Post on 14-Jul-2018
PANDUAN PENGURUSAN PENYEMAKAN SEMULA
KEPUTUSAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2014
i
KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
1.0 DASAR PENTADBIRAN
1.1 Pernyataan Dasar 1
1.2 Tempoh Permohonan 1
1.3 Fee 1
1.4 Penerimaan Permohonan 2
1.5 Takrifan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan 2
1.6 Taksiran Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan 23
1.7 Pemeriksaan Skrip Jawapan Calon 3
1.8 Keputusan Penyemakan Semula 3
1.9 Prosedur Keselamatan 4
2.0 PERSONEL
2.1 Personel 5
2.2 Tanggungjawab Personel 6
3.0 PERATURAN PENTADBIRAN
3.1 Peraturan Permohonan 9
3.2 Peraturan Penyediaan Fail 10
3.3 Peraturan Kerja 12
4.0 PENETAPAN KEPUTUSAN
4.1 Keputusan 13
4.2 Teknikal 14
4.3 Pemeriksaan Semula 16
ii
PERKARA HALAMAN
5.0 PENTAKSIRAN SKRIP JAWAPAN CALON
5.1 Penerimaan dan Agihan SJC 18
5.2 Pemeriksaan SJC 18
6.0 BORANG-BORANG
6.1 Borang Permohonan 19
6.2 Senarai Semak Sekolah/JPN Menerima Dokumen Daripada
Calon 21
6.3 Senarai Semak JPN Menerima Dokumen Daripada Sekolah 23
6.4 Rekod Penerimaan Dan Pemeriksan Skrip Jawapan Calon 24
6.5 Laporan pemeriksaan Semula SKrip Jawapan Calon 25
6.6 Keputusan Calon 26
7.0 SURAT-SURAT
7.1 Surat Permohonan Tidak lengkap 27
7.2 Surat Resit Pembayaran 28
7.3 Surat Pelantikan Pentaksir 29
7.4 Surat Penerimaan dan Penyerahan Skrip Jawapan 30
7.5 Surat Keputusan Kekal 31
7.6 Surat Keputusan Berubah 32
1
2. 1.1 PERNYATAAN DASAR
Peraturan-peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 berkuatkuasa pada
1 Januari 1998.
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 67, 68 dan 69 Akta Pendidikan 1996,
Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:
i. Bahagian III Perkara 14 - Penyemakan semula.
(1) Mana-mana calon yang tak berpuas hati dengan keputusan peperiksaannya boleh,
tidak melebihi tiga puluh hari selepas pengumuman keputusan peperiksaan itu,
memohon untuk penyemakan semula keputusan peperiksaannya itu.
(2) Permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah tertakluk kepada syarat-syarat
yang ditentukan oleh Pengarah Peperiksaan dan disertai dengan fee.
ii. Bahagian II Perkara 7
(1) Fee hendaklah dibayar bagi maksud-maksud yang berikut:
(d) penyemakan semula keputusan peperiksaan
2. 1.2 TEMPOH PERMOHONAN
i. Tidak melebihi tiga puluh hari dari tarikh rasmi penyerahan keputusan PT3.
ii. Permohonan selepas tarikh tutup permohonan tidak akan diterima.
2. 1.3 FEE
i. Fee hendaklah dibayar oleh calon sekolah dan calon persendirian.
ii. Fee penyemakan semula keputusan PT3 adalah RM 30.00 bagi setiap mata pelajaran.
iii. Fee hendaklah dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf atas nama
PENGARAH PEPERIKSAAN. Cek persendirian tidak diterima.
2
2. 1.4 PENERIMAAN PERMOHONAN
i. Permohonan calon sekolah diuruskan oleh pihak sekolah.
ii. Permohonan calon persendirian diuruskan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri.
2. 1.5 TAKRIFAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
i. Teknikal
Penyemakan semula keputusan peperiksaan secara teknikal dilakukan seperti berikut:
Skor calon pada Skrip Jawapan Calon (SJC) dibandingkan dengan skor calon
pada Borang Kelompok Markah (BKM) yang dicetak dari Aplikasi PT3.
Sekiranya terdapat perbezaan skor setelah semakan teknikal maka skor baharu
akan direkodkan.
ii. Pemeriksaan Semula
Penyemakan semula keputusan peperiksaan yang melibatkan Pemeriksaan Semula
dilakukan seperti berikut:
Hanya SJC yang TIDAK DIMODERASI akan diperiksa semula.
SJC yang telah dimoderasi oleh salah seorang daripada Ketua Pentaksir
Kebangsaan (KPK)/ Ketua Pentaksir Negeri (KPN)/Ketua Pentaksir Kawasan
(KPKw)/ Pentaksir Kawasan (PKw) sebelum skor dihantar ke Lembaga
Peperiksaan telah melalui proses pemeriksaan sebanyak DUA kali dan tidak akan
diperiksa semula.
Sekiranya terdapat perbezaan skor selepas pemeriksaan semula maka skor
baharu akan direkodkan.
3
2. 1.6 TAFSIRAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
2. 1.6.1 TEKNIKAL
i. SJC telah dimoderasi oleh KPK/KPN/KPKw/PKw sebelum skor dihantar kepada Lembaga
Peperiksaan.
ii. Skor pada SJC lebih tinggi dari skor calon pada BKM.
iii. Skor pada SJC lebih rendah dari skor calon pada BKM.
2. 1.6.2 PEMERIKSAAN SEMULA
i. SJC tidak dimoderasi oleh KPK/KPN/KPKw/PKw sebelum skor dihantar kepada
Lembaga Peperiksaan.
ii. SJC diperiksa semula oleh KPK/KPN/KPKw/PKw yang dilantik oleh JPN.
iii. Skor baharu calon direkodkan bagi mendapatkan gred.
2. 1.7 PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN CALON
i. Jabatan Pendidikan Negeri melantik Ketua Pentaksir Negeri (KPN), Ketua Pentaksir Kawasan (KPKw) dan Pentaksir Kawasan (PKw) sebagai Pentaksir Penyemakan Semula Skrip Jawapan Calon.
ii. Ketua Pentaksir Negeri, Ketua Pentaksir Kawasan dan Pentaksir Kawasan memeriksa
skrip jawapan calon sekolah dan calon persendirian.
2. 1.8 KEPUTUSAN PENYEMAKAN SEMULA
i. Keputusan dikeluarkan dalam tempoh dua bulan dari tarikh permohonan calon.
ii. Keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan diterima.
4
2. 1.9 PROSEDUR KESELAMATAN
PEGAWAI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI
i. Menandatangani Akta Rahsia Rasmi 1972.
ii. Mengutamakan keselamatan dokumen-dokumen.
iii. Menguruskan SJC, panduan penskoran dan skor calon sebagai TERHAD dan TIDAK dikongsi dengan pihak lain.
iv. Menguruskan tugas penyemakan semula keputusan sebagai TERHAD dan TIDAK dilakukan di tempat terbuka atau di khalayak ramai.
PENTADBIR SEKOLAH
i. Menandatangani Akta Rahsia Rasmi 1972.
ii. Mengutamakan keselamatan dokumen-dokumen.
iii. Menguruskan SJC, panduan penskoran dan skor calon sebagai TERHAD dan TIDAK dikongsi dengan pihak lain.
iv. Menguruskan tugas penyemakan semula keputusan sebagai TERHAD dan TIDAK dilakukan di tempat terbuka atau di khalayak ramai.
PENTAKSIR
i. Menandatangani Akta Rahsia Rasmi 1972.
ii. Mengutamakan keselamatan dokumen-dokumen.
iii. Menguruskan SJC, panduan penskoran dan skor calon sebagai TERHAD dan TIDAK dikongsi dengan pihak lain.
iv. Menguruskan tugas penyemakan semula keputusan sebagai TERHAD dan TIDAK dilakukan di tempat terbuka atau di khalayak ramai.
v. Memeriksa sendiri SJC dan TIDAK menyerahkan tugas memeriksa kepada Pentaksir lain atau sesiapa yang tidak dilantik sebagai Pentaksir Penyemakan Semula Keputusan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.
vi. Memaklumkan kepada Pengarah Pendidikan Negeri sekiranya tidak dapat menyempurnakan tugas kerana sakit atau sebab-sebab lain dan mengembalikan SJC dan dokumen Pentaksiran dengan segera kepada Pengarah Pendidikan Negeri.
vii. Memaklumkan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, Pegawai Penyelaras Penyemakan Semula Keputusan sekiranya Pentaksir Penyemakan Semula Keputusan menarik diri atas sebab-sebab tertentu.
5
2. 2.1 PERSONEL
JAWATAN PERSONEL
i. Penasihat Pengarah Pendidikan Negeri
ii. Ketua Penyelaras Operasi KS Sektor
Sektor Penilaian dan Peperiksaan
iii. Ketua Penyelaras Kewangan KS Sektor
Sektor Penilaian dan Peperiksaan
iv. Ketua Penyelaras Data Ketua Penolong Pengarah/ Ketua Unit
Sektor Penilaian dan Peperiksaan
v. Pegawai Penyelaras Pegawai Meja PT3
Jabatan Pendidikan Negeri
vi. Pentaksir Ketua Pentaksir Negeri
Ketua Pentaksir Kawasan
Pentaksir Kawasan
Dilantik dalam tahun semasa
Menghadiri mesyuarat penyelarasan panduan penskoran pada tahun semasa.
Telah menerima Latihan Pentaksiran dari LP atau JPN
vii. Ketua Pentaksir Sekolah Pengetua
viii. Guru Penyelaras Penyemakan Semula
Keputusan PT3
Guru Penyelaras Penyemakan Semula
Keputusan PT3 yang dilantik oleh Pengetua.
ix. Pengerusi Jawatankuasa Verifikasi Skor Peringkat JPN
KS Sektor ,Sektor Penilaian dan Peperiksaan
Peringkat PPD
Ketua Unit, Unit Penilaian dan Peperiksaan
6
2. 2.2 TANGGUNGJAWAB PERSONEL
PENASIHAT
i. Menyelia pelaksanaan Penyemakan Semula Keputusan PT3.
ii. Mengesahkan pelantikan Jawatankuasa Verifikasi Skor (JVS).
iii. Melantik dan menandatangani surat pelantikan Pentaksir Penyemakan Semula
Keputusan.
iv. Menurunkan tandatangan pada surat keputusan KEKAL/BERUBAH bagi calon
persendirian.
KETUA PENYELARAS OPERASI
i. Memantau pelaksanaan Penyemakan Semula Keputusan PT3.
ii. Mengesahkan pelantikan Pentaksir Penyemakan Semula Keputusan.
iii. Melantik JVS peringkat JPN dan PPD.
iv. Menentusahkan keputusan BERUBAH calon persendirian sebelum surat dihantar kepada
Pengarah Pendidikan Negeri.
v. Memantau penyediaan laporan keputusan KEKAL, BERUBAH SKOR, dan BERUBAH
GRED bagi tujuan analisis di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri.
KETUA PENYELARAS KEWANGAN
i. Mengesahkan dan merekod penerimaan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada sistem
e-Terimaan.
ii. Memantau penyediaan laporan e-Terimaan bagi tujuan kawalan dalaman, rujukan
kewangan dan audit serta mana-mana pihak yang berkepentingan.
KETUA PENYELARAS DATA
i. Memantau pelaksanaan penyediaan dan pengemaskinian data Penyemakan Semula
Keputusan PT3.
ii. Menyediakan jadual dan prasarana perekodan skor terkini calon dalam Aplikasi PT3.
iii. Melantik pegawai untuk merekod skor terkini calon dalam Aplikasi PT3.
iv. Memantau perekodan skor terkini calon dalam Aplikasi PT3.
7
PEGAWAI PENYELARAS
i. Menyemak permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 yang diterima daripada sekolah.
ii. Menyediakan surat pelantikan Pentaksir Penyemakan Semula Keputusan PT3.
iii. Mengagihkan skrip jawapan calon yang diterima bagi pemeriksaan semula kepada pentaksir yang telah dilantik.
iv. Memastikan Pentaksir menyerahkan skor terkini calon kepada pegawai yang dilantik oleh Ketua Penyelaras Data.
v. Menyediakan laporan keputusan KEKAL, BERUBAH SKOR, dan BERUBAH GRED bagi tujuan analisis di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri.
PENTAKSIR
i. Membandingkan skor calon pada SJC dengan pada BKM.
ii. Memeriksa SJC jika skor calon pada SJC dan BKM adalah sama.
iii. Memberikan skor berdasarkan respons calon dengan berpandukan panduan penskoran.
iv. Menyerahkan skor terkini calon kepada Ketua Penyelaras Data.
v. Menyediakan laporan Pentaksiran.
KETUA PENTAKSIR SEKOLAH
i. Melantik guru penyelaras untuk menerima dan menguruskan permohonan penyemakan
semula keputusan PT3.
ii. Memantau penghantaran borang permohonan dan fee calon ke Jabatan Pendidikan
Negeri.
iiii. Memantau percetakan keputusan TERKINI calon dari Aplikasi PT3.
iv. Menandatangani surat keputusan KEKAL/BERUBAH calon.
v. Memantau penyediaan laporan keputusan KEKAL, BERUBAH SKOR, dan BERUBAH
GRED bagi tujuan analisis di peringkat sekolah.
8
GURU PENYELARAS PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PT3
i. Menyampaikan taklimat kepada calon PT3
ii. Menyediakan borang permohonan
iiii. Menguruskan permohonan penyemakan semula keputusan PT3.
iv. Menghantar borang permohonan dan fee calon ke Jabatan Pendidikan Negeri.
v. Mencetak keputusan TERKINI calon dari Aplikasi PT3.
vi. Menyediakan surat keputusan KEKAL/BERUBAH calon.
vii. Menyediakan laporan keputusan KEKAL, BERUBAH SKOR, dan BERUBAH GRED bagi
tujuan analisis di peringkat sekolah.
JAWATANKUASA VERIFIKASI SKOR
i. Menenerima skor TERKINI calon dari Pentaksir Penyemakan Semula Keputusan PT3.
ii. Mengesahkan keputusan TERKINI calon.
iiii. Memastikan keputusan TERKINI di rekodkan pada Aplikasi PT3.
9
3.1 PERATURAN PERMOHONAN
i. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan peperiksaan
diumumkan.
ii. Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 hendaklah dibuat dengan
menggunakan Borang Penyemakan Semula Keputusan PT3. Permohonan yang tidak
menggunakan borang ini atau tidak lengkap tidak akan diproses.
iii. Borang boleh didapati dari:
Sekolah
Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri.
Laman web Lembaga Peperiksaan http://www.moe.gov.my/lp.
iv. Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 perlu disertakan dengan satu salinan
Pernyataan Keputusan PT3.
Semua dokumen di atas hendaklah disahkan oleh Guru Besar/Pengetua atau Pegawai
Kerajaan Kumpulan A.
v. Permohonan hendaklah disertakan dengan dua (2) sampul surat berukuran 11cm x 22cm
beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem 60 sen pada setiap sampul.
vi. Dokumen-dokumen berikut hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berukuran
32 cm x 23 cm dan ditulis perkataan “PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PT3” pada
sudut atas kiri sampul surat tersebut.
satu salinan pernyataan keputusan PT3
Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama Pengarah Peperiksaan
Dua sampul surat berukuran 11cm x 22cm beralamat sendiri yang telah
dilekatkan setem 60 sen.
Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
vii. Dokumen yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut:
Calon Sekolah – Pengetua sekolah di mana calon keputusan PT3 calon dikeluarkan.
Calon Persendirian – Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri
viii. Borang permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi
keputusan PT3 tidak akan diproses.
ix. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2)
bulan dari tarikh permohonan diterima.
10
2. 3.2 PERATURAN PENYEDIAAN FAIL
i. Setiap permohonan dari calon akan dilengkapkan dengan dokumen berikut:
Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 yang lengkap.
Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama Pengarah Peperiksaan.
Resit bayaran akan dikeluarkan oleh JPN selepas rekod e Terimaan dibuat.
Salinan Pernyataan Keputusan yang telah disahkan.
Dua sampul surat 11cm x 22cm beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem 60
sen.
ii. Setiap permohonan dari sekolah kepada Jabatan Pendidikan Negeri akan
dilengkapkan dengan dokumen berikut:
Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 yang lengkap.
Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama Pengarah Peperiksaan.
Resit bayaran akan dikeluarkan oleh JPN selepas rekod e Terimaan dibuat.
Salinan Pernyataan Keputusan yang telah disahkan.
Skrip Jawapan Calon
Borang Kelompok Markah
Senarai Semak Sekolah/JPN Menerima Dokumen Daripada Calon
iii. Setiap fail permohonan akan dilengkapkan dengan dokumen berikut:
Borang permohonan.
Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 yang lengkap.
Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama Pengarah Peperiksaan.
Resit Bayaran akan dikeluarkan oleh JPN selepas direkodkan pada e Terimaan.
Salinan Pernyataan Keputusan yang telah disahkan.
Skrip Jawapan Calon
Borang Kelompok Markah
Senarai Semak Jabatan Pendidikan Negeri Menerima Dokumen Daripada
Sekolah
Senarai Semak Sekolah/JPN Menerima Dokumen Daripada Calon
Resit Pembayaran
Borang Laporan Pemeriksaan Semula Skrip Jawapan Calon
Borang Keputusan Calon
11
iv. Setiap permohonan hendaklah direkodkan seperti berikut:
Nombor Rujukan Permohonan
Nama calon
Nombor Kad Pengenalan
Bilangan Mata Pelajaran
Jumlah Bayaran
Nombor Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf
Status Penyemakan Semula Keputusan PT3 (KEKAL/BERUBAH)
12
2. 3.3 PERATURAN KERJA
PERKARA TINDAKAN
i. Membuat permohonan dalam masa 30 hari dari tarikh
keputusan PT3 dikeluarkan.
Calon
ii Menerima dokumen permohonan dan bayaran daripada calon.
Calon Sekolah Sekolah
Calon Persendirian JPN
iii. Melengkapkan permohonan calon dengan SJC dan BMK Sekolah
iv. Menyerahkan dokumen permohonan, bayaran, SJC dan BMK
calon kepada JPN.
Sekolah
v. Melantik Pentaksir Penyemakan Semula Keputusan PT3 JPN
vi. Menyerahkan skrip jawapan calon kepada KPN, KPKw dan
PKw untuk penyemakan
JPN
vii. Mengira semula skor calon bagi kes teknikal atau memeriksa
semula skrip jawapan calon bagi kes pemeriksaan semula.
Memberikan skor terkini.
KPN, KPKw dan PKw
viii. Menyerahkan skor terkini calon kepada JVS. KPN, KPKw dan PKw
ix. Mengesahkan skor terkini calon JVS
x. Merekod skor terkini calon pada Apliksasi PT3 JVS
xi Mengemaskini gred keputusan calon pada Aplikasi PT3 Lembaga
Peperiksaan
xii. Mencetak Pernyataan Keputusan PT3 terkini calon dan menghantarkan pelaporan beserta surat iringan kepada calon.
Calon Sekolah Sekolah
Calon Persendirian JPN
13
2. 4.1 KEPUTUSAN
i. SJC diserahkan kepada KPK/ KPN/KPKw/PKw bagi menentukan kategori Penyemakan
Semula Keputusan samada kes TEKNIKAL atau PEMERIKSAAN SEMULA.
ii. SJC yang tidak dikategorikan sebagai kes teknikal diperiksa semula oleh KPK/
KPN/KPKw/PKw bagi mendapatkan skor TERKINI.
iii. Skor TERKINI di sahkan oleh Jawatankuasa Verifikasi Skor.
iv. Skor TERKINI calon direkodkan pada Aplikasi PT3.
v. Pernyataan Keputusan PT3 TERKINI calon dicetak dari Aplikasi PT3.
vi. Pelaporan TERKINI calon dihantar bersama surat iringan keputusan BERUBAH/KEKAL
kepada calon.
14
2. 4.2 TEKNIKAL
CARTA ALIR PENETAPAN KEPUTUSAN
KES TEKNIKAL
MULA
KPN/KPKw/PKw membuat perbandingan skor calon yang dijumlahkan dengan skor calon yang tercatat pada SJC dan BKM.
Skor calon yang dijumlahkan tidak sama dengan skor yang tercatat pada SJC atau pada BKM. Kes diklasifikasikan sebagai semak semula TEKNIKAL.
TAMAT
KPN/KPKw/PKw menerima Skrip Jawapan Calon (SJC) serta menjumlahkan skor calon.
Skor baharu calon direkodkan dalam Aplikasi PT3.
Tidak
Pernyataan Keputusan baharu di cetak dari Aplikasi PT3. Surat iringan keputusan BERUBAH dikeluarkan.
Ya
KPK/KPKw/PKw memeriksa semula SJC.
15
PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PT3 TAHUN ……… KEPUTUSAN CALON
NAMA CALON
NOMBOR KAD PENGENALAN
NAMA MATA PELAJARAN
KOD KERTAS
GRED MATA PELAJARAN
SKOR CALON
i. SKOR ASAL 20
ii. SKOR PEMERIKSAAN SEMULA -
iii. SKOR KES TEKNIKAL 22
iv. SKOR AKHIR 22
SKOR AKHIR PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PT3
KATEGORI BERUBAH TIDAK BERUBAH
TEKNIKAL
PEMERIKSAAN SEMULA
Nama, Tandatangan dan Cap Pentaksir Penyemakan Semula Tarikh:
Nama, Tandatangan dan Cap Pegawai JPN Tarikh:
NOMBOR RUJUKAN
ANGKA GILIRAN CALON PEJABAT JPN
16
2. 4.3 PEMERIKSAAN SEMULA
CARTA ALIR PENETAPAN KEPUTUSAN
PEMERIKSAAN SEMULA
MULA
KPN/KPKw/PKw membuat perbandingan skor calon yang dijumlahkan dengan skor calon yang tercatat pada SJC dan BKM
Skor calon yang dijumlahkan sama dengan skor yang tercatat pada SJC dan BKM. Kes diklasifikasikan sebagai semak semula PEMERIKSAAN SEMULA. KPN/KPKw/PKw memeriksa SJC.
TAMAT
KPN/KPKw/PKw menerima Skrip Jawapan Calon (SJC) serta menjumlahkan skor calon.
Skor baharu calon direkodkan dalam Aplikasi PT3.
Tidak
Pernyataan Keputusan baharu di cetak dari Aplikasi PT3. Surat iringan keputusan BERUBAH/KEKAL dikeluarkan.
Ya
Kes diklasifikasikan sebagai TEKNIKAL.
17
PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PT3 TAHUN ……… KEPUTUSAN CALON
NAMA CALON
NOMBOR KAD PENGENALAN
NAMA MATA PELAJARAN
KOD KERTAS
GRED MATA PELAJARAN
SKOR CALON
i. SKOR ASAL 20
ii. SKOR PEMERIKSAAN SEMULA 22
iii. SKOR KES TEKNIKAL 20
iv. SKOR AKHIR 22
SKOR AKHIR PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PT3
KATEGORI BERUBAH TIDAK BERUBAH
TEKNIKAL
PEMERIKSAAN SEMULA
Nama, Tandatangan dan Cap Pentaksir Penyemakan Semula Tarikh:
Nama, Tandatangan dan Cap Pegawai JPN Tarikh:
NOMBOR RUJUKAN
ANGKA GILIRAN CALON PEJABAT JPN
18
2. 5.1 PENERIMAAN DAN PENGAGIHAN SJC
i. Pentaksir menerima SJC.
ii. Menerima SJC seperti yang diperuntukkan.
iii. Memulangkan dengan SEGERA SJC yang BUKAN diperuntukkan kepadanya.
iv. Memulangkan dengan SEGERA SJC yang tidak dapat diperiksa atas sebab tertentu.
2. 5.2 PEMERIKSAAN SJC
i. SJC yang telah dimoderasi pemeriksaannya oleh KPK, KPN,KPKw dan PKw tidak perlu diperiksa semula. Pentaksir Penyemakan Semula Keputusan hanya membuat semakan teknikal bagi pengiraan skor calon.
ii. Pemeriksaan dijalankan bagi SJC berikut:
Belum dimoderasikan
Tiada perbezaan antara skor yang dicatat di SJC dan BKM
iii. Pentaksir Penyemakan Semula Keputusan hendaklah membuat Pemeriksaan berpandukan Panduan Penskoran yang diselaraskan semasa Mesyuarat Penyelarasan, menjumlahkan skor dengan tepat dan memindahkan skor dengan betul.
iv. Pemeriksaan SJC hendaklah menggunakan pen berdakwat Hijau.
v. Pentaksir Penyemakan Semula Keputusan hendaklah menyediakan Laporan Pemeriksaan bagi setiap SJC yang diperiksa.
vi. JPN hendaklah mengambil semua SJC daripada mana-mana Pentaksir Penyemakan Semula Keputusan yang tidak mematuhi Peraturan Peskoran atau melanggar apa jua ketetapan dan prosedur Pemeriksaan dan keselamatan yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
19
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PT3 TAHUN …….
BORANG PERMOHONAN
1. Nama Penuh Calon (Dengan Huruf Besar)
2. Angka Giliran
3. Nombor Kad Pengenalan
4. Alamat Surat Menyurat
5. Nombor Telefon
Telefon Rumah Telefon Bimbit
6. Alamat Sekolah ( Keputusan PT3 dikeluarkan)
7. Mata pelajaran yang hendak dibuat Penyemakan Semula Keputusan
Kod Kertas Mata Pelajaran Gred Kegunaan Pejabat
8. Bayaran Penyemakan Semula Keputusan
Setiap Mata Pelajaran Bilangan Mata Pelajaran Jumlah Kegunaan Pejabat
RM 30.00
Amaun dengan perkataan:Ringgit Malaysia:
Nombor Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN
Nama dan Tandatangan Pemohon/Ibu bapa/Penjaga Tarikh:
LP/PT3/PSK/1
20
PERINGATAN :
i. Borang ini boleh didapati di sekolah, Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan
Pendidikan Negeri, atau dimuat turun dari laman web Lembaga Peperiksaan
http://www.moe.gov.my/lp
ii. Tarikh tutup permohonan ialah tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman keputusan
PT3.
iii. Fee hendaklah dibayar oleh calon sekolah dan calon persendirian.
Fee penyemakan semula keputusan PT3 adalah RM 30.00 bagi setiap mata
pelajaran.
Fee hendaklah dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf atas nama
PENGARAH PEPERIKSAAN. Cek persendirian tidak diterima.
Ruangan Tandatangan Penerima pada Wang Pos dan ruangan Nombor Kad Pengenalan hendaklah dikosongkan.
iv. Sila sertakan dua (2) sampul surat beralamat sendiri berukuran 11 cm x 22 cm bersetem
60 sen pada setiap sampul.
v. Permohonan hendaklah di alamatkan kepada:
PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI
Jabatan Pendidikan Negeri (Negeri calon menduduki PT3)
(u.p.: Ketua Sektor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan)
vi. Permohonan yang tidak lengkap seperti berikut tidak akan diproses.
Tindakan Calon
Tidak menggunakan Borang Permohonan
Tidak disertakan dengan bayaran
Tidak disertakan dengan salinan Pernyataan Keputusan yang disahkan
Diterima selepas tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan
peperiksaan.
Tindakan Sekolah
Tidak disertakan dengan Skrip Jawapan Calon
Tidak disertakan dengan Borang Kelompok Markah
21
NAMA CALON (HURUF BESAR)
NO. KAD PENGENALAN
BIL
PERKARA
Sila tandakan (√) di ruangan berkenaan.
ADA TIADA
1.
Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 yang lengkap.
Bilangan Mata Pelajaran
2.
Wang Pos Malaysia/ Kiriman Wang/ Draf Bank yang ditulis atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN.
Jumlah RM
Nombor
3. Salinan Pernyataan Keputusan PT3 yang telah disahkan.
4. Dua (2) sampul surat berukuran 11 cm x 22 cm beralamat sendiri dan
dilekatkan setem 60 sen.
Untuk Kegunaan Pejabat Borang permohonan tuan/puan bertarikh……………………………… dan bayaran sebanyak
RM………………………….. dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf atas nama PENGARAH
PEPERIKSAAN telah diterima pada……………………….. Nombor rujukan tuan/puan adalah seperti di atas.
Sekian, terima kasih. " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA " Saya yang menurut perintah, NAMA DAN CAP PENTADBIR SEKOLAH/ PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PT3 TAHUN …….
SENARAI SEMAK SEKOLAH/JPN MENERIMA DOKUMEN DARIPADA CALON (Diisi oleh calon dalam dua salinan)
LP/PT3/PSK/2 NOMBOR RUJUKAN
ANGKA GILIRAN CALON PEJABAT JPN
22
PERINGATAN:
CALON SEKOLAH 1. Calon hendaklah merujuk kepada pihak sekolah untuk semua urusan Penyemakan Semula
Keputusan PT3.
2. Sila gunakan nombor rujukan yang diberikan oleh sekolah.
3. Surat pemberitahuan keputusan BERUBAH atau KEKAL akan dihantar kepada calon.
4. Calon hendaklah menyerahkan Kenyataan Keputusan yang lama kepada pihak sekolah apabila mengambil pelaporan yang baharu.
CALON PERSENDIRIAN 1. Calon hendaklah merujuk kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk semua urusan
Penyemakan Semula Keputusan PT3.
2. Sila gunakan nombor rujukan yang diberikan oleh JPN.
3. Surat pemberitahuan keputusan BERUBAH atau KEKAL akan dihantar kepada calon.
4. Calon hendaklah menyerahkan Kenyataan Keputusan yang lama kepada pihak JPN apabila mengambil pelaporan yang baharu.
23
NAMA CALON (HURUF BESAR)
NO. KAD PENGENALAN
BIL
PERKARA
Sila tandakan (√)
di ruangan berkenaan.
ADA TIADA
1. Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan PT3 yang lengkap.
Bilangan Mata Pelajaran
2.
Wang Pos Malaysia/ Kiriman Wang/ Draf Bank yang ditulis atas nama PENGARAH
PEPERIKSAAN.
Jumlah RM
Nombor
3. Salinan Pernyataan Keputusan PT3 yang telah disahkan.
4. Skrip Jawapan Calon
5. Borang Kelompok Markah
6. Dua (2) sampul surat berukuran 11 cm x 22 cm beralamat sendiri dan dilekatkan
setem 60 sen.
Untuk Kegunaan Pejabat
Borang permohonan tuan/puan bertarikh……………………………… dan bayaran sebanyak RM………………………….. dalam
bentuk Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN telah diterima pada………………………..
Nombor rujukan tuan/puan adalah adalah seperti di atas.
Sekian, terima kasih.
" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
Saya yang menurut perintah,
NAMA DAN CAP PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PT3 TAHUN …….
SENARAI SEMAK JPN MENERIMA DOKUMEN DARIPADA SEKOLAH (Diisi oleh sekolah dalam dua salinan)
LP/PT3/PSK/3
NOMBOR RUJUKAN
ANGKA GILIRAN CALON PEJABAT JPN
24
NAMA MATA PELAJARAN
KOD KERTAS
BIL. NOMBOR RUJUKAN
NOMBOR
KAD PENGENALAN CALON
SKOR ASAL
SKOR PENYEMAKAN
SEMULA
BEZA
(-) (+)
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
NAMA PENTAKSIR
NOMBOR TELEFON
NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PT3 TAHUN …….
REKOD PENERIMAAN DAN PEMERIKSAAN SKRIP JAWAPAN CALON (Diisi oleh Pentaksir dalam tiga salinan)
LP/PT3/PSK/4
25
NOMBOR KAD PENGENALAN
NAMA MATA PELAJARAN
KOD KERTAS
NOMBOR SOALAN
LAPORAN PENTAKSIR (Sila berikan ulasan yang terperinci bagi setiap perubahan skor)
SKOR ASAL
SKOR PENYEMAKAN
SEMULA KEPUTUSAN
PT3
BEZA (+) (-)
JUMLAH SKOR
NAMA DAN TANDATANGAN PENTAKSIR
TARIKH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PT3 TAHUN …….
LAPORAN PEMERIKSAAN SEMULA SKRIP JAWAPAN CALON
LP/PT3/PSK/5 NOMBOR RUJUKAN
ANGKA GILIRAN CALON PEJABAT JPN
26
NAMA CALON
NOMBOR KAD PENGENALAN
NAMA MATA PELAJARAN
KOD KERTAS
GRED MATA PELAJARAN
SKOR CALON
i. SKOR ASAL
ii. SKOR PEMERIKSAAN SEMULA
iii. SKOR KES TEKNIKAL
iv. SKOR AKHIR
SKOR AKHIR PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PT3
KATEGORI BERUBAH TIDAK BERUBAH
TEKNIKAL
PEMERIKSAAN SEMULA
Nama, Tandatangan dan Cap Pentaksir Penyemakan Semula Tarikh:
Nama, Tandatangan dan Cap Pegawai JPN Tarikh:
LP/PT3/PSK/6
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PT3 TAHUN …….
KEPUTUSAN CALON (Diisi oleh Pentaksir dalam dua salinan)
NOMBOR RUJUKAN
ANGKA GILIRAN CALON PEJABAT JPN
27
2. 7.1 SURAT PERMOHONAN TIDAK LENGKAP
Tuan/Puan,
PERMOHONAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 TAHUN .....
Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. Permohonan tuan/puan bertarikh …………………… adalah berkaitan. 2. Dimaklumkan Jabatan Pendidikan Negeri telah menyemak permohonan tuan/puan dan mendapati tuan/puan tidak menepati prosedur permohonan berikut ( ):
2.1
Borang permohonan tidak lengkap.
2.2
Kesilapan pada Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf.
2.3 Borang permohonan diterima selepas 30 hari keputusan peperiksaan diumumkan.
2.4 Bersama-sama ini dikembalikan borang permohonan serta Wang Pos/ Kiriman Wang/ Bank Draf
Nombor:
3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah/ Jabatan Pendidikan Negeri memohon tuan/puan untuk mengemukakan dokumen berikut ( ) dalam tempoh satu minggu dari tarikh surat untuk tindakan selanjutnya.
3.1 Salinan Pernyataan Keputusan PT3 yang telah disahkan oleh Pengetua.
3.2
Sampul surat beralamat sendiri dan bersetem 60 sen.
3.3
Borang permohonan yang lengkap dan telah ditandatangani oleh calon/ibu bapa/penjaga.
3.4
Bayaran RM ..... (bagi satu mata pelajaran yang dipohon) dalam bentuk Wang Pos/ Kiriman Wang/Bank Draf dan ditulis atas nama Pengarah Peperiksaan.
Tinggalkan kosong ruangan Tandatangan Penerima pada Wang Pos dan ruangan Nombor Kad Pengenalan.
4. Tuan/Puan boleh menghubungi Puan ................di talian .................... untuk sebarang pertanyaan. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah, (NAMA, TANDATANGAN DAN ALAMAT PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI)
No Rujukan Tarikh:
28
2. 7.2 SURAT RESIT PEMBAYARAN
No. Ruj :
Tarikh : ……………………………………………………. ……………………………………………………. ……………………………………………………. Tuan/Puan, RESIT PEMBAYARAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 TAHUN ………………….. NOMBOR RUJUKAN :
Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan resit bernombor ……………………
bagi pembayaran permohonan Penyemakan Semula Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) tahun
...............
Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah,
Nama dan Cap Pengarah Pendidikan Negeri Jabatan Pendidikan Negeri
29
2. 7.3 SURAT PELANTIKAN PENTAKSIR
Tuan/Puan, PELANTIKAN SEBAGAI PENTAKSIR PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
MATA PELAJARAN :
KOD KERTAS :
Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri melantik tuan/puan sebagai Pentaksir Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan PT3 bagi kertas peperiksaan tersebut di atas. 3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan hendaklah mematuhi perkara-perkara berikut:
3.1 Merahsiakan pelantikan dan segala urusan berkaitan Pentaksiran yang diklasifikasikan SULIT seperti yang termaktub di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972. Tuan/Puan dilarang membocor atau menghebahkan maklumat rasmi berkaitan tugas ini kepada sesiapa dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun;
3.2 Memeriksa satu kertas sahaja;
3.3 Meminta kebenaran Pengetua sekiranya mesyuarat berkenaan diadakan pada hari sekolah;
3.4 Melaksanakan tugas Pentaksiran dalam tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri ;
3.5 Membuat tuntutan bayaran bagi setiap SJC yang diperiksa, elaun perjalanan kenderaan dan lain-lain tuntutan yang berkaitan mengikut kadar tuntutan Pekeliling Perbendaharaan dan Surat Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa.
4. Pelantikan tuan/puan adalah untuk tahun semasa dan Jabatan Pendidikan Negeri boleh menarik balik pelantikan tersebut sekiranya tuan/puan didapati tidak mematuhi perkara 3 di atas. 5. Kod Pentaksir tuan/puan adalah seperti yang tercatat di atas. Sila gunakan kod tersebut dalam semua urusan berkaitan Pentaksiran dengan Jabatan Pendidkan Negeri. 6. Jabatan Pendidikan Negeri berharap tuan/puan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab. 7. Tuan/Puan boleh menghubungi Puan ................di talian .................... untuk sebarang pertanyaan. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah, (NAMA, TANDATANGAN DAN ALAMAT PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI)
Nama Pentaksir
Alamat Sekolah
No Rujukan
Tarikh:
30
2. 7.4 SURAT PENERIMAAN DAN PENYERAHAN SKRIP JAWAPAN
Nama Pentaksir Melalui Pengetua Alamat Sekolah Tuan/Puan, PENERIMAAN DAN PENYERAHAN SKRIP JAWAPAN CALON (SJC)
PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 TAHUN ....
MATA PELAJARAN :
KOD KERTAS : Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri melantik tuan/puan untuk memeriksa SJC penyemakan semula keputusan peperiksaan bagi kertas berkenaan. 3. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki hadir di Jabatan Pendidikan Negeri bagi penerimaan dan penyerahan SJC seperti berikut:
TARIKH MASA TEMPAT
Penerimaan SJC
Penyerahan SJC
4. Jabatan PendidikanNegeri berharap tuan/puan dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab.Tuan/Puan layak membuat tuntutan perjalanan dan Pentaksiran SJC mengikut pekeliling perbendaharaan yang sedang berkuatkuasa. 5. Tuan/Puan boleh menghubungi Puan ................di talian .................... untuk sebarang pertanyaan. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (NAMA, TANDATANGAN DAN ALAMAT PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI)
No Rujukan Tarikh:
31
2. 7.5 SURAT KEPUTUSAN KEKAL
___________________________________________________________________
Nama
Alamat
Tuan/Puan KEPUTUSAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN …………
Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan Jabatan Pendidikan Negeri telah membuat pemeriksaan semula skrip
jawapan calon dan berpuas hati bahawa segala urusan pemeriksaan telah dilaksanakan dengan
adil, sahih dan amanah.
3. Sehubungan dengan itu, adalah disahkan bahawa keputusan penyemakan semula
keputusan PT3 tuan/puan adalah KEKAL seperti di Pernyataan Keputusan Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3) Tahun …………
Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (NAMA, TANDATANGAN DAN ALAMAT PENGETUA/ PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI)
32
2. 7.6 SURAT KEPUTUSAN BERUBAH
___________________________________________________________________ Nama
Alamat
Tuan/Puan KEPUTUSAN PENYEMAKAN SEMULA KEPUTUSAN
PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN ….
Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk. 2.. Dimaklumkan Jabatan Pendidikan Negeri telah membuat pemeriksaan semula skrip
jawapan calon dan berpuas hati bahawa segala urusan pemeriksaan telah dilaksanakan dengan
adil, sahih dan amanah.
3. Sehubungan dengan itu, adalah disahkan bahawa keputusan penyemakan semula
keputusan PT3 tuan/puan telah BERUBAH seperti di Pernyataan Keputusan Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3) Tahun ………… yang disertakan.
4. Sila kembalikan Pernyataan Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang asal kepada
Pengetua sekolah semasa memohon salinan cetakan Pernyataan Keputusan Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3) yang baharu.
Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (NAMA, TANDATANGAN DAN ALAMAT PENGETUA/ PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI)