Post on 24-May-2018
Panduan Pengguna
Sistem eSeminar
Disediakan Oleh:
Jabatan Teknologi Maklumat
Lembaga Pelabuhan Kelang
ITLPK@2016
Panduan Pengguna Sistem eSeminar 30 November 2017
171130 Panduan Pengguna Luar Sistem eSeminar.docx Muka Surat 2 drp 12
Kandungan
Sistem Aduan Kerosakan Kejuruteraan
Muka Surat
Kandungan 2
1.0 Pengenalan 3
2.0 Cara Capaian 3
3.0 Laman Utama 4
4.0 Semak Status 11
5.0 Mengenai Kami 12
Panduan Pengguna Sistem eSeminar 30 November 2017
171130 Panduan Pengguna Luar Sistem eSeminar.docx Muka Surat 3 drp 12
Panduan Pengguna
Sistem e-Seminar
1.0 Pengenalan
Sistem Aduan Kerosakan Kejuruteraan dibangunkan bagi memudahkan
pengguna untuk membuat sebarang aduan kerosakan berkenaan
dengan masalah elektrik dan juga masalah kejuruteraan awam secara
atas talian kepada Jabatan Kejuruteraan, Lembaga Pelabuhan Kelang.
Sistem ini terbahagi kepada tiga modul utama iaitu modul aduan,
modul semakan status dan modul pentadbir. Sebarang makluman
berkenaan aduan dibuat melalui emel kepada pengguna dan juga
pentadbir.
2.0 Cara Capaian
Pengguna boleh mencapai Sistem eSeminar melalui Laman Web Rasmi
LPK iaitu di http://www.pka.gov.my/.
Panduan Pengguna Sistem eSeminar 30 November 2017
171130 Panduan Pengguna Luar Sistem eSeminar.docx Muka Surat 4 drp 12
Klik menu Online Services, Seminar/Course. Sistem eSeminar akan
dipaparkan seperti di bawah.
3.0 Laman Utama
Laman Utama merupakan muka hadapan iaitu paparan utama bagi
pengguna untuk membuat pendaftaran Seminar, Forum, Workshop
dan Training secara online
Laman utama juga merupakan antaramuka kepada Pentadbir LPK
untuk memproses aduan. Laman Utama atau muka hadapan Sistem
Pendaftaran terdiri daripada:
i. Bahagian Pentadbir
ii. Menu Utama
iii. Senarai Seminar
Panduan Pengguna Sistem eSeminar 30 November 2017
171130 Panduan Pengguna Luar Sistem eSeminar.docx Muka Surat 5 drp 12
i. Bahagian Pentadbir
Bahagian ini membenarkan pentadbir atau pengguna LPK untuk
berhubung dengan sistem bagi membuat, menyemak dan
memproses semua pendaftaran yang telah dibuat.
ID Pengguna : ID pentadbir atau pengguna LPK yang telah
dilantik.
Katalaluan : Katalaluan pentadbir atau pengguna LPK yang
telah dilantik.
ii. Menu Utama
Menu Utama terdiri daripada tiga menu yang utama iaitu:
1. Pemilihan Bahasa
Sistem ini melibatkan penggunaan dwi bahasa iaitu
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris manakala
default adalah dalam Bahasa Inggeris. Pengguna
boleh memilih bahasa dengan menekan mana-mana
ikon seperti dalam paparan di atas mengikut bahasa
pilihan pengguna. Dengan menekan ikon bendera
Malaysia, Bahasa Malaysia akan digunakan seperti
dalam rajah di bawah.
Panduan Pengguna Sistem eSeminar 30 November 2017
171130 Panduan Pengguna Luar Sistem eSeminar.docx Muka Surat 6 drp 12
2. Laman Utama
Laman utama merupakan muka hadapan iaitu
paparan utama bagi pengguna untuk membuat
pendaftaran Seminar, Forum, Workshop dan Training.
3. Carian
Carian merupakan satu paparan yang akan
membantu pengguna untuk membuat semakan
pendaftaran yang telah dibuat. Pengguna hanya perlu
memasukkan nombor pendaftaran dan menekan
butang Search(Cari) untuk carian.
Panduan Pengguna Sistem eSeminar 30 November 2017
171130 Panduan Pengguna Luar Sistem eSeminar.docx Muka Surat 7 drp 12
4. Mengenai Kami
Pengguna boleh mendapatkan maklumat para
pegawai Jabatan Teknologi Maklumat yang bertugas
dan boleh berhubung secara terus bagi membuat
sebarang pertanyaan. Pengguna hanya perlu
menekan ikon Contact Us(Hubungi Kami) dan rajah
seperti di bawah akan dipaparkan.
iii. Senarai Seminar
Pengguna boleh melihat senarai seminar yang telah berjaya
didaftarkan sama seperti carian yang mana pengguna perlu
memasukkan nombor pendaftaran dan menekan butang
Search(Cari). Seminar-seminar yang telah berjaya didaftarkan
oleh pengguna akan dimasukkan ke dalam senarai seminar.
Pengguna akan menerima paparan seperti dalam rajah di bawah.
Panduan Pengguna Sistem eSeminar 30 November 2017
171130 Panduan Pengguna Luar Sistem eSeminar.docx Muka Surat 8 drp 12
Senarai seminar merupakan bahagian utama dalam sistem ini
bagi membantu para pengguna untuk membuat semakan
pendaftaran yang telah dibuat. Para pengguna hanya perlu
mengisi maklumat yang diminta seperti di dalam borang
pendaftaran dan klik butang Submit(Hantar) untuk menghantar
borang yang telah lengkap diisi.
Panduan Pengguna Sistem eSeminar 30 November 2017
171130 Panduan Pengguna Luar Sistem eSeminar.docx Muka Surat 9 drp 12
Maklumat-maklumat yang perlu diisi adalah:
Candidate Name (Nama Peserta):
Isikan nama peserta yang ingin berdaftar di ruang yang telah disediakan
Email (Emel): Isikan alamat emel dan peserta yang
telah berjaya berdaftar akan menerima notifikasi melalui email yang telah
didaftarkan.
Company/Department
(Syarikat/Jabatan):
Lengkapkan ruangan dengan nama
syarikat atau jabatan yang ingin didaftarkan.
Address (Alamat): Isikan alamat syarikat yang ingin
didaftarkan.
Poscode (Poskod): Isikan poskod bagi syarikat yang ingin didaftarkan.
City (Bandar): Lengkapkan ruangan dengan nama
bandar bagi lokasi syarikat yang ingin didaftarkan.
Country (Negara): Isikan nama negara dimana lokasi
syarikat ini berada.
Phone (Telefon): Isikan ruangan dengan nombor telefon
pejabat bagi syarikat yang ingin didaftarkan.
Mobile
(Telefon Bimbit):
Lengkapkan ruangan ini dengan nombor
telefon pendaftar.
Verifying Code (Kod Semakan):
Masukkan kod Semakan seperti yang telah dipaparkan bagi tujuan
keselamatan.
Klik pada butang Submit(Hantar) untuk menghantar borang
yang telah siap diisi. Klik pada butang Reset(Semula) sekiranya
pengguna ingin membuat isian semula borang pendaftaran.
Sekiranya borang pendaftaran yang telah siap diisi telah
dihantar, paparan seperti di bawah akan dipaparkan lengkap
bersama dengan nombor pendaftaran.
Panduan Pengguna Sistem eSeminar 30 November 2017
171130 Panduan Pengguna Luar Sistem eSeminar.docx Muka Surat 10 drp 12
Peserta yang telah berjaya berdaftar akan menerima emel
notifikasi seperti paparan di bawah.
Panduan Pengguna Sistem eSeminar 30 November 2017
171130 Panduan Pengguna Luar Sistem eSeminar.docx Muka Surat 11 drp 12
4.0 Semak Status
Klik pada ikon Search(Cari) di bahagian kanan atas bagi membuat
semakan pendaftaran yang telah dibuat. Rajah seperti di bawah akan
dipaparkan. Isikan nombor pendaftaran dalam ruangan carian untuk
membuat semakan pendaftaran yang telah dibuat dan klik pada
butang Search.
Rajah berikut seperti di bawah akan dipaparkan sekiranya nombor
pendaftaran yang dimasukkan adalah betul.
Panduan Pengguna Sistem eSeminar 30 November 2017
171130 Panduan Pengguna Luar Sistem eSeminar.docx Muka Surat 12 drp 12
5.0 Mengenai Kami
Pengguna boleh mendapatkan maklumat para pegawai Jabatan
Teknologi Maklumat yang bertugas seperti dalam paparan di bawah.
Nama pegawai Jabatan Teknologi Maklumat, nombor telefon dan
alamat emel para pegawai dipaparkan dalam muka surat ini bagi
memudahkan pengguna berhubung atau membuat sebarang
pertanyaan.
Klik pada ikon Contact Us(Hubungi Kami). Rajah seperti di bawah
akan dipaparkan.