut dengan syarat
individu tersebut mempunyai maklumat verifikasi penggunanya sendiri.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Penggunaan teknologi moden seperti penggunaan komputer telah dibuktikan
dapat meningkatkan kecekapan pengurusan sekolah. Peningkatan beban tugas seperti
menyediaan laporan, memo dan mengemaskini statistik untuk keperluan semua
peringkat pentadbiran menyebabkan meningkatnya kepentingan penggunaan
komputer dalam tugas-tugas pentadbiran (Mohamad Rashid; 1987)
Dengan itu, dapat dilihat bahawa semakin ramai golongan pentadbir sekolah
mula beralih daripada menggunakan penyimpanan maklumat secara konvensional
kepada penggunaan penyimpanan maklumat berkomputer. Hal ini terjadi setelah
semakin ramai golongan pentadbir di sekolah mulai faham dan sedar tentang potensi
komputer yang lebih efektif berbanding pengurusan manual dalam pentadbiran
pendidikan sekolah.
Sistem maklumat merujuk kepada satu sistem berkomputer yang memproses
data untuk mencapai sesuatu fungsi yang tertentu (Tee, 2000). Perkembangan sistem
maklumat di Malaysia berkembang dengan kadar yang amat perlahan (Tee, 2000).
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran telah mengambil beberapa
langkah untuk memartabatkan pengginaan sistem maklumat di sekolah termasuk
memperkenalkan konsep Sekolah Bestari pada 1997.
Selain itu, bermula pada tahun 1997 juga, penggunaan aplikasi SMPP/EMiS
MAP telah membolehkan pengisian data secara elektronik dibuat oleh guru di
peringkat sekolah. SMPP atau EMiS merujuk kepada Sistem Maklumat Pengurusan
Pendidikan manakala MAP ialah singkatan daripada pengumpulan maklumat asas.
EMiS atas talian (Online) menyediakan data yang terkini, sahih, tepat dan berkualiti
kepada pemutus dasar, perancang, penyelidik dan pengguna lain. Ia digunakan untuk
mengumpul data asas pendidikan dan sistem ini merupakan satu usaha berterusan
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP) untuk
meningkatkan kualiti data dan memantapkan lagi pengurusan kutipan MAP bagi
memenuhi keperluan maklumat di peringkat Kementerian.
4
Namun, Menurut kajian kes yang dilakukan Jabatan Aplikasi Komputer dan
Jabatan Kurikulum dan Ko-kurikulum Institut Aminuddin Baki Utara, sehingga kini
penggunaan ICT dalam pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran masih belum
sampai ke tahap yang optimum. Hanya 23.9% guru yang menyokong program
Sekolah Bestari (Mohd Sani, 2000) dan hanya 24% darpada guru sekolah rendah
mengaku Celik ICT dan 29.4% untuk sekolah menengah (Baharom Mohamad,
2002).
Rancangan mengajar (lesson plan) pula pada asasnya merupakan catatan
mengenai perancangan yang berkaitan sesi pengajaran. Bagi guru-guru, rancangan
mengajar haruslah disiapkan dengan baik dan tersusun sebelum sesi pengajaran
dimulakan. Rancangan mengajar yang disiapkan dengan sempurna dapat
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan dengan sendirinya menjadikan proses
pengajaran berjalan dengan sempurna juga. Selain itu, rancangan pengajaran yang
baik juga dapat mengelak atau mengurangkan berlakunya kesilapan yang boleh
mengganggu proses pengajaran.
Pada asalnya rancangan pelajaran diperlukan dengan tujuan:
a) Melatih guru berfikir secara mendalam tentang isi, bahan dan langkah-
langkah pengajaran dan kemudian merangka dan menyusunnya secara
teratur sebelum pengajaran sebenar disampaikan.
b) Membantu guru menjangka dan kemudian meninjau masalah yang
mungkin dihadapi dan membina rancangan penyelesaian masalah.
c) Menentukan isi dan langkah pengajaran, terutamanya isi dan
memastikan isi dan langkah yang penting tidak tercicir.
d) Menentukan pengajaran yang disampaikan mempunyai objektif
tertentu yang sudah dirancang dan sudah dijangka dapat dicapai bagi
mengelakkan berlakunya pengajaran yang tidak berfokus.
5
e) Daripada segi profesionalisme, guru perlu bertanggungjawab terhadap
tindak tanduknya melalui rekod atas apa-apa yang dilakukannya.
f) Membantu guru menentukan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
pengajaran yang sesuai dengan objektif pengajaran.
g) Sebagai suatu dokumen rasmi yang akan dirujuk dan disemak oleh
pihak pengurusan sekolah, jemaah nazir dan pegawai-pegawai jabatan
pendidikan dan kementerian pendidikan.
Mohamad Johdi Salleh, (2007) dalam kertas kerjanya juga mengakui
kenyataan di atas dengan mengatakan bahawa ke arah menjadi guru yang efektif,
guru mesti membuat perancangan pelajaran sebelum memulakan pengajaran dan
pembelajaran, termasuklah guru berpengalaman, guru cemerlang dan guru pakar. Ini
dapat mengelakkan sekiranya guru gagal untuk menjawab pertanyaan murid atau
sentiasa menangguhkan jawapan, menyebabkan murid kurang berkeyakinan kepada
guru tersebut dan seterusnya hilang minat untuk terus belajar.
Walaubagaimanapun, menurut satu laporan Jemaah Nazir Sekolah Sabah
baru-baru ini, ada beberapa guru didapati tidak melengkapkan buku rancangan
mengajar ketika diperiksa. Perbuatan ini melanggar Akta Pendidikan Negara
berikutan setiap guru mesti mempunyai buku rekod persediaan mengajar kerana ia
adalah dokumen rasmi (Berita Harian, April 19 2009).
Selain itu, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan
Sekolah Kluster, Ashah binti Samah membuat perangkaan 66% waktu Pengetua
digunakan untuk bermesyuarat manakala hanya 0.71% digunakan untuk memantau
atau mencerap. Hal yang demikian kerana Pengetua mempunyai banyak beban tugas
yang lain menyebabkan para Pengetua telah terlepas pandang terhadap isu
pemantauan ini.
6
Dengan mengaplikasikan ‘e-Lesson Plan’ dalam sistem pengurusan sekolah
dapat mengukuhkan pemantauan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah dan meningkatkan tahap disiplin di kalangan guru.
1.3 Pernyataan Masalah
Sistem ini diwujudkan untuk membina suatu sistem pemantauan oleh pihak
atasan ke atas guru-guru yang mengajar dengan menggunakan ‘e-Lesson Plan’ atau
‘online Lesson Plan’ dengan menggunakan komputer yang mempunyai talian
internet dalam konteks mengukuhkan pemantauan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah dan secara tidak langsung meningkatkan tahap disiplin di
kalangan guru.
Guru-guru perlu menyiapkan rancangan pengajaran menggunakan ‘e-Lesson
Plan’, sebuah aplikasi berasaskan web dan seterusnya perlu mengemaskini rancangan
pengajaran mereka sebelum masuk ke kelas untuk proses pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, jika terdapat sebarang permasalahan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran, guru-guru dapat memberi komen terus terhadap
rancangan pengajaran mereka untuk diberi perhatian oleh pihak atasan. Setelah
semua data disimpan, pihak atasan dapat memantau perkembangan yang berlaku di
dalam kelas dan seterusnya mengetahui permasalahan yang berlaku semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran pada bila-bila masa dan seterusnya mengambil
tindakan jika perlu.
1.4 Rasional Pemilihan Projek
Rancangan pengajaran merupakan nadi yang menentukan proses pengajaran
dan pembelajaran. Rancangan pengajaran yang teliti menentukan pengajaran yang
disampaikan mempunyai objektif tertentu yang sudah dirancang dan sudah dijangka
7
dapat dicapai bagi mengelakkan berlakunya pengajaran yang tidak berfokus.
Kegagalan menyiapkan rancangan pengajaran boleh mengganggu sesi pengajaran
dan pembelajaran dan turut mencalar kredibiliti serta profesionalisme seseorang
guru.
Oleh itu, aplikasi ini di bina untuk memudahkan pihak atasan memantau
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan meningkatkan tahap disiplin di
kalangan guru. Memandangkan pemantauan boleh dilakukan pada bila-bila masa,
para guru terpaksa sentiasa mengemaskini rancangan pengajaran mereka dari semasa
ke semasa.
Selain itu, umum mengetahui, pemantauan terhadap rancangan pengajaran
guru secara konvensional melibatkan para guru untuk menghantar buku rekod
rangcangan pengajaran masing-masing pada setiap hujung minggu kepada pengetua
atau ketua bidang. Ini menyukarkan guru untuk menyediakan rancangan pengajaran
harian ketika hujung minggu dan meningkatkan beban kepada pengetua dan ketua
bidang kerana terpaksa meneliti buku-buku rekod yang banyak dalam masa yang
singkat. Oleh itu, projek atau perisian ini diharap dapat memudahkan kedua-dua
pihak dalam membuat tugasan masing-masing dan seterusnya meringankan beban
kerja mereka.
1.5 Objektif Pembangunan Projek
Objektif projek ini adalah:
i. Mereka bentuk satu sistem penyediaan dan pemantauan rancangan
mengajar harian berasaskan web
ii. Membangunkan satu sistem penyediaan dan pemantauan rancangan
mengajar harian berasaskan web