Post on 02-Apr-2019
Assalamualaikum
warahmatullahi
wabarakatuh,
dan salam 1 Malaysia.
Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita
melaksanakan kerja-kerja yang telah dirancang dalam keadaan
aman dan sejahtera.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Pada 24 – 27 Julai 2010 berlangsungnya Persidangan Tahunan
Pegawai-Pegawai Kanan, Jabatan Perikanan Malaysia yang
diadakan di Kuala Terengganu, Terengganu. Tema yang dipilih
pada kali ini ialah “Transformasi Ke Arah Berpendapatan Tinggi”.
Sebanyak 12 kertas kerja telah dibentangkan oleh pegawai-
pegawai yang merangkumi semua subsektor utama industri
perikanan seperti pembangunan akuakultur, kawalan kualiti dan
keselamatan ikan, pengembangan perikanan, penyelidikan dan
inovasi perikanan, pengurusan sumber serta perancangan
program-program dalam Rancangan Malaysia Ke Sepuluh.
Persidangan kali ini telah dapat menetapkan satu resolusi yang
mantap sesuai dengan tema untuk mentransformasikan industri
perikanan ke arah meningkatkan pendapatan pengusahanya.
Saya berharap supaya resolusi ini dapat diaplikasi dan dijadikan
garis panduan dalam pelaksanaan program-program Jabatan
Perikanan yang akan datang.
Sempena persidangan ini, Program Kecemerlangan dan
Kecerdasan Jabatan Perikanan Malaysia turut diadakan yang
melibatkan pertandingan acara-acara sukan mengikut zon. Saya
ingin mengucapkan tahniah kepada Zon Timur yang telah
menjuarai acara secara keseluruhan. Semoga program
kecergasan yang dilangsungkan dalam suasana semangat
kesukanan ini dapat meningkatkan tahap kesihatan dan keceriaan
warga perikanan di samping mengukuhkan ukhwah dan
kerjasama antara mereka.
Sempena persidangan ini juga, Galeri Biodiversiti Akuatik di Institut
Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang turut dirasmikan.
Sesuai dengan fungsi institut ini yang memberi fokus kepada
penyelidikan penyu dan haiwan-haiwan akuatik marin yang
mengalami kepupusan, galeri ini turut mempamerkan artifak
haiwan-haiwan berkenaan. Saya amat berharap supaya galeri ini
menjadi pusat tumpuan orang ramai dan pelancong dalam usaha
memberi kesedaran untuk melindungi dan memulihara haiwan-
haiwan yang hampir pupus.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada kakitangan
Pejabat Perikanan Negeri (PPN), Negeri Sembilan kerana telah
dikategorikan sebagai jabatan dan agensi yang cemerlang bagi
tahun 2009. Perkara ini telah diumumkan oleh Y.A.B. Dato’ Seri
Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri
Sembilan pada 1 Jun lalu dalam Majlis Perhimpunan Bulanan di
Wisma Negeri, Seremban. Selain Jabatan Perikanan, Jabatan
Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar turut menunjukkan
prestasi cemerlang yang dinilai berdasarkan maklum balas yang
diterima melalui Sistem Pengaduan Awam Negeri (SPAN) yang
menunjukkan orang ramai berpuas hati dengan prestasi
perkhidmatan awam negeri berkenaan.
Saya berharap supaya PPN Negeri Sembilan dapat mengekal dan
meningkatkan kecemerlangan ini dalam memberi perkhidmatan
kepada orang ramai selaras dengan usaha kerajaan untuk
meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Kejayaan ini diharapkan dapat dicontohi oleh warga-warga
Jabatan Perikanan lain dalam menangani permasalahan
kumpulan sasaran, dan jika boleh sehingga ke tahap aduan sifar.
Sekian. Wassalam.
(DATO’ JUNAIDI BIN CHE AYUB)
Ketua Pengarah
Jabatan Perikanan Malaysia
Putrajaya
Ogos 2010http://www.dof.gov.my
Amanat Ketua Pengarah PerikananAmanat Ketua Pengarah Perikanan
1
3 Jun 2010Y.Bhg. Dato’ Junaidi Bin Che Ayub, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan Malaysia
menandatangani plak sempena Majlis Perasmian Bangunan Institut Penyelidikan
Perikanan (FRI), Kg. Acheh, Sitiawan, Perak.
2
11 Jun 2010Y.B. Encik Chua Tee Yong, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas
Tani mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Perikanan di Putrajaya.
14 Jun 2010Taklimat mengenai Urus Tadbir Perikanan Laut Lepas Di Bawah Undang-
undang 1982 Konvensyen Kelautan dan Implikasinya Kepada Malaysia
disampaikan oleh Puan Mary George dari Fakulti Undang-undang, Institut
Kelautan dan Sains Alam, Universiti Malaya telah berlangsung di Ibu pejabat
Perikanan, Putrajaya.
16 Jun 2010Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kerajaan
Malaysia yang diwakili Jabatan Perikanan Malaysia dengan Syarikat Re
Millenium Bhd. mengenai pinjaman kemudahan akuakultur bagi program
inkubator yang diadakan di Putrajaya.
5 Jun 2010Y.Brs. Tn. Hj. Ahmad
Saktian Bin Langgang,
Ketua Cawangan
Pengurusan Sumber
Marin, Jabatan
Perikanan Malaysia
menyampaikan hadiah
kepada pemenang
Pertandingan Mewarna
Spesies Haiwan Marin
Terancam sempena
Program Aktiviti Hujung
Minggu di Laman
Perikanan, Taman Ekspo
Pertanian Malaysia
Serdang (MAEPS),
Serdang, Selangor.
20 Jun 2010Y.B. Dato’ Wira Mohd. Johari Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan
Industri Asas Tani menuai udang sempena Majlis Penuaian dan Memperkasa
Industri Udang Galah di Baling, Kedah.
3 Julai 2010Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada orang awam mengikuti kursus
pendek mengenai penjagaan ikan kelisa yang diadakan sempena Program
Aktiviti Hujung Minggu di Laman Perikanan, Taman Ekspo Pertanian Malaysia
Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor.
4 Julai 2010Y.Bhg. Dato’ Junaidi Bin Che Ayub, Ketua Pengarah, Jabatan Perikanan
Malaysia melawat Bangunan Kemudahan Pembenihan dan Penternakan
Moluska, Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Pulau Sayak, Kedah sempena
Hari Inovasi Bahagian Akuakultur Marin di institut berkenaan.
3
26 Jun 2010Kursus pendek mengenai pemilihan ikan kelisa yang berkualiti dan
pemeliharaan kelisa dalam akuarium sebagai hobi diadakan sempena
Program Aktiviti Hujung Minggu di Laman Perikanan, Taman Ekspo
Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor.
3 Julai 2010Senamrobik diadakan sempena Program Aktiviti Hujung Minggu di Laman
Perikanan, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang,
Selangor.
21 Jun 2010Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Kenyir Aquaculture Sdn.
Bhd. dan International Traders Inc. / Seafood Solutions Inc. mengenai pemasaran
produk daripada Projek Berimpak Tinggi – Zon Industri Akuakultur (HIP-AIZ) di Ibu
Pejabat Perikanan, Putrajaya.
4 Julai 2010Y.B. Dato’ Wira Mohd. Johari Baharum, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani (bertopi merah) mengadakan lawatan kerja ke Projek
HIP-AIZ Tasik Temengor, Grik, Perak.
4
17 Julai 2010Y.Bhg. Dato’ Junaidi Bin Che Ayub, Ketua Pengarah, Jabatan
Perikanan Malaysia menyampaikan hadiah kepada Tn. Hj. Abdullah
Bin Hj. Mat Akhir yang memenangi Pertandingan Memasak Filet
Tilapia Anjuran PUSPANITA yang diadakan sempena Program
Aktiviti Hujung Minggu di Laman Perikanan, Taman Ekspo Pertanian
Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor.
21 Julai 2010Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Kerjasama Teknikal dan
Pelaburan antara Kenyir Aquaculture Sdn. Bhd. (Malaysia) dengan Guangdong
Freshwater Renowned Species Seeds Breeding Centre (China) di Ibu Pejabat
Perikanan, Putrajaya.
24 Julai 2010Y.Bhg. Dato’ Junaidi
Bin Che Ayub, Ketua
Pengarah, Jabatan
Perikanan Malaysia
menyampaikan
ucaptama
Persidangan
Tahunan Pegawai-
Pegawai Kanan,
Jabatan Perikanan
Malaysia di Kuala
Terengganu,
Terengganu.
26 Julai 2010Y.Bhg. Dato’ Junaidi Bin Che
Ayub, Ketua Pengarah, Jabatan
Perikanan Malaysia
melancarkan buku “Spesies-
Spesies Marin Terancam Di
Malaysia” sempena Perasmian
Galeri Biodiversiti Akuatik di
Institut Peyelidikan Perikanan
(FRI) Rantau Abang, Dungun,
Terengganu.
24 Julai 2010Y.Bhg. Dato’ Junaidi Bin Che Ayub, Ketua Pengarah, Jabatan
Perikanan Malaysia (kanan) menyampaikan trofi kepada Tn. Hj.
Zakaria Ismail, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu (tengah)
dan Tn. Hj. Zawawi Ali, Pengarah Perikanan Negeri Kelantan
(mewakili zon timur) yang memenangi secara keseluruhan Program
Kecemerlangan dan Kecergasan yang berlangsung di Institut
Perikanan Malaysia, Chendering, Terengganu.
9 Julai 2010Y.A.B. Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri
Sembilan menyampaikan Sijil Pentauliahan kepada penerima sempena Mini
MAHA Peringkat Negeri Sembilan di Paroi, Seremban, Negeri Sembilan.
8 Julai 2010Y.Bhg. Datin Maimon Bt. Ma’arof, Timbalan Pengerusi PUSPANITA Cawangan
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani merasmikan Kempen Menderma
Darah Anjuran Puspanita di Dewan Serbaguna, Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani, Putrajaya.
i) Pekeliling Perbendaharaan Bil. 1 Tahun 2010
Tajuk : Anggaran Perbelanjaan 2010
Tujuan : Pekeliling Perbendaharaan ini bertujuan untuk memaklumkan
bahawa sejumlah RM191,498,805,000 telah diluluskan bagi
Anggaran Perbelanjaan 2010.
Anggaran Perbelanjaan Mengurus
Kebenaran telah diberi melalui Waran Am Bil. 1 Tahun 2010
bertarikh 4 Januari 2010 mengikut Seksyen 13(2) dan 13(3), Akta
Tatacara Kewangan 1957, bagi pengeluaran wang sebanyak
RM138,279,148,000 daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk
membiayai perbelanjaan berikut:
• jumlah sebanyak RM29,590,535,000 sebagai wang yang
dikehendaki untuk perbelanjaan yang dipertanggungkan ke
atas Kumpulan Wang Disatukan; dan
• jumlah sebanyak RM108,688,613,000 sebagai wang yang
dikehendaki untuk perbelanjaan yang diluluskan di bawah Akta
Perbekalan 2010.
Anggaran Perbelanjaan Pembangunan
Kebenaran telah diberi melalui Waran Am Bil. 1 Tahun2010
bertarikh 23 Disember 2009 mengikut Seksyen 8, Akta Kumpulan
Wang Pembangunan 1966, bagi pengeluaran wang berjumlah
RM53,219,657,000 daripada Kumpulan Wang Pembangunan yang
dikehendaki untuk membiayai perbelanjaan bagi Butiran-butiran di
bawah Maksud-maksud yang dinyatakan dalam Anggaran
Perbelanjaan Pembangunan 2010.
Tarikh : 6 Januari 2010
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my
ii) Pekeliling Kontrak Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2008
(Tambahan Kedua)
Tajuk : Perolehan Perisian Microsoft Oleh Agensi Kerajaan Kecuali
Institusi Pendidikan
Tujuan : Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan
memaklumkan mengenai pertambahan Large Account Reseller(LAR) dan Distributor serta perolehan secara Open Value kepada
semua Kementerian dan Agensi Kerajaan mengenai perolehan
yang melibatkan perisian Microsoft. Dengan ini Kementerian
Kewangan telah bersetuju perolehan perisian Microsoft secara
Open Value adalah dibenarkan di bawah PKP ini.
Tarikh : 23 Januari 2010
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my
iii) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 6 Tahun 2010
Tajuk : Tindakan Tatatertib Ke Atas Syarikat dan Firma Perunding Yang
Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan.
Tujuan : Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan untuk
memaklumkan kepada Kementerian, Jabatan dan Badan Berkanun
(Agensi) mengenai tindakan tatatertib yang akan dikenakan ke atas
individu, firma perunding, syarikat dan pertubuhan (syarikat dan
firma perunding) yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan
bagi kesalahan yang dilakukan oleh syarikat dan firma perunding.
Tarikh : 23 Julai 2010
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my
iv) Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2010
Tajuk : Penjelasan Mengenai Pekeliling Perbendaharaan Bil.4 Tahun 2009 -
Peraturan Perbendaharaan Mengenai Kemudahan Alat Komunikasi
Mudah Alih.
Tujuan : Surat Pekeliling Perbendaharaan (SPP) ini bertujuan untuk
memperjelaskan mengenai peraturan dan syarat di dalam Pekeliling
Perbendaharaan Bil.4 Tahun 2009 (PP4/09) iaitu Peraturan
Perbendaharaan Mengenai Kemudahan Alat Komunikasi Mudah
Alih.
Tarikh : 23 Julai 2010
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.treasury.gov.my
DARIPERBENDAHARAAN
DARIPERBENDAHARAAN
i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2010
Tajuk : Penetapan Ketua Perkhidmatan Bagi Skim Perkhidmatan
Yang Sedang Berkuat Kuasa Dalam Perkhidmatan Awam
Persekutuan
Tujuan : Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memaklumkan
keputusan kerajaan mengenai penetapan Ketua
Perkhidmatan bagi 243 skim perkhidmatan yang sedang
berkuat kuasa dalam Perkhidmatan Awam Persekutuan.
Tarikh : 29 Jun 2010
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010
Tajuk : Pindaan Kepada Lampiran A – Senarai Skim – Skim
Perkhidmatan Yang Memperuntukkan Syarat Lantikan Di
Peringkat Ijazah Sarjana dan/atau Ijazah Doktor Falsafah
(Ph.D).
Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk meminda
LAMPIRAN A kepada surat Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 13 Tahun 2009.
Tarikh : 11 Jun 2010
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
iii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2010
Tajuk : Panduan Pelaksanaan Pementoran Dalam Pengurusan
Sumber Manusia Sektor Awam.
Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk
menjelaskan prosedur pelaksanaan pementoran dalam
pengurusan sumber manusia sektor awam mengikut
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 18 Tahun 2005: Aplikasi
Psikologi Dalam Pengurusan Sumber Manusia Sektor
Awam.
Tarikh : 11 Jun 2010
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
iv) Surat Edaran JPA (31 Mei 2010)
Tajuk : Sukatan Peperiksaan Perkhidmatan Pembantu Setiausaha
Pejabat Gred N17 dan Setiausaha Pejabat Gred N27.
Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk
memaklumkan bahawa Sukatan Peperiksaan Perkhidmatan
Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17 dan Setiausaha
Pejabat Gred N27 telah diluluskan.
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
v) Surat Edaran JPA (29 Jun 2010)
Tajuk : Pemusatan Kursus Generik Perundangan Ke Institut Latihan
Kehakiman dan Perundangan serta Kursus Generik
Kewangan Ke Institut Perakaunan Negara.
Tujuan : Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk
memaklumkan bahawa Kerajaan bersetuju supaya kursus
generik dalam bidang perundangan dipusatkan ke Institut
Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) dan kursus
generik kewangan dipusatkan ke Institut Perakaunan
Negara (IPN).
Maklumat lanjut sila layari laman sesawang: http://www.jpa.gov.my
Dari JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)
Dari JPA(Jabatan Perkhidmatan Awam)
5
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, rumpai laut
adalah tumbuhan yang banyak mendiami dasar laut. Sumbangan
besar dihasilkan oleh tumbuhan tidak varkular ini ialah untuk
kesejahteraan alam. Istilah yang lebih tepat bagi rumpai laut ini ialah
sayuran laut. Ianya berpotensi kepada manusia sebagai makanan.
Sebanyak 500 spesies yang dikenal pasti digunakan di seluruh
dunia. Namun 20 spesies daripada 11 genus telah berjaya ditanam.
Rumpai laut boleh dimakan secara mentah, dimasak atau
dikeringkan. Tumbuhan ini merupakan sumber yang baik bagi
beberapa vitamin dan mineral selain mempunyai kandungan protein
yang tinggi. Rumpai laut mempunyai karbohidrat yang tinggi dan
sukar dihadamkan.
Menurut sejarah, rumpai laut merupakan salah satu herba Cina yang
digunakan oleh Raja Shen Nung pada tahun 2700 Sebelum Masihi.
Ia telah menjadi komoditi eksport apabila China dan Jepun
memulakan pasaran perdagangan pada 1670. Masyarakat Timur
menggunakannya sebagai makanan dan amalan perubatan
tradisional. Sebaliknya masyarakat barat menggunakannya sebagai
makanan haiwan, baja dan memprosesnya menjadi bahan kimia
dalam soda, iodin dan bahan lain dalam industri kimia.
Kini ia dijadikan minuman dan sumber bagi menyedapkan sajian
makanan. Masyarakat Jepun dan Hong Kong menjadikan rumpai
laut sebagai sup sayur. Rumpai laut mempunyai potensi yang luas
dalam industri pemprosesan bahan makanan. Di negara ini informasi
mengenai perusahaan rumpai laut ini masih kurang. Beberapa usaha
telah dilakukan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia untuk
mengkultur rumpai laut ini. Langkah yang diambil ialah memajukan
produk rumpai laut dari spesies Carrageenan.
Rumpai laut dari spesies Carrageenan mempunyai potensi yang baik
dalam pelbagai industri. Ini termasuk industri roti, snek, makanan
kering serta perusahaan bukan makanan seperti kegunaan dalam
perubatan. Dalam industri makanan, Carrageena yang diproses
banyak kegunaannya. Ia sangat reatif dengan protein susu yang
digunakan untuk menstabilkan kuantiti makanan. Industri mi kuning
menggunakan Carageena yang diproses bagi menjamin ketahanan
makanan daripada terurai apabila dimasak. Ia diproses menjadi gel
yang dapat digunakan untuk membuat agar-agar, jem, snek, bahan
minuman susu bercoklat dan bahan makanan yang perlu disejukkan.
Dalam industri makanan seperti burger, nuget dan sosej ia sangat
penting untuk melekitkan daging-daging yang terurai menjadi bentuk
makanan berkenaan.
Rumpai laut juga penting dalam bidang perubatan. Rumpai laut
seperti Macrocystis, Laminaria, Fucus, Sargassum dan Turbinariatelah digunakan sejak berkurun-kurun untuk mengubati penyakit
seperti goiter, disenteri, diarrea dan masalah usus kecil. Sesetengah
spesies dikatakan boleh merendahkan tekanan darah dan aras
kolesterol plasma. Ia juga dilaporkan mempunyai nilai antibiotik,
antibakteria dan antikulat.
Perusahaan rumpai laut mempunyai prospek yang baik. Laut di
sekeliling kita merupakan anugerah alam yang paling bernilai untuk
dieksploitasi dengan sebaiknya. Cara menggunakan rumpai laut
berbeza-beza bergantung pada kebudayaan masing-masing.
Apabila industri ini berkembang ia boleh menjadi menu makanan
yang lazat dan istimewa.
Maklumat ini telah disebarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan
menyarankan supaya perusahaan daripada tumbuhan dan tanaman
ini mestilah diutamakan bagi memenuhi keperluan negara. Produk
yang dihasilkan dari sumber tumbuhan mempunyai nilai dan khasiat
yang semulajadi. Produk tumbuhan ini mempunyai nilai untuk
diperluaskan dan dikembangkan penggunaannya pada masa
hadapan di seluruh negara.
Dari meja berita Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Sejarah Rumpai Laut dan Khasiatnya Kepada Pemakanan Manusia
Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?Tahukah Anda ?
PERATURAN SAPAAN
Panggilan hormat dalam majlis rasmi atau upacara rasmi yang dihadiri
bersama oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja atau Sultan,
seseorang pengucap mesti menyapa Kebawah Duli Tuanku terlebih
dahulu. Selepas itu barulah orang lain mengikut urutan protokol dan
Susunan Keutamaan Persekutuan.
Pada awal ucapan atau semasa bertukar dari satu tajuk ke satu tajuk
ucapan, sapaan yang lengkap terhadap Kebawah Duli Sultan perlulah
dilafazkan, iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Walau
bagaimanapun, pada bahagian yang lain, cukup dengan ucapan Tuanku
atau Ampun Tuanku atau Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun sahaja.
Jika seseorang itu berucap dalam satu majlis yang dihadiri oleh orang
ramai dan Kebawah Duli Tuanku turut berangkat hadir menyaksikan
majlis tersebut, maka hendaklah disapa Kebawah Duli Tuanku terlebih
dahulu dengan menyebut perkara-perkara penting dan bersesuaian
kepada baginda. Kemudian, hendaklah memohon sembah izin daripada
baginda untuk berucap kepada hadirin yang lain. Ini bermakna Tuanku
seolah-olah menjadi pemerhati sahaja. Apabila pengucap mahu
menamatkan ucapannya, beliau mesti memohon sembah sekali lagi
kepada Kebawah Duli Tuanku dengan menyapa baginda untuk
memohon ampun dan izin untuk menamatkan ucapannya.
Dalam majlis yang tidak dihadiri oleh raja atau wakil raja, pada
permulaan setiap ucapan, pengucap mesti menyapa terlebih dahulu
kepada orang yang paling kanan dalam majlis tersebut, iaitu pengerusi
majlis dan tetamu khas yang diundang ke majlis itu. Selepas itu baru
disapa orang lain mengikut urutan protokol.
Betulkan Ejaan AndaBetulkan Ejaan AndaBetulkan Ejaan AndaBetulkan Ejaan Anda
6