Post on 17-Aug-2019
PELANTIKAN HAKIM WANITA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM DI
MALAYSIA: SATU KAJIAN TERHADAP PERSEPSI PELAJAR SARJANA
MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM), FAKULTI
PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
MOHD AMIN FITRI BIN OTHMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
vii
ABSTRAK
Institusi kehakiman adalah penting dalam sesebuah negara. Islam telah
menetapkan beberapa syarat dan garis panduan bagi pelantikan seseorang hakim.
Persoalan sama ada wanita boleh dilantik sebagai hakim menjadi isu masa kini. Oleh
itu, kajian ini bertujuan mengkaji persepsi Pelajar Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Pengajian Islam), Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia
terhadap pelantikan hakim wanita menurut perspektif Islam di Malaysia.
Berdasarkan masalah ini, penyelidik telah melakukan kajian persepsi terhadap 151
orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam), Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini memfokuskan kepada aspek
latar belakang, persepsi pelajar terhadap pendapat-pendapat ulama’, faktor-faktor
penghalang wanita menjadi hakim dan pelantikan hakim wanita di Malaysia. Satu set
soal selidik dibahagikan kepada 4 bahagian yang terdiri daripada 42 item. Bahagian
A dijawab menggunakan skala bebas-jawab dan jenis Thurston. Manakala Bahagian
B, C dan D menggunakan Skala Likert. Data yang diperoleh di analisis secara
deskriptif menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For The Social Science)
dengan memberi tumpuan kepada kekerapan, min dan peratusan. Nilai
kebolehpercayaan alat kajian ini adalah α = .756. Penganalisisan data menunjukkan
terdapat pelbagai perbezaan persepsi pelajar terhadap pelantikan hakim wanita
menurut perspektif ulama’. Terdapat juga beberapa faktor-faktor larangan wanita
menjadi hakim seperti kekangan waktu, emosi, kurang pengalaman, dan pergaulan.
Pelajar juga bersetuju terhadap pelantikan hakim wanita di Malaysia.
viii
ABSTRACT
The Judicial Institution is important to a country. In Islam, there are many
conditions and guidelines for appointing and selecting a judge. The appointment of a
woman as a judge becomes a controversial and disputable issue lately. Therefore, this
research is conducted to investigate the perception of students of Bachelor of Science
and Education (Islamic Studies), Faculty of Education, University Technology of
Malaysia about appointing women judge in Islamic perspective in Malaysia.151
respondents students of Bachelor of Science and Education (Islamic Studies), Faculty of
Education, University Technology of Malaysia are involved in this research. Research is
focused on many aspects such as the background of respondents, the students’
perception on ulama’s’ opinion, the students’ perception of factors that forbid women to
be appointed as judge and the students’ perception of appointing women judge in
Malaysia. The questionnaires consist of 4 sections and it has 42 questions or statements.
Section A is a free answer question using the Thurston method while Likert Scale is
employed in section B, C and D. The final data is analyzed descriptively using SPSS
(Statistical Package for the Social Science) and are calculated by using frequency,
percentage and mean. The trustworthy of this research is α = .756. The data shows that
there are many different views of the students’ perception on ulama’s’ opinion. There
are many factors that forbid women to be appointed as judge such as time constrain,
emotional aspect, inexperience, and social mingling. The students’ also agreed of
appointing women judge in Malaysia.
ix
SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN ii
PENGESAHAN PENYELIA iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vii
ABSTRACT viii
SENARAI KANDUNGAN ix
SENARAI JADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
SENARAI SINGKATAN xix
BAHAGIAN SATU
PENGENALAN
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah Kajian 8
1.3 Penyataan Masalah Kajian 11
1.4 Objektif Kajian 11
1.5 Persoalan Kajian 11
1.6 Rangka Kerja Konsep 12
1.7 Kepentingan Kajian 13
1.8 Batasan Kajian 13
1.9 Takrif Istilah 14
x
1.9.1 Persepsi 14
1.9.2 Pelantikan 14
1.9.3 Hakim Wanita 15
1.9.4 Pelajar 15
1.10 Ringkasan 16
BAHAGIAN DUA
SOROTAN PENULISAN
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Pendapat Larangan Melantik Wanita Menjadi Hakim
Secara Mutlak 19
2.2.1 Hujah Al-Quran 20
2.2.2 Hujah Sunah 22
2.2.3 Ijmak Ulama 23
2.3 Pendapat Yang Mengharuskan Melantik Hakim Selain
Hudud Dan Qisas 25
2.4 Pendapat Yang Membenarkan Melantik Hakim Secara
Mutlak 26
2.5 Pendapat-Pendapat ulama’ 27
2.6 Faktor-Faktor Larangan Wanita Menjadi Hakim 28
2.6.1 Faktor Pergaulan 29
2.6.2 Faktor Kekurangan Akal 30
2.6.3 Emosi 30
2.6.4 Masa 31
2.7 Senario Di Malaysia 31
2.8 Kajian Lepas 32
2.9 Kesimpulan 36
xi
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 37
3.2 Reka Bentuk Kajian 37
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 38
3.4 Instrumen Kajian 39
3.4.1 Soal Selidik 39
3.5 Tatacara Kajian 41
3.6 Analisis Data 42
3.7 Kajian Rintis 43
3.8 Jangka Masa Kajian 43
3.9 Kesimpulan 43
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 45
4.2 Bahagian A : Analisis Latar Belakang Responden. 46
4.3 Bahagian B : Persepsi pelajar Sarjana Muda Sains
Serta Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap pelantikan
hakim wanita berdasarkan pendapat-pendapat ulama 49
4.3.1 Persepsi Terhadap Pendapat Ulama’ Mengenai
Wanita Dilarang Menjadi Hakim Secara Mutlak 50
4.3.2 Persepsi Terhadap Pendapat Ulama’ Mengenai
Wanita Diharuskan Menjadi Hakim Kecuali
Hudud dan Qisas 55
xii
4.3.3 Persepsi Terhadap Pendapat Ulama’ Mengenai
Wanita Diharuskan Menjadi Hakim Secara
Mutlak 58
4.4 Bahagian C : Faktor-Faktor Larangan Pelantikan
Wanita Sebagai Hakim 60
4.5 Bahagian D : Pelantikan Hakim Wanita di Malaysia 67
BAHAGIAN LIMA
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 79
5.2 Perbincangan Dapatan Persoalan Kajian 79
5.3 Perbincangan Mengenai Latar Belakang Responden 80
5.4 Perbincangan Mengenai Persepsi Pelajar Sarjana Muda
Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Pelantikan
Hakim Wanita Berdasarkan Pendapat-Pendapat Ulama 82
5.4.1 Perbincangan Mengenai Persepsi Pelajar
Terhadap Pendapat Ulama’ Mengenai Wanita
Dilarang Menjadi Hakim Secara Mutlak 82
5.4.2 Perbincangan Mengenai Persepsi Terhadap
Pendapat Ulama’ Mengenai Wanita Diharuskan
Menjadi Hakim Kecuali Hudud Dan Qisas 84
5.4.3 Perbincangan Mengenai Persepsi Terhadap
Pendapat Ulama’ Mengenai Wanita Diharuskan
Menjadi Hakim Secara Mutlak 84
5.5 Perbincangan Mengenai Faktor-Faktor Larangan
Pelantikan Wanita Sebagai Hakim 85
5.6 Perbincangan Mengenai Persepsi Terhadap
Pelantikan Hakim Wanita di Malaysia 86
5.6.1 Keizinan yang terhad 88
5.6.2 Keizinan umum 89
xiii
5.7 Rumusan 90
5.8 Cadangan 91
5.8.1 Majlis Fatwa Kebangsaan 91
5.8.2 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 92
5.8.3 Institusi Kehakiman Malaysia 92
5.8.4 Mahkamah Syariah 92
5.9 Cadangan Kajian Lanjutan 92
5.10 Penutup 93
BIBLIOGRAFI 95 LAMPIRAN 100
xiv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Menunjukkan contoh Skala Likert dan Skor 40
3.2 Skala Penilaian Maklum Balas bagi Soal Selidik
Bahagian B, C, dan D 40
3.3 Klasifikasi Item pada bahagian B, C, dan D 41
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 46
4.2 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian di UTM 47
4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 47
4.4 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal Ketika Pengajian. 48
4.5 Taburan Responden Mengikut Latar Belakang Pendidikan di
Sekolah Terdahulu 48
4.6 Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan Tertinggi
Sebelum Ke UTM 49
4.7 Kepimpinan di dalam ayat di atas merujuk kepada semua
kepimpinan termasuk kehakiman 51
4.8 Kepimpinan di dalam ayat di atas tidak hanya merujuk kepada
kepimpinan rumah tangga 51
4.9 Kepimpinan di dalam ayat di atas hanya merujuk kepada
kepimpinan negara 52
4.10 Hadis di atas menjurus kepada wanita tidak boleh menjadi hakim 53
4.11 Kepimpinan di dalam hadis di atas tidak merujuk kepada pelantikan
hakim wanita 53
4.12 Hadis di atas hanyalah merujuk kepada pemimpin wilayah Kubra
seperti pemimpin negara’ 54
4.13 Sistem kehakiman adalah sama seperti kepimpinan negara 55
4.14 Hudud dan qisas adalah melibatkan undang-undang Allah yang
terdapat di dalam al-Quran dan hadis 55
4.15 Takzir adalah undang-undang yang digubal manusia yang
bertepatan dengan syarak’ dan hukumannya tidak seberat hudud
xv
dan qisas 56
4.16 Wanita boleh menjadi hakim selain daripada hudud dan qisas 57
4.17 Wanita boleh menjadi hakim di dalam hal atau perkara yang ia
dibenarkan menjadi saksi sahaja 57
4.18 Fungsi hakim adalah hampir sama dengan mufti berbanding
kepimpinan negara 58
4.19 Wanita boleh menjadi hakim di dalam hal yang berkaitan dengan
wanita sahaja 59
4.20 Wanita boleh menjadi hakim dalam semua bidang 59
4.21 Seseorang hakim mestilah bijak, berakal, tidak mementingkan
emosi, dan hawa nafsu. 60
4.22 Apabila seorang wanita menjadi hakim, maka ia perlu bergaul
dengan lelaki 61
4.23 Wanita terlalu mementingkan emosi di dalam kebanyakan
perkara termasuk kehakiman 61
4.24 Wanita kurang menggunakan akal di dalam kebanyakan
perkara termasuk kehakiman 62
4.25 Lelaki lebih bijak dalam membuat sesuatu keputusan berbanding
wanita. 63
4.26 Suara wanita seorang hakim dikira aurat jika mengadili
sesuatu pengadilan. 63
4.27 Wanita tidak sesuai menjadi hakim disebabkan wujudnya halangan
yang tidak dapat dielakkan seperti mengandung dan bersalin. 64
4.28 Hakim wanita mestilah berpengalaman luas di dalam bidang
kehakiman 65
4.29 Wanita yang telah putus haid tidak dibenarkan menjadi hakim 65
4.30 Wanita tidak sesuai menjadi hakim disebabkan halangan masa
seperti waktu haid 66
4.31 Seseorang hakim mestilah seorang berilmu dan pakar di dalam
bidangnya 67
4.32 Wanita yang menjadi hakim perlulah mengawal emosinya 67
4.33 Seseorang wanita menjadi hakim mestilah adil 68
4.34 Seseorang wanita yang menjadi hakim perlulah mengawal
pergaulannya 68
xvi
4.35 Hakim wanita perlulah tegas dan tetap pendiriannya 69
4.36 Wanita boleh menjadi hakim di Malaysia 70
4.37 Malaysia memerlukan khidmat hakim wanita bagi menampung
keperluan hakim 70
4.38 Malaysia memerlukan khidmat hakim wanita bagi mengadili kes
wanita 71
4.39 Malaysia memerlukan khidmat hakim wanita disebabkan kurangnya
calon hakim lelaki yang layak 72
4.40 Perlu ada hakim lelaki bersama-sama hakim wanita di dalam
mengadili sesuatu kes seperti di Indonesia 72
4.41 Hakim wanita diberi kuasa di dalam mahkamah tinggi bagi
menjatuhkan hukuman-hukuman berat. 73
4.42 Hakim wanita diberi kuasa mengadili kes-kes keluarga sahaja 74
4.43 Hakim wanita di Malaysia perlu dididik dan dibimbing serta
mempunyai pengalaman yang luas barulah sesuai menjadi hakim 74
4.44 Hakim wanita perlu ditapis pelantikannya 75
4.45 Pelantikan hakim wanita dapat mengurangkan rasa tidak puas
hati keputusan hukuman hakim lelaki yang menjadi rungutan
sehingga kini. 76
4.46 Pelantikan hakim wanita dapat membantu menyelesaikan banyak
kes-kes yang tertangguh di Mahkamah Syariah. 76
4.47 Sistem kehakiman negara perlu lebih terbuka dan membuka
peluang kepada wanita 77
4.48 Wanita sudah bersedia memikul tanggungjawab hakim berdasarkan
faktor pendidikan dan masa. 78
xvii
SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.0 Rangka Kerja Konsep 12
xviii
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 100
B Surat Pengesahan Pelajar 108
C Semakan Kajian 109
xix
SENARAI SINGKATAN Dr - Doktor
FP - Fakulti Pendidikan
JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
N - Jumlah Responden
S - Setuju
s.a.w. - Salallahualaihi Wassalam
s.w.t. - Subahanahu Wa Taala
SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan Pengajian Islam
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package of Social Sciences
SS - Sangat Setuju
STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
STS - Sangat Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kehakiman tidak akan dapat ditegakkan dan juga tidak akan mencapai
matlamat jika ia tidak memenuhi rukun yang merupakan sebahagian daripada
kehakiman itu sendiri. Tanpa adanya rukun itu tidak akan wujud kehakiman Untuk
membezakan kehakiman Islam dengan bukan Islam, ia bergantung pada rukun
kehakiman Ternyata rukun kehakiman menjadi tuntutan Islam sebagai inti pati ajaran
Islam iaitu tuntutan berhubung dengan undang-undang dan pentadbiran.
Berdasarkan perbincangan ulama dapat disimpulkan terdapat tujuh rukun
kehakiman iaitu hakim, hukuman, al-Mahkum-bih, al-Mahkum-lah, al-Mahkum-
alaih, al-Mahkum fih, dan proses kehakiman.(Mahmud Saedon, 2003; 19)
Hakim atau kadi ialah seseorang yang dilantik oleh pemerintah untuk
menyelesaikan tuntutan dan persengketaan. Rasulullah s.a.w sendiri telah melantik
kadi bagi menyelesaikan tuntutan dan persengketaan di wilayah-wilayah jauh seperti
Syam dan Yaman.
Rasulullah s.a.w. telah diutus oleh Allah untuk menjadi Nabi dan Rasul,
menjadi rahmat untuk sekalian alam, menjadi pemimpin dan ikutan, menjadi
pemerintah dan hakim. Baginda merupakan ketua pemerintah Islam yang pertama di
Madinah. Pada masa yang sama, Baginda juga merupakan ketua bagi institusi
kehakiman Islam. Baginda merupakan hakim tertinggi dan rujukan terakhir dalam
bidang kehakiman. Baginda telah memutuskan kes dan menyelesaikan kes
berdasarkan undang-undang Islam, sesuai dengan firman Allah s.w.t.:
فإن تنازعتم في شيء فردوه إلى الله والرسول
Maksudnya: Jika kamu berbantah dalam sesuatu perkara hendaklah
kamu kembali kepada Allah (kitab Allah) dan Rasul-Nya.
(Surah al-Nisa’, 4:59)
Pentadbiran undang-undang dan kehakiman pada zaman Rasulullah s.a.w.
berjalan lancar dan licin kerana ia bukan sahaja diketuai oleh kadi yang bijaksana,
malah pada masa yang sama ia seorang Nabi dan Rasul yang sentiasa mendapat
bimbingan langsung dan wahyu dari Allah. Firman Allah s.w.t.:
وحي يوحىإن هو إال
Maksudnya: Dan Ia (Nabi Muhammad s.a.w. ) tidak berkata-kata
mengikut hawa nafsunya tetapi ia adalah wahyu yang
telah diwahyukan.
(Surah al-Najm 53:34)
Apabila kita melihat dan menganalisis kitab hadis kita dapati banyak contoh-
contoh kes yang telah diputuskan oleh Baginda s.a.w. dalam pelbagai aspek
permasalahan. Antaranya ialah kes yang berhubung dengan harta pusaka, rujuk,
cerai, nafkah, penjagaan anak, hudud dan qisas. Terdapat juga kitab yang ditulis
khusus tentang hukuman dan keputusan Baginda s.a.w. (Mahmud Saedon, 2003; 48)
Antara karya-karya tersebut ialah:
i. Kitab Afaq Al-Shumush Wa Ialaq Al-Nufus ditulis oleh Ahmad Abdul
Samad Al-Gharnafi (580H)
ii. Kitab Uqdiah al-Rasul, ditulis oleh Syeikh Dzahiruddin Ali Bin Abdul
Aziz Bin Abdul Raziq Al-Mirghinani Al-Hanafi (506H)
iii. Kitab Uqdiah Al-Rasul, ditulis oleh Al-Muhadith Abdullah Muhammad
Bin Farj Al-Maliki Al-Qurtubi
iv. Kitab Alam Al-Muqqain ditulis oleh Ibn Qaiyyim (751H)
Rasulullah juga melantik amir bagi menyelesaikan kes-kes di wilayah-
wilayah yang jauh. Antara yang pernah memegang jawatan amir pada zaman
Rasulullah s.a.w. ialah Umar Al-Khattab, Ali Bin Abi Talib dan Muaz Bin Jabal.
Dalam sunahnya, disebut bahawa Sayidina Ali telah diutus untuk menjadi
kadi di Yaman. “Rasulullah s.a.w. telah mengutus aku ke Yaman sebagai kadi. Aku
berkata kepada Rasulullah s.a.w. “Wahai Rasulullah s.a.w., tuan mengutus saya
menjadi kadi sedangkan saya masih muda dan tidak mengetahui tentang
kehakiman?” Rasulullah s.a.w. berkata, “Sesungguhnya Allah akan memberikan
hidayat-Nya di hatimu, dan menetapkan lidahmu, jika engkau duduk menghakimkan
di antara dua orang yang bertikai janganlah engkau membuat keputusan sehingga
kau mendengar hujah yang satu lagi seperti mana engkau mendengar hujah yang
pertama, dengan demikian hukuman akan jelas”. Sayidina Ali berkata: “Sejak itu aku
terus menjadi kadi dan aku tidak pernah ragu-ragu dalam membuat keputusan
selepas itu.” (Mahmud Saedon, 2003; 54)
Diriwayatkan Rasulullah s.a.w. sendiri melatih sahabat-sahabat baginda
menjadi kadi di dalam menyelesaikan masalah dan kes. Diriwayatkan bahawa
Baginda s.a.w. pernah menyuruh seorang sahabat Amru Al-As menyelesaikan satu
masalah berhubung dengan harta. Ketika itu Baginda s.a.w. sendiri hadir dan Amru
berasa serba salah untuk mengeluarkan pendapat sedangkan Rasulullah s.a.w. berada
di situ. Melihat keadaan itu, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Wahai Amru silalah
hukumkan perkara ini”. Amru bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Bolehkah saya
berijtihad sedangkan Tuan hadir di sini?”. Jawab Baginda s.a.w.: “Ya, boleh, jika
engkau benar dan tepat menjatuhkan hukuman, engkau akan mendapat dua kebaikan
tetapi jika engkau tersilap, engkau akan mendapat satu kebaikan.” (Ahmad Abdul
Muniem Al-Bahai, 1965; 71-72)
Berdasarkan ini dapatlah kita teliti bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w.,
sistem kehakiman adalah diputuskan oleh pemimpin. Ia tidak dipisahkan dari
pentadbiran Rasulullah s.a.w. dan pelantikan hakim adalah ditentukan Baginda s.a.w.
sendiri. Para sahabat juga tidak mempunyai masalah dalam menjadi hakim atau
memutuskan hukuman. Ini kerana jika terdapat keraguan, maka bolehlah merujuk
keputusan Baginda s.a.w.
Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, bermulalah sistem Khalifah Islam yang
pertama sebagai pemimpin utama Islam pada ketika itu. Sayidina Abu Bakar telah
dilantik menjadi Khalifah. Pentadbiran kehakiman tidak mengalami sebarang
perubahan, perjalanannya masih sama seperti mana zaman Rasulullah s.a.w. Masa
pemerintahan Sayidina Abu Bakar juga pendek iaitu dua tahun tiga bulan menjadikan
sistem kehakiman tidak dipisahkan daripada pentadbiran.
Kesibukan sebagai Khalifah mendorong Sayidina Abu Bakar melantik
Sayidina Umar sebagai kadi di Madinah. Diriwayatkan bahawa setelah Sayidina Abu
Bakar dilantik menjadi Khalifah, Abu Ubaidah dan Sayidina Umar telah bertemu
beliau. Kata Abu Ubaidah kepada Sayidina Abu Bakar: “Saya akan membantu tuan
dalam mentadbir kewangan dan harta.” Umar pula berkata: “Saya akan membantu
tuan di dalam bidang kehakiman.” Setelah pelantikan mereka tidak ada dua orang
lelaki pun yang datang untuk dibicarakan. (Mahmud Saedon, 2003; 61)
Berdasarkan riwayat di atas jelaslah bahawa semasa Sayidina Umar
memegang jawatan sebagai kadi, kurangnya kes yang dibicarakan mungkin
disebabkan keperibadian Umar dan sikap bertolak ansur masyarakat Madinah ketika
itu. Walaupun Sayidina Umar menjadi kadi, Sayidina Abu Bakar masih lagi menjadi
ketua pentadbir dan ketua hakim. Pada masa itu pemisahan kuasa kehakiman dan
pentadbiran tidak berlaku. Ia hanyalah keizinan yang diberikan Khalifah sama seperti
keizinan pada zaman Rasulullah s.a.w.
Setelah Sayidina Abu Bakar kembali ke Rahmatullah, Sayidina Umar telah
dilantik menjadi Khalifah. Di sinilah bermulanya pemisahan kecil pentadbiran dan
kehakiman. Sistem ini dilakukan bagi memastikan sistem kehakiman lebih utuh, di
samping menjauhkan tohmahan dan melicinkan pentadbiran. Antara hakim yang
dilantik khusus ialah Abdullah bin Mas’ud sebagai kadi di Kufah, dan Sulaiman bin
Rabi’ah menjadi kadi di Kadisiyyah.
Namun di dalam beberapa wilayah tertentu pemisahan kuasa ini tidaklah
mutlak. Mahmud Saedon (2003:64) ada menyatakan bahawa Muhammad Abdul
Salam Madkur menegaskan, oleh sebab kehakiman adalah sebahagian daripada
kekuasaan am maka menjadi hak orang yang memiliki kekuasaan am untuk
mengkhususkan bidang kuasa mana-mana kadi. Oleh itu, apabila Khalifah Umar
melantik kadi secara khusus, beliau telah menetapkan bidang kuasa kadi adalah kes
yang berhubung dengan harta sahaja manakala kes jenayah qisas dan hudud masih
lagi dikendalikan oleh Khalifah dan gabenor. Ini membuktikan bahawa pemisahan
kuasa kehakiman dan pentadbiran pada zaman Khalifah Umar adalah tidak mutlak.
Di Madinah, Khalifah Umar telah melantik al-Saib bin Yazid Bin Ukhtu al-
Namir sebagai hakim kes kecil. Manakala selain kes kecil akan dibicarakan oleh
Sayidina Ali, Zaid Bin Thabit dan Khalifah Umar sendiri. Kes kecil adalah
melibatkan kes-kes nilaiannya di bawah dua dirham. (Ibnu Qayyim, 1968; 79)
Jika di perhatikan, Khalifah Umar telah memperkenalkan sistem kehakiman
berperingkat. Bidang kuasa kes kecil bolehlah disamakan dengan Mahkamah
Rendah, manakala kes-kes yang besar di bawah Mahkamah Tinggi. Khalifah Umar
juga mendengar rayuan tertuduh selepas hukuman dijatuhkan. Ini bersamaan dengan
fungsi Mahkamah Rayuan. Khalifah Umar juga memperkenalkan sistem perbicaraan
yang didengari oleh panel hakim. Ada kalanya beliau membicarakan kes bersama-
sama Sayidina Ali dan Zaid Bin Thabit. Ini ialah sumbangan yang besar di dalam
bidang kehakiman yang menjadi ikutan ketamadunan dunia amnya dan Islam
khususnya pada masa ini.
Sayidina Uthman bin Affan mengambil alih pemerintahan setelah Khalifah
Umar dibunuh pada 23H(644M). Kaedah pengadilan Khalifah Uthman adalah sama
dengan sebelumnya. Khalifah Uthman telah merombak bidang kehakiman pada
zaman Sayidina Umar. Di Madinah, jawatan hakim hanyalah dipegang oleh Khalifah
dan pemerintah sahaja. Tidak wujud dua atau tiga hakim di dalam membicarakan
sesuatu kes. Walau bagaimanapun beliau boleh melantik penasihat di dalam
menyelesaikan kes-kes tertentu. Khalifah Uthman juga melantik gabenor yang
berfungsi sebagai hakim dan pemerintah. Sumbangan Khalifah Uthman yang
berkekalan pada masa kini ialah mewujudkan bangunan khas di dalam
membicarakan kes.
Khalifah Ali menggantikan Sayidina Uthman yang dibunuh ketika membaca
al-Quran pada 34H (656M). Beliau adalah seorang yang berpengalaman luas di
dalam bidang kehakiman. Beliau pernah menjadi kadi pada zaman Rasulullah dan
Abu Bakar, hakim di Madinah pada zaman Umar dan penasihat kehakiman pada
zaman Uthman. Kepakarannya menjadikan ia sesuai sebagai Khalifah selepas
Uthman.
Khalifah Ali telah mengembalikan pemisahan kuasa bidang kehakiman dan
pentadbiran seperti zaman Sayidina Umar. Beliau juga memperkenalkan ganjaran
dan kedudukan serta pangkat kepada hakim. Syarat-syarat pelantikan hakim juga
diperkenalkan supaya mudah gabenor-gabenornya melantik hakim. Beliau tidak
sempat menubuhkan sebuah kerajaan yang kuat disebabkan pemberontakan dan
pemecahan masyarakat Islam ketika itu. (Mahmud Saedon, 2003; 89)
Bidang kehakiman terus mengalami perkembangan pada zaman Bani
Ummaiyyah. Kehakiman telah dipisahkan daripada pentadbiran kerajaan. Hakim
bebas menjatuhkan hukuman. Jika masalah terlalu rumit maka ia boleh merujuk
fuqaha, gabenor atau khalifah. Bidang kuasa hakim meliputi kes kekeluargaan dan
jenayah. Pada zaman ini juga diperkenalkan catatan hukuman. Amalan ini dimulakan
hakim Salim Bin Atar, Hakim Mesir. (Mahmud Saedon, 2003; 90)
Zaman Bani Abbasiyyah merupakan zaman kegemilangan Islam bermula
pada 132H hingga 650H. Institusi kehakiman tidak terlepas daripada mengalami
revolusi. Penggunaan ijtihad yang baik pada zaman ini menjadikan pelaksanaan
bidang kehakiman menjadi lancar. Institusi kehakiman telah dipisahkan daripada
pentadbiran. Ia mempunyai bangunan tersendiri, mempunyai pengawal dan petugas
yang mencukupi. Walau bagaimanapun, khalifah dan gabenor boleh mencampuri
urusan kehakiman. Ini menyebabkan ramai fuqaha menolak jawatan hakim. Hakim
pada masa itu telah diberikan pakaian rasmi, mempunyai cap mohor dan mempunyai
kerani sebagai pencatat.
Jika zaman Bani Ummaiyyah mempunyai catatan mengenai keputusan dan
alasan, zaman selepasnya telah dikemaskinikan dengan menambah catatan rekod
perbicaraan, perjalanan perbicaraan, keterangan saksi, dan nombor giliran diberikan.
Tuntutan yang hendak didengari di mahkamah hendaklah didaftarkan. Pada zaman
tersebut institusi kehakiman mencapai perkembangan yang pesat sehinggakan
menjadi contoh kepada negara-negara Barat di dalam mencapai kegemilangan
mereka. (Mahmud Saedon, 2003; 92-93)
Selepas zaman Bani Abbasiyyah berakhir, penguasaan Islam semakin
berkurangan. Ketika ini bermulalah revolusi dari Barat yang mempengaruhi Islam.
Walau bagaimanapun ia masih bertahan sehinggalah Kerajaan Turki Uthmaniyyah
tumbang. Satu perkembangan yang baik pada zaman tersebut dalam institusi
kehakiman adalah pembahagian badan kehakiman kepada empat bahagian di Mesir,
iaitu(Mahmud Saedon, 2003; 96):
i. Mahkamah Syariah, mentadbir dan melaksanakan hukum bersumberkan
fikah Islam.
ii. Mahkamah Nizamiyyah, mentadbir dan melaksanakan undang-undang
yang berasal dari undang-undang luar Islam.
iii. Mahkamah Ahliyyah, melaksana dan mentadbir undang-undang yang
diambil daripada Perancis dan dipinda mengikut undang-undang Itali.
iv. Mahkamah Mili, (Agama), mengendalikan kes untuk orang Mesir yang
bukan beragama Islam.
Jelaslah bahawa negara Barat sentiasa berusaha melemahkan bidang kuasa
mahkamah Syariah. Sebagai contoh Malaysia juga tidak terlepas daripada
menggunakan undang-undang Barat di dalam kehakiman. Mahkamah Syariah
menjadi mahkamah yang rendah tarafnya dan kecil bidang kuasanya. Ini bukanlah
pengalaman Malaysia sahaja, malahan pengalaman seluruh negara Islam terutama
yang pernah dijajah oleh kuasa asing sama ada pemerintahan ataupun pemikiran.
1.2 Latar Belakang Masalah Kajian
Berdasarkan kronologi sebelum ini, jelaslah bahawa institusi kehakiman
adalah penting di dalam sesebuah negara. Ia sudah wujud dalam jangka masa yang
panjang dan sentiasa berkembang dari satu masa ke satu masa. Islam juga tidak
ketinggalan di dalam arus kehakiman ini. Jika dilihat dari sudut sejarah, terdapat
banyak sistem kehakiman di dunia ketika ini mengambil sistem kehakiman Islam. Ini
terbukti dengan wujudnya bangunan yang asing di dalam membicarakan sesuatu kes,
mahkamah rayuan, ganjaran seseorang hakim dan sebagainya.
Islam juga adalah agama Allah yang tersusun. Allah memberi ilham kepada
khalifah dan ulama di dalam menetapkan siapa yang layak menjadi hakim,
kekuasaan hakim, ganjaran dan pangkat seseorang hakim setelah disandarkan kepada
al-Quran dan hadis.
Di dalam menetapkan siapa yang layak menjadi hakim, Islam telah
menggariskan syarat dan panduan. Zakaria Ansari (t.t:207) menyatakan syarat sah
seorang kadi adalah ia harus memenuhi syarat untuk menjadi saksi iaitu Islam,
mukalaf, laki-laki, merdeka, adil, mampu mendengar, melihat, mampu berfikir dalam
masalah kehakiman, tidak berada di bawah kekuasaan kafir, tidak seorang kanak-
kanak atau orang gila, tidak juga khunsa, tidak fasiq, tidak sempurna berfikir kerana
terlalu tua atau sakit.
Menurut Ibnu Rusyd (1991:679) pula di dalam Bidayatul Mujtahid sifat-sifat
hakim adalah merdeka iaitu bukan hamba, Muslim, baligh, berakal dan adil. Ulama’
mazhab hanya berbeza pendapat mengenai dua perkara besar dalam menentukan
syarat kelayakan menjadi hakim iaitu sama ada mujtahid dan lelaki.
Menurut Imam al-Syafi’i, hakim harus ahli ijtihad. Sebaliknya Imam Abu
Hanifah menyatakan keputusan hakim dari orang-orang yang bukan ahli ijtihad itu
diakui. (Ibnu Rusyd, 1991;679)
Perkara yang menjadi perdebatan hangat di kalangan ulama adalah syarat
lelaki sebagai hakim. Berdasarkan sejarah, hakim atau kadi semuanya adalah lelaki.
Tidak timbul mengenai wanita yang menjadi hakim. Terdapat pendapat yang
bersetuju dan terdapat yang menentang pelantikan tersebut. Ulama-ulama fikah
mempunyai pendapat yang berbeza di dalam membenarkan wanita menjadi hakim.
Persoalan timbul apabila muncul negara-negara Islam yang membolehkan
wanita menjadi hakim, dan Malaysia tidak terlepas dari isu ini. Pelantikan hakim
wanita pertama di Malaysia ialah Datuk Siti Norma Yaakob pada 4 April 1983
sebagai hakim mahkamah seksyen. (Norizan, 2004;21)
Pelantikan tersebut jelas bertentangan dengan keputusan Majlis Fatwa
Kebangsaan Malaysia di dalam persidangan yang kelima bertarikh 16-17 November
1982 yang telah menetapkan (Nuradilah, 2004;88):
“Dilarang melantik hakim wanita kerana institusi kehakiman adalah
termasuk dalam urusan kepimpinan umum dan berpandukan hadis
nabi s.a.w: Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang dipimpin oleh
kaum wanita.”
Selain di Malaysia, pelantikan hakim wanita dibenarkan di Indonesia.
Seramai 100 orang wanita telah dilantik menjadi hakim dan mereka dikenali sebagai
Ibu Hakim. Manakala di Pakistan, mahkamah-mahkamah telah membenarkan wanita
menjadi hakim walaupun dalam perkara-perkara jenayah. (Rozi Bainon, 2003;141)
Kajian ini juga bukan bermaksud mencari sebab mengapa institusi fatwa di
pandang ringan oleh sesetengah pihak. Ini hanyalah bertujuan sebagai menyelidiki
persepsi pelajar yang mempelajari ilmu agama di dalam isu ini.
Justeru itu, kajian ini merupakan kajian ilmiah yang mengkaji persepsi
masyarakat dan faktor yang menjadi penghalang kepada wanita menjadi hakim.
1.3 Penyataan Masalah Kajian
Kajian ini bertujuan mengkaji persepsi pelajar Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap pelantikan hakim wanita menurut perspektif
Islam di Malaysia.
1.4 Objektif Kajian
Di antara objektif kajian ini dijalankan ialah untuk:
i) Mengkaji persepsi pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam) terhadap hakim wanita berdasarkan pendapat-pendapat
ulama.
ii) Mengenal pasti persepsi pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam) terhadap faktor-faktor wanita dilarang dilantik menjadi
hakim.
iii) Mengkaji persepsi pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam) terhadap pelantikan hakim wanita di Malaysia.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji:
i) Apakah persepsi pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian
Islam) terhadap hakim wanita berdasarkan pendapat-pendapat ulama ?
ii) Apakah persepsi pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian
Islam) terhadap faktor-faktor wanita dilarang dilantik menjadi hakim?
iii) Bagaimanakah persepsi pelajar Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam) mengenai pelantikan hakim wanita di Malaysia?