Post on 03-Apr-2018
7/29/2019 Nota Sejarah Islam- Nabi Muhammad s.a.w
1/16
Cikgu AinaJaafar/SMKM 2013
Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul tetapi juga seorang
negarawan. Bincangkan pernyataan ini.
PENGENALAN:
1. Latar belakang Nabi Muhammad s.a.w
Dilahirkan di kota Makkah pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah
Dari keturunan Bani Hasyim; dari puak Quraisy
Baginda disusui oleh Halimatun Saadiah
Ketika berusia 6 tahun bondanya Siti Aminah meninggal dunia di al-Abwa
Ayahandanya meninggal dunia ketika baginda masih dalam kandungan ibunya.
Baginda diserahkan kepada datuknya Abdul Mutalib.
Kemudian baginda dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib
Baginda pernah menjadi pengembala kambing.
Mulai usia 12 tahun baginda sering mengikuti rombangan perdagangan Makkah ke Syam.
Baginda kegelar al-Amin kerana kejujurannya. Ketika berusia 25 tahun, baginda berkahwin dengan Siti Khadijah binti Khuwailid yang
berusia 40 tahun
Setiap tahun baginda akan mengasingkan diri di Gua Hirak selama sebulan .
Baginda menerima wahyu pertama; Surah al-Alaq melalui malaikat Jibril pada 17
Ramadhan 610M di Gua Hira.
2. Definisi Nabi
Seorang lelaki mukalaf (baligh dan berakal) yang menerima wahyu Allah s.w.t. melaluimalaikat Jibril untuk kegunaan dirinya sahaja.
3. Definisi Rasul
Seorang lelaki mukalaf (baligh dan berakal) yang menerima wahyu Allah s.w.t. melaluimalaikat Jibril untuk kegunaan dirinya sahaja.
4. Definisi Negarawan
Seorang ketua, ahli potitik, pentadbir, membuat pembaharuan, pembangunan dan
memakmurkan rakyat.
ISI: KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD S.A.W.
1. Nabi & Rasul
Baginda diakui sebagai Nabi dan Rasul melalui 3 cara iaitu;
i. menerusi kitab2 suci iaitu al-Quran, Taurat, Injil & Zabur
7/29/2019 Nota Sejarah Islam- Nabi Muhammad s.a.w
2/16
Cikgu AinaJaafar/SMKM 2013
ii. melalui sifat2 kenabian seperti menerima wahyu,
memiliki sifat- sifat mulia seperti siddiq, amanah, tabligh dan fatanah.
Tanda2 kenabian sewaktu Nabi Muhammad s.a.w masih kanak-kanak lagi sewaktu dadaBaginda dibedah oleh Malaikat Jibril untuk dibersihkan
sewaktu Baginda menemui Bahirah (seorang paderi) di Syam.
iii. melalui bukti-bukti sejarah
selama 13 tahun di Makkah iaitu sejak turunnya wahyu pada 610M hingga berlakunya
hijrah ke Madinah pada tahun 622M.
Ada yang menyokong dan ada yang menentang (kaum musyrikin Quraisy)
Baginda berakhlak mengikut ajaran yang diajar dalam al-Quran.
Sebagai pendakwah, Nabi menunjukkan sifat2 sabar, lemah lembut, toleransi tetapi tegas
dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya terutama tentang aspek akidah.
Baginda menjalankan aktiviti dakwah dengan penuh dedikasi, tidak pernah cuba
menunjukkan kuasa2 luar biasa walaupun dianugerahkan pelbagai mukjizat oleh Allahs.w.t.
Al-Quran merupakan mukjizat terbesar yang pernah dianugerahkan oleh Allah kepada
Nabi Muhammad s.a.w.
Baginda telah menentukan beberapa bidang bagi menjamin kesejahteraan masyarakat
iaitu:
~ ibadat (solat, puasa, zakat dll.)
~ nikah kahwin
~ jenayah dan ketatanegaraan
~ hubungan antarabangsa
2. Pemimpin Masyarakat
Berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan.
Menyatukan masyarakat Islam melalui persaudaraan antara kaum Muhajirin dan Ansar.
Berjaya mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah ( Ansar, Muhajirin dan Yahudi)
seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah.
Baginda menyeru supaya mereka bekerjasama dan bantu membantu serta sama-sama
memikul tanggungjawab mempertahankan kota Madinah. Menghapuskan batas2 perbezaan kaum melalui konsep ummah.
3. Pemimpin Politik
Baginda mendirikan negara Islam Madinah.
Nabi Muhammad s.a.w menjadi ketua negara Islam Madinah.
Berjaya mengadakan rundingan dengan pemimpin2 Yathrib melalui Perjanjian Aqabah.
7/29/2019 Nota Sejarah Islam- Nabi Muhammad s.a.w
3/16
Cikgu AinaJaafar/SMKM 2013
Baginda memperkenalkan system syura/musyawarah untuk dilaksanakan dalam semuabidang politik dan ekonomi.
Baginda boleh dianggap sebagai diplomat yang berjaya kerana inisiatifnya menghantar
perwakilan ke luar negara seperti Habsyah dan Mesir.
4. Perancang Ekonomi
Baginda memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru bagi menggantikan dasar ekonomi
Zaman Jahiliyah.
Baginda menggalakkan orang Islam bekerja keras dan bergiat dalam bidang perniagaandan pertanian.
Baginda berusaha membangunkan ekonomi orang Islam yang tergadai kepada kaum
Yahudi.
Usaha2 mencari kekayaan dan kesenangan dunia diharuskan asalkan tidak melibatkanriba, penipuan serta menunaikan zakat.
5. Pemimpin Tentera
Baginda menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan.
Baginda menjadi pemimpin dalam ekspedisi ketenteraan yang disertainya.
Dalam bidang ketenteraan, asas kepimpinan Baginda ialah akidah, syariat dan akhlak
yang mulia.
Baginda bertindak mengikut peraturan yang telah disyariatkan oleh Allah swt.
Baginda mengamalkan sikap amanah dan tidak mudah lemah semangat dalam
menghadapi musuh.
Baginda sentiasa bersikap adil kepada semua orang tidak kira kawan atau musuh.
Contoh Baginda membahagikan harta rampasan perang secara adil kepada kawan2 yang
menyertai peperangan dan tidak melakukan pencerobohan terhadap musuh yang sudahlari dari medan perang atau kaum2 yang lemah.
Baginda merupakan seorang panglima tentera dan ahli strategi dalam ketenteraan.
Baginda berjaya merangka taktik dan strategi ketenteraan yang membawa kejayaan
kepada pasukan tentera Islam.
Contoh; dalam Perang Badar ( taktik tunggu dan lihat) dan Perang Khandak ( taktikbertahan dengan menggali parit di sekeliling kota Madinah)
KESIMPULAN:
1. Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul yang disegani tetapi merupakan
seorang pemimpin yang berjaya dalam pelbagai bidang.
2. Baginda berjaya membina tamadun Islam dan diwarisi oleh khalifah2 selepasnya. (zaman
Khulafa al-Rasyidin).
3. Ciri-ciri kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w telah dicontohi dan diikuti oleh para sahabat yangmenjadi khalifah pada zaman Khulafa al-Rasyidin.
7/29/2019 Nota Sejarah Islam- Nabi Muhammad s.a.w
4/16
Cikgu AinaJaafar/SMKM 2013
1. Piagam Madinah Merupakan Piagam Bertulis Yang Pertama Di Dunia. Berikan
Huraian Berhubung Dengan Kandungan Dan Kepentingan Piagam Tersebut.
A. PENDAHULUAN.
1. Pada masa ketibaan Rasulullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk terbesar,iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus dan Khazraj digelar
sebagai Ansar ( Golongan Penolong ) dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah puladigelar Muhajirin ( golongan Pendatang ). Orangorang Yahudi di Madinah pula terbahagi
kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir.
Orangorang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj sentiasa berselisih faham sesama mereka
sejak zaman berzaman lagi. Orang Muhajirin pula terlalu miskin kerana mereka dihalau dari
kampung halaman mereka. Orangorang Yahudi sentiasa bersikap permusuhan dan sentiasa
menghasut dan mengkhianati Rasulullah s.a.w dan pengikutnya. Orangorang Munafik perlumenjadi musuh dalam selimut. Di samping itu pula orangorang Musyrikin Quraisy di Makkah
sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orangorang Islam.
Untuk menenteramkan keadaan gawat di Madinah, Rasulullah s.a.w membuat perjanjian denganseluruh Penduduk di Madinah dan menulis satu piagam negara Islam pertama yang disebut
sebagai Sahifah alMadinah.
B. ISIISI PENTING:
Huraian mengenai Piagam Madinah.
1. Piagam Madinah berbeza dari tulisantulisan peraturan pemerintah sebelum ini, kerana
perlembagaan ditulis oleh pemimpin iaitu Nabi Muhammad s.a.w untuk diterima pakai olehrakyatnya, iaitu penduduk Madinah. Piagam ini merupakan satu undangundang tertinggi diMadinah, selain itu AlQuran, yang telah menjadi tatacara pemerintahan di negara kota itu. Ia
berlainan dengan The Constitution of Athens yang hanya merupakan sejarah evolusi amalan
perlembagaan di negara itu. Piagam Madinah tidak seperti dokumen Shuking oleh Confucious
yang merupakan buku teks untuk kanakkanak raja. Ia juga bukan seperti dokumen ArthaSastera yang dianggap sebagai peraturan pemerintahan pada zaman Chandra Gupta Maurya,
yang hanya menjadi buku teks pembelajaran untuk anakanak raja waktu itu;
2. Beberapa aspek utama piagamMadinah ialah:
2.1 Pengakuan terhadap Rasulullah s.a.w sebagaiKetua Negara Madinah yang wajib dipatuhidan dihormati. Apaapa masalah besar antara penduduk Islam dengan penduduk bukan Islammestilah dirujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walaubagaimana pun, semua ketua
kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri secara yang difikirkan
berpatutan.
2.2 Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummah yang tidak terpengaruh
dengan apaapa elemen yang tidak baik dari luar.
7/29/2019 Nota Sejarah Islam- Nabi Muhammad s.a.w
5/16
Cikgu AinaJaafar/SMKM 2013
2.3 Semua penduduk hendaklah bersatupada, bekerjasama, dan bertanggungjawab
mempertahankan negara dari apaapa serangan musuh.
2.4 Wahyu sebagai sumber piagam termasuk tradisi .
2.5 Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masingmasing, dan tiada
gangguan dan paksaan dalam hal keagamaan.
2.6 Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi perlembagaan
tersebut.
3. Kepentingan Piagam Madinah kerana ia mempunyai beberapa peruntukan berhubung
dengan perkaraperkara berikut:
3.1 Penerimaan Rasulullah s.a.w sebagai Ketua Negara Madinah telah menaikkan
kedudukan baginda sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana penduduknya terdiridari pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apaapa dasar negara dan
untuk menyelesaikan masalahmasalah yang timbul dari masa ke semasa.
3.2 Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak bertentangan
dengan Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut hukumhukum Islam.Ketuaketua kaum tetap mempunyai autoriti terhadap kaumnya dan Rasulullah s.a.w adalah
sebagai Ketua hakim yang akan memutuskan hukuman terhadap kesalahankesalahan di luar
bidang kuasa ketuaketua kaum berkenaan.
3.3 Orangorang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan
mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepadamusuhmusuh Islam.
3.4 Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara sukusuku bangsa Arab di
Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini.
3.5 Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk. Peraturan
ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orangorang Yahudi ke atas umat Islam
seperti yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah sebelum hijrah Rasulullah s.a.w ke Madinah.
3.6 Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik
minat pedagangpedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah menjadipusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islam secara beransuransur telah menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya.
3.7 Semua penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatannegara.
3.8 Dengan peruntukan piagam ini, orangorang Yahudi tidak lagi boleh membuat
7/29/2019 Nota Sejarah Islam- Nabi Muhammad s.a.w
6/16
Cikgu AinaJaafar/SMKM 2013
sebarang pakatan dengan orang Quraisy Makkah dan mereka diwajibkan mempertahankannegara dari ancaman luar bersamasama dengan orang Islam.
3.9 Memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh mengganggu penganutpenganut
agama lain.
3.10 Dengan kebebasan beragama ini, orangorang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam. Ini
memberi peluang kepada orangorang bukan Islam bergaul dengan orangorang Islam danmemerhatikan akhlak dan personaliti orangorang Islam dan juga ibadat mereka yang penuh
dengan disiplin. Ini semua telah menarik minat orangorang bukan Islam memeluk agama
Islam.
3.11 Melalui piagam ini, orangorang Yahudi secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan
Islam sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad s.a.w
sebagai Pesuruh Allah yang sebenar. Sebelum ini, ketigatiga perkara ini ditolak oleh orangorang Yahudi.
3.12 Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Manamana pihak
yang cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberatberatnyatanpa mengira bangsa atau agama. Hukuman telah dikenakan kepada pengkhianat piagam,
seperti apa yang dikenakan ke atas Bani Qainuqa yang berkomplot dengan orang Arab Quraisy
Makkah dalam Perang Badar. Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir, mereka dihalaukerana berkerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud dan membunuh kaum
lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan perang dan bekerjasama dengan Quraisy Makkah
dalam Perang Khandak.
C. KESIMPULAN:
1. Piagam Madinah bersifat perkembangan sebenar berbanding dengan tatacara pemerintahankerajaan purba Greek, China dan India.
2. Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia.
3. Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di dunia di
Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang memerintah dunia selama
tujuh abad.
4. Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada manamana piagam Islam yang baru, terutama
sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.
7/29/2019 Nota Sejarah Islam- Nabi Muhammad s.a.w
7/16
Cikgu AinaJaafar/SMKM 2013
Huraikan kepentingan Piagam Madinah kepada pembangunan masyarakat
Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Pengenalan
1. Perlembagaan bertulis yang pertama memenuhi syarat-syarat perlembagaan.
2. Digubal oleh Nabi Muhammad dalam usaha menegakkan sebuah kerajaan Islam di Madinah.
3. Mempunyai 10 bab dan dipecahkan kepada 47 fasal.
4. Menonjolkan nama pemimpin iaitu Nabi Muhammad, nama rakyat iaitu penduduk
tempatan, orang Yahudi dan orang yang mengikuti dan berjuang bersama-samaRasulullahserta Madinah sebagai negara Islam.
4. Apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah, baginda telah mengalih strategi untukmembentuk
satu ummah yang bernegara dan berdaulat yang boleh diterima oleh segenap lapisan masyarakatdan penduduk Madinah setelah Rasulullah dapat mengeratkan hubungan antara golongan
Muhajirin dengan Ansar.
5. Baginda mendapati ada beberapa faktor yang perlu kepada penyelesaian iaitu menggariskan
hak dan tanggungjawab orang-orang Islam dan bukan Islam, persefahaman dengan orang-orang
bukan Islam terutama orang Yahudi, mempertahankan Madinah dan menggubal sistem
perundangan dan kehakiman.
Isi penting ( Buat Rujukan dan Bacaan Lanjut )
Kepentingan Piagam Madinah
1. Semua kaum bertanggungjawab mempertahankan Madinah
Penduduk Madinah harus bersama-sama mempertahankan Madinah tidak kira yang
beragama Islam atau bukan Islam.
Mereka sama-sama menggembeleng tenaga mempertahankan Madinah daripada seranganmusuh.
Mereka tidak boleh mengadakan hubungan dengan musuh-musuh Islam bagi tujuan
menentang negara Islam madinah.
Semangat cinta akan Kota Madinah dipupuk dalam kalangan masyarakat bagimenghindari permusuhan sesama sendiri sehingga menyebabkan musuh dapat mengambil
alih kota Madinah.
Islam menganggap ahli kitab atau orang Yahudi sebaga warganegara dan ummahbersama orang Islam selagi mereka menjalankan tanggungjawab yang dikenakan ke atas
mereka.
Perbezaan agama tidak menghalang seseorang itu daripada diterima menjadi rakyat
dalam negara.
7/29/2019 Nota Sejarah Islam- Nabi Muhammad s.a.w
8/16
Cikgu AinaJaafar/SMKM 2013
2. Menjamin kebebasan kaum Yahudi
Kaum Yahudi pada mulanya memang berminat untuk menguasai Madinah.
Atas kesedaran itu, Piagam Madinah juga menitikberatkan dan menjamin kebebasankaum Yahudi dan penganut-penganut agama lain untuk menganut dan mengamalkan
ibadat agama mereka sendiri. Tujuannya supaya kaum Yahudi tidak menyebarkan agama mereka di Madinah dan
mengelakkan permusuhan sesama sendiri.
Rasulullah mempersetujui bahawa tiada paksaan dalam kepercayaan dan anutan agama.
3. Terbentuk sebuah kerajaan Islam yang kuat dan kukuh
Orang Islam bebas berhimpun dan bermesyuarat bagi membincangkan masalah politikdan pentadbiran negara.
Dengan terbentuknya Piagam madinah, sebuah negara Islam telah berjaya dibentuk dan
mewujudkan kesedaran bahawa mereka ialah masyarakat yang kuat dan bersatu padu
serta Madinah adalah milik bersama. Piagam Madinah mengakui hak dan tanggungjawab penduduk Madinah termasuk orang
bukan Islam untuk mendapat perlindungan dan keselamatan dari segi pengadilan dan
perundangan.
Mereka mempunyai kewajipan bersama untuk mempertahankan negara dan perbelanjaan
bagi mempertahan negara adalah tanggungjawab bersama.
4. Kebebasan kepada setiap penduduk
Setiap penduduk diberi kebebasan hak asasi yang sama rata.
Tiada lagi penindasan seperti yang dilakukan oleh orang Yahudi ke atas orang yang
lemah supaya dapat menjamin keharmonian hidup semua penduduk Madinah. Kebebasan ini meliputi kebebasan diri, agama, berfikir dan bersuara, beramal, bekerja
dsb.
Jaminan kebebasan meliputi segi aspek kehidupan selagi tidak bercanggah dengan syariat
Islam.
5. Menyatupadukan masyarakat Madinah
Hubungan baik dapat diadakan dengan masyarat Islam dan orang-orang bukan Islam
melalui sifat saling menghormati, bertanggungjawab dsb.
Perlembagaan Madinah memainkan peranan supaya masyarakat berbilang bangsa di
Madinah dapat hidup aman damai, teratur dan bersistem serta menghindari permusuhan. Perlembagaan Madinah telah mengalami perubahan dan perkembangan dari segi nilai
tradisi Jahiliyah yang mementingkan maruah diri dan kaum masing-masing kepada nilai-
nilai persaudaraan Islam.
6. Nabi Muhammad sebagai pemerintah tertinggi dan unggul di Madinah
Nabi Muhammad merupakan seorang negarawan yang tulen dan berwibawa.
7/29/2019 Nota Sejarah Islam- Nabi Muhammad s.a.w
9/16
Cikgu AinaJaafar/SMKM 2013
Ketokohan baginda yang cuba menonjolkan agama Islam bukan sahaja memberi tumpuankepada aspek akidah tetapi juga dalam hal ehwal duniawi.
Baginda bertanggungjawab menyelesaikan masalah perselisihan kaun dan mewujudkan
satu institusi kebaikan dan keadilan di Madinah.
Peruntukan dalam fasal 23 dan 42 Piagam Madinah menjelaskan bahawa apabila
timbulnya perbezaan dan pertelingkahan, maka penyelesaian mengikut hukum Islam dankeputusan Rasulullah dibuat.
Perlembagaan ini meletakkan kedudukan baginda sebagai ketua dan hakim negara yangtinggi.
7. Dapat mengatur hubungan kaum Yahudi
Masyarakat Yahudi bebas mengamalkan adat istiadat mereka tanpa sekatan.
Mereka tidak boleh memaksa orang Madinah untuk menganut agama mereka keranakebasan telah diberikan kepada mereka.
Mereka tidak dibenarkan menindas orang yang lemah.
Mereka yang mematuhi piagam ini akan diberi jaminan iaitu perlindungan dankeselamatan selagi mereka tidak melakukan kejahatan dan memungkiri janji.
8. Konsep persamaan dan keadilan kepada semua penduduk
Tujuannya untuk mengelakkan jurang perbezaan dan penindasan.
Piagam Madinah meratakan kekayaan antara masyarakat bagi mengelakkan penindasangolongan kaya ke atas golongan miskin.
Keadilan merupakan tanggungjawab setiap orang untuk melaksanakan dengan penuh
kejujuran dan syiar agama langitsupaya individu akan berasa aman dan tenteram
kerana telah memberi jaminan dan keselamatan kepada akal, diri, harta benda, agama dan
keturunan manusia. Tujuan keadilanmenolak dan menghindarkan keburukan dan memberi kebaikan serta
hak kepada seseorang berdasarkan syariat Islam.
Piagam Madinah mengingatkan warganya supaya berlaku adil dan tidak menganiayai
manusia bahkan hendaklah sentiasa tolong menolong dan setiap kezaliman hendaklah
dihapuskan seperti yang termaktub dalam fasal 13 piagam tersebut.
9. Perpaduan umat Islam
Penduduk Madinah diseru agar saling bekerjasama dan bersatu padu memandangkan
umat Islam di Madinah terbahagi kepada dua kumpulan utama, iaitu golongan Ansar dan
golongan Muhajirin. Untuk menyatupadukan mereka, penduduk Madinah diasuh menjadi satu kumpulan yang
kuat dan utuh bagi mengelakkan musuh mengambil kesempatan ke atas perpecahan
mereka.
Persaudaraan Islam bertujuan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan persahabatansesama Islam tanpa mengira keturunan, tempat tinggal dan warna kulit.
Persaudaraan Islam adalah suatu sikap dan tindakan yang lahir daripada jiwa dan hati
manusia yang diikat dengan akidah keimanan kepada Allah dan rasul-Nya.
7/29/2019 Nota Sejarah Islam- Nabi Muhammad s.a.w
10/16
Cikgu AinaJaafar/SMKM 2013
Persaudaraan ini dapat melahirkan masyarakat Islam yang sebenar, kukuh dan padu,mempunyai kefahaman dan kerjasama yang erat serta cinta akan kedamaian dan
kesejahteraan hidup.
10. Pemerintahan bercorak musyawarah
Semua kaum berhak untuk menyuarakan masalah kaum mereka.
Semua kaum boleh mengemukakan pendapat kerana Piagam Madinah melahirkan
pemerintahan yang berpegang teguh kepada prinsip yang dipanggil musyawarah.
Contohnya, Nabi Muhammad pernah ditegur oleh sahabat semasa pemilihan tempatdalam Perang Badar.
Sifat demikian akan mengeratkan lagi hubungan antara pemerintah dan rakyat.
Kesimpulan (1 markah)
1. Kesan daripada Piagam Madinah, Nabi Muhammad s.a.w telah dapat membentuk sebuah
negara Islam yang kukuh dan diterima serta dihormati oleh negara-negara luar.
2. Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya mengembangkan ajaran Islam kepada kabilah-kabilahluar dari Madinah.
7/29/2019 Nota Sejarah Islam- Nabi Muhammad s.a.w
11/16
Cikgu AinaJaafar/SMKM 2013
Huraikan kepentingan hijrah dalam proses pembinaan masyarakat Islam di Madinah oleh
Nabi Muhammad S.A.W.
Pendahuluan
Hujrah ertinya perpindahan iaitu perpindahanmasyarakat Islam dari Makkah ke Madinah
bermula pada 1 Muharram dan tarikh ini merupakan bermulanya tahun hijrah dalam calendarIslam.
Tujuan perpindahan : kecewa dgn sikap permusuhan musyrikin Makkah terhadap orang Islamdan wujudkan sebuah masyarakat Islam yang kuat dan bersatu padu di Madinah.
Orang Islam telah merangka strategi yang cukup teliti utk berhijrah bagi memastikan
kejayaannnya dr segi agama, moral , sosioekonomi dan politik.Orang pertama berhijrah : Abu Salamah bin Abd al-Asad pada 1 Muharram tahun pertama hijrah
(16 Julai 622M). Rombongan pertama ke Madinah seramai 70 orang dan berhijrah dalam
kumpulan kecil agar tidak diketahui oleh musyrikin.
Isi dan Huraian
Kepentingan Hijrah1. Dapat mempergiatkan penyebaran agama Islam
Hijrah merupakan proses jangka panjang dalam perjuangan umat Islam dan dilakukansecara terancang dan teratur.
Nabi Muhammad mendapat teman yang setia , jujur dan ikhlas iaitu saidina Ali dan AbuBakar.
Sentiasa memohon keredaan dan restu Allah di waktu susau
2. Pengenalan Tahun Hijrah
Penentuan tahun hijrah telah dibuat zaman Umar al-Khattab utk memperingati hijrah,
memudahkan urusan pentadbiran jabatan kerajaan. Takwim hijrah dikira mengikut peredaran bulan iaitu setahun mempunyai 12 bulan atau
354 hari berbanding 365 hari takwim masihi. Perbezaan disebabkan takwim Islam
mengikut peredaran bulan , takwim masihi mengikut peredran matahari. Bilangan hari
dalam bulan Islam 29-30 hari. Terdapat 12 bulan dalam takwim Islam iaitu Muharram,Safar Rabiulawal dll.
Segala urusan pentadbiran Islam brjalan lancer melalui takwim Islam
3. Perkembangan agama
Hijrah berkaitan dgn agama dan atas arahan Allah.
Madinah dipilih kerana sesuai dijadikan pusat penyebaran agama Islam.
Melalui peristiwa hijrah terdapat banyak unsur2 mukjizat yang berkaitan aspek agamadan dapat mempertingkatkan iman dan keyakinan orang Islam.
4. Perkembangan Politik.
Makkah : orang Islam dilarang melakukan ibadat solat berjemaah
Madinah : orang Islam dapat menjalankan kegiatan politik dgn bebas . Mereka bolehberhimpun dan bermesyuarat bagi membincangkan masalah politik dan pentadbiran
negara.
7/29/2019 Nota Sejarah Islam- Nabi Muhammad s.a.w
12/16
Cikgu AinaJaafar/SMKM 2013
Keadaan ini telah membawa terbentuknya Piagam Madinah dan membentuk sebuahnegara Islam di Madinah.
Bidang politik berkaitan dgn ketenteraan, kegiatan tentera berkembang pesat dan berjayamenundukkan 2 buah empayar besar iaitu Parsi dan Rom.
5. Pertumbuhan ekonomi Kedudukan ekonomi orang Islam sewaktu di Madinah semakin kukuh. Orang Muhajirin
telah diberi bantuan oleh orang Ansar.
Madinah merupakan kwsn yang sesuai utk pertanian dan kedudukannya strategic utkperdagangan iaitu terletak di pertengahan jalan perdagangan antara Makkah dan Syam.
Setelah hijrah , system ekonomi Islam yang bertepatan dgn syariat Islam telahdiperkenalkan dan ekonomi masyarakat Islam bertambah kukuh dan negara menjadi lebih
makmur dan stabil.
6. Sosial (pembentukan ummah)
Makkah : masyarakat mengamalkan cara hidup berkabilah sementara peniaga bersifat
individualistic. Wujud kelas dalam masyarakat iaitu golongan bangsawan dan golonganhamba.
Penghijrahan telah menghapuskan nilai masyarakat Jahiliyah diganti nilai murniberpandu akidah dan akhlak
Dalam system social Islam , setiap orang diberi kebebasan tanpa mengira kaum, agamadan keturunan iaitu hidup berkabilah diganti system social berbtk ummah.
KesimpulanSejarah penghirahan nabi Muhammad merupakan perjuangan baginda utk menegakkan ajaran
agama Islam. Umat Islam harus mengambil iktibar daripad penghijrahan Rasulullah utk
meneruskan perjuangan hidup demi kebaikan umat Islam.
Soalan 9 : Sebelum kedatangan agama Islam terdapat pelbagai golongan masyarakat di Mekah
dan Madinah. Bincangkan.
PendahuluanMekah nama asalnya Makaroba . Didiami sejak 2400 tahun dahulu. Penduduk terawal ialah puak
Amaliqah dan Jurhum.
Madinah sebelum hijrah digelar Yathrib sempena nama pemimpin Amaliq iaitu Yathrib.
Terdapat dua kaum asal di Madinah iaitu Aus dan Khazraj. Kaum Yahudi ialah Bani Qainuqa,
Bani Nadir dan Bani Quraizah.
Masyarakat Makkah sebelum Hijrah
Penduduk terawal terawal dikenali sebagai puak Amaliqah dan diikuti oleh puak Jurhum.. Pada
zaman Jurhum Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim membian kaabah. Muncul Bani Khuzaah kaumQuraisy pimpinan Qusay bin Kilab pada awal kurun ke-5
Kaum Quraisy :
7/29/2019 Nota Sejarah Islam- Nabi Muhammad s.a.w
13/16
Cikgu AinaJaafar/SMKM 2013
Kelompok terbesar , berketurunan Arab Adaniyah.
Berasal dr keturunan fihr dan malik
Bani al-Nadr mula-mula tiba di Makkah setelah kedatangan Qusay b. Khalib .
Banial-Nadr dikenali sbg kaum Quraisy .
Maksud Quraisy : penyatuan tanda kejayaan Qusai menyatupadukan kaum Quraisy di
Makkah. Tokoh terkenal dr kaum Quraisy : Nabi Muhammad S.A.W ( Bani Hashim), Muawiyah
bin Abi Sufian (Bani Umaiyah ) Abu Bakar as-Siddiq (Bani Taim), Umar al-Khattab(Bani Adi).
Terdapat dua kategori kaum Quraisy aiaitu Quraisy Zawahir dan al-Bitah
Quraisy Zawahir : dari kalangan orang Badwi, mengawal kota Makkah dan terkenaldalam bidang ketenteraan.
Quraisy Al-Bitah : keturunan Qusai , tinggal di kota Makkah, menguasai pentadbiran,politik dan perdagangan.
Masyarakat Madinah Sebelum Hijrah
1. Kaum Khazraj dan kaum Aus
Kaum Aus dan Khazraj berasal dr selatan Semenanjung Arab. Kelompok dibawah kaum Aus ialah Bani Abd Asyhal, Bani Amru b. Auf, Bani Umaiyah,Bani Ubaid, Bani Lauzan, Bani Dabiah dan Bani Zafar.
Kelompok di bawah kaum Khazraj : Bani al-Najjar, Bani Zaurayq, Bani Auf,Bani Salimah, Bani Sawad , Bani Saidah, Bani al-Harith, Bani al-Qawaqilah.
Kelompok Khazraj lebih berpengaruh dr Bani Aus.
Berlaku perpecahan antara Aus dan Khazraj dan meletus Perang Baatu. Punca :daripada puak Yhudi yang merancang memecahbelahkan orang arab krn tdk
puashati terhadap kaum Aus dan Khazraj yang berjaya menguasai Madinah.
Peperangi dimenangi kaum Aus. Menyebabkan ramai yang menyokong kaumYahudi yang membawa penguasaan kaum Yahudi di Madinah.
2. Masyarakat Yahudi Madinah
Terdapat 20 suku Yahudi tetapi hanya 3 yang masyhur.
Bani Qinuqa : puak paling berpengaruh/ mula-mula tiba di Madinah/ kawasankediaman di barat daya berhampiran Musalla/ sebagai pedagang,berniaga ataubertukang/angkatan laut yang kuat/memihak kaum khazraj.
Bani Nadir : pindah ke Madinah akibat tekanan tentera Rome yang menganut
agama kristian di Palestin/ tinggal di Bukit al-Nadir/ Berasal dr keturunan ArabJudham/ Pekerjaan bertukang, bertani dan berniaga/ memihak kaum Aus tptidak ikhlas dan mahu memecahbelahkan orang Arab.
Bani Quraizah : gelaran Darih/ terbahagi 2 iaitu suku Kaab dan Amru/ tinggal diluar Madinah di wadi Mahzur/ Pekerjaan bertani/ memiliki bekalan senjata dan
makanan yang cukup/ memihak suku Aus.
7/29/2019 Nota Sejarah Islam- Nabi Muhammad s.a.w
14/16
Cikgu AinaJaafar/SMKM 2013
Bincangkan ciri-ciri daripada ajaran Nabi Muhammad s.a.w di Makkah dan faktorpenentangan ajaran tersebut oleh kaum Quraisy Makkah.
Pendahuluan (3 markah)
Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu semasa baginda beribadat di gua Hira ketikaberusia 40 tahun.
Dalam tiga tahun pertama seruan Islam, Nabi Muhammad s.a.w telah menjalankan seruan
secara sulit dan didapati hanya sebahagian kecil sahaja orang Arab Quraisy yang beriman
kepada baginda dan Islam.
Setelah menerima perintah (wahyu) Allah supaya membuat seruan secara terang-terangan,
maka bermulalah satu sejarah baru dalam seruan Islam.
Tiga tahun pertama seruan Islam secara sulit, tidak berlaku penentangan daripada kaum
Quraisy.
Setelah Nabi Muhammad menyerang berhala-berhala kaum musyrikin dan mengatakan
bahawa bapa-bapa mereka mati adalah rugi, mereka membenci Nabi Muhammad s.a.w dan
terus menentang ajaran yang dibawa oleh Rasulullah.
Isi Penting
A. Ciri-ciri Ajaran Nabi Muhammad s.a.w (3 isi X 3 markah = 9 markah)
1. Aspek aqidah Menyentuh tentang tauhid iaitu ajaran tentang ketuhanan yang menyeru ke arah
Penyembahan Tuhan yang Esa (satu) yang serba sempurna dan menguasai alam ini.
Ajaran monoteisme ini menentang segala bentuk amalan syirik atau penyembahantuhan-tuhan sampingan seperti menyembah berhala dan alam persekitaran.
Ajaran tentang aqidah menyentuh rukun-rukun seperti mempercayai adanya Malaikat-malaikat, kitab-kitab Allah, para rasul, hari akhirat serta qadak dan qadar.
Manusia diajar tentang konsep keadilan yant diak dapat dipengaruhi oleh mana-manakuasa di dunia. Semua manusia akan diberikan balasan yang setimpal di akhirat kelakmengikut amalannya di dunia.
Turut menyentuh tentang ajaran kehidupan selepas kematian, iaitu mempercayaikewujudan hari pembalasan, syurga dan neraka, timbangan amal, titian sirat dansebagainya.
2. Aspek Akhlak Ajaran ini membentuk sifat-sifat peribadi Islam yang sejati.
Nabi Muhammad meggesa umatnya agar meninggalkan segala jenis akhlak mazmumahatau akhlak yang keji dan tercela yang menjadi kebiasaan masyarakat Jahiliyyah padawaktu itu seperti membunuh, berzina, mencuri, memakan bangkai, menindas sesamamanusia dan merompak.
Nabi juga menggesa umatnya agar mengamalkan akhlak-akhlak mahmudah iaitu akhlakmulia dan terpuji seperti amanah, tidak mungkir janji, jujur, ikhlas, bermoral tinggi danseumpanya.
7/29/2019 Nota Sejarah Islam- Nabi Muhammad s.a.w
15/16
Cikgu AinaJaafar/SMKM 2013
3. Aspek Ibadah Merupakan satu bentuk amalan atau upacara keagamaan yang khusus sebagai satu
bentuk sistem berkomunikasi dan menghambakan diri kepada Tuhan. Antaranya ialahbersembahyang, membaca al-Quran dan berzikir.
4. Kisah-kisah lama Merupakan ajaran tentang kisah-kisah masyarakat pada zaman silam yang diceritakan
semula dalam al-Quran sebagai satu pengajaran untuk manusia. Antaranya kisahkesombongan Firaun, sifat tamak Qarun dan kezaliman Namrud.
Faktor-faktor penentangan Quraisy terhadap seruan islam
a) Konflik Aqidah Kaum Quraisy menentang seruan Islam keranan perbezaan dasar agama dan
kektuhanan.
Islam adalah ajaran monoteisme konsep ketuhanan yang esa tidak boleh disektukandengan apa bentuk penyembahan yang lain.
Kaum Quraisy menyembah tuhan-tuhan berhala daripada pelbagai jenis dan bentuk lebih mendekatkan diri ataupun perantaraan dengan Tuhan.
b) Takut akan Hari Kebangkitan Kebanyakan kaum Quraisy telah bergelumang dengan dosa berasa takut akan cerita-
cerita yang dibawakan oleh Islam tenang penyeksaan dan pembalasan yang bakalditerima oleh orang seperti mereka pada hari akhirat kelak.
Ajaran Islam di Mekah banyak menceritakan kebangkitan semula manusia untuk dikira
setiap amalan mereka dan diberikan pembalasan yang setimpal. Menurut kaum Quraisy, hal ini merupakan satu gambaran yang kejam dan
menggerunkan.
Kaum Quraisy tidak memahami atau menerima konsep taubat menolak ajaran Islamyang dianggap menakutkan itu.
c) Konflik Sosial Kaum Quraisy menentang konsep persamaan taraf yang dibawa oleh ajaran Islam
kerana bertentangan dengan amalan feudal Jahilah yang mereka amalkan.
Menurut Islam, semua manusia tidak mengira bangsa, keturunan dan warna kulit adalahsama tarafnya berdasarkan ketaqwaan kepada Allah.
Kaum Quraisy juga menentang konsep persaudaraan Islam (ukhuwah Islamiyah) kerana
bertentang dengan amalam assabiyah bangsa Arah. Menurut Islam semua manusia adalah bersaudara dan umat yang sama.
Kaum Quraisy mentang segala amalan sosial yang dianjurkan oleh Islam dalamkehidupan seharain kerana bertentang dengan kebiasaan hidup mereka.
Islam melarang segala jenis akhlak yang keji seperti berjudi, membunuh, memakanbangkai, berzina dan pelacuran.
7/29/2019 Nota Sejarah Islam- Nabi Muhammad s.a.w
16/16
Cikgu AinaJaafar/SMKM 2013
d) Sifat Taqlid kepada amalan tradisi Bangsa Arab amat taqlid dan menuruti secara membabi buta segala amalan tradisi
nenek moyang mereka tanpa mengira sama ada amalan itu baik atau buruk.
Fahaman konservatif menyebabkan mereka sentiasa mengagungkan tradisi lama danmenentang segala pembaharuan.
Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad dilihat sebagai usaha untuk merubahkehidupan tradisi mereka.
e) Konflik Politik Kaum Quraisy tidak dapat membezakan antara konsep kenabian dan kekuasaan.
Mereka menyangka bahawa patuh kepada Nabi Muhammad samalah seperti patuhkepada pengaruh Bani Hashim.
Kaum Quraisy menuduh Nabi Muhammad memperjuangkan pengaruh politik BaniHashim semata-mata.
Mereka menuduh ajaran dan gerakan Nabi Muhammad hanya memecahbelahkanperpaduan masyarakat Mekah.
Mereka bimbang Mekah menjadi lemah dan mudah dikuasai oleh bangsa-bangsa asing.
f) Konflik ekonomi Sebahagian besar daripada penduduk Mekah terdiri daripada golongan yang mencari
rezeki melalui usaha mengukir dan menjual patung-patung berhala perniagaan yangamat menguntungkan kerana kota Mekah merupakan kota suci yang dikunjungi olehbangsa Arab pada setiap tahun dalam musim haji.
Mereka menentang Islam kerana Islam melarang penyembahan berhala yang bolehmembawa kepada kemerosotan perniagaan mereka.
Mereka menuduh ajaran Islam sebagai menutup pintu rezeki mereka.
Golongan penjaga Kaabah turut menentang seruan Islam khuatir jawatan tersebutakan dikuasai oleh orang-orang Islam dan segala berhala di sekitar Kaabah akandihancurkan merugikan mereka kerana golongan penjaga Kaabah menerimakedudukan yang mulia dalam kalangan bangsa Arab.
Kesimpulan
Pelbagai cara yang dilakukan oleh kaum musyrikin menentang Nabi Muhammad s.a.w dan
umat Islam agar Nabi Muhammad tidak menjalankan aktiviti dakwah Islamiah kepada
masyarakat di kota Makkah.
Namun begitu, Nabi Muhammad dan umat Islam tabah menghadapi segala penentangan
tersebut dan tidak gentar dengan segala azab yang ditimpakan kepada mereka.