Post on 06-Feb-2018
PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM KHIDMAT BANTU
BERSEPADU BTP-BTPN-PTPB-PKG
PENGENALAN
INSTRUMEN KHIDMAT BANTU BERSEPADU
IKBB 2016 dibangunkan bertujuan untuk mendapatkan maklumat bagi memberi khidmat bantu. Terdapat 4 kategori dalam IKBB iaitu: 1. IKBB/BTPN - kegunaan BTP 2. IKBB/PTPB - kegunaan BTPN 3. IKBB/PKG - kegunaan BTPN 4. IKBB/SEK - kegunaan PKG
PANDUAN MENTADBIR INSTRUMEN KHIDMAT BANTU BERSEPADU (IKBB)
1. Instrumen ini dibina bertujuan mendapat maklumat bagi menyediakan sepenuhnya khidmat bantu
untuk meningkatkan dan menambahbaik program-program BTP – KPM.
2. Sila baca dan fahamkan semua objektif IKBB terlebih dahulu.
3. Faham dengan jelas bagi semua item di setiap bahagian.
4. Sediakan terlebih dahulu sumber pekeliling/ rujukan/ panduan bagi mentadbir instrumen ini yang
boleh dicapai melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian
Kewangan Malaysia dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Contoh seperti berikut :
• Panduan Pengurusan HRMIS.
• SP Am Bil. 11 Tahun 1981 / Punch Kad. • SPP Bil.15 Tahun 2008 / BRP. • SP Am Bil.3 Tahun 2012.
• Pek. Perbend. Bil. 5 Tahun 2013 / Buku Log. • 1PP / Laporan Pembersihan. • 1PP / Laporan Keselamatan. (Perlu membawa Ipad/Tablet dll untuk rujukan dan pengisian IKBB atas talian)
5. Mengisi IKBB berdasarkan respon 0 atau 1. (manual atau on-line)
6. Sediakan Laporan Khidmat Bantu Bersepadu dalam format yang telah disediakan.
(Buka 1 fail untuk pelaporan IKBB)
7. Minta penerima khidmat bantu mengisi Borang Penilaian Kualiti Khidmat Bantu bagi tujuan keberkesanan kualiti pengurusan dan operasional BTP dan rangkaian.
PENGOPERASIAN KHIDMAT BANTU BERSEPADU 2016
PROSES PENGOPERASIAN IKBB
Mula
• Jumpa pengurusan/pentadbiran • Maklum tujuan • Bincang isu/laporan audit dll
Tamat
• Semakan dokumen • Semakan proses
• Kenal pasti punca masalah • Sedia cadangan penyelesaian
Bentang laporan kepada pengurusan/pentadbiran
TIDAK
Sedia laporan
YA
Instrumen IKBB 2016 akan
digunakan di peringkat ini
Sediakan laporan penuh IKBB 2016
yang dipersetujui oleh kedua-dua
pihak dengan1 salinan dimasukkan
ke Fail Khidmat Bantu di organisasi
yang diberikan khidmat bantu dan 1
salinan untuk simpanan urusetia.
Penting:
Semua pegawai
yang memberi
khidmat bantu akan
dinilai menggunakan
Borang Penilaian
Kualiti Khidmat
Bantu yang akan
diisi oleh penerima
perkhidmatan.
PROGRAM KHIDMAT BANTU BERSEPADU 2016
SEKIAN TERIMA KASIH