Post on 22-Dec-2015
description
1.0 PENDAHULUAN
1.1 PENGENALAN
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan merupakan satu
usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonisdari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian negara.
Perkembangan murid yang holistik dari segi jasmani, rohani, intelek, dan
sosial menjadi tunjang hala tuju Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Subjek
Pendidikan Islam memainkan peranan yang penting dalam membentuk rohani
dan sosial murid. Bagi tujuan ini, guru guru perlu sedar tanggungjawab mereka
untuk membentuk aspek-aspek ini dengan sebaiknya. Oleh itu setiap guru perlu
membuat persediaan dan melengkapkan diri dengan pelbagai strategi , kaedah
serta teknik pengajaran dan pembelajaran bagi menghadapi cabaran era
globalisasi ini (Salhah, 2005). Senario pendidikan sekolah kebangsaan hari ini
berdepan dengan cabaran dan persaingan dari pelbagai pihak. Justeru, seorang
guru harus mempunyai ciri-ciri yang diperlukan dalam Falsafah Pendidikan Guru
(FPG) untuk memenuhi aspirasi negara dan wawasan 2020.
Pendidikan Islam bermatlamat untuk melahirkan muslim yang berilmu,
berketrampilan, beriman, beramal soleh, dan berakhlak mulia berdasarkan Al-
Quran dan As-Sunnah supaya menjadi khalifah Allah yang bertakwa serta
menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta
berjaya di dunia da akhirat (Dokumen standard Prestasi, 2012).
Proses pembelajaran harus ada keseimbangan antara pengetahuan yang
dibina dalam bilik darjah dan perkaitan dengan situasi sebenar (Abd . Rahim,
2001). Proses pembelajaran yang berkesan adalah apabila murid mampu
mengaplikasikan dalam kehidupan seharian dan mampu bertindak berdasarkan
kemahiran yang diperolehi (Leornard & Karen, 1996). Jika perkara ini dapat
dijayakan, murid yang positif dan berdaya saing dapat dihasilkan. Oleh yang
demikian, cabaran dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam wajar
dialami sama kritis dengan subjek teras yang lain.
1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu
Setiap individu yang bergelar guru pasti berdepan masalah dalam pengajaran
dan pembelajaran mereka. Saya sendiri tidak terkecuali daripada menghadapi
pelbagai masaalah dalam rutin pengajaran dan pembelajaran saya. Isu atau
masalah yang menjadi fokus dalam kajian saya ialah kemahiran atau kebolehan
murid dalammembaca perkataan jawi yang pelbagai suku kata dengan betul dan
lancar dalam kalangan murid yang lemah jawi. Masalah yang melibatkan
sebilangan kecil murid dalam kelas saya turut memberi kesan terhadap
pembelajaran mereka. Murid yang mahir membaca perkataan jawi dalam
pelbagai suku kata dengan betul dan lancar boleh terganggu dalam
pembelajaran dan juga kadang-kadang mengganggu proses pengajaran saya
kerana saya terpaksa memberi fokus yang lebih kepada kepada murid yang
masih tidak dapat membaca perkataan jawi pelbagai suku kata dengan betul.
Selain itu, kurangnya menguasai kemahiran membaca jawi pelbagai suku
kata dengan betul dan lancar mnyukarkan pelajar tersebut untuk menerima dan
memahami apa yang disampaikan oleh guru mereka. Mereka juga tidak dapat
menjawab atau menyelesaikan tugasan dan latihan yang diberikan oleh guru
khususnya latihan bertulis kerana mereka tidak dapat membaca tulisan jawi.
Masalah ini menyebabkan mereka akan membiarkan atau tidak mahu menjawab
soalan tersebut. Begitu juga dengan peperiksaan, mereka akan menghantar
kertas soalan yang tidak dijawab atau kadang-kadang mereka menyalin semula
soalan pada ruang jawapan kerana tidak boleh membaca arahan kepada soalan
yang ditulis dalam tulisan jawi. Kemahiran membaca perkataan jawi pelbagai
suku kata yang lemah juga menyukarkan murid tersebut untuk menerima dan
memahami apa yang dipelajari pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang
disampaikan oleh guru.
Profesor Emeritus Dato’ Ishak Haron telah menjalankan kajiannya terhadap
murid-murid sekolah rendah berterusan, iaitu pada Februari 2007 dan Julai 2007
bagi melihat sejauh mana keberkesanan gabungan bunyi kata dalam pengajaran
jawi. Ujian pertama pada Februari 2007 mendapati 60% murid tahun 2 dan 3 di
18 buah sekolah terpilih tidak dapat membaca jawi walaupun pada peringkat
asas. Manakala ujian kedua pada Julai 2007 terdapat sedikit perubahan serta
peningkatan dan masih wujud kira-kira 45% yang mempunyai kelemahan.
Keadaan seperti ini tidak boleh dibiarkan kerana masaalah ini akan
menyukarkan murid-murid yang terlibat untuk mengikuti sesi pengajaran dan
pembelajaran seterusnya. Perkara ini juga jika tidak diatasi akan menyebabkan
mereka membawa kelemahan tersebut sehingga ke peringkat seterusnya. Murid
seperti ini perlu dibantu setiap kali mereka hendak membaca setiap perkataan
jawi yang dipelajari. Guru terpaksa mengeja perkataan tersebut dengan pelbagai
cara agar murid dapat membaca.
Masalah yang saya hadapi ini wujud dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran saya bersama murid-murid Tahun 2 Zuhal sekolah saya. Di
sekolah saya, Kelas yang menggunakan perkataan Zuhal itu adalah kelas yang
menggunakan terkebelakang. Setiap kali mengadakan sesi pengajaran dan
pembelajaran masalah ini akan timbul. Daripada 25 orang murid dalam kelas
tersebut, hampir separuh tidak mempunyai kemahiran membaca perkataan jawi
pelbagai suku kata dengan betul dan lancar. Setiap kali saya memberikan soalan
latihan sama ada untuk disiapkan di dalam kelas atau di rumah pasti ada murid
yang menghantar buku tulis yang hanya bertulis soalan sahaja atau lemberan
kerja yang tiada jawapan.
Kalau dijawab pun mereka akan memaklumkan kepada saya bahawa ibu
bapa, abang, atau kakak yang tolong jawabkan dan bukannya hasil usaha
mereka sendiri. Saya juga turut mengadakan temu bual dengan murid Tahun 2
Zuhal bagi mengenal pasti punca mereka tidak dapat membaca perkataan jawi
pelbagai suku kata dengan betul dan lancar. Hasil temu bual mendapati punca
utama adalah mereka tidak dapat dan tidak mahir membatang suku kata jawi.
Khususnya suku kata jawi yang mempunyai konsonen konsonen dan juga
perkataan jawi yang lebih daripada dua suku kata yang melibatkan konsonen
vokal.
Berdasarkan penelitian pada temu bual tersebut, saya berpendapat
pengetahuan semasa murid adalah tidak kukuh dan mereka kurang mengambil
berat soal kebolehan membaca jawi dengan baik. Oleh itu saya berasakan satu
tindakan proaktif perlu diambil untuk membantu murid ini. Perkara ini selaras
dengan pendapat Costa (1991) (dalam Williams, 2003) apabila murid tidak
mampu mengingati apa yang telah mereka pelajari, guru harus mengubah
pendapat mereka tentang pembelajaran, iaitu daripada belajar tentang sesuatu
perkara kepada belajar dari perkara tersebut. Fraser (2011) turut menyatakan
setiap masalah yang berlaku dalam bilik darjah membuka peluang untuk
seseorang guru belajar lebih lanjut tentang muridnya.
Saya sebagai guru Pendidikan Islam terpanggil untuk memperbaik amalan
tindakan saya dalam pengajaran dan pembelajaran dan memperkenalkan
kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran saya. Saya telah
memperkenalkan kaedah Pandang, Dengar, dan Sebut menggunakan kad
imbasan berwarna dalam pengajaran dan pembelajaran saya khususnya mata
pelajaran jawi. Kaedah ini saya gunakan agar murid yang lemah dapat
membatang suku kata jawi yang pelbagai dan seterusnya dapat membaca
perkataan jawi yang pelbagai suku kata dengan betul dan lancar.
Murid akan dipamerkan dengan kad imbasan pelbagai warna yang
mengandungi pelbagai suku kata. Murid akan memerhatikan dan menunjukkan
kad imbasan yang disebut oleh guru mengikut warna. Pada kad tersebut
terdapat suku kata. Guru menyebut suku kata pada kad tersebut beberapa kali
sambil murid mendengar sebutan tersebut dengan teliti.
Kemudian guru meminta murid mengulang semula suku kata tersebut
beberapa kali sebagaimana mereka dengar daripada sebutan guru tadi.
Seterusnya murid diminta mencantumkan kad imbasan suku kata berwarna
membentuk perkataan yang disebut guru contohnya kambing. Murid diberi
peluang untuk tampil kehadaapan kelas bagi mencantumkan kad membentuk
perkataan.
Apabila perkataan telah dibentuk murid dikehendaki menyebut perkataan
tersebut. Saya dapati kaedah ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada murid
yang lemah kerana mereka dengan sendirinya boleh membaca perkataan jawi.
Mereka akan cuba membatang suku kata dan membunyikannya pada bila-bila
masa walaupun di lusr waktu pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang saya
gunakan ini juga menarik minat murid untuk mencuba membatang suku kata dan
membaca perkataan jawi yang dibentuk daripada suku kata yang terdapat pada
kad imbasan beerwarna tersebut.
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Masalah yang dihadapi oleh murid-murid dalam menguasai kemahiran membaca
perkataan jawi pelbagai suku kata merupakan satu masalah yang tidak boleh
dipandang ringan dan mudah oleh guru khusus guru Pendidikan Islam.
Kegagalan murid adalah disebabkan oleh kegagalan guru dalam menangani
permasalahan murid.
Setiap guru bertanggungjawab memastikan setiap permasalahan yang timbul
dapat diselesaikan sebaik mungkin dengan menggunakan kepelbagaian cara
dan kaedah dalam menyelesaikannya. Maka pengkaji berasakan perlu
melakukan sesuatu bagi meningkatkan kemahiran murid dalam membaca
perkataan jawi pelbagai suku kata dengan betul dan lancar agar dapat
membantu murid- murid yang bermasalah dalam pembelajaran tidak terus
tercicir.
Sebagai seorang guru rasa tanggungjawab dan peka terhadap setiap
masalah yang dihadapi oleh muridnya walaupun masalah tersebut merupakan
masalah kecil. Hal ini kerana masalah yang kecil, sekiranya tidak dibuat
penyelesaian dan diberikan perhatian oleh guru, murid-murid akan terus
melakukan kesalahan sepanjang masa.
Bagi sesetengah guru, Khususnya guru Pendidikan Islam, mereka
berabggapan dan berpendapat bahawa masalah kurang mahir jawi dalam
kalangan murid-murid merupakan masalah yang biasa dan tidak memberikan
apa-apa kesan kepada murid-murid tersebut. Mereka juga mungkin lupa yang
subjek Pendidika Islamm itu mempunyai bidang-bidang lain lagi yang perlu
dikuasai oleh murid yang memerlukan mereka berkemahiran membaca jawi.
Namun, pengkaji beranggapan masalah yang lebih besar akan timbul
sekiranya masalah yang kecil tidak diatasi dan diselesaikan terlebih dahulu. Oleh
itu, Menjadi satu tanggungjawab kepada pengkaji untuk membantu murid-murid
yang lemah dan bermasalah dalam membaca perkataan jawi pelbagai suku kata.
Pengkaji telah memikirkan satu kaedah yang sesuai digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid-murid yang bermasalah ini.
Fokus pengkaji ialah murid-murid yang bermasalah dalam membaca
perkataan jawi pelbagai suku kata. Pengkaji berharap kaedah ini dapat
membantu murid-murid yang bermasalah dalam membaca perkataan jawi
pelbagai suku kata dan berharap agar mereka tidak terus ketinggalan dalam
menimba ilmu khususnya dalam subjek Pendidikan Islam. Kaedah yang pengkaji
gunakan bagi membantu murid-murid ini ialah kaedah Pandang, Dengar, dan
Sebut berpandukan kad imbasab berwarna.
2.0 FOKUS KAJIAN/ISU KEPRIHATNAN
Melalui pemerhatian yang telah pengkaji buat beberapa bulan kebelakangan ini
terutamanya ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, kelemahan
murid amat ketara ketika disuruh membaca perkataan jawi pelbagai suku kata
terutama perkataan yang mempunyai lebih daripada dua suku kata. Kaedah
pengajaran secara biasa seperti latih tubu menyebut perkataan atau menyebut
dan mengeja perkataan mengikut sebutan dan ejaan guru yang pengkaji
amalkan dalam pengajaran dan pembelajaran selama ini kurang berkesan.
Bagimurid yang sudah mahir membaca, mereka tidak mempunyai masalah.
Kaedah membaca atau menyebut perkataan secara berulang yang pengkaji
amalkan laksanakan selama ini tidak berkesan khususnya kepada murid-murid
yang lemah jawi. Pengkaji juga menggunakan kaedah penerangan biasa kepada
murid-murid dan kaedah ini juga tidak memberi kesan kepada murid-murid yang
lemah.Pengkaji tidak menggunakan bahab-bahan yang sesuai dan memasukkan
unsur-unsur seni yang sesuai yang boleh membantu pengkaji menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran dengan lebi8h berkesan dan menarik minat murid-
murid.
Jadi, pengkaji dapati respon dan penglibatan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam Khususnya adalah kurang aktif kerana mereka
akan berasa sukar untuk belajar disebabkan tidak mahir membaca perkataan
jawi. Mereka berasakan belajar jawi itu adalah susah. Apabila tidak boleh
membaca, timbul masalah dalam menjawab soalan latihan atau soalan
peperiksaan. Mereka akan menggunakan cara tersendiri untuk menjawab, sama
ada menyalin semula soalan atau membiarkannya kosong tidak dijawab.
Berdasarkan masalah yang dikenal pasti, pengkaji dapat rumuskan bahawa
perkara-perkara yang perlu pengkaji berikan tumpuan dan penekanan adalah
seperti berikut :
i. Tidak tahu membaca perkataab jawi pelbagai suku kata.
ii. Tidak tahu membunyikan atau membatang suku kata konsonen.
iii. Tidak tahu menyebut atau membaca perkataan jawi lebih daripada dua suku
kata.
Kajian tindakan tentang kaedah Pandang, dengar dan sebut (PDS) yang
pengkaji laksanakan ini adalah tertumpu kepada 5 orang murid Tahun 2 Zuhal
disekolah tempat pengkaji mengajar. Kaedah ini hanya tertumpu kepada cara
bagaimana murid boleh membaca perkataan jawi pelbagai suku kata dengan
betul dan lancar.
Di sini dapat pengkaji rumuskan bahawa pengkaji perlu mencari dan
mengaplikasikan satu kaedah yang mampu mengatasi dan menyelesaikan
permasalahan seperti yang dinyatakan. Jika permasalahan seperti yang
dinyatakan dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah-kaedah tertentu
yang sesuai, maka secara tidak langsung dapat membantu murid-murid
membentuk keyakinan diri dalam menguasai sesuatu kemahiran atau ilmu dan
seterusnya dapat meningkatkan penguasaan dan pencapaian murid dalam
latihan, ujian, dan peperiksaan yang akan dihadapi oleh mereka.
2.1 ISU KAJIAN
2.1.1 Tinjauan Masalah
Permasalahan yang dihadapi oleh murid- murid ini dapat pengkaji kesan melalui
pemerhatian yang dilakukan di dalam kelas semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Perkara pertama yang dapat pengkaji adalah tentang maklum
balas murid-murid terhadap soalan-soalan secara lisan yang pengkaji
kemukakan kepada mereka seperti meminta mereka membaca perkataan jawi
yang terdiri daripada lebih dua suku kata, mereka tidak dapat membacanya.
Begitu juga melalui latihan secara bertulis atau ujian bertulis seperti merumikan
perkataan jawi pelbagai suku kata, memadankan suku kata yang pelbagai untuk
membentuk satu perkataan yang boleh difahami dan bermakna, mereka tidak
boleh menjawab dengan betul malah tidak tahu menjawabnya.
Pengkaji juga telah memberikan ujian secara bertulis kepada murid-murid.
Ujian ini melibatkan 25 orang murid Tahun 2 Zuhal yang terdiri daripada 10 orang
lelaki dan 15 orang perempuan. Ujian mengandungi 20 soalan yang mana 10
daripadanya soalan objektif dan 10 soalan lagi berbentuk subjektif. Soalan
objektif meminta murid menandakan perkataan rumi yang dieja jawi manakala
soalan subjektif meminta murid menyambung suku kata membentuk perkataan
dan menulisnya semula menjadi perkataan serta melengkapkan suku kata pada
perkataan jawi yang ditulis tidak lengkap suku katanya. Ujian ini bertujuan untuk
mengenal pasti bentuk kelemahan yangada pada setiap murid. Masa yang
diperuntukkan untuk ujian ini adalah 30 minit. Murid diminta menjawab pada
kertas soalan yang disediakan. (Rujuk lampiran A)
Kaedah temu bual juga telah pengkaji gunakan dalam penyelidikan ini.
Temubual ini dijalankan secara tidak formal terhadap beberapa orang respondan
yang dipilih secara rawak melibatkan 5 orang murid terdiri daripada 3 orang
murid lelaki dan 2 orang murid perempuan. Pengkaji menjalankan kaedah ini
bagi memperolehi dapatan secara langsung daripada murid terhadap
permasalahan yang dikaji. Kaedah ini juga dapat membantu pengkaji mengenal
pasti punca bagi permasalahan yang dikaji. Temu bual ini dijalankan di luar waktu
pengajaran dan pembelajaran. Murid yang terlibat ditemu bual secara bergilir-gilir
mengikut waktu yang berbeza dan dijalankan secara tidak formal. Antara
pertanyaan atau soalan yang dikemukakan kepada murid-murid ialah :
i. Apakah yang kamu lakukan pada masa lapang di rumah?
ii. Adakah kamu suka membaca pada masa lapang atau masa terluang?
iii. Adakah kamu suka mengisi masa lapang dengan membaca buku?
iv. Buku apa yang selalu kamu baca?
v. Kenapa kamu suka membaca buku tersebut?
vi. Adakah kamu suka membaca buku cerita bertulisan jawi?
vii. Kenapa kamu tidak suka membaca buku cerita bertulisan jawi?
viii. Adakah sukar membaca buku cerita jawi?
x. Kamu tidak mahir membaca jawi?
Antara respon jawapan yang diberikan oleh murid-murid yang ditemu bual
adalah seperti berikut :
“Saya suka membaca buku cerita”, “Ya saya suka membaca buku”, “Buku cerita
Bahasa Melayu, kadang-kadang buku cerita Bahasa Inggeris yang mudah-
mudah”, “Tidak suka buku cerita tulisan jawi”, “Susah nak baca”, Tak pandai
baca jawi”, “Saya tak pandai eja dan baca tulisan jawi”. Itulah antara jawapan
yang diperoleh oleh pengkaji. Jawapan-jawapan yang diberikan oleh murid dapat
membantu pengkaji mencari jalan atau pendekatan yang lebih berkesan dalam
menyelesaikan permasalahan yang timbul khususnya terhadap kelemahan
membaca perkataan dalam kalangan murid-murid.
Selain itu, pengkaji juga menggunakan kaedah soal selidik bagi mencari
punca kepada permasalahan yang timbul. Kaedah ini digunakan kepada 25
orang murid tahun 2 Zuhal. Pengkaji menjalankan kaedah ini kerana pengkaji
berpendapat kaedah ini mampu membantu pengkaji untuk mendapatkan
gambaran yang lebih jelas dan tepat berkaitan dengan punca permasalahan atau
isu yang timbul. Soalan yang pengkaji gunakan adalah mudah yang mana sesuai
dengan respodan yang terlibat dengan soal selidik. Borang kaji selidik yang
pengkaji gunakan adalah seperti jadual di bawah.
Jadual 1 : Borang Kaji Selidik
Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam Khususnya Bidang
Jawi
Arahan : Tandakan ( / ) pada jawapan anda berdasarkan skala 1, 2, atau 3.
Skor nilai Skor
Tidak Setuju (TS) 1
Setuju (S) 2
Sangat Setuju (SS) 3
Assalamualaikum/Salam sejahtera,i. Soal selidik ini dibentuk untuk mendapatkan maklumbalas tentang minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah.ii. Diharapkan anda menjawab semua soalan dengan ikhlas bagi membantu pengkaji untuk mendapat data kajian.iii. Segala maklumbalas yang diberikan akan diRAHSIAKAN.iv. Kerjasama anda melengkapkan soal selidik ini adalah amat dihargai.
Bahagian I : Latar Belakang Responden.
Bahagian II : Kajian Yang Dibuat Kepada Responden.
A. Berkaitan Minat Terhadap Mata Pelajaran Pendidikan Islam Khususnya Bidang Jawi
Bil. 1 2 3 1 Saya suka mata pelajaran Pendidikan Islam dan
minat untuk mempelajarinya. 2 Saya rasa seronok belajar mata pelajaran
Pendidikan Islam. 3 Cara guru Pendidikan Islam saya mengajar
sangat menarik. 4 Saya mudah faham apa yang guru ajar dalam
mata pelajaran Pendidikan Islam. 5 Saya suka mata pelajaran Pendidikan Islam
kerana saya boleh membaca jawi. 6 Saya paling suka belajar jawi.
8 Membaca dan menulis jawi sangat mudah bagi saya.
9 Saya boleh membaca dan menulis tulisan jawi dengan baik.
10 Saya tidak mahir dan tidak tahu membaca dan menulis jawi.
11 Penguasaan dalam bacaan dan penulisan jawi saya sangat lemah.
12 Saya tidak suka mata pelajaran Pendidikan Islam kerana tidak tahu jawi.
13 Belajar jawi sangat sukar bagi saya. 14 Mata pelajaran Pendidikan Islam mudah bagi
saya jika saya pandai jawi.
Terima kasih atas kerjasama anda.
Pengkaji juga telah menyediakan set soalan yang menggunakan kaedah
soalan tertutup Dichotomous. Skala soalan ini menggunakan dua (2) pilihan
sahaja iaitu YA/TIDAK. Kaedah in pengkaji pilih dan gunakan kerana
memudahkan murid untuk membuat pertimbangan dalam menjelaskan situasi
sebenar yang mereka hadapi. Secara dasarnya murid yang terlibat adalah dalam
kalangan murid yang lemah. Pemilihan kaedah ini amat bersesuaian dan
bertepatan dengan mereka. Tujuh (7) soalan mudah dikemukakan kepada murid
melalui kaedah ini. Soalan-soalan yang dikemukakan kepada 25 orang murid
Tahun 2 Zuhal yang memerlukan mereka menjawab YA/TIDAK adalah seperti
berikut :
i. Saya suka belajar mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah.
Ya ( ) Tidak ( )
ii. Saya sangat minat belajar menulis dan membaca perkataan jawi.
Ya ( ) Tidak ( )
iii. Belajar membaca dan menulis perkataan jawi sangat menyeronokkan.
Ya ( ) Tidak ( )
iv. Saya kurang minat membaca dan menulis perkataan jawi.
Ya ( ) Tidak ( )
v.. Saya rasa malas belajar mata pelaajaran Pendidikan Islam terutama jawi.
Ya ( ) Tidak ( )
vi. Saya tidak tahu langsung membaca dan menulis perkataan jawi.
Ya ( ) Tidak ( )
vii. Bacaan dan penulisan jawi saya sederhana.
Ya ( ) Tidak ( )
Persoalan yang dikemukakan bersesuaian dengan tahap murid kelas tersebut.
2.1.2 ANALISIS MASALAH
Hasil tinjauan masalah melalui keempat-empat kaedah itu tadi, pengkaji daaapati
murid-murid memang lemah dan kurang mahir membaca perkataan jawi
pelbagai suku kata dengan betul dan lancar. Hasil dapatan daripada pemerhatian
yang dibuat semasa pengajaran dan pembelajaran menunjukkan murid-murid
pengkaji memang lemah jawi. Mereka tidak minat dan kurang memberi tumpuan
terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam kerana tidak tahu membaca jawi.
Mereka juga cepat berasa bosan dan kurang menunjukkan minat dalam
pembelajaran.
Dapatan kajian berasaskan ujian pula, pengkaji mendapati daripada 25 orang
murid yang mengambil ujian hampir separuh daripada mereka telah gagal dalam
ujian tersebut. Seramai 13 orang murid yang mendapat purata markah 30 ke
bawah dalam ujian tersebut. Manakala selebihnya iaitu seramai 12 orang murid
lulus degan purata markah 50 ke bawah. Tidak ada seorang pun yang mencapai
tahap 60 markah keatas. Daripada 13 orang yang gagal itu mereka terdiri
daripada 7 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan. Kelemahan mereka
yang gagal ini dapat dikesan melalui soalan yang memerlukan mereka membaca
soalan-soalan tersebut dan pada perkataan-perkataan yang lebih daripada dua
suku kata dan pelbagai suku kata.
Melalui temu bual pula pengkaji dapati rata-rata mereka tidak seronok belajar
mata pelajaran Pendidikan Islam Kerana mereka tidak menguasai bacaan jawi.
Mereka langsung tidak pernah membaca buku-buku cerita yang bertulisan jawi
berbanding buku-buku cerita yang ditulis dalam tulisa rumi. Begitu juga bila
mengulangkaji untuk peperiksaan sama ada pertengahan tahun atau akhir tahun
mereka tidak membuat ulangkaji yang sepatutnya untuk mata pelajaran
Pendidikan Islam atas alasan buku teks ditulis dalam tulisan jawi dan mereka
tidak tahu membacanya. Kesemua respondan yang pengkaji pilih ini seramai
lima (5) orang murid, tiga (3) orang murid lelaki dan dua (2) orang murid
perempuan. Mereka memberitahu tidak pernah membaca buku-buku bertulisan
jawi termasuklah buku teks Pendidikan Islam. Buku teks dibaca atau digunakan
apabila ada latihan yang diberikan oleh guru yang memerlukan murid-murid
menggunakan buku teks sebagai panduan menjawab soalan. Itu pun kadang-
kadang mereka hanya menyalin sahaja soalan di dalam buku teks tersebut tanpa
menjawabnya disebabkan tidak tahu membaca.
Hasil tinjauan masalah terakhir pengkaji melalui soal selidik yang pengkaji
jalankan terhadap 25 orang murid Tahun 2 Zuhal, pengkaji dapati 15 orang murid
tidak mahir langsung membaca dan menulis jawi berdasarkan jawapan mereka.
Mereka juga tidak berminat dengan mata pelajaran Pendidikan Islam kerana
tidak mahir membaca jawi. Bagi mereka mata pelajaran Pendidikan Islam itu
susah dan sukar dipelajari. Hanya 10 orang murid sahaja yang mengatakan
mereka minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam, tetapi kurang mahir
membaca jawi. Mereka boleh membaca perkataan jawi yang mudah-mudah
sahaja seperti perkataan yang mempunyai dua suku kata sahaja atau perkataan
yang mempunyai vokal sahaja. Itulah faktor yang menyebabkan mereka minat
sedikit terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Daripada 15 orang murid
pengkaji yang tidak mahir membaca jawi, lima (5) orang adalah merupakan
murid Linus tegar.
Rumusan daripada semua dapatan kajian yang telah pengkaji lakukan ialah
majoriti murid khususnya respondan pengkaji merupakan murid yang lemah dan
tidak mempunyai kemahiran dalam membaca perkataan jawi pelbagai suku kata.
Perkara ini secara tidak langsung memberi kesan kepada penumpuan murid
semasa pengajaran dan pembelajaran dan membuatkan murid tidak berminat
terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Pengkaji yakin melalui kaedah
Pandang, Dengar, dan Sebut (PDS) berpandukan kad imbasan berwarna yang
pelbagai dapat menarik minat murid dalam memberikan tumpuan semasa
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya
bidang jawi. Dengan ini, mereka juga akan dapat menguasai bidang-bidang lain
dalam Pendidikan Islam apabila mereka dapat membaca jawi.
Pengkaji mendapati penggunaan kaedah Pandang, dengar dan Sebut
berpandukan kad imbasan berwarna dapat dilaksanakan di dalam kelas dengan
baik. Murid berminat dan dapat menggunakan kad-kad imbasan berwarna yang
terdiri daripada pelbagai suku kata dengan baik dan betul. Apabila murid
berminat, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih mudah dan
mereka akan berusaha untuk menguasai apa yang diajar serta memberikan
tumpuan yang baik terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran.
Setiap guru hanya memerlukan kertas atau kad yang pelbagai warna dan
ditulis atau ditaip suku kata yang pelbagai di atasnya. Pengkaji juga dapati
kaedah ini juga boleh digunakan dalam mata pelajaran lain Khususnya Bahasa
Malaysia. Murid-murid juga amat berminat dan mereka teruja apabila
menggunakannya. Bagi pengkaji sendiri kaedah ini sangat sesuai untuk
mengajar mata pelajara Pendidikan Islam khususnya bidang jawi.
3.0 SOROTAN LITERATUR
Kemahiran membaca dan menulis sememangnya amat penting untuk dikuasai
oleh semua murid. Walau bagaimanapun, membaca perkataan jawi pelbagai
suku kata tidak seharusnya dipandang remeh oleh masyarakat. Sebagai umat
islam, kita seharusnya melengkapkan diri dengan ilmu fardhu ain dan fardhu
kifayah bagi menghadapi arus duniawai yang mencabar. Di sebalik itu juga,
pembelajaran ilmu fardhu ini sebaiknya didalami dengan sumber-sumber asal
dari ilmuwan agama tersohor terdahulu. Seperti yang diketahui kitab-kitab lama
dan kebanyakan buku-buku agama karya ilmuwan agama tempatan ditulis dalam
tulisan jawi. Kebergantungan kepada sumber kedua, iaitu sumber yang dialih
bahasa kepada tulisa rumi dikhuatiri tidak mempunyai kandungan yang sahih
atau mungkin tidak lengkap (Hashim, 2006).
Berdasarkan kajian dan laporan Awang Mohamad Amin (1989, seperti yang
dinyatakan dalam Siti Adawiah Din, 2012), pebguasaan pelajar dalam kemahiran
menulis dan membaca jawi adalah lemah. Kajian ini selari dengan dapatan
kajian yang dibuat oleh Zaki Muda (1996, seperti yang dinyatakan dalam Wan
Nor Shahida, 2010) di mana 6% respondan berada pada tahap lemah dari segi
kemahiran membaca jawi, 18% respondan lemah dari segi kemahiran menulis
jawi.
Kajian lepas telah diteliti, dan menurut Nur Amirah (2011), (dalam Fairuz &
Asyraf, 2013), sekiranya murid bermasalah dan tidak dapat menguasai jawi
dengan sempurna , adalah amat sukar bagi mereka untuk menguasai bidang lain
dalam Pendidikan Islam seperti Ibadah, Sirah Nabi, dan Akhlak kerana
semuanya dipelajari dalam tulisan jawi. Malahan, Muzni (1995) telah
menyatakan bahawa kelemahan murid dari segi menulis jawi adalah lebih ketara
jika dibandingkan dari segi bacaan. Kajian juga telah dilakukan oleh Mohamad
Najib (2010) bertajuk mempertingkatkan kemahiran membaca jawi pelbagai suku
kata menggunakan kad imbasan pelbagai warna. Kajian ini berkaitan membaca
pelbagai suku kata.
Di samping itu, Sharifah (2012), (dalam Fairuz & Asyraf, 2013), telah
membuat kajian yang bertajuk penggunaan buku garis empat dengan kaedah
Line and Space. Kajian ini menekankan tentang bimbingan individu bagi
meningkatkan kemahiran membaca jawi bagi kanak-kanak di sekolah. Manakala
kajian oleh Rasyidah (2012) yang bertajuk keberkesanan penggunaan kaedah
latih tubi menyebut suku kata dan perkataan dapat meningkatkan kemahiran
membaca jawi murid pemulihan.
Selain itu, penggunaan warna sangat penting bagi menarik minat murid terhadap
pengajaran guru. Jadi, pengkaji menerapkan unsur warna dalam kajian ini
supaya dapat menarik minat dan perhatian murid. Menurut Simone K. Schleifer
(2011),
“Color is one of the most effective tools in architecture
and interior design. Choosing the right color is all that
is required to achieve the desired effect and instantly
change the character of the different rooms and their
intended use”.
Justeru penggunaan warna yang bijak membolehkan matlamat sesuatu yang
ingin dicapai akan tercapai malahan warna dapat mengubah watak seseorang.
Oleh yang demikian, penerapan unsur warna untuk menyelesaikan masalah
murid yang lemah membaca perkataan jawi pelbagai suku kata dengan dua suku
kata terbuka dan tertutup digunakan untuk memupuk kreativiti dan inovasi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Unsur ini juga bertepatan dengan saranan
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mentransformasikan kurikulum
pendidikan negara kepada Kurikulu Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan
menambahkan unsur baru dalam Elemen Merentas Kurikulum iaitu elemen
kretiviti dan inovasi.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.1 OBJEKTIF UMUM
Secara amnya objektif kajian pengkaji ini adalah untuk membolehkan murid
membaca perkataan jawi pelbagai suku kata dengan betul dan lancar dengan
menggunakan kaedah Pandang, Dengar dan Sebut berpandukan kad imbasan
berwarna.
4.2 OBJEKTIF KHUSUS
i. Meningkatkan kemahiran murid menguasai bacaan perkataan jawi yang
terdiri daripada pelbagai suku kata berpandukan kaedah PDS menggunakan
kad imbasan berwarna.
ii. Meningkatkan kemahiran murid membatang suku kata jawi yang terdiri
daripada pelbagai suku kata dengan betul dan lancar menggunakan kad
imbasan suku kata berwarna.
iii. Membolehkan murid menyambungkan suku kata dengan betul bagi
membentuk perkataan yang betul dan membacanya menggunakan kaedah
PDS berpandukan kad imbasan suku kata berwarna.
4.3 PERSOALAN KAJIAN
i. Adakah murid dapat atau boleh membaca perkataan jawi pelbagai suku kata
menggunakan kaedah PDS berpandukan kad imbasan suku kata berwarna?
ii. Adakah kaedah PDS berpandukan kad imbasan suku kata berwarna ini
membantu pengkaji mengenal pasti tahap pencapaian dan kebolehan murid
membaca perkataan jawi pelbagai suku kata?
iii. Dapatkah kaedah PDS berpandukan kad imbasan suku kata berwarna ini
menjadikan pengajaran dan pembelajaran pengkaji berkesan?
5.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran atau respodan pengkaji terdiri daripada lima (5) orang murid
Tahun 2 Zuhal dari sekolah pengkaji sendiri iaitu SK Seri Saujana Kuala Lumpur.
Murid tersebut terdiri daripada tiga (3) orang murid lelaki dan dua (2) orang murid
perempuan. Kelima-lima murid tersebut merupakan Jawatankuasa Kecerian
Kelas yang telah dilantik oleh guru kelas mereka. Mereka ditugaskan memantau
kelas dari segi kebersihan dan keceriaan. Keistimewaan yang ada pada Tahun 2
Zuhal ini ialah hampir setiap minggu kelas ini memenangi kelas terbersih
mingguan. Dari segi akademik pula, lima (5) orang murid yang pengkaji pilih ini
ialah murid yang sederhana dari segi pencapaian akademik berbanding rakan-
rakan lain di dalam kelas mereka. Purata markah yang mereka perolehi dalam
ujian atau peperiksaan ialah 50 markah dan ke bawah. Ada masa dan ketikanya
mereka gagal khususnya dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Mereka boleh
menguasai subjek-subjek lain kerana mereka boleh membaca dengan baik.
Jadual 2 : Respondan Pengkaji
Lelaki Perempuan Kelas Jumlah
3 2 2 Zuhal 5
6.0 PELAKSANAAN KAJIAN/TINDAKAN
Kajian tindakan yang telah dilaksanakan merujuk kepada model Lewin (1964)
dan Laidlaw (1992). Model ini mempunyai lima langkah iaitu mengenal pasti
aspek amalan bagi penambahbaikan, membuat perancangan yang rapi dan teliti
tentang langkah-langkah tindakan, cara mengumpul data dan cara menganalisis
sesuatu data sebelum membuat tindakan ataupun implementasi terhadap kajian
tersebut.
Selepas segala semua tindakan telah dilaksanakan pengkaji akan dapat
melihat pula keberkesanan kajian yang dijalankan. Pada pengakhirannya,
refleksi dibuat oleh pengkaji bagi menanalisis dan menilai keberkesanan
tindakan berpandukan bahan yang dilaksanakan dalam kajiannya. Kitaran model
ini akan terus dilaksanakan sehingga segala permasalahan yang dihadapi oleh
pengkaji dapat diselesaikan dengan sebaiknya.
RAJAH 1: Model Kajian Tindakan Lewin dan Laidlaw
PROSES PENYELIDIKAN TINDAKAN
MENGENAL PASTI ASPEK AMALAN-Mengumpul data untuk mengenal pasti
aspek amalan yang ingin ditambah baik.
Kitaran Seterusnya
MERANCANG-Merancang pelan tindakan untuk
menambahbaik amalan yang
dilaksanakan dalam ujian pra.
-Merancang pengumpulan data
berkaitan kesan tindakan.
REFLEKSI
-Menganalisis dan menilai.
-Membuat refleksi mengenai
keberkesanan tindakan
berdasarkan data yang
dikumpulkan.
TINDAKAN/IMPLEMENTASI-Melaksanakan pelan tindakan
berdasarkan model Lewin dan
Laidlaw.
MELIHAT KESAN TINDAKAN-Mengumpulkan data kesan
tindakan selepas
melaksanakan ujian pra dan
pos.
(Adaptasi daripada Lewin 1946, dan Laidlaw 1992)
6.1 PROSEDUR TINDAKAN
Bagi kajian ini pengkaji akan menggunakan teknik Pandang, Dengar, dan Sebut
(PDS). Teknik PDS ini melibatkan penggunaan kad keras berwarna di mana
setiap kad berwarna mewakili satu suku kata. Beberapa set perkataan jawi akan
disediakan dan perkataan tersebut ditampal berselerak di atas papan putih. Kad
suku kata rumi pula akan diberi kepada murid. Kad suku kata rumi itu juga
mempunyai kepelbagaian warna, tetapi warnanya tidak sama dengan kad suku
kata jawi tadi. Murid perlu mencari padanan kad suku kata rumi dengan suku
kata jawi yang sama bunyinya yang telah ditampal di papan putih. Seterusnya
murid perlu mencari padanan suku kata yang sesuai dan betul untuk membentuk
satu perkataan yang boleh dibaca dan difahami. Murid mengeja perkataan
tersebut mengikut suku kata dan membacanya dengan betul. Penglibatan murid
secara aktif berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Proses latih tubi berlaku apabila murid diberikan set lembaran kerja yang
memerlukan mereka melakukan latihan PDS ini sebagai proses pengukuhan
pembelajaran. Lembaran kerja tersebut turut memerlukan murid
mengaplikasikan teknik PDS ini tetapi dalam saiz individu yang mana selepas itu
murid akan menampal lembaran kerja tersebut dalam buku latihan mereka.
6.2 Cara Pengumpulan Data
Pemilihan instrumen kajian yang sesuai adalah penting bagi memastikan
dapatan dan perolehan data yang dikumpul adalah tepat dan berkualiti. Bagi
kajian ini, pengkaji menggunakan empat instrumen kajian iaitu ujian pra dan ujian
pos, temu bual, pemerhatian dan soal selidik. Pemerolehan pelbagai sumber
data daripada pelbagai jenis instrumen ini adalah bagi mendapatkan triangulasi
bukti berdasarkan rujukan daripada (Mills, 2003) dalam bukunya bertajuk “A
guide for the teacher research”. Sagor (2000) juga menyatakan pelbagai sumber
data yang diperoleh dapat digunakan untuk menjawab setiap persoalan pengkaji
mengenai kajiannya.
Pengkaji menggunakan ujian pra dan ujian pos bagi mendapatkan bukti
kajian secara numerik. Penggunaan ujian mampu meningkatkan kesahan
kandungan sekaligus membantu pengkaji mengukur pencapaian murid dengan
lebih jelas (Abu Bakar & Bashah, 2008). Menurut santrock (2004), ujian adalah
instrumen yang membantu guru membuat inferens tentang proses dalaman
murid iaitu pengetahuan, kebolehan, dan kemahiran yang mereka kuasai.
Pengkaji juga memastikan kandungan item bagi ujian pra dan pos ini adalah
selaras dengan topik yang terlibat dalam kajian ini iaitu membatang dan
membaca perkataan jawi pelbagai suku kata. Pengkaji menggunakan buku teks
Pendidikan Islam Tahun 2 (Muhd Nasir, Azlan & Mariah, 2011) sebagai panduan
menghasilkan soalan ujian pra dan ujian pos. Sebelum mengaplikasikan teknik
Pandang, Dengar, dan Sebut, iaitu selepas pengkaji mengajar dengan kaedah
tradisional ini, pengkaji telah menjalankan ujian 1 bagi mengukur pencapaian
semasa murid. Selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dengan teknik
pengurusan grafik ini dijalankan, ujian 2 pula diberikan bagi menyelidik
keberkesanan teknik ini terhadap murid tersebut.
Gambar 1 : Soalan Ujian Pra Dan Ujian Pos
Seterusnya pengkaji turut menggunakan jadual temu bual dalam kajian ini.
Temu bual dijalankan terhadap murid Tahun 2 Zuhal. Menurut Rosinah (2012),
temu bual digunakan untuk memperoleh maklumat berkenaan fakta,
kepercayaan, perasaan dan kehendak mengikut keperluan persoalan kajian.
Santrock (2004), juga menyatakan bahawa sebahagian data penting dalam
penyelidikan diperoleh daripada apa yang disampaikan sendiri oleh murid. Temu
bual ini dijalankan sebelum teknik Pandang, Dengar, dan Sebut diimplementasi
dan selepas kajian ini selesai. Temu bual bersama murid Tahun 2 Zuhal telah
diadakan untuk mendapat respon murid terhadap pembelajaran subjek
Pendidikan Islam dari segi minat dan kesungguhan mereka serta keberkesanan
pengajaran guru dalam membantu mereka menbaca perkataan jawi pelbagai
suku kata.
Borang pemerhatian juga digunakan sebagai intrumen pengkaji yang ketiga.
Pengkaji akan menyediakan borang pemerhatian bagi dua sesi iaitu sebelum
teknik PDS digunakan dan selepas teknik PDS ini digunakan. Menurut (Rosinah,
2011), kaedah pemerhatian dalam kajian tindakan dapat merekod tingkah laku
dan interaksi respondan dalam kajian yang dijalankan. Umumnya terdapat dua
jenis pemerhatian iaitu pemerhatian berstruktur dan tidak berstruktur . Pengkaji
menggunakan pemerhatian berstruktur. Pemerhatian jenis ini memerlukan
borang senarai semak. Penggunaan borang senarai semak memudahkan proses
menganalisis berbanding pemerhatian tidak berstruktur (Chua, 2006).