Post on 20-Jul-2015
Diploma Tertinggi Perguruan Ugama Syariah
KEPENTINGAN KAEDAH LAWATAN
DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN UGAMA.
Mu’minah Bte Hj Ibrahim
12DT067
Pedagogi Pengajaran Ugama
PD 0202
لأقaف بدأ اكي وافانظر ضaرالأaفى سريوا قل ثa لأء كل شي الله على إن رaخaالأaالنشأة الله ينشئ
﴾٢٠﴿ير قد
Ertinya: Katakanlah! Berjalanlah di (muka) bumi, maka
perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia)
daripada permulaannya, kemudian Allah menjadikannya
sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas
segala sesuatu. (Al-’Ankabut: 20)
PENGERTIAN KAEDAH LAWATAN
• Kaedah pengajaran yang dilaksanakan dengan cara
melakukan kunjungan atau lawatan sambil belajar diluar
kelas. Melalui kaedah ini guru dapat memberikan
gambaran yang jelas secara langsung tentang apa yang
dilihat oleh murid-murid pada waktu lawatan tersebut.
•Kamus dewan - melawat sesuatu tempat untuk jangka
masa yang tertentu.
SEBELUM MELAKUKAN LAWATAN• Tentukan tujuan lawatan untuk dijelaskan kepada murid-murid.
• Jelaskan apa yang patut dilakukan oleh murid-murid dalam lawatan
tersebut.
• Sediakan soalan-soalan yang akan ditanyakan selepas lawatan
tersebut.
• Siapkan segala keperluan untuk melakukan lawatan tersebut seperti:
I. Minta kebenaran daripada pihak yang dikunjungi terlebih dahulu.
II. Minta kebenaran daripada ibu bapa / penjaga murid-murid sebelum
melakukan lawatan.
III. Mengaturkan urusan pengangkutan.
IV. Sediakan jadual dan tempat yang akan dilawati dan senarai nama
dan keramaian murid yang akan ikut serta.
V. Pastikan tempat yang akan dilawati itu sesuai dan memberi kesan
dalam proses pembelajaran kepada murid-murid.
VI. Tetapkan masa yang digunakan dalam lawatan tersebut.
VII. Menetapkan teknik-teknik yang akan digunakan untuk mempelajari
objek yang tertentu.
VIII. Pastikan keselamatan murid-murid semasa lawatan itu dijalankan.
IX. Pastikan keadaan cuaca dan musim.
X. Pastikan keadaan disiplin murid terkawal.
SEMASA LAWATAN
I. Memastikan murid mengikuti arahan guru
atau ketua kumpulan.
II. Bersopan
III. Tidak menimbulkan keadaan huru-hara.
IV. Memerhatikan dan mempelajari dengan
tekun tentang objek yang ada pada waktu
itu.
SELEPAS LAWATAN
• Berikan peluang kepada murid-murid untuk
menceritakan pengalaman yang di perolehi
daripada lawatan tersebut.
• Bincangkan masalah-masalah yang dialami
semasa lawatan dan berikan cadangan untuk
mengatasi masalah-masalah tersebut.
• Membuat rumusan dan analisis tentang lawatan
tersebut dan keberkesanannya.
KEPENTINGAN
• Seseorang guru akan dapat memberikan pengertian
dengan lebih jelas kepada murid.
• Pengajaran dan pembelajaran setiap guru akan menjadi
lebih berkesan dan kukuh.
• Memberi peluang kepada murid untuk merasai sendiri
pengalaman pembelajaran yang baru secara langsung
yang tidak akan pernah mereka rasakan atau dapatkan di
dalam kelas
• Dalam kaedah lawatan contohnya ke tempat-tempat yang
bersejarah memberi peluang kepada murid untuk
merasai dan menyaksikan sendiri warisan hasil
peninggalan nenek moyang mereka.
• Mempelajari sesuatu yang tidak boleh dibawa ke bilik
darjah.
• Menurut Ahmad Shallaby, menerusi kaedah ini seorang
itu dapat belajar daripada ramai guru.
TUJUAN• Untuk menambahkan ilmu perngetahuan melalui lawatan.
• Pengetahuan dan pengalaman yang mereka perolehi akan
dapat dipraktikkan ke peringkat yang seterusnya.
• Mengadakan lawatan ke tempat-tempat yang bersejarah
contohnya muzium dapat meningkatkan kesedaran para
pelajar untuk tidak mengulangi kesilapan yang telah
dilakukan oleh orang-orang yang terdahulu.
• Hasil daripada lawatan tersebut akan dapat menanamkan
minat murid untuk mengetahui sejarah negara kita sendiri.
• Dapat meningkatkan lagi bakat atau kemahiran yang ada
pada diri murid-murid.
• Dapat menerapkan dalam diri murid-murid untuk lebih
menghargai ciptaan Allah dan bersyukur dengan apa yang
telah dianugerahkan.
KESIMPULAN
• Menerusi kaedah lawatan murid
memperolehi pengetahuan dan pengalaman
yang baru, dapat memahami dengan mudah,
meningkatkan lagi kemahiran yang ada dan
sebagainya.