Post on 21-Oct-2021
Panduan dan Jadual Visual untuk Vaksinasi COVID-19Fokus: Individu Autisme danlain-lain OKU Intelektual
V A K S I N
V A K S I N
Isi Kandungan
3 Pengenalan
4 Hari vaksinasi - Aliran proses vaksinasi
5 Senarai semak
6 Cara muat turun borang persetujuan
7 Aliran jadual visual
8 Contoh jadual visual
9 Apa yang akan berlaku selepas vaksinasi COVID-19
10 Sumber rujukan
Pengenalan
03
Dokumen ini dihasilkan untuk memberikan gambaran umum kepada ibu bapa dan penjaga tentang apa yang berlaku pada hari penerimaan vaksinasi. JKJAV berharap agar jadual visual serta social story yang disediakan ini dapat membantu individu autisme dan lain-lain OKU intelektual untuk memahami apa yang akan berlaku pada hari kejadian.
Terdapat 2 versi jadual visual yang dilampirkan disini, lihat muka surat 07 dan 08. Jadual-jadual ini dihasilkan khas untuk individu autisme dengan kekurangupayaan intelektual, sebagai contoh.
Jadual visual dan social story dalam format Microsoft Word serta PowerPoint boleh didapati di bahagian ‘Sumber Rujukan’ di muka surat 10. Ia juga boleh diubah suai mengikut keperluan individu yang terbabit. Sumber rujukan tambahan seperti gambar, video dan dokumen lain turut disertakan.
Maklumat dalam dokumen ini adalah hasil kompilasi sumber rujukan daripada pakar perubatan dan kesihatan, ahli terapi, guru, individu autisme, serta ibu bapa dan penjaga yang telah melalui proses ini. Maklumat ini telah dikemaskini kali terakhir pada 1 Jun 2021. Jika ada sebarang perubahan, tambahan sumber rujukan, atau cadangan, sila hubungi kami melalui emel di bawah agar dokumen ini dapat dikemaskini.
Emel: info@vaksincovid.gov.my
Terima Kasih.
PenghargaanJKJAV ingin mengucapkan terima kasih kepada Jacquelyn Ang dan Sabrina Abdullah serta ramai individu-individu yang lain, atas sumbangan mereka kepada penghasilan dokumen ini..
04
Hari vaksinasiAliran proses vaksinasi
Secara amnya, semua pusat vaksinasi mengikut langkah-langkah berikut:
Imbas kod QR apabila sampai
Isi borang
Tunggu di ruang menunggu yang disediakan
Imbas kod QR apabila nama
dipanggil
Tunggu di ruang menunggu yang disediakan
Dapatkan suntikan
vaksin
Imbas kod bar vaksin
Tunggu di ruang pemerhatian
yang disediakan
Terima kad vaksinasi
1 2 3
4 5 6
7 8 9
Tempoh masa proses vaksinasi: Terdapat perbezaan tempoh masa antara pusat-pusat pemberian vaksin. Masa yang dianggarkan adalah di antara 30 minit hingga 1 jam 30 minit
Laluan khas vaksinasi akan disediakan untuk orang kurang upaya (OKU) dengan penjaga/pengiring mereka.
Apabila sampai di pusat pemberian vaksin (PPV), sila maklumkan kepada petugas untuk akses OKU.
05
Senarai semak
Sebelum hadir ke pusat pemberian vaksin, sila pastikan anda bawa bersama:
Digalakkan juga untuk membawa:
Telefon bimbit
Pen Kad pengenalan/Pasport
Borang persetujuan (2 salinan)
• Muat turun melalui aplikasi MySejahtera• Isi semua ruang berkaitan KECUALI ruang tandatangan kerana borang ini perlu
ditandatangani di hadapan petugas pusat pemberian vaksin sebagai saksi.• Salinan borang persetujuan ini juga boleh didapati di pusat pemberian vaksin
tetapi proses vaksinasi dapat dipercepatkan sekiranya borang ini telah diisi terlebih dahulu.
• Terdapat juga borang-borang lain yang perlu diisi di pusat pemberian vaksin.
Kad OKU
• Kad OKU serta lain-lain dokumen diagnosis dan masalah kesihatan TIDAK DIWAJIBKAN namun digalakkan untuk dibawa.
Krim kebas
• Jika individu dibawah jagaan anda takut kepada suntikan, atau rasa sakit suntikan akan mengakibatkan sukar bagi anda untuk membawanya mendapatkan suntikan dos kedua, cuba guna krim kebas yang boleh dibeli di farmasi. Sapukan di bahagian atas lengan di mana jarum akan disuntik. Jika anda menggunakan tangan kanan untuk menulis, suntikan akan dibuat di lengan kiri.
• Antara jenama krim kebas yang sering digunakan adalah: - Krim EMLA - Krim Lignocaine• Sila baca arahan sebelum menggunakan krim kebas. Contoh:- Krim EMLA harus
disapu 1 jam sebelum suntikan dan rasa kebas akan tahan selama 2 jam.• Sila maklum bahawa krim ini hanya akan menyebabkan kulit berasa kebas dan
mengurangkan rasa sakit di kulit, namun tekanan suntikan masih akan terasa.
06
Cara muat turun borang persetujuan:
Langkah 1
Buka aplikasi
MySejahtera
MySejahtera
Langkah 2
Langkah 5
Tekan “Maklumat vaksinasiCOVID-19”
Langkah 3
Tekan “Maklumat
Vaksin COVID-19”
Langkah 4
Tekan “Surat Kebenaran
Vaksin”
Cetak 2 salinan Borang Persetujuan Suntikan
Vaksin COVID-19:Isi borang tanpa
tandatangan. Anda perlutandatangan di hadapan
petugas di pusat pemberian vaksin.
X2
Borang persetujuan ini juga boleh didapati di:
https://drive.google.com/file/d/1GQxx2EdnqPJyF9aQ6vah7GYWtRKqXW6s/view?usp=sharing
Aliran Jadual Visual
142
56
8
14
15
3
9 1011
1213
7
Anda juga boleh merujuk kepada pusat pemberian vaksin yang ditetapkan jika mereka mempunyai sebarang maklumat berbentuk cetakan atau video yang menunjukkan keseluruhan proses vaksinasi di situ.Terdapat juga beberapa contoh yang boleh dirujuk di halaman 10 di bahagian Sumber Rujukan Pusat Vaksinasi Malaysia.
Imbas kod QRImbas kod QR MySejahteraapabila tiba di pusat pemberian vaksin danperiksa suhu badan
Imbas kod QRImbas kod MySejahtera selepas nama dipanggil, petugas akan menyemak maklumat di aplikasi MySejahtera anda
Tunggu di Ruang Menunggu yang disediakan
Berikan handphone- atau alat mainan Jika timer digunakan, tetapkan masa lebih daripada masa yang dijangkakan
Berikan handphone- atau alat mainanJika timer digunakan, tetapkan masa lebihdaripada masa yang dijangkakan
Jumpa doktor
Alkohol disapuAlkohol disapu pada lengan dengan bebolakapas
GanjaranBerikan ganjaran sesuai kerana berjaya melalui proses vaksinasi. Boleh juga dijadikan motivasi untuk suntikan
Imbas Kod BarKod Bar vaksin
Tonton televisyenTaklimat tentang kesan sampingan vaksinasi
Berikan handphone- atau alat mainanPemerhatian akan mengambil masa selama 15-30 minit, jika timer digunakan sebaiknya tetapkan masa lebih daripada masa yang dijangkakan
Terima Kad Vaksin
Kira hingga 10 semasa suntikan Kira hingga 10 semasa suntikan diberikan dan plaster diletakkan pada lengan
Isi borang
Tunggu di Ruang Menunggu yang disediakan
Jumpa doktor untuk vaksin
07
SUNTIKAN
PEMERHATIAN
Jadual visual berikut boleh digunakan sebagai panduan. Sila ubah suai berdasarkan keperluan individu/ahli keluarga masing-masing. Terdapat maklumat tambahan di muka surat 10 di bahagian ‘Sumber Rujukan’
Jumpa doktor untuk vaksin
08
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
NOTA-NOTA:• 2 orang penjaga dibenarkan. • Sebaik mungkin, PPV akan berusaha untuk
menyediakan calm space/room (ruang khusus yang tenang), sila rujuk kepada petugas di PPV nanti.
• PPV mungkin agak bising dan sedikit sesak. Bawa dan gunakan peralatan yang boleh membantu dalam situasi ini seperti headphones untuk membantu mengurangkan rasa gelisah atau tidak selesa
• Jangan lupa untuk kongsi maklumat individu dibawah jagaan anda dengan petugas PPV agar keseluruhan proses dapat berjalan dengan lancar.
Pergi bersama Ayah/Ibu/Keluarga
Kira 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Ambil suntikan vaksin
Imbas kod QR
Imbas kod QR
Tonton televisyen
Handphone
Kad Vaksin
Ganjaran
Isi borang
Tunggu
Handphone
Handphone
Jumpa doktor
Doktor sapu dengan bola kapas
Imbas kod QR
Tunggu
09
Apa yang akan berlaku selepas vaksinasi COVID-19
Sakit/bengkak/kemerahan di
tempat suntikan
Pening
Sengal otot Demam (dengan suhu melebihi 37.8°C)
Keletihan
Kesan Sampingan
Kesan sampingan seperti demam, rasa tidak selesa di tempat suntikan, rasa letih dan sengal otot adalah kesan sampingan ringan yang biasa berlaku selepas vaksinasi. Kesan ini berlaku kerana tubuh badan bertindak-balas dengan vaksin untuk menghasilkan imuniti yang akan melindungi diri daripada jangkitan.
Kesan sampingan ini biasanya akan berlaku dalam lingkungan masa 48 jam selepas menerima vaksin dan akan mula surut antara 48 hingga 72 jam.
Jika simptom berlarutan, atau jika terdapat kerisauan lain, anda disyorkan untuk pergi ke fasiliti perubatan terdekat untuk mendapatkan rundingan.
Untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai kesan sampingan vaksinasi, vaksinasi secara amnya, dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, sila layari https://www.vaksincovid.gov.my
ZZZZZZ
10
Sumber Rujukan
Fail/gambar untuk adaptasi• Jadual Visual untuk vaksinasi COVID-19 (jadual visual sahaja, format: Microsoft Word)
Pautan: https://drive.google.com/file/d/1TyMUiLMSglH44TUJVm7uKO2ntoDedrPf/view?usp=sharing
• Jadual Visual untuk vaksinasi COVID-19 versi 2 (format: PowerPoint)Pautan: https://drive.google.com/file/d/1MB0sQm_G5O7lOGhu1rVxYL1Rf7YsVU6K/view?usp=sharing
• Kaedah bercerita “Kenapa saya harus dapatkan vaksin COVID-19” (format: Microsoft Word)Pautan: https://drive.google.com/file/d/1YKZQhpn-8A8wNk1C-km4kazmOJ8rUV9H/view?usp=sharing
• Gambar dan imej vaksinasi (format: Microsoft Word)Pautan: https://drive.google.com/file/d/1VOT50nVnlncN48R2e7lM1x3W_vJyM36Y/view?usp=sharing
• “COVID-19 Vaccination In Malaysia” (PDF)Pautan: https://oasisplace.com.my/op-covid-19-vaksinasi-v1/Pautan: https://oasisplace.com.my/wp-content/uploads/2021/05/OP-Covid-19-Vaccination-V1..pdf
Sumber rujukan Pusat Vaksinasi Malaysia • Aliran proses – prosedur vaksinasi di Klinik Kesihatan Bukit Kuda (format: PDF)
Pautan: https://drive.google.com/file/d/12B-6lhvUXOHhjFBxa43PO6QnOZZfMUh4/view?usp=sharingSumber: Dr. Fairus (dari Klinik Kesihatan Bukit Kuda)
• Vaccination procedures - “Pejabat Kesihatan Kinta Vaccination Site” Youtube videoPautan: https://youtu.be/BNebKZ3mz6cSumber: Pejabat Kesihatan Kinta
• Program Imunisasi COVID-19 KebangsaanPautan: https://drive.google.com/file/d/17Pj2XYVqwM0FKuk2RIY9aa6lb21PIjzF/view?usp=sharingSumber: Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV)
Sumber rujukan lain• Video Youtube “Facts about the COVID-19 Vaccine”
Pautan: https://youtu.be/KHgCKyNtzDYTranskripsiPautan: https://drive.google.com/file/d/1MQRvrIYdmMU5yJGZsweRXAXswgCWHC0u/view?usp=sharingSumber: Autistic Self Advocacy Network (ASAN)
• “Getting the COVID-19 Vaccine” bahagian 1 Kaedah BerceritaPautan: https://drive.google.com/file/d/1B3SgLqq4GncKfTL0EW8QUvIVThNM1vAS/view?usp=sharing
• “Getting the COVID-19 Vaccine” bahagian 2 Kaedah BerceritaPautan: https://drive.google.com/file/d/1a9u9CboUaX4eac6zLfbK4CVG82Ls0o8e/view?usp=sharingSumber: Center for Dignity in Healthcare for People with Disabilities
Maklumat tentang COVID-19• Pautan: https://drive.google.com/file/d/1LnkRWUshExxVKB_OaoIDsk2B5Aed170z/view?usp=sharing
Sumber: Mencap, The Voice of Learning Disability
Informasi Rasmi Vaksinasi COVID-19 oleh JKJAV• https://www.vaksincovid.gov.my
JAWATANKUASA KHAS JAMINAN AKSESBEKALAN VAKSIN COVID-19 (JKJAV)
JKJAVMY JKJAVMY JKJAVMY JKJAVMY
http://vaksincovid.gov.myhttp://covid-19.moh.gov.my