Post on 06-Mar-2019
PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB UNTUK
SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
TINGKATAN 4 - PENYELENGGARAAN KOMPUTER PERIBADI
AZMAWATI BT MOHAMAD
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER, 2007
ii
iii
Khusus buat suami yang kucintai...Mohd Azrul b. Abd Aziz
dengan penuh kasih dan penghargaan.
Untuk mak dan arwah abah...
tidak terbalas jerih payah kalian mendidikku.
Untuk kedua ibu dan bapa mertuaku...
yang dihormati.
Kepada abang-abang, kakak dan adik-adik...
yang disayangi.
Kepada anak-anak saudaraku...
Doaku agar kalian menjadi anak-anak yang soleh dan solehah
serta berjaya dunia & akhirat.
Dan untuk guru-guru yang pernah mendidikku...
tunjuk ajar kalian sentiasa menjadi inspirasiku.
Juga tak kulupakan sahabat-sahabatku...
yang sentiasa mewarnai hidupku.
“ Semua orang bermimpi, tapi tak sama.
Mereka yang bermimpi di malam hari, mimpinya kekal sebagai khayalan.
Pemimpi-pemimpi di siang hari adalah mereka yang berbahaya,
kerana mereka akan berusaha menjadikan mimpi itu, satu kenyataan ”
iv
PENGHARGAAN
Jutaan terima kasih dan penghargaan ikhlas kepada penyelia Projek Sarjana
Muda saya, Puan Norah bt Md Noor atas bimbingan dan dorongan serta idea-idea yang
bernas yang sudi beliau kongsikan bersama saya sepanjang tempoh pembangunan laman
web ini.
Terima kasih yang tidak terhingga juga buat suami tercinta En. Mohd Azrul b.
Abd Aziz yang sentiasa memberi dorongan serta membantu dari segi kewangan dan
seterusnya keluarga yang disayangi. Tidak lupa buat rakan-rakan seperjuangan, terima
kasih diucapkan atas idea yang diberikan.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung mahupun tidak langsung membantu menjayakan projek pembangunan
laman web ini.
v
ABSTRAK
Projek ini bertujuan untuk membangunkan sistem pembelajaran berasaskan web
bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk pelajar tingkatan 4 di
bawah sub tajuk Penyelenggaraan Komputer Peribadi mengikut huraian sukatan
pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Laman web ini
dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver MX sebagai
perisian utama dan di sokong oleh perisian-perisian lain seperti Macromedia Flash MX
dan Adobe Photoshop. Proses reka bentuk pengajaran dan pembangunan bagi laman
web ini dibina berlandaskan model reka bentuk instruksi bersistem oleh Hanafin & Peck.
Bahasa penyampaian laman web ini adalah bahasa inggeris. Nota dan latihan yang
disediakan dalam laman web ini adalah dalam bentuk langkah demi langkah bagi
menggalakkan proses interaktiviti dengan pelajar. Diharapkan agar laman web ini dapat
membantu pelajar dalam memahami dan menguasai sub tajuk Penyelenggaraan
Komputer Peribadi.
vi
ABSTRACT
The purpose of this project is to develop a web-based learning system for Form 4
Information Communication Technology (ICT) subject on topic PC Assembling which
based on the syllabus set by Malaysian Ministry Of Education. This web was developed
using Macromedia Dreamweaver MX as the main tool and supported by other
development software such as Macromedia Flash MX and Adobe Photoshop. The
development of this website is based on systematic instructional design model by
Hanafin & Peck. The contents of the website are presented in English. Notes and
exercises provided in this web page were in step by step action to encourage interactivity
process with the student. Hopefully, this website can be utilized to help students in
understanding and mastering the sub topic PC Assembling.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Rajah xi
Senarai Lampiran xii
1 PENDAHULUAN
1
1.1 Pengenalan
1.2 Latar belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Projek
1.4.1 Objektif Pembangunan Web
1.4.2 Objektif Pembelajaran
1.5 Kepentingan Projek
1.5.1 Pengguna / Pelajar
1.5.2 Pendidik
1.6 Skop Projek
1.7 Takrifan Istilah
1.7.1 Laman Web
1.7.2 Pembelajaran
1
3
4
5
5
6
6
6
7
7
8
8
8
viii
1.7.3 Multimedia
1.7.4 Internet
1.7.5 Komputer
1.8 Penutup
8
9
9
10
2 SOROTAN PENULISAN
11
2.1 Pengenalan
2.2 Perkembangan ICT dalam pendidikan
2.3 Perkembangan teknologi internet dan laman
web dalam pendidikan
2.4 Pembelajaran Berbantukan Komputer
2.5 Laman web sebagai medium pengajaran dan
pembelajaran
2.6 Keberkesanan laman web dalam proses
pengajaran dan pembelajaran
2.7 Teori Pembelajaran
2.8 Penutup
11
11
13
14
15
17
18
21
3 REKA BENTUK PERISIAN
22
3.1 Pengenalan
3.2 Model Reka Bentuk Perisian
3.3 Fasa-fasa pembangunan
3.3.1 Fasa 1 : Analisa Keperluan
3.3.1.1 Tajuk Dan Skop Pelajaran
3.3.1.2 Pengguna Sasaran
3.3.1.3 Objektif
3.3.1.4 Perisian Yang Diperlukan
3.3.1.5 Perkakasan Yang Diperlukan
3.3.1.6 Peralatan Tambahan Untuk
Membangunkan Laman web
22
23
24
24
24
25
25
25
27
27
ix
3.3.2 Fasa 2 : Reka bentuk
3.3.2.1 Kaedah Penyampaian
3.3.2.2 Reka Bentuk Skrin
3.3.2.2.1 Teks
3.3.2.2.2 Warna
3.3.2.2.3 Grafik
3.3.2.2.4 Animasi
3.3.2.2.5 Audio
3.3.3 Fasa 3 : Pembangunan dan Perlaksanaan
3.4 Penutup
28
28
29
30
30
31
31
31
32
32
4 PEMBANGUNAN LAMAN WEB
33
4.1 Pengenalan
4.2 Paparan Laman Web
4.2.1 Home (Halaman Utama)
4.2.2 Intro & Objective (Pengenalan dan Objektif)
4.2.3 Info : Hardware Information
(Maklumat Perkakasan)
4.2.4 Notes : Assemble the PC
( Penyelenggaraan Komputer Peribadi)
4.2.5 Exercises (Latihan)
4.2.6 Games (Permainan)
4.2.7 Glossary (Glosari)
4.2.8 Books (Buku)
4.2.9 Contact (Hubungi)
4.3 Ciri-ciri Laman Web
4.4 Pengujian Laman Web dan Kesesuaian
4.5 Penutup
33
33
35
36
37
39
41
42
44
45
45
46
48
48
x
5 PERBINCANGAN 49
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
5.3 Kelebihan laman web
5.4 Kelemahan laman web
5.5 Masalah yang dihadapi semasa pembangunan
laman web.
5.5.1 Kekurangan kemahiran dan kepakaran.
5.5.2 Kekurangan masa
5.6 Cadangan
5.7 Penutup
49
49
50
52
52
52
53
53
54
RUJUKAN 55
LAMPIRAN A 59
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
3.1 Model Reka Bentuk Hannafin & Peck 23
4.1 Paparan Laman Utama Web 35
4.2 Paparan Pengenalan dan Objektif Pembelajaran 36
4.3 Paparan Maklumat Perkakasan Komputer 37
4.4 Paparan Penerangan Perkakasan Komputer 38
4.5 Paparan Senarai Semak Perkakasan Komputer 39
4.6 Paparan Nota Pelajaran 40
4.7 Paparan Latihan 41
4.8 Paparan Proses Memuat Turun Permainan 42
4.9 Paparan Permainan 43
4.10 Paparan Istilah-Istilah Penting 44
4.11 Paparan Senarai Buku Rujukan 45
xii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Carta Alir Laman Web 59
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
31 0gos 1957 adalah merupakan tarikh keramat yang amat penting buat
Malaysia. Dimana pada waktu itu negara telah mencapai kemerdekaan. Semenjak itu,
sistem pendidikan kebangsaan telah mengalami perubahan ke arah kemajuan dan
pemantapan. Kini, pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran
akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (Information Communication Technology) (ICT). Salah satu cabaran
negara adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan
atau k-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. Perubahan sistem
ekonomi ini adalah satu fenomena yang merupakan akibat daripada arus perdana yang
dibawa oleh globalisasi. Ekonomi baru ini memerlukan sokongan padu daripada sektor
pendidikan yang merupakan ekonomi utama bagi menjayakan agenda negara. Cabaran
tersebut menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri
k-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan
juga pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi.
Secara realitinya Teknologi maklumat telah membawa pendidikan sedunia mara
setapak ke hadapan. Teknologi Maklumat membolehkan pendidikan jarak jauh
dilaksanakan. Mengikut sistem ini, para pelajar dapat mengambil kursus menerusi
mana-mana Institusi Pengajian Tinggi di dalam mahupun di luar negara melalui
2
internet. Mereka tidak perlu menghadiri kuliah di institusi pengajian tersebut. Asalkan
ada sambungan internet, mereka dapat mempelajari kursus yang diambil tanpa mengira
masa dan tempat. Di Malaysia umpamanya, sebuah universiti maya yang pertama iaitu
Universiti Tun Abdul Razak atau UniTAR telah ditubuhkan dan akan mempelopori
pendidikan jarak jauh secara multimedia di negara ini. UniTAR mempunyai ciri-ciri
istimewa seperti pendidikan bebas, interaksi dalam talian, kelas maya, belajar secara
berkumpulan, penilaian dan peperiksaan. Perkembangan ini telah membuka lebih
banyak peluang pendidikan dan seterusnya akan melahirkan masyarakat madani yang
mahir dalam teknologi maklumat.
Satu lagi perkembangan dalam sistem pendidikan negara ialah penubuhan
Sekolah Bestari. Projek Sekolah Bestari bertujuan untuk menyediakan asas bagi
penghasilan pekerja ilmu yang akan memainkan peranan penting untuk membentuk
ekonomi yang berasaskan maklumat. Sekolah Bestari ditubuhkan bukan sahaja
ditubuhkan untuk memenuhi kehendak Koridor Raya Multimedia (MSC), malahan
untuk melahirkan satu genarasi rakyat Malaysia yang akan menjadi kreatif serta inovatif
dalam pemikiran. Sehubungan dengan itu sistem pendidikan negara ini mempunyai dua
objektif yang perlu dicapai iaitu melengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran
tertentu sebagai persiapan dalam melawan arus modenisasi dan globalisasi pada masa
depan dan mengembangkan nilai-nilai integriti yang diingini bagi membentuk pelajar
sebagai warganegara yang berdaya saing dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada
negara. Keupayaan dalam menjana generasi bangsa Malaysia yang bertamadun tinggi
dan diiktiraf pada masyarakat dan dunia adalah bergantung kepada sejauh mana
keberkesanan sistem pendidikan negara supaya dapat mencapai kedua-dua objektif
utama tersebut secara maksimum.
3
1.2 Latar belakang Masalah
Kurikulum mata pelajaran Teknologi Maklumat telah dilaksanakan sejak tahun
1999. Lantaran kepesatan pembangunan dan kemajuan dalam bidang teknologi
maklumat maka kandungan kurikulum mata pelajaran Teknologi Maklumat telah
disemak semula dan dikemaskini untuk disesuaikan dengan kepesatan perubahan
tersebut. Pada masa yang sama, mata pelajaran ini telah dikategorikan sebagai mata
pelajaran sains dan teknologi maka bermula pada tahun 2006 mata pelajaran ini akan di
ajar dalam Bahasa Inggeris. Selari dengan perkembangan di atas, nama mata pelajaran
ini telah diubah daripada Teknologi Maklumat (Information Technology) kepada
Information and Communication Technology (ICT). Dalam kurikulum yang disemak
semula ini, di samping penyampaian bidang pengetahuan dalam ICT, penekanan kepada
bidang kemahiran ICT dipertingkatkan. Penekanan ini bertujuan untuk memantapkan
perlaksanaan kurikulum ICT di sekolah-sekolah menengah bagi meningkatkan minat,
ilmu pengetahuan dan kemahiran pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ICT
atau menceburi kerjaya yang berkaitan dengannya.
Sebagaimana yang telah kita ketahui dunia pendidikan negara kita pada masa
kini sangat mengharapkan kehadiran media pembelajaran yang bermutu tinggi bagi
meningkatkan kualiti pendidikan. Sehubungan dengan itu, mata pelajaran Information
and Communication Technology (ICT) ini adalah mata pelajaran yang baru
diperkenalkan di sekolah dan sudah pasti bahan rujukan mengenai mata pelajaran ini
amat berkurangan dan terhad. Pada amnya, mata pelajaran ini tidak mempunyai buku
teks ataupun modul yang khusus. Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu mencari
nota pengajaran sendiri berdasarkan silibus pengajaran dan CD yang dibekalkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia.
4
1.3 Pernyataan Masalah
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan laman web bagi silibus
pengajaran ICT. Namun begitu, hingga kini masih lagi tiada sistem pembelajaran rasmi
yang disediakan menerusi web memandangkan mata pelajaran ini baru diubah dan
diperkenalkan pada tahun 2006. Walaupun terdapat maklumat di dalam internet
mengenai sistem komputer, perisian, perkakasan dan sebagainya mengenai ICT. Namun
demikian, kebanyakannya tidak memenuhi keperluan dan silibus mata pelajaran.
ICT ini. Hal ini menyusahkan para pelajar mahupun para pendidik untuk mencari
maklumat yang tepat dan bersesuaian.
Penggunaan laman web dalam pengajaran dan pembelajaran bukanlah sesuatu
yang baru dalam pendidikan. Ciri interaktif dan fleksibel yang disediakan menjadi
pilihan utama kenapa laman web dilihat sebagai alternatif terkini proses penyampaian
pengajaran. Justeru itu pembangun akan memfokuskan bagaimana untuk menghasilkan
laman web yang memenuhi tuntutan semasa dan menjadi media pembelajaran yang
bermutu tinggi untuk digunakan oleh pelajar mahupun pendidik dan seterusnya dapat
meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Sejajar dengan perkembangan terbaru ini, pembangun amat berminat untuk
membangunkan laman web yang dapat memperkenalkan dan seterusnya membantu
pelajar tingkatan 4 dan para pendidik dalam sub topik Penyelenggaraan Komputer
Peribadi bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Nota dan latihan
yang disediakan dalam laman web ini adalah dalam bentuk langkah demi langkah bagi
menggalakkan proses interaktiviti dengan pelajar. Pembangun akan membina laman web
yang lebih interaktif disamping mengaplikasikan beberapa elemen multimedia.
Disamping itu, laman web ini juga mempunyai reka bentuk skrin, antara muka dan
penggunaan unsur hipermedia yang menggalakkan penerokaan kendiri sekaligus
memberikan peluang kepada pengguna membina kefahaman berdasarkan keupayaan
sendiri.
5
Pembangun memilih laman web sebagai flatform kerana laman web merupakan
sesuatu kemudahan yang penting untuk membolehkan maklumat dikongsikan. Dengan
adanya laman web ini ianya akan memudahkan pelajar, guru dan pengguna yang lain
mengakses maklumat dengan lebih cepat, mudah dan murah. Melalui laman web,
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan tanpa terikat kepada fakta
geografi, masa dan sempadan budaya. Di samping itu, laman web yang dibangunkan ini
dapat digunakan oleh pelajar di dalam makmal komputer sekolah sambil
mengaplikasikannya sendiri.
Justeru itu pembangun akan memfokuskan bagaimana untuk menghasilkan
laman web yang baik serta dapat memenuhi tuntutan semasa pendidikan dan menjadi
media pembelajaran yang bermutu tinggi untuk digunakan oleh pelajar mahupun
pendidik serta orang ramai dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti pendidikan
negara.
1.4 Objektif Projek
Projek ini dibangunkan untuk memenuhi objektif pembangunan web dan objektif
pembelajaran.
1.4.1 Objektif Pembangunan Web Laman web ini dibangunkan untuk mencapai objektif berikut : i. Membangunkan sebuah laman web pendidikan bagi mata pelajaran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk pelajar tingkatan 4, di
bawah sub tajuk Penyelenggaraan Komputer Peribadi
6
ii. Menghasilkan sebuah laman web pendidikan yang menarik yang
mengandungi elemen multimedia serta menggunakan kaedah langkah
demi langkah dalam menyampaikan isi pelajaran.
1.4.2 Objektif Pembelajaran Laman web ini dibangunkan untuk mencapai objektif pembelajaran berikut :
i. Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dan membina kefahaman
berdasarkan keupayaan sendiri.
ii. Menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan.
iii. Membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar.